Wednesday, October 31, 2012

Bintang Pilihan Jihan bab 2



“Nak ke mana tu Achik?” tanya Encik Johan. Jihan yang mengambil tempat di sisi dipandang.
Apa nak jadi dengan anak daranya seorang ni. Mula-mula balik dari luar negara asyik melekat sahaja depan televisyen dan komputer riba 24 jam. Sudah sebiji seperti penunggu rumah. Tapi sejak kebelakangan ini sudah tukar profession menjadi ‘polis peronda’ pula. Tidak pernah melekat di rumah! Hujung minggu begini pun nak keluar juga?
“Nak keluar bah. Lepak dengan Mie. Minta peanut butter tu abah.”
“Hari-hari keluar tak bosan ke hadap muka si Najmi tu?” soal Encik Johan. Dia menghulurkan peanut butter kepada anaknya.
“Apa tidak bosannya abah. Bukan setakat bosan. Nak termuntah-muntah pun ada. Muak! Tapi apakan daya. Mie tu yang tak nak berenggang.” Kata Jihan sambil menyapu mentega kacang ke atas roti. Sekeping yang siap berintikan mentega kacang dihulurkan kepada abahnya. Jari yang comot dengan mentega kacang dijilat.
Encik Johan geleng kepala.“Abah dah kenyang. Kamu makanlah.”
Jihan menganggak kening. Aik! Selalunya on saja bila dia hulur roti dan mentega kacang kepada abahnya. Dia tidak ambil pusing. Roti tersebut terus sahaja masuk mulutnya.
“Kak Chik ni, auta aje lebih dari fakta.” Sampuk Aifa. Puteri bongsu yang manja dan sentiasa up-to-date dengan fashion semasa serta isu-isu artis koreanya.
“Cemburulah tu. Bluekk…” Jihan  menjelir lidah.
“Eleh! Setakat kak Chik tu. Kerat jari, buat bini pun abang Najmi tak sudi.”
“Suka hati akaklah… Kalau kau nak sangat kat Mie tu. Ambillah. Tak payah nak kerat jari pun akak sendiri tak minat dengan mamat tu...”
“Sudahlah. Korang berdua ni. Awal pagi lagi nak bertekak.” Tegur si ayah pula.
Ini baru dua orang. Kalau tambah lagi Auni dan Zara boleh kecoh ruang makan dikerjakan. Mujurlah Auni sudah pun bergelar isteri orang dan tinggal bersama suami. Zara anak keduanya pula sudah berangkat pergi kerja kerana ada mesyuarat. Tinggal Jihan dan Aifa sahaja.
“Alah abah ni. Relekslah. Mak mana? Awal pagi lagi dah hilang. Kesian abah kena tinggal sorang-sorang. kih…kih… kih…” Terkekek dua beradik yang berlawan mulut tadi memandang si abah.
Erm… mak kamu tu. Entah sejak bila perasan nak jadi kurus. Hari-hari pergi joging kat taman tu. Dengan bibik dan Mak Ita sekali dibawanya berjoging. Kalau kurus jadi macam Rozita Che Wan tu takpe jugak. Ini macam dugong berlari saja.”
Akhirnya meletus juga tawa Aifa dan Jihan mendengar rungutan abah mereka.
“Abah pula tak nak ke? Mana tau jadi tough macam Arron Aziz. Hahaha!!” gelak Aifa.
“Eh! Tak hingin la abah. Perut dah macam tayar pancit. Mak kamu tu aje yang perasan muda! Tak sedar anak dara dah besar panjang. Kalau satu tu takpe jugak. Ini empat! Sudahlah semua dah besar panjang baru dia nak kuruskan badan.” Encik Johan masih lagi dengan selambanya bercakap walaupun anak-anak gadisnya sudah gelak tidak ingat dunia.
“Amboi… gelak sakan nampaknya.”
Itu dia Puan Nur Awfiyah Meharunnisa binti Ahmed Aakif Affendi atau lebih dikenali sebagai Puan Mehar dengan lenggang lengoknya berjalan menuju ke ruang makan. Tersengih Aifa dan Jihan memang mak yang baru balik dari bersenam.
Bila teringat nama emak mereka yang panjang. Jihan pasti tersenyum lebar. Otak fikirannya mula terkenangkan peristiwa pernikahan ibu bapa mereka yang diceritakan oleh Encik Johan. Pernikahan yang hampir ditunda kerana pengantin lelaki asyik salah sebut nama pengantin perempuan dalam akad nikah.
Lapan kali Encik Johan cuba sebut tapi asyik gagal sahaja. Mujurlah berjaya juga akhirnya. Itupun setelah berperang dengan hati yang berdebar-debar dan gugup satu badan yang tidak hilang-hilang. Mana tidaknya, sudahlah terpaksa menggunakan mikrofon. Balik-balik pula tersasul! Nama mak terlampau canggih sampai payah nak sebut.
 Sebab itu juga la nama mereka adik beradik hanya sekerat sahaja. Abah mereka serik dengan yang panjang lebar. Sejak hari pernikahan, abah mereka terus nekad nak letak nama anak sesingkat yang boleh hinggalah menjadi Nur Auni, Nur Zara, Nur Jihan dan anak bongsu mereka Nur Aifa.
Bila nikah nanti senang bakal laki nak sebut konon.
“Jihan… oh! Jihan. Kau dengar tak mak cakap ni? Mengkhayal pulak budak seorang ni.” Panggil emak Jihan.
“Hah! Apa mak cakap tadi?” Jihan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Habislah! Boleh pula dia mengelamun apabila maknya tengah membebel.
“Haih kak chik! Kalaulah kami ada telinga macam akak nikan bagus. Ini Aifa dan ayah pula yang terpaksa tahan telinga dengar mak membebel tak habis-habis.”
“Ya la Aifa. Bila mak kamu tu mula membebel mengalahkan machine gun. Abah rasa macam nak cabut saja telinga Achik ni lekat ditelinga ayah. Mak membebel pun dia boleh buat derk aje.  Sempat mengelamun pulak tu.” sambung Encik Johan.
“Hah tulah abang.Buat perangai budak-budak. Ikut sangat perangai mereka ni…”
“Bapa borek anak rintik.” sambung Aifa, Jihan dan Encik Johan serentak.
Tahu sangat ayat klise mak mereka itu. Boleh dihafal! Dari mereka kecil sampai besar itu saja bajet ayat mak mereka bila Encik Johan sudah mula menyebelahi anak-anak.
“Hesy! Tak naklah mak layan kamu semua. Buang air liur aje.” Mereka sekadar memandang Puan Mehar yang menuju ke singki.
“Eleh mak merajuk ke?Alah tak kan awal-awal dah sentap mak?” usik Jihan.
“Abah? Macam mana ni? Mak merajuklah…” sambung Jihan lagi. Suaranya sengaja dibesarkan. Saja nak usik maknya.
“Alah! Mak kamu tu saja merajuk-merajuk manja je. Biasalah… orang dah meningkat usia ni memang selalu sangat sentap. Tahulah abah pujuk mak kamu tu. Kejap lagi ye sayang. Nanti abang tolong pujuk. Hehe…”
Aifa sekadar ketawa mengekek mendengar usikan kak Chiknya dan abah mereka. Merona merah muka emak yang sakan diusik. Bukan dia tidak mahu, tapi hanya Jihan dan Encik Johan sahaja yang paling terror bab mengusik ni. Lagipun kak Chiknya mana pernah kisah kalau mak mula membebel. Tadah saja telinga tapi masuk kiri keluar kanan!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

  1. hehe jihan2 sempoi jer perangai n penampilan.akak seriau gak dek kalu jihan tukar stail kot2 ade yang terlopong n ternganga lak nanti,melejeh liur kuar sape nak jawab.itu lah kena ingat cantik tu lahiriah jer....

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)