Bermula hari sesi pujuk memujuk antara Fiera dan
Adam dengan bantuan pakar cinta yang separuh rela memberi tips kepada si tukang
pujuk iaitu Ammar. Dengan motivasi pagi sebagai langkah permulaan, Fiera sudah
mulai tersenduk-senduk mengantuk. Sudahlah habis tengok bola semalam dia
sambung buat kerja sebaik sahaja sampai di rumah.
Idea Mr. Bean untuk menggunakan kayu bagi menahan
kelopak mata Fiera dari tertutup sudah terlintas dikepala gadis itu. Mengantuk
dengar ceramah dan ‘motivasi’ percuma dari Ammar awal pagi buta.
Nescafe yang kedua dihirup. Tahan mengantuk. Dalam
hati, dia mula berkira-kira untuk tidur seketika. Tunggu Ammar bercakap tidak
pandai berhenti seolah-olah makan ubat tidur sahaja gaya. Pak cik peguam
seorang ni pula tidak pandai berhenti bercakap.
“Fiera kau dengar tak apa aku cakap ni?” tanya
Ammar.
“Aku dengarlah…”
“Bagus. Kita mulakan dengan tips yang pertama” Setelah
sekian lama bercakap rupanya hanya mukadimmah sahaja. Baru hendak masuk tips
yang pertama…
“Sebenarnya lelaki juga akan cepat tersentuh seperti
perempuan walaupun mereka tidak tunjuk cara menghargai sesuatu pemberian itu.”
sambungnya.
Ketika Ammar menyuarakan tips yang pertama, Fiera
memang rasa hendak gelak guling-guling atas karpet. Dia mengesat air mata yang
mengalir di tubir mata. Penat ketawa.
“Am, kalau kau rasa ayat tu boleh buat mata aku yang
mengantuk ni segar bugar. Taniah untuk kau. Memang segar aku jadinya. Lelaki
cepat tersentuh? Aduh Ammar. jangan buat lawak boleh?”
“Betullah apa aku cakap. Kau diam. Jangan banyak
songeh. Ikut je apa aku suruh.”
“Hahaha…
baiklah pakar percintaan encik Ammar Haikal. Roger and out!” kata Fiera. Masih lagi tergelak kecil mengingkat
tips yang tidak logik tadi. Entah falsafah dari mana pula yang lelaki ini
cedok.
“Janganlah gelak. Nah ambil ni.” Satu bungkusan
coklat diberikan pada Fiera.
“Untuk apa?”
“Bagi Adam la!”
Fiera terus sambung gelak. Bagi Adam coklat? Biar
betul!
“Lepas ni nak bagi apa pula? Bunga? Hahaha…”
“Kau jangan lupa lelaki tu masih gila coklat macam
kau tau...” Ujar Ammar membuatkan Fiera terdiam. Gara-gara Adam dan dia terlalu
banyak persamaan maka dia sangup berubah untuk elak dari persamaan itu.
“Aku sudah tak makan coklat sangat.” Kata Fiera
tegas. Air mukanya terus berubah. Dulu dia menang hantu coklat. Adam selalu
menghadiahkan dia coklat. Dia pula selamba sahaja ambil dan makan. Lagipun dia
tahu Adam juga minat coklat. Tapi itu berlaku ketika dia belum lagi tahu
tentang perasaan Adam.
Selepas Adam meluahkan perasaannya dan tidak serik
mendesak Fiera. Coklat yang manis pun terasa pahit. Lama-kelamaan, coklat
pemberian Adam dibiar sepi. Dia enggan memasang harapan pada lelaki itu.
“Aku tahu. Jangan fikir pasal perkara lepas lagi.
Cik Zaffiera! Sila fokus pada misi anda pada pagi ini. Dengar! Dalam kotak ni
ada banyak coklat Cadbury. Aku nak kau bagi coklat ni setiap jam selama tiga hari ini. Tapi waktu pejabat
aje la. Luar pejabat pelik pula. Takkan kau nak hantar pergi rumah diakan.”
“Banyak duit?” ejek Fiera. Patutlah dia pelik
memandang Ammar membawa masuk satu kotak besar.
“Pek saiz sederhana je pun. Kalau pek besar tu
memang la aku pokai.”
“Erm. Ya la. Lepas tu nak buat apa pula?”
“Waktu kau bagi tu. Aku nak kau tulis di nota lekat
ni kata-kata minta maaf. Tak kira satu dua patah perkataan pun jadilah. Sebiji
perkataan ‘maaf’ itu pun sudah cukup. Lagipun aku yakin punya, si Adam tu tahu
yang kau tak pandai sangat nak berkata-kata romantik ni.” Nota lekat pelbagai
bentuk dan warna yang diletak atas meja Fiera. Sempat lagi Ammar menyindir
kawannya seorang ini.
“Lagi?” tanya Fiera.
“Lepas tu aku nak kau… jap aku fikir dulu. Aku lupalah
pulak.”
Ya Allah! Fiera rasa macam nak ketuk kepala di
dinding sahaja. Apa punya pembantu tidak boleh harap. Mukadimah punyalah
panjang tapi tips sekerat sahaja?
“Hah! Aku dah ingat. Aku nak kau senyum kambing saja
dengan si Adam tu. Jangan asyik buat muka kelat tu dengan dia. Faham! Lepas tu
aku nak kau buat aje dia suruh. Jangan banyak merungut. Masa lunch pula aku nak kau belanja dia
makan. Belikan makan kegemarannya. Faham!”
“Am, kau ni nak aku pujuk si Adam tu ka atau nak aku
goda dia?”
“Pujuklah! Jangan banyak songeh. Kita ada tiga hari
sahaja lagi untuk dating. Jadi sila
dengar cakap aku.”
“Date
kalau kita berjaya. Kalau tak jangan harap!” amaran keras dari Fiera langsung
tidak mengentarkan Ammar. Malah dia lebih bersemangat hendak bantu pujuk Adam.
Sekurang-kurangnya merasa juga dating dengan Fiera biar sekali.
“Ini Ammarlah. Jangan risau. Aku akan pastikan
berjaya. Nanti bila kita date, aku
nak kau ikut je apa yang aku dah rancang! Jangan nak merungut pulak.”
“Sebelum dating
dengan kau. Aku nak keluar dulu jalan-jalan cari idea. Jangan lupa apa aku
pesan. Nanti aku datang lagi esok. Pergilah bagi coklat tu… Jangan lupa pula
tulis minta maaf tu.” arah Ammar.
Fiera buat muka toya. Poyo juga Ammar ni.
“Iya la. Nanti aku tulis. Kau jalanlah dulu.” Bukan
apa. Fiera malu nak tulis depan Ammar. Dia mana pernah buat kerja-kerja yang
tidak terlintas di akal fikirannya sebelum ini.
Coklat Cadbury yang keempat disembunyikan dalam
poket baju kurung. Fiera mengintai dari sebalik pintu. Kelibat Adam tidak
kelihatan di dalam pejabat yang agak serba mewah itu. Biasalah! Anak bos punya
pejabat la katakan.
Mungkin Adam keluar ke tandas atau ke tempat lain.
“Syyhhh… Lydia.” Fiera memberi signal pada Lydia
yang lalu berdekatannya. Gadis anak mata kucing itu mendekatinya. Suka benar
Lydia pakai mata. Palsu betul anak mata si kawan ni.
Dahi Lydia berkerut memandang kepala Fiera yang
tersembul. “Hoi anak dara apa mengintai ni? Banyak senonoh punya perangai.”
“Cari Encik Adam ke? Tadi I nampak dia masuk tandas.
Tengah buang saham mungkin. Hehehe…
you buat apa sama Encik Adam? Dari tadi I tengook dia tersengih-sengih macam
kerang busuk.”
“Sibuk je. Kau punya pasal la. Kalau kau tak bagi
warning waktu umpat dia hari tu. Tiada maknanya aku nak pujuk anak bos kerek
tu. Nanti makan tengah hari ENCIK Adam tu ada plan apa-apa tak rasanya?”
“I pulak. Mulut dia yang takde insuran. Wahai cik
Fiera oi. Siapa PA encik Adam ni? I ke atau you?”
“Ya tak ya jugakkan. Aku guguplah Lydia. Aku
bukannya pandai sangat nak pujuk memujuk ni.” Tertawa kecil Lydia dengan
gelagat Fiera. Muka gugup gadis itu memang tidak boleh kawal.
“I sukalah you dan Encik Adam sekarang ni. Macam
pasangan kekasih. Seorang merajuk, seorang lagi tukang pujuk! I doakan saja you
berjaya pujuk anak bos kita tu ye Fiera. Adios!”
sempat Lydia mengenyit mata sebelum meninggalkan Fiera. Saja nak usik Fiera
yang kalut. Tudung lilit pun langsung tidak diperagakan seperti biasa. Fiera
hanya berpenampilan biasa dengan tudung ekspress dan berbaju kurung. Simple tapi masih menampakkan kejelitaan
gadis itu.
“Lydia… Lydia…” panggil Fiera dengan nada perlahan
tapi Lydia hanya terus berjalan. Pangilan dari Fiera langsung tidak diendah.
Nota lekat pertama : Maaf.
Nota lekat kedua :
Saya minta maaf.
Nota lekat ketiga : Adam saya betul-betul minta
maaf.
Nota lekat keempat: Wahai Adam, sila sudi terima
kata maaf dari budah yang minta maaf ini.
Nota lekat kelima: ADAM! saya betul-betul minta
maaf. Tolong jangan merajuk lagi. Kasihani la saya…huhu…
Tersenyum kecil Adam membaca nota lekat dari Fiera
yang bersusun atas mejanya. Beberapa bar coklat kegemarannya juga dipandang
sekilas. Adam kemudiannya terbatuk-batuk. Mengoda sungguh coklat hadiah Fiera
pada tekaknya yang mula sakit.
Sejak malam balik rumah semalam batuknya semakin teruk.
Beberapa hari ini sekadar batuk biasa. Jangan makan coklat dulu. Terpaksalah
dia puasa coklat untuk hingga dia pulih dari batuk.
Semalaman Fiera terpaksa mendengar bebelan dari
Ammar kerana tidak belanja Adam makan tengah hari. Oleh kerana terlalu lama
mengarang ayat minta maaf yang hendak ditulis atas nota lekat, Fiera terlupa
buat kerja mustahak yang amat diperlukan untuk hari itu. Terpaksalah dia
menadah telinga dari Adam lagi.
Salah dia juga kerana terlupa buat kerja gara-gara
terlalu kusyuk pada misi minta maaf itu. Jawabnya waktu makan tengah hari
terpaksa dikorbankan dengan kerja yang bertimbun.
Sebagai balasanya, awal pagi lagi Fiera sudah
berperang di dapur. Masak sendiri! Dia akan masak makanan kegemaran Adam iaitu
udang goreng dan beberapa lauk lain. Sebenarnya Fiera hanya tahu Adam suka makan
udang goreng sahaja. Itupun sebab teringatkan kisah mula-mula Adam balik
Malaysia dulu. Mak Siti pernah kata dia dan Adam mempunyai selera yang sama.
Suka udang goreng.
Fiera mencari posisi yang sesuai untuk meletak bekas
Tupperware bertingkat miliknya. Wangian minyak wangi dalam pejabat Adam tidak
dapat menandingi tahap kewangian makanan yang diletak atas meja.
Mata Fiera mengerling pada jam dinding. Pukul sepuluh
lebih. “Jangan cakap Adam tak datang pejabat pula hari ini. Penat aku masak
awal pagi. Kalau tak datang juga. Aku yang datang rumah dia sumbat makanan ni.”
Omelnya sendirian.
Tiga bar coklat juga sudah terhidang di atas meja.
Hari ini selamba sahaja dia letak. Tidak perlu buat macam semalam. Ada coklat
yang disorok dalam fail, dalam laci. Dalam rak fail dan tepi komputer pun ada.
Malu nak beri coklat secara berhadapan dengan Adam. Berlainan pula dengan hari
ini, selamba sahaja dia letak atas meja sebab Adam belum lagi datang.
“Apa yang awak omelkan tu Fiera?” tanya Adam. lelaki
itu terus masuk dan duduk atas kerusi empuknya. Fiera yang dari tadi berdiri
bersebelahan dengan kerusi Adam bagi mencari posisi untuk meletak bekas makanan
itu terus menjadi kaku. Terkejut dengan kemunculan Adam secara tiba-tiba.
Sesekali Adam berbatuk. Lelaki itu mengurut
dahinya.
“Encik Adam sakit ke?” tanya Fiera.
“Tak. Batuk sikit je.”
‘Jawapan yang diberi Tak. Maknanya Adam tidak sakit.
Tapi bukankah batuk itu juga boleh dikategorikan sebagai sakit batuk.’ Sempat
lagi Fiera mengulas jawapan ringkas dari Adam.
“Apa ni?” tanya Adam pada bekas makanan yang
terletak di hadapannya.
“Err…
takde. Saya saja nak belanja encik makan. Tanda minta maaf. Tapi kalau tak
sedap jangan marah saya pula. hehe...” Senyuman gigi iklan ubat gigi Darlie ditayang. Dalam hati sebenarnya nak cakap. Tapi kalau tak sedap jangan pulak nak MEMANDAI marah saya!
“Fiera awak tolong saya ambilkan dua set sudu, garpu
dan pinggan satu. Lepas tu buatkan coklat panas dua.” Arah Adam.
Fiera sekadar mengangguk. Beberapa minit kemudian
dia pun muncul bersama pesanan Adam tadi. Sempat juga Fiera mengomel dalam
pantri sebelum buat air tadi.
‘Ingat pekerjaan dia Tea lady ke kena buat semua tu? Sejak bila pula syarikat ini ada
orang gaji ekstra untuk Encik Adam. Sudah tahu diri tu sakit. Nak lagi minum coklat panas. lepas tu batuk tak ingat dunia.’
“Duduk.” Adam menunjuk kerusi di hadapannya.
Kemudian dia membuka mangkuk tingkat jenama Tupperware yang bewarna ungu itu.
Adam mencedok sedikit nasi dan lauk ke atas pinggan yang dibawa oleh Fiera.
Kemudian pinggan yang sudah penuh dengan lauk itu diletak berhadapan dengan
Fiera.
“Makanlah.” Kata Adam lagi. Kini dia pula mencedok
lauk pauk lalu diletakkan ke atas sebuah mangkuk tingkat yang berisi nasi
untuknya. Adam menadah tangan membaca doa.
Fiera yang sudah habis makan sekadar memandang Adam
yang tekun mengopek kulit udang gorengnya. Sesekali lelaki itu berbatuk. Fiera
mengambil kesempatan menilai wajah Adam satu persatu. Saja cuci mata.
“Sedap. Terima kasih belanja saya makan.” Puji Adam
sambil mengopek kulit udang. Udang itu kemudianya disua pada mulut Fiera.
Teragak-agak Fiera hendak membuka mulut.
“Jangan risaulah. Saya basuh tangan sebelum makan
tadi.” Ujar lelaki itu. Memang betul Adam ada guna sudu dan garfu tadi. Tapi
lelaki itu masih tidak puas. Akhirnya dia ke pantri untuk cuci tangan. Makan
guna tangan jauh lebih sedap berbanding menggunakan sudu dan garfu.
Fiera tersenyum. Baru sahaja dia hendak mendekatkan
mulutnya pada tangan Adam. Ketukan di pintu menarik perhatian mereka.
“Maafkan saya Encik Adam. Tapi saya nak serahkan
fail proposal untuk family day nanti.” Kata Shira. Panas
hatinya melihat adegan Adam ingin menyuap Fiera tadi.
“Oh! Awak letak saja situ. Nanti saya periksa.” Adam
menunjuk arah meja berdekatan dengan sofa di biliknya.
“Kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu.”
Adam sekadar mengangguk lalu mereka menghantar Shira
dengan pandangan mata sahaja.
“Lepas ni mesti ada cerita baru lagi…” keluh Fiera.
“Jangan risau. Dia tak akan berani buat cerita lagi.
Saya dah beri amaran.” Dia menyuap semula udang ke mulut Fiera. Gadis itu
sekadar membuka mulut lalu mengunyah udang goreng itu. Rasa kekok hendak disuap
oleh Adam tadi bertukar kepada perasaan gusar memikirkan apa lagi cerita baru
yang bakal dicanang oleh Shira.
“Mulut orang encik. Bukan senang nak tutup macam tu
aje.”
“Jangan
risau. Kalau Shira masih sayangkan kerjanya. Dia tidak akan berani bersuara.
Saya sendiri pun tak suka dengar cerita yang tidak baik tu.”
“Encik tahu pasal gosip tu?” tanya Fiera pelik.
“Saya bukan ketua yang tidak tahu apa-apa pasal
gosip dalam syarikat ni Fiera. Jangan risau. Saya sudah pun handle perkara ni.” Batuk Adam semakin
kuat. Dia menutup mulut ketika batuk.
Segera Fiera bangun lalu mengosok belakang lelaki
itu. Tidak berhenti-henti lelaki itu berbatuk. Adam yang terasa sesuatu pada
tapak tangannya memandang darah merah pekat keluar bersama batuknya. Dia terus
menyembunyikan tangan yang terkena darah tadi dari penglihatan Fiera.
“Apa kata encik ambil cuti sakit saja hari ni. Nanti
saya tolong cover kerja encik.”
Cadang Fiera. Kelihatan batuk Adam semakin teruk. Pasti gara-gara makan coklat
pemberiannya. Dia tahu Adam juga spesis hantu coklat yang susah sangat berlepas
dengan coklat.
“Huk… huk…” Adam hanya mampu mengangguk. Batuknya
semakin kuat.
“Nak saya bawa encik pergi klinik ke?”
“It’s okay. Nanti saya pergi sendiri. Nanti awak
beritahu abah saya balik awal. Tapi jangan beritahu abah yang saya sakit. Saya
tak nak abah risau. Pandai-pandailah awak goreng nanti.” Kata Adam.
“Baiklah…”
#sila la rajin2 turunkan komen ya. ***MukaComel ala2 kucing dalam watak shrek tuh.
aduyaiiiii.. penyakit apa plak adam ni
ReplyDeletealamak!adam sakit ker?
ReplyDeleteadoi..xmaulah adam sakit teruk2..huhuhu
ReplyDelete