Telefon Adam yang berdering menganggu
konsentrasinya. Dia sekadar memandang sekilas nombor yang tertera. “Encik
Kamal. Fiera tolong angkat call tu.
Entah apa lagi dia nak. Menyusahkan betul klien seorang ni.”
Fiera mengangguk. Langsung tidak banyak bunyi.
Nampat sangat angin Adam tidak baik sekarang ni. Telefon Adam yang dihulur
kepada diambil lalu menekan butang maya hijau pada telefon lelaki itu.
“Assalamualaikum Encik Kamal… Saya PA Encik Adam…
maaf Encik Adam tengah driving so
apa-apa boleh terus cakap kat saya saja…. Apa?!”
Adam mengerling Fiera di tepi. Nada suara gadis itu yang agak
tinggi membuatkan dia tertanya-tanya. Fiera masih lagi senyap menanti perbualan
di sebalik telefon
“Baiklah Encik Kamal. Nanti saya inform kat Encik Adam.” Fiera menekan
butang merah. Satu keluhan dihembus. Telefon Adam diserahkan semula kepada
lelaki itu.
“Encik Kamal kata meeting batal sebab dia kena
bertolak ke Hong Kong sekarang juga. Ada hal emergency konon.”
Adam menekan brek secara tiba-tiba sebaik sahaja
terdengar kata-kata Fiera. “Apa?” Nyata lelaki itu tidak berpuas hati. Terkejut
dengan statement Fiera. Menyusahkan
betul klien seorang ni.
Tubuh badan Fiera tersorong ke depan. Kepalanya
terhantuk pada dashboard kereta. “Encik Adam, Awak nak bunuh saya ke apa?”
Dahi yang terhantuk tadi digosok kasar. Walaupun dia
‘kepala batu’ seperti yang dilabelkan oleh kawan-kawannya tapi kepala dia
bukanlah batu. Sakit kena hantuk buat kali kedua. Bertambah tidak betul kepala
Fiera.
“Maaf. Saya tak sengaja.” Kata lelaki itu sambil
memegang kepala Fiera. Dahi yang kemerahan itu dipandang. Fiera pula yang
terdiam dengan tingkah laku Adam yang mengejut. Berkelip-kelip matanya
memandang Adam yang sedang meniup dahinya. Pipi Fiera terus berubah kemerahan
sama seperti warna dahinya yang terhantuk tadi. Panas pipi itu disebabkan tahap
malu yang teramat.
Pin… pin… bunyi hon dari kereta belakang mengejutkan
mereka berdua. “Encik Adam, kereta awak halang laluan orang lain.” Ujar Fiera
selamba walaupun hatinya tengah berdebar-debar bagai nak rak.
Adam memandang cermin untuk melihat kereta
dibelakang. Dia kemudiannya memakirkan kereta di bahu jalan. “Dahi awak masih
sakit tak? Nak saya bawa ke hospital check? Takut ada apa-apa ke?” Tanya lelaki
itu sejurus kereta berhenti.
“Terhantuk sikit saja pun. Jangan risau…”
Adam mengeluh. Dia menyandar memandang hadapan.
“Klien ni menyusahkan betul. Ingat dia orang sahaja yang sibuk. Orang lain pun
sibuk jugak!” Kepala yang sakit diurut beberapa kali.
“Biasalah adat orang berniaga memang macam tu.
Perlukan tahap kesabaran yang tinggi.”
Sedar kata-kata dari Fiera itu ada benarnya. Adam
tidak dapat nafikan kesabaran amat penting terutama dalam mengendali projek
bersama orang-orang yang lebih berpangkat dan berpengalaman darinya. Silap
langkah boleh binasa. Banyak sangat helah. Mujurlah selama ini Fiera banyak
membantu. Kalau tidak entah apa nak jadi dengan keaadaannya sekarang ini. Sudah
tentu hilang arah.
Adam memulakan pemanduannya semula.
“Kita nak ke mana?” tanya Fiera.
“Isi perut awak tu la. Nanti tak pasal-pasal saya
kena cop bos jahat lagi. Suka seksa pekerja saya sampai datang penyakit keramat
awak tu.” Kata Adam sarkastik.
“Maksudnya encik Adam sudah tak marahkan saya la
ni?” senyum meleret Fiera mengutarakan kata-kata itu. Penuh harapan agar marah
Adam semakin reda.
Pekerja? Terkilan juga rasa hatinya mendengar cop
dia sebagai pekerja sahaja. Kali kedua untuk hati ini Adam kata Fiera sekadar
pekerja sahaja. Sedangkan bos besar sentiasa anggap dia sebagai ahli keluarga
sendiri. Tapi Fiera kuatkan juga hati. Tidak ingin tersentap dengan
perkara-perkara kecil.
Adam mengerling Fiera sebentar. “Saya bawa awak
makan sebab saya tak suka bila Ammar fikir pasal yang buruk pasal saya.”
“Maksud Encik Adam sudah tak marahkan saya lagi?”
tanya Fiera lagi sambil tersenyum lebar. Saja buat ayat perangkap.
Adam sekadar menjongket bahu. Masih enggan memberi
sebarang jawapan.
Fiera ketap bibir. Bisu pulak mamat ni. Kepalanya
teringkatkan Ammar tadi. Segera telefon dicapai. Nombor Ammar segera ditaip.
Satu pesanan ringkas dihantar kepada lelaki itu. Saja hendak memberitahu
perihal mesyuarat tidak jadi itu dan
hala tuju mereka seterusnya. Takut juga lelaki itu risaukan dia sebab tidak
sempat keluar makan tadi.
Aku sudah agak.
Mamat tu saja nak buat cerita supaya dia keluar dengan kau. Dia jeles la tu.
Nampak sangat nak perhatian dari kau.
Baca pesanan ringkas dari Ammar itu membuatkan Fiera
tergelak kecil.
Jangan salah faham
la. Tadi aku yang jawab panggilan dari klien tu. Nanti malam kita jumpa ye.
Tempat biasa! Tak payah jemput aku. Kita jumpa sana. Bye!
Balas Fiera. Sudah tentu Ammar tengah bengang
sekarang ni.
Baiklah. Drive carefully ye dear. Kirim salam
tidak puas hati kat Adam tu!
Sekali lagi Fiera tergelak. Malah lebih kuat dari
tadi walaupun dikawal. Konsentrasi Adam yang sedang memandu disebelah pun
terganggu. Ingin mengetahui siapa ka gerangan manusia yang sedang bersms dengan
gadis itu. Gembira sangat!
Fiera memasukkan telefonnya semula ke dalam beg
“Ammar kirim salam kat Encik Adam.” katanya.
Adam sekadar mengangguk. Terjawab sudah teka teki
siapakah tukang hantarkan pesanan hingga mampu buat Fiera tergelak sakan.
Ingatkan Taufiq!
“Saya belum habis cakap lagi. Dia kirim salam tidak
puas hati kepada Encik Adam. ”
Merona kemerahan muka Adam Danial mendengar. Nampak
sangat Ammar tengah perli dirinya.
“Kita sudah sampai. Jom.” Ajak Adam. Nasib baik
meraka sudah sampai. Dia tidak tahu macam mana hendak menjawab peril dari Ammar
tadi.
Tali pinggang keselamatan dibuka. Hotel 5 bintang
menjadi pilihan Adam untuk makan tengah hari? Fiera sekadar turut sahaja
langkah lelaki itu masuk ke dalam hotel. Orang banyak duit. Mana hairan makan
tempat mahal.
Rentak langkah Adam yang semakin perlahan. “Kenapa?”
tanya Fiera. Pelik juga kenapa Adam semakin memperlahankan langkahnya. Wajah
lelaki disebelahnya ditenung kemudian mata Fiera menyorot pada pandangan Adam.
Langkah lelaki itu juga sudah diberhentikan.
“Cikgu!” panggil Adam. Jelas terpancar riak gembira
pada wajah itu. Adam kemudiannya berlari anak ke sebuah meja dalam restoran
itu. Dia terus bersalaman dengan abang angkatnya itu, cikgu Kamil yang sedang
duduk makan bersama cikgu Firus. Salah seorang guru di sekolah lama mereka
dahulu.
“Assalamualaikum cikgu.” Salam Adam sejurus sahaja
berada di meja guru itu. Tangan kedua lelaki itu disalam dengan penuh rasa
hormat.
“Waalaikumsalam. Eh! Adam. Lunch? Apa kata join kami
sekali.” Pelawa cikgu Kamil.
“A’ah. Lunch
dengan kawan.”
“Mana kawan Adam? ajaklah makan sekali dengan kami.”
Pelawa cikgu Firus pula.
Lantas Adam pun memandang Fiera. Kemudian dia
memberi signal untuk ke tempatnya.
Fiera berjalan perlahan mendekati Adam dan kedua
bekas guru sekolahnya dahulu. Dia sendiri ragu-ragu untuk meneruskan langkah.
Fiera bukannya rapat sangat dengan cikgu Kamil sebab tidak pernah mengajarnya
dahulu. Hanya kelas Adam sahaja. Tapi mujurlah kawan baik cikgu Kamil iaitu
cikgu Firus pernah mengajarnya dahulu.
Fiera tunduk selepas memberi salam sebagai tanda
hormat kepada kedua bekas guru sekolahnya itu.
“Kita makan sekali dengan mereka ye?” ajak Adam.
Ikutkan hati Fiera ingin mengata TIDAK tapi wajah
ceria Adam kerana dapat bertemu dengan abang angkatnya membuatkan kepalanya
mengangguk tanda setuju. Dia masih kekok!
Mereka mengambil tempat di kerusi berhadapan kedua
guru tersebut. Selepas memesan makanan Adam rancak bercerita itu ini dengan
abang angkatnya. Gembira! Fiera hanya sekadar tersenyum dan sesekali mencelah.
“Dari tadi lagi cikgu nak tanya kamu berdua ni ehem… ehem ke?” tanya cikgu Firus.
Satu senyuman terlakar di wajahnya. Saja hendak mengusik Fiera dan Adam.
Nasib baik Fiera baru sahaja hendak mengangkat gelas
untuk minum air. Kalau tidak sudah tentu tersembur keluar. Dia menjeling
sekilas Adam yang duduk disebelahnya.
“Owh! Kebetulan Fiera kerja di syarikat abah Adam. Sepatutnya
tadi nak jumpa klien. Tapi tiba-tiba cancel.”
Jelas Adam.
Cepat kepala Fiera mengangguk. Hah! Betullah tu.
Sokongnya. Tapi suara itu hanya dalam hati sahaja. Tidak mampu keluar dari
mulut.
Hanya senyuman yang tercalit pada kedua orang cikgu
itu. Senyuman yang sukar digambarkan. Jangan mereka berdua fikir lain pula
sudah. Kami memang tiada hubungan
istimewa!! Jerit hati Fiera.
Seperti biasa, keluar dengan Adam ataupun Ammar
hanya selalu buat kepala Fiera sakit. Cukup peristiwa terserempak cikgu Kamil
dan cikgu Firus tadi tengah hari. Siap doakan jodoh antara dia dan Adam lagi
ketika mereka meminta diri untuk beredar. Lagipun kedua guru itu ada khursus di
hotel tersebut.
“Cikgu doakan jodoh kamu berdua.” Lima patah
perkataan itu masih lagi berlegar-legar dikepalanya.
“Adam ni suka sangat cari kesempatan.
Mentang-mentanglah satu pejabat.” Rungutan Ammar tidak memberi kesan pada
Fiera. Sejak mereka mula keluar tadi mulut Ammar tidak berhenti-henti merungut
pasal Adam.
“Kau tak penat bercakap ke Am? Dari tadi sebut pasal
orang tu. Aku yang dengar ni pulak penat. Aku balik karang. Biar kau tengok
bola sorang-sorang. Berapa minit lagi nak mula, kalau aku tengok di rumah lagi
best.” Tegur Fiera. The tarik mamak yang dipesan baru sahaja sampai. Setengah
jam tunggu teh tarik baru sampai. Kedai mamak penuh dengan peminat-peminat
bola.
“Aku tak puas hati je. Tak kan kau tak perasan dia tu
saja pura-pura merajuk. Nak tarik perhatian kau la tu. Aku rasa orang buta pun
boleh nampak.”
Fiera berdecit. Siapa buta?
“Aku perasanlah. Tapi apa boleh buat. Daripada dia
terus berperangai macam ni baik aku pujuk dia. Anati roti canai satu!!” sempat
Fiera menjerit.
“Beres!!” jerit mamak itu menjawab sambil mengangkat
tangan. Ammar sekadar membiarkan.
“Baru cakap pasal dia. Dia tu ada pasang something
kat kau ke Fiera? Tahu-tahu aje kita lepak sini?” tanya Ammar. Mulutnya
dimuncungkan pasa satu arah.
Fiera mengalihkan pandangannya. “Entahlah. Apa pula
dia buat sini?” Kelihatan Haris sedang mengangkat tangannya pada Fiera. Gadis
itu sekadar mengangguk sahaja.
“Boleh kami join duduk sini sekali?” tanya Haris.
“Sure.”
Kata Ammar selamba.
Seraya itu Fiera memandang wajah Ammar. Tadi kemain
merungut. Adam itulah. ‘Adam inilah… boleh pula nak duduk semeja. Kang aku
balik kang. Biar padan muka kamu. Jangan bertekak saja sudah.’ Omel Fiera dalam
hati.
Ammar sekadar menjongket bahu. Enggan memberi
penjelasan pada Fiera.
Haris menarik dua kerusi. Satu untuk Adam dan satu
lagi untuknya. “Bola?” tanyanya pada Fiera.
“Yup.” Jawabnya ringkas.
“Interesting.
Maksud saya, perempuan dan bola. Bukan satu gandingan biasa.”
Fiera sekadar tersenyum.
“Tidak bagi Fiera. Malah tauke mamak kedai ni pun
kenal sangat dengan muka dia ni. Selalu sangat lepak sini… Ammar.” Balas Ammar
sejurus memperkenalkan dirinya pada Haris.
“Haris.” Mereka berjabat tangan seketika. Beberapa
minit kemudian sudah mampu bercerita itu ini. Banyak yang menjadi topik pada
malam itu. Dari kisah isu semasa, cerita bola, pertemuan bersama bekas guru
tadi hinggalah isu-isu semasa. Adam dan Ammar juga begitu ramah bercerita.
Seolah tiada langsung pergaduhan pagi tadi. Pelik tapi itulah yang berlaku.
Lantas Fiera mencapai telefonnya. Laman facebook
dibuka. Laju tangan gadis itu menaip beberapa patah perkataan hinggalah butang ‘share’ ditekan.
Sahabat baik.
Sekali terpisah akan bersatu semula.
Kata-kata ringkas. Tapi mampu merungkai seribu satu
makna. Beberapa minit kemudian telefonnya berdering menandakan pesanan ringkas
masuk. Satu senyuman tercalit sebaik sahaja memandang nama yang tertera.
Assalamualaikum!
Masih lepak dengan Ammar? Boringlah! Malam ni tiada teman kerja. Majoriti
balik. Huhu…
Lantas Fiera membalas pesanan dari Taufiq itu.
Waalaikumsalam.
Masih lagi lepak. Adam dan Haris pun ada. Bola belum habis. Alolo… kesian
doktor Taufiq ye… apa boleh buat. Carilah mana-mana suster ngensot tolong
temankan di hospital tu.
Tergelak sedikit Fiera membaca pesanan yang
ditaipnya sendiri sebelum menghantar. Kaca televisyen menjadi tatapan sementara
menanti balasan dari doktor Taufiq yang terpaksa bertugas mala mini.
“Taufiq?” tanya Ammar perlahan.
“A’ah. Tengah kerja.”
Ammar mengangguk. Kemudian sambung semula memandang
perlawanan yang sedang berlangsung.
Suster ngensot
takde. Suster hot ramai.
Berdecit Fiera membaca pesanan dari Taufiq.
Doktor gatal!!
Telefon bimbit Fiera
terus menjadi mangsa geram. Akalnya teringat jururawat yang cantik-cantik di
hospital. Dia kemudiannya mengeleng kepala beberapa kali. Cemburukah dia?
Tidak!! Akal Fikirannya masih menidakkan perasaan itu. Fiera masih lagi teguh
dengan pendiriannya. Lagipun Taufiq sudah ada kekasih. Mana mungkin dia rela
bergelar perampas kekasih orang.
Cemburulah tu.
Pesanan ringkas Taufiq
dibaca.
Mana ada!
Balas Fiera sepatah
dua sahaja.
Busted!! Hehe..
jangan cemburu lama-lama nanti cepat tua. Aku nak tidur kejap. Selamat malam!
Jangan tidur lewat tau. Bila sampai rumah nanti jangan lupa sms aku. Kirim
salam dengan yang lain.
“Taufiq kirim salam kat semua.” Fiera menyampaikan
salam Taufiq pada rakan yang lain. Mimpi indah Taufiq! Sambung hatinya.
“Taufiq mana?” tanya Adam pula.
“Kerja. Syif malam.”
“Oh!” Adam turut mengangguk. Nampaknya mala mini
beberapa orang turut mengalami penyakit yang sama. Mengangguk sahaja selepas
bertanyakan kelibat doktor Taufiq yang tidak kelihatan. Tapi Ammar, kini Adam
pula berkelakuan sedemikian.
sape lah yang benar nye berthata di hati fiera???taufik?ammar?or adam? n sape antara jejaka tu yg benar2 mencintai fiera!!!hehe fiera choose satu n talk one by one,hati ke hati senang crite dek...
ReplyDeletehehe.. watak sebenarnya Taufiq n Fiera. =) akan ada sesi taa'ruf dari hati ke hati waktu Fiera di tahan dihospital nanti antara dia dan doktor taufiq. =)
ReplyDeleteBest....#^_^
ReplyDeleteSis nape cite dulu tak syok lah macam nie... :(
jalan cerita panjang lagi kot. hehe.. terpaksalah cerita sikit2. takut ada yg kata cerita melalut sangt. hehe..
Deleteowh..i see..hero sebenar ialah taufik ye..
ReplyDelete