Jari kelingking
dimasukkan ke dalam cuping telinga. Kemudian Jihan keluarkan tengok hasil
lombong. Bersih saja. Dia ulang berapa kali. Tidak senonoh sungguh. Sudahlah
dia buat di tempat awam. Nasib badanlah orang yang ternampak aksi luar biasanya
itu.
Jihan terus berjalan
meneruskan misinya. Tadi ada juga dia usha telefon baru. Tapi mahalnya mak aih!
Tak termampu den nak bayo. Terbantut terus niat Jihan nak belikan baru.
Cukuplah apa yang dia bawa ni. Janji hati ikhlas.
Lagipun dengan tahap kekayaan
Najmi, gosok kad saja sudah keluar telefon baru. Jadi tak payah la dia bazirkan
duit.
Botol air mineral
dibuka. Perlahan-lahan Jihan menuang air ke tapak tangannya. Kemudian dia terus
basuh. Selamba badak saja cuci tangan tepi jalan. Atas dasar tidak yakin dengan tahap
kebersihan tangan sendiri. Jihan masuk ke dalam KFC. Dia terus masuk dan ke
singki. Basuh tangan guna sabun sekali.
Lepas keringkan tangan
Jihan sempat juga dia beli dua french
fries size besar tadi sebelum keluar.
Sampai saja di bangunan
pejabat Najmi. Selamba Jihan melangkah masuk. Seseorang yang memanggil namanya
tidak diendah. Tahu sangat suara tu.
“Jihan… Jihan…” jerit
Luthfi lagi. Dia berlari untuk seiring dengan Jihan.
“Ada apa Luth?” tanya
Jihan. Dia tayang muka bosan.
“Kau nak pergi jumpa
Mie?”
“Tak la. Nak pergi buat
promosi. Aku kerja dengan bangla jual karpet. Ni nak pergi buat promosi karpet
baru.” Loyar buruk pula Jihan ni. Tapi Luthfi pun satu. Dah sah-sah Jihan
terpacak di syarikat Najmi memang dia nak pergi menghadap Tuan Muda seorang tu
la.
Tersengih Luthfi
dengar. Silap dia. “Jom aku pun nak pergi jumpa dia. ”
“Sorry sikit. Bila masa aku ajak kau sekali. Bye!” Bukan nak sombong dengan Luthfi. Tapi entah la! kalau
ingatkan kata-kata Luthfi dulu memang menguris jiwa dan raga sungguh!
Luthfi senyum pandang
belakang Jihan yang laju tinggalkan dia. “Masih marah nampaknya.”
“Jihan tunggulah.”
Sekali lagi Luthfi berlari mengejar langkah Jihan.
Sesampai saja mereka
berdua di pejabat Najmi. Tegang muka Najmi tengok Jihan. Luthfi buat selamba
saja. Biar dia jadi penonton drama swasta Najmi dan Jihan.
“Marah lagi tak?”
berbuih mulut Jihan minta maaf. Hati keras betul Najmi ni.
“Lepas dua hari baru
nak jumpa.” Najmi akhirnya bersuara.
Senang hati Jihan
dengar. Ingatkan marah sampai hilang keupayaan untuk berbicara dah. “Aku tunggu
kau tenang dulu baru nak jumpa. Nanti kalau terus jumpa waktu kau angin kan
lagi teruk. Janganlah marah lagi… please…”
pujuk Jihan.
“Ni aku bagi. Tak mampu
nak ganti telefon kau tu. Tapi yang ni aku buat sendiri. Ikhlas punya.” Satu
kontena leper dikeluarkan dari beg galasnya. Penuh berhati-hati Jihan keluarkan
dari begnya. Takut isi di dalam rosak.
Leher Luthfi diangkat.
Sibuk nak tahu apa hadiah dari Jihan tu.
Anak mata Najmi pun
ikut sekali mengerling pada isi kontena yang sudah berbuka. Cupcake! Comel je
dia tengok. Siap tulis satu persatu huruf hingga tertulis ayat. S.O.R.R.Y
N.A.J.M.I dan dua simbol smiley yang comel. Satu perempuan dan satu Smiley lelaki.
“Betul ke kau buat? Ke
kau minta upah kedai je?” tanya Najmi. Dia tenung mata Jihan dalam-dalam.
“Sumpah! Tak percaya
tanya Puan Mehar.” Penat dia berhempas pulas berperang di dapur semata-mata nak
buat kek cawan untuk Najmi. Dah tu dipertikaikan lagi kewibawaannya.
“Ke kau bubuh something dalam ni?” soal Najmi lagi.
Saja niat nak mengusik. Tapi Jihan pula yang hampir naik angin.
“Tak nak sudah! Orang
bagi ikhlas. Banyak songeh!” Kontena tadi terus ditutup balik. Hilang semua
keikhlasannya.
“Eh… mana boleh ambil
balik. Buruk siku betul kau ni!” tarik Najmi. Itulah. Orang dah minta maaf siap
bawa hadiah hasil tangan sendiri. Banyak pulak soalan meminta kepastian dia tu!
“Kau orang berdua ni. Tak
habis-habis berdrama.” Keluh Luthfi. Kerusi empuk Najmi terus saja diduduk. Kemudian
dia main pusing-pusing. Bila berhenti berpusing, laju saja tangannya hendak ambil
sebiji cupcake atas meja.
Dari tadi dia tahan liur
saja tengok cupcake Jihan ni. Dia tahu, Jihan memang pakar buat kek. Kecur liur
jika teringatkan kek buatan Jihan yang dibuat untuknya dulu.
Jihan pernah cerita kononya dia bakal jadi chef siap bagitahu dia ada ijazah bidang Kulinari lagi tapi Luthfi mana pernah percayakan dia. Siap kutuk tomboy langsung tidak sesuai jadi chef. Jadi kutu rayau boleh la. Chef hanya untuk wanita yang berkaliber saja. Tapi dia nampak langsung sudut kaliber Jihan. Menyesal juga jika difikirkan perangai lampaunya. Sombong dan angkuh!
Pap!
“Siapa bagi kau? Ini Najmi
punya.” Dia tayang muka garang. Kalau dah tak suka, memang semua benda yang Luthfi
buat dia benci.
“Biar la..”
Belum sempat Najmi hendak
membela kawannya. Luthfi terus mencelah. “Dulu kau selalu aje buatkan aku. Okey
je aku makan…”
“Oh puhhless Luth! Dulu aku buat kemain lagi
kau kutuk. Ingat aku dah lupa? Setiap kali aku buat mesti kau tak percaya aku yang
buat kek tu…” masih segar lagi ingatan Jihan tentang itu. Setiap kali dia bawakan
kek atau apa-apa saja pastri buat Luth. Sekali pun dia tidak pernah percaya dia
yang buat sendiri.
Sekarang memandai pula putar
belit cerita.
“Tapi aku makan juga kan?
Kira okey la tu.” Luthfi cuba angkat bendera putih. Jika masih lagi ingin bertikam
lidah dengan Jihan. Memang tidaklah dapat merasa kek buatan Jihan lagi.
“No! Tak guna bagi kepada yang tidak reti menghargai!” sempat lagi Jihan
menyindir.
“Alaa… Jie. Takkan benda
lama pun kau nak ungkit. Benda kecil pun kau nak merajuk sampai sekarang.” Pujuk
Luthfi. Nama pangilan Jihan yang dia selalu panggil dulu sebut. Mana la tahu mood
Jihan terus baik.
Turun naik nafas Jihan.
Angin satu badan. Benda kecil dia kata? “Gila! Benda kecil!!”
Najmi berdehem. Ni sambungan
sedutan cerita apa pula? “Sekarang ni siapa buat drama pula? Aku ke korang? Apa
punya cerita zaman purba aku tak tahu ni? Kau pun satu Jihan. Kedekut! Cupcake ni kau dah bagi aku kan? Sekarang
sah hak milik aku. Jadi suka hati aku nak bagi siapa. Kau ambil je Luth.”
Dengan senang hati Lutfi
ambil sebiji. Terus mulut dibuka besar. Ngap! Yum… yum…
“Stupido!” jeling Jihan tajam pada Luthfi. Dia peluk tubuh. Tak suka
manusia yang pernah memperkecilkan dia dulu.
“Jihan. Behave yourself!” tegur Najmi. Telinganya
tidak suka dengar ayat-ayat kasar. Alergik! Kalau Jihan ni budak kecil. Memang senang
saja Najmi piat telinga Jihan tu. Tapi ni dah besar panjang.
“Sekarang ni cerita dekat
aku. Korang memang dah kenal lama kan? Dah hari tu lagi aku perasan. Jeling menjeling
saja kerja korang.” Arah Najmi. Dia pandang Jihan. Tapi Jihan buat bodoh sambil
peluk tubuh. Masih marah sebab Najmi bagi kek dengan Luthfi tadi tu.
“Luth.” Najmi kalih pandang
pada Luthfi pula. Tengok muka Jihan dan memahami tahap kedegilan gadis itu, Najmi
dapat agak yang sepatah pun Jihan tidak akan ceritakan kepadanya.
Luthfi pandang Jihan yang
membelakanginya. Dia mengeluh seketika. “Sebenarnya…”
“Kalau dah habis buka hikayat
lama kejutkan aku. Tak suka dengar cerita si penglipurlara. Sumbang!” pintas Jihan. Dia terus saja berjalan lalu baring
atas sofa tiga. Tidak sampai lima minit. Jihan terus terlena. Mengantuk satu hal.
Kedua dia memang tak nak dengar cerita lama.
Tajam sungguh sindiran Jihan.
Najmi yang dengar hanya mampu terdiam. Apa lagi yang Luthfi mampu buat. Senyum saja
la. sebelum Luthfi mulakan cerita sempat dia berpesan. “Aku harap lepas aku cerita
hal sebenar. Aku nak minta tolong kau pujuk Jihan tu supaya terima aku semula sebagai
kawan dia. Dulu kami rapat…”
Satu anggukan dari Najmi
tanda setuju. “Baiklah.”
“Dulu si Jihan ni PA aku.
Kami rapat. Aku rasa dah macam kawan dengan dia. Aku selesa kerja dengan Jihan sebab
aku rasa dia ni sporting. Mungkin juga sebab dia tomboy. Kalau kau nak tahu. Dulu
rambut dia bukan macam sekarang ni. Dulu rambut pendek macam kita ni. Sebijik! Tapi
aku tak kisah sebab aku fikir dia mesti tak ada hati dengan aku punya.. Tapi satu
hari tu, dia luahkan perasaan. Siap bagi kek yang aku suka dan coklat. Tapi waktu
tu aku tengah pening dengan masalah gosip skandal aku. Selalunya dia tolong backup
tapi dua tiga minggu tu dia malas nak backup gosip aku.”
Panjang lebar penerangan
Luthfi. Dia senyap seketika. Penat bercerita. Si Najmi ni pun satu. Apa guna setiausahanya
kalau tak buatkan air untuk tetamu.
“Aku marahlah dia. Kaw-kaw
aku kutuk dia. Aku pun tak berapa ingat apa aku cakap. Tapi yang pasti ayat tu memang
ayat meruntum jiwa. Yang kau ingat aku terus pecat dia lepas aku kata. ‘Perempuan
tomboy tak sedar diri.’ Lepas tu aku tak pernah lagi jumpa dia sampaila kejadian
di kereta kau hari tu. Aku pun terkejut tak sangka betul.”
“Benda dah lepas. Nanti
aku cuba slow talk dengan Jihan. Dia tu nampak saja kasar tapi aku tahu hati dia
baik.” Jujur sememangnya Najmi tidak nampak lagi bad side Jihan setakat ni selain
kedekut dan berkelakuan kasar. Yang dia tahu Jihan seorang yang rendah diri walaupun
anak orang kaya, tak cerewet, pandai berdikari, talented dan peramah. Dan ada satu
sudut yang menampakan Jihan juga seorang wanita. Lagipun dia cantik apa.
Najmi terkedu dengan fikirannya
sendiri. Baru perasan panjang lebar pujiannya pada Jihan. Dikerling gadis yang sudah
terlena itu.
“Mie… seriously selama ni aku rindukan Jihan. I miss her. A lot!”
Pengakuan Luthfi sekali
lagi buat Najmi terkedu. Hatinya tidak keruan. Berdebar semacam.
“Jihan…”
Tubuh Jihan yang kecil digerakkan
beberapa kali. Liat juga si Jihan ni hendak bangun. Sudah berapa kali Najmi goyangkan
lengan gadis itu tapi makin berpaling pula betulkan posisi tidurnya.
Najmi ambil peluang untuk
menatap wajah Jihan seketika. Jihan yang comel. Lebih-lebih lagi gigi arnabnya tu.
Comel saja pada pandangan Najmi. Mata tu pula bulat saja macam Jadoo. Arnab peliharaan
Najmi.
Tiba-tiba dia mengeluh.
Teringkatkan luahan Luthfi tadi. Lepas saja Luthfi ceritakan kisah Jihan-Luthfi.
Lelaki itu terus minta diri awal. Tidak jadi hendak meneruskan rancangan mereka
hendak keluar hari ni. Luthfi sempat berpesan agar biarlah bagi Jihan tidur saja.
Tak payah kejutkan. Tapi naik bosan pula Najmi.
Kalau sejam dua tu boleh
tahan lagi. Tapi ni sampai tiga jam lebih tapi Jihan masih lagi terlena. Agaknya
Sleeping Beauty pun sudah terbangun jika
dibandingkan dengan Jihan. Kalah jika lawan tidur.
“Jihan bangunlah…” badan
Jihan digerakkan lagi. Semakin kuat pergerakannya. Lantas Najmi terus menolak tangan
Jihan hingga terduduk.
“Kejutkan budak kecil rasanya
lagi senang dari kejutkan budak besar ni.” Rungut Najmi. Terbang segala emosinya
tadi. Naik bosan pula gara-gara kejutkan Jihan punya pasal. Liat!
Pipi Jihan ditepuk. Bukan
perlahan tapi kuat. Sampai naik merah pipi Jihan. Kalau tak sedar lagi tak tahulah.
“Jihan bangunlah! Ada juga
aku simbah pakai air ni.”
“Mak orang nak bangunlah
ni…” jawabnya mamai. Tapp!! Kepala Jihan terus jatuh pada bahu kanan Najmi.
Makin kuat jantung Najmi
berdebar. Gabra punya pasal dia terus tolak Jihan kuat.
Gedebuk!
Sudah terjatuh ke lantai.
Kepala Jihan pula terhantuk pada sisi meja.
“Aauu… sakitlah!” kepalanya
digosok. Habis kusut rambut Jihan dikerjakannya.
“Pertama kali aku tengok
orang yang payah bangun macam ni? Kau jadi burung hantu ke apa waktu malam?” Najmi
membetulkan kemejanya yang sudah mula berkedut.
Jihan masih tidak peduli.
Dia tidak berganjak dari kedudukannya. Masih terduduk atas lantai. Kepala yang sakit digosok.
“Dah jom. Kita keluar makan.
Tunggu kau bangun sampai sakit perut aku tahan lapar,” bebel Najmi. Dia sudah tegak
berdiri memandang Jihan di lantai.
Perlahan-lahan Jihan bangkit.
Najmi yang masih berdiri tegak bak tugu betul-betul dekat dengannya. Tangan lelaki
itu diangkat. Laju saja dia membetulkan rambut Jihan sambil membebel itu ini.
Tercengang Jihan seketika.
Dia yang hanya paras dada Najmi hanya mampu tengok hadapan saja. Pandang baju kemeja
Najmi berwarna pink lembut itu.
Perasan Jihan yang tiba-tiba
senyap itu buat Najmi tersentak dengan perangainya. Dia terus bergerak ke pintu.
“Betulkan rambut kau tu sebelum keluar. Serabut dah aku tengok. Nanti entah apa
pekerja aku fikir.”
Lincah tangan Jihan membetulkan
rambutnya. Ulas pakai tangan pun sudah cukup. Dia tidak kisah sangat dengan penampilannya.
Topi yang tadi terjatuh atas lantai dipungut. Dia berlari anak mengejar langkah
Najmi yang sudah keluar pejabat.
“Eh! Manusia seorang tu
mana?” tanya Jihan. Baru perasaan ketiadaan Luthfi.
“Dah balik.” Pendek jawapan
Najmi. Tak sangka Jihan perasaan ketiadaan Luthfi. Agaknya betul ke tidak rasa hatinya
bahawa Jihan masih simpan perasaan pada Luthfi. Sejujurnya Najmi takut hendak mengetahui
perasaan hati Jihan sekarang ini.
Takut dia kecewa jika dengar
jawapan yang bukan diharapkan!
Nota Kaki : kali ni kurang sikit tahap keselambaan Jihan . kita nampak sifat 'kurang manis' si Jihan pula. Tidur mati dan selamba saja korek tahi telinga di tempat awam. December sudah menerpa. bulan depan dah tahun baru. lalala~ We're getting older people~! so keep smiling. tips for u all look younger than your age. haha. kbye~!
best...
ReplyDelete