Sunday, October 14, 2012

[CERPEN] : Nur Ramadhani

“Nama dia Nur Ramadhani.” bisik Rizal ke telinga Fadhil yang terpaku memandang seorang gadis bertudung meletakkan beg ke tempat letak beg dalam bas express itu. Dari pondok menunggu lagi Rizal dapat mengagak pandangan mata kawan baiknya itu. Tidak seminit pun lepas dari memandang gadis itu.
Fadhil memaling mukanya ke sebelah. Mukanya sedikit berkerut meminta penjelasan kawannya.
“Budak tu yang kau usha dari tadi tu. Namanya cik adik kita tu Nur Ramadhani binti Syakir.” kata Rizal sambil membetulkan duduknya. Mereka ada beberapa jam perjalan sebelum sampai ke kampung. Baik lelapkan mata seketika. Semalaman semangat nak balik raya sampai tak terlelap mata.
“Hai Nur.” kata Rizal secara tiba-tiba membuatkan Fadhil secara spontan memandang wajah gadis itu.
“Assalamualaikum abang Rizal.” Salam diberi oleh Nur Ramadhani.
“Waalaikumsalam.” jawab Rizal tersengih-sengih.
Nur Ramadhani hanya mengelengkan sahaja kepalanya. Faham sangat dengan perangai Rizal yang gila-gila tapi seorang yang bijak.
“Kau kenal?” tanya Fadhil sejurus perbualan Rizal dan Nur Ramadhani habis. Dia memandang semula gadis itu. Kini Nur Ramadhani sudah pun mengambil tempat duduknya. Kelihatan gadis itu berdiri semula lalu memberi laluan untuk seorang mak cik mengambil tempat disebelah tingkap.
“Kenal Dhil. Dah la tu. Puasa! Bukan perut saja kena tahan. Mata kita ni pun kena tahan.” pesan Rizal.
Fadhil kembali lagi menukar pandangannya memandang si kawan.  “Adjust aku dengan awek tu.” kata Fadhil secara tiba-tiba dengan penuh keyakinan membuatkan Rizal terbatuk secara tiba-tiba.
“Ya Allah! Terkejut aku. Sebelum kau nak aku adjust kau dengan dia. Baik kau adjust iman kau dulu.”
“Kau tolong aku adjust iman aku ye. Lepas tu baru kau tolong aku adjust dengan dia.” kata Fadhil lagi.
“Dhil… aku tak nak kasi down perasaan kau bro. Tapi kau tak kenal lagi siapa Nur Ramadhani. Dia bukan macam awek yang kau boleh adjust sesuka hati. Lagipun kau tak tahu lagi kisah ustazah pilihan tu.” kata Rizal.
Fikirannya teringatkan kisah Nur Ramadhani 3 tahun lepas sebelum dia sambung belajar ke luar negara dahulu. Gadis itu terlalu baik untuk diperlakukan sedemikian pada hari pernikahannya. Rizal teringat lagi yang dia sempat menghadiri majlis Nur sebelum berangkat ke luar negara dan menjadi salah seorang saksi kejadian itu.
“Aku memang tak kenal dia. Tapi kau kan kenal dia. Lagipun aku memanglah tak tahu pun kisah awek tu. Kau cerita la kat aku.”
“Susah Dhil… Nur…”



Satu keluhan dihembus. Fadhil memandang hamparan awan yang semakin gelap. Kata-kata Rizal tentang gadis sebelah rumah kawannya itu berlegar-legar di kepalanya. Masihkah ada istilah percaya pada cinta pada gadis itu setelah apa yang berlaku padanya. Hati Fadhil tetiba rasa sakit. Seolah dia juga merasai perasaan Nur Ramadhani.
Fikirannya menerawang pada kata-kata Rizal dalam bas tadi.
“Nur tu kenapa?” tanya Fadhil.
“Nur tu dah kahwin. Tapi…” Satu keluhan dihembus oleh Rizal membuatkan Fadhil tertanya-tanya. Hatinya sudah cukup tersentap apabila terdengar Nur Ramadhani sudah menjadi isteri orang.
There’s something happen pada hari perkahwinannya.”
“Apa yang jadi. Suami dia mati terkejut lepas akad nikah ke?” tanya Fadhil spontan.
Rizal tertawa kecil. Boleh pula mati terkejut lepas akad nikah. Tapi ketawa lelaki itu kedengaran agak sinis walaupun Fadhil  cuba buat lawak spontan. “Kalau mati macam tu lagi bagus.” katanya.
Dahi Fadhil bertambah berkerut. Inilah pertama kali Fadhil mendengar Rizal mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian.
“Kau janganlah tunjuk ekspreasi muka macam tu. Lawak dowh!” kata Rizal tiba-tiba apabila si kawan buat muka tak boleh blah. Mentang-mentanglah puasa muka blurr tu memang lawak gila.
“Dah kau cakap sekerat-sekerat. Mestilah aku suspen gila kot. Dengan muka creepy macam tu sesiapa pun takutlah! Dah cepat sambung!”
Ekelleh… pigidah…. Lepas selesai semua urusan akad nikah tu,”
Hah! See… kau cakap pun sekerat-sekerat. Tahulah puasa.”
“Aku baru nak koma kejap. Kau dah potong line. Sabar la. Lepas aje akad nikah tu. Suami dia terus cerai talak tiga. Unbelievable tak? Maksud aku kau mesti tak percayakan? Mana ada orang yang baru selesai beberapa minit selepas akad nikah dan adat-adat lain seperti pembatalan air sembayang terus kena cerai. Talak tiga pulak tu.”
Fadhil terdiam. Persoalan Rizal langsung tidak berjawab.
“Semua tetamu yang datang untuk menyaksikan perkahwinan dah jadi saksi sah suami budak tu ceraikan dia. Suami dia sebenarnya teman lelaki kawan baiknya sendiri. Semua ni atas rancangan kawan baiknya. Best friend Nur sebenarnya dengki dengan sebab Nur selalu jadi perhatian lelaki kat kolej. Sebab tu dia sanggup suruh teman lelakinya pikat Nur dan buatkan dia malu seumur hidup. Nasib baik lepas kejadian tu. Tiada seorang pun ungkit perkara ni sebab kebaikan keluarga Nur yang selalu membantu orang lain. ”
“Pelik betul aku dengan perempuan tu. Patutlah hari nikah Nur tu tiba-tiba dia tak dapat datang. Lagipun budak perempuan tu mana pernah datang pijak rumah Nur. Orang senanglah katakan.” sambung Rizal.
“Aku tak sangka ada kawan macam tu.”
“Tu la pasal. Rombongan lelaki yang datang pun terkejut. Lelaki tu sebenarnya anak orang kaya jugak. Pewaris tunggal harta keluarga sebab dia hanya ada datuk sahaja. Ibu bapa lelaki tu dah lama meninggal. Datuknya terkejut gila dengan statement cucu yang kurang ajar tu. Dah la sanggup jadi hamba cinta dan bunuh maruah orang lain. Aku tak faham betul dengan mamat tu. Sanggup buat macam tu demi kekasihnya.”
“Itu namanya cinta bodoh!” komen Fadhil.
“Perempuan kawan baiknya tu pun satu. Gila populariti!” sambungnya lagi.
“Janganlah emo sangat bro.” Tersengih Rizal dengan reaksi Fadhil.



“Assalamualaikum. Assalamualaikum… Assalamualaikum!” Salam Nur semakin kuat apabila lelaki yang duduk di atas tangga rumah jirannya sedang mengkhayal jauh. Entah berapa kali dia memberi salam. Tapi langsung tidak berbalas! Terpaksalah Nur membesarkan suaranya.
Hah… er. Awak!” Habis terbang segala lamunan Fadhil dengan suara Nur yang agak kuat memberi salam. Air liurnya ditelan. Dup dap dup dap jantung Fadhil apabila berhadapan dengan dengan Nur.
“Assalamualaikum.” Sekali lagi Nur memberi salam.
Err… waalaikumsalam.” Fadhil menyumpah dirinya dalam hati. Turun saham jadi suami mithali. Huhu… Fadhil mengangkat mukanya memandangkan wajah ayu Nur.
“Mak cik Ema ada?” tanya Nur.
“Mak cik Erma? Oh mak Rizal ke?” tanya Fadhil. Ceh! Macamlah dia tak kenal siapa mak cik Erma tu. Saja nak lengah masa untuk dengar suara Nur.
Mak cik Erma? Siapa lagi kalau bukan mak Rizal. Lagipun dah hampir 5 tahun dia berkawan dengan Rizal walaupun pertama kali ikut Rizal beraya di kampung. Selalunya dia hanya berjumpa dengan mak cik Erma kalau mak cik Erma ke KL saja.
 “A’ah Mak abang Rizal.”
Timbul perasaan cemburu pada hati Fadhil dengar Nur membahasakan dirinya memanggil Rizal dengan panggilan ‘Abang Rizal’.
‘Abang Fadhil pun nak juga.’ Getusnya dalam hati. Gatal!
“Dhil!” jeritan suara Rizal dari ruang tamu bergema hingga ke beranda rumah. Fadhil menahan geram dalam hati. Potong line betul si kawan seorang ni!
“Eh! Nur…” kata Rizal sebaik sahaja berada di pintu rumah.
“Assalamualaikum Abang Rizal.”
Sekali lagi Rizal tersengih sambil turun ke bawah. Sudah dua kali dalam hari ini dia menegur Nur tanpa memberi salam. Fadhil yang jadi penonton hanya memerhati wajah ayu Nur Ramadhani. Sungguh hatinya kini sudah tersentuh dengan Nur. Tidak kiralah Nur tu janda atau apa. Janji hatinya telah terpikat dengan gadis itu.
“Waalaikumsalam. Yiee… dating ye?” usik Rizal.
Ish! Takde la bang. Nur datang nak kirim ni kat mak abang. Nenek suruh hantar.” Nur Ramadhani menyerahkan bekas makanan itu kepada Rizal.
“Pergh! Pengat pisang. Sedap!” kata Rizal sambil mengintai isi bekas makanan itu.
“Nenek sengaja buat lebih sebab katanya semalam Mak cik Erma kata abang Rizal balik kampung hari ni.”
“Buat susah-susah saja. Sampai terima kasih kat nenek ya.”
“Insya-Allah. Kalau tiada apa-apa Nur minta diri dulu. Hari pun dah makin gelap. Assalamualaikum.” kata Nur Ramadhani.
“Waalaikumsalam. Baiklah. Jalan tu hati-hati.” pesan Rizal.
Nur Ramadhani mengangguk sebelum berlalu meninggalkan mereka.
“Zal… Apasal keluarga kau rapat dengan keluarga Nur tu? Dengar aje kau nak balik. Nenek dia terus buat makanan kegemaran kau. Siap panggil kau abang lagi” tanya Fadhil dengan muka cemberut.
“Aik? cemburu ke cik abang? Aku dah kenal keluarga Nur tu dari kecil lagi Dhil. Lagipun kita sebaya sebenarnya dengan dia. Kau jangan nak buat perangai. Cemburu konon! Pigidah! hahaha…” ejek Rizal sambil ketawa besar. Pengat pisang dibawa terus ke dapur.
“Wei bro tunggulah aku. Cerita la lagi pasal dia. Nur tu sebaya dengan kita tapi kenapa dia panggil kau abang.”
Langkah Rizal terhenti.
“Oh! Sebab budak tu muda beberapa bulan dari kita. Dia lahir bulan 12. Waktu tu bulan puasa bulan disember. Sebab tu nama dia Nur Ramadhani. Sempena bulan ramadhan. Kalau aku tak silap hari terakhir ramadhan kot. Mak aku la yang cerita.”
“Nasib baik sempat. Bulan ramadhan. Kalau tak habis la nama Nur Ramadhani jadi Nur Syawal.” sambung Rizal lagi.



Tersenyum-senyum Fadhil mengenangkan kisah malam semalam. Sememangnya itulah pengalamannya dalam bulan Ramadhan. Selama ini dia mana pernah beraya di kampung, perasaan beraya di kampung sungguh berbeza dengan suasana beraya di Bandar. Best!
Sekali lagi bibirnya terukir senyuman. Semua idea kawannya la. Siapa lagi kalau bukan Rizal. Sudah tua bangka pun masih lagi dengan otak tidak cukup umur.
Kisahnya berbunyi begini…
“Hoi!! Korang buat apa tu?” jerit Rizal apabila terpandang 3 orang budak lelaki sedang menyorok di semak ketika dalam perjalanan balik masjid setelah menunaikan solat terawih. Fadhil yang terkejut dengan jerkahan kawannya mempercepatkan langkahnya bersama-sama Rizal menuju ke arah budak-budak itu.
“Oh! Lepas terawih ini kerja kamu ya…” kata Rizal apabila terpandang salah seorang dari budak lelaki itu memegang kain telekung. Ini telekung Mak Jemah mana pulak budak-budak ni rompak.
“Alah Abang Rizal macam tak pernah buat.”
“Ini telekung dari mana pulak korang dapat ni? Mak kau punya telekung ke Usop?” tanya Rizal dengan nada tegas.
“A’ah bang. Hehehe…” jawab Usop sambil tersengih-sengih menayangkan giginya yang rongak.
“Budak-budak ni nak buat apa Zal?” tanya Fadhil dengan nada perlahan. ‘Dah hilang akal ke budak-budak ni bawa telekung tengah-tengah malam.’ fikirnya.
“Bak sini bagi abang.” Rizal meminta telekung di tangan Usop.
“Alah bang…” pujuk tiga orang budak itu.
“Bagi aku… ” kata Rizal.
“Biar pakar yang buat…” sambungnya. Kening Rizal terangkat-angkat sambil tersenyum jahat. Apa lagi budak tiga orang itu pun dengan rela hatinya memberi telekung tersebut kepada Rizal.
“Hei Zal? Kau buat apa ni?” tanya Fadhil dengan nada terkejut bila Rizal memakai terlekung tadi.
“Dhil.. rileklah. Ini malam kita jadi ‘Hantu kampung’ dulu… korang ada bawa bedak tak?” tanya Rizal pada budak tadi.
“Ada bang!” kata Man pula. Dia mengeluarkan sekeping kertas kajang yang berlipat lalu perlahan-lahan membuka lipatan kertas tersebut. Bau bedak Carrie Junior menusuk hidung Rizal. Sebuah lipstick berwarna merah juga di berikan kepada Rizal.
‘Ini confirm bedak carrie junior warna pink botol besar tu. Dulu aku pun suka main bedak ni. Tak apalah bedak mana tu tak penting. Yang penting effect bedak yang tertempel di muka nanti.’ getus Rizal dalam hati.
Bedak yang diberi oleh Man tadi diambil lalu perlahan-lahan Rizal menyapu bedak tersebut ke mukanya. Habis putih melepak muka Rizal dengan bedak tersebut.  Lipstick itu pula di lukis pada mukanya seperti bibir Joker yang tersenyum lebar.
“Okey.. korang tiga pergi cari mangsa yang lalu. Kalau dah ada orang yang lalu korang siul tiga kali bagi signal kat abang.”
Roger boss!” kata budak bertiga itu siap bagi tabik hormat lagi dengan taiko mereka.
“Zal… apa la dalam otak kau ni. Boleh pulak kau ikut rancangan budak-budak tu.” tegur Fadhil.
Rizal yang sudah putih melepak itu tersenyum lebar. Jelas terpancar barisan gigi lelaki itu apabila dia dekatkan lampu suluh ke mukanya. Dah macam hantu gula-gula sudah. Dengan kain di bahagian kaki dan atas kepala terangkat, membuatkan penampilannya tidak ubah seperti pocong.
Rizal hendak membalas tapi telinganya dapat menangkap bunyi siulan dari kawasan berdekatan.
“Dhil… cepat Dhil. Get ready! Mangsa dah datang!” arah Rizal.
“Hah! Apa? Apa aku nak buat?” Tetiba Fadhil gugup dengan arahan Rizal secara tiba-tiba.
“Pura-pura lari lintang-pukang macam nampak hantu raya. Cepatlah…” arah Rizal.
“Hantu Raya punya kawan. Kau la hantu. Tak nak aku. Hilang macho!” bangkang Fadhil. Dia kembali berdiri tegak. Ceh! Ingatkan buat apa tadi.
“Dhil! Ular sawa kat kaki kau.” jerit Rizal.
“Arghh! Ular!” jerit Fadhil sambil berlari berkeliaran. Dia paling benci dengan spesis haiwan ni. Tanpa berlengah Fadhil terus berlari meninggalkan Rizal di kawasan semak itu.
“Tolong! Tolong…” jerit Fadhil sambil berlari bertempiaran.
“Ular… tolong…!!” jeritnya lagi. Fadhil enggan melihat ke bawah. Takut terpandang haiwan berbisa yang berada di kakinya kini. Dia berlari sambil pandang ke belakang untuk melihat Rizal. Pandang belakang lagi berani dari pandang bawah kut.
“Arghh! Pontianak!” kata Fadhil sejurus dia pusing hadapan semula. Kelibat ‘benda’ bersarung putih tepat berada di mukanya. Tanpa menunggu lama. Fadhil terus pengsan tidak sedarkan diri.



“Dhil…” panggilan dari Rizal mengejutkan Fadhil dari lamunannya.
Fadhil berdehem. “Ada apa?”
“Malam ni ada plan. Nak ikut lagi tak?” pelawa Rizal.
Fadhil memandang kawannya di sisi. Entah rancangan apa pulak bersarang di kepala otak Rizal sekarang ni. Jangan ulang perkara semalam sudah. Tujuh keturunan aku malu kalau tahu pasal semalam tu!
“Buat apa?” ditanya juga rancangan si kawan walaupun dia tidak setuju.
“Pang! Mariam buluh!” kata Rizal sambil tersenyum lebar.
“Cari nahas ke apa? Aku tengok kat tv budak main meriam buluh habis terbakar satu badan. Tak naklah! Hilang macho aku. Nanti semua awek lari.’ Bangkang Fadhil.
“Macho kau bukan dah memang hilang ke semalam?” ejek Rizal.
“Pasal semalam kau jangan sesekali ungkit. Dengar kawan-kawan kita. Malu aku.” ugut Fadhil.
Ketawa Rizal makin lama semakin kuat. Hailah Fadhil! Muka banyak macho tapi penakut nombor satu!
“Rizal dah la tu. Malu aku dowh!”
“Bukan apa Dhil? Aku memang tak tahan tengok kau pengsan depan Nur. Boleh pulak kau ingatkan dia tu hantu.”
“Kau punya pasal la! Yang pergi sebut haiwan lembik tu apasal? Dah tahu aku sensitive dengan haiwan tu. Lagi nak kenakan orang. Malu aku dengan Nur tu. Haih!” suara Fadhil semakin mengundur.
Rizal memandang wajah kawan baiknya. “Bro kau dah memang tangkap cintan ke dengan Nur tu?” tanya Rizal.
“Kau rasa?” tanya Fadhil kembali. Dia merebahkan badannya atas lantai lalu memandang siling beranda rumah Rizal.
“Habis tu kenapa kau tak pikat aje dia. Sebab Nur tu janda?”
“Bukan pasal tu Dhil. Entahlah. Mungkin sebab aku takut kena reject kot. Aku mana…”
“Belum mula pikat dia dah takut kena reject. Apalah kawan aku sorang ni.” Pintas Rizal. Sengaja nak menaikkan semangat Fadhil.
Hish! kau ni. Ada jugak yang nak kena cepuk. Aku bukan apa. Manalah tahu dia masih cintakan bekas suaminya tu. Ataupun dia dah tiada hati nak bercinta lagi.”
“Nur bukannya bodoh nak berfikiran macam tu. First, buat apa dia nak fikir lagi lelaki tu. Second, jodoh tu rahsia tuhan. Kalau dah jodohkan dia dengan orang lain. Tolak macam mana sekalipun kalau dah tertulis jodoh takkan dia nak tipu diri sendiri kan?”
“Itu kau yang cakap. Bukan dia...”
“Kalau aku kata. Nur yang cakap macam tu…” Fadhil memandang kawannya yang masih berteka teki. Terlihat senyuman Rizal yang semacam. Ni mesti ada something lagi ni.
“Hai Nur.” jerit Rizal tiba-tiba. Seraya itu Fadhil duduk tegak memandang sekeliling.
“Masalah… masalah… bahaya betul tahap angau kawan aku ni.” sambung Rizal. Kepalanya digeleng beberapa kali. Fadhil mengeluh berat. Dia kembali baring semula di atai lantai beranda. Tangannya di silang bawah kepala.
“Janganlah main-main Rizal.”
“Okaylah. Aku tak main-main. Tu hah dia turun tangga rumah.” kata-kata Rizal tidak menarik perhatian Fadhil lagi. Mesti Rizal sengaja nak uji dia lagi.
“Hai Nur. Nak ke mana tu? Meh sini jap.” jerit Rizal sekali lagi. Fadhil masih tidak berkutik. Matanya sengaja dilelapkan.
“Assalamualaikum. Ada apa abang Rizal panggil Nur?” Suara ayu Nur Ramadhani menyapa telinga Fadhil. Dia segera duduk semula. Kali ni memang betul dia la. Wah! Ayunya Nur pakai baju kurung.
“Waalaikumsalam. Abang nak tanya kat Doktor Nur Ramadhani abang ni. Nur ada simpan ubat tak kat rumah?” tanya Rizal pada Nur.
“Insya-Allah ada. Abang Rizal nak ubat apa?”
“Ubat angau.” jawab Rizal selamba.
“Hah! Ubat apa?” Berkerut dahi Nur. Takut pula salah dengar. Fadhil pula segera menyiku lengan Rizal. Kurang asam punya kawan. Perli aku la tu!
“Eh salah. Bukan ubat angau tapi ubat langau. Banyak sangat langau kat belakang tu. Abang nak bunuh pakai newspaper tapi penat. Kalau ada Sheltox ke? Senang sikit boleh terus sembur.”
“Laa! Abang ingat Nur ni apa? Nur doktor manusia la bukan doktor haiwan.”
 Fadhil sekadar diam. Langsung tiada idea hendak mencelah. Akhirnya dia mengambil kesempatan untuk menatap wajah Nur Ramadhani.
“Kalau macam tu. Ni orang kat sebelah abang ni tengah sakit. Yang ni orang bukannya langau. Tapi menghidap penyakit angau.” Perhatian Fadhil lari mendengar kata-kata Rizal. Sekali lagi dia terkena!
“Angau dengan Pontianak semalam. Sampai pengsan kawan abang ni dikerjakan oleh pontianak tu.”
Nur tersenyum nipis. Lucu mengenangkan perihal semalam. “Habis tu abang nak cakap Nur ni pontianak la ya?” tanya Nur. Dia bercekak pinggang. Seolah-olah terasa hati dipanggil Pontianak.
“Eh! Bukan abang! Kawan abang yang cakap semalam! Nur sendiri dengarkan.” bangkang Rizal. Dia menunjuk Fadhil yang terpinga-pinga disebelah.
Hah! Errr… sorry awak. Semalam tu saya terkejut. Terlepas cakap. Awak jangan marah. Puasa tak baik marah-marah.” Kepala yang tidak gatal digaru. Aduh! Nak cakap apa pulak ni.
Nur Ramadhani tersenyum nipis. Lucu juga tengok muka gagap mereka berdua ni. “Nur tak marah la. Gurau je. Baiklah. Nur nak pergi dulu. Ada kerja nak buat. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Jawab mereka serentak.
“Eh! Nur. Abang lupa nak tanya. Nur nak ke mana dengan parang tu?” tanya Rizal.
“Oh! Nak pergi cari buluh buat lemang kat hujung kampung. Malam nikan tengok anak bulan.”
“Awak pergi sendiri? Tak takut dengan ular ke?” tanya Fadhil.
“Hesy! Kau ni… buat malu aje. Nur tu jaguh kampung. Ingat dia tu penakut macam kau ke?” bangkang Rizal.
Fadhil segera berdecit. Terlihat Nur tersenyum-senyum. Mesti tengah ketawakan aku la tu. Aduh Rizal. Perlukah kau mention yang aku ni penakut depan Nur? Buat jatuh saham aje.
Err… Nur tak takut orang bunian ke kat sana. Manalah tahu ada putera bunian terpikat dengan Nur.” tanya Rizal pulak.
“Tak boleh!” jawab Fadhil lantang.
Rizal dan Nur memandang Fadhil yang menjawab bagi pihak Nur tadi. “Err… maksud  aku. Err… kau ingat dia tu cetek pengetahuan ke macam kau. Putera bunian segala! Err… gunalah akal sikit.” jawab Fadhil tergagap-gagap. Saja nak cover malu. Boleh pulak dia spontan jawab bagi pihak Nur.
Nur mengelengkan kepalanya. “Dah la. Abang-abang sekalian. Nur nak cepat. Layan korang berdua ni. Alamatnya esok pagi raya kita makan nasi putih saja.” katanya lalu pergi.
“Eh! Tunggu kami. Nak ikut. Dhil jom… ambil parang dekat tepi tangga tu.” arah Rizal.  Mereka berlari kecil mengejar Nur yang sudah di hadapan. Sebenarnya mak nya pun suruh pergi cari buluh buat lemang. Tapi syok sangat bercerita dengan Fadhil sampai terlupa. Nasib la mak dapat anak macam si Rizal ni.



Auch…” Fadhil memegang tangannya yang terluka. Kelihatan darahnya mengalir benda tajam.
“Astaghfirullah. Darah la.” Nur menerkup mulutnya. Dia segera mengeluarkan sapu tangan dari poket.
“Kan Nur dah cakap. Biar Nur saja yang buat.” katanya sambil membalut luka Fadhil. Serba salah dia jadinya. Fadhil dan Rizal menegahnya berbuat apa-apa. Hanya perlu susun buluh yang sudah dipotong kecil sahaja. Kerja-kerja mencari buluh biar Fadhil dan Rizal sahaja yang buat.
It’s okay...” Mata Fadhil tidak berhenti berkelip memandang Nur yang berdiri di sebelahnya. Berdegup kencang jantungnya macam nak terkeluar.
“Teruk ke?”
“Tak ada la. Sikit je pun.”
“Nur rasa dah cukup banyak dah buluh ni. Kita balik sapu ubat. Takut melarat. Sebab luka ni dalam.” kata Nur Ramadhani sambil mendongak. Automatik matanya berlaga dengan mata Fadhil yang sedang memandangnya.
Nur segera mengalihkan pandangannya. Dia berdehem beberapa kali lalu menjarakkan diri dengan Fadhil.
“Abang Rizal pun rasa macam tu. Dah cukup dah ni.” kata Rizal. Dia mengerdip mata pada Fadhil. Ada chance la kawan! Signalnya pada Fadhil.
Fadhil apa lagi. Ulat bulu dah naik daun. Siap menadah tangan mengaminkan lagi.
Mereka bertiga berjalan balik ke rumah. Perlahan-lahan Rizal berjalan lambat agar Fadhil berjalan berseiringan dengan Nur. Dia tersenyum melihat pasangan di hadapannya. Semoga Fadhil ikhlas cintakan Nur. Dia sudah menganggap Nur macam adiknya sendiri dari kecil lagi. Tidak sanggup lagi melihat Nur bersedih.
Fadhil tersenyum sedikit apabila dapat berjalan beriringan dengan Nur.  Dia memandang Nur di sebelah. Diam sahaja gadis itu berjalan. Nur yang perasan dia sedang diperhatikan melihat Fadhil di tepi. Segera lelaki itu menghadap ke hadapan. Dia tersenyum lucu. Macam-macam gaya!
“Abang Fadhil!” jeritan suara seseorang mengejutkan mereka bertiga. Kelihatan seorang gadis sedang berlari anak mendekati mereka. Badan Fadhil dipeluk tanpa segan silu.
“Dila buat apa kat sini?” tanya Fadhil.
“Rindu abanglah. Kenapa tak nak beraya dengan kami kat bandar?” tanya Fadilah lantas meleraikan pelukannya.
“Abang saja nak rasa suasana kampung Rizal… Ini Nu…” belum sempat Fadhil meneruskan kata-katanya. Buluh yang berada di tangan Nur jatuh berguguran.
Mereka bertiga memandang gadis itu yang berdiri kaku sambil memandang Fadilah. Adik kembar Fadhil.
“Nur…” kata Fadilah sambil menerkup mulut. Terkejut dengan kewujudan Nur di situ. Fadhil dan Rizal mengalihkan pandangan pada Dila pula. Tak sangka pula mereka berdua kenal antara satu sama lain.
Err… maaf Nur balik dulu.” kata Nur meninggalkan mereka bertiga tanpa menoleh belakang. Buluh yang jatuh berguguran di tanah tidak dipedulikan lagi.
“Awak hutang sesuatu dengan abang Dila. You have to tell me what is going just now.” tegas suara Fadhil sehingga bahu Dila terhenjut. Dia dapat rasakan ada sesuatu antara adik kembarnya dengan Nur.



“Assalamualaikum awak.” Fadhil memberi salam. Nur yang sedang melipat ketupat palas di beranda menoleh apabila terdengar salam dari seseorang. Dia menjawab salam Fadhil dalam hati sahaja.
 Kelihatan Fadhil bersama buluh lemang yang telah siap. Kedengaran suara-suara takbir bergema. Biasalah ragam malam raya. Semua orang sibuk menghadapi satu syawal.
Err… saya bawakan lemang ni. Dah siap.” Walaupun keadaan hanya diterangi lampu pelita. Fadhil dapat menangkap mata Nur yang bengkak. Mungkin baru sahaja lepas menangis.
“Oh! Maaf sebab saaya tadi pergi macam tu je. Tangan awak dah okay?” Garau suara Nur menjawab.
“Tak apa. Luka sikit je. Awak? Err… adik saya dah ceritakan semuanya.” tanya Fadhil balik.
“Adik awak?” tanya Nur kembali. Dahinya berkerut. Siapa adik Fadhil. Tak kan…
“Maksud saya Dila. Sebenarnya dia adik kembar saya. Kembar tak seiras. Dia dah cerita pasal awak dan dia. Saya tak sangka dia sanggup buat macam tu dengan awak dan dia tak pernah pun ceritakan apa-apa dengan kami semua pasal awak.”
“Pasal tu. Saya pun terkejut nampak dia tadi. Dah bertahun… saya pun tak tahu dia ada kembar.”
“Mungkin sebab saya dan Dila tak sama universiti. Saya satu U dengan Rizal.”
Nur mengangguk faham.
“Awak, awak dapat maafkan Dila? Dia ada kata dia malu nak jumpa awak semula. Malu atas perbuataannya sebelum ni.”
Nur menarik nafas dalam-dalam. “Insya-Allah saya cuba. Bagitahu Dila. Saya maafkan dia.”
“Syukur Alhamdulillah.” Fadhil meraup mukanya lega.
“Benda dah lepas awak. Tak guna nak berdendam. Mungkin ada silap saya juga. Saya tak suka fikir benda yang menyesakkan fikiran saya. Sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Cuma tadi saya teringkatkan kisah lama saja.” kata Nur sambil tersenyum.
“Saya harap awak dapat terus senyum. Senyum tu bukan sahaja sedekah. Senyum tu juga ubat. Mungkin doktor macam awak ni dapat merawat penyakit tapi tidak dapat merawat perasaan. Tapi kalau awak nak tahu senyum tu ubat untuk perasaan kita. Lagipun awak comel kalau senyum.” Fadhil sengaja memperlahankan suaranya pada ayat yang terakhir. Malu!
Erk? Terima kasih.” Jawab Nur.
“Saya letak lemang ni dekat sini.” kata Fadhil lalu meletakkan lemang yang telah siap di atas lantai beranda.  Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal.
“Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Katanya lalu mempercepatkan langkah ke rumah sebelah. Malu! Kenapalah aku terlepas cakap puji Nur comel. Mesti dia ingat aku ni sempat lagi nak mengatal.
“Oh yaa.. saya ada letak sesuatu dekat lemang tu. Awak ambillah. Selamat hari jadi.” kata Fadhil.



Nur Ramadhani berjalan ke arah pintu. Bosan duduk sendiri di rumah. Neneknya pula ke rumah sebelah. Katanya nak ambil sesuatu. Tapi sampai sekarang belum balik-balik. Mesti panjang lagi cerita neneknya dengan mak Rizal sebab tu tak balik-balik lagi.
 Kelihatan sebuah kereta mewah berhenti tepat di perkarangan rumahnya. Fadilah yang turun dari tempat duduk penumpang hadapan dipandang. Cantik berpakaian baju kurung turquoise. Nur menghalakan pula pandangannya pada pemandu yang turun dari kereta itu. Dia menarik nafas panjang memandang seorang lelaki yang lengkap berbaju melayu sedondon dengan Fadilah.
Mereka berbalas pandangan sebelum Nur tersenyum manis kepada pasangan itu.
“Assalamualaikum!” jerit Rizal yang berjalan beriringan dengan Fadhil.
“Waalaikumsalam. Naiklah semua...” pelawa Nur.
“Nur, aku nak minta maaf… sebab aku dengki dengan kau. Dulu aku langsung tidak terfikir panjang. Aku jahat. Bila aku sedar… aku malu nak jumpa kau lagi.” pohon Fadilah.
“Tak apalah Dila. Lagipun benda dah lepas. Semua orang tidak terlepas dari lakukan kesalahan.” jawab Nur.
“Aku rasa bersalah Nur. Selama ni kau selalu baik saja dengan aku. Kau marahlah Nur. Tengkinglah. Aku tak kisah. Aku sujud kaki kau Nur. Aku dah jatuhkan maruah keluarga kau. Aku minta maaf…”
Nur Ramadhani segera menarik badan Dila. “Nur dah lupakan semua tu. Insya-Allah, asalkan Dila betul-betul insaf. Allah akan maafkan.”
“Terima kasih Nur. Thanks…” Dila memeluk tubuh Nur. Dila meleraikan pelukannya.
“Nur, ni suami Dila. Haziq” Dila memperkenalkan suaminya pada Nur.
Nur tunduk sebagai tanda hormat pada suami Dila.
“Mesti Nur pelikkan sebab bukan Yusry. Lepas beberapa hari Yusry ceraikan Nur. Arwah datuknya meninggal atas serangan jantung. Waktu tu barulah kami sedar. Perbuatan kami salah. Yusry pun tahu dalam hatinya sudah terukir nama Nur. Tapi semua dah terlambat. Dia tidak boleh patah balik. Lepas tu kami berpisah. Sampai sekarang aku tak jumpa Yusry lagi.”
“Takpa la Dila. Nur sebenarnya pernah terjumpa dengan Yusry sebelum ni. Nur dah tahu semuanya.”
Terdengar Nur kata yang dia pernah jumpa dengan bekas suaminya membuatkan Fadhil duduk tegak. Dari tadi dia dan Rizal hanya senyap untuk memberi ruang kepada Dila dan Nur. Rizal menepuk bahu Fadhil untuk memberi semangat pada kawannya.
It’s okay bro. Lagipun aku dah tahu keputusan Nur.” bisik Fadhil ke telinga Rizal. Tersenyum-senyum dia memandang gelang di tangan Nur.
“Dah la. Tak payah ingat benda ni lagi. Eh! Semua duduklah. Nur pergi ke dapur kejap...” kata Nur kemudian berjalan ke dapur.
“Aku ke dapur jap…” kata Fadhil lalu berjalan mengikut Nur ke dapur.
Dila memandang Rizal untuk meminta penjelasan dengan tingkah abang kembarnya. Tapi Rizal sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.



“Awak…” panggil Fadhil.
Nur yang sedang meletakkan gelas ke atas talam menoleh apabila dipanggil. Dia kembali melakukan tugasnya sebaik sahaja tepandang muka Fadhil.
Err… terima kasih sebab sudi terima. Err… awak dah pakai. Maknanya awak dah terima saya?” tanya Fadhil lembut.
Nur Ramadhani memandang wajah Fadhil kemudian mengangguk.
“Betul ke?” Fadhil meminta kepastian.
“Kenapa? Awak tak percayakan saya?” tanya Nur balik.
“Eh! Bukan macam tu. Saya cuma tak sangka awak terima lamaran saya. Awak pun tahu kan? Kalau awak pakai gelang ni. Tandanya awak setuju dengan lamaran saya. Saya cintakan awak.” Jelas Fadhil.
“Awak, saya sendiri pernah jatuh cinta. Pernah berkahwin. Tapi saya tak pernah rasa apa yang saya rasa terhadap awak. Biar macam mana sekali pun saya cuba untuk mengelak tapi hati saya tetap tidak dapat lupakan awak.”
“Bila berhadapan dengan awak, satu perasaan hadir pada diri saya yang saya tidak pernah rasa walaupun dengan bekas suami saya dulu. Saya sedar saya cintakan awak.” balas Nur Ramadhani panjang lebar. Dia tahu banyak yang bersarang dalam fikiran Fadhil. Biarlah dia menjelaskan segala-galanya.
“Syukur alhamdulillah. Terima kasih…” ucap Fadhil sambil senyum bahagia.
Nur membalas senyuman lelaki itu. Fadhil. Sejak pertama kali dia bertentang mata dengan lelaki itu. Nur dapat merasakan ketenangan di hatinya. Seolah segala masalahnya terbang dengan keriuhan lelaki itu. Semoga mereka kekal bahagia.
“Oh! Patutlah lambat… rupa-rupa ada sesuatu kat dapur ni.” kata Rizal yang dari tadi menyorok di sebalik pintu dapur bersama Dila.
“Hai Dila. Tak lama lagi makan nasi minyaklah jawabnya…” usik Rizal.
Yiee… patutlah Dila perasan baju mereka sedondon merah hati. Rupa-rupanya…”
“Merah tanda cinta…” kata Dila dan Rizal serentak. Suami Dila sekadar mengelengkan kepalanya sahaja. Faham sangat dengan perangai isterinya yang manja.
Fadhil membuka songkoknya lalu mengaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Malu!  “Baru perasan pulak sedondon.”
Muka Nur sudah kemerah-merahan diusik sedemikian. Dia membalas pandangan Fadhil yang memandangnya. “Terima kasih kerana mencintai Nur.” Tapi nada suaranya hanya mampu didengar oleh mereka berdua sahaja.
“Sama-sama.”
TAMAT.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)