Friday, October 19, 2012

Tembok Cinta bab 19




“Letak saja atas meja. Lepas tu awak boleh keluar.” Arah Adam apabila Fiera melangkah masuk ke dalam pejabat lelaki itu. Fiera buat muka jelik. Pura-pura sibuklah tu! Padahal Fiera tahu semua tugas Adam untuk hari ini sudah selesai. Tunjuk protes la tu!
Fiera meletak minuman yang dipesan oleh Adam tadi perlahan-lahan. Matanya sempat mengintai fail di atas meja Adam. Terbalik! Apalah mamat tengok. Nampak benor tidak membaca… Ataupun memang mamat seorang ni ada otak ‘terbalik’ kut. Nak kata genius tak jugak.
Fiera berdiri kaku depan meja Adam. Bukan aku tak nak pujuk. Tapi aku tak reti nak pujuk. Wahai Adam, janganlah buang muka pulak. “Err… Adam.”
“Saya rasa awak perlu tahu belajar pasal profesionalisme Fiera. Saya bos awak. Please bear it in your mind. Kalau tak tahu juga. Nanti saya boleh rekomenkan awak ke mana-mana universiti. Belajar balik pasal management yang saya ni ialah bos awak. Please respect me. Dan kalau nak mengumpat tu buatlah cara mengumpat. Kalau nak kutuk atau umpat saya sekalipun agak-agaklah sikit. Tempat yang awak duduk sedap mengumpat tu dalam syarikat saya.” Tegur Adam sambil membelek fail di hadapannya. Lansung tidak seminit pun mengangkat muka. Mata Adam terbeliak tapi masih mampu di kawal. Baru perasan fail yang dibeleknya ini terbalik. Tapi dia terus sahaja membelek fail tersebut. Saja nak berlagak cool.
“Tapi Adam…”
“Awak faham ke tak ni Fiera? Atau saya nak masukkan awak ke tadika semula. Belajar balik bahasa melayu!” Nada suara Adam semakin tegas. Tajam mata lelaki itu memandangnya tepat anak mata Fiera.
Tok. Tok. Tok. Bunyi ketukan pintu menarik perhatian mereka. “Apa lagi?” tanya Adam bengis.
Err… maafkan saya sebab menganggu Encik Adam. Tapi ni ada fail yang kena dapatkan tandatangan Encik Adam segera.” Suara ayu yang sengaja dibuat-buat itu menbuatkan Fiera jelik. Dia buat muka selamba sahaja.
“Okay. Awak boleh masuk Shira.”
Kening ala-ala Ziana Zain di angkat sebaik sahaja Shira melintasi Fiera. Satu senyuman sinis diberikan pada perempuan itu. Senang hati Shira bila Fiera dimarah oleh Adam.
“Ini failnya encik.” kata Shira. Fail tersebut diserahkan pada Adam.
Fiera sekadar memandang aksi Shira yang terlebih ayu menghulurkan fail tersebut. Boleh pula si Adam buat selamba seolah tiada yang berlaku. Siap bagi senyuman untuk si gedik ni lagi.
“Awak tunggu apa lagi Fiera? Tak kan keluar pun kena beritahu. Nak saya sediakan karpet merah untuk hantar awak keluar ke?” tanya Adam sarkastik.
Fine! Encik Adam.” Sengaja perkataan encik itu ditekankan. Nak sangat daulat encik anak bos besar tukan. Tunggu kau! Sampai bila-bila aku panggil encik. Huh!
Adam tersenyum lucu memandang Fiera yang melangkah keluar. Mesti dia tengah angin tu. Nampak sangat rupa Fiera yang menahan geram itu. Comel! Kita tengok saja sampai mana Fiera bertahan.
Muka Fiera menahan marah hanya mampu dipandang sahaja oleh beberapa pekerja yang terdengar teguran Adam yang agak kuat tadi. “Apa pandang-pandang!” marah Fiera. Dia berjalan terus masuk ke pejabatnya. Telefon di poket dikeluarkan. Nombor Anis ditekan lalu dia mula menaip pesanan ringkas.
Aku rasa macam nak bunuh saja abang kau. Jangan tanya aku kenapa. Tengah Angin ni!
Sebaik saja  butang hantar ditekan. Dia terus duduk dikerusi dan melelapkan mata. Mukanya dikibas walaupun terasa penghawa dingin yang sejuk.
Bunyi telefon yang bordering tidak berhenti-henti dibiarkan saja. Sudah tentu Anis yang telefon. Tiada mood Fiera hendak bercakap sekarang ni. Semuanya pasal Encik Adam yang perasan bos besar. Sengaja nak malukan dia depan Shira. Bukannya Adam tidak tahu dia ada masalah dengan mulut Shira tu.



Deheman dari Shira menyedarkan Adam tentang kewujudan wanita itu di biliknya. Setelah sekali imbas membaca fail tersebut. Adam terus menurunkan tandatangannya lalu memberi fail tersebut kepada Shira.
“Terima kasih Encik Adam. Saya keluar dulu.” ujar Shira penuh keayuan.
Adam sekadar mengangguk mengiyakan.
“Erk Shira...” panggil Adam. Shira yang suka namanya dipanggil segera berpaling. Dia membuat muka comel sambil memandang Adam. Mata bundar itu sengaja dibesarkan.
“Shira. Awak memang cantik, ayu, lemah lembut…” puji Adam. kembang kempis Shira mendengar pujian dari anak bos yang kacak itu. Berbunga-bunga hatinya. Terdengar Fiera dimarah tadi sudah cukup membuatkan hatinya puas. Tapi bila dipuji sedemikan dia lagi suka.
“Terima kasih Encik Adam…” katanya sambil tersenyum manis.
“Saya belum habis cakap lagi… semua tu ada pada awak Shira. Tapi tolong jangan lembutkan suara awak pada saya. Suara awak tu aurat. Tolong jaga.” Pesanan Adam cukup padat dan ringkas tapi betul-betul menembak Shira. Mukanya bertukar kemerahan malu dengan teguran itu.
“Lagi satu Shira. Pada mulanya saya nak berdiam diri sahaja. Tapi saya rasa elok awak simpan saja segala berita palsu yang awak dah susun rapi untuk sebarkan di pejabat ni. Saya harap awak faham maksud saya. Kalau awak nak terus juga sebarkan benda-benda pasal saya dan Fiera. Saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan pada awak.” Kata Adam serius. Jarinya disilang di atas meja. Tiada riak bergurau di wajah lelaki itu. Dia sudah berfikir panjang pasal benda ini.
“Bukan saya yang sebarkan semua tu encik.” Shira cuba mempertahankan dirinya. Terkejut apabila Adam menegur secara terang benderang.
“Saya berdiam bukan bermakna saya langsung tidak tahu apa-apa Shira. Saya cuma tidak suka menjatuhkan pekerja saya. Faham?” tegas kata-kata Adam sehingga Shira tidak sanggup memandang wajah lelaki itu. Dia menahan geram pada Fiera. Sudah tentu Fiera yang mengadu pasal ini dengan Adam. Sebab tidak mungkin ada top management ambil tahu pasal benda-benda remeh seperti ini kecuali ada tukang report!
“Saya faham Encik Adam. Maafkan saya.”
Good! Itu yang saya nak dengar. Sekarang awak boleh keluar.” Telefon Adam yang berdering diangkat. Dia memberi signal kepada Shira untuk keluar. Satu senyuman tercalit di bibir merahnya. Si kembar sudah pun menelefon. Sudah tentu ada kaitan dengan kejadian ‘menegur’ Fiera tadi.
“Abang Adam!! apa lagi masalah abang dengan Fiera ni? Abang buat apa sampai Fiera angin tu? Aduh! Puas Anis telefon Fiera. Dia tak angkat-angkat telefon Anis langsung. Hari ni Anis sibuk. Tak dapat nak singgah ofis jumpa dia. Banyak sangat pesakit.” Marah Anis sebaik sahaja telefon di angkat.
“Assalamualaikum Puan Anis. Tak menyempat bagi salam terus tembak abang ni apa cerita? Dah dua minggu lebih bergelar puan. Seronok tak kembar abang ni jadi isteri orang? Dah ada perkembangan untuk ke?” tanya Adam tenang. Langsung tiada riak bersalah malah tukar topik pula.
Anis disebalik corong telefon sudah mengeluh berat. Boleh pula abang kembarnya ni buat tidak tahu.
Please don’t change the topic.
Okay Fine. Anis nak abang cakap pasal apa?” tertawa kecil Adam mendengar nada suara Anis yang seolah bosan dengan caranya.
“Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Anis luku kepala tu baru tahu!” Itu dia. Keluar bakat pantun dan peribahasa ibunda dari Doktor Anis. Hari ini sudah cukup penat dengan pesakit. Ditambah lagi dengan masalah abangnya dan Fiera ni.
‘Adam ni pun satu! Dah suka Fiera buatlah cara suka. Ini tidak. Sakitkan lagi hari Fiera yang memang dua kali lima juga.’ Omel hati Anis.
“Jangan risaulah. Abang tahu nak buat apa. Don’t worry okay!”
“Abang Adam ni… Sepatutnya bila dah dekat tu. Ambil la kesempatan untuk dekat dengan hati Fiera. Ini tak. Makin dekat di mata, makin jauh di hati. Apa kes!”
Satu keluhan didengar dari corong telefon. Mulut Adam tidak lekang dari terus tersenyum mendengar bebelan dari adiknya. “Sejak bila doktor bedah seorang ni tukar kepada doktor kaunseling pakar cinta? Siap berkata-kata adik ni. Erm… ni mesti Faizul jadi suami romantik gila sampai Anis yang garang pun boleh berkata-kata.”
“Mana ada. Melalut ke sana pula dia. Tidak maknanya Faizul nak beromantik dengan Anis. Sekarang ni kes abang dengan Fiera. Abang tolonglah jangan sakitkan hati Fiera…”
“Jangan risau. Insyaallah. Abang akan jaga hati dia. Anis jangan risau. Pasal tadi tu. Abang tahulah macam mana nak urus. Abang tak nak masuk campur hal pejabat dan peribadi.” Terang Adam. Fail yang perasan terbalik tadi dibetulkan ke kedudukan yang betul. Sudahlah fail ni terang-terang terletak kemas atas meja. Kalau berdiri sudah tentu nampak dengan jelas. Nasib dia la kalau Fiera perasan fail tu dalam keadaan terbalik tadi.
“Sekurang-kurangnya tolonglah cerita apa yang terjadi kat pejabat tu tadi. Tak de la Anis risau.”
“Kalau bab cerita ni abang tak pandai sangat. Anis tunggulah marah Fiera reda sikit. Lepas tu bila dah dia nak luahkan perasaan Anis sedia saja la menadah telinga apa dia nak cakap.” Jelas Adam.
“Kalau Fiera tak luahkan dengan Anis. Tapi dengan Taufiq macam mana? Sebenarnya banyak lagi yang Fiera luahkan dengan Taufiq berbanding Anis. Abang tak kisah? Nanti tak pasal-pasal ada yang menangis air mata darah…” sindir Anis. Bukan niatnya hendak menjatuhkan perasan Adam. Tapi Anis nak Adam sedar yang tempat Fiera meluahkan perasaan lebih kepada Taufiq berbanding dirinya. Bukankah itu memberi langkah dan peluang untuk Taufiq mendekati Fiera?
“Kalau macam tu. Tak pe la. Janji hati dia lega lepas meluahkan sudah cukup. Tidaklah dia tension sangat. Belum cukup masa sudah nampak tua kawab baik Anis tu. Hahaha…” Ketawa dari Adam kedengaran seolah sengaja dipaksa dari telinga Anis. Dia dapat rasa abang kembarnya sengaja hendak bergurau. Tapi ini bukan masa yang sesuai!
“Entahlah apa yang lucu dengan tu abang. Anis give up. Anis tahu abang takkan biarkan Fiera marah. Tapi jangan biar lama-lama. Nanti dikebas orang putih mata abang! Baiklah. Anis off dulu. Ada pesakit nak jumpa. Assalamualaikum.”
“Insyallah tak. Waalaikumsalam. Jaga diri baik-baik. Kirim salam dengan ipar.”
“Insyaallah Anis sampaikan. Ingat pesan Anis tau!” kata terakhir dari Anis sebelum dia menghentikan panggilan. Adam meletak telefon bimbitnya atas meja. Badannya disandarkan pada kerusi empuk itu. Matanya tertutup seketika dengan senyuman dibibir yang tidak lekang selepas berbual dengan adik kembarnya. Bayangan seraut wajah Fiera yang tersenyum manis ketika sekolah dulu mengamit memori lama.
Dulu dia rapat dengan wanita itu. Andai sahaja dia tidak mengambil keputusan terburu-buru memaksa Fiera untuk menjadi kekasihnya sudah tentu hubungan mereka tidak pernah renggang seperti Fiera dan Taufiq. Mungkin ketika ini Fiera masih lagi senyum gembira seperti mereka berkawan rapat dulu.

#maaf sebab lambat post entri bab baru Tembok cinta.  =)


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

  1. pilihan siapa hati fiera ni?adam ke taufik?addusss...

    ReplyDelete
  2. jangan u gigit jari nanti adam!!!sat g u nangis tak lagu dah...hehe come on lah adam pujuk lah fiera jgn tunggu2 g...

    ReplyDelete
  3. Adam ni ada je benda nak sakitkan hati Fiera...nanti kalau dah melepas baru tahu...

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)