“Betul tak kau plan kau orang ni?” tanya Luthfi.
Tidak suka sebenarnya dengan idea Jihan dan Najmi untuk memperkenalkan Jihan
pada media.
Najmi angkat bahu. Tidak yakin dengan idea ni. Tapi
apa boleh buat. Ini saja idea yang ada. “Aku pun tak suka. Tapi sampai bila nak
tunggu tutup mulut media ni. Sekarang ni banyak berita yang ditokok tambah. Ibu
aku pun dah mula bising balik.”
“Mana pulak Jihan ni?” sambung Najmi lagi. Jam
tangannya dikerling. Lambat pula Jihan bersiap kali ni. Selalunya tak sampai
lima minit sudah siap.
“Biasalah perempuan. Sabarlah sikit.” Luthfi tidak
kisah sangat jika hendak tunggu Jihan. Bukannya lama sangat pun. Tak sampai 10
minit mereka sampai. Biasanya jika dia hendak tunggu perempuan bersiap ada yang
mencecah sejam dua.
Jihan yang baru habis bersiap turun anak tangga.
Penampilannya hanya sekadar mengenakan baju kurung rona hijau dengan bunga
biru. Dipadankan tudung bawal warna biru laut. Simple!
“Sorry
lambat. Tertidur tadi. Korang sampai tadi baru mak ketuk pintu. Tu yang baru
bangun. Dah minum?” Tanya Jihan yang terpandang atas meja ruang tamu yang
kosong saja.
“Saya ingatkan datang saja tadi awak dah siap. Sebab
tu bila orang gaji tanya nak minum apa, Saya kata tak payah…” jawab Najmi.
Setiap kali datang memang begitu. Selalu saja Jihan awal bersiap. Kali ni saja
yang lambat kemain lagi. Dan boleh pula dia bagi penjelasan tertidur?
Jihan yang baru duduk di sofa berdekatan berdiri
semula. “Jap nak pergi buat air dulu… nak apa? Luth?”
Najmi turut berdiri dari tempat duduknya. Tangan
dimasukkan ke dalam poket seluar slack. “Tak payahlah. Kita minum luar je. Saya
nak transform awak sikit. Ada ke
patut nak keluar media pakai baju macam tu je…” sempat dia kerling pada
penampilan Jihan yang dikategorikan sebagai terlalu simple!
“A’ah. Aku pun fikir macam tu jugak… Patutlah rasa something wrong somewhere…” Luthfi pula
bangun dari tempat duduknya sambil memberi komen dan tengok Jihan dari atas hingga
bawah.
Jihan pegang ke tepi baju kurungnya. Dahi Jihan
berkerut. Dia tidak dapat ‘rasa’ pula di mana something wrong somewhere pada dirinya seperti yang dimaksudkan
oleh Luthfi. Okey saja baju ni walaupun sedikit lusuh. Nampak masih baru lagi.
Baju raya dua tahun lepas agaknya. Dan inilah baju raya pertama yang baru kedua
kali dipakai. Biasalah. Biarpun dia duk sibuk menjelajah negara lain. Raya tu
tetap balik.
Jihan bukanlah perempuan tipikal yang larikan diri
lepas putus cinta dan dapat makian percuma. Lebih kepada mencari ketenangan dan
jalan-jalan cari makan serta resepi halal baru. Dan raya itu penting sekali
buatnya. Selain dapat makan makanan tahap menjilat jari. Duit raya benda paling
ditunggu. Waktu raya jugaklah poket tebal!
“Apa masalahnya? Okey je baju ni? Puan Mehar yang
belikan tau. Jangan cakap tak lawa pula. Nanti bergegar rumah ni kena bebel.
Tidak bersyukur dapat baju free.”
Dalam rumah ni. Jihan antara paling lama dapat baju percuma dari mak bapa.
Sebab bila jadi petani yang menanam anggur 24 jam. Poket pun ringan aje. Tiada
isi! Lebih-lebih lagi spesis Jihan yang kuat merantau ni.
“Adalah yang tak kenanya. Banyak bunyi pulak.” Kata
Najmi lalu berjalan ke dapur.
“Mak cik!! Kami jalan dulu…” jerit Najmi sambil
masuk dalam dapur.
Puan Mehar yang baru hendak minum jus oren tersedak.
“Bertuah punya budak. Tu suara tak cukup tinggi lagi ke nak kalahkan Jacquline
Victor?” omelnya sambil angkat tangan bila Najmi hendak tunduk salam tangannya.
Najmi hanya tersengih sambil salam tangan wanita
itu. Luthfi dan Jihan yang baru menapak ke dapur turut buat benda yang sama.
Melayu kaya dengan adat dan kesopanan. Yang muda dikasihi, yang tua dihormati.
Salam tangan tu jangan lupa!
“Mak orang nak masuk tv ni. Photoshoot untuk majalah dan surat khabar tu esok. Jangan lupa
tengok tau. Siaran langsung malam ni. Meletop anak dara mak tau! Masuk tv tu…”
pesan Jihan lepas salam tangan emaknya. Asyik tengok muka Najmi dan Luthfi saja
masuk tv. Sekali sekala dia teringin juga jadi terkenal. Bila ada peluang macam
ni siapa tak suka kan?
“Meletuplah sangat. Jangan kau gagap je depan
pengacara tu sudah. Bukan mak tak tahu penyakit gagap kau tu bila depan ramai
orang.”
Tajam mata Jihan tengok Najmi dan Luthfi dengar ayat
sinikal Puan Mehar. Gaya saja lebih, ganas konon tapi bila cakap depan orang
ramai mula tergagap. “Mak ni… ” Bocor rahsia orang! Sambung Jihan dalam hati.
“Memang betul pulak. Tak tahulah mak dari mana kau
dapat penyakit gagap ni.”
Muncung mulut Jihan keluar dari dapur diikuti oleh
Najmi dan Luthfi yang sudah tergelak kuat. “Diamlah. Tak nak ikut baru tau.”
Ugut Jihan.
Rak kasut setinggi almari baju dibuka. Berderet
kasut yang menempatkan pelbagai jenis kasut ahli keluarganya. Barisan paling
bawah dipandang. Dipilih warna apa yang sesuai dengan bajunya. Baru beberapa
kali saja pakai kasutnya. Jihan lebih selesa pakai kasut sneakers putih yang
sudah rabak tu. Tapi nak masuk tv punya pasal cari sneakers yang baru sikit.
“Bapaklah! Kau ni duta kasut converse ke?” terkejut
Luthfi tengok kasut sneakers pada barisan kasut bawah sekali dalam rak kasut
tersebut.
‘Pelbagai warna. Macam pelangi pun ada. Merah, oren,
merah jambu, kuning, hijau, biru, ungu, hitam dan putih kasut-kasut sneakers
jenama converse tu. Belum lagi koleksi Supra dan di tingkat atas. Apa nak hairan.
Jihan ni anak orang kaya juga. Cuma jarang nak bergaya. Mungkin kasut-kasut ni
sekadar koleksinya saja.
Mata Najmi turut membesar. Banyak gila kasut
sneakers Jihan. “Banyaknya… semua nampak baru lagi. Macam-macam warna pulak tu.
Tapi kenapa selalu pakai kasut buruk awak tu?” soal Najmi terang. Banyak kasut
baru, yang lusuh lagi koyak rabak tu jugak Jihan paling suka guna.
“Kasut yang tu special.
Lagipun dah biasa pakai…” jawab Jihan sambil mengambil kasut warna biru. Padan
dengan corak bunga pada bajunya.
“Orang bagi ke? Nak pakai sneakers jugak ke? Baju
kurung dan sneakers? Macam tak padan je.”
“Padanlah! Cliché
je pakai baju kurung dan sneaker. Normal! Dulu waktu belajar dulu. Memang
selalu pun pakai macam ni. Bukan waktu belajar je. Raya pun pakai macam ni.”
Jawab Jihan.
“Siapa bagi?” tanya Najmi lagi. Tidak puas hati bila
soalan yang tu tidak berjawab. Kata istimewa. Mesti ada maksud disebalik
istimewa tu. Orang teristimewa ke? Oh Tidak. Tolong jangan jawab macam tu.
“My special
friend. Dia bagi lepas orang kalah bertanding dengan dia. Dia menang Johan.
Saya dapat naib je… sebab tu dia bagi tu.” Jawab Jihan ringkas sambil menyarung
kasutnya.
Luthfi dan Najmi saling memandang satu sama lain.
Hati mula berdetak satu rentak pelik. Cemburu? Siapa kawan istimewa tu?
Sudahlah Jihan yang kalah tapi Jihan yang dapat hadiah. Tidak ke pelik macam
tu?
“Dah siap. Jom gerak!!” jerit Jihan. Bersemangat nak
masuk tv.
“Semangat nak jadi artis ni. Cepatlah!!” ajaknya
pada Najmi dan Luthfi yang masih lagi tercegat di tempat mereka.
Jihan hanya duduk saja main telefon Najmi. Dua orang
lelaki itu masih lagi sibuk memilih pakaian untuknya. Dia sudah malas bertikam
lidah. Semua baju yang dia pilih langsung tidak kena dengan selera dua lelaki
itu. Akhirnya Jihan beralah. Biarlah mereka pilih. Lepas tu dia akan pergi cuba
dalam fitting room. Tak kisah sangat.
Pilihlah mahal mana pun sebab bukan duit dia yang mengalir. Najmi yang rela
hati hendak bayar.
Senyuman Jihan terukir tatkala terpandang satu
cermin besar pada dinding butik tersebut. Dia bangun dan berjalan pada cermin.
Ketika angkat telefon Najmi untuk ambil gambar sendiri. Tiba-tiba Jihan
dihimpit kiri dan kanan. Nasib pegangan pada telefon kuat. Nanti telefon ni
jatuh, dia lagi disalahkan.
“Ambil gambar tak ajak orang!” Kata Najmi sambil
senyum pada cermin tersebut. Bersedia untuk ambil gambar. Tangan yang pegang
beberapa hanger baju untuk Jihan tidak dipeduli. Gambar dulu! Nanti baru
sambung pilih lagi.
“Cepatlah Jie…” Luthfi pula mengasak. Sudah bersedia
dengan posing ala-ala lelaki macho.
“Okey.. okey… cepat. Say Jiee….”
“Jieee…..” kata mereka bertiga serentak. Satu, dua,
lepas tu beberapa pose dan gaya
mereka ambil. Tidak cukup telefon Najmi, telefon Luthfi pula digunakan. Jihan
mana ada telefon canggih. Setakat telefon torchlightnya
tu. Gambar smiley saja yang banyak.
Najmi dan Luthfi kembali dengan tugas mereka mencari
baju untuk Jihan. “Jie! Kau ada Instagram ke?” tanya Luthfi sambil memegang
telefonnya.
“Apa?! Insta garam?” Jihan yang tengah melihat satu
persatu gambar Najmi dan Luthfi pangguk nama bila dipanggil.
Najmi buat muka toya. Luthfi pula ketap bibir kejap.
“Apa ke pekaknya girlfriend kau ni
Najmi. Instagramlah pekak!”
“Owh… Instagram! Ada! Cari NurJihanJohan. Nama tu
rapat-rapat semuanya.” Jawab Jihan.
“Eh! Awak pun ada Instagram. Tak tahu pun!!” cebik
Najmi.
“Ingat ni orang zaman batu ke? Adalah! Bukan akaun
Instagram je, Wechat, Twitter, Tumblr, Blog, Youtube, Whatapps, Skype, Keek,
Kakaotalk, Line semua ada! Facebook siap ada Fanpage lagi. ” selamba Jihan
menjawab. Geram pula bila Najmi mempersoal kewujudan akaun Instagramnya.
“Kau ni… nampak sangat tipunya tu. Takkan kau guna
telefon cikai kau tu Whatapps dengan orang pulak!” balas Luthfi berbaur geram.
Nampak sangat Jihan auta je lebih.
“Otak mana yang cerdik sangat pakai telefon tu. Aku
pakai aku punya Samsung Galaxy Mega la!” jawab Jihan.
Najmi dan Luthfi tercenggang. Saling pandang satu
sama lain. Tidak percaya langsung! “Bila masa ada Samsung Galaxy Mega? Tak
beritahu pun…”
“Dah korang tak tanya…”
Seraya itu mereka berdua pukul dahi masing-masing.
Sengal betul Jihan ni. “Dah ada telefon canggih tu. Kenapa masih guna telefon
biasa tu? Jangan cakap tu hadiah dari orang istimewa lagi…” soal Najmi.
“Mana ada. Coverage
telefon tu senang nak cari. Lagipun, tak ke peliknya pakai baju biasa-biasa
tapi telefon mahal.”
“Sekarang budak tadika pun ada telefon mahal-mahal
sayang oi. Takkan tu pun nak berkira… Nah
try this one. May, I nak tengok kasut yang sepadan dengan baju ni. Dan tudung
sekali.” Arah Najmi pada Maya yang digelar May tu.
May yang setia berdiri menanti Najmi dan Luthfi
memilih baju tadi akhirnya mengangguk. Sementara Jihan menyambut dress kain siffon pilihan Najmi dan
Luthfi. Warna rona coklat dan cream dipadankan dengan skirt plitted warna
coklat. Okey! Tidaklah sarat sangat warna tu. Nampak rugged dan tidak banyak lip lap.
Jihan yang sudah siap pakai dress paras paha dan skirt itu
memandang tudung bawal saiz tiga segi yang dihulurkan oleh Maya tadi. Dia binggung
seketika. Ini selendang ke tudung bawal. Dah tu nampak meriah pula. Berkilat tapi
bukan manik.
“Kak Maya!” jerit Jihan dari dalam bilik kecil itu.
“Yes?”
“Orang tak reti pakai tudung ni. Lagipun meriah
sangatlah. Lip lap! Macam galaksi pun ada.” komen Jihan. Dibelek lagi tudung
warna coklat itu. Memang padan dengan bajunya yang hanya warna polos. Tapi tudung
ni memang berkilat sangat!
“Yang tu trend terbaru. Nak akak pakaikan ke?”
Kepala Jihan yang masih lagi pakai tudung bawal
birunya tersembul keluar sedikit. “Warna ni okey tapi yang tak berkilat tak ada
ke?”
Maya tersenyum. Comel sunguh teman wanita Najmi ni. Kecil
molek orangnya. Daun pintu ditolak besar. Dia merapatkan diri dengan Jihan. “Yang ni dah
okey sayang… mari akak pakaikan. Senang je ni.”
Hujung selempang tudung yang diperbuat dari fabrik cotton
glitter itu ditarik. Sebelah dipanjangkan sedikit. Sebelah lagi pendek. Kemudian
Maya pin bahagian leher macam tudung bawal biasa. Bahagian selempang yang
panjang ditarik lalu dia pin dekat dengan bahagian telinga Jihan.
Tudung Jihan dikemaskan. “Cantik. Kejap ye. Akak nak
ambil pin tudung bentuk bunga dekat dalam. Tu kasut Kak Maya dah letak tepi.
Jihan pakai yang tu.” Arahnya sebelum keluar dari ruangan yang menempatkan
beberapa buah bilik fitting room tersebut.
Senyuman Jihan melebar. Lepas ni dia nak ambil Maya
jadi perunding fesyennya. Suka pilihan kasut Maya. Ingatkan kena pakai kasut
tinggi. Rupanya kasut warna coklat muda yang lebih kurang seperti lower top
sneakers. Tapi kali ni bukannya kasut jenama converse.
“Tak kisahlah. Janji bukan kasut tinggi.” Kasut tersebut
disarungkan pada kakinya. Usai saja Jihan ikat tali kasut, Maya datang dengan
beberapa pin tudung DIY berbentuk bunga. Pelbagai jenis bunga berwarna coklat dan
krim dalam kontena tersebut.
“Wah… banyaknya kak…” teruja Jihan tengok
bunga-bunga tersebut. Rajin sungguh Maya buat pin tudung ni.
“Ni semua sepadang dengan tudung Jihan. Pilihlah
yang mana berkenan. Lepas tu pin aje bahagian bahu.” Kotak pin tersebut
diberikan pada Jihan.
Satu persatu bunga dibelek. Dalam banyak-banyak
jenis corak bunga, yang paling menarik perhatian Jihan ialah bunga
kegemarannya. “Kak! Saya nak yang ni.” Pin tudung bentuk bunga matahari itu diambil.
“It’s suits
you very well. Jihan yang sentiasa ceria macam bunga matahari tu.” Ujar Maya
sambil membantu Jihan. Sekali lagi tudung itu dikemaskan.
Jihan kumpul bajunya kurung, tudung dan kasutnya. Mereka
beriringan keluar dari kawasan fitting room butik Maya.
“You memang tak pernah kecewakan I.” Puji Najmi
melihat penampilan Jihan yang nampak rugged dan bergaya.
“Cantik?” tanya Jihan sambil pegang tepi skirtnya.
“Lawa sangat! Tapi kenapa si pendek ni still pendek? Tengok kasut.” Tangan Luthfi
diratakan atas kepala Jihan. Membandingkan ketinggian Jihan yang masih lagi
paras dadanya.
Jihan muncung mulut. Tak suka digelar si pendek walaupun hakikatnya dia memang pendek.
“I bagi guna kasut tu. Sebab takut kalau dia pakai
heels, atau wedges. Nanti terjatuh pula. Lagipun Jihan comel dengan ketinggian
macam tu.” Jelas Maya. Seraya itu Jihan angkat kaki ke depan untuk tunjuk
kasutya.
“If you say so…
Baju-baju ni I dah bayar dengan pekerja you tadi. You ada compact powder ke? Lip
balm ke... mekapkan sikit. Nampak pucatlah. Nak bawa pergi salon takut tak
sempat. I nak terus pergi studio. Takut jammed pula…” lebih kurang lima beg
kertas saiz besar atas kaunter.
“Sure…
tiada hal.”
“Banyaknya baju si Najmi ni beli. Membazir je. Macamlah
aku selalu pakai baju-baju ni semua…” bebel Jihan seorang diri sambil membelek baju dalam
beg-beg kertas tersebut. Bukan baju saja, kasut, tudung dan aksesori perempuan
dibelinya. Untuk butik kak Maya hari ni.
Sementara Maya masuk ke dalam pejabatnya untuk ambil
barang mekap. Najmi dan Luthfi sekali lagi tarik Jihan ke cermin besar. Sambung
bergambar lagi. Mereka gambar refleksi diri mereka pada cermin tersebut. Beberapa
pose diambil. Sekarang Jihan faham benar perangai Luthfi dan Najmi yang gila
bergambar ni.
“Mie… kau upload
gambar dalam Instagram kau. Lepas tu shared dekat Facebook dan Twitter. Tulis
caption ‘Outing with my love and Luth…’. Kita
bagi sneak peak sikit untuk temu bual
malam ni… mesti ramai yang tertanya-tanya siapa Jihan nanti.” Cadangan Luthfi
diterima dengan anggukan.
Najmi terus muat naik salah satu gambar. “Kau pun
uploadlah sekali…”
“Tak payah cakap. Aku dah terus upload tadi. Siap
tulis caption ‘Outing with my bestie and his
love...’ Cun tak? Lepas ni kalau ada lagi gosip pasal kita dua ni gay. Tak tahulah
aku…” Sampaikan buah hati aku pun kena jadi girlfriend
kawan baik aku. Rela hati pulak tu… sambung Luthfi dalam hati.
“Suka hati korang berdua aje kan? Lantaklah…” komen
Jihan sambil berjalan mendekati Maya untuk disolekkan. Malam ni kena temu bual.
Siaran langsung lagi… harap dia tidak gagap saja nanti.
0 tukang komen:
Post a Comment
hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.
Nurfazila Suhaide =)