Jihan
berlari masuk ke dalam restoran mewah itu. Dia terus melulu ke arah seorang
lelaki yang duduk sambil membaca surat khabar. Ah! Sudah. Dia memang terlambat
lima belas minit. Ini semua gara-gara pak cik gatal dalam bas tadi. Kalau
tidak, tidak mungkin dia akan terlewat untuk blind date hari ni.
“Assalamualaikum.
Sorry bro aku lambat.” Ujar Jihan.
Semput nyawanya berlari dari stesen bas. Muka yang panas di kibas beberapa
kali. Peluh yang memercik dari tadi dikesat kasar menggunakan lengan bajunya
yang panjang.
Tangan
Jihan diangkat memanggil pelayan restoran. Setelah memesan jus oren,
pandangannya beralih pada lelaki yang tergamam memandangnya. Langsung tidak
berkutik sedikit pun. Jihan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tanganya
dilambai beberapa kali di hadapan wajah lelaki itu. Namun dia masih lagi kaku.
Kini
tangan Jihan merayap di wajahnya.“Muka aku ada apa-apa ke?” gumamnya sendiri.
“Aku rasa tiada yang
pelik pun…” sambung Jihan lagi.
“Hei… hei… Encik entah apa dah nama kau ni. Aku lupa pulak! Muka aku
ada something ke?” tanya Jihan pada
lelaki itu.
Jejaka tampan yang
tercengang tadi berdehem. Tampan ke? Pada mata dan selera Jihan lelaki itu
boleh dikatakan hensem jugak la. Tapi sayangnya… isk…isk… isk… tidak sanggup dia mengingatkan kisah lelaki ini yang
diceritakan oleh ibunya semalam. Masalah betul!
“Err… maafkan saya cik. Rasanya cik salah orang ni.” Kata lelaki itu
penuh sopan.
“La! Aku salah orang
ke?Orang yang kau nak jumpa tu siapa erk? Aku rasa betullah restoran ni. Lagipun
kau sorang aje lelaki yang ada kat sini.” Ujar Jihan sambil memandang
sekeliling restoran yang agak lenggang. Malah tahap kosong! Seorang pelanggan
pun tiada.
“Saya rasa saya yakin
bukan cik orangnya.” Pelik lelaki itu memandang Jihan. Tidak ka perempuan ini
kenal siapa aku. Pelik juga. Atau berangkali dia berpura-pura. Kalau paparazzi habis la aku! Fikir lelaki itu
dalam hati.Tapi dia masih lagi mampu berlagak tenang.
“Kejap yaa... Aku
telefon kakak aku dulu. Kalau salah. Salah la tu.” Huru hara Jihan mencari telefon
bimbitnya di dalam beg sandang kesayangannya.
Ketika itu, lelaki itu
mula membelek pernampilan Jihan. Jauh berbeza dengan orang yang dia nak jumpa. Perempuan
ini sudahlah selekeh. Dengan baju lusuh, seluar lusuh, dan beg lusuh. Jangan
cakap kasut dia memang tersangatlah minta baru.
“Assalamualaikum
kak…Kak!! apa nama restoran tu? Adik lupa la. Oh okey... okey… Betullah! Eh apa nama mamat tu? Adik lupa jugak la. Hehe..sorrylah! Dah… Dah... Cukup membebel. Sakit telinga adik dengar. Bye!”
Selesai bercakap dengan
kakaknya, Jihan meletakkan telefonnya di atas meja. Terbeliak mata lelaki itu.
Masih ada lagi orang pakai Nokia torch light 1202 ni! Jeritnya dalam hati.
“Betul la restoran ni.
Nama kau Najmi kan? Orang yang kau nak jumpa tu Nur Jihan. Betul tak? Akulah Nur
Jihan.” Jelas Jihan ringkas dan padat.
Terbatuk-batuk Najmi
mendengar. Ibu biar betul!! Takkan la nak date
dengan perempuan selekeh ni kot. “Jadi betul la awak Jihan. For real?”
“Betul la aku Jihan.
Hesy manusia ni. Tidak pandai faham bahasa melayu. Kalau tak percaya kejap aku
tunjuk i/c aku.” Jelas Jihan.
Dompetnya dikeluarkan dari dalam beg. Kemudian kad pengenalan gadis itu
ditunjukkan kepada lelaki yang bernama Najmi itu.
“Tengok! Betulkan? Nur
Jihan anak pak cik Johan bin Rahman.”
Kad pengenalan Jihan
dipulangkan kepadanya. “Tapi awak tak sama langsung dengan gambar yang saya
dapat.” Lelaki itu masih lagi was-was dengan identiti Jihan.
“Ya Allah. Budak ni…
kau ada bawak resume aku tak? Gambar
ke? Mustahil mak aku tiada bagi gambar atau apa-apa kan?” tanya Jihan. Dia
sendiri pun sudah melihat gambar lelaki ini. Tapi tidak seberapa ingat.
Hendak baca resume
lelaki ini yang disediakan oleh kakaknya pun dia tidak berminat. Sebaliknya
Jihan suruh kakak dan maknya ceritakan pasal lelaki ini. Dia bukan rajin sangat
membaca bab-bab begini ni. Buku teks sekolah menengah dulu kala pun tidak habis
khatam lagi. Adalah kisah-kisah yang diceritakan sehingga membuatkan Jihan
setuju untuk menghadirkan diri.
“Ada. Ni hah…” lelaki
itu menyerahkan sampul surat bersaiz A4 kepada Jihan.
Seriau juga hati Jihan
memikirkan gambar apa yang diberikan kepada lelaki itu. Tapi sebaik sahaja
terlihat gambarnya. Terbahak-bahak Jihan ketawa sampai meleleh air mata.
“Mak oi….!! Gambar
zaman dulu kala. Hahahaha… Apa la mak
dan akak aku ni. Kalau nak bagi gambar pun. Bagilah yang up-to-date sikit. Ini zaman sekolah menengah! Hahaha!!” gelak Jihan lagi. Lucu!
Jihan berdehem beberapa
kali. Panas telinganya ketawa. Air yang dihidang oleh pelayan restoran terus
diteguk. “Aduh! Panas telinga aku ketawa.” Sambungnya lagi sambil memegang
cuping telinganya.
“So betul la itu gambar awak?”
“Betul la ini gambar
aku. Gambar raya waktu aku sekolah menengah dulu. Dah bertahun-tahun dah.
Gambar ni simpan dulu. Aku nak tengok resume aku pulak. Mana la tahu ada lagi
yang kau kena ‘goreng’ oleh dia orang ke? Hahaha…” Jihan menyerahkan gambarnya semula pada
lelaki itu.
Ketika Jihan membelek
resumenya sambil tersengih-sengih. Lelaki itu memerhati segala gerak geri
Jihan. Mukanya boleh tahan licin, tambah lagi dengan lesung pipinya yang agak
dalam memang cantik.
Cuma satu sahaja
masalah perempuan ni. Penampilan! Dan Najmi yakin tiada secalit gincu, pelembab
bibir mahupun bedak di muka gadis ini. Pilihan ibunya kali ini terlalu berbeza
dengan perempuan-perempuan yang Najmi pernah buat temu janji. Selalunya
perempuan yang blind date dengannya
ayu, sofisikated, fashionista dan yang paling penting semuanya up-to-date punya! Yang seorang ni pulak.
Sukar untuk dia komen sebab terlalu banyak yang hendak dikomen.
“Hello!! Sudah sampai di Pluto ke?” panggil Jihan. Jauh betul lelaki
ni mengelamun.
“Huh? Sorry…”
“Erm..dalam resume
betullah. Haih akak aku ni. Ingat aku
nak cari kerja ke sampai kena letak educational
background segala. Jadi kita nak mula dari apa? Sesi pengenalan. Nama aku
Nur jihan binti Johan. Kau?”
“Awak tak kenal saya
ke?” tanya lelaki itu pelik. Perempuan ni datang dari planet mana pula.
Marikh?Takkan dia tak kenal aku kot?
“Kau ingat kau tu
artis?Manalah aku kenal!” teka Jihan. Tiada masa dia nak korek pasal lelaki ni.
“Saya memang artis pun.
Pelakon dan pengarah filem. Awak tak kenal?”
“Eh! Lucu. Betul pulak
aku teka. Serius aku tak kenal dowh!
Aku baru balik dari luar negara. Mungkin sebab tu aku tak kenal kau. Atau
mungkin kau tu yang tak terkenal pun.”
Ceh! Tajam kata-kata
Jihan yang direct itu menusuk telinga
Najmi. Boleh tahan laser jugak mulut perempuan tomboy ni.
“Syed Ahmad Najmi.
Panggil Najmi je. Awak tahu kan kita ni sebenarnya tengah blind date.”
“Tahu.”
“Selalunya orang yang
pergi blind date akan pakai pakaian
yang paling cantik. Tapi awak…” kata Najmi selamba.
“Terlalu simple. Pakaian yang cantik tu tidak
semestinya mahal, glamor, up-to-date.
Bagi aku simple tu pun sudah cukup
cantik. Ikut logik akal. Kalau pakaian yang up-to-date
tu baru dapat diklasifikasikan sebagai cantik. Takkan la harga kereta Mr.Bean
tu mahal gila sedangkan kereta tu kereta antik. Betul tak?”
Bang! Panjang lebar
huraian Jihan hingga Najmi tercengang. Lain kali jangan lawan cakap dengan dia
ni! Take note!
“Lagipun takkan nak jadi
hipokrit kot. Pakai ayu macam model antarabangsa tapi perangai aku mengalahkan
samseng taik kucing. Dan yang aku paling pasti. Kalau aku membazir pakai baju
mahal-mahal pun belum tentu kita punya blind
date ni menjadi tau.” Sambung Jihan lagi.
Terangguk kepala Najmi
mengiyakan. Dia tidak habis-habis memandang wajah Jihan yang tekun menjawab itu
ini. “Habis tu kenapa awak datang juga walaupun tahu saya tidak akan terima.”
“Berkawan biar beribu…
tak salah kalau aku nak tambah kawan baru. Lagipun aku bukannya ramai kawan
pun. Daripada makan, minum, tengok tv, online
kat rumah tu baik aku jalan-jalan jumpa kau. Ada jugak kawan borak-borak.”
“Awak ni memang anak
uncle Johan ke?” tanya lelaki itu.
“A’ah betullah.Kenapa?”
“Tiada langsung
ciri-ciri macam kakak-kakak dan adik awak.” Ujar lelaki itu tersengih-sengih.
“Cis kurang asam.
Betullah! Perlukah semua orang kaya tu berlagak macam orang kaya? Lagipun, yang
kaya tu bapak aku. Bukannya aku.” Jihan tayang muka toya. Dia bukanlah marah
pun.
Sudah lali
dibanding-bandingkan dengan dua orang kakaknya dan seorang adik bongsunya.
Memandangkan adik beradik mereka semua perempuan, dia selalu dibandingkan
dengan yang lain kerana berpenampilan agak kasar.
“La… Awak marah ke? Saya
gurau je tadi. Hehehe…” kata Najmi. Tidak
sangka pula dia dapat bergurau dan bercerita dengan Jihan tanpa rasa rimas dan
kekok. Mungkin disebabkan sikap Jihan yang peramah.
“Tiada masa aku nak
marah. Bukan karan aje. Setakat benda tu. Benda kecik je bagi aku. Dah lali
pun! Najmi, kau tak lapar ke?”tanya Jihan.
“Tak. Kenapa?”
“Aku lapar la. Sikit
masa lagi perut aku meletop sebab masuk angin. Bergendang-gendang dari tadi
minta diisi. Pagi tadi tak sempat nak sarapan sebab overslept!”
“Ingatkan tadi dah
kenyang pot pet dari tadi. Rupa-rupanya menahan lapar. Erm… order la.”
“Yeah! Kau belanja?”
Anggukan Najmi
membuatkan Jihan gembira. Dia terus memanggil pelayan restoran untuk memesan
makanan. Najmi tersenyum lucu memandang wajah riang Jihan yang gembira bila
sebut pasal makanan. Tak boleh buat bini, buat kawan pun jadilah…
“Najmi.” Panggil Jihan.
Mulutnya penuh dengan stik. Boleh tahan lapar juga Jihan sampai dua kali pesan
makanan.Waktu pinggan pertama habis. Perutnya punya kuat berbunyi. Najmi terus
ketawa berdekah-dekah. Tapi lelaki itu
tanya juga kalau Jihan nak pesan lagi.
Jihan apa lagi. Terus
pesan makanan buat kali ke dua. Buat apa nak malu? Perut dia memang tidak
pandai kenyang kalau setakat makan stik. Kena isi nasi jugak!
Najmi sekadar memesan
air sahaja. Berborak dengan Jihan langsung tidak bosan. Banyak betul cerita
mereka seperti kawan lama yang baru berjumpa. Padahal baru beberapa jam sahaja
bersua muka buat pertama kalinya.
“Ya saya?”
“Dari tadi kau borak
dengan dengan aku. Kau tak perasan sesuatu yang pelik ke?” tanya Jihan. Dia
mengelak mulutnya menggunakan napkin.
“Apa yang peliknya?”
“Peliklah!Aku dari tadi
biasakan diri guna ‘aku’. Kau pula dari tadi asyik-asyik ber ‘saya’ dari tadi. Sebenarnya
aku tak biasa guna saya awak.”
“Habis tu nak panggil
awak apa? Jihan?”
“Aku kau la. Saya awak
tu baik kau simpan untuk cakap dengan perempuan lain la. Kitakan kawan. Lagi best guna aku kau. Kalau guna saya awak
tu nampak formal sangat.” Cadang Jihan.
“Aku kau? Okay juga tu.
Deal! No
problem.”
“Friends?” tanya Jihan. Dia menghulurkan tangan untuk berjabat
dengan Najmi.
“Best friends!” sambut lelaki itu sambil tersenyum manis.
best kelakar pun ada
ReplyDeleteai like!! ;)
ReplyDelete