“Wardah...
muka aku ni ada muka penyangak tak?”
“Apa
benda kau melalut ni.” Ayam goreng selamat masuk ke dalam mulut Wardah. Muka
Thia dipandang. Apa punya soalan la Thia bagi ni.
“Kau
jawab aje la.”
Wardah
berhenti makan. Wajah Thia ditilik. “Entahlah Thia. Ada kut. Kenapa?”
“Tak
adalah.” Ada orang tu. Asyik mengelak saja dari tengok muka aku. Sambung Thia
dalam hati. Teruk sangat ke dia sampai hadap mukannya pun Zarul tak sudi.
Bukannya dia tidak perasan Zarul yang asyik megelak darinya.
Mungkin
Zarul takut kut. Sebab dari tadi Thia asyik pegang kamera saja. Takut gambar
dia kena ambillah tu. Tergelak Thia fikir telahannya sendiri.
“Hah!
Yang ni aku yakin serupa muka Mak Lampir! Gelak sorang-sorang. Senget dah kawan
aku ni. Ish... ish... ish...”
tergeleng-geleng kepala Wardah menyindir Thia.
“Hish!”
cebik Thia.
“Hah!
Anyam ketupat!!” sergah Wafiy dari belakang mereka berdua.
Thia
urut dada. Wardah pula sudah jeling tajam pada Wafiy yang bergerak ke depannya.
“Ni apa kes kacau anak dara orang ni! Nasib baik tak tercekik tulang ayam.”
marah Wardah. Sempat lagi tu melalut.
“Itu
pun nak angin.” Usik Wafiy. Dia duduk dihadapan Thia bila Zarul memilih untuk
duduk didepan Wardah.
Sayur
buncis atas pingan Thia diambil sepotong. Selamat masuk ke mulut Wafiy.
Kemudian tangannya bergerak lagi hendak mengambil lauk Thia.
“Haipp...”
Thia bulatkan matanya. Saja tunjuk muka garang. Tapi Wafiy langsung tidak
takut. Malah makin galak ambil lauknya.
“Abang!
Kalau gatal sangat nak usha Thia. Terus aje cakap dekat mak. Senang cerita. Tak
payah nak sibuk kacau anak orang tengah makan.” Tegur Wardah. Sakit pula
matanya tengok gaya usha ala-ala sweet
Wafiy.
“Elleh. Cemburulah tu.” Wafiy jelir lidah
pada adiknya. Dia berhenti makan lauk Thia. Kamera Thia di atas meja diambil.
Dilihat satu persatu gambar yang diambil oleh Thia.
“Asyik
ambil gambar kahwin kawan aje. Bila kau nak ambil gambar kahwin sendiri pula Thia.
Tak lama gambar kahwin Wardah pula.” Kata Wafiy.
Tajam
mata Wardah tengok abangnya. Tiada kerja lain kalau tak menyindirnya. “Belum
kahwin lagi la!” marah Wardah.
“Alaa...
tak lama kahwinlah jugak kau dengan Fahmi tu. Hah! Budak Kwang Soo tu pun sesuai jugak dengan kau.” Spontan saja Wafiy
balas. Thia sekadar tergelak kecil. Dia tahu Kwang Soo yang dimaksudkan itu Ekmal sebab ketinggiannya.
“Abang
Wafiy ni tak elok panggil Ekmal macam tu. Bagilah contoh yang handsome sikit.
Macam Alif Aziz ke. Ekmal tu pun agaknya tahap tinggi dan kurus macam Alif Aziz
tu.” Tegur Wardah. Tapi sebenarnya dia panggil lagi teruk. Zirafah!
“Betul
tu. Ni duk sibuk kenenkan orang. Dia sendiri tak kahwin-kahwin lagi. Orang
tunggu yang lebih berusia naik pelamin dulu. Kan Wardah.” Balas Thia. Saja nak
balas Wafiy. Selalu dia saja yang kena. Mentang-mentanglah dia tidak suka
melawan. Asyik kena sakat saja.
Dua
orang budak ni buat pakatan pula kenakan dia. Dua lawan satu. Tak aci langsung.
“Eh... abang pula kena. Dah... dah... esok nak balik KL dah. Tinggalkan karang
baru tahu mandat abang lagi tinggi.”
“Poyo!”
balas Thia dan Wardah serentak. Mereka tergelak. Boleh pula fikir benda sama.
“Esok
Zarul ikut balik sekali tau.” Umum Wafiy.
Hampir
tersedak Thia dengar. Ikut balik sekali maksudnya satu kereta lagi. Adoi! Thia
meneguk air sirapnya. Cuba tenangkan fikiran. Nasib baik tidak tunjuk sangat
kalutnya. Nanti kantoi pula dengan Wardah.
“Thanks
Abang Wafiy sebab sudi hantar Thia balik. Wardah aku balik dulu. Thanks tau!” ucap Thia. Pada Zarul pula
Thia tak tahu nak ucap apa? Terima kasih. Yang jemput dan bawa dia ke
Terengganu Wardah dan Wafiy.
“Err...
Zarul pun. Terima kasih.” Lambat-lambat Thia sambung. Tak tahu terima kasih
atas apa. Itu saja terlintas dikepalanya supaya Zarul tidak rasa tersisih.
Pegangan
pada pemegang beg roda dikuatkan. Pada ketika ini pun dia masih lagi hendak
jaga perasaan Zarul. Sampai satu tahap Thia tidak faham dengan perasaannya
sendiri.
“Sama-sama.
Kami balik dulu tau.” Kata Wardah sambil masuk semula ke dalam tempat duduk
belakkang.
“Bye
Thia.” Kata Wafiy sambil menekan hon.
Thia
hanya tersenyum melambai hingga kereta hilang dari pandangan. “Hailaa Zarul...
panjang hari saya kerana awak.” Keluh Thia. Penat betul perjalan balik dari
Terenganu ke Kuala Lumpur.
“Jiwa
kacau sungguh!” omel Thia sendirian. Pemegang beg roda ditarik masuk ke dalam
pagar rumah. Salam diberi. Memandangkan tingkap terbuka mesti teman serumahnya
ada di rumah ketika ini.
“Hah!
Dah balik? Apa macam best tak?” tanya
Hana yang sedang menonton televisyen.
“Best la jugak...” jawab Thia dengan nada
meleret.
Beg
roda diletak tepi sofa. Malas hendak terus masuk bilik. Nanti ada pula layan
perasaan. Satu persatu pin tudung dicabut. Usai membuka selendang yang terlilit
di kepala. Dia terus letak atas meja sekali dengan anak tudung.
“Macam
tak best saja?” Hana seolah mengesan
sesuatu pada nada suara Thia.
“Best la...” pendek jawaapan Thia. Besar
mulutnya menguap besar. Tambah tunggu lama dia terus baring di kerusi panjang.
Kaca televisyen dipandang.
“Eh!
Lee Min Ho la. Cerita baru ke?” tunjuk Thia pada kaca televisyen. Saja tukar
topik. Tak kan dia nak jawan best
sebab jalan-jalan tapi tak best sebab
terjumpa cinta lama.
“Hurm...
cerita baru. The Heirs. Best!” Hana
pun ikut saja rentak Thia. Malas hendak paksa orang jika tidak mahu buka
cerita. Tambah lagi manusia bernama Nurfathiah ni. Susah nak korek rahsia dari
dia.
“Aku
nampak dia lagi handsome dekat cerita
City Hunter tu. Rambut dia dekat sini pendek sikit.” Komen Thia.
“Setuju!
Kalau kau tengok The Great Doctor. Dengan baju besi tu lagi. Fuh!” penuh
perasaan Hana komen pasal lelaki artis Korea itu. Lebih-lebih pula Hana ni.
Thia
sudah bangun kembali. Beg roda ditarik ke bilik. “Eh! Kau tak nak tengok ke?”
tanya Hana.
“Kau
layanlah. Aku download saja nanti.
Marathon tengok. Baru ada feel.” Thia
lagi suka muat turun semua sekali lepas tu duduk seharian marathon tengok
drama. Dia hantu korea juga tapi lebih kepada drama berbanding dengan lagu-lagu
korea. Layan lagu pun kalau lagu tema drama. Kawan cakap dia pelik tapi memang
dia dah macam tu.
Masuk
ke bilik. Katil menjadi sasarannya. Terus lompat atas katil. Terlentang Thia
atas katil. “Zarul... Zarul...” Nama itu disebut beberapa kali.
“Argghhh!!!
kusut” jerit Thia.
“Woi
anak dara! Tak senonoh betul terpekik terlolong.” jerit Hana dari ruang tamu.
Padahal dia pun menjerit juga. Marahlah tu kacau feel dia tengok korea.
Patung
beruang yang hampir setengah badan Thia itu ditarik. Dipeluk kuat. Sakit
kepalanya jika terus menerus layan perasaan macam ni.
Jiwa
kacau sungguh. Tadi dalam kereta dia lebih banyak berdiam diri dan tidur dengan
alasan dia penat saja. Zarul dan Wafiy saja yang rancak bercerita di hadapan.
Wardah pun sekali sekala saja kacau dua lelaki itu. Lebih banyak hadap telefonnya.
Thia
bangun. Tuala ditarik. Dia terus masuk ke dalam bilik mandi. Mandi lagi bagus.
Lincah
tangan Thia mencari semula cerpen lama yang tertulis di blognya. Malam ni tiada
mood hendak buat kerja ataupun tengok televisyen. Tadi ketika makan malam. Dia
teringatkan sesuatu pasal cerpen yang berkaitan dengan Zarul.
Link pada page
Cerpen dibuka. Satu persatu tajuk dicari. Cinta Luh Mahfuz. Hatinya kuat
mengatakan itulah cerpennya. Terus saja tajuk itu ditekan.
Thia
mula membaca cerpen yang pernah ditulis tatkala merindui lelaki itu. Kisah
tentangnya sedikit terselit dalam cerita cinta Annur dan Huzaimy itu. Dalam
cerita itu Huzaimy seorang juruterbang, walaupun pada realitinya lelaki itu
seorang aerospace engineer yang
bekerja di MAS. Sebab itulah Thia memasang angan untuk bekerja di MAS. Berbalik
pada cerpen Cinta Luh Mahfuz selepas saja Annur meluahkan luahan hatinya pada
Huzaimy cintanya terus berbalas. Tapi Thia? Selepas sahaja pesanan yang
menyatakan isi hatinya itu dihantar. Lelaki itu langsung tidak ambil peduli.
Peritnya
hidup realiti. Air mata Thia mula menitis. Apa yang dia taip pesanan Annur
kepada Huzaimy itu serupa dengan apa yang dia taip kepada lelaki itu. Cerpen
Luh Mahfuz ditaip dengan harapan ceritanya sama dengan angannya walaupun sedar
angan itu hanya satu mimpi yang tidak mungkin menjadi kenyataan.
Assalamualakum
awak,
Maaf
mungkin saya menganggu! (memang menganggu pun.) Saya ni orang gila yang sukakan
awak. Entah kenapa… perasaan tu tiba-tiba saja hadir dalam hati ni hah! mungkin
awak akan terkejut. Tentu terkejut kan? Saya lagilah tidak sangka. Selama ni
saya mengelak dari bercinta… apa lagi buat kerja gila begini.
Saya mengaku mungkin saya ni seperti perigi
mencari timba. Saya sukakan awak biarpun kita tak pernah bersua, bercerita
ataupun sekadar berchat. Saya cuba elak perasaan tu tapi dia degil sangat.
Pelikkan? Saya rasa cinta ni pelik! Pelik sangat…
Tahu
tak? Sampai saya sanggup berdoa dan buat solat hajat supaya saya lupakan awak!
Betul! Awak mungkin tidak percaya… tapi itulah realitinya. Tapi saya nak juga
mengaku yang saya ada doa andai nama awak dan nama saya tertulis di Luh Mahfuz,
insyaallah ada jodoh buat kita. Tapi sekiranya tiada, saya memohon agar hati
ini suci buat suami saya. Pemilik nama yang tertulis di Luf Mahfuz. J
Panjang
lebar saya tulis, harap awak tidak salah sangka yang saya salah hantar pesanan
ni. Memang benar luahan perasaan ini buat awak Encik Huzaimy. Jangan risau!
Lepas ni saya tidak akan lagi tengok FB awak.
L
Usai
saja saya hantar pesanan ini saya akan terus unfriend dan block awak. Apapun
tanggapan awak pada saya, Saya nak juga kata cinta saya untuk awak hadir tanpa
dipinta. Sekian terima kasih dari hati ini…
(p/s
: Saya sebenarnya ingatkan nak jadi macam Saiditina Khadijah, berani meluahkan
perasaannya. Tapi saya tiada ‘Maisarah’ untuk menyampaikan hasrat saya…)
Dari
hati,
Annur.
Thia
tersenyum lucu. Terasa terlalu naif dengan tingkahnya dulu senaif watak Annur
yang dicipta olehnya. Mungkin Thia lagi naif dari watak Annur itu. Sudahlah
luahkan perasaan melalui laman sesawang Facebook. Lepas tu boleh pula buat
kesinambungan cerita dalam blognya. Tapi sayang pengakhiran cerita memang
langsung terlari habis. Lelaki itu sudah berpunya. Sudah mempunyai tunang yang
serba serbi lengkap. Banyak yang Thia tahu tentang lelaki itu. Dia stalker. Memang itulah kerjanya dulu.
Tapi lagi teruk dari watak Annur yang hanya tahu cerita Huzaimy melalui
Facebook.
Thia
tahu keseluruhan tentang lelaki itu. Pengetahuannya dalam menggunakan sumber
maklumat dan teknologi terkini memudahkan kerjanya. Setakat kerja menggodam itu
hanya makanannya saja buatnya.
Tapi
Thia bukanlah Black Hat hacker yang
suka menjatuhkan syarikat-syarikat besar. White
Hat hacker jauh sekali, tidak pernah dia bantu mana-mana syarikat.
Grey Hat hacker? Memang tidak!
Bagi Thia Grey Hat hacker tu macam
tiada motivasi langsung. Kedua-duanya dia sapu. Tamak! Kalau nak tahu. Grey Hat hacker tu umpama Doctor jekyll and Mr. Hyde. Ada jahat dan
ada juga bahagian baik.
Thia
cuma hacker dan stalker kepada lelaki itu. Dia tidak pernah buat kerja-kerja
mengodam yang menjatuhkan orang lain selain membaca dan mencari perkara yang
berkaitan dengan buah hatinya itu.
Dikesat
air mata yang semakin deras membasahi pipi. Sudah habis cerpen cinta Luh Mahfuz
dibaca. Sehinggalah puisi yang dia taip pada penhujung cerpen itu. Sudah lama
dia tidak baca puisi yang dikarang olehnya itu.
Cinta dalam diam,
luahan katanya tidak pernah diluah.
Sakitnya hati tidak terkata,
menguris jiwa hamba,
hanya mampu meluahkan dalam tinta.
Coretan cerita sebagai pengantar suara,
yang sentiasa bisu tanpa berita.
hendak diluah takut merana,
akhirnya sentiasa senyap tanpa sebarang
madah…
Lantas contengan pena memainkan
peranannya,
melakar seribu satu makna,
tentang ceritera cinta si penglipurlara,
meluahkan segala yang terbuku di dada.
Mengharapkan kasih pada si dia,
tapi takut untuk meluah.
Nanti di kata perigi mencari timba,
nanti haru sekampunglah jawabnya.
Kekadang ingin menjadi seperti Khadijah,
di mana nabi disunting menjadi suaminya,
sebagaimana Maisarah menjadi wakilnya.
Tapi dengan cara berbeza.
contengan pena jadi hantaran hamba,
contengan yang meluahkan isi tersirat
kepadanya.
Tidak mengharap si dia membaca,
kerna yakin itu bukan hobinya.
Dia terlalu jauh di mata,
walaupun sentiasa dekat di hati hamba...
Hanya doa untuk jauhi si dia,
takut jodoh bukan milik kita...
hati ingin melupakannya,
jiwa ingin menghilangkannya.
Jika jodoh ada pada kita.
aku berdoa, bersyukur ke hadratNya...
hanya mampu ku pohon pada yang Esa,
kerna jodoh itu rahsia-Nya.
Andai nama kita tertulis di Luh Mahfuz,
Insya Allah ada Jodoh buat kita…
Panjang lebar Thia membaca sajak yang
ditulis oleh Annur kepada Huzaimy. Sebenarnya itu pusi isi hatinya sendiri
kepada lelaki yang bernama Zarul. Lelaki yang dikenali sebagai blogger
serta rakan Facebook. Tapi sudah cukup membuatkan hati wanitanya bergetar.
Cinta itu buta. Seraut wajah itu memang sentiasa segar difikirannya walaupun
mereka sudah tidak lagi berkawan di laman sesawang Facebook.
“Dah berapa tahun...” ujar Thia sendiri.
Iya sudah berapa tahun dia mengenali lelaki itu. Sejak dia menuntut diploma
hinggalah habis ijazah dan sekarang sudahpun bekerja. Susah betul hendak
lupakan cinta pertama.
Esok kerja. Harap Thia tidak lagi ada
apa-apa dengan lelaki itu. Cukuplah beberapa hari yang menyesakkan jiwa. Kena
hadap kerja banyak-banyak. Buat terapi dan motivasi lupakan lelaki itu.
Nota kaki : Olla ~! like i said before. novel ni sebenarnya ada kaitan dengan cerpen Cinta Luh Mahfuz. So, kalau nak baca cerpen tu klik link ni. ---> . http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2012/04/cinta-luh-mahfuz.html . If x faham pasal term2 IT. ask me k. saya pun x faham sangat, sikit2 boleh la. hee~
-Hasta la Vista le cute creatures... Assalamualaikum.
Nota kaki : Olla ~! like i said before. novel ni sebenarnya ada kaitan dengan cerpen Cinta Luh Mahfuz. So, kalau nak baca cerpen tu klik link ni. ---> . http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2012/04/cinta-luh-mahfuz.html . If x faham pasal term2 IT. ask me k. saya pun x faham sangat, sikit2 boleh la. hee~
-Hasta la Vista le cute creatures... Assalamualaikum.
0 tukang komen:
Post a Comment
hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.
Nurfazila Suhaide =)