Saturday, December 7, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 5


“Jika aku... Bukan jalanmu. Ku berhenti mengharapkanmu. Jika aku... memang tercipta untukmu. Ku kan memilikimu... Jodoh pasti bertemu.” Tangan Thia berhenti menaip. Kepala diletak atas meja terus menghadap luar tingkap Coffee Bean. Mata ditutup rapat.
Tatkala ini hanya gambaran wajah Zarul saja terlintas di fikirannya. Hilang semua idea hendak menyambung cerita tadi. Kini fikirannya memang jauh ke langit.
Lagu Jodoh pasti bertemu masih lagi didendangkan. Terkumat-kamit mulutnya menyanyi ikut alunan dan lirik lagu dengan nada perlahan. Takut menganggu pelangan kafe yang lain. Alunan rentak lagu jelas kedengaran dari earphone yang disambung dengan komputer riba Thia.
Setitik dua air mata Thia mengalir. Ah sudah! Air mata ni terus jadi seperti banjir kilat jika fikir pasal Zarul. Laju saja mengalir.
Secawan gelas Expresso diletak betul-betul dekat dengan muka Thia. Tanpa berlengah dia terus angkat kepala.


“Jauh mana dah mengelamun?” soalan dari Ekmal tidak diendah.
Expresso yang diletak oleh Ekmal tadi terus dihirup. Tahu pula Ekmal tambah air sedikit. Memang setiap kali dia memesan Expresso, Thia akan minta tambah air sedikit pada pekerja kafe.
“Tak sempat pun berlepas. Masih terkandas di KLIA. MAS delay pula.” Balas Thia dengan nada bergurau. Kalau terus delay lagi Thia suka. Boleh dekat dengan Mr. Aerospace engineering yang kerja di MAS tu.
“Iyalah tu. Sampai cermin mata pun senget.” Komen Ekmal. Laptopnya dibuka. Sambil menanti komputer ribanya on sepenuhnya dia membelek kertas-kertas Thia atas meja. Beberapa keping rekaan yang sudah dicetak dibelek.
“Macam mana? Okey tak design tu? Rasa macam tak berapa profesional untuk company. Tapi syarikat tu pasal mainan budak. Rasanya okay tak?” Thia menanti komen Ekmal sambil betulkan tudung dan cermin matanya.
Pantulan muka dari software Webcam Max dijadikan cermin. Makin dibetulkan makin teruk pula tudungnya. Cermin matanya terus saja dibuka. Kelopak mata yang pedih digosok. Kemudian diurut pula hidungnya.
Thia kembali menghadap komputer. Pantulan wajahnya dilihat lantas tudung dibetulkan. Bila dah yakin dengan kekemaskan selendang, cermin matanya kembali dipasang. Baru jelas sikit nampak.
“Okey. Tapi colour macam pelik sikit. Saya suka design yang first ni. Tak serabut sangat.” Rekaan yang menarik minat Ekmal ditunjukkan pada Thia.
“A’ah saya pun rasa yang ni. Kemas sikit... rasanya memuskan tak? Kebelakangan ni saya tak puas hati dengan rekaan saya. Entahlah. Macam ada something kurang aje.” Thia harap sangat pendapat dari Ekmal. Entah kenapa dia tidak seberapa berkenan dengan rekaan sendiri. Rasa ada saja yang tidak mencukupi piawaiaannya.
“Okey je. Mungkin sebab awak harapkan standard yang lagi tinggi setiap kali awak buat design baru. Sebab tu rasa tak mencapai kehendak awak.”
Ekmal memang sentiasa kagum dengan hasil rekaan Thia. Dia sentiasa akan mencuba sesuatu yang baru dan segar dalam setiap rekaan. Dan mesti saja mencapai kehendak pelangan. Thia juga lebih berbakat dan pakar dalam penggunaan Photoshop, Illustrator, dreamwaever dan Sony Vegas serta aplikasi yang memerlukan kreativiti berbanding dengannya.
“Agaklah.” Thia mengusap muka. Lesu satu badan. Pening pun ada. Mungkin sebab tak cukup tidur.
“Penat?”
“Sangat penat.” hujung minggu macam ni Thia memang tiada kerja. Duduk rumah pun tiada orang. Semua sibuk keluar dating dengan teman lelaki masing-masing. Sebab tu dia rancang hendak lepak saja di Coffee Bean sampai petang. Tapi tidak sampai dua jam dia sudah rasa penat. Letih hadap komputer saja dari tadi.
Ekmal bangun menuju ke kaunter. Beberapa minit kemudian dia mucul semula bersama dua potong kek Royal Chocolate.
Relex yourself. Makan tu dulu. ”
Bestnya! Kalau macam ni setiap minggu saya ajak awal keluar. Boleh makan kek percuma.” Segar semula mata Thia tengok kek kegemarannya. Sedap!
Penuh kenikmatan dia makan kek pemberian Ekmal.
“Kalau macam tu anggap as a treat sebab sudi ajak saya lepak sekali. Duduk rumah tak tahu nak buat apa. Semua keluar. Tinggal saya seorang je tadi. Nasib tergerak hati nak telefon awak tadi.”
“Ni dah sarapan ke belum?” Thia menyoal.
“Dah. Mama tinggalkan nasi goreng tadi sebelum keluar.” Jawab Ekmal. Nasi goreng masakan mama memang superb. Tak mampu Ekmal hendak tolak bila terhidu tadi. Bangun-bangun seorang diri saja ditinggalkan dirumah. Mama keluar dengan orang gaji, papa pula pergi main golf dengan kawan. Adik beradik awal lagi dah hilang. Tinggal dia seorang saja anak terbiar di rumah.
“Untungnya anak mama ni. Hurm.. rindu pula dengan anak saya seorang tu.” Teringat Thia dengan Humaira yang pandai berceloteh.
You mean anak kita ke sayang? Haha..” gurau Ekmal. Laju dia mengelak bila Thia hendak ketuk kepalanya guna pen.
“Gedik!” Thia kedutkan hidung sambil mencerlung mata pada Ekmal.
“Gedik dengan mama aje.” Usik Ekmal lagi. Tersengih-sengih dia lihat mata Thia yang tadinya mencerlung bertukar besar.
Yiee.. mengada!” malu Thia dipanggil mama.
Hahaha... saya pun rindu juga dengan Humaira. That cute lil creatures just know how to cheer me up. Especially that good night kiss.”
Merah padam muka Thia. Good night kiss?! Lepas ni tidak mahu dia telefon Ekmal tengah malam bila bersama Humaira. Pengajaran oh pengajaran. Jangan buat lagi. Bahaya!
“Eh! Merahnya muka. hahaha..” gelak Ekmal lagi. Suka tengok wajah Thia yang bertukar tona.
Aunty Nur!!” jeritan dari kaunter berdekatan dengan pintu menarik perhatian Thia. Kanak-kanak yang comel bergaun warna krim dan coklat berlari anak kepadanya anak.
Senyuman Thia terukir. “Mal. One of my lil princess just come.” Kata Thia sambil bangun mendekati Amira.
“Hai comel. Datang dengan siapa?” tegur Thia. Seperti biasa hidung Amira dikucup lembut. Kemudian si kecil membalas lalu menyalam tangannya.
Amirah tunjuk pasangan di belakangnya. Zarul dan seorang wanita yang sedang buat pembayaran di kaunter turut memandangnya. Bila selesai, pasangan itu mendekatinya.
“Hai. Zarul” Zarul bersalaman dengan Ekmal kemudian pandang semula pada Thia dan Amirah. Tidak sangka akan bertemu sekali lagi dengan wanita itu.
“Kenalkan Qila. Qila ni Nur...” sambung Zarul lagi.
Giliran Thia pula bersalaman dengan Qila. Segan dan malu menghadap wanita itu. Dalam hati Thia sudah dapat mengagak status Qila itu.
“Maizatul Aqila.” Senyuman Qila manis saja pada pandangan Thia. Wanita secantik namanya.
“Nurfathiah. Thia panggil aje.” Bukan tidak sudi jika dipanggil Nur. Tapi benar rasa pelik pula bila selain keluarganya memanggil panggilan itu. Rasa tidak sesuai dengan dirinya.
“Thia. You look younger than me. Panggil Kak Qila pun okey juga. It will be great to have a beautifull sister like you.” Ramah Qila membahasakan dirinya sebagai kakak. Lembut saja suara itu menutur barisan kata-kata.
Kekok sebenarnya. Tapi Thia cuba juga menyembunyikan perasaannya. Senyuman manis diberi. “Baiklah. Kejap ye...” Thia cuba mengalihkan pandangannya pada Amira. Dia kembali duduk agar sama ketinggian dengan si kecil.
“Mira sayang. Pak Ngah nak cepat tu. Kirim salam dekat ibu. Lepas tu kiss your lil Asha for me. Boleh?” pinta Thia. Rindu juga hendap tatap muka adik Amira bernama Iman Natasha itu. Asha lebih lembut dan pendiam berbanding Amira.
Amira mengangguk. Dia salam tangan Thia sekali lagi. “Good girl.”
“Kami gerak dulu.” Ujar Qila sebelum mereka mengundur diri keluar dari Coffee Bean. Zarul yang berjalan membelakanginya dipandang sayu.
‘Mereka nampak sepadan jalan seiringan.’ Puji Thia. Sesekali Amira menoleh belakang melambai Thia. Dia senyum saja sambil membalas lambaiannya.
Thia kembali duduk. Cermin mata yang sedikit terlucut dari batang hidung dinaikkan. Tangan diletakkan dekat dengan papan kekunci. Bersedia handak sambung ceritanya.
Perasaan seakan diri diperhatikan. Thia terus angkat kepala. Ekmal yang memandangnya sambil tongkat dagu mengunakan tangan kiri dipandang. Senyuman charming Ekmal terlakar.
“Saya rasa awak lagi berminat tengok pak cik budak tu. Do you have feeling towards him?”
“Apa awak merapu ni Mal?”
“Dari tadi saya perhatikan awak Thia. Dari hari tu lagi saya perasan. Lama awak pandang lelaki itu sampailah hilang dari pandangan kita. Jadi saya cuma ada  dua konklusi. Sama ada awak cintakan dia dalam diam atau awak suka tengok belakang lelaki tu. Sexyback gitu.” Panjang lebar komen Ekmal mampu buat Thia terkedu.
Sexyback?! Rasa hendak tercekik Thia dengar. “Saya tengok Miralah! Bukan pak cik dia.”
Really?” kening Ekmal terangkat. Kurang yakin dengan jawapan kawannya. Senyuman yang cuba ditahan terlakar lagi di wajahnya hingga nampak lesung pipi. Dan kenapa Thia rasa Ekmal kacak pula buat gaya macho macam tu.
“Betul la! Buat kerja awak tu. Tak siap kerja saya  dari tadi.” Segar kembali muka Thia. Dapat terapi dan sumber inspirasi tatap wajah Zarul tadi. Selebihnya dia hendak mengelak dari tekaan Ekmal yang sering kena batang hidungnya.
Memahami maksud Thia yang enggan bocorkan rahsia hati. Ekmal hanya senyum saja geleng kepala. Dia pun sambung hadap komputer. Bukannya banyak kerja saja.
Tidak sampai setengah jam tangan Thia berhenti menaip lagi. “Mal...”
Butang pause pada skrin ditekan. Main computer game sebenarnya. Dia sudah siap edit website yang Thia minta tolong recheck. Thia yang mengenakan selendang tona merah jambu lembut itu dipandang. “Ya saya.”
“Saya nak tanya awak satu situasi. Apa perasaan awak bila seorang gadis pernah luahkan perasaan dengan awak. Dalam keadaan yang kekok. Contohnya awak tak pernah pun jumpa gadis tu. Tetiba dia hantar pesanan yang dia dah jatuh hati dengan awak. Apa perasaan awak.”
“Cerita novel awak ke?” soal Ekmal. Laju Thia mengangguk walaupun langsung tiada kaitan sebenarnya. Dia cuma ingin pastikan sesuatu.
“Mungkin terkejut. Tiba-tiba ada awek hantar pesanan siapa tak terkejut. Kalau cun tak apa jugak.”
“Lepas tukan. Lepas beberapa tahun gadis tu tiba-tiba muncul dalam kehidupan awak.  Rapat dengan keluarga dan kawan-kawan awak. Apa yang awak fikir sedangkan gadis itu tahu awak ada tunang sendiri.”
“Rapat terutamanya dengan anak saudara dia?” pintas Ekmal dengan senyuman sinis. Seolah dapat menangkap maksud Thia. Senyuman yang selama ini Thia anggap charming sudah hilang serinya. Rasa macam senyuman Jack Sparrow pulak. Manis tapi ada jahatnya.
“Mana adalah!”
Tergelak Ekmal. Ayat mengelak Thia memang tidak boleh pakai. Lagi menyakinkan dia adalah. “Okay, okay i got it.”
“Kalau saya dalam situasi lelaki tu. Saya cuba untuk terangkan baik-baik dengan dia. Sebab cinta tu satu anugerah. Ianya hadir tanpa dipinta. Jadi lelaki tu tiada hak untuk marah awak.”
“Kan bagus kalau dia pun fikir macam tu...” getus Thia dengan nada perlahan tapi masih mampu didengar oleh Ekmal.
“Insya-Allah dia faham tu. Awak tak payah risaulah. Mungkin awak susah hendak fokus kebelakangan ni sebab dia kut? Jadi awak cuba buat semua benda yang awak suka. Dan jangan lupa doa pada Allah. Minta tenangkan fikiran awak tu.” Panjang lebar Ekmal memberi nasihat percuma.
Erk?! Thia tercengang. Lupa tentang ‘ceritanya’ tadi. Malu tertangkap dengan Ekmal. Dia tersengih. “Anggap sajalah awak tak dengar soalan merapuh tadi tu Mal. Lupakan sajalah.”
“Kalau saya tak nak lupakan?” soalan menguji kesabaran diutarakan.
“Kalau tak nak lupakan. Jangan lupa catat dalam diari...” sinis jawapan Thia bagi mengelak rasa gugupnya. Huruf-huruf pada keyboard kembali ditekan. Entah sampai ke tidak dateline manuskripnya kali ini. Banyak sungguh halangan dan masalah kekeliruan emosi yang dialami kebelakangan ini. Fokus pun lagi entah ke mana. Tengah ikut latihan untuk Sukan Sea nanti kut.
“Apapun saya doakan yang terbaik untuk awak. Jodoh tu milik Allah. Sejauh manapun dia mengelak. Jika Allah dah tentukan ada jodoh antara awak dan dia. lemparlah seorang ke kutub utara, seorang ke selatan. Pasti akan bertemu juga.”
Thia terus berhenti menaip. Seraut wajah tenang Ekmal dipandang ala-ala Puss in Boots. “Thanks Mal. You really made my day. Rasa terpujuk juga dengar kata-kata tu.” Terharu Thia mendengarnya.
Welcome. Jangan susah hati. Nanti satu kerja pun awak tak dapat fokus.” Jam pada komputer riba sudah menunjukkan angka 2.00 petang. Komputernya diset pada sleep mode. Lama juga mereka duduk di situ.
“Zohor dah masuk. Saya nak pergi solat dulu. Awak nak pergi sekali ke?”
Thia geleng kepala. “Saya cuti. Awak pergilah. Saya tunggu sini. Lepas tu kita lucheon. Lapar.” Jawabnya ringkas. Perut Thia disapu olehnya beberapa kali.
“Baiklah. Tunggu sini. Kejap lagi saya datang balik. Tengokkan handphone saya. Kalau ada panggilan. Beritahu saya tengah solat sekejap. Nanti saya telefon balik.”
Tangan kanan Thia diletak atas dahi. Dia duduk tegak. Tabik dibuat pada Ekmal. “Roger boss.” Katanya tegas dengan senyuman comel.


Telefon bimbit Ekmal yang bergetar mengejutkan Thia. Dia terus mencapai lalu melihat nama yang tertera. ‘Supermom?’ tergelak kecil dia lihat nama yang tercatat. Gambar Ekmal memeluk mamanya menghiasi skrin telefon.
Tanpa rasa ragu, Thia terus menjawab panggilan.
“Assalamualaikum.” Lembut suara mama Ekmal memberi salam.
“Waalaikumsalam puan. Saya Thia, kawan Ekmal. Dia ke surau untuk solat sekejap.” Jawab Thia sekali gus memperkenalkan dirinya dan menerangkan kedudukan Ekmal.
“Baiklah. Kalau Ekmal sudah habis solat suruh dia telefon mak cik balik. Nak suruh dia beli barang.”
“Insya-Allah nanti saya sampaikan.” Belakang leher Thia digosoknya menggunakan sebelah tanganya. Menjadi kebiasaan setiap kali rasa kekok automatik dia akan gosok belakang leher.
“Petang ni mak cik ada buat makan makan sikit. Thia datang sekali ye.”
Err...” Ah! Sudah. Thia tak dapat fikir jawapan bernas untuk menolak ajakan mama Ekmal.
Err... Puan ni Ekmal dah datang. Sekejap ya. Saya bagi telefon dengan dia.” tangan Thia mengarah Ekmal besarkan langkah. Telefon Ekmal terus diserahkan kepada pemiliknya sebaik saja Ekmal sampai.
“Mama awak.” Ujar Thia. Dalam hati lega sebab dapat mengelak dari terus bercakap dengan mama Ekmal.
“Assalamualaikum ma...”
Sebaik saja Ekmal mula berbual dengan ibu. Thia terus tidak ambil peduli perbualan anak beranak itu. Dia kembali menghadap kerjanya.
Anak mata Thia peraasan Ekmal yang kelam kabut mencari sesuatu dalam beg galasnya. Telefon dilekap menggunakan bahu. Sebuah diari catatan dikeluarkan. Kemudian Ekmal mencari lagi sesuatu. Bila penat menahan telefon menggunakan bahu kanannya. Ekmal pegang semula telefon. Tangan kiri pula diawang-awangkan di hadapan Thia seperti sedang mencoret.
Dahi Thia berkerut. Tidak faham maksud Ekmal.
“Kejap ma... Pen?”
“Oh kejap. Nah.” Pen biru Faber Castell yang terletak atas meja diserahkan pada Ekmal.
Okay ma. Give me the list..” tekun Ekmal mencatit senarai barang yang perlu dibeli. Kemudian dia sambung bercerita semua dengan mamanya sebelum letak telefon.
“Thia. Mama saya kirim salam. Pesan dia sila jangan panggil dia puan dan malam ni saya kena ajak awak datang rumah.”
“Tapi...” Thia tunjuk muka kesian. Mengharapkan belas kasihan Ekmal supaya dia tidak payah pergi. 
“Mama saya tak bagi saya balik kalau saya tak bawa awak malam ni. Lagipun jangan risau. Saya tahu apa dalam kepala awak tu. Mama saya dah tahu hubungan kita sebagai kawan. Kalau awak segan. Ajak Hana sekali.”
Lama Thia berfikir. Timbang tara baik buruk jika pergi. “Baiklah. Tapi saya nak singgah rumah saya dulu. Nak mandi. Rasa lekit badan seharian keluar.”
“Okay. Macam ni. Nanti saya ambil awak di rumah. Jamuan makan kecil saja. Mama saya memang suka jemput kawan-kawan makan rumah. Kalau bosan itulah kerjanya.”
Dengan senang hatinya Thia mengangguk. Malas juga nak memandu. Tambah lagi dia bukannya tahu alamat rumah Ekmal.
“Tapi sebelum tu. Kita ada tugasan dari mem besar. Tadaa... shopping!” buku catatan Ekmal diangkat. Senarai barang yang perlu dibeli ditunjuk.
Thia mengambil buku tersebut lalu membelek senarai barang yang perli dibeli. “Kalau macam tu. Baik gerak sekarang ye tuan kecil.” Dengan gaya lembut dia mengetuk muka Ekmal guna buku tersebut. Bukannya sakit. Saja nak bermanja.
Tersenyum Ekmal dengan muka yang masih tertutup disebalik buku. Buku itu terus diambil lalu dia masukkan ke dalam beg galas.
“Jom kemas barang. Kita makan lepas tu awak temankan saya beli barang dapur.” Kata Ekmal sambil bantu kemas barang.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)