Tuesday, December 24, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 9

“Assalamualaikum!!!” jeritan dari luar rumah disambut dengan salam dalam hati. Tidak perlu keluar bilik. Dengar suara pun Thia dah tahu siapa. Baju tidur kaftan ditarik dari susunan baju dalam almari. Dia terus sarungkan ke badannya.
“Waalaikumsalam.” Qalisya yang kebetulan berdiri membuka pintu rumah.
“Ni kak Isha kan? Saya Hana. Housemate dan Bestie Thia...” Hana terus memperkenalkan dirinya pada Qalisya. Tangan wanita itu disalam.
“Oh Hana. Masuklah. Nur ada dalam bilik tu. Baru habis mandi agaknya.” Pelawa Qalisya.
“Tak payah cakap kak. Wangi sabun Thia tu pun saya dah tau. Harumnya serumah boleh hidu. Mari duduk kak. Wah! Ni anak-anak akak. Comel!” Hana tahu sangat sabun mandi Thia tu. Sekali mandi. Satu rumah boleh hidu. Dari dulu sampai sekarang. Hana faham sangat dengan kegilaan Thia dengan wangian sabun.
Tersenyum Qalisya dengan keramahan Hana. “Asha, Mira. Salam tangan aunty.” Arahnya.
Hana bersalaman dengan kedua puteri Qalisya. “Yiee... comelnya. Oh ya. Aunty ada hadiah. Kejap ye.” Zip beg bagasi yang bersaiz kecil warna biru tua itu dibuka. Dua gelang sulam digabungkan dengan kayu disarungkan pada tangan Asha dan Mira. Terukir nama mereka berdua pada kayu tersebut.
“Susah aje Hana.” Tambah segan Qalisya dengan Hana dan Thia. Baru saja kenal tapi anak-anak sudah diberi macam-macam.
Hana tersenyum. “Tiada susahnya kak. Untuk akak pun ada. Ni hah.” Sebuah brooch kristal berbentuk rama-rama dalam kotak kaca dihulurkan pada Qalisya.
 “Oh sayang! Untuk aku?” Thia yang baru keluar bilik terus berlari peluk Hana.
Hidung Thia dicuit. “Mestilah ada. Ni nanti merajuk pula sayang seorang ni. Nah...” selendang tona biru pink diberikan.
Lebar senyuman Thia. Setiap kali Hana balik mesti ada hadiah dia bawa balik. Hana spesis murah hati. Sama macam buah hatinya Danial tu. Suka beli hadiah untuk orang.
“Lupa. Hana kenalkan ni kak Isya. Kak Isya ni Hana. Dan dua ni Asha dan Mira.” Satu persatu Thia tunjuk. Kemudian Asha diangkat duduk atas ribanya.
“Lambat! Dah kenal pun Thia oi.” Pipi Thia yang gebu dicubit lembut. Thia tersengih. Tahu. Saja nak memperkenalkan.



“Thia... Thia...” panggil jiran rumah Thia.
Kasut yang baru saja dibuka diletak atas lantai. Thia sekadar berjalan kaki saja ke tepi pagar bersebelahan dengan rumah sebelah. “Ada apa kak?”
Anak rambut yang ditiup angin disisip pada cuping telinga sebelum bersuara. “Thia sebenarnya akak nak minta tolong. Beberapa hari ni anak-anak akak tak berani keluar rumah sebab ada lelaki selalu datang marah-marah depan rumah Thia...”
“Ada lelaki selalu datang marah-marah? Siapa kak?” Thia mencelah.
“Lelaki yang bergaduh dengan Thia tempoh hari tu... dia macam cari isteri dia yang tinggal dengan Thia tu. Akak bukannya nak campur tangan urusan kau orang tapi kalau boleh minta tolong selesaikan cepat-cepat. Sebab anak-anak akak nak keluar rumah pun takut dengan orang tu sebab hari tu dia orang nampak orang tu marah jiran yang tegur dia. Akak harap Thia faham maksud akak.”
Telan liur Thia mendengar. Aduh! Kenapa kak Isya tak beritahu dia. Mesti lelaki yang dimaksudkan itu abang Rusdi. Apa yang Thia takutkan ialah lelaki itu pecah masuk bila dia dan Hana tiada di rumah. Apalah sangat kudrat Qalisya yang berbadan dua itu jika hendak melawan Rusdi. “InsyaAllah. Saya cuba buat sesuatu kak.”
“Terima kasih Thia.” Ucap Fatin. Dia caranya agak tidak baik tapi dia cuma risaukan keadaan anaknya. Lelaki yang selalu marah hingga keluar maki hamun dan ayat yang kurang enak didengar depan pagar jirannya itu kekadang menakutkan. Takut pula jika orang itu apa-apakan anaknya.
“Sama-sama...  saya masuk dalam dulu ye kak.” Thia meminta diri untuk masuk ke dalam rumahnya.



“Sayang mama buat tengah buat apa?” Amirah dan Asha yang sedang baring atas karpet sambil melukis didekati. Thia duduk sebelah Asha. Hidung dua orang puteri itu dikucup lembut.
“Mama tengok ni...” Amirah menunjukkan lukisannya pada Thia.
Thia perhati lukisan keluarga tersebut. Ada dua orang budak perempuan, dua lelaki dan tiga orang wanita dewasa pada lukisan tersebut. “Comelnya...”
“Ini Mira, ini adik Asha. Yang ni pula ibu dan ayah. Sebelah ayah ni opah.” Tersenyum Thia pandang lukisan yang dimaksudkan sebagai opah itu. Pandai anak mama imagine opah. Siap lukis kerutan pada dahi pagi tanda wanita tua.
“Yang ni pula?” Thia tunjuk seorang wanita sebelah lukisan kartun wanita yang dimaksudkan sebagai ibu Amirah.
“Yang ni mama... hujung ni pulak Pak Su.” jawab si kecil.
“Lukisan muka mama pun ada? Ni yang sayang Mira ni. Kiss sikit.” Lebar senyuman Thia. Suka! Suka sebab lukisan dia lain perkara. Tapi sebenarnya yang paling dia suka ialah lukisan mukanya diletak sebelah gambar lukisan  Zarul.
Amirah bangun dari duduknya dan terus cium pipi Thia.
“Sayang anak mama. Ni dah siap lukis boleh bagi mama tak?” Thia meminta. Boleh simpan buat kenangan. Tiada gambar bersama Zarul. Lukisan anak kecil ni pun jadilah.
“Boleh...!! Dah siap pun. Mama ambillah.”
Tambah suka Thia dengar. “Terima kasih sayang!” lukisan yang dihulur oleh Amirah diambil. Sekali lagi lukisan itu dipandang. Lama dia memerhati pada lukisan gambarannya dan Zarul yang berdiri bersebelahan. Bahagiannya walaupun cinta bertepuk sebelah tangan.
Thia baru perasan sesuatu. Agaknya Amirah lupa lukis muka Aqila. Biarlah! Maaf kak Qila. Untuk lukisan potret keluarga ni. Biarlah satu-satunya buat saya walaupun realitinya bukan saya yang sepatutnya berdiri di situ. Untuk kali ni saja. Biar saja terus impikan Zarul ada bersama dengan saya. Desis hatinya.
“Asha pula lukis apa. Mama nak tengok boleh?”
Asha tersenyum kemudian angkat lukisannya. “Lawa tak?”
“Lawa... pandai Asha mama lukis. Cantik bunga ni... Asha nak bagi bunga ni dengan siapa?” Thia menyoal. Lukisan bunga yang dilukis dengan krayon itu comel je dalam pandangannya.
“Nak bagi mama. Ibu ata mama syuka bunga.” Asha yang kekadang masih pelat itu mencuit hati Thia. Dia senyum menganngguk. Gembira kerana dua orang puteri hatinya sayangkan dia.
“Terima kasih Asha... love you.” Hidung Asha turut diciumnya. Asha ketawa geli hati. Kemudian dia sambung lagi lukisan yang belum siap.
“Laa... anak ibu belum tidur lagi rupanya...” Qalisya yang baru saja habis solat isyak melangkah masuk ke dalam bilik Thia.
Memandangkan perutnya sudah membesar. Thia minta agar Asha dan Mira berkongsi bilik dengannya. Takut jika Asha dan Mira sekatil dengan ibunya nanti bila mereka tidur ekstrem habis ditendang perut Qalisya. Lagipun biarlah Qalisya dapat tidur selesa sikit. Bilik Thia pula sememangnya lebih luas kerana dia guna master room.
“Tengah melukis kak... tu yang belum tidur lagi.” Jawab Thia.
“Sudahlah tu. Asha, Mira pergi berus gigi, basuh muka dan kaki lepas tu tidur. Mama pun nak buat kerja lain lagi tu.” Qalisya mengeluarkan arahan. Asha dan Mira hanya mengangguk dan mengemas kertas dan warna yang bertaburan. Qalisya tahu Thia memang jenis yang akan tidur pukul dua atau tiga pagi sebab buat kerja. Bila kena layan Asha dan Mira makin lambatlah dia buat kerja nanti.
“Kak Isya... saya tanya sikit boleh tak?” Thia mula menyoal bila Asha dan Mira mula menapak ke dalam tandas dalam biliknya.
“Nak tanya apa Nur?”
Thia berdiam diri seketika. Cuba menyusun ayat. “Abang Rusdi ada datang lagikan? Sebenarnya jiran saya yang beritahu. Kenapa akak tak beritahu saya?” Katanya.
“Maafkan akak. Mesti jiran-jiran tak senang dengan abang Rusdikan?” tanya Qalisya. Sebab itulah dia serba salah hendak beritahu Thia. Sekarang ni hampir setiap hari Rusdi datang menganggunya di rumah. Bila lelaki itu dia terus kunci pintu. Nasib pagar memang sentiada berkunci sebaik saja Thia dan Hana pergi kerja. Rusdi pula suka mengamuk dan memaki hamun depan pagar. Pernah sekali tu dia terlihat Rusdi memarahi seorang jiran lelaki yang menegurnya kerana berkelakuan kasar di kawasan kejiranan.
“Tak apalah. Saya rasa mereka faham juga. Tapi kalau macam ni saya takut abang Rusdi ambil tindakan diluar jangkaan kita. Lagipun kak Isya tengah berbadan dua. Mana kuat nak melawan abang tu bila dia datang mengamuk.” Jelas Thia. Dia tidak kisahlah apa yang jiran mereka kata. Yang penting sekarang ni keselamatan Qalisya dan anak-anaknya.
Qalisya mengeluh. Dia tahu maksud Thia. Tapi untuk keluar rumah dan uruskan pasal tuntutan fasakh tu pun dia tidak berani. Takut bila keluar rumah. Rusdi pula menyerangnya.
“Macam nilah. Saya buat laporan polis. Jadi biar polis buat rondaan di kawasan sekitar. Kalau abang Rusdi ancam akak. Kita suruh polis terus tahan dia.”
Cadangan Thia diterima dengan anggukan.
“Terima kasih Nur.”
“Sama-sama kak. Yang penting keselamatan akak dan anak-anak. Kakak jangan risau. Selagi akak masih di rumah saya. Saya akan jaga kakak dan budak dua tu sebaik mungkin.”
Thia dan Qalisya membalas senyuman. Hanya Allah saja yang mampu membalas budi baik Thia padanya. Semoga Allah panjatkan kebahagian kepadanya.
Asha dan Mira yang baru keluar dari tandas terus panjat ke atas katil. “Jangan lupa baca doa tidur tu sayang.” pesan Qalisya sebelum bangun dari duduknya.

“Kak Isha minta diri dululah. Tak nak kacau Nur buat kerja.”
Thia mengangguk seraya senyum pada Qalisya. Sebaik saja wanita itu keluar. Dia turut bangun mematikan lampu dan biarkan lampu tidur saja terpasang. Thia pun memulakan kerjanya. Komputer riba dari dalam beg laptop dikeluarkan. Diletak atas meja kecilnya. Kemudian dia duduk atas lantai bersandarkan katil.
Satu fail yang diberi nama Nurfa dalam aplikasi Dropbox dibuka. Thia terus menekan tajuk manuskripnya. Seperti kebiasan dia akan berhibernisasi. Meluahkan segala idea dalam cerita dari kotak fikirannya. Kali ini dia sekadar mengarang cerita yang lebih santai dan sempoi. Semua orang ada minat sendiri. Tak kiralah penulis atau pembaca. Bagi Thia dia lebih suka baca cerita yang lebih sempoi untuk meringankan kepalanya. Dengan cara itu dia dapat lari dari fikiran yang kadang-kadang terlebih complicated dari hidupnya.
Selepas empat jam lebih menaip tanpa henti mata Thia sudah mulai layu. Otak pun semakin kering untuk menjana idea baru, tangan yang pada mulanya guna gear lima sudah mula masuk gear satu. Bukan main lagi lambat Mak Jemah menaip.
Bahu yang lenguh diurut perlahan. Selepas tekan butang ctrl dan s untuk simpan hasil karyanya. Thia tutup fail bernama Nurfa dan dokumen. Kini dia buka pula fail lain. Gambar Zarul yang pernah diambil olehnya ketika mereka bersama-sama di Makkah dulu ditekan. Satu persatu gambar lelaki itu dipandang. Gambar terbaru ketika perkahwinan Aima dulu pula menjadi tatapannya. Lama gambar itu direnung.
Ikutkan hati mahu saja Thia buka Facebook atau Instagram Zarul ketika ini. Tapi janji buatkan dia terikat untuk tidak melakukan kerja-kerja sedemikian. Janji selepas Zarul menyelamatkan nyawa dan maruahnya suatu masa dahulu.



Semakin besar langkah Thia ke hadapan. Perasaan takut menjalar diseluruh tubuh. Dia perasaan ada orang yang memerhati dan menekorinya dari belakang. Mulut Thia terkumat-kamit membaca segala ayat yang terlintas dikepalannya. Dalam hati timbul rasa menyesal kerana enggan menunggu ayah dan ibunya untuk bersama-sama balik ke hotel selepas solat subuh tadi.
Perasaan berani Thia semakin merundum. Benar tekaannya! Beberapa orang lelaki sedang mengekorinya dari belakang. Langkah dilajukan lagi. “Ya Allah. Lindungilah diriku...” doanya.
Thia mula berlari bila sekumpulan lelaki itu mengejarnya. Ketakutannya menyelubungi seluruh badannya. Dia toleh belakang semakin takut bila dia semakin didekati.
Tangan Thia ditarik. Sepatah pun keluar dari mulut mereka dia langsung tidak faham. Sekuat hati Thia menendang orang yang menariknya. Tanpa tunggu lama Thia terus berlaju laju.
“Auchh...” adu Thia bila dia terlanggar seseorang di hadapan. Lelaki yang berkopiah itu menoleh memandangkannya. Thia tidak lagi dapat sembunyikan air matanya. Deras saja mengalir. Lelah tidak lagi hilang akibat penat berlari. Badannya pula masih lagi mengigil ketakutan.
Please help me...” pinta Thia walaupun masih lagi menangis. Namun dia terus pana tatkala bertentang mata dengan lelaki itu.
There’s anything that i can help you young lady? Are you Malaysian?” tanya lelaki itu pula. Mungkin hairan bila terlihat keadaan Thia yang mengigil. Matanya tertacap pada lambang bendera Malaysia pada beg telekung Thia.
“Ya... Ya...” angguk Thia laju.
“Ada sesuatu berlaku ke?”
“Ada lelaki kejar saya dari belakang. Tolong encik. Saya takut.” Thia toleh belakangnya. Lelaki-lelaki itu berada tidak jauh dari mereka di sebuah simpang. Seolah-olah sedang mencari sesuatu.
Bila salah seorang dari mereka terpandangkan Thia. Mereka terus berjalan mendekatinya dan lelaki tadi itu.
“Encik... Tu mereka datang.” Jerit Thia bila tiga orang lelaki itu mendekati mereka.
“Tenang. Biar mereka datang...” Lelaki itu menolak Thia ke belakangnya. Kemudian Thia hanya dengar lelaki itu berkata-kata sesuatu dengan orang yang mengejarnya. Sungguh! Dia cukup terkejut bila terdengar lelaki ini berkebolehan bertutur dalam bahasa Arab.
Thia hanya mampu pandang sisi lelaki itu dari kedudukannya. Subhanallah! Dia kenal lelaki itu. Lelaki yang dikenal dari alam maya kini berada terlalu dekat dengannya. Hatinya berdetak kuat. Berharap biarlah lelaki itu tidak mengenalinya. Sungguh Thia malu dengan kerja gila yang dia pernah buat beberapa bulan lepas.
Astaghfirullah. Thia tundukkan kepala. Menjatuhkan pandangannya ke bawah. Mata ditutup rapat. Cuba mengawal perasaan yang bertandang.
“Mereka dah pergi.” Beritahu lelaki itu.
Thia angkat kepala semula. Dia cuba pandang belakang lelaki-lelaki tadi. Lega bila sekumpulan lelaki itu meninggalkan mereka. “Terima kasih encik...”
“Sama-sama. Nama saya Zarul. Kenapa awak bersendirian? Mana mahram awak?” ramah lelaki itu memperkenalkan dirinya. Pelik juga hati Zarul macam mana gadis ini boleh bersendirian.
“Nurfathiah. Ibu bapa saya masih di masjid selepas solat subuh tadi sebab nak sambung beribadah sunat. Saya ingatkan nak terus balik hotel tadi tapi tak sangka pula dikejar.”
Zarul mengangguk. “Bahaya awak berjalan bersendirian. Biar saya hantar terus balik hotel awak. Awak masih ingat jalan ke hotel tu ke?” tanyanya.
“Tahu. Maaf sebab menyusahkan.” Tertunduk-tunduk Thia meminta maaf. Segan tapi dia lagi takut kalau kena kejar lagi seperti tadi. Yang tadi tu cukup sebagai pengajaran buatnya. Lain kali jangan nak berani sangat!
Mereka senyap saja sepanjang perjalan ke hotel tempat Thia menginap. Tapi tidak pada hati Thia. Debaran itu semakin kuat. Fikirannya tidak henti berdebat satu sama lain. Tidak pernah terlintas di fikiran Nurfathiah bahawa dia akan bertemu dengan lelaki ini.
Beberapa bulan lepas Thia memang pernah luahkan perasaan pada lelaki ini. Lelaki yang dia cintai. Tapi seseorang yang hanya dikenali dari blog dan Facebook saja. Padahal dia mana pernah berbalas chat dan komen dengan lelaki bernama Zarul ni. Harapkan saja saya Like satu awak, awak Like status saya. Tapi Like punya Like. Terjatuh Like pada si tuan punya akaun Facebook itu. Aduh! Parah sungguh kuasa cinta.
Zarul memandang pada bangunan hotel tempat mereka berjalan. “Awak menginap dalam hotel ni?” tanyanya.
Langkah Thia berhenti. Dia pandang Zarul di sebelah. “A’ah. Dah sampai pun. Terima kasih encik.”
It’s okay. Lain kali jangan berjalan sendirian lagi. Lagipun ni hotel tempat saya menginap juga. Panggil Zarul je tak payah encik.” Rasa tercekik air liur sendiri bila terdengar Zarul tahu mereka menginap di hotel yang sama. Thia hanya senyum dan mengangguk. Habislah! Harap kali ini biarlah kali terakhir mereka berjumpa. Itu harapan Thia.


Thia yang sudah terlambat untuk sarapan pagi berlari keluar dari pintu lift. Matanya melilau mencari ibu bapa dan neneknya. Senyum terukir tatkala terpandang susuk tubuh wanita yang sedang ralit bercerita. Kaki Thia berjalan mendekati neneknya.
“Assalamualaikum nek.” Sapa Thia. Senyuman manis turut disedekahkan pada tiga orang wanita yang turut bercerita dengan neneknya.
“Waalaikumsalam. Hah. Lambat lagi turun.”
Thia tersengih
 “Kenalkan ni cucu saya. Nurfathiah.” Nenek Thia memperkenalkan dirinya pada wanita-wanita itu. Thia terus tunduk dan menyalami tiga orang wanita tersebut.
“Cantik orangnyakan mak.” puji Naurah. Wanita tua itupun mengangguk. Mengiyakan pujian anaknya.
“Nur... belum sarapan lagikan? Pergilah sarapan dulu. Nenek tunggu sini.” Arah nenek Thia lagi. Lantas thia mengangguk. Perut pun tengah lapar minta diisi.
“Saya minta diri dulu...” Thia membalas senyuman pada mereka dan terus cabut lari. Dia sebenarnya kekok sendikit. Tidak biasa bergaul dengan orang. Thia bukanlah jenis orang yang peramah sangat. Lebih kepada diam dan dengar sahaja.
Usai saja sarapan pagi. Thia kembali ke tempat neneknya. Kelihatan ibu bapanya turut serta tempat nenek dan tiga orang wanita warga Malaysia tadi. Yang buat langkah Thia terhenti ialah bila terpandang Zarul turut bersama dalam kumpulan tersebut. Perlahan langkah Thia mendekati mereka. Gugup dan berdebar satu badan. Ya Allah! Kau berilah kekuatan padaku.


Menghabiskan masa hampir seminggu bersama keluarga Zarul ketika menunaikan umrah ialah sesuatu diluar jangkaan Thia. seperti yang dia agak, Zarul langsung tidak kenal dirinya. Tapi syukur Alhamdulillah. Sekurangnya tidaklah Thia kekok bergaul dengan lelaki itu.
Cuma perkara yang mengejutkan ialah bila mereka tiba di Malaysia. Rupa-rupanya Zarul memang mengenalinya. Sebelum mereka berpisah membawa haluan masing-masing. Zarul sempat tingalkan sedikit pesanan.
“Bagi saya. Apa yang awak buat tu cuma cinta monyet je. Tidak ubah dari mainan perasaan. Saya sengaja berpura-pura tidak mengenali awak sebab tidak ingin awak rasa bersalah. Tapi... lepas ni tolong lupakan saya... jangan sekali hack FB saya, ataupun apa-apa akaun saya lagi. Kalau boleh terus unfriend je semua. Anggaplah itu balasan saya bantu awak dari lelaki-lelaki tu.”
Thia senyum walaupun dalam hati sangatlah ingin meraung. Heartbreak sangat dengar ayat merundum persaan tu. Tambah lagi oleh sang kekasih hati yang tidak kesampaian. Dia tahu dan sedar siapa dirinya.
“Baiklah. Saya janji. Saya tidak lagi buat semua tu... dan biarlah kali ni pertemuan terakhir kita. Saya nak awak tahu. Cinta saya ikhlas. Ia hadir tanpa dipinta. Tapi saya janji tidak sesekali kacau segala akaun awak lagi. Sebab awak telah selamatkan saya tempoh hari.”
Sedih. Sakit hati bila menidakkan rasa hati. Tapi apa yang Zarul buat sebelum ni ialah selamatkan maruahnya. Sesungguhnya ia sesuatu yang cukup berharga buat Thia. Apalah sangat dengan ‘cinta monyet’ seperti yang dimaksudkan oleh Zarul tu.
Satu pertemuan yang ada manis dan biarlah pertemuan itu kekal sebagai salah satu momen bahagia dalam kenangan. Thia tidak mengharapkan cinta Zarul padanya. Biarlah jodoh itu datang sendiri. Dan cinta yang hadir itu disemat dalam hati. Kenangan yang indah!
Pertemuan di tanah suci itu tidak pernah lupus dari bayangan Thia. Air matanya mengalir setitik dua sambil merenung kembali gambar-gambar Zarul dan keluarganya semasa mengerjakan umrah dahulu.
Ya Allah! Andai tertulis cinta aku dan lelaki itu di Luh Mahfuz. Engkau dekatkanlah hati kami. Andai cinta itu tiada. Biarlah ia kekal sebagai kenangan. Dan ikhlaskanlah hati ini kepada yang lebih berhak.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)