Adha mengesat peluh yang memercik.
Penat tapi hidup perlu diteruskan. Sayur sayuran segar disusun lalu diletakkan
di atas rak. “Mulakan hari anda dengan sayuran dan senyuman yang segar.
Gambatte!” kata Adha bagi menguatkan semangatnya.
“Bismillah…” dia menadah tangan
berdoa agar dipermudahkan.
“Ceria nampaknya. Ada apa-apa ke Adha.” Tegur mak
cik Piah.
“Adha tu hah… hari-hari aku tengok budak ni ceria. ”
balas mak cik Wana pulak dari gerai sayur berhadapan dengan Adha.
Adha hanya tersenyum menampakkan barisan giginya
“Betul tu Wana. Untung bakal laki dia ni. Murah
rezeki dapat bini yang murah dengan senyuman.”
“Hesy, mak cik ni… orang tak terfikir pasal benda tu
lagi la.” Tukas Adha. Asal masuk bab suami isteri ni langsung tidak menarik
minatnya. Tambahan lagi, bila masuk bab ni sudah tentu panjang lebarlah ceramah
dan cerita mak cik-mak cik di pasar sayur ni.
“Eleh! Malu-malu kucing pulak. Abang peguam Azam kau
tu hah! Mak cik tengok sejak kamu bantu dia hari tu. Hari-hari dia datang beli
sayur kat kedai kamu. Dah melekat kat kamu kot.”
“Mak cik ni. Tak adalah. Eh! Ad dah nak pergi ambil
sayur lagi ni. Pemborong dah sampai. Mak cik tolong tengokkan gerai Ad dulu ya.
Terima kasih!” kata Adha tergesa-gesa apabila terlihat jam tangannya.
“Erm. Iya la.” Jawab mak cik Piah. Dia membalas
pandangan pada Wana. Faham sangat dengan Adha yang sengaja nak mengelak.
“Ke tepi. Ke tepi!” jerit Adha. Takut berlangar
dengan orang lain. Pandangannya terhalang dengan kotak sayur yang besar. Bukan
sahaja besar malah berat, jalannnya tidak ubah seperti ketam berjalan.
“Aduh…” kedengaran seseorang mengaduh kesakitan.
‘Alamak! Aku ada terlanggar seseorang ke? Habis la…’ gumam Adha.
“Maaf!!” jerit Adha. Dia meneruskan sahaja berjalan
hingga ke gerainya. Entah siapa yang dilanggarnya tadi. Sempat dia menoleh
belakang. Lagak seperti seorang lelaki tapi langgar sikit dah mengaduh
kesakitan. Apalah! Eh baju dia merah jambu. Mesti kategori sotong ni. Kutuknya.
“Argh! Beratnya…” kata Adha sambil meletakkan kotak
besar tadi. Dia mengurut bahunya yang terasa lenguh. Adha mengeliat seketika.
Lenguh badan. Hari ni kena tempek Salonpas lagi.
“Sampai pun kamu. Adha ni ada orang cari kamu. Cik
ni cari Annur Adha. Katanya nak Tiada seorang lagi kat pasar ni yang nama Adha
selain kamu. Mak cik rasa kamu la yang
dia cari tu.” Kata mak cik Wana.
Adha mengalihkan pandangannya kepada gerai mak cik
Wana. Kelihatan seorang wanita bertudung sedang bercerita dengan mak cik Wana.
Wanita muda itu meminta izin dari mak cik Wana untuk mendekati Adha. Dia mengerling
seketika memandang wajah wanita itu kemudian sambung kerjanya. Kotak besar tadi
di buka lalu dia mengeluarkan sayur untuk disusun. Malas nak layan!
“Assalamualaikum Annur.” Wanita itu memberi salam.
“Waalaikumsalam, baliklah cik. Sini tiada orang yang
cik cari tu.” Kata Adha sambil membuat kerjanya.
“Annur…”
“Aku kata orang tu tak ada kat sini. Kau salah
tempat. Baliklah.” Kata Adha tegas.
“Annur maafkan Lin.” Rayu wanita itu. Lengan Adha
dipegang agar menghalangnya meneruskan kerja.
“Eh! Aku dah cakap. Kau salah orang. Aku tak kenal
kau. Carilah orang yang nak cari tu ditempat lain. Itupun kalau dia masih
hidup. Aku rasa orang tu dah mampus kut.” Kata Adha keras tapi dengan nada
perlahan.
“Annur… please
maafkan Lin. Lin tak pernah hidup tenang selama ni. Ampunkan Lin.” Pintanya.
Adha tidak menghiraukan wanita itu. Dia masuk ke
dalam gerainya mengambil baldi berisi air untuk menyiram sayurnya agar nampak
lebih segar. Apabila dia kembali ke hadapan wanita itu masih lagi tidak
berganjak. Kelihatan seorang lelaki berbaju merah jambu tadi bersamanya. Orang
dia rupanya, kalau tahu bukan sahaja langgar dengan kotak. Kalau ada langgar
dengan lori sampah lagi bagus.
Wanita itu sekali lagi mendekati Adha. Air matanya merembes keluar.“Annur, Marahlah Lin,
tengkinlah Lin. Lin sanggup tapi tolong maafkan Lin. Lin minta ampun sangat.”
Rayunya.
“Baliklah. Aku tiada apa-apa nak cakap. Aku takut
baju mahal kau tu kotor terkena kotoran kat pasar ni. Aku bukannya ada duit nak
ganti. Baliklah.” Kata Adha dengan nada perlahan.
“Lin tak akan pergi selagi Annur tak maafkan Lin…”
pintanya.
“Kau nak apa lagi! Nak buat drama kat sini!!”
tengking Adha. Kesabarannya memuncak. Dia memandang sekeliling apabila nada
suaranya yang tinggi menarik perhatian orang lain.
“Hei! Baik kau bawak balik perempuan ni sebelum aku
bunuh dia.” Kata Adha pada lelaki yang turut terkejut dengan tengkingan Adha
tadi.
Lelaki itu segera mendapatkan Lin yang sudah
menangis teresak-esak. “Annur maafkan Lin…” lengan Adha ditarik.
“Maafkan kau? Tolonglah… aku tak akan lupa apa yang
kau buat kat aku Lin. Baik kau pergi dari sini. Dua tahun lebih aku merempat
kat penjara sebab kau. Dua tahun lebih Lin! Kau ingat sebab keluarga kau kaya,
suka hati kau hancurkan hidup aku. Aku langsung tidak dapat pembelaan. Malah
aku dibuang keluarga. Kau pun tahu waktu tu aku dah nak kahwin! Tunang aku
buang aku, keluarga aku buang aku. Masa depan aku hancur sekelip mata!”
“Thanks to you.
Sebab kau sedarkan aku. Tidak semua kawan baik itu baik! Sekarang kau nak buat
apa? Nak bagitahu semua orang kat sini yang aku ni bekas banduan? Gitu?
Pergilah! Aku tidak mahu tengok muka kau lagi!” kata Adha panjang lebar dengan
nada perlahan. Hanya mampu didengar oleh Lin dan lelaki itu sahaja. Riak wajah
lelaki itu berubah. Rasanya lelaki itu tidak tahu apa-apa lagi. Atau juga
lelaki itu terkejut mendengar bahawa Adha bekas banduan.
Adha menahan air matanya dari mengalir. Dia
berpaling dari terus memandang pasangan itu. Adha kini tidak mudah tertipu
dengan wanita yang bernama Shazlin anak dato’ Hamid.
Farhan terkejut. Segala yang diluahkan oleh Shazlin
langsung tidak masuk akal. Biar betul! Dia langsung tidak percaya Shazlin
sanggup berbuat demikian. Banyak sungguh perkara yang dia tertinggal.
Dia langsung tidak percaya bahawa adiknya memasukkan
dadah ke dalam beg kawan baiknya semata-mata hendak menyelamatkan diri.
Mujurlah Shazlin sudah bertaubat. Tapi masalahnya macam mana Shazlin hendak
meminta ampun dari kawannya itu.
“Abang tak tahu nak cakap apa Lin…” ujarnya.
“Lin tahu Lin salah bang, masa tu Lin buta dengan
hal dunia. Lin terlalu percayakan Rizal. Semua Rizal suruh Lin ikut. Sampaikan
Lin sanggup fitnah Annur untuk selamatkan diri Lin.”
“Mak dan ayah waktu tu macam mana? Kenapa perempuan
tu kata keluarga kita…”
“Mak tahu… bila Lin tahu ada polis kat airport. Waktu tu pulak Lin tak dapat
hubungi Rizal. Lin terus telefon mak. Mak tanya kalau Lin balik Malaysia dengan
Annur. Lepas tu mak suruh Lin letak benda tu dalam beg Annur. Lin tak fikir
panjang waktu tu bang. Lin terus letak dalam beg Annur.”
“Astaghfirullah…” Farhan mengucap panjang mendengar
luahan adiknya.
“Lepas tu?”
“Mak tolong Lin back
up semua perkara. Tapi Lin tak sedap hati bang. Lin cari Annur kat penjara.
Lin ceritakan semuanya pada dia. Annur kawan Lin bang… bila dia tahu Lin yang
buat semua ni. Dia tak nak jumpa Lin lagi.”
“Mak halang Lin jumpa Annur lagi. Tapi sejak mak
lumpuh, mak mula sedar. Mak suruh Lin cari Annur. Mak sendiri pun nak minta
ampun dengan Annur…” Air mata Shazlin mengalir tanpa dipinta. Sungguh dia malu
hendak membuka pekung di dada. Tapi Shazlin tidak sangup lagi menahan
segalanya. Padanya, dia terlalu hina kerana khilaf semalam. Terlalu seronok
dengan dunia, terlalu taksub pada cintanya terhadap Rizal. Tapi akhirnya
sendiri yang merana. Sejak dia meninggalkan sikap teruknya. Rizal langsung
tidak mempedulinya, Lin sangkanya Rizal menyintainya juga tapi sayang lelaki
itu tidak lebih dari nafsu semata-mata.
“Menangislah Lin… menangislah andai air mata itu
dapat mengurangkan beban Lin.” Pujuk Farhan. Dia tidak mahu memarahi Shazlin.
Salahnya juga, sejak maknya membangkang cintanya dengan arwah Rania. Sehingga
arwah Rania terseksa hanya kerana Farhan ingin mempertahannya cinta mereka.
Farhan membawa diri ke Sarawak dan langsung tidak mengambil tahu pasal
keluarganya lagi.
Kembalinya Farhan hanya kerana rayuan Shazlin agar
dia mengampunkan maknya yang lumpuh sejak kemalangan. Ayahnya pula telah
meninggal dunia ditempat kejadian. Hanya kerana rayuan adiknya sahaja yang
melembutkan hatinya untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki
sulung.
“Abang akan cuba tolong Shazlin. Tapi abang tak
janji… abang sendiri pun sudah berputus asa sejak arwah meninggal.” Ujar Farhan
pelahan. Bayangan arwah Rania muncul di fikirannya. Sehingga arwah sakit tenat pun, maknya langsung tidak
mengizinkan dia mendekati Rania hanya kerana Rania anak yatim.
“Abang masih tidak dapat lupakan kak Rania?” tanya
Shazlin.
“Macam mana abang dapat lupakan arwah Lin. Kak Rania
kamu bawa separuh hati abang pergi bersamanya… muka perempuan tadi tu…”
“Lin tahu bang. Muka Annur memang ada iras-iras muka
kak Rania. Dulu Lin pernah sangka Annur tu bayangan kak Rania. Dulu mak tak
benarkan Lin cerita pasal Annur dengan abang. Waktu tu mak tahu Annur anak
orang kampung yang dapat biasiswa untuk sambung belajar. Pada mulanya mak memang tak benarkan Lin
berkawan dengan Annur sebab taraf. Tapi Lin ugut mak kalau mak halang kami
berkawan. Lin akan lari macam abang juga.”
“Macam la dia berani nak lari. Padahal anak mak!”
Farhan tersenyum mengenangkan adiknya yang manja.
Shazlin turut tersenyum kecil. “Lin rindukan Annur
bang. Dulu Annur ayu sangat. Dia tak pernah membahasakan diri ‘aku’ macam tadi.
Annur yang dulu seorang yang lemah lembut. Semuanya salah Lin. Lin punca Annur
jadi macam ni.”
“Insya-Allah kita doakan kawan Lin tu bukakan hati
untuk maafkan Lin.” Pujuk Farhan.
Shazlin tersenyum manis. Mujurlah abangnya sanggup
kembali ke pangkuan keluarga. Jika tidak sudah tentu dia terkapai-kapai kini.
“One cabbage please.” Permintaan seorang pelangan
mengejutkan Adha dari termenung jauh.
“Hold on sir.”
Jawabnya. Dia berdiri lalu mengambil beg plastik kemudian berpaling menghadap
pembeli tadi untuk bertanya berapa banyak kubis bunganya pembeli itu nak.
Apabila mereka berbalas pandangan barulah Adha sedar rupa-rupa Azam yang
bertandang. Dia juga baru tersedar dia menjawab dalam bahasa inggeris.
“Sometimes I
do want to know who you really are.” Kata Azam sambil berpeluk tubuh. Dia
pandang tepat pada anak mata Annur.
“Maksud kau?”
“You know what
the hell I’m talking about right?”
“Aku tak faham apa yang kau cakap. Kalau kau tak nak
beli apa-apa. Baliklah.” Balas Adha kasar.
“You’re
something Ad. Awak specia!”
“Tiada yang menarik pasal aku. Kalau kau tak nak
beli sudah. Aku banyak kerja nak buat.”
“See… awak
faham apa yang saya cakap.”
“Aku tak faham sepatah haram pun apa yang kau cakap.
Blahlah!” marah Adha kasar. Anginnya sudah tidak cukup baik hari ni. Azam pula
datang. Memang nak kena manusia tidak reti bahasa ini.
“Tadi mak cik wana kata ada orang cari Annur Adha. Ermm… Annur. Cantik! Tapi lepas tu ada
orang termenung jauh. Kenapa ni?” tanya Azam.
“Orang tu salah orang… kau baliklah Azam. Aku pun
dah nak tutup gerai ni. Kalau kau tak nak beli apa-apa baliklah.” Jawab Adha
lemah. Malas hendak ingatkan kejadian pagi tadi. Entah macam mana Shazlin dapat
kesan kedudukannya kini. Ah! Apa susah. Diakan orang kaya! Getus Adha.
Sedangkan ujian air kencingnya pun boleh tiba-tiba positif dadah. Sekadar
mengesannya mungkin hanya perkara kecil bagi Shazlin.
“Tengok tu. Orang tengah bercakap boleh pula dia
mengelamun…” rungut Azam.
“Apa lagi?” marah Adha.
“Awak tu la. Kita bercakap dia termenung. Siapa
orang yang cari awak tu Ad?” tanya Azam risau.
Adha sekadar mendiamkan diri. Malas hendak melayan
hamba Allah seorang ni. Sepatah kita cakap, berbilion dia balas.
“Macam ni la ad. Esok awak tak buka geraikan? Rumah
awak kat mana? Saya datang jemput awak. Saya tolong selesaikan kepala awak yang
tengah serabut tu.”
“Tolonglah Azam. Kau jangan nak datang sini lagi
boleh tak? Kau jangan datang dekat aku lagi.”
“Awak tahu saya sayangkan awak sejak kita bertemu
dulukan. Saya tahu ini bukan masa yang sesuai untuk luahkan perasaan saya. Tapi
saya ikhlas Ad. Saya jatuh hati pada awak sejak pertama kali saya bertemu dengan
awak.”
“Tolonglah Zam… aku tidak layak untuk kau. Kau
carilah perempuan lain.”
“Apa yang tidak layaknya Ad. Awak terlalu sempurna
di mata saya.”
“Aku tak sempurna Zam. Aku hina. Aku…”
“Hina pada pandangan manusia tidak semestinya hina
disisi Allah. Kongsi masalah awak pada saya. Berikan separuh beban awak untuk
saya tanggung. Salah ke saya cuba mendekati dan memahami awak Adha?” Kata Azam
perlahan.
“Kau tak faham Azam. Kau tak akan faham. Sudahlah!
Aku dah nak balik. Assalamualaikum!” kata lantas meninggalkan Azam.
“Esok Adha. Esok! Saya akan cari awak esok!” jerit
Azam. Dia tekad akan mencari rumah Adha sampai dapat.
“Lantak kau la! Carilah rumah aku sampai lubang
tandas!”
“Assalamualaikum
Adha. Boleh umi masuk? ” Ketukan di pintu bilik Adha menarik
perhatiannya. Kelibat ustazah Zarina tersenyum memandangkannya.
“Waalaikumsalam umi. Masuklah.” Adha senyum sambil
memandang wanita tua itu melangkah masuk ke dalam biliknya.
“Adha menangis? ada masalah dengan boyfriend eh?” tanya wanita itu sambil
mengesat wajah Adha yang masih sembab.
“Adha mana ada boyfriend
umi. Siapalah Adha ni umi. Hidup pun terkapai-kapai. Kalau bukan umi yang kutip
Adha beberapa bulan lepas. Mungkin Adha masih hilang hala tuju.”
“Hesy…
mana boleh cakap macam tu. Sudah jodoh tuhan pertemukan kita. Adha tak pergi
berjualan ke hari ni?”
“Tiada mood umi. Malas pulak nak keluar bilik.” Adha
memang tidak membuka gerai sayurnya setiap hujung minggu sebaliknya dia akan
menjual barang cenderahati yang dibuat sendiri di pasar minggu. Kata Adha ia
lebih menguntungkan berbanding menjual sayuran di pasar.
“Ni mesti masalah dengan buah hati la ni.”
“Adha takde buah hatilah umi!” rajuk Adha. Muncung
mulutnya disakat sedemikian. Siapa lagi yang buka cerita nih! Nak jugak rasa
pelekung Adha.
“Habis tu yang nama Peguam Zaiful Azham tu pulak
siapa?” sakat Uminya.
Dahi Adha berkerut. “Zaiful Azham? Siapa tu umi.
Serius Ad tak kenal.”
Ustazah Zarina tersenyum melihat muka Adha yang
berkerut. “Azam Ad kenal?”
“Lah! Jumpa jugak mamat tu.” Keluh Adha. Tidak
sangka pulak dalam tempoh semalaman sahaja Azam dapat cari rumahnya. Bahaya
betul manusia seorang ni!
“Tengok tu. Mengaku juga dia.”
Adha mencebik. “Tiada maknanya umi. Azam tu tak tahu
lagi siapa Adha ni. Bila dah tahu… toleh pun tak sudi.”
“Adha… Mungkin Azam tidak akan pandang masa silam
Adha.”
“Entahlah umi… Adha tiada hati nak fikir pasal semua
ni.” Balas Adha. Dia senang dengan kehidupannya sekarang. Baginya selagi dapat
mengelak dari masalah selagi tu dia akan cuba terus menjauhkan diri.
“Tak payahlah
nak beratkan kepala tu Adha. Umi nak sekarang ni Adha tukar baju kemudian
keluar jumpa Azam sekarang. Bersungguh-sungguh dia pujuk umi agar benarkan kamu
keluar dengan dia hari ni. Kalau tak selagi tu dia tak nak balik.”
“Hish menyusahkan orang betul!” bebel Adha
sendirian. Geram betul dengan perangai Azam yang tidak henti-henti mengejarnya.
“Apa yang dibebelkan kamu tu Ad. Bersiaplah cepat.
Kesian budak tu tunggu kamu dari tadi.”
“Baiklah umi ku sayang...” kata Adha. Satu-satunya
manusia yang Adha hormati kini ialah ustazah Zarina. Biarpun ustazah Zarina
tahu dia bekas banduan. Wanita itu tetap menjaga dengan baik. Malah ustazah
Zarina menyuruh Adha memanggilnya dengan panggilan umi, kerana rindunya pada
arwah anaknya.
“Haiyaa… dari tadi saya ni cakap dengan
bayang-bayang awak je. Kesian sungguh!” usik Azam. Sekali sekala dia menjeling
Adha yang jalan beriringan dengannya. Monyok wajah gadis itu kerana terpaksa
keluar dengannya.
Adha buat-buat pekak. Suka hati aku lah!
Sekurang-kurangnya aku keluar! Jawabnya dalam hati. Kakinya terus melangkah
mengikut langkah Azam walaupun tak sudi. Tiba-tiba Azam berlari meninggalkannya
terkebil-kebil keseorangan.
“Kurang asam punya Azam!” rungut Adha. Puas
berpusing-pusing mencari Azam. Dia terus duduk dikerusi yang disediakan.
Adha mengibas-gibas pipinya dengan tangan. Penat dan
panas! Kalau dia dapat jumpa Azam. ‘Akan ku lenyek sampai jadi lempeng!’ jeritnya
dalam hati.
“Adha!!” tiba-tiba jeritan Azam memanggil namanya
menarik perhatian Adha. Lelaki itu berlari anak mendekatinya. Kelihatan dua kon
ais yang mulai cair berada di tangan lelaki itu.
“Awak! Lain kali jangan hilang macam tu lagi tau!”
marah Azam.
“Siapa yang hilang! Aku ke kau?” tanya Adha pula.
“Kan saya dah kata awak tunggu saya kat sana tadi.
Saya nak pergi beli sesuatu. Ni mesti mengelamun lagi.” Bebel Azam. Dia
kemudianya berjalan meninggalkan Adha.
Adha terdiam. Salah aku ke?
“Azam! Nak ke mana pulak tu?” tanya Adha.
“Buang ais ni la. Dah cair.” Jawab Azam sambil
menunjukkan ais yang mulai cair.
“Datang sini…!” arah Adha.
“Kejap. Saya nak buang ais ni dulu.” Kata Azam lalu
ingin meneruskan langkahnya.
“Datang sini sekarang atau aku balik sekarang!” ugut
Adha. Langkah Azam terhenti. Dia berpaling semula ke tempat Adha berdiri.
Adha cuba menahan senyumannya. Tahu takut! “Sini
cepat!” dia mengambil sapu tangan dari dalam begnya lalu diberikan kepada Azam.
“Nah lap tangan tu. Comot!” arah Adha. Dia mengambil
salah satu ais pula diambil dari tangan Azam.
“Eh! Ais tu dah cair la.”
“Belum cair habis la. Masih dapat di makan lagi!”
jawab Adha sambil menjilat ais krim tadi.
Azam tersenyum mendengar jawapan Adha sambil
mengelap tangannya. “Hati awak pulak dah cair ke?” Mereka mengambil tempat
dikerusi yang berdekatan.
“Tiada maknanya Azam. Aku tetap dengan jawapan aku.
Kau carilah orang lain.”
“Saya tak tahu macam mana nak buatkan awak
percayakan saya Ad. Awak anak yatim ke? Itu tak jadi masalah pada saya…” tanya
Azam.
Adha hanya berdiam diri sambil menjilat ais krim.
Sudah tentu Azam berfikir sedemikian sebab dia tinggal di rumah anak yatim
ustazah Zarina. “Aku lebih dari tu Zam…” luahnya perlahan.
Azam memandang wajah Adha yang duduk disebelahnya.
Seolah gadis itu memendam duka yang langsung tidak mahu dikongsi oleh semua
orang. “Tolonglah Adha… kongsi masalah awak dengan saya.” Katanya sambil
memandang tepat pada anak mata Adha.
“Azam!” jeritan seseorang menarik perhatian mereka
berdua. Lelaki yang berlari anak mendekati mereka menghentikan langkahnya
sejurus sahaja terlihat wajah Adha. Wajahnya bertukar warna sambil berjalan ke
arah mereka berdua.
Adha juga turut terkejut melihat kelibat seseorang
berjalan mendekati mereka. Lelaki itu berjalan sambil memandang tepat pada anak
mata Adha. Hatinya berdebar-debar setiap kali langkah lelaki itu mendekati
mereka.
“Fauzan.” Balas Azam sambil tersenyum memanggil nama
sepupunya.
“Zam. Semalam kau kata nak dating dengan awek Adha kau tu? Perempuan ni ke?” tanya lelaki itu
pada Azam dengan nada sarkastik sambil memandang mata Adha.
“Yup. Kenalkan Adha ni sepupu saya. Fauzan. Fauzan,
inilah Adha.”
“Long time no
see Annur Adha. Have a good days in prison? Tak sangka banyak jugak nama
panggilan kau ye? Adha? Huh!” Fauzan tersenyum kecil.
“Prison? Apa
maksud kau Fauzan?”
“Annur Adha ni bekas tunang aku yang kena tangkap sebab dadah tu… betul tak Annur? Or should I call you Adha?” jawab
Fauzan.
“Mustahil. Kau salah orang kot.”
Fauzan tersenyum mengejek. “Don’t be stupid Azam. Aku PERNAH jadi tunangnya tiga tahun Zam.
Mustahil aku tak kenal perempuan ni. Waktu tu kau masih lagi kat Malbourne belajar… Kenapa senyap Adha?
Rahsia kau terbongkar?”
Adha yang dari tadi senyap sahaja mula membalas
pandangan Fauzan. “Dah habis cakap? Sekarang puas? Memang aku bekas banduan.
Tak layak berdiri dengan kamu semua yang terlalu suci!”
“Tolonglah Adha cakap yang awak tipukan?” rayu Azam.
Adha melihat wajah Fauzan yang memandangnya sinis.
“Betul cakap Fauzan. Aku bekas banduan. Aku pernah meringkuk dalam penjara
bertahun. Sekarang kau dah tahu kenapa aku tidak pernah menerima orang macam kau.
Aku bukan anak yatim yang seperti kau cakap. Tapi aku anak yang di anak
yatimkan Azam. Keluarga aku buang aku sebab aku disahkan positif dadah.”
“Puas hati kau Fauzan?” tanya Adha pada Fauzan pula.
“Bravo!
Muka macam kau memang muka tembok! Oh ya, Aku pernah jumpa bakal isteri
Azam. Kau nak tahu siapa? Nurul Shazlin Dato’ Hamid. Bekas kawan baik kau. Aku ingat lagi dulu kau
pernah kata Shazlin yang fitnah kau… Menyesal aku back up Azam suruh kejar cintanya. Kalau tahu dari awal. Baik lagi
Azam kahwin dengan Shazlin dari bekas banduan macam kau!”
“Baguslah… aku doakan kau pilih Shazlin dari aku
Zam. Korangkan terlalu tinggi untuk aku… aku tak sangka orang yang bijak pandai
macam kamu semua ni boleh jatuh cinta dengan aku. Stupid guys!” balas Adha.
“Sudah!!!” jerit Azam. Dia berlari meninggalkan
Fauzan dan Adha.
Tersenyum sinis Fauzan meninggalkan Adha
keseorangan. “Orang macam kau tak layak untuk berjalan disebelah sepupu aku tu.
Umpama dia terpijak tahi saja! Jijik!” katanya sebelum pergi.
“Pergilah Azam… aku doakan kau dengan Shazlin.” Ujar
Adha sambil mengesat air matanya. Akhirnya dia kalah juga. Fauzan! Lelaki itu
terlalu membencinya sekarang. Tidak sangka lelaki yang selama ini mencintainya
dengan sepenuh hati boleh berubah begitu sahaja.
klik link nih untuk baca sambungannya =>
http://nurfazilaserenity.blogspot.com/2012/10/mahligai-mahabbah-2.html
dah tamat ke.. xda smbg ke
ReplyDeletemau lagi. cepat2 tau. Nur Ramadhani bila nak sambung ?
ReplyDeleteterbest lak baca..cpt smbg ye
ReplyDeleteErr... Bleh x kalo xmau annur trima azam ke abg lin tu ke fauzan ttu lg la xmo.. Kasik org lain bleh? ;p
ReplyDelete~acu~
ps: xingt nk tnya. cik penulis, mcm mna nk bt tulisan yg cute tu erk? yg ada love2 tu. cik penulis guna adobe ke? hihi
ReplyDeleteyang tulisan tu donload kat internet...=)
Deleteajarkan leh? nk kena search apa? :D
Deletehttp://www.1001freefonts.com/ ni link dia.. pilih tulisan yg nak kemudian tekan donlod. lepas tu extract terus tekan install. dah automatik ada dalam lappy. =)
DeleteSambung lagi ke????
ReplyDeletecepat-cepat sambung! best :)
ReplyDeleteMana sambungan ni ek?
ReplyDelete