Merah. Bengkak mata Thia menangis.
Lelaki itu akhirnya telah pun berkahwin. “Taniah Zarul. Taniah.” Ucapnya
perlahan. Serak suara Thia yang masih lagi menangis. Perasaannya langsung tidak
dapat dikawal memandang setiap gambar yang terpampang dari skrin komputer riba
miliknya.
Melihat Zarul sedang memegang tangan tok
kadi itu. hati Thia bagai dicarik. Kenapa bukan dia? Kenapa mesti Aqila? Sakit
hari Thia. Pedih melihat senyuman bahagia pada pasangan tersebut. Air mata Thia
mengalir lagi. Makin deras.
“Mal… kenapa saya miliki perasaan ini?
Kenapa saya perlu hadapi semua ni? Saya tak nak Mal… Saya tak nak…” Thia
bermonolog lagi. Kini dia tiada Ekmal untuk kongsi masalahnya. Tiada Zarul
untuk dicintai. Kedua-dua lelaki ini bukan miliknya. Ekmal bahagia bersama
Zulaikha. Zarul baru sahaja sah menjadi milik Aqila.
Cinta.
Kenapa begini cinta yang aku harus miliki? Aku tak larat menanggungnya… Cinta
pertama. Pedihnya hanya Allah yang tahu. Zarul? Aku tidak mampu berbuat apa-apa
selain mendoakan kebahagiannya. Aku tidak berkemampuan untuk terus memiliki
hati lelaki itu. Aku berharap agar TAMAT la cerita antara aku dengannya.
Coretan demi coretan di tulis ke dalam
novelnya. Mungkin kisah terakhir berkisarkan Zarul dengannya.
Banyak yang berlaku dua tiga hari ini.
Thia pun tidak larat lagi hendak berfikir. Dia telah diberi amaran oleh Zarul
kerana nyaris-nyaris putuskan tali pertunangannya bersama Aqila tempoh hari.
Thia menyesal! Kesal kerana tindakannya tidak berjaya putuskan pertunangan
pasangan itu. Sebaliknya Zarul ambil tindakan untuk mempercepatkan lagi tarikh
perkahwinan mereka. Tertekan! Thia rasa hendak menjerit sekuat hati.
Kepala yang semakin berdenyut ditekan
kuat. Sakit! tapi Thia tidak mampu menjerit sekuat hatinya. Raihan yang sedang
lapar menangis kuat mintakan susu. Tambah sakit kepala Thia. Tidak tahan dengan
keadaan yang serabut. Rumah semakin tidak terurus. Mujur Mira dan Asha balik ke
kampung untuk ikut menghadiri majlis perkahwinan Zarul dan Aqila.
Telefon Thia berbunyi. Mengalunkan lagu
hingga keadaan menjadi kacau bilau. Seketika telefon tersebut berhenti, namun
telefonnya berbunyi lagi. Thia tahu Ekmal yang telefon kerana Thia telah set
nada dering khas untuk nombor lelaki itu. “Maafkan saya Mal. Saya perlu
tenangkan fikiran dulu.” Telefon Thia dimatikan.
Raihan yang menangis didukung. Lembut
kucupan Thia pada hidung si bayi. Sisa air matanya jauh pada pipi gebu Raihan.
“Maafkan mama sayang…” Minggu ini kali terakhir Thia bersama Raihan.
“Raihan besar nanti jangan lupa mama.
Mama sayang Raihan… mama tak kan pernah lupakan Raihan. Raihan tetap akan jadi
anak mama… Maafkan mama kerana tidak dapat besarkan Raihan lagi...” Sekali lagi
Thia menangis sambil memandang si bayi yang kembali senyap.
Perbuatannya menghancurkan pertunangan
Zarul dan Aqila memberi kesan buruk padanya sendiri. Zarul memang telah
putuskan hubungannya bersama Raihan, Mira dan Asha. Minggu ini kali terakhir
dia bersama dengan Raihan. Itu pinta Thia untuk kali terakhir setelah puas
merayu pada lelaki itu. Mujur Opah masih mampu maafkan tindakannya.
Suara Raihan yang merengek mengejutkan
Thia dari terus mengelamun jauh. “Anak mama… anak mama…” Thia memeluk rapat
bayi kecil itu. Hatinya bagai dicarik-carik atas keadaan yang semakin kuat
memberi tekanan padannya. Thia tidak dapat bayangkan keadaannya tanpa Raihan
lagi selepas ini.
Thia tidak sanggup lagi dilabel sebagai
orang ketiga dalam hubungan orang lain. Cukup apa yang terjadi sebelum ni. Dia
bukan orang ketiga! Dia tidak mahu dilabel sebagai orang yang suka
menghancurkan hubungan orang lain. Dia layak untuk berbahagia!
Telefon Thia dihidupkan semula. Papan
kekunci pada skrin telefon ditekan. Lalu pesanan ringkas dihantar pada lelaki
itu.
“Wardah…
Bagitahu Abang Wafiy. Thia setuju…” -Thia.
Bersambung...
P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. saya tahu ramai tak suka Zarul jadi watak utama. saya letak storyline yang pertama sebelum saya ubah Zarul jadi watak utama dalam manuskrip.
P/S : Special Edition : Andai bukan Dia ni tiada kaitan langsung dengan jalan cerita dalam manuskrip novel. saya tahu ramai tak suka Zarul jadi watak utama. saya letak storyline yang pertama sebelum saya ubah Zarul jadi watak utama dalam manuskrip.
ingat kan betul tadi.
ReplyDelete