bagi sesiapa yang belum baca part 1 n 2 klik link ni ->
part 1 http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2012/09/mahligai-mahabbah.htmlpart 2 http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2012/10/mahligai-mahabbah-2.html
“Kalau macam tu… Kalau umi tak keberatan Farhan nak
mohon umi untuk pujuk Adha.”
“Pujuk?”
“Pujuk Adha untuk terima lamaran Farhan… Farhan nak
ambil Adha jadi isteri Farhan yang sah.”
Terkejut ustazah Zarina dengan permintaan Farhan
yang tidak terfikir dek akalnya. “Farhan yakin?”
Tenang Farhan mengangguk untuk menyakinkan ustazah
Zarina.
Satu keluhan dikeluarkan oleh Ustazah Zarina.
“Umi tak percayakan Farhan ke?” soal Farhan.
“Bukan umi tak percayakan Farhan. Cuma ini soal hati
dan tanggungangjawab Farhan. Andai umi berjaya pujuk Adha sekali pun. Ikhlas ke
hati kamu berdua untuk bersatu? Umi tak nak mahligai yang dibina bercerai
berai. Farhan fikir pasal ni secara mendalam dulu. Farhan dapat ke nak
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluaga? Hati Farhan
bersedia untuk mengantikan tempat arwah kepada Adha? Umi nasihatkan agar Farhan
solat istikharah… Insya-Allah Allah akan beri petunjuk.”
Farhan diam memikirkan kata-kata uztazah Zarina.
Betul kata ustazah Zarina. Dia tidak boleh mengambil keputusan terburu-buru.
Cuma itu sahaja cara yang terlintas di kepalanya tadi setelah mendengar luahan
Adha kepada ustazah Zarina tadi. Hati Farhan tidak terfikir benda lain selain
mengembalikan maruah Adha yang tercemar.
Satu anggukan diberikan kepada wanita ini. “Baiklah
umi. Farhan cuba… kalau Farhan dapat fikir alternatif lain. Umi sudi bantu
Farhan kan?”
“InsyaAllah…”
Hari ini agak lambat Adha ke pasar sayur untuk
berjualan. Kepalanya berdenyut-denyut sejak pagi tadi. Mungkin sebab terkena
hujan semalam. Kakinya terus melangkah walaupun berat. Kaki Adha tiba-tiba
berhenti melangkah apabila terlihat susuk tubuh Shazlin yang berdiri di kawasan
gerainya. Satu keluhan berat dihembus.
“Apa lagi dia nak ni?” getus Adha sendirian.
Adha terus berpaling. Niatnya hendak kerja hari ini
terus terbatal. Biarlah dia tiada pendapatan hari ni asalkan dia tidak bersua
dengan Shazlin.
“Auch.” Adha mengosok dahinya yang terasa sakit
apabila terlanggar tepat di dada seseorang. Segera dia mengundurkan diri kerana
jarak mereka yang terlalu dekat.
“Maafkan saya.” Kata Adha lemah. Langsung tidak
bermaya.
“Annur…” jeritan suara Shazlin membuatkan Adha
berpaling memandang suara tersebut. Dia nampaklah pula.
Kepala Adha terpaksa didonggak kerana ketinggiannya
hanya paras bahu lelaki itu sahaja. Dia memandang wajah lelaki yang
dilanggarnya tadi. Dahinya berkerut.
Sejak kebelakangan ini wajah lelaki yang berada di hadapannya ini terlalu familiar.
“Sorry…”
kata Adha lagi kemudian segera mempercepatkan langkahnya tapi malang, Shazlin
sempat menarik tangannya.
“Annur tunggu kejap.” Panggil Shazlin.
“Jangan sentuh aku!” marah Adha. Nada suaranya
sengaja ditinggikan walaupun serak. Adha tidak mahu Shazlin tahu betapa
lemahnya badannya kini.
“Maaf. Lin ada sesuatu nak berikan kepada Adha...”
Kata Shazlin lantas melepaskan lengan Adha.
“Aku tiada hak nak ambil apa-apa dari kau Lin. Kau
baliklah…”
“Tapi… Lin bawakan sijil skrol Annur dulu. Lin ada
simpankan sijil ijazah Annur.” Kata Shazlin.
Adha tersenyum sinis. “Sijil ni? Aku rasa dah tiada
gunanya Lin. Kau bakar aje la sijil ni. Aku rasa orang lain lagi berminat
tengok sijil aku keluar penjara.” Dia terus berpaling hendak meninggalkan
Shazlin.
“Kalau macam tu, Annur kerja di syarikat keluarga
Shazlin!” Shazlin terus memberi kata putus tanpa berfikir panjang. Dia langsung
tidak dapat memikirkan cara lain.
Langkah Adha terhenti. Satu senyuman sinis terukir
dibibirnya. Adha kemudiannya berpaling semula menghadap Shazlin. Dia baru
perasan lelaki yang dilanggarnya tadi masih tidak berganjak. Dia akhirnya
teringat satu perkara. Itulah lelaki yang datang bersama Shazlin beberapa hari
lepas. Malah lelaki itu juga yang datang bertandang ke rumah ustazah Zarina.
Entah apa lagi rencana Shazlin.
“Kerja di syarikat keluarga kau? Ermm.. nice idea Lin.” Kata Adha sarkastik.
Shazlin tersenyum kegirangan. Akhirnya Adha sanggup
menerima tawarannya.
“Lepas aku dah kerja kat syarikat family kau apa pulak nak jadi? Jadi
hamba atau mangsa kau lagi?” sambung Adha. Senyuman Shazlin terus jatuh. Dia
langsung tidak terfikir untuk menganiayai Adha lagi. Hatinya benar-benar ikhlas
hendak mengembalikan kehidupan Adha.
“Tapi Lin ikhlas…” balas Shazlin.
“Kalau kau ikhlas. Jangan cari aku lagi. Tengok muka
kau buat aku tambah sakit hati Lin. Sebab bila aku tengok muka kau, kau buatkan
aku sedar betapa bodohnya Annur Adha yang dulu.” Jelas Adha kemudian terus
pergi.
Farhan yang senyap dari tadi memegang bahu Shazlin.
“Kuatkan semangat Lin.” Dia memandang Adha yang berjalan. Farhan sedar. Langkah
Adha agak lemah. Mungkin disebabkan semalam.
“Lin tak tahu nak buat apa lagi bang. Lin ikhlas nak
tolong Annur.” Lemah suara Shazlin seolah orang yang hilang semangat.
‘Ya Allah,
engkau lembutkan hati Annur untuk mengampunkan hambamu ini ya Allah.’
“Sedap Adha masak malam ni.” Puji ustazah Zarina.
“Adha masak simple
je umi…” kata Adha tersengih sambil menggaru kepalanya. Ketika itu hanya dia
dan ustazah Zarina sahaja kerana kanak-kanak yatim yang lain sudah pun masuk ke
ruangan untuk belajar mengaji.
Adha mengalihkan pandanganya pada skrin televisyen.
Satu keluhan dihembuskan.
“Apa yang keluhkan tu Adha?” tanya ustazah Zarina.
“Bosanlah umi.”
“Betulkah bosan atau ada sesuatu yang menganggu
fikiran Adha?”
Adha tersenyum kambing memandang ustazah Zarina yang
berjaya mengesan. Dia memang tidak dapat menyembunyikan rahsia dari ustazah
Zarina.
“Sebenarnya Adha dah berjaya jumpa dekat mana
keluarga Adha sekarang ni.”
“La.. syukur Alhamdulillah. Dah lama Adha cari
mereka akhirnya dapat juga.” Ustazah Zarina memanjatkan kesyukuran pada ilahi.
Dulu Adha pernah kata ketika Adha mencari ibu bapanya dikampung. Jiran lamanya
kata seluruh keluarga Adha sudah pun berpindah ikut abangnya. Sempat juga Adha
dimaki dan dicaci oleh penduduk kampung ketika dia balik untuk mencari keluarganya.
Adha mengeluh lagi. Kali ini lebih jelas dari
pendengaran ustazah Zarina. “Adha tak tahu macam mana nak jumpa dengan
keluarga?” tekanya.
Perlahan kepala Adha mengangguk. Dia takut akan
penerimaan keluarganya.
“Nak umi tolong?” tanya ustazah Zarina.
“Takpe la umi. Adha nak selesaikan sendiri. Lagipun,
Adha dah banyak susahkan umi.”
“Apa pula susahnya… Adha. Adha…”
Adha sekadar tersengih memandang uminya tergeleng.
“Assalamualaikum.” Kedengaran seseorang memberi
salam dari luar.
“Waalaikumsalam.” Jawab umi Zarina. Adha sekadar
menjawab dalam hati sahaja.
“Siapa pula yang datang ?” soal ustazah Zarina
sambil berdiri menuju ke pintu. Adha sekadar mengangkat bahu. Dia mengikut
langkah ustazah Zarina dari belakang.
“Alaka jual kain kot?” sempat lagi Adha bergurau.
Dia ketawa terkekek bila ustazah Zarina menampar
lembut lengannya. “Hish budak ni.”
“Assalamualaikum umi.” Salam Farhan membuat Adha
senyap secara tiba-tiba. Ustazah Zarina perasan akan perubahan Adha yang
drastik tapi dia sekadar buat tidak tahu sahaja.
“Waalaikumsalam Farhan. Lambat kamu hari ni?
Masuklah.” tanya ustazah Zarina sambil mempelawa Farhan masuk.
“Err umi..
Adha sediakan minuman dulu.” Bisik Adha ke telinga ustazah Zarina. Wanita itu
mengangguk kemudian duduk di kerusi bersama Farhan.
Adha mengibas-gibas mukanya yang terasa panas. “Apa
pulak ni….” Getusnya sendiri kegeraman.
‘Orang-orang Shazlin ni memang tidak pandai putus
asa ka?’ gumam Adha dalam hati.
Dia tiba-tiba tersenyum jahat apabila terlihat Tupperware berisi garam. Satu rancangan
jahat terlintas difikirannya.
“Jemput minum umi.” Kata Adha sambil menghidangkan
gelas. Dia perasaan yang Farhan memandang wajahnya. Dia sengaja membesarkan
matanya memberi amaran pada Farhan. Nak marah susah? Sebab ustazah Zarina
paling menghormati tetamu yang bertandang.
“Jemputlah minum Farhan. Adha duduklah sini.”
Ustazah Zarina menepuk kusyen agar Adha duduk disebelahnya. Farhan sekadar
tersenyum lucu dengan gelagat Adha yang berpura-pura marah tadi itu. Kini
mulutnya muncung apabila ustazah Zarina mempelawanya untuk duduk bersama.
Nampak sangat Adha berniat hendak cabut.
“Farhan kenalkan ni Annur Adha. Anak angkat umi.”
Ujar ustazah Zarina.
Farhan sekadar tersenyum. Dia mengambil gelas yang
terhidang untuk diminum. “Adha. Ni Farhan. Ustaz Farhan. Lepas ni Farhan akan
datang gantikan ustazah Habibah kat sini.”
“Apa umi? Ustaz?!” tanya Adha terkejut. Tiba-tiba
terdengar suara Farhan yang terbatuk-batuk. Alamak!
“Eh! Farhan tak apa-apa?” tanya umi risau melihat
Farhan yang terbatuk-batuk.
Farhan sekadar mengeleng dan batuk sahaja. Tidak
mampu untuk bercakap.
“Adha ni. Cakap tu biar perlahan. Tengok! Tersedak
orang dikerjakan.” Pesan ustazah Zarina.
“Farhan. Minum air tu…” sambungnya lagi.
Adha membulatkan matanya. Habislah! Rasanya mamat tu
batuk bukan pasal terkejut dengan nada suaranya yang agak tinggi. Tapi sebab
terasa air buatannya yang terlalu sedap mengalahkan telur masin.
Farhan berdehem beberapa kali. “Takpa umi. Farhan
okay. Cuma air ni sedap aje. Dah lama tak rasa air buatan sendiri. Selalunya
kedai mamak je. Tak pun 3in1.” Katanya
“Itu tandanya suruh kamu cari bakal isteri. Ada juga
yang tolong-tolong buatkan air. Betul tak Adha?” balas ustazah Zarina pula.
“Hah! Oh ya.. Aah.” Kata Adha tergagap. Terkejut
dengan soalan ustazah Zarina tiba-tiba.
Adha memandang ustaz Farhan yang sedang mengajar
anak-anak yatim mengaji. Pandangannya tidak beralih dari terus memandang jejaka
tersebut. Teringat perbualannya dengan ustazah Zarina semalam.
Ustazah Zarina ada menceritakan serba sedikit
tentang Farhan. Ustaz Farhan bin Hamid. Maknanya Farhan ialah abang Shazlin.
Dia juga sudah mengetahui kisah Farhan dan arwah Rania.
Satu senyuman terukir di bibir Adha. Teringat juga
peristiwa dia terkantoi dengan umi semalam. Cerita punya cerita boleh pulak dia
terlepas cakap pasal garam yang dimasukkan ke dalam minuman Farhan. Tidak
pasal-pasal dia dapat tazkirah free.
“Umi dah agak dah Adha mesti bubuh sesuatu dalam
minuman Farhan. Patutlah Farhan tiba-tiba minta cuti sedangkan malam tu dia
sihat walafiat. Esoknya dah minta cuti sebab cirit birit. Sepatutnya esoknya
Farhan dah boleh start mengajar tau!”
Tegur ustazah Zarina.
“Alah bukannya banyak pun umi… satu sudu aje.” Balas
Adha.
“Satu sudu besar…” sambungnya lagi sambil
tersengih-sengih mengangkat jari telunjuknya menandakan satu.
“Ya Allah. Patutlah sakit perut budak tu. Nakal!
Esok Farhan mula mengajar. Umi nak Adha minta maaf dengan Farhan esok.” Kata
ustazah Zarina. Satu sudu besar garam. Patutlah Farhan tu sakit perut. Adha…
Adha…
“Tapi umi. Farhan tu…”
“Farhan tu apa? Abang Shazlin?” tanya umi.
“Umi tahu?” ternyata riak wajah terkejut apabila
ustazah Zarina mengetahui tentang hubungan Farhan dan Shazlin.
“Farhan dah ceritakan semuanya dekat umi. Shazlin
dan maknya sekarang dah berubah. Sebenarnya Farhan pun tak tahu apa-apa pasal
kes korang berdua tu. Shazlin baru aje ceritakan kat dia.”
Adha mengeluh berat. “Entahlah umi.”
“Yang pasal hubungan Farhan dan Shazlin tu lain
cerita. Umi nak Adha minta maaf sebab kenakan Farhan malam tu. Sakit perut
budak tu kamu kerjakan. Dah tu, boleh pula dia senyap aje.”
“Jauhnya awak mengelamun.” Tegur Farhan yang berdiri
di hadap Adha.
Bahu Adha terangkat sedikit akibat terkejut.
Kelihatan Farhan sudah pun berdiri di hadapan sambil memegang buku dan rotan.
Pelik juga mamat ni. Sanggup letak jawatan jadi ustaz di sekolah menengah demi
tanggungjawab seorang anak untuk mengambil alih syarikat keluarganya walaupun
tiada asas dalam perniagaan. Lepas tu boleh pula jadi parttime ustaz kat sini setiap malam.
“Awak ada sesuatu nak cakap dengan saya ke?” Tanya
Farhan sambil memandang tepat ke mata Adha.
“Err…
tiada.”
“Owh! Macam tu. Saya ingatkan tadi ada. Kalau macam
tu tak apa la. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum. ” Kata Farhan sambil
mengangguk-angguk kepalanya. Nampak sangat yang dia sedang berkias agar Adha
minta maaf.
Adha sekadar menjawab dalam hati ketika Farhan
melintasinya.
“Err… hei!” panggil Adha kembali. Farhan
berpaling menghadapnya. Terlihat satu senyuman terukir dibibir Farhan. Senyuman kemenangan! Melihat senyuman itu.
Mulut Adha mencebik. Gembiralah tu!
“Ya saya cik Annur Adha.” Kata Farhan.
“Aku nak minta maaf pasal minuman tu.” Ujar Adha
perlahan.
“Apa? Maaf saya dengar kurang jelas.”
“Aku nak minta maaf pasal minuman tu.” Katanya lagi.
“Apa?” tanya Farhan lagi.
“Ak…” Adha hendak minta maaf lagi. Tapi suaranya
terhenti. Dia baru perasan. Farhan sekadar mempermainkannya. Kurang asam betul!
“Aku kata. Kau tu ada masalah pendengaran. Rasanya
banyak sangat road block dalam
telinga tu. Sebab tu pekak!” kata Adha. Jelas dan tajam!
“Kalau macam tu. Tak jadilah nak maafkan.” Ugut Farhan.
‘Ekelleh… main tarik tali pula mamat ni. Nasib baik
kau la. Aku dah janji dengan umi nak minta maaf dengan kau.’ Getus Adha dalam
hati.
“Okay… okay… aku
minta maaf.” Adha mengalah.
“Good girl.
Saya boleh maafkan tapi dengan syarat.”
“Ustaz. Kalau ikhlas tak bersyarat tau.” Perli Adha.
“Ada saya kisah? Awak nak saya maafkan atau tak?”
“Baiklah! Apa syaratnya?” tanya Adha kegeraman.
Farhan tersenyum lagi. “Saya nak awak maafkan
Shazlin.”
Lama Adha terdiam apabila syarat yang dikemukakan
oleh Farhan ialah untuk memaafkan Shazlin. “Maafkan ustaz. Kalau yang tu aku
tak dapat nak tunaikan. Ustaz fikirlah syarat lain selain itu. Lepas tu baru
beritahu aku. Maaf. Aku minta diri dulu. Penat!” Adha terus meninggalkan Farhan
terpinga-pinga sendirian.
“Kenapa awak tengok dari jauh saja?” soalan yang
disuarakan terlalu dengan telinga Adha. Bahunya terjongket sedikit apabila
disergah sedemikian. Adha memandang wajah lelaki yang berada disebelahnya.
“Kenapa awak tengok dari jauh saja?” tanyanya lagi.
“Siapa bagitahu ustaz, aku kat sini?” tanya Adha
balik.
“Awak menangis ke?” tanya Farhan lagi. Jelas wajah
Adha yang agak sembab. Titisan air matanya di wajah Adha.
“Sejak bila ustaz tukar profesion skodeng orang
pulak ni?”
Farhan memandang mata Adha yang tajam. Marah
agaknya!
“Okay saya ikut awak.”
Adha mengeluh. “Apa yang ustaz dapat? Baliklah. Aku
pun dah nak pergi pun. Bye.”
“Saya nak awak tunaikan syarat saya.” Kata-kata
Farhan memberhentikan langkah Adha. Dia menoleh memandang wajah Farhan.
“Saya nak awak ikut saya jumpa ibu bapa awak. Saya
akan terangkan kebenaran kepada ibu bapa awak…bi..”
“Untuk apa? Untuk buka bekung adik kau yang fitnah
aku. Cukup-cukuplah… perkara tu dah lepas.” Pintas Adha.
“Hadis Rasulullah menyatakan ‘berkata benarlah
walaupun pahit.’ Mungkin perit tapi lebih baik kita berkata benarkan?”
“Tak payahlah ustaz. Perkara tu dah lepas. Buat apa
nak ungkit lagi. Mungkin ustaz dapat meluahkan segalanya pada ibu bapa aku.
Tapi realitinya masa tidak boleh putar kejadian bertahun lebih dulu. Janganlah
ungkit lagi. Buat aku bertambah perit lagi. Pahit rasanya bila terkenangkan
waktu tu ustaz.” Jelas Adha kemudian terus pergi dari situ.
“Awak sayangkan Shazlin. Sebab tu awak tidak mahu
malukan dia? Betul tak Annur Adha?” jerit Farhan.
Langkah Adha terhenti. “Sayangkan dia tidak bermakna
aku dapat lupakan apa yang dia buat pada aku!” katanya tanpa menoleh belakang
sebelum menuruskan langkahnya.
“Payah betul mak cik nak jumpa kamu ni Adha.” Tegur
mak cik Wana.
“Adha ada je mak cik... Cuma sekarang ni sibuk buat
DIY tu kat rumah. Ada orang order
jumlah yang banyak untuk kawin. Sebab tu sekarang kurang ke pasar berjualan. ” kata
Adha sambil mengemas sayur-sayurannya. Itupun kawan ustaz Farhan yang minta order. Asalnya Adha hendak menolak sebab
dia takut termakan budi Farhan. Tapi atas nasihat ustazah Zarina dia terima
juga tempahan itu.
“Hari tu Azam ada datang. Dia kata nak jumpa kamu…”
“Dia ada apa nak jumpa Adha ka?” Adha memberhentikan
kerjanya. Dia memandang mak cik Wana.
“Tak ada pulak.”
Adha hanya senyum kemudian sambung kerjanya semula.
Dia tahu Azam mencarinya semula. Entah apa lelaki itu hendak darinya. Azam ada
juga mencarinya di rumah. Tapi Adha sengaja mengelak agar tidak berjumpa dengan
Azam.
“Hah! Panjang umur. Tu pun Azam datang.” Kata mak
cik Wana sambil memandang Azam yang berjalan kea rah mereka berdua.
Adha memandang Azam yang menyapa mak cik Wana. Dia
menanti Azam untuk terus bercakap.
“Assalamualaikum Adha.” Salam Azam sambil tersenyum
girang.
“Kau nak apa?” tanya Adha terus.
“Kalau ya pun. Balaslah salam saya.”
“Waalaikumsalam. Kau nak apa?” tanyanya lagi selepas
menjawab salam Azam.
“Saya nak minta maaf dengan awak.” Kata Azam
perlahan.
Adha menyilangkan tangannya sambil tersenyum sinis.
“Maaf? untuk apa?”
Azam menarik nafas panjang sebelum mula
berkata-kata. “Saya dah tahu awak difitnah. Shazlin dah ceritakan semuanya pada
saya… Sa.”
“Kejap! Shazlin tak tahu yang aku kenal kau.” Pintas
Adha. Setahunya Shazlin langsung tidak tahu mengenai dia dan Azam.
“Saya yang tanya dia. Saya tak percaya awak bersalah
sebab tu saya nak tahu kebenarannya.”
“Sekarang kau dah tahu kebenarannya. Lepas tu kau
nak buat apa dengan kebenaran tu? Minta maaf? Okay. Aku maafkan kau. Sekarang
benda dah selesai. It’s over.”
“Fauzan pun dah tahu perkara ni…”
“Fauzan pun dah tahu? Baguslah… hebohkan dengan
semua orang. Kita tengok berapa orang yang kasihankan aku pulak lepas ni. Aku
tak perlukan semua itulah Azam.”
“Tapi saya cintakan awak Adha. Saya perlukan awak.”
“Cinta? Kau cintakan aku? Atas apa Zam? Belas kasihan? Aku tak harapkan cinta
macam tu. Tiada gunanya.”
“Awak tahu perasaan saya dari dulukan… Saya tak
boleh hidup tanpa awak.”
“Perasaan kau mungkin dari dulu Azam. Tapi kalau kau
betul ikhlas cintakan aku. Mungkin kau akan mempertahankan aku bila Fauzan caci
aku di khayalak ramai hari tu. Mungkin kau akan terus bersama, terus percayakan
aku. Bukannya melarikan diri sebab tidak dapat terima kenyataan. Tapi jangan
risau Azam. Aku tak pernah marahkan kau atau Fauzan bila orang tengok aku
semacam waktu tu. Bekas banduanlah katakan. Sebab aku tahu sama ada kau atau
Fauzan. Korang berdua langsung tidak tahu kebenarannya...”
“Mungkin kau pernah terfikir kenapa aku tak
mempertahankan diri waktu tu. Masalahnya adakah orang nak percayakan bekas
banduan macam aku ni? Hanya orang bodoh saja akan percaya Zam bila bukti sah
didepan mata. Kalau kau betul cintakan aku. Tolong terima Shazlin untuk aku.”
sambung Adha lagi.
“Saya tahu saya silap menilai awak Adha. Saya minta
maaf. Mungkin benar awak tak cintakan saya. Saya redha jodoh saya bukan untuk
awak. Tapi untuk menerima Shazlin. Cinta saya tak serapuh untuk menerima
Shazlin sedangkan hati saya pada awak. Mengenali awak satu anugerah buat saya.
Mencintai awak satu keajaiban buat saya. Insya-Allah. Saya tidak akan lupakan
awak walaupun jodoh awak bukan untuk saya. Saya minta diri dulu dan ini mungkin
kali terakhir untuk kita bertemu... Assalamualaikum.” Azam sempat memandang
wajah Adha seketika sebelum meninggalkan gadis itu.
Adha sekadar memandang Azam meninggalkannya buat
kali kedua. Doanya agar Azam tabah dan akan berjumpa dengan jodohnya. Amin.
Adha berjalan menuju ke pondok bas. Dia baru saja
habis berjalan-jalan. Saja hendak tenangkan fikiran. Bukanya dia tidak mahu
berehat di rumah. Tapi ustaz Farhan suka sangat mengusiknya buatkan Adha berasa
tidak selesa. Teringat beberapa hari lepas ketika umi meminta Adha buatkan
minuman petang. Sempat lagi Farhan mencelah supaya Adha berhati-hati dalam
meletakkan gula.
Lelaki tu terlalu murah dengan senyuman. Sikit-sikit
senyum. Adha marah atau membebel boleh pula dia senyum memanjang. Pelik!
“Tolonglah jangan sentuh hati aku.” Kata Adha
sendirian.
“Hei Lin… tak sangka kau berubah sebijik macam
ustazah! Sejak bila kau jadi macam ni…” suara seorang lelaki menarik perhatian
Adha. Dia terpandang seorang lelaki yang mendekati perempuan yang duduk di
perhentian bas itu.
Lama Adha perhati. Perempuan itu ialah Shazlin.
“Rizal!” gumam Adha.
“Kau tak rindukan aku ke Lin? Aku rindukan kau Lin.
Aku rindukan badan kau…” kata Rizal sambil memandang tubuh Shazlin.
“Awak nak apa Rizal?” kata Shazlin sambil menjauhkan
diri dari lelaki itu.
“Dah sombong kau sekarang kan? Eh Shazlin. Jangan
ingat aku tak tahu yang kau ada report
polis pasal aku kan?!! Gara-gara kau syarikat aku bangkrap.” jerkah Rizal.
“Saya tak kan biarkan awak buat kerja jahat lagi.”
“Kau bodoh Lin. Bodoh! Kalau kau tak tinggalkan aku.
Kau boleh hidup senang lenang…” kata Rizal sambil mendekati Shazlin.
Mata Adha perasan Rizal mengeluarkan sesuatu dari
belakangnya. Segera dia berlari mendekati Shazlin. “Hei Rizal! Kau nak buat apa
arh?” kata Adha sambil menendang perut lelaki itu. Lelaki itu terduduk. Pisau
yang hendak dikeluarkan dari belakangnya terjatuh.
“Annur!” ujar Shazlin terkejut dengan kemunculan
Annur disitu.
“Telefon abang kau cepat!” arah Adha. Shazlin segera
mengangguk lalu mengeluarkan telefonnya.
“Abang cepat datang!” kata Shazlin sebaik sahaja Farhan
menjawab panggilan.
“Annur? Kambing hitam Lin? Sekarang nak jadi apa
pulak? Superwomen? Hahahaha…” kata Rizal sambil tergelak
kuat apabila teringatkan wajah kawan Shazlin yang menjadi kambing hitam.
“Aku dah lama nak tendang muka jahanam kau Rizal.” Kata
Adha kemudian menendang kepala Rizal. Biar padam muka lelaki itu. Sejak Adha
bekerja di pasar. Dia sudah lama belajar berlawan dengan samseng-semseng di
pasar. Mereka pun dengan rela hati mengajar Adha berlawan.
“Kuat nampak?” sindir Rizal. Dia menjilat darah yang
mengalir di bibir. Kemudian meludah Adha. Dia segera berdiri lalu berlawan
dengan Adha.Rizal sekali lagi terjatuh tapi kini berdekatan dengan dengan
pisaunya yang terlempar tadi.
“Baik kau
mampus Rizal!” kata Adha sekali lagi sebelum memberi penumbuk sulungnya pada
lelaki itu.
“Jom pergi dari sini. Sakit mata aku tengok si
jahanam ni.” Kata Adha. Tangan Shazlin ditarik pergi dari situ memandangkan
hari yang sudah gelap. Rasanya bas terakhir pun sudah lepas.
Hati Rizal panas. Pertama kali dia tumpas di tangan
perempuan. Semuanya gara-gara Shazlin!Teruk dia dibelasah oleh Adha. Rizal
kuatkan badannya untuk berdiri dan mencapai pisaunya lalu berlari untuk menikam
Shazlin.
Adha yang perasan Rizal berlari mendekati Shazlin
segera menolak gadis itu ke tepi. Pisau yang dihalakan ke arah Shazlin terkena
perut Adha. Rizal tersenyum puas walaupun bukan Shazlin yang terkena. Biar
minah tomboy ni rasa! Berlagak hero konon! Hero tahi kucing adalah!
“Adha…!!” Farhan yang baru sahaja sampai terkejut
darah yang mengalir dari perut Adha.
“Annur… Annur…” Adha tersenyum sedikit mendengar
Shazlin yang memanggilnya sebelum dia rebah di pangkuan wanita itu.
Telinga Adha menangkap bunyi tangisan seseorang. Dia
membuka matanya perlahan-lahan. “Lin… kau menangis dah macam aku nak mati dah.”
Kata Adha walaupun lemah.
“Annur? Awak dah sedar?” tanya Shazlin.
“Habis tu kau ingat aku dah mampus ke? Kesat air
mata kau tu. Buruk betul aku tengok! Sikit-sikit menangis, sikit-sikit
menangis! Cengeng!” bebel Adha.
Shazlin langsung tidak menghiraukan bebelan Adha.
Sebaliknya dia terus mendakap erat wanita itu.
“Yiee… dah
la buat malu aku je. Berapa lama aku pengsan?” tanya Adha.
“Awak bukan pengsan Annur. Awak koma dah dua minggu.
Awak kekurangan darah. Nasib baik Fauzan… kejap…” perbualan Shazlin terhenti
apabila telefonnya berdering.
“Abang! Syukur Alhamdulillah Annur dah sedar… oh!
Baiklah.” kata Shazlin sebelum sempat Farhan memberi salam.
“Abang saya dah on
de way. Kejap lagi dia sampai.”
“Janganlah kecoh sangat.” Tegur Adha apabila Shazlin
sudah meletakkan telefon.
“Kau cakap tadi Fauzan kenapa?” sambung Adha lagi.
“Oh! Hari tu awak kurang darah… mak dan ayah awak
tak dapat dermakan darah sebab faktor usia. Kebetulan pula abang awakoutstation. Adik-adik awak semua sambung
belajar kat luar negara. Fauzan kata darah awak dan dia sama. Jadi dia dermakan
darahnya pada awak.”
“Fauzan?” Adha tersenyum sinis. Fauzan memang tahu
jenis darah mereka sama.
“Annur… Fauzan dan Azam dah tahu hal sebenar.” Kata
Shazlin perlahan.
“Aku tahu. Azam dah beritahu kat aku. Untuk apa Lin?
Benda dah lepas…” keluh Adha. Dia teringat hari terakhir dia dan Azam berjumpa.
“Tapi Azam cintakan awak.”
“Habis tu kau? Kau tak cintakan dia?” tukas Adha.
Dia memandang wajah Shazlin.
“Lin tidak layak untuk lelaki seperti Azam. Dia
terlalu baik untuk Lin. Lagipun dia terlalu cintakan awak.” Ujar Shazlin
perlahan.
“Cinta itu buta Lin…
Aku tahu kau cintakan Azam. Aku dah lama kenal kau. Selama ni aku cuma
guna alasan masa lampau aku sebagai bekas banduan untuk mengelak cinta Azam.
Sebenarnya hati aku memang tidak pernah menerima Azam. Aku tak cintakan dia.”
Adha memegang tangan Shazlin yang berada di atas katil.
“Cuba rebut hati Azam. Jangan biarkan masa silam kau
dengan Rizal dulu jadi penghalang untuk kau bina hidup baru dengan lelaki
lain.” Sambung Adha.
“Awak pula? Awak dah boleh maafkan saya dan mak
saya?” tanya Shazlin.
Adha tersenyum. “Aku dah lama maafkan kau dan mak
kau Lin. Aku cuma tidak mahu kembali pada Annur Adha yang dulu. Kehidupan aku
sekarang pun sudah cukup bahagia. Aku tidak mahu fikirkan hal lain.”
“Friends?”
soal Shazlin.
“Friends.”
Adha menyambut dakapan Shazlin. Dia mengesat air mata yang mengalir di wajah
kawannya. “Lin rindukan persahabatan kita…”
“Assalamualaikum…”
Adha dan Shazlin memandang orang yang masuk ke dalam
wad Adha. “Mak… ayah…” kata Adha perlahan. Sungguh dia rindu kedua wajah itu.
Abang dan adik-adiknya yang lain turut berada di situ. Pandangannya beralih
pada ustazah Zarina, Farhan dan mak Shazlin yang duduk dikerusi roda.
“Bertuah punya anak… lama mak tunggu kamu balik
rumah.” Kata mak Adha sambil memeluknya erat.
“Adik takut mak… adik takut mak dan ayah marah. Adik
rindukan mak dan ayah…” Tangis Adha. Air matanya terus meleleh tanpa dipinta.
“Ibu bapa mana yang sanggup buang darah dagingnya
sendiri sayang. Marah mak dan ayah sekejap je. Setiap hari mak tunggu adik
datang rumah. Mak rindukan gelak tawa anak mak. Adik ikut mak balik rumah ya
sayang… mak rindukan adik.”
Adha meleraikan pelukan maknya. “Umi…” Adha memanggil
ustazah Zarina untuk datang dekat padanya.
“Umi inilah mak Adha. Adha dah lama nak kenalkan mak
Adha pada umi…” kata Adha.
Ustazah Zarina tersenyum. Dia sudah pun mengenali
keluarga Adha ketika Farhan membawanya untuk berjumpa dengan keluarga Adha bagi
menjelaskan segalanya ketika Adha memerlukan bantuan darah.
“Alhamdulillah. Umi dah kenal mak Adha.” Kata
ustazah Zarina.
“Mak bersyukur sangat. Sebab ustazah Zarina menjaga
adik selama ni.”
Adha tersenyum kegembiraan. Ya Allah! Kau kuatkanlah
silaturahim keluarga aku.
“Awak tak nak cakap dengan saya? Dah lama saya duduk
membisu kat sini.” kata Farhan. Hanya tinggal mereka berdua sahaja berada di
dalam wad. Yang lain telah pun pulang ke rumah masing-masing.
“Terima
kasih.”ujar Adha perlahan. Dia berpura-pura membelek majalah. Kenapalah mata ni
tak mengantok pulak! Lelaki ni pun satu. Boleh pulak dia minta semua orang
balik. Rela nak jaga anak dara orang. Gumamnya.
“Tu aje… oh! Tak apa la.” Kata Farhan sambil
menganguk-angguk kepalanya.
“Err… tu je la!”
“Mak awak ingat. Saya kekasih awak. Sebab tu dia
benarkan saya jaga awak.” Ujar Farhan sambil tersenyum meleret.
“La! Ya ka? Nanti aku beritahu hal sebenar dengan
mak aku. Kalau kau nak balik. Baliklah!” balas Adha dengan nada seolah-olah
merajuk. Dia membelek majalah tersebut kasar. Bosan betul majalah ni!
“Kesian betul majalah tu awak kerjakan. Daripada
tengok majalah tu baik awak bercerita dengan saya. Saya bosan.”
“Kalau ustaz bosan. Ustaz boleh balik. Dipersilakan.
Tak payah nak susah-susah jaga orang.”
“Tapi saya nak jaga awak.” Kata Farhan. Majalah Adha
ditarik kemudian diletak atas meja jauh dari katil Adha.
“Beri balik majalah tu.” Arah Adha.
“Tak nak!” kepala Farhan digeleng beberapa kali.
“Tak nak sudah. Tidur lagi bagus!”
Farhan tersenyum lucu dengan gaya Adha yang menutup
seluruh badannya dengan selimut.
“Bila awak keluar hospital nanti. Saya nak hantar
rombongan jumpa keluarga awak. Saya nak ambil awak jadi isteri saya yang sah…”
Adha membuka selimutnya. “Ustaz jangan main-main.
Tak lucu!”
“Saya tak bergurau. Umi, keluarga saya dan keluarga
awak pun dah tahu. Saya tahu awak akan terima pinangan saya.”
“Siapa kata? Perasan!”
“Hati awak yang kata. Kalau tidak. Tak kan awak
mengelak untuk bertembung dengan saya di rumah anak yatim umi. Saya tahu awak
rasa apa yang saya rasa.”
“Habis tu arwah Rania?” soal Adha dengan nada
perlahan.
“Arwah Rania mungkin cinta pertama saya. Tapi saya
nak awak jadi cinta terakhir saya. Saya tahu payah untuk melupakan kenangan
cinta pertama. Tapi Insya-Allah kenangan akan jadi kenangan. Dan awak masa
hadapan saya Adha. Saya cintakan awak sebab tu saya tak nak awak jadi kekasih
saya. Tapi saya nak awak jadi isteri saya yang sah.” Jelas Farhan lembut.
“Awak terima niat saya?” soal Farhan.
Adha memandang tepat ke wajah tenang Farhan ketika
lelaki itu meluahkan isi hatinya. Air matanya dibiarkan saja terus mengalir.
Terharu dengan kata-kata Farhan. “Insya-Allah. Andai jodoh itu milik kita. Aku
terima.”
“Terima kasih… tapi awak lembutlah sikit dengan
saya. Awak ni garang sangat! Tengok muka Rizal pun habis teruk awak belasah.”
“Orang macam Rizal tu memang patut kena belasah pun.
Biar padan muka dia.” Marah Adha. Geram betul tengok muka manusia seorang tu.
“Tengok tu! Tunjuk lagi muka garang tu.” Usik
Farhan.
“Orang mana ada garanglah! Manusia seorang tu dah
kat mana?” Adha mencebik.
“Rizal? Dia sekarang meringkuk dalam penjara.”
Orang yang berbuat jahat akan menerima balasan yang
setimpalnya. Manakala, orang yang ikhlas bertaubat atas kesalahannya pula Insya-Allah
akan diterima oleh Allah s.w.t.
“Farhan…”
“Erm?”
“Terima kasih.”
“Untuk?”
“Terima kasih sebab muncul dalam hidup Annur Adha.
Terima kasih sebab kembalikan semula keluarga Annur Adha. Terima kasih
kembalikan kehidupan Annur Adha.” Kata Adha ikhlas.
“Dan terima kasih kerana mencintai Annur Adha.”
Sambungnya lagi.
“Sama-sama. Insya-Allah. Kita bina mahligai mahabbah
ikhlas kerana Allah. Tanpa hasad dengki. Tanpa dendam dan tanpa persengketaan.”
Balas Farhan.
Ketika ustazah Zarina meminta Farhan untuk solat
istikharah. Memang benar dalam tiga kali mimpinya, hanya wajah Annur Adha yang
muncul. Tapi Farhan hendak mahligai dan rumah tangga yang dibina ikhlas tanpa
hasad dengki dan dendam. Sekurang-kurangnya biarlah Annur Adha ikhlas menjadi
isterinya sebab itulah dia tidak meneruskan rancangannya untuk mengambil Annur
Adha sebagai isternya ketika itu.
Tamat.

#Saya dah edit yang salah tu... terima kasih sebab bagitau...=)
best!
ReplyDeletenice story...
ReplyDeletebut dik..hukuman gantung itu untuk orang yang membunuh
bukan cubaan membunuh... kadang2 hukuman membunuh orang
boleh ditukar kepada penjara seumur hidup;
membunuh dengan niat
dan membunuh tanpa niat lain2 hukumannya..
ya betul tu..ingt nk komen benda sama tdi
Deleteya ka? terima kasih yaa.. sya xtau.
Deletenanti saya edit balik..=)
thanks. ^^y
Besttt
ReplyDeletehoo~ best!! :)
ReplyDeletebest gak dek!lasting ending k n hepy...walau ade kekurangan dlm novel ne but leh terima gak..kisah yg menarik n menghibur kan dek pape hope u terus berkarya n sukses selalu....
ReplyDeletesyukur, pengakhiran yg best...hehehehee
ReplyDeleteCite ni best,jln crita menarik.tp sy rs adha ni terlalu baik hingga sanggup terima syazlin jd kwn balik,kelurga adha pun rilek je bila tahu sbnrnya syazlin fitnah adha hingga adha meringkuk dlm penjara.kaalu sy jd adha,sy akn maafkan syazlin tp tu jd kwn blk tu mgkin tak
ReplyDeleteAlhamdulillah. terima kasih semua.. =)
ReplyDelete