Wednesday, November 7, 2012

Tembok Cinta bab 23




 Semalaman menyiapkan kerja yang terbengkalai. Fiera masih lagi menghadap kerja di pejabat. Dia hanya berehat seketika dan sembayang. Matanya menilik jam di komputer riba. Jam pun sudah menilik pukul lapan lebih. Dari pejabat yang sunyi sepi bertukar riuh rendah. Pekerja mulai membanjiri pejabat dan memulakan tugas masing-masing.
Urat-urat yang lenguh di urut. Fiera bersandar pada kerusinya. Mata yang pedih ditutup seketika. Tinggal satu benda sahaja lagi. Lepas tu siaplah kerjanya. Biarlah dia berehat seketika. Tidak sampai lima minit Fiera menutup mata. Salam dari Ammar serta ketukan pintu pejabat dari Lydia mengejutkan dia.
 “Aku baru nak tidur. Korang nak apa?” tanya Fiera sambil menongkat dagu. Mata yang kuyu ditahan.
“You tak balik ke semalam Fiera?” tanya Lydia yang sudah duduk dihadapan Fiera. Ammar sekadar berdiri.
“Tak. Tolong Adam buat kera. Hari ni nak hantar.”
“Kalau kau bantu dia buat kerja. Habis dia buat apa pulak?” tanya Ammar. Geram pula dengan perangai Adam.
“Dia sakit jadi aku suruh dia balik awal semalam. Biar aku bantu dia buat kerja dia.”
“Sakit ke atau saja nak curi tulang.” Kata Ammar sarkastik.
“Janji dia dah tak marahkan aku. Semalam dah macam okay sikit. Awal pagi lagi merayap masuk pejabat aku ni kenapa?” tanya Fiera. Pandangannya bertukar silih berganti memandang Ammar dan Lydia.
“I biasalah datang lepak.” Jawab Lydia.
“Aku pun. Hehehe…”
“Maaflah. Aku mengantuk sangat ni. Aku tidur kejap ye. Tak larat nak buka mata.” Fiera merebahkan kepalanya atas meja. Mata terus dilelap tanpa menanti sebarang kata-kata dari kawan kawannya.                         
“Kalau macam tu I keluarlah. You nak minum tak Am? I tolong buatkan air.” Lydia memegang kedua pemegang kerusi. Bersiap untuk berdiri.
“Tak apa. I tunggu Fiera sampai bangun. Kesian dia. Lepas ni nak bawa dia makan. Takut sakit pula. Tengok muka dia pun sangat pucat. Kepenatan sangat tu.”
Ammar memandang Lydia perlahan-lahan keluar dari bilik Fiera. Takut mengejutkan sleeping beauty yang sedang nyenyak beradu.


Hidung yang terasa gatal digosok beberapa kali. Baru sekejap hendak tidur dengan lenanya lagi. Hidungnya kembali rasa gatal. Dia kemudiannya mengosok lagi. Kacau orang tidur betullah. Perlahan-lahan dia membuka mata.
Mata Fiera berkelip-kelip memandang makhluk yang sedang tersenyum lebar persis The Joker dalam cerita kartun Batman. Apa pasal pulak aku mimpikan Ammar yang sedang tengok aku ni? Aku dah kahwin dengan Ammar ke? Eh! Apasal pulak dia merebahkan mukanya berhadapan dengan muka aku ni. Nanti dulu, nanti dulu… Kuning jugak otak aku ni. Sempat lagi otak Fiera memikir benda yang bukan-bukan. Dia cuba untuk mengerakkan otak yang baru sahaja sedar dari tidur.
“Mak!!! Perogol!!” jerit Fiera. Dia terus menjauhkan mukanya dekat muka Ammar. Bukk!! Akibat terlalu kalut Fiera terus terjatuh dari kerusi. Terbalik kerusi bersama dia.
Kedengaran suara Ammar yang ketawa terbahak-bahak.
“Hoi! Fiera… apa yang kau fikir arh!” gelak Ammar. Dia sendiri pun terkejut dengan jeritan Fiera tapi masih lagi dapat ditahan.
“Kurang asam kau Ammar. Terkejut aku! Kau buat apa dalam pejabat aku?” bukannya hendak bantu dia berdiri. Malah digelakkan pula. Dia berdengus. Punggung yang kotor dibersihkan. Salah dia juga sebenarnya sebab fikir benda bukan-bukan tadi. Tapi orang yang masih mamai patut dimaafkan sebab otak belum dapat berjalan dengan sebaiknya kan? Hehe…
“Aku bosanlah tunggu kau tidur aje dari tadi. Sebab tu la aku main hidung kau guna ni.” Satu helai bulu ayam berwarna kuning ditunjuk. Ligat kepala otak Ammar ingin mengenakan Fiera sebaik sahaja terpandang penyapu bulu ayam yang cantik tergantung di satu sudut pejabat gadis itu.

Buntang mata Fiera.  “Ammar yang bijak pandai. Kau tahu tak benda tu berhabuk.” Ujar Fiera lemah gemalai.  Suara lembut itu tidak pasal-pasal mengoncangkan dada Ammar. Berdebar-debar dadanya memandang Fiera. Air liur pahit ditelan. Sehelai bulu ayam ditangan terlepas dan terbang jatuh ke lantai.
“Ehem..” Ammar berdehem buat sekian kalinya. Cuba menenangkan debaran di dada dan yang penting ialah berlagak macho.
Kerusi yang terbalik dibetulkan semula. Kemudian dia duduk semula atas kerusi empuk miliknya.
“Fiera… makan jom! Laparlah. Lama betul kau tidur. Sudahlah berliur-liur. Bukan air liur yang meleleh tu yang basi. Aku yang berkulat tunggu kau banggun tau. Basi!” 
“Eh! Aku tak suruh pun kau tunggu aku. Sekarang pukul berapa?” tanya Fiera. Jam tangan dikerling. Tepat 12.30 tengah hari. Krukk…krukk… sudah! Perutnya pun berbunyi bagi menjawab persoalan Ammar seperti biasa. Tersengih lelaki itu terdengar bunyi dari perutnya.
“Jom…” kata Ammar sekali lagi.
“Aku pun tengah lapar tahap dewa dewi ni… makan kelmarin sikit je. Semalaman pula aku minum Nescafe aje. Malas nak keluar cari makanan. Tapi aku nak balik teruslah Am. Busuk!”  Kongsi makanan dengan Adam semalam hanya mampu membuatkan perutnya bertahan untuk seketika sahaja.
“Kita makan dulu. Please… nanti kau balik rumah confirm tak makan lagi.” Pujuk Ammar. Faham sangat dengan perangai Fiera.
“Badan aku lekitlah.”
“Sekejap saja. Lepas kita makan. Aku terus hantar kau balik. Kau pun masih mengantukkan. Aku tak benarkan kau memandu. Biar aku hantar. Bahaya tau!”
Fiera mencebik. Banyak pula alas an Ammar ini.
Ammar kemudiannya berjalan ke satu rak.  Tin penyembur wangian Air Wick yang berada dalam rak menjadi sasaran. Cukup tersusun cantik dengan pelbagai warna. Fiera memang peminat setia wangian ni.  Wangian Lavender diambil. Kemudian dihalakan ke muka Fiera.
“Kalau rasa diri tu bau busuk. Semburlah dengan wangian Air Wick!! Dijamin dengan wangian segar sepanjang hari.” Tersengih-sengih Adam menghalakan tin tersebut pada muka Fiera. Lagaknya seperti buat iklan wangian Air Wick seperti lelaki dalam iklan racun nyamuk Sheltox.
“Ammar!! Kau dah gila. Ingat itu minyak wangi ke apa?” lenting Fiera. Terkejut bila wangian itu dihalakan ke mukanya.
“Kau nak ikut aku ke tak?” ugut Ammar. Wangian tadi dispray ke sekeliling pejabat Fiera.
“Ikutlah! Hesy!” bentak Fiera.
“Kan bagus kalau kau ikut saja cakap aku dari tadi.”
“McD je tau. Lepas tu hantar aku balik. Nak mandi. Melekit badan aku tau.”
“Sebab tulah aku nak sembur benda ni…” Tin wangian itu sekali lagi dihalakan ke muka Fiera.
“Ammar jangan!!!” bergema satu pejabat dengan suara nyaring Fiera.
“Hesy! Cepatlah.” Sambungnya lagi. Kecoh betullah… sudah tentu pekerja-pekerja lain fikir entah apa sahaja yang terjadi dapat pejabatnya kini. Kecoh macam pasar ikan! Dia terus menarik blazer dan tas tangan keluar meninggalkan Ammar yang sedang galak ketawa suka hati.




Gendang gendut tali kecapi, senang perut suka hati. Tapi kalau belum makan sudah sakit hati? alamatnya kena makan hati berulamkan jantung perisa tom yam la jawabnya!
Matanya masih lagi menyorot pada pasangan yang baru masuk ke dalam restoran makanan segera itu. Bukan lelaki itu tengah sakit ke? Kelmarin bagai nak rak terbatuk-batuk, tapi hari ni larat pula ketawa macam burung belatuk. Apa kes ni bro? gumam hati Fiera.
Ammar yang dari tadi sibuk berceloteh terus mendiamkan diri. Lantas dia memandang ke arah pandangan mata Fiera yang tajam itu. Cermin mata hitamnya diturunkan sediri untuk melihat dengan lebih jelas. Nyata dia juga terkejut dengan kemunculan lelaki itu di restoran ini. Bukan dia tengah sakit ke? Ammar terus memandang Fiera untuk meminta penjelasan.
Fiera menjongket bahu. Malas nak cakap banyak. Hati tengah panas. Air minuman coke dihirup kasar. Mana pula makanan yang dipesan ni? Ammar pun satu. Orang ajak makan McDonald sahaja pun tak nak. Takut kena serbu la, takut sesak la. Akhirnya terpaksa juga dia mengalah makan di restoran ini.
“Mana boleh macam ni? Kau terseksa buat kerja sampai tak tidur, tak makan. Dia senang lenang aje berfoya-foya.” Rungut Ammar.
“Lantak dialah Am.” Kata Fiera. Mulut kata lain, hati pula kata lain. Seribu satu sumpah seranah dipendam. Matanya mengerling pada pasangan yang sudah pun mengambil tempat di salah sebuah meja. Ayu dan sopan sahaja gadis yang duduk semeja bersama Adam itu. Comel, kecil molek orangnya. Hati Fiera sempat lagi memberi komen.
No Fiera. It’s not fair. Ini penderaan namanya. Kau bukan hamba tapi pekerja! Mesti dia pura-pura sakit supaya kau buatkan kerja dia.” Ah! Suara tegas peguam Ammar sudah pun terkeluar. Belum sempat Fiera menghalang. Ammar sudah pun mengorak langkah mendekati Adam.
“Ammar… Am…” panggilan dari Fiera langsung tidak diendah. Panas hatinya memandang Adam yang nyata tidak perasaan akan kemunculannya. Bertambah panas hatinya mengingatkan wajah lesu Fiera pagi tadi. Orang susah payah tolong buat kerja kerana ingatkan dia sakit. Tapi senang saja dia bergelak tawa dengan perempuan lagi.
“Gembira nampak?” Tegur Ammar sarkastik. Ammar membuka cermin mata hitam serta topi yang dipakai. Langsung tidak peduli jika sesiapa perasan dirinya sekarang ini. Perbualan Adam dan gadis itu terhenti memandang sekujur tubuh yang berdiri bersebelahan meja mereka.
“Am?” Tanya Adam.
“Terkejut? Ada orang yang lagi terkejut tengok kau sini.” Kata Ammar sarkastik.
“Apa maksud kau ni Am?” Tanya Adam. Berkerut dahinya memandang Ammar sayang bercakap penuh dengan isi tersurat dan tersirat.
“Tak faham ke atau buat-buat tak faham?”
“Hei Am. Aku tak faham langsung apa yang kau cakap ni? Terus terang!” Dia terus berdiri berhadapan dengan lelaki itu. Kesabaran Adam memuncak. Geram pula dengan Ammar yang asyik menuduhnya sedangkan dia sendiri tidak tahu punca dan kesalahannya.
“Am… sudahlah. Buat malu aje. Jom balik.” Tegur Fiera. Dia memandang orang sekeliling yang sedang memerhatikan wayang percuma.
“Fiera? Apa awak buat sini? Sekarang bukan waktu pejabat ke?” tanya Adam pada Fiera pula. Nada suaranya agak tinggi. Terkejut dengan kemunculan gadis itu tiba-tiba.
Ask yourself! Semuanya pasal kau la…”
“Apa maksud kau Am? Aku tak faham. Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan. Sepatutnya aku yang marah sebab dia curi tulang. Sekarang ni waktu pejabat bukan waktu dating!” jerkah Adam.
“Abang Adam. Sudahlah erm…” pujuk gadis yang dari tadi berdiam diri itu.
“Kau diam!” marah Ammar pada gadis itu pulak. Fiera mengurut dahinya. Pening! Ammar ni pun satu. Budak perempuan ni pun dia nak marah.
“Ammar kau jangan sesekali tinggikan suara pada Fea pulak!!” balas Adam.
Dushh… Satu tumbukan tepat di pipi Adam. Berpinar kepalanya seketika apabila tumbukan percuma dari Ammar kena pada sasarannya.
“Abang Adam…!!” jerit gadis itu.
“Ammar sudahlah.” Fiera segera menarik lengan Ammar jauh dari situ.
Adam tidak mahu mengalah. Tidak mungkin dia akan mengalah begitu saja. Dia terus berdiri dan mengejar lelaki itu. Bahu Adam dipegang. Dushh!! Satu tumbukan balas tepat kena pada muka Ammar. Badan Ammar terjelepok atas lantai. Fiera yang memaut lengan Ammar turut tertolak ke tepi. Mujur dia sempat bertahan pada salah sebuat meja. Kalau tidak percuma turut terbaring disitu.
“Sudahlah tu. Malu bergaduh sini…” Marah Fiera. Tapi ke dua lelaki itu langsung tidak mengendahkan amarahnya. Masih lagi bergaduh seolah berada di gelangang gusti. Fiera memegang kepalanya yang berdenyut. Sakit kepala dengan budak terlebih umur yang tidak tahu dengar cakap ini. 
Fine! Awak!” Fiera memanggil gadis tadi.
“Awak jangan sesekali halang mereka ni berhenti bergaduh. Kamu pula sini.” Ujar Fiera. Dua orang pelayan restoran dipanggil.
“Pergi report polis. Biar mereka bergaduh sampai polis datang. Lepas tu boleh sambung bergaduh dalam lokap nanti!” arah Fiera. Dia kemudiannya terus keluar dari restoran tadi. Sempat lagi Fiera berdengus melihat dua orang rakannya itu. Buat sakit hati saja! Dada yang terasa sakit dipegang. Turun naik nafasnya. Ah sudah! Penyakit pula datang waktu begini…
Tercunggap-cunggap Fiera menahan dadanya yang sakit. Walaupun sukar dia masih cuba untuk mengawal penafasannya. Itu teknik yang diajar oleh Dr. Taufiq setiap kali gastriknya menyerang. Bukan sahaja dada, malah ulu hatinya mulai terasa pedih yang teramat.
Tangan Fiera cepat mencari telefon bimbit dalam tas tangan. Hanya wajah seseorang sahaja yang terlintas dikepalanya kini. Butang satu ditekan. “Cepatlah angkat…” gumam Fiera. Masih menanti agar Taufiq mengangkat telefon.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam! Fiq tolong aku sakit sekarang. Aku kat Rrestoran Tiara. Please…  cepat...” Kedengaran nafas Fiera yang tercunggap-cunggap. Nafasnya mulai sesak.
Belum sempat Taufiq hendak bertanya lebih telefon terus dimatikan. Ah! Taufiq cepatlah. Dia semakin sukar untuk bernafas. Entah mana satu Fiera hendak tekan. Kepala yang sakit seolah-olah dicucuk jarum atau dada yang seperti dihempap seratun ton batu. Pinggangnya pun asyik dipicit.
Matanya memandang sekeliling. Menyesal juga keluar terus dari restoran tadi. Kalau tahu baik dia tapau makanan dulu sebelum keluar tadi. Hendak berpatah balik ke restoran itu pun tidak larat. Laju juga kaki aku berjalan.
“Arghh… sakitnya… Mana Taufiq ni?” keluh Fiera.
“Nak, nak tak apa-apa?” tanya seorang mak cik.
“Mak cik, mak cik tolong bawakan saya ke hospital. Tolong…” rayu Fiera. Dia sudah pun terduduk menahan dadanya yang sakit. Berair-air matanya menahan sakit.  Ya Allah! Sakitnya…
“Nak… nak bangun. Tolong!! Nak bangun nak.” jeritan mak cik itu masih lagi mampu didengar oleh Fiera. Mak cik saya belum pengsanlah! Saya cuma tak larat. Kata hati Fiera. Sempat lagi dia melalut walaupun dalam keadaaan tenat. Hendak bersuara pun tidak larat. Hanya mampu menekan-nekan dada yang terasa sakit.
“Fiera!!” jeritan seseorang yang berlari melulu ke arahnya hanya mampu didengar saja. Hendak menyahut pun tidak larat. Pandangannya pula semakin kabur. Fiera? Hah! Aku la tu. Tolong aku…. Getus hatinya sebelum pengsan tidak sedarkan diri.


#haih Fiera, sakit2 pun masih lagi nak merapuh. =) happy reading.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

  1. Aduhai Fiera ni....
    Tengah sakit pun boleh merapu lagi.....

    ReplyDelete
  2. cian fiera...nape lah adam nak wat kat fira cam tu... taufiq cepat lah...

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)