“Fiera itu salah.”
“Fiera grammar
draf banyak salah.”
“Fiera lain kali buat biar serius sikit.”
Serabut kepala Fiera memikirkan Adam Danial anak bos
yang perasan bos. Selagi kau belum naik takhta boleh tolong jangan berlagak macam tuan punya syarikat boleh tak!
Belum lagi naik pangkat dah mengalahkan bos. Kalau sudah naik entah apa nak
jadi dengan manusia seorang ni. Sakit hati Fiera mengenangkan nasibnya beberapa
hari ini.
Serius konon! Banyaklah serius Adam Danial. Tidak
cukup itu, lagaknya seperti tiada maaf buatmu Nurul Zaffiera kerana kaw kaw
mengutuk Adam tempoh hari. Langsung tiada senyuman atau gurauan. Seolah mereka
tidak berkenalan sebelum ini.
Fiera mengalihkan pandangannya pada fail yang
bertimbun di sebelah komputer ribanya. Mak aih! Ada tiga fail lagi yang perlu
dibetulkan. Ini belum lagi sesi-sesi memujuk Adam agar kembali ke pangkal
jalan. Adam bukan sahaja suka cari masalah Fiera malah dengan semua pekerja.
Semua pekerja menyalahkan Fiera yang kononnya menaikkan darah Adam sampai
mereka yang lain pun terkena tempias. Lantas mereka mengarah Fiera untuk
berbuat sesuatu, kalau tidak dengan Fiera sekali mereka boikot.
Tidak habis keluhan demi keluhan keluar dari mulut
Fiera. Semuanya kerana anak bos yang berubah sikap itu. Fiera mengaru kepalanya
sehingga kusut selendang yang terlilit di kepala itu.
“Hello Darling…”
satu suara dari pintu pejabatnya langsung tidak dipeduli. Bukannya reti hendak
beri salam. Dia sekadar menjeling wajah lelaki itu buat seketika kemudian kerja
yang tertunggak tadi disambung semula.
“Mentang-mentang sudah lama tidak jumpa. Makin
sombong pula.” Lelaki itu kini duduk dikerusi hadapan Fiera.
“Fiera…”
“Erm…”
“Fiera..”
“Apa dia?”
“Tengok la dulu muka aku yang serba kacak ni.”
Fiera mengeluh. “Apa dia? Cakap sajalah. Tak nak ke
fail aku yang bertimbun minta disiapkan ni?”
“Kau bergaduh dengan Adam eh?”
Akhirnya soalan dari Ammar menarik perhatian Fiera.
Dia memandang wajah Ammar dengan pandangan tajam.
“Siapa beritahu kau? Taufiq?” tanya Fiera. Tiba-tiba
dia teringat pasal Taufiq. Bila dia luahkan rasa tidak puas hati pada sikap
Adam. Boleh pula Taufiq marah dia balik. “Siapa suruh kau. Mulut tiada insuran.
Kutuk orang pun di syarikat orang yang kau kutuk tu. Hah! Padanlah dengan muka
kau.”
“Tadi aku dengar ada orang mengumpat kat luar tadi
pasal kau dan Adam bergaduh. Adam marah kau eh? Padam muka.”
“Kalau kau tak nak rasa stiletto melekat di muka
kau. Baik tutup mulut tu sebelum aku naik angin!” Ammar angkat bendara putih
menyerah kalah. Takut juga kalau stiletto pink milik Fiera tu melekat di muka
kacaknya. Terpaksa tutup periuk nasi la jawabnya sebagai model.
“Baiklah. Aku senyap. Tapi kau ceritalah kat aku.
Asyik-asyik aku seorang saja yang ketinggalan kereta api.”
“Siapa suruh kau kerja jauh-jauh.” Ejek Fiera sambil
menyambung semula kerjanya.
“Ceritalah. Apa jadi dengan kau dan Adam tu? Aku pun
nak tahu berita terkini juga.”
“Tak payahlah! Buat sakit hati saja ingat pasal tu.”
Sempat Fiera mendengus.
“Ceritalah…” pujuk Ammar. Muka paling comel yang
tidak seberapa comel ditunjuk.
“Tidak mahu. Sekali lagi kau cakap. Aku lekat
stiletto ni tepat kena muka kau nak? Sudah la aku tengah pening fikirkan cara
nak pujuk dia. Susah betul nak pujuk memujuk ni. Aku mana tahu…” Fiera tiba-tiba terdiam. Satu senyuman jahat
terlukir di wajahnya. Dia kemudiannya memandang Ammar.
“Serius aku tidak suka pandangan jahat dan senyuman
Cruella de Vil kau tu Fiera. Menakutkan! Apa-apa pun yang kau tengah fikir tu. Jangan
sesekali nak babitkan aku.”
“Hesy. Kau ni. Aku mana ada sejahat tu. Ammar… kau nak aku cerita setiap butir
dari awal hingga akhir tak pasal aku dan Adam?” Senyuman jahat Fiera masih lagi
tidak lekang dari wajahnya. Penuh semangat dia bercakap sampai kerja pun
terbengkalai lagi.
“Tapi sebagai balasanya tolong aku pujuk Adam sampai
kepala otak dia tu normal balik!” Sambung Fiera lagi tapi dengan nada suara
berlainan. Tegas dan jelas. Biasalah orang tengah kegeraman dengan perangai Adam
itu!
“Bantu kau pujuk Adam. Tak hingin aku. Nanti ada chance
la dia nak dekat dengan kau.”
“Tolonglah fikir positif sikit. Nak pujuk dia tidak
semesti kena dekat dengan dia. Lagipun satu pejabat dah start mogok dengan aku. Sebab punca Adam jadi macam tu. Please Am… kau kan expert benda-benda
macam ni. Please…” Mulut Fiera
sengaja dimonyokkan. Matanya berkelip beberapa kali. Penuh berharap menanti
jawapan dari Ammar.
“Ingat comel la tu. Baiklah aku tolong. Tapi kena
ada syarat. Satu kali tips aku bagi sebagai balasannya satu date dengan aku.”
“Demand la
pulak mamat ni. Kalau tak nak tak payah.” Fiera menyilang tangan memandang
lelaki itu.
“Memang aku tak nak pun.” Ammar main tarik tali. Eh!
Ikutkan hati memang tidak sudi si jantung hati nak pujuk lelaki lain tau.
“Amm…!!!” jerit Fiera. Geram pulak dengan peguam
seorang ni. Ambil kesempatan dalam kesempitan yang dialaminya. Huhuhu…
Ammar mengangkat bahu.
“Okey fine
date! Tapi sekali je tau. Gila ke apa sampai satu tips kena satu date. Ingat aku free 24 jam?” Akhirnya mengalah juga Fiera.
Ammar senyum meleret. Menang juga aku. Pertama kali
tau! Selalunya dia saja yang kalah. “Okay darling.
Kita nak mula dari apa?” ujar Ammar sambil mengosok kedua belah tapak
tangannya.
“Kau ni tak kerja ka? ”
“Tak. Aku cuti seminggu. Boringlah hadap kerja saja.
Sakit kepala aku.”
“Sudah tahu tengah cuti rehat buatlah cara cuti
rehat. Ini tak. Sanggup datang KL. Baik lagi kau duduk rumah berehat.” Omel
Fiera.
“Setiap orang ada cara nak tenangkan fikiran wahai
Fiera sayang oi. Cara aku pula, asal tengok kau pun sudah cukup tenang kepala
otak aku ni.”
Fiera angkat tangan. “Simpan ayat tu untuk perempuan
lagi okay.”
“Engkau ni Fiera. Cakap biarlah bertapis okay. Apa
aku cakap tu ikhlas dari hati nurani aku tau.” Ammar buat muka Duck face. Merajuk konon!
“Orang ikhlas tidak akan cakap perkara yang dia buat
tu ikhlas.” Balas Fiera.
“Hai la nasib. Apalah malang nasib aku yang cintakan
perempuan hati batu macam dia ni.” Ammar meratapi nasib.
“Huk elleh. Daripada kau buat drama samarinda kau
tu. Baik fikir cara macam mana nak pujuk anak bos yang tengah merajuk tu. Tidak
sangup lagi aku nak overstayed buat
kerja-kerja yang berlambak ni. Seksa tahu tak! Berapa hari aku tak tidur lena,
tup tup kena reject.”
“Alololo… kesiannya dia. Jangan risau. Aku jamin
dalam tiga hari kau mampu pujuk Adam tu. Hari keempat, kita dating! ”
“Dalam kepala otak kau tiada benda lain nak fikir ke
selain dating, dating, dating!”
“Eh! Aku tengah fikirlah benda apa nak buat untuk
pujuk si Adam tu. Kalau pujuk perempuan aku terror
la. Ini nak bantu kau pujuk lelaki tu pulak. Sudahlah hati aku separuh rela nak
bantu. Huhu…”
“You better
think it fast Ammar. Kalau hati kau separuh rela nak bantu aku pujuk Adam. Otak aku pula dah separuh tidak
betul dah buat kerja yang bertimbun ni.” Keluh Fiera. Selendang yang terlilit
di kepala semakin kusut dikerjakan oleh Fiera.
“Aku tak suka betul tengok muka serabut kau ni. Kau
sudah makan ke ni?” tanya Ammar.
Krukk… krukkk…
Belum sempat lagi Fiera hendak jawab soalan Adam.
Perutnya sudah pun menjawab bagi pihaknya. Muka kesian ditayang. “Tersangatlah
lapar.” Ujarnya.
Ammar sekadar tertawa kecil melihat wajah comel
Fiera memulas perut. Boleh pula perutnya berbunyi pada masa yang sesuai.
“Alolo… teruk Adam seksa kesayangan aku ni. Sampai perut pun keluarkan sound effect. High volume pulak tu. Aku pun boleh dengar dengan jelasnya.”
“Tidak lucu okay… beberapa hari ni aku telan Maggie
saja. Tak sempat nak pergi beli nasi bungkus. Masak lagilah tak sempat. Balik
rumah pun tengah malam.”
“Sebab itu la pepatah melayu kata, kerana mulut
badan binasa!”
Fiera berdecit. Ada juga yang nak kena telan
hidup-hidup.
“Dah, dah. Daripada kau mengadu kelaparan sekarang.
Jom ikut aku isi perut. Aku pun tengah lapar ni.”
Wajah Fiera bertukar ceria. “Jom!”
Butang ‘save’ ditekan untuk menyimpan kerjanya.
Nanti baru sambung lagi. Sungguh perut dia terlalu lapar. Kunci kereta dan beg
tangan dicapai.
Ammar yang sudah berdiri bersedia untuk berjalan
seiringan bersama Fiera. Mereka yang baru sahaja hendak mulakan langkah
terhenti tiba-tiba sebaik sahaja terlihat Adam membuka pintu pejabat Fiera.
“Fiera, emergency.
Klien nak jumpa sekarang…” kata Adam sebaik saja membuka pintu.
“Erk? Awak nak ke mana?” tanya Adam sebaik sahaja
melihat Ammar dan Fiera yang terkejut dengan sergahannya secara tiba-tiba.
“Setengah jam lagi lunch hour. Saya nak keluar makan.” Jelas Fiera sambil mengerling
jam ditangan.
“Ada setengah jam lagi. Maksudnya belum lagi lunch hour. Bersiap sekarang dan bawa
fail tender baru tu. Klien buat masalah sekarang ni. Saya tunggu awak di
kereta.”
“Adam, agak-agaklah. Aku tengok badan Fiera berdiri
dah macam boleh ditiup angin. Jalan pun tidak bermaya. Nanti sakit dia datang
balik.” Ujar Ammar.
Adam memandang wajah Fiera yang lesu. “Aku tahu
macam mana nak jaga pekerja aku. Tapi ada setengah jam lagi sebelum waktu
rehat. Aku nak kau faham.”
“Adam! kalau Fiera sakit macam mana? Kau nak
tanggung…” marah Ammar memuncak.
“Cukup! Jangan nak bergaduh kat sini boleh tak? Tak
malu ke hah!” jerit Fiera. Adam dan
Ammar terus terdiam. Fiera berpusing ke arah mejanya. Sebuah fail diambil.
“Ammar, maaf sebab tak dapat nak temankan kau makan.
Malam ni aku telefon kau. Aku minta maaf sangat. Aku pergi dulu.” Kata Fiera.
“Take good
care of yourself. Jangan tension ye budak kecil. Jangan sakit-sakit.” Atas
kepala Fiera digosok. Selendang yang agak serabut dibetulkan.
Adam yang terpandang aksi itu hanya buat tidak tahu
sahaja. Tapi dalam hati memang dia cemburu melihat adegan itu.
Satu anggukan dari Fiera. Dia kemuadian berjalan
mendekati Adam yang terpacak di hadapan pintu. Jelous? Padan muka! Getus hatinya. Geram betul! Orang tengah lapar.
Boleh pula paksa pergi kerja. Dan siapa pun klien itu, memang buat angin Fiera
naik. Menyusahkan betul!
“Jom Encik Adam.” kata Fiera sebaik saja mendekati
lelaki itu.
Adam mengangguk lalu berjalan beriringan dengan
Fiera. Sempat matanya menjeling ke arah Ammar. Nyata lelaki itu tidak berpuas
hati. Adam sendiri tidak boleh mengelak kerana klien itu tiba-tiba buat
masalah.
‘Kesian Ammar terpaksa makan seorang. Padahal lelaki
itu nak temankan dia makan. Huh! Angin betul dengan mamat sebelah ni.’ Kata
hati Fiera. Dia mendengus kasar.
Sedar mereka menjadi tumpuan pekerja. Fiera sekadar
tunduk mememandang lantai sahaja sambil berjalan. Mungkin ramai pekerja yang
terdengar pergaduhan kecil antara Adam dan Ammar tadi. Bertambah lagi gosip
liar tentangnya di pejabat ini.
Fiera mengeluh lagi. Dia sengaja berjalan lambat
sedikit dibelakang Adam.
Tup!!
Fiera terlanggar belakang lelaki itu. Dahinya yang
sakit digosok beberapa kali. Sakit! Wajahnya diangkat lalu dia membalas
pandangan Adam. Kenapa pula mamat ni berhenti tiba-tiba.
Tangan Fiera ditarik. “Jangan berdiri dibelakang
saja. Tapi terus berjalan disebelah saya.” Jelas Adam tanpa mempedulikan
keadaan sekeliling.
Wajah Fiera yang terkebil-kebil bertukar kemerahan.
Dia sekadar mengangguk sahaja. Tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Malu. Aduhai
hati! Angin lelaki seorang ni memang macam puting beliung.
Selamat membaca dan terima kasih sebab anda akan rajin komen..hehehe..
Selamat membaca dan terima kasih sebab anda akan rajin komen..hehehe..
Best....
ReplyDeleteKejam betul Adam ni!!!!
asal adam angin semacam ni...abis 1 ofis mcm di langgar ribut taufan..cian fiera...
ReplyDelete