Wednesday, October 31, 2012

Bintang Pilihan Jihan bab 2



“Nak ke mana tu Achik?” tanya Encik Johan. Jihan yang mengambil tempat di sisi dipandang.
Apa nak jadi dengan anak daranya seorang ni. Mula-mula balik dari luar negara asyik melekat sahaja depan televisyen dan komputer riba 24 jam. Sudah sebiji seperti penunggu rumah. Tapi sejak kebelakangan ini sudah tukar profession menjadi ‘polis peronda’ pula. Tidak pernah melekat di rumah! Hujung minggu begini pun nak keluar juga?
“Nak keluar bah. Lepak dengan Mie. Minta peanut butter tu abah.”
“Hari-hari keluar tak bosan ke hadap muka si Najmi tu?” soal Encik Johan. Dia menghulurkan peanut butter kepada anaknya.
“Apa tidak bosannya abah. Bukan setakat bosan. Nak termuntah-muntah pun ada. Muak! Tapi apakan daya. Mie tu yang tak nak berenggang.” Kata Jihan sambil menyapu mentega kacang ke atas roti. Sekeping yang siap berintikan mentega kacang dihulurkan kepada abahnya. Jari yang comot dengan mentega kacang dijilat.
Encik Johan geleng kepala.“Abah dah kenyang. Kamu makanlah.”
Jihan menganggak kening. Aik! Selalunya on saja bila dia hulur roti dan mentega kacang kepada abahnya. Dia tidak ambil pusing. Roti tersebut terus sahaja masuk mulutnya.
“Kak Chik ni, auta aje lebih dari fakta.” Sampuk Aifa. Puteri bongsu yang manja dan sentiasa up-to-date dengan fashion semasa serta isu-isu artis koreanya.
“Cemburulah tu. Bluekk…” Jihan  menjelir lidah.
“Eleh! Setakat kak Chik tu. Kerat jari, buat bini pun abang Najmi tak sudi.”
“Suka hati akaklah… Kalau kau nak sangat kat Mie tu. Ambillah. Tak payah nak kerat jari pun akak sendiri tak minat dengan mamat tu...”
“Sudahlah. Korang berdua ni. Awal pagi lagi nak bertekak.” Tegur si ayah pula.
Ini baru dua orang. Kalau tambah lagi Auni dan Zara boleh kecoh ruang makan dikerjakan. Mujurlah Auni sudah pun bergelar isteri orang dan tinggal bersama suami. Zara anak keduanya pula sudah berangkat pergi kerja kerana ada mesyuarat. Tinggal Jihan dan Aifa sahaja.
“Alah abah ni. Relekslah. Mak mana? Awal pagi lagi dah hilang. Kesian abah kena tinggal sorang-sorang. kih…kih… kih…” Terkekek dua beradik yang berlawan mulut tadi memandang si abah.
Erm… mak kamu tu. Entah sejak bila perasan nak jadi kurus. Hari-hari pergi joging kat taman tu. Dengan bibik dan Mak Ita sekali dibawanya berjoging. Kalau kurus jadi macam Rozita Che Wan tu takpe jugak. Ini macam dugong berlari saja.”
Akhirnya meletus juga tawa Aifa dan Jihan mendengar rungutan abah mereka.
“Abah pula tak nak ke? Mana tau jadi tough macam Arron Aziz. Hahaha!!” gelak Aifa.
“Eh! Tak hingin la abah. Perut dah macam tayar pancit. Mak kamu tu aje yang perasan muda! Tak sedar anak dara dah besar panjang. Kalau satu tu takpe jugak. Ini empat! Sudahlah semua dah besar panjang baru dia nak kuruskan badan.” Encik Johan masih lagi dengan selambanya bercakap walaupun anak-anak gadisnya sudah gelak tidak ingat dunia.
“Amboi… gelak sakan nampaknya.”
Itu dia Puan Nur Awfiyah Meharunnisa binti Ahmed Aakif Affendi atau lebih dikenali sebagai Puan Mehar dengan lenggang lengoknya berjalan menuju ke ruang makan. Tersengih Aifa dan Jihan memang mak yang baru balik dari bersenam.
Bila teringat nama emak mereka yang panjang. Jihan pasti tersenyum lebar. Otak fikirannya mula terkenangkan peristiwa pernikahan ibu bapa mereka yang diceritakan oleh Encik Johan. Pernikahan yang hampir ditunda kerana pengantin lelaki asyik salah sebut nama pengantin perempuan dalam akad nikah.
Lapan kali Encik Johan cuba sebut tapi asyik gagal sahaja. Mujurlah berjaya juga akhirnya. Itupun setelah berperang dengan hati yang berdebar-debar dan gugup satu badan yang tidak hilang-hilang. Mana tidaknya, sudahlah terpaksa menggunakan mikrofon. Balik-balik pula tersasul! Nama mak terlampau canggih sampai payah nak sebut.
 Sebab itu juga la nama mereka adik beradik hanya sekerat sahaja. Abah mereka serik dengan yang panjang lebar. Sejak hari pernikahan, abah mereka terus nekad nak letak nama anak sesingkat yang boleh hinggalah menjadi Nur Auni, Nur Zara, Nur Jihan dan anak bongsu mereka Nur Aifa.
Bila nikah nanti senang bakal laki nak sebut konon.
“Jihan… oh! Jihan. Kau dengar tak mak cakap ni? Mengkhayal pulak budak seorang ni.” Panggil emak Jihan.
“Hah! Apa mak cakap tadi?” Jihan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Habislah! Boleh pula dia mengelamun apabila maknya tengah membebel.
“Haih kak chik! Kalaulah kami ada telinga macam akak nikan bagus. Ini Aifa dan ayah pula yang terpaksa tahan telinga dengar mak membebel tak habis-habis.”
“Ya la Aifa. Bila mak kamu tu mula membebel mengalahkan machine gun. Abah rasa macam nak cabut saja telinga Achik ni lekat ditelinga ayah. Mak membebel pun dia boleh buat derk aje.  Sempat mengelamun pulak tu.” sambung Encik Johan.
“Hah tulah abang.Buat perangai budak-budak. Ikut sangat perangai mereka ni…”
“Bapa borek anak rintik.” sambung Aifa, Jihan dan Encik Johan serentak.
Tahu sangat ayat klise mak mereka itu. Boleh dihafal! Dari mereka kecil sampai besar itu saja bajet ayat mak mereka bila Encik Johan sudah mula menyebelahi anak-anak.
“Hesy! Tak naklah mak layan kamu semua. Buang air liur aje.” Mereka sekadar memandang Puan Mehar yang menuju ke singki.
“Eleh mak merajuk ke?Alah tak kan awal-awal dah sentap mak?” usik Jihan.
“Abah? Macam mana ni? Mak merajuklah…” sambung Jihan lagi. Suaranya sengaja dibesarkan. Saja nak usik maknya.
“Alah! Mak kamu tu saja merajuk-merajuk manja je. Biasalah… orang dah meningkat usia ni memang selalu sangat sentap. Tahulah abah pujuk mak kamu tu. Kejap lagi ye sayang. Nanti abang tolong pujuk. Hehe…”
Aifa sekadar ketawa mengekek mendengar usikan kak Chiknya dan abah mereka. Merona merah muka emak yang sakan diusik. Bukan dia tidak mahu, tapi hanya Jihan dan Encik Johan sahaja yang paling terror bab mengusik ni. Lagipun kak Chiknya mana pernah kisah kalau mak mula membebel. Tadah saja telinga tapi masuk kiri keluar kanan!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Monday, October 29, 2012

Tembok Cinta bab 21



Telefon Adam yang berdering menganggu konsentrasinya. Dia sekadar memandang sekilas nombor yang tertera. “Encik Kamal. Fiera tolong angkat call tu. Entah apa lagi dia nak. Menyusahkan betul klien seorang ni.”
Fiera mengangguk. Langsung tidak banyak bunyi. Nampat sangat angin Adam tidak baik sekarang ni. Telefon Adam yang dihulur kepada diambil lalu menekan butang maya hijau pada telefon lelaki itu.
“Assalamualaikum Encik Kamal… Saya PA Encik Adam… maaf Encik Adam tengah driving so apa-apa boleh terus cakap kat saya saja…. Apa?!”
Adam mengerling Fiera  di tepi. Nada suara gadis itu yang agak tinggi membuatkan dia tertanya-tanya. Fiera masih lagi senyap menanti perbualan di sebalik telefon
“Baiklah Encik Kamal. Nanti saya inform kat Encik Adam.” Fiera menekan butang merah. Satu keluhan dihembus. Telefon Adam diserahkan semula kepada lelaki itu.
“Encik Kamal kata meeting batal sebab dia kena bertolak ke Hong Kong sekarang juga. Ada hal emergency konon.”
Adam menekan brek secara tiba-tiba sebaik sahaja terdengar kata-kata Fiera. “Apa?” Nyata lelaki itu tidak berpuas hati. Terkejut dengan statement Fiera. Menyusahkan betul klien seorang ni.
Tubuh badan Fiera tersorong ke depan. Kepalanya terhantuk pada dashboard kereta. “Encik Adam, Awak nak bunuh saya ke apa?”
Dahi yang terhantuk tadi digosok kasar. Walaupun dia ‘kepala batu’ seperti yang dilabelkan oleh kawan-kawannya tapi kepala dia bukanlah batu. Sakit kena hantuk buat kali kedua. Bertambah tidak betul kepala Fiera.
“Maaf. Saya tak sengaja.” Kata lelaki itu sambil memegang kepala Fiera. Dahi yang kemerahan itu dipandang. Fiera pula yang terdiam dengan tingkah laku Adam yang mengejut. Berkelip-kelip matanya memandang Adam yang sedang meniup dahinya. Pipi Fiera terus berubah kemerahan sama seperti warna dahinya yang terhantuk tadi. Panas pipi itu disebabkan tahap malu yang teramat.
Pin… pin… bunyi hon dari kereta belakang mengejutkan mereka berdua. “Encik Adam, kereta awak halang laluan orang lain.” Ujar Fiera selamba walaupun hatinya tengah berdebar-debar bagai nak rak.
Adam memandang cermin untuk melihat kereta dibelakang. Dia kemudiannya memakirkan kereta di bahu jalan. “Dahi awak masih sakit tak? Nak saya bawa ke hospital check? Takut ada apa-apa ke?” Tanya lelaki itu sejurus kereta berhenti.
“Terhantuk sikit saja pun. Jangan risau…”
Adam mengeluh. Dia menyandar memandang hadapan. “Klien ni menyusahkan betul. Ingat dia orang sahaja yang sibuk. Orang lain pun sibuk jugak!” Kepala yang sakit diurut beberapa kali.
“Biasalah adat orang berniaga memang macam tu. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi.”
Sedar kata-kata dari Fiera itu ada benarnya. Adam tidak dapat nafikan kesabaran amat penting terutama dalam mengendali projek bersama orang-orang yang lebih berpangkat dan berpengalaman darinya. Silap langkah boleh binasa. Banyak sangat helah. Mujurlah selama ini Fiera banyak membantu. Kalau tidak entah apa nak jadi dengan keaadaannya sekarang ini. Sudah tentu hilang arah.
Adam memulakan pemanduannya semula.
“Kita nak ke mana?” tanya Fiera.
“Isi perut awak tu la. Nanti tak pasal-pasal saya kena cop bos jahat lagi. Suka seksa pekerja saya sampai datang penyakit keramat awak tu.” Kata Adam sarkastik.
“Maksudnya encik Adam sudah tak marahkan saya la ni?” senyum meleret Fiera mengutarakan kata-kata itu. Penuh harapan agar marah Adam semakin reda.
Pekerja? Terkilan juga rasa hatinya mendengar cop dia sebagai pekerja sahaja. Kali kedua untuk hati ini Adam kata Fiera sekadar pekerja sahaja. Sedangkan bos besar sentiasa anggap dia sebagai ahli keluarga sendiri. Tapi Fiera kuatkan juga hati. Tidak ingin tersentap dengan perkara-perkara kecil.
Adam mengerling Fiera sebentar. “Saya bawa awak makan sebab saya tak suka bila Ammar fikir pasal yang buruk pasal saya.”
“Maksud Encik Adam sudah tak marahkan saya lagi?” tanya Fiera lagi sambil tersenyum lebar. Saja buat ayat perangkap.
Adam sekadar menjongket bahu. Masih enggan memberi sebarang jawapan.
Fiera ketap bibir. Bisu pulak mamat ni. Kepalanya teringkatkan Ammar tadi. Segera telefon dicapai. Nombor Ammar segera ditaip. Satu pesanan ringkas dihantar kepada lelaki itu. Saja hendak memberitahu perihal  mesyuarat tidak jadi itu dan hala tuju mereka seterusnya. Takut juga lelaki itu risaukan dia sebab tidak sempat keluar makan tadi.
Aku sudah agak. Mamat tu saja nak buat cerita supaya dia keluar dengan kau. Dia jeles la tu. Nampak sangat nak perhatian dari kau.
Baca pesanan ringkas dari Ammar itu membuatkan Fiera tergelak kecil.
Jangan salah faham la. Tadi aku yang jawab panggilan dari klien tu. Nanti malam kita jumpa ye. Tempat biasa! Tak payah jemput aku. Kita jumpa sana. Bye!
Balas Fiera. Sudah tentu Ammar tengah bengang sekarang ni.
Baiklah. Drive carefully ye dear. Kirim salam tidak puas hati kat Adam tu!
Sekali lagi Fiera tergelak. Malah lebih kuat dari tadi walaupun dikawal. Konsentrasi Adam yang sedang memandu disebelah pun terganggu. Ingin mengetahui siapa ka gerangan manusia yang sedang bersms dengan gadis itu. Gembira sangat!
Fiera memasukkan telefonnya semula ke dalam beg
“Ammar kirim salam kat Encik Adam.” katanya.
Adam sekadar mengangguk. Terjawab sudah teka teki siapakah tukang hantarkan pesanan hingga mampu buat Fiera tergelak sakan. Ingatkan Taufiq!
“Saya belum habis cakap lagi. Dia kirim salam tidak puas hati kepada Encik Adam. ”
Merona kemerahan muka Adam Danial mendengar. Nampak sangat Ammar tengah perli dirinya.
“Kita sudah sampai. Jom.” Ajak Adam. Nasib baik meraka sudah sampai. Dia tidak tahu macam mana hendak menjawab peril dari Ammar tadi.
Tali pinggang keselamatan dibuka. Hotel 5 bintang menjadi pilihan Adam untuk makan tengah hari? Fiera sekadar turut sahaja langkah lelaki itu masuk ke dalam hotel. Orang banyak duit. Mana hairan makan tempat mahal.
Rentak langkah Adam yang semakin perlahan. “Kenapa?” tanya Fiera. Pelik juga kenapa Adam semakin memperlahankan langkahnya. Wajah lelaki disebelahnya ditenung kemudian mata Fiera menyorot pada pandangan Adam. Langkah lelaki itu juga sudah diberhentikan.
“Cikgu!” panggil Adam. Jelas terpancar riak gembira pada wajah itu. Adam kemudiannya berlari anak ke sebuah meja dalam restoran itu. Dia terus bersalaman dengan abang angkatnya itu, cikgu Kamil yang sedang duduk makan bersama cikgu Firus. Salah seorang guru di sekolah lama mereka dahulu.
“Assalamualaikum cikgu.” Salam Adam sejurus sahaja berada di meja guru itu. Tangan kedua lelaki itu disalam dengan penuh rasa hormat.
“Waalaikumsalam. Eh! Adam. Lunch? Apa kata join kami sekali.” Pelawa cikgu Kamil.
“A’ah. Lunch dengan kawan.”
“Mana kawan Adam? ajaklah makan sekali dengan kami.” Pelawa cikgu Firus pula.
Lantas Adam pun memandang Fiera. Kemudian dia memberi signal untuk ke tempatnya.
Fiera berjalan perlahan mendekati Adam dan kedua bekas guru sekolahnya dahulu. Dia sendiri ragu-ragu untuk meneruskan langkah. Fiera bukannya rapat sangat dengan cikgu Kamil sebab tidak pernah mengajarnya dahulu. Hanya kelas Adam sahaja. Tapi mujurlah kawan baik cikgu Kamil iaitu cikgu Firus pernah mengajarnya dahulu.
Fiera tunduk selepas memberi salam sebagai tanda hormat kepada kedua bekas guru sekolahnya itu.
“Kita makan sekali dengan mereka ye?” ajak Adam.
Ikutkan hati Fiera ingin mengata TIDAK tapi wajah ceria Adam kerana dapat bertemu dengan abang angkatnya membuatkan kepalanya mengangguk tanda setuju. Dia masih kekok!
Mereka mengambil tempat di kerusi berhadapan kedua guru tersebut. Selepas memesan makanan Adam rancak bercerita itu ini dengan abang angkatnya. Gembira! Fiera hanya sekadar tersenyum dan sesekali mencelah.
“Dari tadi lagi cikgu nak tanya kamu berdua ni ehem… ehem ke?” tanya cikgu Firus. Satu senyuman terlakar di wajahnya. Saja hendak mengusik Fiera dan Adam.
Nasib baik Fiera baru sahaja hendak mengangkat gelas untuk minum air. Kalau tidak sudah tentu tersembur keluar. Dia menjeling sekilas Adam yang duduk disebelahnya.
“Owh! Kebetulan Fiera kerja di syarikat abah Adam. Sepatutnya tadi nak jumpa klien. Tapi tiba-tiba cancel.” Jelas Adam.
Cepat kepala Fiera mengangguk. Hah! Betullah tu. Sokongnya. Tapi suara itu hanya dalam hati sahaja. Tidak mampu keluar dari mulut.
Hanya senyuman yang tercalit pada kedua orang cikgu itu. Senyuman yang sukar digambarkan. Jangan mereka berdua fikir lain pula sudah. Kami memang tiada hubungan istimewa!! Jerit hati Fiera.



Seperti biasa, keluar dengan Adam ataupun Ammar hanya selalu buat kepala Fiera sakit. Cukup peristiwa terserempak cikgu Kamil dan cikgu Firus tadi tengah hari. Siap doakan jodoh antara dia dan Adam lagi ketika mereka meminta diri untuk beredar. Lagipun kedua guru itu ada khursus di hotel tersebut.
“Cikgu doakan jodoh kamu berdua.” Lima patah perkataan itu masih lagi berlegar-legar dikepalanya.
“Adam ni suka sangat cari kesempatan. Mentang-mentanglah satu pejabat.” Rungutan Ammar tidak memberi kesan pada Fiera. Sejak mereka mula keluar tadi mulut Ammar tidak berhenti-henti merungut pasal Adam.
“Kau tak penat bercakap ke Am? Dari tadi sebut pasal orang tu. Aku yang dengar ni pulak penat. Aku balik karang. Biar kau tengok bola sorang-sorang. Berapa minit lagi nak mula, kalau aku tengok di rumah lagi best.” Tegur Fiera. The tarik mamak yang dipesan baru sahaja sampai. Setengah jam tunggu teh tarik baru sampai. Kedai mamak penuh dengan peminat-peminat bola.
“Aku tak puas hati je. Tak kan kau tak perasan dia tu saja pura-pura merajuk. Nak tarik perhatian kau la tu. Aku rasa orang buta pun boleh nampak.”
Fiera berdecit. Siapa buta?
“Aku perasanlah. Tapi apa boleh buat. Daripada dia terus berperangai macam ni baik aku pujuk dia. Anati roti canai satu!!” sempat Fiera menjerit.
“Beres!!” jerit mamak itu menjawab sambil mengangkat tangan. Ammar sekadar membiarkan.
“Baru cakap pasal dia. Dia tu ada pasang something kat kau ke Fiera? Tahu-tahu aje kita lepak sini?” tanya Ammar. Mulutnya dimuncungkan pasa satu arah.
Fiera mengalihkan pandangannya. “Entahlah. Apa pula dia buat sini?” Kelihatan Haris sedang mengangkat tangannya pada Fiera. Gadis itu sekadar mengangguk sahaja.
“Boleh kami join duduk sini sekali?” tanya Haris.
Sure.” Kata Ammar selamba.
Seraya itu Fiera memandang wajah Ammar. Tadi kemain merungut. Adam itulah. ‘Adam inilah… boleh pula nak duduk semeja. Kang aku balik kang. Biar padan muka kamu. Jangan bertekak saja sudah.’ Omel Fiera dalam hati.
Ammar sekadar menjongket bahu. Enggan memberi penjelasan pada Fiera.
Haris menarik dua kerusi. Satu untuk Adam dan satu lagi untuknya. “Bola?” tanyanya pada Fiera.
“Yup.” Jawabnya ringkas.
Interesting. Maksud saya, perempuan dan bola. Bukan satu gandingan biasa.”
Fiera sekadar tersenyum.
“Tidak bagi Fiera. Malah tauke mamak kedai ni pun kenal sangat dengan muka dia ni. Selalu sangat lepak sini… Ammar.” Balas Ammar sejurus memperkenalkan dirinya pada Haris.
“Haris.” Mereka berjabat tangan seketika. Beberapa minit kemudian sudah mampu bercerita itu ini. Banyak yang menjadi topik pada malam itu. Dari kisah isu semasa, cerita bola, pertemuan bersama bekas guru tadi hinggalah isu-isu semasa. Adam dan Ammar juga begitu ramah bercerita. Seolah tiada langsung pergaduhan pagi tadi. Pelik tapi itulah yang berlaku.
Lantas Fiera mencapai telefonnya. Laman facebook dibuka. Laju tangan gadis itu menaip beberapa patah perkataan hinggalah  butang ‘share’ ditekan.
Sahabat baik. Sekali terpisah akan bersatu semula.
Kata-kata ringkas. Tapi mampu merungkai seribu satu makna. Beberapa minit kemudian telefonnya berdering menandakan pesanan ringkas masuk. Satu senyuman tercalit sebaik sahaja memandang nama yang tertera.
Assalamualaikum! Masih lepak dengan Ammar? Boringlah! Malam ni tiada teman kerja. Majoriti balik. Huhu…
Lantas Fiera membalas pesanan dari Taufiq itu.
Waalaikumsalam. Masih lagi lepak. Adam dan Haris pun ada. Bola belum habis. Alolo… kesian doktor Taufiq ye… apa boleh buat. Carilah mana-mana suster ngensot tolong temankan di hospital tu.
Tergelak sedikit Fiera membaca pesanan yang ditaipnya sendiri sebelum menghantar. Kaca televisyen menjadi tatapan sementara menanti balasan dari doktor Taufiq yang terpaksa bertugas mala mini.
“Taufiq?” tanya Ammar perlahan.
“A’ah. Tengah kerja.”
Ammar mengangguk. Kemudian sambung semula memandang perlawanan yang sedang berlangsung.
Suster ngensot takde. Suster hot ramai.
Berdecit Fiera membaca pesanan dari Taufiq.
Doktor gatal!!
Telefon bimbit Fiera terus menjadi mangsa geram. Akalnya teringat jururawat yang cantik-cantik di hospital. Dia kemudiannya mengeleng kepala beberapa kali. Cemburukah dia? Tidak!! Akal Fikirannya masih menidakkan perasaan itu. Fiera masih lagi teguh dengan pendiriannya. Lagipun Taufiq sudah ada kekasih. Mana mungkin dia rela bergelar perampas kekasih orang.
Cemburulah tu.
Pesanan ringkas Taufiq dibaca.
Mana ada!
Balas Fiera sepatah dua sahaja.
Busted!! Hehe.. jangan cemburu lama-lama nanti cepat tua. Aku nak tidur kejap. Selamat malam! Jangan tidur lewat tau. Bila sampai rumah nanti jangan lupa sms aku. Kirim salam dengan yang lain.
“Taufiq kirim salam kat semua.” Fiera menyampaikan salam Taufiq pada rakan yang lain. Mimpi indah Taufiq! Sambung hatinya.
“Taufiq mana?” tanya Adam pula.
“Kerja. Syif malam.”
“Oh!” Adam turut mengangguk. Nampaknya mala mini beberapa orang turut mengalami penyakit yang sama. Mengangguk sahaja selepas bertanyakan kelibat doktor Taufiq yang tidak kelihatan. Tapi Ammar, kini Adam pula berkelakuan sedemikian. 

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Wednesday, October 24, 2012

Tembok Cinta bab 20




“Fiera itu salah.”
“Fiera grammar draf banyak salah.”
“Fiera lain kali buat biar serius sikit.”
Serabut kepala Fiera memikirkan Adam Danial anak bos yang perasan bos. Selagi kau belum naik takhta boleh tolong jangan  berlagak macam tuan punya syarikat boleh tak! Belum lagi naik pangkat dah mengalahkan bos. Kalau sudah naik entah apa nak jadi dengan manusia seorang ni. Sakit hati Fiera mengenangkan nasibnya beberapa hari ini.
Serius konon! Banyaklah serius Adam Danial. Tidak cukup itu, lagaknya seperti tiada maaf buatmu Nurul Zaffiera kerana kaw kaw mengutuk Adam tempoh hari. Langsung tiada senyuman atau gurauan. Seolah mereka tidak berkenalan sebelum ini.
Fiera mengalihkan pandangannya pada fail yang bertimbun di sebelah komputer ribanya. Mak aih! Ada tiga fail lagi yang perlu dibetulkan. Ini belum lagi sesi-sesi memujuk Adam agar kembali ke pangkal jalan. Adam bukan sahaja suka cari masalah Fiera malah dengan semua pekerja. Semua pekerja menyalahkan Fiera yang kononnya menaikkan darah Adam sampai mereka yang lain pun terkena tempias. Lantas mereka mengarah Fiera untuk berbuat sesuatu, kalau tidak dengan Fiera sekali mereka boikot.
Tidak habis keluhan demi keluhan keluar dari mulut Fiera. Semuanya kerana anak bos yang berubah sikap itu. Fiera mengaru kepalanya sehingga kusut selendang yang terlilit di kepala itu.
Hello Darling…” satu suara dari pintu pejabatnya langsung tidak dipeduli. Bukannya reti hendak beri salam. Dia sekadar menjeling wajah lelaki itu buat seketika kemudian kerja yang tertunggak tadi disambung semula.
“Mentang-mentang sudah lama tidak jumpa. Makin sombong pula.” Lelaki itu kini duduk dikerusi hadapan Fiera.
“Fiera…”
“Erm…”
“Fiera..”
“Apa dia?”
“Tengok la dulu muka aku yang serba kacak ni.”
Fiera mengeluh. “Apa dia? Cakap sajalah. Tak nak ke fail aku yang bertimbun minta disiapkan ni?”
“Kau bergaduh dengan Adam eh?”
Akhirnya soalan dari Ammar menarik perhatian Fiera. Dia memandang wajah Ammar dengan pandangan tajam.
“Siapa beritahu kau? Taufiq?” tanya Fiera. Tiba-tiba dia teringat pasal Taufiq. Bila dia luahkan rasa tidak puas hati pada sikap Adam. Boleh pula Taufiq marah dia balik. “Siapa suruh kau. Mulut tiada insuran. Kutuk orang pun di syarikat orang yang kau kutuk tu. Hah! Padanlah dengan muka kau.”
“Tadi aku dengar ada orang mengumpat kat luar tadi pasal kau dan Adam bergaduh. Adam marah kau eh? Padam muka.”
“Kalau kau tak nak rasa stiletto melekat di muka kau. Baik tutup mulut tu sebelum aku naik angin!” Ammar angkat bendara putih menyerah kalah. Takut juga kalau stiletto pink milik Fiera tu melekat di muka kacaknya. Terpaksa tutup periuk nasi la jawabnya sebagai model.
“Baiklah. Aku senyap. Tapi kau ceritalah kat aku. Asyik-asyik aku seorang saja yang ketinggalan kereta api.”
“Siapa suruh kau kerja jauh-jauh.” Ejek Fiera sambil menyambung semula kerjanya.
“Ceritalah. Apa jadi dengan kau dan Adam tu? Aku pun nak tahu berita terkini juga.”
“Tak payahlah! Buat sakit hati saja ingat pasal tu.” Sempat Fiera mendengus.
“Ceritalah…” pujuk Ammar. Muka paling comel yang tidak seberapa comel ditunjuk.
“Tidak mahu. Sekali lagi kau cakap. Aku lekat stiletto ni tepat kena muka kau nak? Sudah la aku tengah pening fikirkan cara nak pujuk dia. Susah betul nak pujuk memujuk ni. Aku mana tahu…”  Fiera tiba-tiba terdiam. Satu senyuman jahat terlukir di wajahnya. Dia kemudiannya memandang Ammar.
“Serius aku tidak suka pandangan jahat dan senyuman Cruella de Vil kau tu Fiera. Menakutkan! Apa-apa pun yang kau tengah fikir tu. Jangan sesekali nak babitkan aku.”
“Hesy. Kau ni. Aku mana ada sejahat  tu. Ammar… kau nak aku cerita setiap butir dari awal hingga akhir tak pasal aku dan Adam?” Senyuman jahat Fiera masih lagi tidak lekang dari wajahnya. Penuh semangat dia bercakap sampai kerja pun terbengkalai lagi.
“Tapi sebagai balasanya tolong aku pujuk Adam sampai kepala otak dia tu normal balik!” Sambung Fiera lagi tapi dengan nada suara berlainan. Tegas dan jelas. Biasalah orang tengah kegeraman dengan perangai Adam itu!
“Bantu kau pujuk Adam. Tak hingin aku. Nanti ada chance la dia nak dekat dengan kau.”
“Tolonglah fikir positif sikit. Nak pujuk dia tidak semesti kena dekat dengan dia. Lagipun satu pejabat dah start mogok dengan aku. Sebab punca Adam jadi macam tu. Please Am… kau kan expert benda-benda macam ni. Please…” Mulut Fiera sengaja dimonyokkan. Matanya berkelip beberapa kali. Penuh berharap menanti jawapan dari Ammar.
“Ingat comel la tu. Baiklah aku tolong. Tapi kena ada syarat. Satu kali tips aku bagi sebagai balasannya satu date dengan aku.”
Demand la pulak mamat ni. Kalau tak nak tak payah.” Fiera menyilang tangan memandang lelaki itu.
“Memang aku tak nak pun.” Ammar main tarik tali. Eh! Ikutkan hati memang tidak sudi si jantung hati nak pujuk lelaki lain tau.
“Amm…!!!” jerit Fiera. Geram pulak dengan peguam seorang ni. Ambil kesempatan dalam kesempitan yang dialaminya. Huhuhu
Ammar mengangkat bahu.
“Okey fine date! Tapi sekali je tau. Gila ke apa sampai satu tips kena satu date. Ingat aku free 24 jam?” Akhirnya mengalah juga Fiera.
Ammar senyum meleret. Menang juga aku. Pertama kali tau! Selalunya dia saja yang kalah. “Okay darling. Kita nak mula dari apa?” ujar Ammar sambil mengosok kedua belah tapak tangannya.
“Kau ni tak kerja ka? ”
“Tak. Aku cuti seminggu. Boringlah hadap kerja saja. Sakit kepala aku.”
“Sudah tahu tengah cuti rehat buatlah cara cuti rehat. Ini tak. Sanggup datang KL. Baik lagi kau duduk rumah berehat.” Omel Fiera.
“Setiap orang ada cara nak tenangkan fikiran wahai Fiera sayang oi. Cara aku pula, asal tengok kau pun sudah cukup tenang kepala otak aku ni.”
Fiera angkat tangan. “Simpan ayat tu untuk perempuan lagi okay.”
“Engkau ni Fiera. Cakap biarlah bertapis okay. Apa aku cakap tu ikhlas dari hati nurani aku tau.” Ammar buat muka Duck face. Merajuk konon!
“Orang ikhlas tidak akan cakap perkara yang dia buat tu ikhlas.” Balas Fiera.
“Hai la nasib. Apalah malang nasib aku yang cintakan perempuan hati batu macam dia ni.” Ammar meratapi nasib.
“Huk elleh. Daripada kau buat drama samarinda kau tu. Baik fikir cara macam mana nak pujuk anak bos yang tengah merajuk tu. Tidak sangup lagi aku nak overstayed buat kerja-kerja yang berlambak ni. Seksa tahu tak! Berapa hari aku tak tidur lena, tup tup kena reject.”
“Alololo… kesiannya dia. Jangan risau. Aku jamin dalam tiga hari kau mampu pujuk Adam tu. Hari keempat, kita dating! ”
“Dalam kepala otak kau tiada benda lain nak fikir ke selain dating, dating, dating!
“Eh! Aku tengah fikirlah benda apa nak buat untuk pujuk si Adam tu. Kalau pujuk perempuan aku terror la. Ini nak bantu kau pujuk lelaki tu pulak. Sudahlah hati aku separuh rela nak bantu. Huhu…”
You better think it fast Ammar. Kalau hati kau separuh rela nak bantu  aku pujuk Adam. Otak aku pula dah separuh tidak betul dah buat kerja yang bertimbun ni.” Keluh Fiera. Selendang yang terlilit di kepala semakin kusut dikerjakan oleh Fiera.
“Aku tak suka betul tengok muka serabut kau ni. Kau sudah makan ke ni?” tanya Ammar.
Krukk… krukkk…
Belum sempat lagi Fiera hendak jawab soalan Adam. Perutnya sudah pun menjawab bagi pihaknya. Muka kesian ditayang. “Tersangatlah lapar.” Ujarnya.
Ammar sekadar tertawa kecil melihat wajah comel Fiera memulas perut. Boleh pula perutnya berbunyi pada masa yang sesuai. “Alolo… teruk Adam seksa kesayangan aku ni. Sampai perut pun keluarkan sound effect. High volume pulak tu. Aku pun boleh dengar dengan jelasnya.”
“Tidak lucu okay… beberapa hari ni aku telan Maggie saja. Tak sempat nak pergi beli nasi bungkus. Masak lagilah tak sempat. Balik rumah pun tengah malam.”
“Sebab itu la pepatah melayu kata, kerana mulut badan binasa!”
Fiera berdecit. Ada juga yang nak kena telan hidup-hidup.
“Dah, dah. Daripada kau mengadu kelaparan sekarang. Jom ikut aku isi perut. Aku pun tengah lapar ni.”
Wajah Fiera bertukar ceria. “Jom!”
Butang ‘save’ ditekan untuk menyimpan kerjanya. Nanti baru sambung lagi. Sungguh perut dia terlalu lapar. Kunci kereta dan beg tangan dicapai.
Ammar yang sudah berdiri bersedia untuk berjalan seiringan bersama Fiera. Mereka yang baru sahaja hendak mulakan langkah terhenti tiba-tiba sebaik sahaja terlihat Adam membuka pintu pejabat Fiera.
“Fiera, emergency. Klien nak jumpa sekarang…” kata Adam sebaik saja membuka pintu.
“Erk? Awak nak ke mana?” tanya Adam sebaik sahaja melihat Ammar dan Fiera yang terkejut dengan sergahannya secara tiba-tiba.
“Setengah jam lagi lunch hour. Saya nak keluar makan.” Jelas Fiera sambil mengerling jam ditangan.
“Ada setengah jam lagi. Maksudnya belum lagi lunch hour. Bersiap sekarang dan bawa fail tender baru tu. Klien buat masalah sekarang ni. Saya tunggu awak di kereta.”
“Adam, agak-agaklah. Aku tengok badan Fiera berdiri dah macam boleh ditiup angin. Jalan pun tidak bermaya. Nanti sakit dia datang balik.” Ujar Ammar.
Adam memandang wajah Fiera yang lesu. “Aku tahu macam mana nak jaga pekerja aku. Tapi ada setengah jam lagi sebelum waktu rehat. Aku nak kau faham.”
“Adam! kalau Fiera sakit macam mana? Kau nak tanggung…” marah Ammar memuncak.
“Cukup! Jangan nak bergaduh kat sini boleh tak? Tak malu ke hah!” jerit Fiera.  Adam dan Ammar terus terdiam. Fiera berpusing ke arah mejanya. Sebuah fail diambil.
“Ammar, maaf sebab tak dapat nak temankan kau makan. Malam ni aku telefon kau. Aku minta maaf sangat. Aku pergi dulu.” Kata Fiera.
Take good care of yourself. Jangan tension ye budak kecil. Jangan sakit-sakit.” Atas kepala Fiera digosok. Selendang yang agak serabut dibetulkan.
Adam yang terpandang aksi itu hanya buat tidak tahu sahaja. Tapi dalam hati memang dia cemburu melihat adegan itu.
Satu anggukan dari Fiera. Dia kemuadian berjalan mendekati Adam yang terpacak di hadapan pintu. Jelous? Padan muka! Getus hatinya. Geram betul! Orang tengah lapar. Boleh pula paksa pergi kerja. Dan siapa pun klien itu, memang buat angin Fiera naik. Menyusahkan betul!
“Jom Encik Adam.” kata Fiera sebaik saja mendekati lelaki itu.
Adam mengangguk lalu berjalan beriringan dengan Fiera. Sempat matanya menjeling ke arah Ammar. Nyata lelaki itu tidak berpuas hati. Adam sendiri tidak boleh mengelak kerana klien itu tiba-tiba buat masalah.
‘Kesian Ammar terpaksa makan seorang. Padahal lelaki itu nak temankan dia makan. Huh! Angin betul dengan mamat sebelah ni.’ Kata hati Fiera. Dia mendengus kasar.
Sedar mereka menjadi tumpuan pekerja. Fiera sekadar tunduk mememandang lantai sahaja sambil berjalan. Mungkin ramai pekerja yang terdengar pergaduhan kecil antara Adam dan Ammar tadi. Bertambah lagi gosip liar tentangnya di pejabat ini.
Fiera mengeluh lagi. Dia sengaja berjalan lambat sedikit dibelakang Adam.
Tup!!
Fiera terlanggar belakang lelaki itu. Dahinya yang sakit digosok beberapa kali. Sakit! Wajahnya diangkat lalu dia membalas pandangan Adam. Kenapa pula mamat ni berhenti tiba-tiba.
Tangan Fiera ditarik. “Jangan berdiri dibelakang saja. Tapi terus berjalan disebelah saya.” Jelas Adam tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Wajah Fiera yang terkebil-kebil bertukar kemerahan. Dia sekadar mengangguk sahaja. Tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Malu. Aduhai hati! Angin lelaki seorang ni memang macam puting beliung.

Selamat membaca dan terima kasih sebab anda akan rajin komen..hehehe..


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Saturday, October 20, 2012

Bintang Pilihan Jihan bab 1



      
              Jihan berlari masuk ke dalam restoran mewah itu. Dia terus melulu ke arah seorang lelaki yang duduk sambil membaca surat khabar. Ah! Sudah. Dia memang terlambat lima belas minit. Ini semua gara-gara pak cik gatal dalam bas tadi. Kalau tidak, tidak mungkin dia akan terlewat untuk blind date hari ni.
            “Assalamualaikum. Sorry bro aku lambat.” Ujar Jihan. Semput nyawanya berlari dari stesen bas. Muka yang panas di kibas beberapa kali. Peluh yang memercik dari tadi dikesat kasar menggunakan lengan bajunya yang panjang.
            Tangan Jihan diangkat memanggil pelayan restoran. Setelah memesan jus oren, pandangannya beralih pada lelaki yang tergamam memandangnya. Langsung tidak berkutik sedikit pun. Jihan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tanganya dilambai beberapa kali di hadapan wajah lelaki itu. Namun dia masih lagi kaku.
            Kini tangan Jihan merayap di wajahnya.“Muka aku ada apa-apa ke?” gumamnya sendiri.
“Aku rasa tiada yang pelik pun…” sambung Jihan lagi.
Hei… hei… Encik entah apa dah nama kau ni. Aku lupa pulak! Muka aku ada something ke?” tanya Jihan pada lelaki itu.
Jejaka tampan yang tercengang tadi berdehem. Tampan ke? Pada mata dan selera Jihan lelaki itu boleh dikatakan hensem jugak la. Tapi sayangnya… isk…isk… isk… tidak sanggup dia mengingatkan kisah lelaki ini yang diceritakan oleh ibunya semalam. Masalah betul!
Err… maafkan saya cik. Rasanya cik salah orang ni.” Kata lelaki itu penuh sopan.
“La! Aku salah orang ke?Orang yang kau nak jumpa tu siapa erk? Aku rasa betullah restoran ni. Lagipun kau sorang aje lelaki yang ada kat sini.” Ujar Jihan sambil memandang sekeliling restoran yang agak lenggang. Malah tahap kosong! Seorang pelanggan pun tiada.
“Saya rasa saya yakin bukan cik orangnya.” Pelik lelaki itu memandang Jihan. Tidak ka perempuan ini kenal siapa aku. Pelik juga. Atau berangkali dia berpura-pura. Kalau paparazzi habis la aku! Fikir lelaki itu dalam hati.Tapi dia masih lagi mampu berlagak tenang.
“Kejap yaa... Aku telefon kakak aku dulu. Kalau salah. Salah la tu.” Huru hara Jihan mencari telefon bimbitnya di dalam beg sandang kesayangannya.
Ketika itu, lelaki itu mula membelek pernampilan Jihan. Jauh berbeza dengan orang yang dia nak jumpa. Perempuan ini sudahlah selekeh. Dengan baju lusuh, seluar lusuh, dan beg lusuh. Jangan cakap kasut dia memang tersangatlah minta baru.
“Assalamualaikum kak…Kak!! apa nama restoran tu? Adik lupa la. Oh okey... okey… Betullah! Eh apa nama mamat tu? Adik lupa jugak la. Hehe..sorrylah! Dah… Dah... Cukup membebel. Sakit telinga adik dengar. Bye!”
Selesai bercakap dengan kakaknya, Jihan meletakkan telefonnya di atas meja. Terbeliak mata lelaki itu. Masih ada lagi orang pakai Nokia torch light 1202 ni! Jeritnya dalam hati.
“Betul la restoran ni. Nama kau Najmi kan? Orang yang kau nak jumpa tu Nur Jihan. Betul tak? Akulah Nur Jihan.” Jelas Jihan ringkas dan padat.
Terbatuk-batuk Najmi mendengar. Ibu biar betul!! Takkan la nak date dengan perempuan selekeh ni kot. “Jadi betul la awak Jihan. For real?”
“Betul la aku Jihan. Hesy manusia ni. Tidak pandai faham bahasa melayu. Kalau tak percaya kejap aku tunjuk i/c aku.” Jelas Jihan. Dompetnya dikeluarkan dari dalam beg. Kemudian kad pengenalan gadis itu ditunjukkan kepada lelaki yang bernama Najmi itu.
“Tengok! Betulkan? Nur Jihan anak pak cik Johan bin Rahman.”
Kad pengenalan Jihan dipulangkan kepadanya. “Tapi awak tak sama langsung dengan gambar yang saya dapat.” Lelaki itu masih lagi was-was dengan identiti Jihan.
“Ya Allah. Budak ni… kau ada bawak resume aku tak? Gambar ke? Mustahil mak aku tiada bagi gambar atau apa-apa kan?” tanya Jihan. Dia sendiri pun sudah melihat gambar lelaki ini. Tapi tidak seberapa ingat.
Hendak baca resume lelaki ini yang disediakan oleh kakaknya pun dia tidak berminat. Sebaliknya Jihan suruh kakak dan maknya ceritakan pasal lelaki ini. Dia bukan rajin sangat membaca bab-bab begini ni. Buku teks sekolah menengah dulu kala pun tidak habis khatam lagi. Adalah kisah-kisah yang diceritakan sehingga membuatkan Jihan setuju untuk menghadirkan diri.
“Ada. Ni hah…” lelaki itu menyerahkan sampul surat bersaiz A4 kepada Jihan.
Seriau juga hati Jihan memikirkan gambar apa yang diberikan kepada lelaki itu. Tapi sebaik sahaja terlihat gambarnya. Terbahak-bahak Jihan ketawa sampai meleleh air mata.
“Mak oi….!! Gambar zaman dulu kala. Hahahaha… Apa la mak dan akak aku ni. Kalau nak bagi gambar pun. Bagilah yang up-to-date sikit. Ini zaman sekolah menengah! Hahaha!!” gelak Jihan lagi. Lucu!
Jihan berdehem beberapa kali. Panas telinganya ketawa. Air yang dihidang oleh pelayan restoran terus diteguk. “Aduh! Panas telinga aku ketawa.” Sambungnya lagi sambil memegang cuping telinganya.
So betul la itu gambar awak?”
“Betul la ini gambar aku. Gambar raya waktu aku sekolah menengah dulu. Dah bertahun-tahun dah. Gambar ni simpan dulu. Aku nak tengok resume aku pulak. Mana la tahu ada lagi yang kau kena ‘goreng’ oleh dia orang ke? Hahaha…”  Jihan menyerahkan gambarnya semula pada lelaki itu.
Ketika Jihan membelek resumenya sambil tersengih-sengih. Lelaki itu memerhati segala gerak geri Jihan. Mukanya boleh tahan licin, tambah lagi dengan lesung pipinya yang agak dalam memang cantik.
Cuma satu sahaja masalah perempuan ni. Penampilan! Dan Najmi yakin tiada secalit gincu, pelembab bibir mahupun bedak di muka gadis ini. Pilihan ibunya kali ini terlalu berbeza dengan perempuan-perempuan yang Najmi pernah buat temu janji. Selalunya perempuan yang blind date dengannya ayu, sofisikated, fashionista dan yang paling penting semuanya up-to-date punya! Yang seorang ni pulak. Sukar untuk dia komen sebab terlalu banyak yang hendak dikomen.
Hello!! Sudah sampai di Pluto ke?” panggil Jihan. Jauh betul lelaki ni mengelamun.
“Huh? Sorry…”
Erm..dalam resume betullah. Haih akak aku ni. Ingat aku nak cari kerja ke sampai kena letak educational background segala. Jadi kita nak mula dari apa? Sesi pengenalan. Nama aku Nur jihan binti Johan. Kau?”
“Awak tak kenal saya ke?” tanya lelaki itu pelik. Perempuan ni datang dari planet mana pula. Marikh?Takkan dia tak kenal aku kot?
“Kau ingat kau tu artis?Manalah aku kenal!” teka Jihan. Tiada masa dia nak korek pasal lelaki ni.
“Saya memang artis pun. Pelakon dan pengarah filem. Awak tak kenal?”
“Eh! Lucu. Betul pulak aku teka. Serius aku tak kenal dowh! Aku baru balik dari luar negara. Mungkin sebab tu aku tak kenal kau. Atau mungkin kau tu yang tak terkenal pun.” 
Ceh! Tajam kata-kata Jihan yang direct itu menusuk telinga Najmi. Boleh tahan laser jugak mulut perempuan tomboy ni.
“Syed Ahmad Najmi. Panggil Najmi je. Awak tahu kan kita ni sebenarnya tengah blind date.”
“Tahu.”
“Selalunya orang yang pergi blind date akan pakai pakaian yang paling cantik. Tapi awak…” kata Najmi selamba.
“Terlalu simple. Pakaian yang cantik tu tidak semestinya mahal, glamor, up-to-date. Bagi aku simple tu pun sudah cukup cantik. Ikut logik akal. Kalau pakaian yang up-to-date tu baru dapat diklasifikasikan sebagai cantik. Takkan la harga kereta Mr.Bean tu mahal gila sedangkan kereta tu kereta antik. Betul tak?”
Bang! Panjang lebar huraian Jihan hingga Najmi tercengang. Lain kali jangan lawan cakap dengan dia ni! Take note!
“Lagipun takkan nak jadi hipokrit kot. Pakai ayu macam model antarabangsa tapi perangai aku mengalahkan samseng taik kucing. Dan yang aku paling pasti. Kalau aku membazir pakai baju mahal-mahal pun belum tentu kita punya blind date ni menjadi tau.” Sambung Jihan lagi.
Terangguk kepala Najmi mengiyakan. Dia tidak habis-habis memandang wajah Jihan yang tekun menjawab itu ini. “Habis tu kenapa awak datang juga walaupun tahu saya tidak akan terima.”
“Berkawan biar beribu… tak salah kalau aku nak tambah kawan baru. Lagipun aku bukannya ramai kawan pun. Daripada makan, minum, tengok tv, online kat rumah tu baik aku jalan-jalan jumpa kau. Ada jugak kawan borak-borak.”
“Awak ni memang anak uncle Johan ke?” tanya lelaki itu.
“A’ah betullah.Kenapa?”
“Tiada langsung ciri-ciri macam kakak-kakak dan adik awak.” Ujar lelaki itu tersengih-sengih.
“Cis kurang asam. Betullah! Perlukah semua orang kaya tu berlagak macam orang kaya? Lagipun, yang kaya tu bapak aku. Bukannya aku.” Jihan tayang muka toya. Dia bukanlah marah pun.
Sudah lali dibanding-bandingkan dengan dua orang kakaknya dan seorang adik bongsunya. Memandangkan adik beradik mereka semua perempuan, dia selalu dibandingkan dengan yang lain kerana berpenampilan agak kasar.
“La… Awak marah ke? Saya gurau je tadi. Hehehe…” kata Najmi. Tidak sangka pula dia dapat bergurau dan bercerita dengan Jihan tanpa rasa rimas dan kekok. Mungkin disebabkan sikap Jihan yang peramah.
“Tiada masa aku nak marah. Bukan karan aje. Setakat benda tu. Benda kecik je bagi aku. Dah lali pun! Najmi, kau tak lapar ke?”tanya Jihan.
“Tak. Kenapa?”
“Aku lapar la. Sikit masa lagi perut aku meletop sebab masuk angin. Bergendang-gendang dari tadi minta diisi. Pagi tadi tak sempat nak sarapan sebab overslept!”
“Ingatkan tadi dah kenyang pot pet dari tadi. Rupa-rupanya menahan lapar. Ermorder la.”
“Yeah! Kau belanja?”
Anggukan Najmi membuatkan Jihan gembira. Dia terus memanggil pelayan restoran untuk memesan makanan. Najmi tersenyum lucu memandang wajah riang Jihan yang gembira bila sebut pasal makanan. Tak boleh buat bini, buat kawan pun jadilah…
“Najmi.” Panggil Jihan. Mulutnya penuh dengan stik. Boleh tahan lapar juga Jihan sampai dua kali pesan makanan.Waktu pinggan pertama habis. Perutnya punya kuat berbunyi. Najmi terus ketawa berdekah-dekah.  Tapi lelaki itu tanya juga kalau Jihan nak pesan lagi.
Jihan apa lagi. Terus pesan makanan buat kali ke dua. Buat apa nak malu? Perut dia memang tidak pandai kenyang kalau setakat makan stik. Kena isi nasi jugak!
Najmi sekadar memesan air sahaja. Berborak dengan Jihan langsung tidak bosan. Banyak betul cerita mereka seperti kawan lama yang baru berjumpa. Padahal baru beberapa jam sahaja bersua muka buat pertama kalinya.
“Ya saya?”
“Dari tadi kau borak dengan dengan aku. Kau tak perasan sesuatu yang pelik ke?” tanya Jihan. Dia mengelak mulutnya menggunakan napkin.
“Apa yang peliknya?”
“Peliklah!Aku dari tadi biasakan diri guna ‘aku’. Kau pula dari tadi asyik-asyik ber ‘saya’ dari tadi. Sebenarnya aku tak biasa guna saya awak.”
“Habis tu nak panggil awak apa? Jihan?”
“Aku kau la. Saya awak tu baik kau simpan untuk cakap dengan perempuan lain la. Kitakan kawan. Lagi best guna aku kau. Kalau guna saya awak tu nampak formal sangat.” Cadang Jihan.
“Aku kau? Okay juga tu. Deal!  No problem.”
Friends?” tanya Jihan. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Najmi.
Best friends!” sambut lelaki itu sambil tersenyum manis.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!