“Psssttt.. Dhil kau tengok plat kereta
tu. Aku tak nampaklah.” Bisik Alya. Badannya dirapatkan sedikit dengan meja
agar Fadhil dengar lebih jelas bisikan.
“Mana? Satu...”
“Tu... Nissan Fairlady putih tu. Aku
rasa macam kereta Kaer je.” Luah Alya ragu-ragu. Takut pula kereta mahal buah
hatinya tu dicuri orang. Setahunya tadi kereta tu masih elok parkir di halaman
rumahnya. Selain Alya tiada sesiapa pun berani sentuh kereta tu.
“Hish aku tak nampaklah nombor plat tu.
Kau ingat buah hati kau tu saja ada fairlady ke? Banyak lagi di Malaysia ni
pakai kereta tu lah.”
“Agaklah jugak. Tapi entahlah. Firasat
aku rasa tu kereta Kaer.”
“Itu bukan firasat cik Alya. Itu rindu
namanya... sengallah kau ni.”
Alya ketap bibir. Dia tetap rasa firasatnya
betul.“Betul! Hish... aku rasa pemandu dalam tu pun tengah tengok sini.”
“Apa kata kau telefon mak kau sekarang.
Tanya kereta tu selamat ka di rumah tu atau tak. Kalau dah hilang tu. Sah la
itu kereta pencuri tu.” Cadang Fadhil. Dia turut tajamkan mata melihat kereta
putih tersebut. Mana tau betul juga kata Alya bahawa pemandu itu sedang melihat
mereka berdua.
Tapi pencuri kereta mana yang bijak
pandai sangat tunjuk kereta dengan tuan punya kereta? Tak ke buat kerja sia-sia
namanya? Tapi untuk sedapkan hati Alya. Diberi juga cadangan untuk bertanyakan
keadaan kereta dengan mak cik Laila.
Alya mengangguk. Dia terus mencari
telefon dalam beg tangannya. Nombor mak terus didail. “Assalamualaikum mak.
Orang nak tanya ni kereta Kaer ada di rumah ke? Alaa... mak balik pukul berapa?
Okeylah. Tiada apa-apa... bye!”
“Mak aku tiada di rumahlah! Tapi dia
kata sebelum jalan tadi. Kereta tu ada je.” Jelas Alya.
“Hah! Adalah tu. Kau tu saja yang rindu
sangat dengan Kaer. Tu yang sampai terbawa-bawa.” Fadhil geleng kepala. Susah
tahap kerinduan Alya ni. Kronik! Tu nasib baik si Kaer tu ada tinggalkan kereta
mahal tu sebagai kenangan. Kalau tak memang parah kes rindu sepupunya ni.
“Mana tak rindunya. Dah lapan tahun tu.
Ingat lapan hari saja ke?” luah Alya. Dia kembali memandang kereta Fairlady
yang sebiji kereta Kaer yang ditinggalkan kepadanya. Huh! rindu awak budak
sengal!
“Sedar jugak kau sudah lapan tahun berlalu.
Satu berita pasal dia pun tiada selama tujuh tahun ni. Jangan sampai kau ke tua
tak kahwin sebab tunggu orang tu Alya. Bini aku tu sampai masuk anak ke empat.
Tak jugak balik kekasih hati kau.”
“Kau ni janganlah cakap macam tu.
Doakanlah dia balik.” Cebik Alya. Satu jelingan tajam diberi pada Fadhil.
Sampai hati cakap macam tu! Huhu...
“Suka hatilah. Kau dah habis makan ke?
Aku nak pergi jemput anak aku balik sekolah agama lagi ni.” Jam ditangan
dipandang. Malas nak masuk topik Alya-Kaer. Nanti yang merana menangung rindu
bukannya dia juga. Tapi cik adik di depan ni.
“Dah. Jom! Kau bayar ye.”
“Huh aloh! Ada boyfriend kaya, duit aku
jugak kau cekau.”
Alya berdecit. Apa punya ciskek punya
brader! “Bayarlah. Selalu aku je yang sponsor. Tu yang kaya tu boyfriend aku.
Bukan aku!” dia bangun dan terus keluar tinggalkan Fadhil.
“Apa punya budak. Begini cara layan orang
yang lebih tua? Aku ‘sekolah’kan balik baru tau.” Dompet dalam poket ditarik
“Tauke! Kira...” jerit Fadhil pada mamak
dikaunter.
Fadhil peluk tubuh pandang Alya yang
sudah naik atas motor besarnya. “Ni kalau anak-anak murid kau tengok. Memang
tak padan sungguh dengan usia...” bebelnya sambil duduk atas motor kawasakinya.
“Cepatlah. Aku nak pandu. Mak aku tak
bagi. Terpaksalah tumpang je dari kempunan langsung tak naik.” Bahu Fadhil
ditepuk.
“Itulah... nasib kau ni adik beradik
susuan aku. Jadi bini aku pun tak marah. Kalau tak memang terbang juga periuk
kuali di rumah tu dibalingnya.” Helmet dihulurkan pada Alya.
“Eloklah tu. Cemburu tanda sayang.” Usik
Alya sambil memakai helmet yang dihulurkan oleh Fadhil tadi.
“Kalau tiap hari dilempar. Naik bangkrap
aku! Dah pegang elok-elok. Nanti kau pulak yang terbang kalau aku pecut.” Alya
terus kuatkan pegangannya.
“Alya. Kau perasan tak Fairlady tu ikut
kita? Tengok cermin ni.” soal Fadhil. Cermin sisi dibetulkan agar Alya dapat
tengok dengan lebih jelas.
Alya pandang cermin sisi tersebut.
“Betullah!” dia terus toleh belakang untuk lihat nombor plat kereta tersebut.
Fadhil pula tengok lampu isyarat yang
masih merah. Dia pulas untuk menekan minyak. “Kau pegang kuat kuat! Aku nak
pecut.”
“Apa?! Huwaa...!!” belum sempat Alya
tanya apa yang Fadhil cakap tadi lelaki itu terus pecut. Dia pegang bahu Fadhil
sekuat mungkin. Mak! Lepas ni janji tak nak naik dengan Fadhil dah... dia bawak
banyak seram! Jerit Alya dalam hati.
Laju Fadhil buat U-turn. Matanya
sesekali menjeling pada cermin sisi. Sah! Kereta Fairlady itu ikut mereka dari
belakang. Laju pulak tu. Mungkin takut hilang jejak mereka.
Fadhil masuk ke satu lorong kecil. Harap
kereta tadi tidak nampak motornya menyelit masuk. “Kita parking sini kejap. Aku
rasa kereta tu tak nampak kita.”
Helmet dikepala dibuka. Alya tarik nafas
kemudian terus hembus kuat. “Aku rasa macam tinggal separuh nyawa saja ikut
kau. Kenapa kereta tu ikut kita...” Dadanya disapu perlahan. Kus semangat!
“Aku pun tak tahu. Kau je ramai kenal
orang kaya... aku mana pernah kenal golongan orang-orang kaya ni. Ada pun boyfriend kau seorang tu je.” Omel
Fadhil. Sekali lagi dia tengok jam ditangan. Habislah dia kena bebel oleh
isteri kalau lambat ambil anak sulung mereka.
“Huish kau ni. Boyfriend aku pun kawan satu sekolah kau jugak!” geram pula Alya.
Sikit-sikit boyfriend kau... boyfriend kau. Nak jugak aku panggil
bini kau... bini kau. Kita tengok siap sentap pula?
“Eh... marah pulak dia.” sengih Fadhil.
Dia majukan ke hadapan sedikit motornya. Cuba mengintai sekiranya masih lagi
ada kereta tadi.
“Alya!! Tengok tu...” jerit Fadhil
sekali terlihat orang yang berdiri dekat dengan kereta Fairlady tersebut.
“Kau ni. Janganlah jerit macam tu. Sakit
jantung aku dengar. Apa hal? Kenapa?” Badan Fadhil ditolak ke depan. Leher Alya
dipanjangkan untuk melihat gerangan manusia yang dimaksudkan oleh lelaki itu.
Besar mata Alya tengok.
“Kau tunggu sini kejap. Aku nak pergi
buat perhitungan dengan orang tu.” Kata Alya sambil turun dari motor Fadhil.
“Kau jangan buat kerja gila Alya!” Tegur
Fadhil. Dah serupa samseng dia tengok sepupunya tu. Confident saja jalan melintas jalan raya untuk ke seberang jalan.
Siap bawa helmet lagi ditangan. Jangan dibedal orang tu cukuplah.
“Hai abang handsome? Cari saya?” tegur Alya.
Ikutkan hati mahu juga dia ketuk kepala lelaki ni dengan helmet Fadhil.
Kaer terkejut dengan kemunculan Alya
tiba-tiba. Ni siapa nak buat kejutan untuk siapa? “Hai sayang...” tangan
melambai Alya yang sudah pun di hadapannya.
“Apa sayang-sayang! Kejar orang macam
kejar penjenayah... Ni kalau accident
tadi tu siapa nak jawab dengan mak saya di rumah?” bebel Alya.
“Lepas lapan tahun tak jumpa makin
garang pulak sayang saya ni. Jangan marah sayang... jom naik kereta.” Pujuk
Kaer Redza. Lapan tahun tu. Kalau bukan sebab ingatkan dosa pahala. Sekarang
jugak dia peluk sayangnya ni.
“Yieee... geram betul dengan dia ni.”
Pintu kereta bahagian penumpang dibuka
oleh Kaer. Ketika Alya hendak masuk. Motor Fadhil berhenti disebelah kereta
Kaer.
“Amboi korang berdua. Lepas sesi jejak
kasih. Aku pun kau lupakan ye Alya?” tegur Fadhil.
Alya tersengih. Dia keluar semula dan
serahkan helmet Fadhil sementara Kaer berjabat tangan dengan kawan lamanya.
“Hai bro... makin macho nampak.” bahu Fadhil ditumbuk perlahan.
“Macho apa ke bendanya Kaer. Perut aku
dah buncit ke depan. Six pack pun dah
mulai pancut. Aku balik dulu. Kau hantar tuan puteri ni balik. Nanti kita
sambung borak lagi.”
Kaer sekadar mengangguk. Motor Fadhil
yang meluncur pergi dipandang. “Jom balik. Mak tengah buat cucur udang tu.
Lapar saya dengar...”
“Eh!! Komplot dengan mak rupanya.”
Bahu Alya ditolak hingga gadis itu masuk
ke dalam keretanya. “Masuk dulu sayang. Kita balik rumah. Nanti kalau tunggu
awak habis membebel sejuk pulak cucur udang tu.”
“Assalamulaikum...” serentak suara Alya
dan Kaer memberi salam.
“Waalaikumsalam. Balik pun. Ni seorang
kenapa muka ketat je ni? Tak habis lagi jejak kasih.” soal Laila. Muka masam
Alya dipandang.
“Rindu sangat tu mak. Sebab tu ketat
semacam...” jawab Kaer. Tangan mak Alya disalam.
“Tak payahlah nak drama sangat Alya.
Baik kau ke dapur terus buatkan air. Mak dah sedia cucur tu atas meja. Kau bawa
sekali ke sini. Kita minum di ruang tamu saja.”
“Alya pulak. Mak tak tanya pulak drama
apa budak seorang ni buat tadi!” cebik Alya. Padahal si Kaer ni yang berdrama
sampai buat babak kejar mengejar.
Ingatkan lepas lapan tahun tak jumpa.
Pertemuan mereka biarlah romantik sikit. Ini tak! Dramatik yang banyak...
“Sudah. Tak kuasa mak nak dengar kau
merungut. Pergilah buat air... aku suruh Kaer balik lagi lapan tahun. Kau jugak
yang merana...”
“Mak ni ada ke patut cakap macam tu. Nak
sangat anak daranya ni pegang title
Andartu. Lapan tahun ni cukup terseksa nak lagi tambah lapan tahun. Alamatnya
tak naik pelaminlah Alya. Ni yang balik ni pun tak tahulah dah ada penganti ke
belum... lapan tahun tanpa berita. Entah-entah dalam diam dah ada orang lain.”
panjang lebar bebelan Alya sambil masuk ke dalam dapur. Sempat juga dia bagi
sedikit sindiran buat Kaer Redza. Biar lelaki itu tahu sikit perasaannya.
Itupun entah dengar atau tak!
“Amboi
sayang. Panjangnya membebel. Ni kalau dah ada penganti. Tiadanya saya datang
balik jumpa awak...” tudung saji dibuka. Kaer menarik keluar pinggan berisi
cucur udang sebelum menutup semula.
“Manalah tahu. Orang tukan dah jadi ahli
perniagaan muda, kaya raya. Terkenal pulak tu. Serba serbi cukup pakej. Kita ni
apalah yang ada. Setakat cikgu sekolah menengah je.”
“Tak terfikir pula saya ni cukup pakej
ye. Betul jugak kata awak. Yang cikgu sekolah jugak saya cari... Ni yang
terfikir nak cari lain.”
Tajam mata Alya tengok muka Kaer.
“Nampak milo panas ni? Kalau nak rasa mandi milo. Try buat!”
“Hahaha... cemburulah tu. Jangan risau
sayang... memang awak juga permata hati saya. Hantarlah berapa ramai pun. Cinta
hati saya ni juga saya pilih. Rindu bertekak dengan awak. Rindu nak main usik
awak...” pujuk Kaer.
Huh! Macam mana aku tak cair dengan Kaer
ni. Ayat tu ada saja manisnya.
Geleng kepala Mak Laila tengok dua orang
yang bercengkerama di dapurnya. “Sebelum mak kahwinkan korang berdua.
Berhentilah dulu drama kamu ni. Geli mak tengok! Sudah-sudahlah merajuk tu Alya
oi...”
“Mak ni... kena lagi. Dah masuklah. Biar
orang buat sendiri.” Halau Alya. Kaer hanya tersengih lagi. Pinggan berisi
cucur dibawa masuk sekali.
“Sayang! Saya dah bawak sekali masuk
pinggan ni ye.”
“Iyalah...” Hua... Kaer! Jangan panggil
sayang tu dengan lembut boleh tak? Ni dah lama tak dengar. Suara tu pun makin
lembut saja aku dengar. Nak marah pun tak sanggup!
“Awalnya...” terkejut Alya bila nampak
kelibat Kaer di dapur tengah sarapan.
“Baru je sayang. Duduk minum sekali.”
Ajak Kaer pula. Kerusi sebelahnya ditarik. Mengarah Alya agar duduk.
“Hari-hari lepak sini. Awak tak kerja
ke? Dah tu pagi dan tengah hari jadi driver
orang. Pelik pulak... selalunya orang macam awak ni sibuk memanjang. Ni kenapa
terbalik pula?”
Seingatkan Alya dia sudah berpesan pada
Kaer bahawa hari ini dia tidak akan bekerja sebab cuti peristiwa sekolah tempat
dia bekerja.
“Anak bertuah. Kalau orangnya takde.
Sampai meroyan kau cakap sendiri-sendiri dalam kereta Kaer tu. Bila ada depan
mata membebel tak sudah.”
Roti yang sudah disapu dengan nutella
dihulurkan pada Alya yang sudah duduk disebelahnya. “Bahaya sayang ni sampai
duk bercakap sorang diri dalam kereta tu dah kenapa?” usik Kaer. Tambah suka
tengok muka Alya yang berubah. Betullah agaknya cerita bakal mak mertuanya tu.
Kesian sayang aku. Rindu sampai cakap seorang diri dalam kereta tu.
“Diamlah!”
“Malulah tu. Kalau kau nak tahu, si Alya
ni tak kira siang malam. Kalau dah mula rindukan kau siap bawa keluar kereta
kau tu jalan-jalan. Pernah sekali tu. Risau punya pasal sebab pukul sepuluh
malam dia keluar bawa kereta kau tu. Mak suruh si Fadhil ikut dari belakang.
Rupanya dia bawa kereta pergi taman yang kau selalu dating dengan dia tu...”
Tambah malu Alya bila maknya buka cerita
lama.
“Hahaha... betul ke mak? Alahai sayang.
Sampai begitu pula tahap rindu ya.” Balas Kaer.
“Mak ni... malulah orang.”
“Apa nak malunya. Biasalah. Saya
rindukan awak lagi teruk. Ikutkan hati nak juga terus datang sini. Tapi nak
buat awak jadi isteri kena fikirkan masa depan. Lagipun apa saya nak suap awak
dan anak-anak kita kalau saya tak cari duit. Setakat ni saya dah cuba sedaya
upaya untuk tunaikan permintaan arwah ibu dan ayah untuk sara dan jaga
adik-adik saya. Sekarang tiba masa untuk jaga awak pula. Kan mak?” Kaer angkat
kening pada mak Alya. Mak mertua paling sporting!
Laila angkat tangan. Dia tahu bukan
senang Kaer nak pikat hati anaknya. Alya tu ego saja lebih. Marah sebab selama
lapan tahun ni Kaer tiada langsung telefon atau berhubung dengannya. Tapi hati
Alya mana pernah lupakan Kaer.
Tambah pula Alya saja tak tahu. Selama
ni selalu saja Kaer telefon Laila untuk bertanyakan khabar. Dia cuma enggan
bercakap dengan Alya sebab takut jiwa kacau dan terus datang jumpa anaknya.
“Yang kau tergolek-golek di sofa ni
kenapa? Dah serupa orang mati suami aku tengok.”
“Mana Kaer ni mak? Dah tiga jam orang
tunggu. Tak juga nampak batang hidung. Alya telefon tak pula angkat. Risau
ni..”
“Dia ada hal mustahaklah tu...” bela
Laila. Sampai senget tudung Alya yang dari tadi menunggu Kaer sampai
terbaring-baring atas sofa.
“Stress dengan budak ni. Semalam dia
yang beriya-iya ajak keluar. Lepas tu boleh pula tak dapat telefon.” Aplikasi
Whatapps Alya dibuka. Berpuluh pesanan ringkas dihantar. Tapi satu pun tidak
berbalas. Yang buat dia tambah berasap. Semuanya ada dua tick! Maksudnya Kaer
memang ada baca pesanannya. Saja buat orang merana!
“Mak lagi stress tengok kau ni...” Laila
mengeleng kepala. Alya ditinggalkan saja diruang tamu bersendirian. Baik lagi
dia layan Facebook dalam bilik dari tengok Alya yang tidak berhenti merungut.
Kaer awak kat mana?
Kaer...
Kaer Redza
Kaer Redza bin Qhalif. Awak di mana
sekarang?
Call
me
Kaer tolonglah jawab telefon. Balas
watapps pun jadilah.
Kaer!!
Abang sayang mana?
Please... jangan buat saya risau... huhu...
Alya tidak berhenti scroll ke atas dan bawah pesanan yang dihantar untuk Kaer. Tapi
satu pun tidak berbalas. Dia yang dari semalam excited nak keluar dating sampai tak cukup tidur akhirnya tertidur
di sofa menantikan pesanan dari Kaer Redza.
Kaer Redza I hate you!!
“Sayang... sayang... bangun. Kenapa
tidur di ruang tamu ni?” tanya Kaer.
Bahu Alya digoyangkan untuk mengejutkan gadis itu.
Alya duduk bila tersedar dari tidur.
Tersenyum Kaer tengok rupa Alya. Tudung gadis yang sudah senget itu dibetulkan.
“Kaer?”
“Ya sayang. Mak mana? Kenapa tidur di
ruang tamu. Dengan pintu terbuka luas pula tu..” Kaer duduk atas meja
berhadapan dengan Alya.
“Tunggu awak tulah. Tak datang-datang.
Sekarang jam berapa?” lengan tangan Kaer ditarik kemudian Alya terus tengok jam
pada tangan lelaki itu. Tak sangka lama juga dia tertidur bila jam menunjukkan
pukul lapan malam.
Alya sandarkan badannya. Sakit belakang
baring atas sofa. Bahu yang sakit diurut perlahhan.
“Sorry...
ada benda urgent tadi.”
Maaf Kaer hanya dibiar sepi. Alya masih
tiada mood hendak bercakap. Masih lagi dalam fasa mood mengantuk, mamai dan
marah!
Tiba-tiba lampu rumah semua malap.
“Makkk!!!” jerit Alya lantang.
“Kaer... awak mana?? Kaer... Kaer kenapa
awak senyap je?” soal Alya. Tangannya
mencari-cari kelibat Kaer. Mata yang mengantuk kembali segar. Hilang melayan
rasa marah tadi. Dia sensitif bab gelap ni. Takut!
“Happy
Anniversary to Alya and Kaer!!” jerit mereka serentak sambil lampu terbuka
semula.
Fadhil dan isteri serta anak-anaknya,
adik beradik dan datuk Kaer serta mak
Alya sedang berkumpul menanti respon Alya. Tapi pandangan Alya hanya pada Kaer
seorang saja.
“Selamat ulang tahun perkenalan semula
kita Alya... Terima kasih sebab sanggup menanti saya selama lapan tahun. Hari
ni hari terakhir kita berjumpa sebelum saya tinggalkan awak dulu.” Ucap Kaer
pula.
Perlahan-lahan air mata Alya mengalir.
Makin lama semakin deras dan kuat tangisannya. “Huwaa...!!” Alya tidak peduli
apa yang mereka fikirkan. Sekarang ni dia hanya ingin menangis saja.
Terduduk Alya yang masih lagi menangis.
“Hey sayang kenapa ni. Dah... dah jangan nangis.” Pujuk Kaer. Dia turut duduk
di depan Alya.
“Jahat!! Awak tak fikir perasan saya
Kaer. Saya takut awak hilang lagi. Ingat selama ni saya tunggu awak dengan
perasaan tenang saja ke? Tiap hari saya risaukan awak. Macam mana makan minum
awak. Hidup awak... Saya tunggu awak dari pagi tadi. Risau tahu tak! Ingatkan
sesuatu terjadi dengan awak. Saya tak inginkan kejutan semua ni. Saya cintakan
awak dan hanya nak awak sentiasa bersama saya. Itu aje...”
“Maaf sayang... maafkan saya ye. Saya
cuma nak buat kejutan. Tak sangka boleh jadi macam ni.”
“Dah tau orang takut gelap. Lagi nak
matikan lampu tu!!” marah Alya. Moodnya dah okey sikit. Tapi bab matikan lampu
tu memang menaikkan darah balik.
Kaer tersengih. “Ya tu bukan idea saya.
Saya dah larang... tapi Fadhil nak juga buat macam tu.”
“Alah beb... benda kecil je. Tak jadi
apa pun kalau lampu matikan? Rileks la!”
“Ketuk kepala tu karang. Tengok boleh
rileks ka lagi tak.” Marah Alya.
“Sudahlah tu. Macam budak-budak kau
orang ni. Alya tiup lilin tu dulu...” Laila geleng kepala. Bila Fadhil dan Alya
sudah bertemu. Ada saja ayat tikam lidah mereka tu.
“Sayang. Terima kasih sebab sanggup
tunggu saya selama lapan tahun. Terima kasih sebab cintakan saya selama ni. I Love you. Kita kahwin. Lepas ni biar
saya jaga awak pula. Saya temankan awak bercerita jadi lepas ni tak perlu lagi
awak bercakap seorang diri dalam fairlady tu...”
Yang lain tergelak bila dengar ayat
‘bercakap seorang diri dalam Fairlady tu...’ majoriti sudah pun tahu kisah tu.
Kotak baldu dikeluarkan dari poket
seluar. “Mak izinkan kami kahwin kan?” tanya Kaer sambil angkat kening pada
bakal mak mertuanya. Penyokong kuat tu...
“Kahwinlah. Mak pun tak larat nak hadap
Alya yang kuat membebel ni. Kau seorang saja yang tahan.” Mereka yang lain
gelak lagi dengar kata-kata mak Alya.
“Dengar tu sayang. Ikut plan. Minggu
depan kita kahwin. Tunang lepas tu terus nikah sekali...”
“Amboi abang. Tak menyabar...” Rahmi,
adik bongsu Kaer menyampuk.
Alya mengangguk. “A’ah... minggu depan?
Sempat ke nak sedia barang perkahwinan semua tu?”
“Sebelum saya balik jumpa awak. Benda
semua tu settle sayang. ukuran baju,
cincin semua dah sedia. Tinggal tunggu pengantin perempuan saja bagi green light ni. Kalau awak bagi. Sekarang
pun saya boleh telefon tok kadi suruh datang...”
Air mata Alya mengalir lagi.
“Kenapa ni sayang?” gugup Kaer tengok
Alya yang menangis lagi. Tak sudi ke kahwin dengan dia.
“Terharu!” kata Alya sambil kesat air
mata.
“Apa ke peliknya kau ni. Takut menangis.
Marah menangis. Rindu menangis... dah ni terharu pun kau menangis. Jom sayang.
Layan Alya ni sampai lapar perut saya. Pelik betul perangai.” kata Fadhil.
Tangan isterinya ditarik ke dapur.
“Macam mana sayang? jadi tak minggu
depan?” tanya Kaer lagi bila tinggal mereka saja di ruang tamu.
Alya senyum dan mengangguk. “Asalkan
awak janji jangan buat macam tadi dan jangan tinggalkan saya lagi.”
“Tapi
saya suka tengok muka awak baru bangun tadi. Hahaha... kesian. Saya nak juga call bila mak kata awak sampai tertidur
menunggu. Tapi mak kata kalau nak dengar awak luahkan perasan jangan call. Mesti awak marah sampai luahkan
perasaan nanti. Jadi saya cubalah. Tak sangka menjadi pula.”
“Pandai betul. Selalu saja dia dapat
komplot dengan mak tau...”
Lebar senyuman Kaer. Bahagia! Selepas
lapan tahun cinta mereka makin segar. Dan dia berjanji pada diri sendiri tidak
akan sia-siakan penantian Alya selama ni.
“Abang buat apa?” soal Alya. Dia duduk
disebelah Kaer yang tekun menghadap telefon.
“Periksa dokumen. Sayang penat? Mari
abang urutkan belakang... macam mana di sekolah tadi?”
Alya geleng kepala. “Tak apalah. Nak
baring sini.” Kepalanya direbahkan pada paha Kaer. Lelaki itu mengusap
rambutnya lembut. Dalam enam bulan lebih menjadi isteri Kaer lelaki itu memang
pegang pada janjinya. Dia pula selalu di rumah berbanding Alya yang masih
bekerja sebagai guru sekolah.
Kaer selalunya akan keluar rumah bila
hantar dan ambil Alya pulang saja. Selebihnya memang dia habiskan masa di
rumah. Urusan pejabat pun dia buat di rumah saja dan hanya ke pejabat seminggu
sekali.
“Abang. Kalau saya berhenti kerja tak
apa ke?” tanya Alya. Kaer memang tidak pernah menghalang Alya untuk bekerja
walaupun dia mampu tanggung isterinya. Tapi lelaki itu berikan kebebasan pada
Alya untuk bekerja ataupun jadi suri rumah sepenuh masa.
“Betul ni?” Kaer minta kepastian.
Senyuman manis diberikan. “Yup. Alya nak
berhenti. Lepas tu jaga ni dan dalam ni...” katanya sambil memegang pipi Kaer,
sebelah tangannya pula mengusap perutnya.
“Apa maksud sayang dengan yang dalam
ni.” Iphone Kaer diletak tepi. Tangannya kemudiannya diletak atas tangan Alya
yang mengusap perutnya tadi. Dia faham maksud itu tapi hanya inginkan
kepastian.
“Baby
kita dalam ni.” Umum Alya.
“Alhamdulillah... ni patutlah tiba-tiba
bermanja. Rupanya ada good news! Tak
sabar nak beritahu semua orang. Eloklah tu. Tak payah kerja. Rehat
cukup-cukup... Terima kasih sayang... love
you!” Dahi Alya dikucup lembut.
“Love you too. Dan baby
kita... hehe...”
“Tak sabar nak tunggu
baby keluar. Lepas tu cerita pasal love
story kita. Terutamanya yang sayang suka bercakap dalam kereta saya tu
seorang diri.”
“Abang!!” jerit Alya
manja. Tak suka bila pasal tu diungkit.
Kaer tergelak. Tahu
sangat Alya tak suka. “Yang tu bestlah sayang. Epic! Mana ada orang lepaskan rindu macam sayang. Seorang diri
bercakap di kereta saya tu. Tu belum lagi masuk bab waktu cuci kereta tu pun
awak bawa bercerita.” Banyak kisah selama lapan tahun tu mereka kongsi bersama.
Tapi yang cerita melucukan memang Alya tidak akan buka mulut. Semua tu Kaer
dengar dari mak mertuanya.
Alya meramas pula
rantai yang tersarung pada lehernya. “Lapan tahun bang... Lapan tahun mencintai
orang yang yang langsung tiada khabar berita. Macam mana saya tak meroyan macam
tu. Hahaha...”
“Abang tahu... I feel it too sayang. Abang pun rasa
benda yang sama...” Kaer membalas senyuman isterinya. Rantai yang diberikan
untuk isterinya turut dipegang. Hadiah untuk Alya yang diberikan pada hari
perkahwinan mereka.
Alya ingat lagi waktu
tu. Ketika Kaer mengeluarkan kalung tersebut semasa upacara membatalkan air
sembayang. Kata-kata itu masih lagi segar sampai sekarang. Ayat yang paling
romantis dari Kaer.
“Kita tamatkan lapan tahun ni Alya. Hadiah
untuk awak. Nampak tak nomber lapan ni seperti simbol infiniti. Kita gantikan penantian lapan tahun
ini untuk cinta infiniti. Selamanya...”
“Thank
Kaer Redza... love you...” ucap Alya lantas mengucup tangan Kaer yang turut
memegang rantai pemberian itu.
Lapan tahun
sebelumnya...
“Macam mana ni sayang?”
tanya Kaer pada Alya yang duduk disebelah sambil menguis kasutnya pada rumput.
“Awak sayang saya?”
Alya tidak menjawab. Sebaliknya bertanyakan pada Kaer pula.
“Saya cintakan awak
Alya. Sangat mencintai.”
Alya tersenyum. Senang
hati dengan jawapan Kaer. “Kalau macam tu. Awak ikut rancangan datuk awak tu.
InsyaAllah saya tunggu. Belajar rajin-rajin. Jadi orang berjaya. Lepas tu. Awak
jaga adik-adik awak sampai besar. Lagipun itu amanah arwah ibu dan ayah awak
Kaer. Awak mesti patuh....”
Berat hati Alya hendak
menuturkannya tapi dia tahu itulah yang terbaik buat Kaer Redza. Tiga orang
adik lelaki itu masih lagi belajar di sekolah menengah. Kaer perlu tahu
tanggungjawabnya sebagai anak sulung.
“Tapi...” jauh! UK tu
bukannya macm sebelah rumah saja jaraknya. Tapi beribu batu dari Malaysia. Cita-cita
dan cintanya di sini. Dia pun sudah berjaya sambung dalam ijazah kejuruteraan
elektrik. Kaer tidak pernah terfikir langsung hendak mewarisi perniagaan arwah
ayahnya. Apatah lagi sambung belajar dalam pengurusan perniagaan.
“InsyaAllah. Awak ikut saja rancangan datuk awak untuk sambung
belajar sana. Belajar elok-elok. Jadi contoh buat adik-adik awak. Bila dah
berjaya baru datang jumpa saya lagi. Tak kira lama mana sekalipun saya sanggup
tunggu. Tapi jangan nak mengatal pulak dengan minah salleh sana. Tahulah lagi
cun...”
Kaer tersenyum lucu.
“Terima kasih. Awak tunggu saya tau. Nanti saya bila saya datang nanti. Saya
nak jumpa Cikgu Alya saya yang comel ni...” ucapnya. Tahu cita-cinta Alya ingin
menjadi guru sekolah.
TAMAT.
wahhh bgus lah..cinta sjati ssh nk jupe..slalu msti slh sorg bpling..
ReplyDeletethank you.. =)
Deletegile la...8taun tunggu..mujur sama2 setia...
ReplyDeletebest la ...senyum aje sy bca dengan bahasa santai dan kisah yang masuk di hati
ReplyDelete