Friday, December 6, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 4



 “So Sorry Mal. Sepatutnya keluar nak hilangkan stress tapi kena bawa budak sekali.” Thia berpaling menghadap Ekmal yang setia mengekori dari belakang. Humaira pula sedap duk terlentok sambil memegang leher Ekmal.
“Tak apa. Sekurangnya boleh praktis bila dah kahwin. Mama saya tak berhenti cakap benda yang sama setiap hari.” Luah Ekmal.
Mereka masuk lagi ke bahagian rak buku yang lain. Mata Thia kembali mencari tajuk-tajuk novel yang menarik perhatiannya. “Dah nak sampai seru awak tu. Sebab tu hari-hari dengar benda yang sama.”
Sebuah novel bertajuk Menantu Datin Izzah ditarik. Thia membelek isi kandungan novel. Sinopsis dibaca. Meriah sungguh cover novel ni. Lip lap lip lap... sesuai dengan tajuk. Ala-ala mak datin yang selalu berpakaian serba meriah.
How you spend your time with all these? Maksud saya, awak kan selalu hadap novel, taip your stories, kerja dan benda-benda freelancer awak tu? Tak sibuk ke?” tanya Ekmal berhati-hati. Ayat hati-hati dia tu sampai merojakkan bahasa melayu.
Thia jongket bahu. “Minat. Pandai-pandailah bahagi masa. Tapi saya buat pun cukup makan. Kerja-kerja sambilan tu saya cuma ambil sekali dalam satu masa saja. Siap satu baru ambil tempahan lain. Buat tu pun sebagai latihan untuk saja. Nanti kalau lama tinggalkan berkarat pula otak ni.”
“Mama...” lembut suara Humaira yang baru terbangun memanggil Thia.
“Iya anak mama. Masih mengantuk lagi tak?” tanya Thia. Si kecil Humaira mengangguk sambil menguap kecil.
“Macam tu tidur dulu.” Ekmal mengosok-gosok belakang Humaira.
Kesian Thia tengok Ekmal. Tak pasal-pasal kena jadi babysitter. Tak apalah Mal. Praktis sebelum jadi ayah nanti.
“Okey ke tak ni?” tanya Thia.
“Okey. Saya pun biasa jaga anak saudara saya.” Patutlah macam tak kekok saja Ekmal layan Humaira. Ada pengalaman rupanya.
“Ma... nak kiss.”
Thia mendekati Ekmal. Muka Thia yang menyandar pada dada lelaki itu didekati. Terus Thia mencium hidung Humaira. Tersenyum kecil Humaira. Suka dimanjakan.
“Ni. Suka mama cium ke atau dapat kena dukung oleh Uncle Ekmal?” hidung Humaira ditarik mengunakan ke dua jari Thia. Seolah menjepit hidung si kecil. Humaira pun makin suka. Mengekek ketawa.
Both!” Amboi tamak juga si kecil ni.
Tiba-tiba Ekmal mencium hidung Thia. Tempat yang sama Thia cium tadi.
Thia terkejut. Bulat matanya pandang Ekmal. Indirect Kiss!!! Mahu saja dia jerit kuat.
Indirect kiss... mana tahu satu hari nanti jadi direct kiss.” Sejak bila si tuan muda pemalu ini bertukar versi badboy? Nakal!
Automatik pipi Thia rasa membahang semacam.
“Amboi korang berdua. Buat drama swasta pula dekat kedai buku ni ye.” Tegur seseorang dari rak sebelah. Laju kepala Thia dan Ekmal memandang.
Busted!
Wafiy tersengih. Tunjuk tanda peace. Ah! Sudah. Kantoi dengan tukang sakat. Yang tambah parahnya. Zarul pun ada di situ juga.
Wafiy berjalan mendekati Thia dan Ekmal. Zarul setia saja ikut kawannya di belakang. Macam nak tak nak saja. Tangan kanannya memegang Amirah. Rindu pula Thia pada Amirah. Tapi memandang anak kecil itu bersama Zarul. Terbantut niatya hendak mendekati.
Ekmal berjabat tangan dengan kedua lelaki itu. Tanda hormat. “Sejak bila pandai ayat anak dara orang ni?”
Tersengih saja Ekmal mendengar teguran Wafiy.
Aunty Nur...” panggil Amirah lembut. Dia mengoyang tangan yang dipegang oleh Zarul. Minta dilepaskan. Dalam muka keterpaksaan Zarul terpaksa melepaskan.
Amirah berlari anak pada Thia yang sudah duduk menanti si kecil untuk membalas pelukannya.
Cupp!!
Thia mencium hidung mancung Amirah. Sama seperti yang dia buat pada Humaira.
Zarul tercenggang. Wafiy hanya tersengih pada kawannya. Bagi isyarat mata.
“Rindu aunty!” luah si kecil Amirah.
Aunty Nur pun rindu Amirah.” Pinggang Amirah digeletek. Kuat Amirah ketawa sambil mengelak.
“Dah. Mira salam aunty. Kita nak cepat.” Arah Wafiy. Amirah mengangguk lalu menyalam tangan Thia dan berlari semula pada Zarul.
“Kami gerak dulu. Sambunglah dating kamu tu. Hehe...” kata Wafiy lagi. Mengusik! Mengusik! Tiada kerja lain.
Bye Mira.” Thia tidak peduli usikan Wafiy. Dia sekadar membalas lambaian Amirah.
Semakin lupa dengan orang disebelah. Thia terus saja melambai Amirah. Si kecil pun seolah enggan berlepas. Walaupun semakin menjauh. Dia tetap sesekali berpaling memandang Thia.
“Saya rasa suatu hari nanti baik awak buka taska.” Ekmal memberi cadangan. Dia sudah berdiri disebelah Thia.
Thia yang tidak faham hanya pandang kosong pada muka Ekmal. Muka blurr ditayang. “Maksud?”
“Cepat sangat kanak-kanak sukakan awak. Sekejap saja boleh jadi rapat. Mommy type women. Ada sifat keibuan dan manja. I’m sure you’re going to be a good mother.”
Kembang kecut perut Thia mendengar pujian ikhlas Ekmal. “Thanks.”
By the way, budak tadi tu panggil awak Nur. Double sweet. Kalau saya panggil macam tu boleh tak?”
Thia jeling Ekmal tajam. “Budak tu terikut keluarga dia panggil saya Nur. Sebab dulu waktu saya pergi Makkah dengan nenek saya kami berkenalan dengan keluarga dia. Lepas tu mereka ikut sekali panggil saya Nur macam mana nenek saya panggil.”
“Nur tu keluarga saya je panggil. SE! Special Edition.”
“Jadi, kalau nak panggil awak Nur. Kita kena jadi keluarga dulu la? Cantik! Nanti saya suruh mama hantar rombongan. Pinang awak. Jadi boleh la kita jadi keluarga.”
Terkedu Thia dengar. Dia pandang Ekmal lama. Tiba-tiba lelaki itu tergelak.
“Gurau saja la!”
Yiee!! Badboy!” hari ni sudah dua kali terserlah sifat nakal Ekmal. Thia tidak peduli. Dia meneruskan misi pencarian buku yang tergendala tadi.
Bila habis gelak Ekmal pun turut mencari beberapa edisi majalah PC baru. Humaira yang masih mamai kembali tidur. Tak faham pun sebenarnya usikan Uncle Ekmal dan mamanya. Itulah tidak menyampuk.
Sesekali Thia jeling Ekmal yang suka melayan kerenah Humaira. Ada bakat jadi bakal suami terbaik!
Hati Thia berdetak. Tergerak hati. Andai cadangan Ekmal tadi serius.
‘Oh tidak! Soulmate akan kekal menjadi soulmate. Ekmal tu tak seberapa betul sebab masih stress dengan desakan mamanya suruh cari bakal isteri. Betul tu! Masih stress. Sebab tu otak tak betul.’ Thia betulkan niat hati.



Indirect kiss? hehe...” usik Wafiy pada Zarul.
Lelaki itu masih lagi terdiam lepas terserempak dengan Thia tadi.
“Mengarutlah.” Tahu sangat maksud Wafiy tu.
“Mana tau. Boleh jadi direct kiss macam Ekmal cakap tadi.” Wafiy tidak berhenti menyakat. Sebenarnya waktu singgah ambil Amirah di rumah kakak Zarul. Lelaki itu turut mencium hidung Amirah. Tempat yang sama Thia cium tadi!
Zarul terdiam. Berbuku penyesalan mencium hidung anak saudaranya tadi.
“Agaknya mana satu antara kau dan Ekmal yang akan direct kiss dengan Thia tu nanti. Hahaha!!” gelak besar Wafiy mengusik Zarul.
Nasiblah dapat kawan macam Wafiy ni. Kaki sakat.
“Kau ni. Cakap pun tak berlapik. Amirah ni budak bawah umur. Lagipun kita ni nak pergi jumpa tunang aku. Dengar dek Qila. Sebulan dia merajuk. Dah! Tutup buku.” Keras Zarul bagi amaran.
Wafiy gelak saja. Tahulah Zarul sayang betul dengan cik tunangnya tu. Sanggup menanti Maizatul Aqila betul-betul habis belajar di luar negara beberapa tahun baru bertunang. Sudah setahun Qila dan Zarul sah sebagai tunang. Hujung tahun ni Insya-Allah panjang umur. Satu lagi mahligai akan terbina. Setia sungguh Zarul.
Andai saja tunang Wafiy tidak buat perangai. Sudah tentu dia juga mengecapi alam perkahwinan sekarang ni. Tapi orang dah tak sudi. Sekerat jalan saja tali pertunangannya. Si Cik Tunang yang sudah dilupa namanya itu pula buat perangai sebulan sebelum perkahwinan.



“Thia...” lembut suara Ekmal memanggil Thia. Kepala Humaira disapu lembut. Suka benar Ekmal pada Humaira. Tidak nakal dan tidak banyak songeh. Yang banyak hanya celotehnya saja.
Perlahan Ekmal memandang Thia disebelah.
Hurm?”
“Kita kahwin.”
Thia terus balas pandangan Ekmal. Senyumannya meleret. Makin lama makin melebar. “Awak! Tak suka Ekmal versi badboy. No more ‘prank Thia game’. Big NO funny!”
Muncung mulut Thia. Cukuplah sekali terkena.
Satu keluhan berat dihembus. Ekmal membalas. “Saya serius. Kita kahwin.”
“Awak cintakan saya?” Thia terus menyoal.
Ekmal geleng kepala. Dia pun tidak tahu perasaannya pada Thia. “Entah.”
Apa yang Ekmal yakin ialah hatinya berada di zon selesa jika berada dengan Thia. Terlalu selesa.
“Habis tu kenapa awak ajak saya kahwin? Sebab mama awak?” soal Thia lagi.
Ekmal geleng kepala. Dia mengeluh.
“Bukan. Sebab awak. Awak Nurfathiah yang memahami saya. Thia yang mempunyai hobi yang sama, minat yang sama dan yang penting saya selesa dengan awak. Tenang. Awak buat hati saya berada di zon selesa Thia. Terlalu selesa hingga saya takut untuk kecewa.”
“Ekmal. Sama ada awak perasan atau tak. Antara kita berdua hanya wujud perkataan kawan. Perasaan cinta mampu buat hati kita berdebar-debar, resah, takut, gembira dan bahagia. Sedang kita? Kita terlalu tenang. Terlalu mudah memaafkan antara satu sama lain. Sebab kita soulmate. Soulmate tidak mungkin jadi pasangan hidup Mal. Soulmate umpama diri kita sendiri. Refleksi.” Panjang lebar penerangan Thia.
Ekmal senyum. Suka mendengar penerangan Thia.
“Maaf Thia. Saya faham. Kita rapat sebab jiwa kita sama. Mungkin saya terlalu stress dengan desakan mama pasal perkahwinan.”
 “Perkahwinan perlu ada pelbagai rencah. Bukannya manis saja. Tapi masam, masin, pahit itu yang mengeratkan hubungan. Menyedarkan betapa pentingnya sesuatu perkahwinan. Awak mungkin takut kecewa dengan perkahwinan awak. Tapi percayalah Ekmal. Sedih, marah dan kecewa semua tu penambah rasa dalam membentuk kebahagiaan.”
“Terima kasih Thia. Saya tahu jawapan awak tidak pernah mengecewakan saya.”
“Apalah guna saya sebagai kawan kan? Lepas ni cakap dekat mama awak. Insya-Allah jodoh itu ada. Ataupun susah-susah suruh aje mama awak carikan jodoh.”
Cepat Ekmal geleng kepala. Tidak setuju jika perkahwinan aturan keluarga. “Biarlah cinta tu hadir sendiri. Saya tak nak jika ada apa-apa berlaku dalam perkahwinan yang diatur oleh mama nanti, saya salahkan mama pula.”
 Banyak sudah kes begitu. Mungkin banyak pada cerita novel tapi bukan ka setiap penceritaan itu ada pengajarannya?
“Okey la kalau itu keputusan awak. Tapi cinta tu tak akan datang bergolek sendiri pada awak. Cinta tu mesti dicari lepas tu tapis ikut ciri-ciri islam. ”
“Baiklah ustazah Fathiah...” angguk Ekmal.
Thia ketap bibir. Dia serius boleh pula si Ekmal ni bergurau. “Cubit kang! Yiee.. tak suka Ekmal versi badboy ni. Nakal!”
Ekmal tergelak besar. Tapi kenapa dia suka pula versi badboy ni. Suka sakat Thia! Bulat matanya bila terkejut, bibir tu pula mesti pot pet pot pet membebel! Comel! Macam nenek kebayan.
Erk? Ekmal dah senget kut. Nenek kebayan pun dia rasa comel.
Uncle Mal bising! Maira nak tidur...” marah si kecil Humaira bila terkejut dengan gelak tawa Ekmal.
Ekmal terhenti. Dia pandang Thia. Kemudian tawa mereka bersatu.
“Maira ni asyik tidur je. Uncle bawa jalan-jalan tapi kerja dia tidur sepanjang jalan.” Badan si kecil Humaira digeletek. Naik segar terus badan Humaira. Terkekek dia gelak sebab rasa geli.



 “Tidurlah sayang.” Thia pandang Humaira yang masih segar disebelahnya. Lama sangat tidur siang tadi. Malam jadi burung hantu pula si Humaira ni.
Humaira tidak peduli arahan mamanya. Dia terpusing kiri dan kanan sambil memeluk patung dolphin warna warni Thia.
“Mama...”
“Apa sayang?” tanya Thia. Matanya masih kusyuk hadap skrin komputer riba. Humaira yang baring di sebelahnya tidak dilayan. Thia perlu siapkan kerjanya. Banyak yang tertinggal. Dateline dah dekat.
“Mama cinta cinta dengan Uncle Ekmal? Macam ibu dan ayah?” tanya si kecil.
Terkejut juga Thia dengan soalan Humaira tu. Budak kecil zaman sekarang ni pun tahu istilah cinta.
“Tak sayang. Mama dan Uncle Ekmal cuma kawan. Uncle Ekmal pun kawan dengan ibu.”
“Tapi Humaira suka Uncle Ekmal. Dia baik. Can I call him papa?” tanya Humaira lurus. Ekmal sudah ada peminat kecil rupanya.
Meja kecil yang meletakkan komputer riba Thia diturunkan ke bawah katil. Dia baring menghadap Humaira. Rasa hendak pillow talk dengan si kecil.
“Humaira suka Uncle Ekmal?”
Uncle Ekmal tinggi macam Prince Charming. Mama pula cantik macam Barbie. Humaira suka.” Amboi kuat betul pengaruh fairytale Humaira.
“Kita call uncle Ekmal nak? Humaira tanya uncle boleh ke panggil papa?”
Laju kepala Humaira mengangguk.
“Kejap.” Thia bangun dari katil. Telefonnya dicari dalam tas tangan.
Thia kembali baring menghadap Humaira dengan telefon ditangannya. Nombor Ekmal didail. Thia tekan butang pembesar suara agar Humaira pun dapat dengar. Kemudian Thia letak telefon di tengah mereka.
“Assalamulaikum.” Kata Ekmal disebalik corong telefon.
“Waalaikumsalam.” Serentak suara Thia dan Humaira menjawab salam.
Hurm... ada apa tuan-tuan puteri mencari patik?” tergelak Humaira dan Thia mendengar soalan dari Ekmal.
“Wahai Tuan Putera Ekmal. Adinda beta Siti Humaira ingin tanya sesuatu pada tuan hamba.” Ujar Thia. Hidung Humaira sentuh guna hujung jari telunjuk Thia.
Uncle Ekmal...” lembut suara Humaira memanggil Ekmal.
“Ye sayang? Ada apa?”
Lama Humaira diam. Dia pandang Thia. Takut Ekmal marah dengan permintaannya.
“Tak apa sayang. Tanya saja. Uncle tak marah tu.” Pujuk Thia. Rambut Humaira dibelainya.
Uncle Ekmal can I call you papa?” lambat-lambat Humaira menyoal. Kemudian Ekmal pula senyap. Mungkin terkejut dengan permintaan Humaira.
“Mal?” panggil Thia.
Sorry... sorry... patik sanggup buat apa saja untuk dua orang puteri ni.”
Senyum lebar Humaira mendengar persetujuan Ekmal. Gembiralah tu dapat papa baru. “Yeah! Love you papa.”
“Dah sekarang papa nak Maira tidur. It’s almost midnight love. Mama, please kiss Maira for me...” pinta Ekmal. Kedengaran dia terkekek sedikit. Suka kenakan Thia.
Thia menahan geram. Sempat lagi Ekmal kenakan dia. Tapi dia turutkan juga. Kesian tengok muka Humaira yang penuh harapan tu. Hidung Humaira dikucup lembut. “Muahh...”
“Yeah! Now mama kiss papa for Maira just like ibu and ayah!” pinta Humaira pula.
Erk?! Thia terkejut. Ni kes apa pula? Lepas ni Thia nak basuh bersih-bersih Intan dan Rizal.  Ni mesti buat scenery luar alam depan anak. Sebab tu Humaira pun terjangkit. Yang jadi mangsanya Thia.
Ekmal sudah tergelak besar. Mesti lucu muka Thia sekarang ni dengar permintaan Humaira. “Faster love. Our daughter is waiting...” usiknya. Tersenyum Ekmal bersuara lunak.
Erk... Mal enough!”
“Mama faster!” Humaira merengek. Agh! Ini padahnya terlebih manjakan Humaira. Rungut Thia dalam hati.
Muahh!! Dah. Okey. Say good night to your papa honey. Cepat!”
Huwaa! Mana Thia nak letak muka hari isnin ni? Nak minta EL hari isnin boleh tak? Malu hadap Ekmal.
Bye papa. Good night.”
“Hahaha... good night honey and love. Bagitahu mama. Jangan malu-malu. Muahh! Hahaha...” usik Ekmal. Makin kuat dia gelakkan Thia.
Panggilan dimatikan. “Dah sayang. Ikut cakap papa. Tidur sekarang.”
Humaira terus kuatkan pelukan pada patung dolphin Thia. “Thank you mama. For giving me a warm papa just like you.” Ucap si kecil dengan mata tertutup.
Thia tersenyum. Suka dengan kemanjaan Humaira yang selalu mencuit hatinya. Humaira ni bukannya kekurangan kasih sayang. Tapi manja terlebih! Sebab semua orang sayangkan dia. Antara mereka semua, hanya Intan seorang saja yang sudah ada anak. Jadi kasih sayang memang tertumpu pada Humaira.
Your welcome love. Sleep tight sayang mama...” rambut Humaira dikelus lembut. Setelah memastikan Humaira lena. Thia kembali duduk. Meja kecil yang meletakan komputer ribanya kembali diangkat atas katil. Manuskripnya harus disiapkan.
Thia cuba lupakan perangai nakal Ekmal hari ni. Tapi hatinya juga terusik dengan kenakalan itu. Hari ini Thia kenal Ekmal dari sudut lain pula. Ekmal versi badboy!
Telefon bimbitnya dicapai. Beberapa huruf terus ditaip pada lantas dia menghantar ke nombor Ekmal melalui aplikasi Whatapp.


 Notty papa! Suka buli mama. Papa badboy!  >.<!
Ekmal yang duduk dibalkoni rumah tersenyum lebar baca pesanan ringkas Thia. Tak apalah. Masuk kerja nanti tahulah dia pujuk Thia.
“Amboi anak mama. Duk berhoney and love tengah malam.” Tegur Puan Sufi. Dia yang tadinya ke dapur untuk minum terus saja terhenti.
“Eh? Mama tak tidur lagi?”
“Dah tidur. Mama nak ke dapur tadi minum air. Haus. Tapi terdengar pula si teruna ni duk bersayang-sayang. Ingatkan siapa tadi.”
Panas muka Ekmal malu. Kantoi pula dengan mama. Dia hanya senyum menunduk.
“Sejak bila ada ni? Mama suruh bawa rumah asyik kata tak ada calon je.”
“Kawan je mama. Best friend Mal.”
Puan Sufi terus pandang anaknya. Muka tidak percaya ditayang. “Kawan apa pula sampai duk bersayang-sayang tadi? Siap panggil mama, papa...” Dia dulu pun bercinta juga tapi tak ada la sampai pangil mama papa sebelum kahwin.
“Thia tu kawan saja ma. Tak lebih.”
“Mana-mana Mal la. Mama nak pesan tiada istilah kawan baik antara seorang lelaki dan perempuan. Mama nak masuk tidur. Assalamualaikum.” Pesannya. Bahu Ekmal ditepuk perlahan. Dia berpaling untuk balik ke bilik. Mengantuk.
Good night ma. Waalaikumsalam.” Ekmal kembali bersandar pada kerusi. Ketenangan malam memang mampu menenangkan jiwa.
Nurfathiah. Nama itu berkali-kali disebut dalam hati.
“Kawan atau kekasih?” soalnya pada diri sendiri. Puas berfikir dia masih tiada jawapan untuk itu.


Nota Kaki : Kenalkan Ekmal Hady. Thia's soulmate.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

0 tukang komen:

Post a Comment

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)