Pagi tu tahap tekanan perasaan Intan
naik satu angka. Hampir semua orang kena sembur olehnya. Semua kerana kalah
dapat perebutan projek di kuala selangor tu. kalah projek bukanlah masalah
tahap mega baginya. Tapi bila tahu siapa yang dapat projek tu buat dia angin
sampaikan Hakimi pun kena sembur. Lelaki tu pun satu. Dah tahu Intan tengah
berangin dia boleh pula buat lawak bodoh depan Intan. Memang saja cari naya!
Intan garu kepala yang tiba-tiba saja
gatal. Serabut! Berapa hari tak cukup tidur semata-mata kerana projek itu.
mengantuk ditambah lagi dengan rasa marah yang mengebut tidak tentu pasal.
Kuat dengusan Intan sendiri. Dia tak
suka serabutkan kepala dengan benda remeh.
Tas tangan dikeluarkan dari dalam laci.
Intan turut menarik blazer putih miliknya. Dia perlu keluar tenangkan fikiran.
Duduk dalam pejabat pun belum tentu siap kerja. Meja setiausahanya di singgah.
Memberi pesanan sedikit kepada Suraya sebelum keluar bangunan syarikat. Dia
tidak mahu diganggu buat masa ini. Termasuklah dari Hakimi. Bukan Intan tak
tahu yang Hakimi selalu saja korek rahsia dari setiausahanya ni.
Destinasi seterusnya ialah gerai makan
tepi jalan tempat selalu dia lepak bersama Hakimi dan Damia. Sebelum sampai ke
gerai makan mak angkatnya, dia sempat singgah tandas awam untuk tukar baju
lain. T-Shirt biasa dan seluar slack yang memang tersedia dalam boot kereta
pakai mengantikan bajunya yang agak seksi.
Kena bebel oleh emak bila pakai baju
seksi ni satu hal. Lagi satu, tak pasal terbeliak mata pak cik-pak cik yang
singgah pekena kopi secawan di geram mak cik Faridah tu. Intan parkir kereta
dia di tepi jalan. Wanita berusia itu berjalan ke luar gerainya sebaik saja
melihat kereta Intan berhenti dekat dengan kedainya.
“Assalamualaikum mak.” Tersengih Intan
memberi salam pada mak cik Faridah yang dianggap sebagai emaknya.
Telinga Intan dipulas. Salam anak gadis
itu sekadar dijawab dalam hati. “Dah
sebulan lebih tak balik ni dah kenapa? Kalau bukan sebab mak telefon sebab.
Tiadanya kau nak balik rumah mak kan!”
“Ahhh.... ahhh... ahh!! Sakit mak! Ampun
mak. Ampun!” rengek Intan. Berkerut-kerut wajahnya menahan sakit. dia cuba juga
lepaskan tangan Faridah yang memulas telinganya.
Intan cebik mulut sambil gosok telinga
yang pedih dipulas si emak terseyang.
“Ni dah makan ke belum?” Faridah menyoal
sambil mencekak pinggang.
Tersengih lagi Intan dengar soalan
cepumas tu. Pelahan-lahan dia geleng kepala. “Lapar mak.” Rengeknya manja
sambil peluk lengan wanita itu. Kepala siap dilentok pada bahu Faridah. Teknik
nak ambil hati tu!
“Tunggu mak kejap. Nak tutup gerai dah
ni.” arah Faridah sambil masuk semula ke bawah bumbung. Kerusi dinaikkan atas
meja. Anaknya setia saja ikut dari belakang.
“Awal tutup gerai mak.” Soal Intan
sambil membantu Faridah kemas meja dan kerusi.
“Tutuplah. Nasi lemak dah habis.
Lauk-lauk tu pun dah tinggal sikit. Tak larat mak nak masak banyak macam dulu
lagi.”
“Itulah mak. Orang dah cakap balik-balik
jangan berjual lagi. Tak nak dengar. Kan bagus kalau mak tinggal saja dengan
Intan. Mak dan ayah boleh rehat-rehat selalu... Intan pun boleh makan
sedap-sedap selalu...” tersenyum Intan sendiri sambil bayangkan hari-harinya
jika dapat tinggal bersama Faridah. Mesti dapat makan sedap-sedap setiap hari.
Belum habis Intan mengelamun segala
jenis makanan kegemarannya. Bahunya ditepuk lembut oleh Faridah. “Dah besar panjang
malas nak masak! Mak tengok kamu ni dah macam bihun. Putih dan kurus kering.”
“Mak ni... apa pula samakan orang dengan
bihun. Tukar topiklah mak ni. Tak best!”
Faridah mencebik. “Bukan mak yang tak
nak tinggal dengan korang, korang tu yang tak nak tinggal dengan mak. Lagipun
sekarang ni tiga-tiga dah tinggal rumah masing-masing. Kalau mak tinggal rumah
kamu, sah si Damia dan Hakimi mogok dengan mak.”
“Ala mak ni. Tangkap touching pula. Tinggal sajalah dengan
Intan.”
“Bukan mak tak nak Intan. Mak pun rindu
nak tinggal dengan kamu bertiga. Tapi kalau mak tinggal dengan kamu. Bosan mak
duduk rumah tu. Tiga-tiga selalu sibuk kerja. Terbang sana, terbang sini...”
“Alalala...” tubuh gempal Faridah
dipeluk. Intan tidak suka Faridah buat ayat menyentuh perasaan tu.
“Lepas Intan selesai segala urusan. Mak
jangan risau. Intan tinggal dengan mak. Intan pun tak larat hari-hari makan
nasi bungkus. Nanti Intan kerja je dekat rumah. Boleh?” pujuk Intan. Memang itu
rancangan asal Intan, setelah rancangan dia berjaya. Intan akan tinggalkan
kehidupannya sekarang. Tinggal bersama Faridah dan Mahmud.
“Mak pun risau Intan. Kamu tu hari-hari
makan kedai. Kalau sibuk boleh sampai tak makan. Walaupun mak tak suka
rancangan kamu tu, mak harap sangat Intan cepat-cepat selesaikan. Tinggal
dengan mak balik.”
Intan sekadar senyum dan mengangguk. Tidak
berani nak cakap lebih. Nanti berjela ‘kuliah’ petang dari emak tersayang.
“Tidur rumah mak ke ni?” tanya Faridah.
“Aah. Tapi tidur malam je la. Esok nak
kerja.” Semakin rendah suara Intan. Dia paling malas nak ke kerja bila dari
rumah emaknya. Automatik badan jadi malas nak ke kerja sebab mak selalu ada
untuknya.
“Tak apalah. Nanti bila tak sibuk.
Datanglah. Bawa budak dua tu balik sekali. Yang dua tu pun makin jarang balik
rumah. Kalau balik pun tak pernah serentak. Haraplah Damia nak balik kalau
Hakimi ada. Damia tu jual mahal sangat.”
Tertawa kecil Intan ingatkan kisah Damia dan Hakimi ni. Dari kecil sampai ke besar tak pernah sekufu. Padahal satu rumah
tahu perasaan budak dua tu. “Macam ada restu je mak.” Ujar Intan.
“Mak tak kisahlah Intan. Senakal-nakal
Kimi tu. Mak yang jaga dia dari kecil sampai ke besar. Mak kenal dia luar dan
dalam. Kasih sayang mak pada dia dan Intan pun dah sama dengan kasih sayang
yang mak berikan pada Damia.”
Intan setuju dengan Faridah. Kimi nakal
dan boleh dicop buaya darat. Tapi dia tahu cinta Kimi hanya pada Damia. Damia saja yang dari dulu sampai sekarang tolak Kimi. Tak tahulah apa yang dia tidak berkenan sangat pada Kimi tu walaupun Kimi tidak pernah berhenti pikat hati Damia. Pada mak dan ayah Damia pun telah diutarakan niat nak memperisterikan
anak dara mereka tu. Faridah makin suka bermenantukan Kimi. Lelaki yang dia
boleh percaya untuk jaga Damia. Kimi tu cinta mati pada Damia dari kecil lagi.
Balik rumah emak adalah benda yang
paling bahagia buat Intan. Semua masakan kegemarannya terhidang. Tutup saja
kedai, Intan terus bawa Faridah ke Giant untuk beli barang dapur. Macam-macam
permintaannya, semua masakan kegemaran Intan. Faridah pun senang hati masakkan
untuk anak manjanya. Tapi bila waktu masak, boleh pula Intan pergi masuk ruang
tamu bercerita dengan Mahmud. Bukannya reti nak tolong emaknya masak. Faridah pun tak kisah. Dia lagi suka sebab
bila Intan dalam dapur mulutnya tidak pernah berhenti merengek walaupun benda
kecil.
“Mak... orang dah lancar perang sekarang
ni.” beritahu Intan. Matanya memandang Faridah yang selama ini menyayanginya sepenuh hati.
Lemah hembusan nafas Faridah mendengar
kata-kata Intan. Dia tidak pernah ajar anak-anaknya untuk berdendam. “Intan...”
meleret suara Faridah menyebut nama Intan. Gadis yang sedang baring
berbantalkan pahanya dipandang. Rambut Intan dikusap perlahan-lahan.
“Intan tahu mak tak suka... tapi selagi
Intan tak buat. Hati Intan masih sakit mak. Intan nak mereka rasa apa yang
Intan rasa sebelum ni.” sayu suara Intan. Dia tidak mahu kalah dengan keluarga
yang pernah musnahkan kehidupannya sebelum ni. Terlalu lama dia rancang untuk
mulakan operasi ini. Banyak yang dia lalui untuk jadi lebih kuat demi melawan
keluarga itu nanti.
“Dah tahu mak tak suka, lagi dia nak
buat.” geleng kepala Faridah dengan perangai Intan ni. Degilnya kemain!
Intan tersengih. “Mak...” panggilnya
lembut.
“Apa sayang?”
“Apa pun jadi dengan Intan nanti. Mak
tetap sayang Intan boleh? Mak jangan buang Intan macam lelaki tu buat. Mak
jangan pukul Intan macam arwah mama buat dulu boleh?” bergetar suara Intan
meminta pada Faridah.
“Ya Allah sayang... Intan tetap anak
mak. Mak dan ayah yang jaga Intan, Damia dan Kimi dari kecil sampai ke besar.
Sampai bila-bila pun mak tak akan buang anak-anak mak. Jangan cakap macam tu
lagi. Mak tak suka dengar.”
Terharu Intan dengar pengakuan Faridah.
Baginya Faridah dan Mahmud ialah ibu dan bapanya. Bukan lelaki tu, bukan
mamanya. Dia tidak mahu sesiapa mengantikan Faridah dan Mahmud, kasih sayang
suami isteri itu melebihi kasih sayang seorang ibu bapa kepadanya.
“Terima kasih mak. Intan sayang mak...”
Faridah tersenyum melihat telatah manja
Intan. Rambut panjang mengurai itu diusap lembut.
“Kimi kata isteri papa Intan tu ada dua
orang bujang.”
Mencebik Intan dengar. Dia tidak suka
dengar gelaran ‘papa’ tu. Sampai sekarang dia tidak pernah sebut hinggakan
Damia dan Hakimi pun tidak dibenarkan gelar ‘papa Intan’ depannya. Hanya
Faridah dan Mahmud saja yang berani, Intan pun dah jenuh cakap yang dia tidak
suka dengar. Suami isteri tu mana pernah ikut cakapnya, tambah lagi Intan
memang tak pernah bangkang cakap mak dan ayah angkatnya tu.
Kecualilah bab-bab nak balas dendam tu.
Yang tu dia memang berkeras nak buat juga.
“Intan! Mak tanya ni.”
“Iya mak. Ada dua orang hah. Seorang
Aneff, seorang lagi Adif. Mak nak pikat yang mana? Nanti Intan tolong
pinangkan.” Nak tak nak saja Intan sebut nama dua orang lelaki itu.
Faridah cubit lengan Intan. Nakal! “Untuk
mak buat apa. Untuk Intanlah!”
“Hish tak nak Intan. Seorang buaya
darat, seorang lagi berlagak. Dah la dua-dua tu anak kesayangan mama mereka tu.” Walaupun dia baru saja jumpa Adif, tapi melalui hasil penyiasatannya Aneff seperti orang berlagak saja.
“Iyalah tu Intan. Macamlah mak ni tak
tahu apa kau nak buat dengan dua beradik tu.”
“Alaa... Nak goda-goda sikit je. Lagipun
Intan nak bagi dua beradik tu bergaduh, bukannya nak buat jadi laki pun.”
“Mana-mana kamulah Intan. Mak tegur pun
bukannya kamu nak dengar. Dah tidurlah. Esok nak bangun awal pergi pejabat
lagi.” Arahnya sambil menepuk lengan Intan agar betulkan cara pembaringannya.
“Mak tidur dengan Intan malam ni?
bagilah chance dekat ayah tu jadi
bujang sekali sekala.” Pujuk Intan.
Faridah rasa macam nak cubit-cubit je
mulut Intan ni. Loyar buruk dengannya memang nombor satu. “Dah tidur. Mak nak
tutup lampu dulu.” Nasib dia dah bagitahu suaminya yang Intan pasti akan minta
tidur bersama dengannya. Lagipun semua dalam keluar tu memang faham sangat
perangai Intan yang nak dia tidur bersama dengan Intan setiap kali anak
angkatnya pulang ke rumah mereka. Mahmud pun tahu sangat dengan perangai anak
mereka yang paling manja ni. Dari kecil sampai ke besar sama saja perangai
manja Intan ni.
Emak dan ayah angkatnya adalah kaunselor
yang terbaik bagi Intan. Moodnya kembali normal. Semangat untuk datang kerja tu
kembali berkobar-kobar walaupun sakit juga telinganya dengar kuliah emak sebab
kes liat nak bangun pagi dan cara pemakaiannya yang terlalu menjolok mata.
Mahmud pun geleng kepala dengan perangai Intan yang tak makan saman.
Interkom berbunyi ketika Intan sedang
buat senang ringan di kerusinya. Sakit belakang duduk lama menghadap kerja.
“Cik Intan...” laju suara Suraya
memanggil sejurus saja Intan menjawab interkom tersebut.
“Ada apa Sue?”
“Encik Aneff Ayman dari Perkasa Group
datang.”
Tegak badan Intan dengar nama lelaki
itu. Terkejut! Tidak sangka lelaki itu datang ke pejabatnya. “Sue jangan bagi
masuk dulu. Awak kira dalam tiga minit macam tu baru bagi masuk.” Kalut Intan
memberi arahan. Dia pun tidak terfikir nak fikir apa dalam tiga minit tu.
Berkerut dahi Suraya dengar arahan pelik
dari bosnya namun dia terima saja arahan Intan. Kepada Aneff diminta untuk
tunggu sebentar dengan alasan bosnya sedang sibuk.
Intan dalam bilik kalut berjalan sana
sini sambil membetulkan keadaan bajunya. Dalam hati menyesal juga sebab tidak
pakai seksi hari ini. Gincu merah menyala sempat diyalit pada bibirnya. Tubuh
badannya dipandang melalui refleksi diri pada cermin besar yang terlekat di
dinding pejabat mempunyai rekaan dalaman bertemakan moden itu.
Baju kemeja putih Intan ditegang agar
nampak lebih kemas. Dia pusing badan 180 darjah untuk menanti kedatangan lelaki
yang dinanti-nantikan. Kononnya nak bergaya semasa berpusing tapi tidak pasal
kakinya tersalah pusing hingga kuat suara Intan teriak ketika jatuh terduduk atas
lantai. Kebetulan waktu tu juga si Aneff nak masuk diiringi oleh Suraya.
Bibir merah Intan diketap. Sakit mak oi!
Dia memegang kaki yang terseliuh. Suraya dah kalut berlari ke tempat Intan
terjatuh tadi. Kalut tengok bosnya terjatuh. Aneff pun ikut berlari anak ke
tempatnya.
“Cik okay ke?” soal lelaki prihatin.
Intan yang menahan sakit sekadar
mengangguk. Dalam hati bertangki-tangki makian Intan menuduh Aneff sebagai
pembawa sial kepadanya. Selalu buat aksi pusing penuh gaya tu tak pernah pula
dia terjatuh. Depan lelaki ni jugak nak dia terjatuh. Dimaniskan saja muka pada
Aneff walaupun sekadar berpura-pura.
Aneff bantu memapah ke sofa dalam bilik
Intan.
“Cik Intan nak ke klinik?” tanya Suraya
ketika di sofa.
Intan geleng kepala. Dia tidak mahu
nampak sedikit pun kelemahan depan Aneff. Kaki sakit boleh tahan lagi.
“Cik Intan pasti?” Aneff pula menyoal.
Gaya macam sakit bagai nak rak sampai payah nak jalan masih lagi tak nak ke
klinik.
“I pasti. Jangan risau.” Tegas suara
manja Intan beritahu.
“Sue.... you ambilkan planner I atas meja. Kemudian sediakan minuman
untuk Encik Aneff.” Arah Intan pada setiausasahnya pula.
Suraya akur. Tahu tahap kedegilan bosnya
yang dikenali sejak dua tahun lepas ketika dia mula bekerja dibawah Intan.
Kalau Intan kata putih, makan putihlah yang harus mereka hadap. Begitu juga
sekarang.
“So...
I ingatkan patutnya pekerja you yang datang. Tak sangka bos besar sudi
cemar duli.” Intan pandang mata lelaki itu sambil membelek setiap inci rupa
Aneff. Wajah lelaki ini tak ubah seperti wajah wanita yang paling dia benci.
“Maaf datang tak beritahu you terlebih
awal. Orang yang patutnya jumpa you tu kemalangan semalam. Sekarang ditahan di
hospital. Dan I yang ganti ambil alih untuk projek ni.”
“Oh
god! moga dia cepat sihat.” Sedih riak wajah Intan walaupun dalam hati dah
melonjak gembira. Gembira kerana dia sendiri akan bekerjasama dengan Aneff.
Maknanya selepas ini makin mudah untuk dia dekat dengan lelaki ni. Rancangan
nakal mula dilakar dalam kepalanya.
“Thanks.
Kaki you ni macam mana? Nak teruskan perbincangan ke atau nak I bawakan ke
klinik.” Tanya Aneff ramah. Risau juga tengok keadaan Intan. Kalau kaki tu tak
dirawat dengan segera , takut makin teruk pula nanti.
Intan tersenyum. “You jangan risau. Kaki
I perkara kecil. Lepas meeting nanti
I akan pergi. Bagi I meeting lagi
penting sebab I tak suka bazirkan masa orang. I tahu you sibuk dan orang lain
pun sibuk. No big deal.’ Sikap
profesional Intan semasa bekerja lain dari keadaannya biasa. Dia tahu waktu nak
bermanja dan waktu untuk serius. Tapi harap dia dapat bertahan untuk serius,
nanti tak pasal keluar miang keladi Intan tu
bila kena kerja dengan Aneff.
Baginya Aneff boleh dikategorikan
sebagai lelaki kacak seperti adik lelaki itu. Cuma mata yang agak sepet tu saja
yang dia paling tidak berkenan. Intan tidak pernah spesifikasikan lelaki-lelaki
bermata sepet sebagai kacak. Aneff dikategorikan sebagai lelaki pertama!
“Betul ni?”
“I yakin. Fullstop. Tutup topik pasal kaki I. Sebelum kita mukan perbincangan
I nak kenalkan diri dulu. Nama penuh I, Zara Intan Tasneem
binti Zafril Hasyim tapi you panggil Intan je cukup.” Tangan Intan dihulurkan
kepada Aneff untuk bersalam. Kaki yang sakit disilang menindih kaki yang lain.
Terselah sedikit keseksian gaya Intan di situ walaupun nampak seperti cara
duduk biasa.
“Oh
tak sangka nama papa you sama dengan nama papa.”
Sebelah
kening Intan saja diangkat sedikit. “Oh
really? What a coincidence...” kononnya ala-ala teruja Intan bersuara
walaupun dah muak Intan dengar ayat tu. Jumpa Adif buat pertama kali dulu pun.
Itu juga ayat yang lelaki tu guna.
Ingat
pasal Adif buat sakit jiwa Intan saja. Bukannya lelaki tu nak telefon dia
balik. Sakit hati kena gelak sakan oleh Hakimi. Padahal Intan yakin sangat akan
dapat si Adif tu dalam tempoh kurang dari tiga hari. Ni dah dekat tiga minggu
sekali telefon pun tidak!
“Aah.
Sama sangat. Oh lupa. I Aneff Ayman bin Qusyairi”
Manis senyuman Intan terlakar sambil
memandang lelaki itu. “Okay Encik Aneff. I tahu you pun sibuk... Boleh kita
mulakan perbincangan sekarang?”
Aneff mengangguk. Persepsi pertama buat
wanita yang pertama kali dijumpa ini terlalu menakjubkan bagi Aneff. Kredibiliti
Intan sangat berbeza baginya. Intan terlalu fokus dengan kerjanya walaupun
sekali sekala dia dapat melihat muka itu berkerut dan agak sukar bergerak
kerana kaki yang terseliuh tadi.
Bertahun Intan boleh bersabar. Untuk pikat
Aneff dia kena tahu kelemahan lelaki ini dulu. Ingat pesan Hakimi, lelaki mudah
tergoda dengan wanita. Tapi mesti kena dengan cara dan citarasa terhadap
perempuan yang dia suka.
Manis senyuman Intan membalas pandangan
Aneff ketika perasan lelaki itu sedang membelek wajahnya. Dalam hati kembang
setaman. Pasti Aneff sedang memuji kecantikan rupa parasnya. Penuh keayuan dan
kemanjaan suara Intan semasa perbincangan. Dia tidak akan sesekali melepas
peluang untuk mendekati lelaki ini.
Diperhati wajah Intan yang manis
‘My
darts are ready. I’m aiming you Aneff. I want you and you gonna be mine’ bisik hati Intan sambil kelip mata pada Aneff
bila lelaki itu sedang mengelamun memandangnya.
Aneff yang tersentak dengan kelipan mata
Intan tersenyum kecil. Malu dengan tindakannya memerhati Intan.
“Shall
we continue?” tanya Intan manja sambil menongkat dagu pada atas lutut.
“I kagum you Cik Intan. Patutlah you
digelar Iron Lady dalam area ni.” Selama Aneff menceburi bidang
perniagaan. Nama Intan sering saja menjadi topik utama kerana pencapaiannya
yang dikatakan terlalu tinggi bagi seorang wanita berumur 28 tahun. Malah dia
tahu Intan sangat berpengaruh di luar negara, kerana dia difahamkan selama ini
syarikat dalam negara hanya dikawal oleh pekerjanya sahaja sedangkan dia
tinggal di luar negara.
“I have
my very own personal vision Mr Aneff.
Untuk capai visi tu, menjadi Iron Lady
ialah perkara wajib bagi I. Its a must.”
Ujar Intan bersirat.
Haodie~ [Faz's Captured Thought] -group FB tempat baru faz tempek teaser. FB page dah tak berapa teaser sana dah.
Seriously I like this novel !
ReplyDeleteterima kasih srimanis. =)
Delete