sambungan dari mahligai mahabbah 1, siapa belum baca mahligai mahabbah part 1 boleh klik kat link ni : http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2012/09/mahligai-mahabbah.html
“Assalamualaikum umi.” Adha memberi salam masuk ke
dalam ruang tamu.
“Waalaikumsalam. Ya Allah, Adha!! Kenapa basah kuyup
ni?” tanya ustazah Zarina gusar.
Adha memaksa dirinya senyum. “Tadi Adha turun kat
pondok bas. Lepas tu hujan makin lebat. Jadi Adha redah hujan aje la.”
“Azam mana?” tanya Umi.
Adha cuba menahan air matanya tapi mengalir juga.
Harapannya agar umi tidak perasan air matanya yang mengalir kerana mukanya
sudah basah kuyup.
“Adha?” tanya umi lagi.
Satu senyuman cuba diberikan kepada umi walaupun payah.
“Azam dia ada hal tadi. So Ad balik
sendiri…” tipunya.
Adha perasaan ada mata yang memandangannya di ruang
tamu tersebut. Dia mengalihkan pandangannya pada kerusi. Kelihatan seseorang
lelaki sedang memandangnya pelik. Dahi Adha berkerut. Rasanya dia kenal lelaki
yang sedang memandangnya itu. Tapi fikirannya langsung tidak dapat berfikir.
Kosong!
“Oh… maaf. Umi ada tetamu rupanya. Adha masuk bilik
dulu yaa… maghrib pun dah nak dekat dah…”
“Adha betul-betul okay ke ni?” tanya umi lagi.
Bukannya dia tidak perasan air mata Adha tadi.
“Insya-Allah umi… Insya-Allah. Adha masih boleh
bertahan lagi. Adha minta diri dulu. Assalamualaikum.”
Adha mengeluarkan bekas cincin tunangnya bersama
Fauzan. Salah satu kenangannya bersama Fauzan dahulu. Adha duduk berteleku di
tepi katil. Dia mengaku terasa bodoh dirinya kerana masih menyimpan benda
tersebut. Apakah ini cerita dongeng yang akan diakhiri dengan bahagia
selama-lamanya?
Tiada apa kesalahan yang perlu diletakkan pada
lelaki itu. Kebenaran sukar untuk dikembalikan semula. Apa daya Adha untuk
memberitahu kebenaran pada dunia sedangkan bukti menunjukkan kesalahan padanya
semata-mata. Adha mengeluh. Air matanya menitik pada cincin tersebut.
“Fauzan…” Dia masih lagi tidak dapat bayangkan
kata-kata kesat yang keluar dari mulut Fauzan pagi tadi. ‘Umpama dia terpijak
tahi saja! Jijik!’ kata-kata itu kerap bergema di kotak fikirannya.
“Azam… Adha bukan tercipta untuk Azam. Mungkin
Shazlin lebih berhak mengambil tempat di hati Azam.” Katanya bersendirian. Adha
sendiri tidak pernah meletak harapan pada mana-mana lelaki. Soal percintaan
sahaja tidak pernah terlintas di fikiran. Padanya siapalah yang hendak
memperisterikan bekas banduan sepertinya.
“Adha…” panggil ustazah Zarina dari pintu.
Satu senyuman diberikan kepada wanita itu walaupun
air mata Adha masih lagi mengalir. “Umi…” sahut Adha.
Ustazah Zarina duduk disebelah Adha lalu memeluk
tubuh Adha yang masih lagi basah. Tidak tenang hatinya sekiranya tidak pergi
menjenguk Adha yang kebasahan tadi. Lantas dia meminta diri dengan tetamu tadi
buat seketika untuk bertemu dengan Adha.
Teresak-esak tangisan Adha tika berada dalam pelukan
wanita yang sanggup menjaganya. “Umi… Allah uji hambanya kerana Allah sayangkan
hambanyakan umi… Allah sayangkan Adha kan umi?” soal Adha persis anak kecil.
Tangisan kecil bergema seluruh bilik kecil Adha.
“Insya-Allah sayang… Allah sayangkan Adha sebab tu
Allah beri ujian kepada Adha agar Adha lebih kuat dan dekat dengannya. Adha
kuatkan?”
“Umi…” panggil Adha.
“Ya sayang…”
Adha merungkaikan pelukan wanita tersebut. Wajah
tenang ustazah Zarina dipandang. Perlahan-lahan tangan uztazah Zarina mengesat
air mata Adha yang masih mengalir.
“Umi… tadi waktu Adha jalan dengan Azam. Fauzan
tiba-tiba datang tegur Azam. Rupanya Fauzan tu sepupu Azam umi… Tak sangka
dunia ni kecil kan umi? Umi nak tahu? Fauzan tu la bekas tunang Adha…” jelas
Adha. Dia berhenti seketika sambil mengesat air matanya.
“Fauzan nampak marah sangat bila jumpa Adha lagi
umi. Umi nak tahu… Fauzan cerita segala dengan Azam. Fauzan kata Adha ni bekas
banduan… Adha ni pernah tuduh kawan baik Adha. Perempuan tu pula rupa-rupanya
bakal isteri Azam. Adha tak pernah tipu Fauzan umi. Apa yang Adha cakap dulu tu
semua benar umi. Tapi Fauzan langsung tidak percayakan Adha sebab bukti tu. Umi
pun tahu perkara tu kan?”
“Sabarlah sayang…” pujuk ustazah Zarina. Adha memang
pernah menceritakan kisah silamnya pada Ustazah Zarina. Firasat ustazah Zarina
memang Adha difitnah. Dia dapat rasakan Adha langsung tidak bersalah.
“Adha tak tahu nak buat apa lagi umi. Fauzan kata
Adha nak perangkapkan Azam pulak. Adha tidak pernah terfikir langsung nak
perangkap Azam umi. Adha kata pada Azam tadi Adha ni bekas banduan. … Azam pun
pergi dari situ. Adha tahu Azam tertekan, dia langsung tak dapat terima
hakikat.”
Adha tersenyum kecil. Saja untuk meyenangkan hatinya
walaupun tengah perit. “Fauzan kata Adha tak layak dengan sepupunya umi. Dia
kata umpama Azam terpijak tahi. Jijik! Jijik sangat ka Adha ni umi? Adha ni
langsung tidak padan dengan mereka ke umi?”
“Astaghfirullah… Adha jangan cakap macam tu. Insya-Allah
Adha suci di sisi Allah ya sayang…”
“Umi sayang Adha?”
“Sayang… umi sayangkan Adha. Allah pun sayangkan
Adha. Adha mandi ya? Lepas tu solat maghrib… berdoa dan luahkan padaNya. Insya-Allah
semoga dipermudahkan. Allah tu Maha Mendengar dan Maha Pengasih.”
“Adha minta diri dulu ya umi…”
“Iyalah. Umi pun nak keluar kejap. Nak pergi jumpa
tetamu umi dulu...”
“Maaf sebab ganggu umi tadi. Adha memang banyak
menyusahkan umi.”
“Tak apa. Dia tadi pun minta diri ke surau solat
kejap. Umi tak dapat nak solat sebab tu datang tengok keadaan kamu.”
“Nanti habis solat. Adha keluar makan malam dengan
kami ya.”
Adha mengangguk setuju. Dia menghantar ustazah
keluar dengan pandangan mata sebelum berdiri untuk membersihkan diri dan solat.
“Umi Zarina…” Panggil Farhan ketika ustazah Zarina
berjalan keluar dari bilik Adha.
“Oh! Kamu Farhan… dah habis solat?”
“Dah umi… err.. umi, Farhan nak tanya pasal…”
“Pasal Adha?”
Farhan mengangguk perlahan. Ustazah Zarina senyum
sahaja. Dia tahu sudah tentu Farhan terdengar perbualannya dengan Adha tadi.
“Wajahnya seiras dengan arwahkan?” tanya ustazah
Zarina sambil tersenyum. Cinta Farhan pada arwah Rania memang tidak pernah
padam. Dulu, ustazah Zarina juga yang menjaga arwah Rania dari kecil
sehinggalah akhir hayatnya. Pada mulanya, dia memang terkejut memandang wajah
Adha yang seiras dengan arwah Rania. Dia juga tahu kisah arwah dan Farhan yang
ditentang habis-habisan oleh keluarga Farhan.
Farhan mengangguk. Itu dia sudah tahu. Tapi ada
seperkara lagi yang dia hendak ceritakan pada umi. Perihal Annur Adha yang
difitnah oleh adiknya sendiri. Farhan mengeluh kecil. Susah hendak buka cerita
yang menjatuhkan keluarga sendiri. Tapi mungkin juga ustazah Zarina dapat
membantunya dalam memulihkan segalanya semula.
“Umi sebenarnya…” Farhan mula menceritakan kisah Shazlin dan Annur Adha. Kelihatan
ustazah Zarina juga turut terkejut dengan kenyataan Farhan. Betullah firasatnya
bahawa Adha langsung tidak bersalah dan memang menjadi mangsa keadaan. Hatinya
sayu mengenangkan nasib gadis itu.
“Farhan pun tak tahu nak buat macam mana lagi umi.
Shazlin minta tolong dari Farhan untuk mohon kemaafan Adha. Setiap malam
Shazlin meracau-racau minta maaf dengan Adha. Shazlin tidak pernah tenang
dengan kehidupannya sekarang umi. Dia sering rasa bersalah selagi tidak
mendapat kemaafan dari Adha.”
“Sekarang ni Farhan pun dah balik semula dengan
keluarga. Mak pun dah berubah sejak arwah ayah meninggal… Farhan harap dapat
bantu orang-orang yang ditindas oleh keluarga Farhan dulu. Terutamanya Annur
Adha…”
“Tadi Farhan terdengar apa yang Adha cakap dengan
umi. Tak sangka pula dia kenal dengan Azam. Memang Shazlin ada cerita niat ibu
Azam untuk mengambil Shazlin sebagai menantu. Malah ibunya hanya menunggu
keputusan dari Azam sahaja untuk meminang Shazlin.”
“Insya-Allah umi akan bantu mana yang termampu.”
Balas ustazah Zarina. Dia juga ingin melihat Adha bahagia semula. Dia juga
turut mempercayai Farhan. Anak lelaki itu seorang yang baik hati walaupun sudah
lama tidak berjumpa. Akhir sekali dia berjumpa dengan Farhan ialah selepas
beberapa hari pengebumian arwah Rania. Ketika itu Farhan meminta ampun kerana
tidak dapat membahagiakan Rania lantas memberitahu niatnya untuk membawa diri.
Dulu Farhan dan arwah Rania bersama-sama menuntut di
Mesir dan menjadi ustazah dan ustaz di salah sebuah sekolah. Ustaz Farhan, anak
muda ini sanggup memilih bidang perguruan walaupun waris lelaki harta
keluarganya. Bila arwah Rania meninggal, Farhan meminta agar ditukarkan ke
sekolah pendalaman di Sarawak.
“Kalau macam tu… Kalau umi tak keberatan Farhan nak
mohon umi untuk pujuk Adha.”
“Pujuk?”
“Pujuk Adha untuk terima lamaran Farhan… Farhan nak
ambil Adha jadi isteri Farhan yang sah.”
sambungan part 3 tamat : http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2012/10/mahligai-mahabbah-3-tamat.html
Tak sabar menunggu ending :-) cepat la cepattttt
ReplyDeletebest2...ter kuar pulak ayek mateku.
ReplyDeletehahah
~ze~
Huh.. Ai xbley esep si shazlin tu eiiiii.. *emmo*
ReplyDeleteHUHU.. CIAN ADHA.. FAUZAN NIE PUN MULUT JAHAT
ReplyDeleteaduh awat sedih sangat ni.... π_π
ReplyDeleteich! lelaki mcm Farhan tulah nak. terus lamar! xde nak cintan cintunnya. hihi
ReplyDeleteBenci laki cam Fauzan . Teruk betul !!
ReplyDeleteaduhai!tersedeh n menusuk kalbu akak dek,but best.........
ReplyDelete