Saturday, December 6, 2014

[CERPEN] : Bukan Orang Ketiga : SE Andai bukan dia


Untuk SE ni saya memang saja pasang lagu Kenny G. Nanti korang faham kenapa blog ni tetiba ada lagu.

Merah. Bengkak mata Thia menangis. Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba miliknya.
Melihat Zarul sedang memegang tangan tok kadi itu. hati Thia bagai dicarik. Kenapa bukan dia? Kenapa mesti Aqila? Sakit hari Thia. Pedih melihat senyuman bahagia pada pasangan tersebut. Air mata Thia mengalir lagi. Makin deras.
“Mal… kenapa saya miliki perasaan ini? Kenapa saya perlu hadapi semua ni? Saya tak nak Mal… Saya tak nak…” Thia bermonolog lagi. Kini dia tiada Ekmal untuk kongsi masalahnya. Tiada Zarul untuk dicintai. Kedua-dua lelaki ini bukan miliknya. Ekmal bahagia bersama Zulaikha. Zarul baru sahaja sah menjadi milik Aqila.

Cinta. Kenapa begini cinta yang aku harus miliki? Aku tak larat menanggungnya… Cinta pertama. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Zarul? Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan kebahagiannya. Aku tidak berkemampuan untuk terus memiliki hati lelaki itu. Aku berharap agar TAMAT la cerita antara aku dengannya.

Coretan demi coretan di tulis ke dalam novelnya. Mungkin kisah terakhir berkisarkan Zarul dengannya.
Banyak yang berlaku dua tiga hari ini. Thia pun tidak larat lagi hendak berfikir. Dia telah diberi amaran oleh Zarul kerana nyaris-nyaris putuskan tali pertunangannya bersama Aqila tempoh hari. Thia menyesal! Kesal kerana tindakannya tidak berjaya putuskan pertunangan pasangan itu. Sebaliknya Zarul ambil tindakan untuk mempercepatkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Tertekan! Thia rasa hendak menjerit sekuat hati.
Kepala yang semakin berdenyut ditekan kuat. Sakit! tapi Thia tidak mampu menjerit sekuat hatinya. Raihan yang sedang lapar menangis kuat mintakan susu. Tambah sakit kepala Thia. Tidak tahan dengan keadaan yang serabut. Rumah semakin tidak terurus. Mujur Mira dan Asha balik ke kampung untuk ikut menghadiri majlis perkahwinan Zarul dan Aqila.
Telefon Thia berbunyi. Mengalunkan lagu hingga keadaan menjadi kacau bilau. Seketika telefon tersebut berhenti, namun telefonnya berbunyi lagi. Thia tahu Ekmal yang telefon kerana Thia telah set nada dering khas untuk nombor lelaki itu. “Maafkan saya Mal. Saya perlu tenangkan fikiran dulu.” Telefon Thia dimatikan.
Raihan yang menangis didukung. Lembut kucupan Thia pada hidung si bayi. Sisa air matanya jauh pada pipi gebu Raihan. “Maafkan mama sayang…” Minggu ini kali terakhir Thia bersama Raihan.
“Raihan besar nanti jangan lupa mama. Mama sayang Raihan… mama tak kan pernah lupakan Raihan. Raihan tetap akan jadi anak mama… Maafkan mama kerana tidak dapat besarkan Raihan lagi...” Sekali lagi Thia menangis sambil memandang si bayi yang kembali senyap.
Perbuatannya menghancurkan pertunangan Zarul dan Aqila memberi kesan buruk padanya sendiri. Zarul memang telah putuskan hubungannya bersama Raihan, Mira dan Asha. Minggu ini kali terakhir dia bersama dengan Raihan. Itu pinta Thia untuk kali terakhir setelah puas merayu pada lelaki itu. Mujur Opah masih mampu maafkan tindakannya.
Suara Raihan yang merengek mengejutkan Thia dari terus mengelamun jauh. “Anak mama… anak mama…” Thia memeluk rapat bayi kecil itu. Hatinya bagai dicarik-carik atas keadaan yang semakin kuat memberi tekanan padannya. Thia tidak dapat bayangkan keadaannya tanpa Raihan lagi selepas ini.
Thia tidak sanggup lagi dilabel sebagai orang ketiga dalam hubungan orang lain. Cukup apa yang terjadi sebelum ni. Dia bukan orang ketiga! Dia tidak mahu dilabel sebagai orang yang suka menghancurkan hubungan orang lain. Dia layak untuk berbahagia!
Telefon Thia dihidupkan semula. Papan kekunci pada skrin telefon ditekan. Lalu pesanan ringkas dihantar pada lelaki itu.
“Wardah… Bagitahu Abang Wafiy. Thia setuju…” -Thia.
Telefon Thia berbunyi. Dia terus sambut talian tersebut. “Kau yakin?” tanpa salam Wardah terus menyoal kawan baiknya.
“Hrmm...”
“Thia... kau nangis lagi ke?” tanya Wardah. Dia tidak sanggup melihat keadaan Thia sekarang ni.
“Aku pun tak tahulah Wardah. Kau tolong bagitahu abang kau eh.”
“Baiklah. Nanti aku bagitahu Abang Fiy. Kau tenangkan fikiran. Hargai masa kau bersama Raihan.” Nasihat Wardah bila dapat mengangak Thia baru saja lepas menangis. Suara kawannya terlalu lemah dan serak.
“Baiklah.”
“Kau nak keluar tak? Jalan-jalan? Aku datang ambil kau.”
“Tak payahlah. Aku nak kemas sikit rumah aku. Berhambur. Tongkang pecah pun kalah.” Ujarnya sambil memandang keadaan bilik yang tidak terurus.
“Tau takpe. Housemate kesayangan kau tu dah hari-hari mengadu dekat aku. Kalau dia membebel dekat kau, kau buat derk aje.”
Thia tergelak. Kesian Hana yang terpaksa jadi ‘emak’ Thia dua tiga hari ni. membebel saja kerja ‘mak cik’ seorang tu.
Thats my Thia. Aku tahu spirit kau dalam proses balik ke pangkal jalan. Jangan jatuh lagi Thia, jangan fikir pasal dia lagi. Buat sesuatu yang memberi kebahagian untuk kau. Tidak guna kau terus bersedih sedangkan dia bahagia dengan orang lain. Kau pun layak untuk bahagia.”
“Terima kasih Wardah. Aku tahu. Aku pun sedar. Tak guna lagi fikir lelaki yang bukan jodoh aku. Aku pun dah malas nak fikir pasal cinta semua ni. Kerana cinta kehidupan aku jadi tunggang terbalik. Kalau dulu aku boleh bangkit selepas Zarul bagi amaran agar jangan stalk dia lagi. Mustahil aku tidak boleh bangkit untuk kali kedua tanpa dia.”
“Alhamdulillah. Inilah Nurfathiah yang aku kenal. Tapi jangan sesekali tutup hati kau untuk orang lain. Abang aku masih ada untuk kau. Lagipun kalau kau tak nak terima Wafiy sekali pun. Aku yakin kau boleh dapat yang lebih baik dari Zarul. Kau cantik Thia... pandai, lemah lembut dan sayangkan budak-budak. Aku tahu suatu hari nanti kau pasti dalam jumpa lelaki yang hebat untuk jadi pendamping kau seumur hidup.”
Noted that Wardah.”
“Aku dah nak kahwin. Kau pula nak terbang tinggalkan kami. Abang aku nilah! Sakit hati betul. Yang dia purpose kau untuk kerja dengan member dia apasal?! Dah la jauh.”
Thia tergelak kecil. Dia tahu Wardah masih marahkan Wafiy kerana cadangkan agar Thia kerja bawah syarikat kawannya yang bertapak di Sabah. Mengamuk Wardah bila tahu itu cadangan dari abangnya sendiri.
“Janganlah salahkan abang Fiy. Aku tahu dia buat yang terbaik dah untuk aku kembali kepada Thia yang dulu. Lagipun eloklah aku berjauhan seketika. Muhasabah sikit atas perbuatan aku dulu. Lagipun bukannya jauh mana pun. Dalam Malaysia juga. Kau janganlah risau. Kahwin au tu nangti. Aku ambil cuti seminggu.”
“Janji tau. Kau tu dahlah kawan baik aku. Kalau tak dapat cuti pun kau kena cuti jugak!”
Thia tergelak lagi. “Baiklah bos!”
Setelah tamatkan panggilan. Thia terus kemaskan rumah sambil bersihkan dan beri susu kepada Raihan yang kelaparan. Kesian anak kecil ni. terabai kerana sikapnya sendiri. Rasa bersalah mengebu. Seorang Thia tidak menjalankan amanat kak Isya sebaiknya.



Thia cium pipi gebu Raihan berkali-kali. Bayi kecil itu pun seolah merelakan kucupan dari mamanya. Air mata Thia tidak dapat dibendung. Jatuh mencurah-curah mengingatkan ini kali terakhir dia bersua bersama anak tersayangnya.
“Thia...” Wardah cuba ingatkan kawannya. Dia sendiri pun tidak sampai hati tapi mereka tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi. Tidak sanggup melihat keadaan Thia yang sudah banjir dengan air mata.
Satu kucupan agak lama dihadiahkan pada dahi Raihan. Air mata Thia mengalir pada lengkungan muka si bayi. Waktu Thia serahkan Raihan pada Aqila. anak kecil itu terus merengek seolah faham itu kali terakhir dia kan bersama mamanya.
“Saya kembalikan Raihan pada keluarga awak Zarul. Kak Qila... Saya harap akak akan jaga Raihan seperti anak akak sendiri. Sayang dia kak. Belai anak Thia dengan penuh kasih sayang.” Mohon Thia sambil memandang pasangan suami isteri depannya.
 “Insya-Allah. Jangan lupa jaga diri Thia.” Aqila memberi jawapan kerana tahu suaminya memang tidak hadap nak bercakap dengan Thia.
Thia mengangguk. Dia sempat mengerling lelaki yang langsung tidak sudi untuk melihat dirinya. Thia tersenyum kecil bagi merawat hati yang seolah-olah ditoreh dengan sikat lelaki itu padannya. Raihan dipandang.
Selamat tinggal sayang mama...
Tangan Thia digenggam kuat sambil mereka melangkah meninggalkan kawasan tersebut. Dia tahu hati Thia tidak sekuat mana pun jika melibatkan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi tangisan Raihan semakin kuat kedengaran sebaik saja mereka melangkah pergi tinggalkan anak kecil itu bersama pasangan Zarul dan Aqila.
Keep your strong mode on Thia. Aku tahu kau kuat.”
Thia senyum pada Wardah yang menemaninya. “Insya-Allah.” Petang ini dia akan terbang ke Sabah. Terbang meninggalkan semua ini. harap kehidupan barunya memberi kekuatan pada Thia untuk teruskan kehidupan tanpa anak-anaknya.
Bahagialah Zarul dan Aqila.
Bergembiralah anak-anak mama.
Semoga anak-anak mama akan menjadi seorang yang berguna suatu hari nanti.



8 bulan kemudian...
Expresso kegemaran Thia dihirup. Ada dua jam lagi penerbangannya ke Sabah. Dia balik pun tidak lama. Seminggu seperti yang dijanjikan kepada Wardah. Habis saja majlis resepsi kawannya semalam. Lebih-lebih lagi bila terlihat pasangan Zarul dan Aqila yang turut serta menghadiri majlis resepsi kawannya. Mujurlah mereka sekadar datang pada majlis resepsi saja. Sekurangnya sekejap saja hati Thia berasa sakit. Bulat perut Aqila membonjol ke depan. Pasti pasangan itu bakal menimang cahaya mata.
Thia pun sempat berjumpa dengan Ekmal. Kawannya seorang ni pun bakal berkahwin dengan Zulaikha. Ekmal siap bagi amaran suruh balik semula untuk majlisnya pula. Thia sekadar mengangguk. Ekmal salah seorang kawan baiknya. Mustahil dia tidak datang majlis lelaki itu, walaupun sedar pandangan Zulaikha tidak seberapa berkenan dengan permintaan Ekmal tu.
Tergeleng kepala Thia tanpa dia sedari. Semua orang bakal mendirikan rumah tangga. Akhirnya tinggal dia juga yang keseorangan. Dia akui bukan mudah untuk dia lupakan Zarul. Namun Alhamdulillah. Nekadnya membuahkan hasil.
Kenangan itu mungkin ada, bayangan lelaki itu mungkin terlintas. Tapi tidak sekuat dulu, dia kini mampu tersenyum dan melupakan lelaki itu dari hidupnya.
May I seat here?” pertanyaan seseorang mengejutkan Thia dari terus mengelamun.
“Boleh I duduk sini? Tempat lain penuh” tanya lelaki beruniform itu.
Thia sempat memandang sekitar secret recipe tersebut. “Duduklah.” Pelawanya memandangkan tempat lain memang penuh. Waktu macam ni memang kebanyakan restoran dalam lapangan terbang agak penuh.
Thia menyelak helaian pada bacaannya yang terakhir. Novel yang agak menarik minatnya.
“Minat baca novel?” tegur lelaki yang duduk depannya. Terlihat segelas cappucino dan sekeping kek atas meja. Tak perasan bila lelaki itu panggil pelangan untuk order minuman.
Thia angkat kepala lalu mengangguk. “Minat baca tapi tidak semua mampu menarik minat saya untuk baca.”
“Maksud? Novel genre yang sama?”
“Tak semestinya. Ada je novel yang menarik minat saya walaupun dari genre yang sama. Tapi saya lebih tengok cara penulisan dan penyampaian seseorang tu. Contohnya novel ni, pasal bercinta selepas kahwin juga. berlambak dekat pasaran. Tapi saya suka cara penulisan penulis ni walaupun jalan cerita agak cliche.”
Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum mendengar pendapat Thia.
“Awak baca novel juga?” tanya Thia pada lelaki depannya.
“Bacalah jugak. Bila ada kelapangan. Novel dan kopi penawar buat saya...”
Thia senyum mengangguk. Setuju sangat! “Lebih-lebih sambil pasang lagu-lagu instrumental.. purr... heaven!
“Kenny G?” tanya lelaki itu pada Thia.
The moment.”
“Dan Alone... dan Forever love.” Sambung lelaki itu.
Thia tergelak kecil. “Kawan saya cakap tu lagu orang nak kahwin.”
“Adik saya cakap lagu iklan dekat mall. Lagi dahsyat.” Beritahu lelaki itu. tidak sangka dia dan Thia mengalami keadaan yang sama.
“Yang tu memang ayat kejam.” Ujar Thia yang tergelak kecil.
Lelaki itu menyoal lagi memandangkan minat mereka sama. “Selain lagu instrumental. Lain?”
“Saya pilih Evergreen. Lagu-lagu Air Supply...”
Making love out of nothing?”
“Saya lagi suka even the nights are better.”
Deep sangat lagu tu. Oh ya yang dekat-dekat, saya pilh Afgan... kena dengan jiwa.” Lelaki itu beri komen tentang lagu yang Thia minat.
“Afgan. Boleh terumbang-ambing jiwa raga saya dengar. Sangat minat.”
Lelaki itu tergelak mendengar Thia yang bermadah kata. “Terumbang ambing jiwa raga. Kalau macam tu maksudnya kena dengan batang hidung. Bukan sangat minat.”
Thia tersenyum kecil. “Lebih kuranglah.”
“Tak sangka. Ada yang minat sebiji macam saya. I mean coffee, instrumental songs plus novel. Saya Nurfathiah. Panggil Thia.” Thia memperkenalkan diri pada lelaki yang baru saja beberapa minit duduk dan berbual padanya. Rasa seperti mudah sangat masuk dan dekat dengan lelaki ni. Mungkin saja sebab minat mereka sama.
“Iskandar Mikael Shah. Panggil Mika.” Lelaki itu pula memperkenalkan diri sebagai Mikael Iskandar.
“Eh nama awak hampir sama dengan penulis novel ni. Is Mika.” Ujar Thia sambil tunjuk muka surat hadapan novel tersebut.
Lelaki itu sekadar tersenyum sebagai respon.
Thia seolah faham maksud senyuman lelaki itu. “Awak ke yang tulis novel ni?” tanyanya bagi memastikan jika tekaannya betul. Dia buka muka surat belakang. Membaca biodata penulis novel lelaki itu. Tiada gambar mahupun nama penuh lelaki itu diletak dalam biodata miliknya. Hanya beberapa kerat kata-kata yang berkaitan dengan penulis.
“Sebab tu saya rasa menyesal letak nama tu Is Mika. Patut letak Mika je. Takdelah orang perasan sangat.” Kata Mikael. Mujurlah kawan-kawannnya langsung tidak minat baca novel.
“Tak sangka saya jumpa penulis novel ni. Saya suka novel awak yang sebelum novel yang ni. Yang tu sentap sikit kena dengan jiwa. Sampai tangkap leleh.”
Thanks. Saya pun suka novel awak.”
“Maksud awak...”
“Saya suka Nurfa... Setiap kali baca. Rasa dia sampai ke sini.” puji Mikael lantas menjawab persoalan dalam minda Thia. Tapak tangan lelaki itu dilekap pada dadanya.
Merona wajahnya Thia. Malu dipuji sedemikian. Dia bukanlah tahap penulis hebat yang penulisannya sampai terasa masuk ke dalam jiwa. “Terima kasih.”
So... awak prefer saya panggil apa? Thia atau Nurfa?”
“Ikut senang bibir awak memanggil saya. Saya tak kisah.” Thia tak kisahlah nak dipanggil yang mana satu. Keduanya pun nama samarannya.
“Kalau bibir saya nak panggil sayang?”
Terdiam Thia mendengar pertanyaan Mikael.
Tiba-tiba Mikael tergelak. “Saya gurau je. Comel je respon air muka awak dengar soalan saya.”
“Saya panggil awak Nurfa. Sebab saya suka maksud disebalik nama pena awak tu. Nur ialah cahaya, Fa pula bunga dalam bahasa cina. Dengan harapan bunga-bunga cinta akan terus memberi cahaya kepada setiap yang gagal dalam percintaan, dan cahaya kegembiraan akan terus bersinar kepada sesiapa yang sedang mengalami rasa itu.”
“Awak tahu banyak sangat pasal Nurfa kan?” tanya Thia. Sampaikan maksud disebalik nama itu pun dia tahu.
Mikael tersenyum kecil. Pasti Thia fikir benda yang pelik dan negatif pasalnya. “Awakkan pernah ditemubual dulu. Kebetulan saya baca newspaper tersebut.”
Tergelak Thia fikirkan kesilapannya kerana fikir benda yang negatif terhadap Mikael. “Maaf.”
Telefon bimbit Mikael tiba-tiba berdering. Rakan sejawatnya telefon. Mereka senyap seketika memberi ruang kepada Mikael untuk menjawab talian. “Give me five minutes.” Ujar lelaki itu sebelum menamatkan panggilan.
Duty calls...” kata Mikael sambil meletakkan telefon dalam poket. Kemudian topi uniform dipakai atas kepala.
 “Got to go now. Nice to meet you Nurfa. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam dan selamat bertugas.” Balas Thia.
Roger that. Semoga jodoh izinkan kita berjumpa lagi. Enjoy your flight.
Thia tersenyum dengar kata-kata lelaki itu. Padanlah Mikael ni penulis novel. Mulut tu ! manis saja ayat yang dikeluarkan. Thia pun kemaskan barangannya tidak lama kemudian. Penerbangannya pun tidak lama lagi.



Ketika Thia sedang kusyuk membaca novel hasil karya Is Mika itu. dia disapa oleh seorangg pramugari yang anggun. “Cik Nurfa?”
“Iya saya?” tanya Thia pelik.
Pilot kami kirim salam. Dia berikan pesanan ni pada cik. Dan harap cik tak tolak untuk kali ni pula.”
Thia tersenyum lucu. Malu pun ada kerana mak cik sebelahnya turut tersenyum mendengar kiriman salam dari pramugari tersebut. Thia membaca kiriman nota kecil itu.
Ingat lagi kejadian ni? Tapi kali ini bukan sekadar salam untuk awak. Tapi diiringi lamaran isteri untuk selamanya. I love you. –Is Mika
Thia tutup mulutnya. Ya Allah. Is Mika rupanya? Dia ingat lagi beberapa tahun lepas. Kejadian seperti tadi berlaku, seorang pramugari dalam kapal tersebut menyampaikan salam dari juruterbang. Tapi blurr punya pasal Thia sekadar mengangguk dan biarkan salam tanpa balasan.
Dia ingat lagi kejadian tu. Memang agak romantik. Bila kapal terbang mendarat. Alunan The Moment sedang dipasang dalam kapal terbang tersebut. Alunan yang berjaya meresap ke dalam hatinya kerana lagu tersebut seolah diutarakan kepadanya.
Is Mika. Tidak sangka dia orangnya.
Takut dan gugup punya pasal. Bila sampai keluar saja dari perut kapal. Thia besarkan langkah meninggalkan kawasan lapangan terbang tersebut.
“Encik Mikael pesan. Dia harap cik Nurfa jangan lari lagi macam dulu...”
Membahang muka Thia. malu kerana pesanan pramugari itu bukan saja mampu didengar olehnya seorang. Malah penumpang yang duduk berdekatan padannya.
Demi tidak menjatuhkan maruah Mikael. Thia hanya sekadar senyum dan mengangguk saja walaupun fikiran masih susah hendak terima kenyataan bahawa Is Mika adalah juruterbang yang sama beberapa tahun lepas.



Thia memang dah ambil keputusan untuk terus keluar dari lapangan terbang Kota Kinabalu (KKIA) sebaik saja beg dari kargo diambil. Dia tidak betah lama di situ. Takut terjumpa dengan Mikael. Thia tidak bersedia hendak bertentang mata dengan lelaki itu.
Jam pada pergelangan tangan ditilik. Thia tekan keypad pada skrin telefon miliknya. Nombor telefon rakan serumahnya didail.
“Mana pula budak  ni?” keluh Thia. peluh resah semakin merembes. Cuaca petang itu tidaklah panas mana pun. Thia saja yang berdebar kerana kawannya belum tiba lagi. Takut terserempak dengan Mikael.
Kepala tergerak ke tepi sedikit bila terasa sesuatu yang sejuk menyapa pipinya. “Awak!” bulat matanya memandang Mika di sebelah. Lelaki itu kenyit mata pada Thia.
“Awak mungkir janji.” Ujar Mika.
Dahi Thia bertambah berkerut. “Janji? Janji apa?”
“Janji takkan lari lagi.” Kata lelaki itu selamba.
Mata Thia membesar. Kedua garisan kening bercantum. “Saya tak berjanji dan saya tak lari.” Ujarnya dengan nada yang dikawal. Dia berdiri tegak semula. Cuba mengawal debaran berdiri di sebelah lelaki ini.
“Awak dah la mungkir janji. Menipu pula tu. Tak baik.”                                                    
Thia garu bahagian belakang tepi telinganya. Sabar wahai hati. Dia saja nak provok kau. “Bila masa pula saya janji dekat awak? Jangan nak memandai Mika.”
Mikael tersenyum nipis. Thia sebelahnya dipandang. “Tadi awak dah angguk yang tak nak lari lagi bila pramugari tu tanya. Ingat lagi?”
Mulut Thia dah buat bentuk O. Hati mula rasa geram. Tahu pula mamat ni! “Lain kali tu bawa kapal terbang tu. Bawa betul-betul. Jangan kacau penumpang.” Tegur Thia secara terus.
Mika tergelak. Langsung tidak ambil hati dengan teguran Thia. “Awak tak nak tahu macam mana saya kenal awak beberapa tahun lepas?” Nada suara Mikael buat Thia terfikir sejenak.
“Sebab?”
“Nanti saya beritahu puncanya. Tapi awak ambil dulu ni. Saya beli untuk awak.” Segelas kopi Old Town dihulurkan kepada Thia.
Was-was Thia hendak terima.
“Jangan risau. Saya tak letak apa pun dalam ni. Ambillah.”
Antara mahu atau tidak Thia menyambut juga gelas berisi kopi itu. Gelas yang dikenakan pada pipinya tadi.
“Saya dah terima. Awak dah boleh cerita sekarang?” tanya Thia. Harap Mika sempat bercerita sebelum kawannya sampai.
Mika senyum lagi. Manis dan menawan khas ditujukan pada Thia. “I miss you. Rindu awak Nurfa. Hanya Allah saja tahu perasaan saya bila ternampak awak dalam secret recipe tadi.” Luah lelaki itu romantis. Tersentuh hati Thia mendengarnya. Keadaan Mika seolah refleksi pada dirinya. Seperti dia yang mencintai Zarul dari jauh, begitu juga lelaki ini.
Ya Allah! Apa sebenarnya yang kau cuba tunjuk padaku. Rintih hatinya.
Thia menunduk.
“Saya tahu awak mungkin tak percaya. Tapi itulah luahan hati saya. Pasal bagaimana saya mengenali awak. Saya akan beritahu kemudian. Sebelum tu...” Mikael berhenti bercakap. Thia sebelahnya dipandang. Telefon wanita itu terus saja dirampas.
Heyy..!!.” Thia terjerit kecil. Terkejut dengan tindakan berani lelaki ini.
Mujur telefon Thia tidak berkunci. Mikael menyimpan nombor telefonnya pada telefon gadis itu. kemudian dia tekan butang dail pula. Setelah nombor Thia terpacul pada telefonnya pula. Lelaki itu pulangkan telefon Thia pada pemiliknya. “Saya akan beritahu awak perlahan-lahan pasal bagaimana saya kenal awak beberapa tahun lepas.”
“Saya pergi dulu. Yang ni saya nak awak simpan. Saya akan tuntut suatu hari nanti. Tapi awak dialu-alukan untuk baca.” Sambung Mikael lagi lalu meninggalkannya terkebil-kebil bila sebuah beg kecil disangkut pada pemegang beg bagasinya. Thia hanya memandang saja lelaki itu masuk ke dalam perut kereta yang kebetulan berhenti depan mereka.
Terlihat lelaki itu sempat lagi kenyit mata padannya.. Cepat-cepat Thia toleh tempat lain sambil menghirup air kopi dari Mikael. Rasa nak melayang melihat lelaki kacak itu main mata dengannya.
Telefon Thia mengeluarkan bunyi. Oh my! Terbeliak matanya baca pesanan yang baru sampai tadi. Mika apa awak buat ni. Terkejut baca nama yang lelaki itu set sebagai husband satu hal. Lagi satu bertambah skala terkejut Thia baca pesanan yang dihantar.
Lupa nak bagitahu tadi. Kopi tu saya minum sikit tadi. Haus. Penat bawa bakal isteri terbang tadi.- Is Mika.
Telefon Thia berbunyi lagi. Pesanan lain dari lelaki itu. Gambar lelaki itu dihantar kepadanya. Gambar Mika bersama bersamanya.
Gambar pertama untuk pertemuan ketiga bersama awak.
p/s : Jangan marah. Kalau marah tambah comel.
Thia dapat menganggak gambar tersebut diambil dari sudut tepi. Mungkin dari kereta yang menjemput Mikael tadi.
Sekeping gambar lagi dihantar kepada Thia. Gambar lelaki itu sedang buat muka comel. Geram pula Thia dengan mamat seorang ni. Thia menaip pada papan kekunci pada skrin telefonnya.
Comel la SANGAT buat muka macam tu!
Yeah! Pesanan ringkas pertama dari awak!
Thia tidak lagi membalas. Makin dilayan makin menjadi perangai Mika ni.
Jangan lupa buka kotak tu dalam beg kertas tu.
Thia melihat isi dalam plastik tersebut. Terdapat sebuah kotak dan sekeping nota kecil. Lelaki bernama Iskandar Mikael Shah ni memang suka main dengan nota agaknya. Thia membaca nota tersebut.
Buka blog ni : nurfaismika.blogpot.com.my
pasworrd : BungaNurIsForMika
emel : nurfaismika@gmail.com


Dear diary,
Hari ni... buat pertama kalinya. Dia tidak lari bila saya kirim salam dalam kapal terbang seperti dulu.
Buat pertama kalinya, dia dan saya duduk semeja, bercerita. Lama. Oh bahagia rasa hati.
Buat pertama kalinya, dia dan saya berbalas pandangan, berkongsi minat dan bertegur sapa.
Alhamdulillah Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.
p/s Bunga... saya bagi awak password dan gmail ini. seperti diari untuk awak dan saya. Tulislah sesuka hati awak. Luahkan agar saya turut merasakan apa yang ada dalam hati awak.
Terkedu Thia membaca blog lelaki tersebut. Mikael bagi password dan emel blog sebab ianya private dan khas untuk bacaan pemilik saja.
Thia membaca lagi setiap entri yang diletak oleh Mikael. Dari situ juga dia tahu bagaimana Mikael mengenali darinya. Ya Allah! Hebatnya cinta lelaki ini... air mata Thia menitis. Rasa diri tidak layak untuk lelaki sebaik Mikael walaupun lelaki seperti dialah mempunyai ciri-ciri lelaki idaman Thia. Bukan seperti Zarul yang langsung bercanggah dengan setiap ciri-ciri idaman Thia.
Tangan Thia dilekap ke dada. Mikael bahasakan diri Thia sebagai Bunga dalam tu. Thia dapat menganggak gelaran bunga itu dari nama NurFa yang membawa maksud cahaya bunga.
Dia mula menaip sesuatu pada keyboard. Ingin memberi luahan pada blog yang dibuat khusus untuknya.
Bunga menaip,

Wahai encik kapal terbang...
...TAMAT...

P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. dalam manuskrip tu tiada Mika, hanya Zarul watak utama.
SE. Andai bukan Dia. andai bukan Zarul, maka Mika dan Salam Kapal Terbangnya.


P/S : kepada encik kapal terbang , pengalaman dalam kapal terbang tu berikan idea kpd saya untuk berkongsi pada semua. cerita cinta dalam 'novel' memang wujud. luahan romantik seperti dalam novel bukan angan semata malah wujud sekeliling kita. TAPI real story isn't that romantic at all bila benda tu berlaku secara tiba-tiba... i mean Mika dan salam kapal terbangnya. The real feeling towards that situation is creepy dan segan dan blurr bukan romantic. jangan tiru aksi ini lagi. tapi... yeah... terima kasih kerana beri pengalaman tu, dapat saya kongsi taip dalam cerita ni. lol. thanks again. cc: Is Mika 'tak tahu nama sebenar awak encik salam kapal terbang'.



Cover tu hasil kerja saya sendiri~! kali ni jangan nak plagiarise cover tu. nak patah tangan kita buat satu persatu.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Friday, November 28, 2014

Bukan Orang Ketiga SE (Andai Bukan Dia?)



Merah. Bengkak mata Thia menangis. Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba miliknya.
Melihat Zarul sedang memegang tangan tok kadi itu. hati Thia bagai dicarik. Kenapa bukan dia? Kenapa mesti Aqila? Sakit hari Thia. Pedih melihat senyuman bahagia pada pasangan tersebut. Air mata Thia mengalir lagi. Makin deras.
“Mal… kenapa saya miliki perasaan ini? Kenapa saya perlu hadapi semua ni? Saya tak nak Mal… Saya tak nak…” Thia bermonolog lagi. Kini dia tiada Ekmal untuk kongsi masalahnya. Tiada Zarul untuk dicintai. Kedua-dua lelaki ini bukan miliknya. Ekmal bahagia bersama Zulaikha. Zarul baru sahaja sah menjadi milik Aqila.
Cinta. Kenapa begini cinta yang aku harus miliki? Aku tak larat menanggungnya… Cinta pertama. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Zarul? Aku tidak mampu berbuat apa-apa selain mendoakan kebahagiannya. Aku tidak berkemampuan untuk terus memiliki hati lelaki itu. Aku berharap agar TAMAT la cerita antara aku dengannya.
Coretan demi coretan di tulis ke dalam novelnya. Mungkin kisah terakhir berkisarkan Zarul dengannya.
Banyak yang berlaku dua tiga hari ini. Thia pun tidak larat lagi hendak berfikir. Dia telah diberi amaran oleh Zarul kerana nyaris-nyaris putuskan tali pertunangannya bersama Aqila tempoh hari. Thia menyesal! Kesal kerana tindakannya tidak berjaya putuskan pertunangan pasangan itu. Sebaliknya Zarul ambil tindakan untuk mempercepatkan lagi tarikh perkahwinan mereka. Tertekan! Thia rasa hendak menjerit sekuat hati.
Kepala yang semakin berdenyut ditekan kuat. Sakit! tapi Thia tidak mampu menjerit sekuat hatinya. Raihan yang sedang lapar menangis kuat mintakan susu. Tambah sakit kepala Thia. Tidak tahan dengan keadaan yang serabut. Rumah semakin tidak terurus. Mujur Mira dan Asha balik ke kampung untuk ikut menghadiri majlis perkahwinan Zarul dan Aqila.
Telefon Thia berbunyi. Mengalunkan lagu hingga keadaan menjadi kacau bilau. Seketika telefon tersebut berhenti, namun telefonnya berbunyi lagi. Thia tahu Ekmal yang telefon kerana Thia telah set nada dering khas untuk nombor lelaki itu. “Maafkan saya Mal. Saya perlu tenangkan fikiran dulu.” Telefon Thia dimatikan.
Raihan yang menangis didukung. Lembut kucupan Thia pada hidung si bayi. Sisa air matanya jauh pada pipi gebu Raihan. “Maafkan mama sayang…” Minggu ini kali terakhir Thia bersama Raihan.
“Raihan besar nanti jangan lupa mama. Mama sayang Raihan… mama tak kan pernah lupakan Raihan. Raihan tetap akan jadi anak mama… Maafkan mama kerana tidak dapat besarkan Raihan lagi...” Sekali lagi Thia menangis sambil memandang si bayi yang kembali senyap.
Perbuatannya menghancurkan pertunangan Zarul dan Aqila memberi kesan buruk padanya sendiri. Zarul memang telah putuskan hubungannya bersama Raihan, Mira dan Asha. Minggu ini kali terakhir dia bersama dengan Raihan. Itu pinta Thia untuk kali terakhir setelah puas merayu pada lelaki itu. Mujur Opah masih mampu maafkan tindakannya.
Suara Raihan yang merengek mengejutkan Thia dari terus mengelamun jauh. “Anak mama… anak mama…” Thia memeluk rapat bayi kecil itu. Hatinya bagai dicarik-carik atas keadaan yang semakin kuat memberi tekanan padannya. Thia tidak dapat bayangkan keadaannya tanpa Raihan lagi selepas ini.
Thia tidak sanggup lagi dilabel sebagai orang ketiga dalam hubungan orang lain. Cukup apa yang terjadi sebelum ni. Dia bukan orang ketiga! Dia tidak mahu dilabel sebagai orang yang suka menghancurkan hubungan orang lain. Dia layak untuk berbahagia!
Telefon Thia dihidupkan semula. Papan kekunci pada skrin telefon ditekan. Lalu pesanan ringkas dihantar pada lelaki itu.

“Wardah… Bagitahu Abang Wafiy. Thia setuju…” -Thia.
Bersambung...

P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. saya tahu ramai tak suka Zarul jadi watak utama. saya letak storyline yang pertama sebelum saya ubah Zarul jadi watak utama dalam manuskrip.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Sunday, November 23, 2014

Pesta Buku KLCC & shoot video 3rd language

Assalamualaikum,


Hai salam hujung minggu semua.
hari ni nak post pasal alkisah semalam. Kam berempat sebenarnya. tapi yang tiga tinggalkan faz seorang dalam karnival pesta buku KLCCsemalam. huhu.. yang lain tak minat membaca. so tak apalah. yang mereka dah bawa tu pun syukur & happy sangat-sangat. so faz g pusing-pusing karnival kejap sementara yang lain g klcc jalan-jalan. ni hasil buku-buku yang faz beli. banyak lagi yang dah listed nak beli. tapi tiada. huhu...


Bila Hati Berbicara - Anatasya
Suami Sebelah Rumah- Ana Sofiya
Kalau Memang harus begitu - Acik Lana
Yang Selalu Ada- Pena Kayu & Wawa Taufik
Cinta Ada Di Sini. -Sha Ibrahim
lepas dah beli, faz x tunggu lama. sebab kitorang punya next mission ialah recording utk video assgnment third language : mandarin. jadi lepas dah cekup novel. faz terus balik dari karnival.
kami g Central Market atau bahasa lainnya Pasar seni. shoot video mandarin plus jalan-jalan cuci mata. kih...kih..kih

Gambar dekat Central Market. Cantiknya dalam tu. Ramai pelancong lagi.






Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Monday, November 17, 2014

Secebis Cinta Intan bab 2



Pagi tu tahap tekanan perasaan Intan naik satu angka. Hampir semua orang kena sembur olehnya. Semua kerana kalah dapat perebutan projek di kuala selangor tu. kalah projek bukanlah masalah tahap mega baginya. Tapi bila tahu siapa yang dapat projek tu buat dia angin sampaikan Hakimi pun kena sembur. Lelaki tu pun satu. Dah tahu Intan tengah berangin dia boleh pula buat lawak bodoh depan Intan. Memang saja cari naya!
Intan garu kepala yang tiba-tiba saja gatal. Serabut! Berapa hari tak cukup tidur semata-mata kerana projek itu. mengantuk ditambah lagi dengan rasa marah yang mengebut tidak tentu pasal.
Kuat dengusan Intan sendiri. Dia tak suka serabutkan kepala dengan benda remeh.
Tas tangan dikeluarkan dari dalam laci. Intan turut menarik blazer putih miliknya. Dia perlu keluar tenangkan fikiran. Duduk dalam pejabat pun belum tentu siap kerja. Meja setiausahanya di singgah. Memberi pesanan sedikit kepada Suraya sebelum keluar bangunan syarikat. Dia tidak mahu diganggu buat masa ini. Termasuklah dari Hakimi. Bukan Intan tak tahu yang Hakimi selalu saja korek rahsia dari setiausahanya ni.
Destinasi seterusnya ialah gerai makan tepi jalan tempat selalu dia lepak bersama Hakimi dan Damia. Sebelum sampai ke gerai makan mak angkatnya, dia sempat singgah tandas awam untuk tukar baju lain. T-Shirt biasa dan seluar slack yang memang tersedia dalam boot kereta pakai mengantikan bajunya yang agak seksi.
Kena bebel oleh emak bila pakai baju seksi ni satu hal. Lagi satu, tak pasal terbeliak mata pak cik-pak cik yang singgah pekena kopi secawan di geram mak cik Faridah tu. Intan parkir kereta dia di tepi jalan. Wanita berusia itu berjalan ke luar gerainya sebaik saja melihat kereta Intan berhenti dekat dengan kedainya.
“Assalamualaikum mak.” Tersengih Intan memberi salam pada mak cik Faridah yang dianggap sebagai emaknya.
Telinga Intan dipulas. Salam anak gadis itu sekadar dijawab dalam hati.  “Dah sebulan lebih tak balik ni dah kenapa? Kalau bukan sebab mak telefon sebab. Tiadanya kau nak balik rumah mak kan!”
“Ahhh.... ahhh... ahh!! Sakit mak! Ampun mak. Ampun!” rengek Intan. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit. dia cuba juga lepaskan tangan Faridah yang memulas telinganya.
Intan cebik mulut sambil gosok telinga yang pedih dipulas si emak terseyang.
“Ni dah makan ke belum?” Faridah menyoal sambil mencekak pinggang.
Tersengih lagi Intan dengar soalan cepumas tu. Pelahan-lahan dia geleng kepala. “Lapar mak.” Rengeknya manja sambil peluk lengan wanita itu. Kepala siap dilentok pada bahu Faridah. Teknik nak ambil hati tu!
“Tunggu mak kejap. Nak tutup gerai dah ni.” arah Faridah sambil masuk semula ke bawah bumbung. Kerusi dinaikkan atas meja. Anaknya setia saja ikut dari belakang.
“Awal tutup gerai mak.” Soal Intan sambil membantu Faridah kemas meja dan kerusi.
“Tutuplah. Nasi lemak dah habis. Lauk-lauk tu pun dah tinggal sikit. Tak larat mak nak masak banyak macam dulu lagi.”
“Itulah mak. Orang dah cakap balik-balik jangan berjual lagi. Tak nak dengar. Kan bagus kalau mak tinggal saja dengan Intan. Mak dan ayah boleh rehat-rehat selalu... Intan pun boleh makan sedap-sedap selalu...” tersenyum Intan sendiri sambil bayangkan hari-harinya jika dapat tinggal bersama Faridah. Mesti dapat makan sedap-sedap setiap hari.
Belum habis Intan mengelamun segala jenis makanan kegemarannya. Bahunya ditepuk lembut oleh Faridah. “Dah besar panjang malas nak masak! Mak tengok kamu ni dah macam bihun. Putih dan kurus kering.”
“Mak ni... apa pula samakan orang dengan bihun. Tukar topiklah mak ni. Tak best!
Faridah mencebik. “Bukan mak yang tak nak tinggal dengan korang, korang tu yang tak nak tinggal dengan mak. Lagipun sekarang ni tiga-tiga dah tinggal rumah masing-masing. Kalau mak tinggal rumah kamu, sah si Damia dan Hakimi mogok dengan mak.”
“Ala mak ni. Tangkap touching pula. Tinggal sajalah dengan Intan.”
“Bukan mak tak nak Intan. Mak pun rindu nak tinggal dengan kamu bertiga. Tapi kalau mak tinggal dengan kamu. Bosan mak duduk rumah tu. Tiga-tiga selalu sibuk kerja. Terbang sana, terbang sini...”
“Alalala...” tubuh gempal Faridah dipeluk. Intan tidak suka Faridah buat ayat menyentuh perasaan tu.
“Lepas Intan selesai segala urusan. Mak jangan risau. Intan tinggal dengan mak. Intan pun tak larat hari-hari makan nasi bungkus. Nanti Intan kerja je dekat rumah. Boleh?” pujuk Intan. Memang itu rancangan asal Intan, setelah rancangan dia berjaya. Intan akan tinggalkan kehidupannya sekarang. Tinggal bersama Faridah dan Mahmud.
“Mak pun risau Intan. Kamu tu hari-hari makan kedai. Kalau sibuk boleh sampai tak makan. Walaupun mak tak suka rancangan kamu tu, mak harap sangat Intan cepat-cepat selesaikan. Tinggal dengan mak balik.”
Intan sekadar senyum dan mengangguk. Tidak berani nak cakap lebih. Nanti berjela ‘kuliah’ petang dari emak tersayang.
“Tidur rumah mak ke ni?” tanya Faridah.
“Aah. Tapi tidur malam je la. Esok nak kerja.” Semakin rendah suara Intan. Dia paling malas nak ke kerja bila dari rumah emaknya. Automatik badan jadi malas nak ke kerja sebab mak selalu ada untuknya.
“Tak apalah. Nanti bila tak sibuk. Datanglah. Bawa budak dua tu balik sekali. Yang dua tu pun makin jarang balik rumah. Kalau balik pun tak pernah serentak. Haraplah Damia nak balik kalau Hakimi ada. Damia tu jual mahal sangat.”
Tertawa kecil Intan ingatkan kisah Damia dan Hakimi ni. Dari kecil sampai ke besar tak pernah sekufu. Padahal satu rumah tahu perasaan budak dua tu. “Macam ada restu je mak.” Ujar Intan.
“Mak tak kisahlah Intan. Senakal-nakal Kimi tu. Mak yang jaga dia dari kecil sampai ke besar. Mak kenal dia luar dan dalam. Kasih sayang mak pada dia dan Intan pun dah sama dengan kasih sayang yang mak berikan pada Damia.”
Intan setuju dengan Faridah. Kimi nakal dan boleh dicop buaya darat. Tapi dia tahu cinta Kimi hanya pada Damia. Damia saja yang dari dulu sampai sekarang tolak Kimi. Tak tahulah apa yang dia tidak berkenan sangat pada Kimi tu walaupun Kimi tidak pernah berhenti pikat hati Damia. Pada mak dan ayah Damia pun telah diutarakan niat nak memperisterikan anak dara mereka tu. Faridah makin suka bermenantukan Kimi. Lelaki yang dia boleh percaya untuk jaga Damia. Kimi tu cinta mati pada Damia dari kecil lagi.


Balik rumah emak adalah benda yang paling bahagia buat Intan. Semua masakan kegemarannya terhidang. Tutup saja kedai, Intan terus bawa Faridah ke Giant untuk beli barang dapur. Macam-macam permintaannya, semua masakan kegemaran Intan. Faridah pun senang hati masakkan untuk anak manjanya. Tapi bila waktu masak, boleh pula Intan pergi masuk ruang tamu bercerita dengan Mahmud. Bukannya reti nak tolong emaknya masak.  Faridah pun tak kisah. Dia lagi suka sebab bila Intan dalam dapur mulutnya tidak pernah berhenti merengek walaupun benda kecil.
“Mak... orang dah lancar perang sekarang ni.” beritahu Intan. Matanya memandang Faridah yang  selama ini menyayanginya sepenuh hati.
Lemah hembusan nafas Faridah mendengar kata-kata Intan. Dia tidak pernah ajar anak-anaknya untuk berdendam. “Intan...” meleret suara Faridah menyebut nama Intan. Gadis yang sedang baring berbantalkan pahanya dipandang. Rambut Intan dikusap perlahan-lahan.
“Intan tahu mak tak suka... tapi selagi Intan tak buat. Hati Intan masih sakit mak. Intan nak mereka rasa apa yang Intan rasa sebelum ni.” sayu suara Intan. Dia tidak mahu kalah dengan keluarga yang pernah musnahkan kehidupannya sebelum ni. Terlalu lama dia rancang untuk mulakan operasi ini. Banyak yang dia lalui untuk jadi lebih kuat demi melawan keluarga itu nanti.
“Dah tahu mak tak suka, lagi dia nak buat.” geleng kepala Faridah dengan perangai Intan ni. Degilnya kemain!
Intan tersengih. “Mak...” panggilnya lembut.
“Apa sayang?”
“Apa pun jadi dengan Intan nanti. Mak tetap sayang Intan boleh? Mak jangan buang Intan macam lelaki tu buat. Mak jangan pukul Intan macam arwah mama buat dulu boleh?” bergetar suara Intan meminta pada Faridah.
“Ya Allah sayang... Intan tetap anak mak. Mak dan ayah yang jaga Intan, Damia dan Kimi dari kecil sampai ke besar. Sampai bila-bila pun mak tak akan buang anak-anak mak. Jangan cakap macam tu lagi. Mak tak suka dengar.”
Terharu Intan dengar pengakuan Faridah. Baginya Faridah dan Mahmud ialah ibu dan bapanya. Bukan lelaki tu, bukan mamanya. Dia tidak mahu sesiapa mengantikan Faridah dan Mahmud, kasih sayang suami isteri itu melebihi kasih sayang seorang ibu bapa kepadanya.
“Terima kasih mak. Intan sayang mak...”
Faridah tersenyum melihat telatah manja Intan. Rambut panjang mengurai itu diusap lembut.
“Kimi kata isteri papa Intan tu ada dua orang bujang.”
Mencebik Intan dengar. Dia tidak suka dengar gelaran ‘papa’ tu. Sampai sekarang dia tidak pernah sebut hinggakan Damia dan Hakimi pun tidak dibenarkan gelar ‘papa Intan’ depannya. Hanya Faridah dan Mahmud saja yang berani, Intan pun dah jenuh cakap yang dia tidak suka dengar. Suami isteri tu mana pernah ikut cakapnya, tambah lagi Intan memang tak pernah bangkang cakap mak dan ayah angkatnya tu.
Kecualilah bab-bab nak balas dendam tu. Yang tu dia memang berkeras nak buat juga.
“Intan! Mak tanya ni.”
“Iya mak. Ada dua orang hah. Seorang Aneff, seorang lagi Adif. Mak nak pikat yang mana? Nanti Intan tolong pinangkan.” Nak tak nak saja Intan sebut nama dua orang lelaki itu.
Faridah cubit lengan Intan. Nakal! “Untuk mak buat apa. Untuk Intanlah!”
“Hish tak nak Intan. Seorang buaya darat, seorang lagi berlagak. Dah la dua-dua tu anak kesayangan mama mereka tu.” Walaupun dia baru saja jumpa Adif, tapi melalui hasil penyiasatannya  Aneff seperti orang berlagak saja.
“Iyalah tu Intan. Macamlah mak ni tak tahu apa kau nak buat dengan dua beradik tu.”
“Alaa... Nak goda-goda sikit je. Lagipun Intan nak bagi dua beradik tu bergaduh, bukannya nak buat jadi laki pun.”
“Mana-mana kamulah Intan. Mak tegur pun bukannya kamu nak dengar. Dah tidurlah. Esok nak bangun awal pergi pejabat lagi.” Arahnya sambil menepuk lengan Intan agar betulkan cara pembaringannya.
“Mak tidur dengan Intan malam ni? bagilah chance dekat ayah tu jadi bujang sekali sekala.” Pujuk Intan.
Faridah rasa macam nak cubit-cubit je mulut Intan ni. Loyar buruk dengannya memang nombor satu. “Dah tidur. Mak nak tutup lampu dulu.” Nasib dia dah bagitahu suaminya yang Intan pasti akan minta tidur bersama dengannya. Lagipun semua dalam keluar tu memang faham sangat perangai Intan yang nak dia tidur bersama dengan Intan setiap kali anak angkatnya pulang ke rumah mereka. Mahmud pun tahu sangat dengan perangai anak mereka yang paling manja ni. Dari kecil sampai ke besar sama saja perangai manja Intan ni.




Emak dan ayah angkatnya adalah kaunselor yang terbaik bagi Intan. Moodnya kembali normal. Semangat untuk datang kerja tu kembali berkobar-kobar walaupun sakit juga telinganya dengar kuliah emak sebab kes liat nak bangun pagi dan cara pemakaiannya yang terlalu menjolok mata. Mahmud pun geleng kepala dengan perangai Intan yang tak makan saman.
Interkom berbunyi ketika Intan sedang buat senang ringan di kerusinya. Sakit belakang duduk lama menghadap kerja.
“Cik Intan...” laju suara Suraya memanggil sejurus saja Intan menjawab interkom tersebut.
“Ada apa Sue?”
“Encik Aneff Ayman dari Perkasa Group datang.”
Tegak badan Intan dengar nama lelaki itu. Terkejut! Tidak sangka lelaki itu datang ke pejabatnya. “Sue jangan bagi masuk dulu. Awak kira dalam tiga minit macam tu baru bagi masuk.” Kalut Intan memberi arahan. Dia pun tidak terfikir nak fikir apa dalam tiga minit tu.
Berkerut dahi Suraya dengar arahan pelik dari bosnya namun dia terima saja arahan Intan. Kepada Aneff diminta untuk tunggu sebentar dengan alasan bosnya sedang sibuk.
Intan dalam bilik kalut berjalan sana sini sambil membetulkan keadaan bajunya. Dalam hati menyesal juga sebab tidak pakai seksi hari ini. Gincu merah menyala sempat diyalit pada bibirnya. Tubuh badannya dipandang melalui refleksi diri pada cermin besar yang terlekat di dinding pejabat mempunyai rekaan dalaman bertemakan moden itu.
Baju kemeja putih Intan ditegang agar nampak lebih kemas. Dia pusing badan 180 darjah untuk menanti kedatangan lelaki yang dinanti-nantikan. Kononnya nak bergaya semasa berpusing tapi tidak pasal kakinya tersalah pusing hingga kuat suara Intan teriak ketika jatuh terduduk atas lantai. Kebetulan waktu tu juga si Aneff nak masuk diiringi oleh Suraya.
Bibir merah Intan diketap. Sakit mak oi! Dia memegang kaki yang terseliuh. Suraya dah kalut berlari ke tempat Intan terjatuh tadi. Kalut tengok bosnya terjatuh. Aneff pun ikut berlari anak ke tempatnya.
“Cik okay ke?” soal lelaki prihatin.
Intan yang menahan sakit sekadar mengangguk. Dalam hati bertangki-tangki makian Intan menuduh Aneff sebagai pembawa sial kepadanya. Selalu buat aksi pusing penuh gaya tu tak pernah pula dia terjatuh. Depan lelaki ni jugak nak dia terjatuh. Dimaniskan saja muka pada Aneff walaupun sekadar berpura-pura.
Aneff bantu memapah ke sofa dalam bilik Intan.
“Cik Intan nak ke klinik?” tanya Suraya ketika di sofa.
Intan geleng kepala. Dia tidak mahu nampak sedikit pun kelemahan depan Aneff. Kaki sakit boleh tahan lagi.
“Cik Intan pasti?” Aneff pula menyoal. Gaya macam sakit bagai nak rak sampai payah nak jalan masih lagi tak nak ke klinik.
“I pasti. Jangan risau.” Tegas suara manja Intan beritahu.
“Sue.... you ambilkan planner I atas meja. Kemudian sediakan minuman untuk Encik Aneff.” Arah Intan pada setiausasahnya pula.
Suraya akur. Tahu tahap kedegilan bosnya yang dikenali sejak dua tahun lepas ketika dia mula bekerja dibawah Intan. Kalau Intan kata putih, makan putihlah yang harus mereka hadap. Begitu juga sekarang.
So... I ingatkan patutnya pekerja you yang datang. Tak sangka bos besar sudi cemar duli.” Intan pandang mata lelaki itu sambil membelek setiap inci rupa Aneff. Wajah lelaki ini tak ubah seperti wajah wanita yang paling dia benci.
“Maaf datang tak beritahu you terlebih awal. Orang yang patutnya jumpa you tu kemalangan semalam. Sekarang ditahan di hospital. Dan I yang ganti ambil alih untuk projek ni.”
Oh god! moga dia cepat sihat.” Sedih riak wajah Intan walaupun dalam hati dah melonjak gembira. Gembira kerana dia sendiri akan bekerjasama dengan Aneff. Maknanya selepas ini makin mudah untuk dia dekat dengan lelaki ni. Rancangan nakal mula dilakar dalam kepalanya.
Thanks. Kaki you ni macam mana? Nak teruskan perbincangan ke atau nak I bawakan ke klinik.” Tanya Aneff ramah. Risau juga tengok keadaan Intan. Kalau kaki tu tak dirawat dengan segera , takut makin teruk pula nanti.
Intan tersenyum. “You jangan risau. Kaki I perkara kecil. Lepas meeting nanti I akan pergi. Bagi I meeting lagi penting sebab I tak suka bazirkan masa orang. I tahu you sibuk dan orang lain pun sibuk. No big deal.’ Sikap profesional Intan semasa bekerja lain dari keadaannya biasa. Dia tahu waktu nak bermanja dan waktu untuk serius. Tapi harap dia dapat bertahan untuk serius, nanti tak pasal keluar miang keladi Intan tu  bila kena kerja dengan Aneff.
Baginya Aneff boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak seperti adik lelaki itu. Cuma mata yang agak sepet tu saja yang dia paling tidak berkenan. Intan tidak pernah spesifikasikan lelaki-lelaki bermata sepet sebagai kacak. Aneff dikategorikan sebagai lelaki pertama!
“Betul ni?”
“I yakin. Fullstop. Tutup topik pasal kaki I. Sebelum kita mukan perbincangan I nak kenalkan diri dulu. Nama penuh I, Zara Intan Tasneem binti Zafril Hasyim tapi you panggil Intan je cukup.” Tangan Intan dihulurkan kepada Aneff untuk bersalam. Kaki yang sakit disilang menindih kaki yang lain. Terselah sedikit keseksian gaya Intan di situ walaupun nampak seperti cara duduk biasa.
“Oh tak sangka nama papa you sama dengan nama papa.”
Sebelah kening Intan saja diangkat sedikit. “Oh really? What a coincidence...” kononnya ala-ala teruja Intan bersuara walaupun dah muak Intan dengar ayat tu. Jumpa Adif buat pertama kali dulu pun. Itu juga ayat yang lelaki tu guna.  
Ingat pasal Adif buat sakit jiwa Intan saja. Bukannya lelaki tu nak telefon dia balik. Sakit hati kena gelak sakan oleh Hakimi. Padahal Intan yakin sangat akan dapat si Adif tu dalam tempoh kurang dari tiga hari. Ni dah dekat tiga minggu sekali telefon pun tidak!
“Aah. Sama sangat. Oh lupa. I Aneff Ayman bin Qusyairi”
Manis senyuman Intan terlakar sambil memandang lelaki itu. “Okay Encik Aneff. I tahu you pun sibuk... Boleh kita mulakan perbincangan sekarang?”
Aneff mengangguk. Persepsi pertama buat wanita yang pertama kali dijumpa ini terlalu menakjubkan bagi Aneff. Kredibiliti Intan sangat berbeza baginya. Intan terlalu fokus dengan kerjanya walaupun sekali sekala dia dapat melihat muka itu berkerut dan agak sukar bergerak kerana kaki yang terseliuh tadi.
Bertahun Intan boleh bersabar. Untuk pikat Aneff dia kena tahu kelemahan lelaki ini dulu. Ingat pesan Hakimi, lelaki mudah tergoda dengan wanita. Tapi mesti kena dengan cara dan citarasa terhadap perempuan yang dia suka.
Manis senyuman Intan membalas pandangan Aneff ketika perasan lelaki itu sedang membelek wajahnya. Dalam hati kembang setaman. Pasti Aneff sedang memuji kecantikan rupa parasnya. Penuh keayuan dan kemanjaan suara Intan semasa perbincangan. Dia tidak akan sesekali melepas peluang untuk mendekati lelaki ini.
Diperhati wajah Intan yang manis
My darts are ready. I’m aiming you Aneff. I want you and you gonna be mine’  bisik hati Intan sambil kelip mata pada Aneff bila lelaki itu sedang mengelamun memandangnya.
Aneff yang tersentak dengan kelipan mata Intan tersenyum kecil. Malu dengan tindakannya memerhati Intan.
Shall we continue?” tanya Intan manja sambil menongkat dagu pada atas lutut.
“I kagum you Cik Intan. Patutlah you digelar Iron Lady dalam area ni.” Selama Aneff menceburi bidang perniagaan. Nama Intan sering saja menjadi topik utama kerana pencapaiannya yang dikatakan terlalu tinggi bagi seorang wanita berumur 28 tahun. Malah dia tahu Intan sangat berpengaruh di luar negara, kerana dia difahamkan selama ini syarikat dalam negara hanya dikawal oleh pekerjanya sahaja sedangkan dia tinggal di luar negara.

“I have my very own personal vision Mr Aneff. Untuk capai visi tu, menjadi Iron Lady ialah perkara wajib bagi I. Its a must.”  Ujar Intan bersirat.

Haodie~  [Faz's Captured Thought] -group FB tempat baru faz tempek teaser. FB page dah tak berapa teaser sana dah.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!