Thursday, December 5, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 3


Sekali pandang orang tengok Thia berjalan tahap konfiden Bezita dalam watak Dragon Ball tu. Tenang saja melangkah masuk ke dalam pejabat dengan heels 3 inci dia tu. Ditambah dengan tahap ketinggian dia memang persis super model yang tengah catwalk.
Thia ketap bibir. Kemudian hembus sikit.
Kisah semalam memang kena buang jauh-jauh. Awal pagi lagi Thia sudah pasang azam dalam hati. Lupakan Zarul! Delete habis-habisan. Dalam archive pun pastikan tiada lagi nama lelaki itu.
Anggap saja dua tiga hari ni dia terbabas dalam zon kekeliruan emosi. Kini Thia telah kembali. Thia yang not-so-uptodate dengan pakaiannya yang agak stylish walaupun bukannya semua jenis jenama dan mahal.
Ingat semua barang berjenama mahal ke? Sila ubah persepsi anda sebab Thia jenis yang suka Megasale hujung tahun dan pertengahan tahun. Jenis yang simpan duit untuk membeli belah setahun dua kali! Tambah lagi dia tidaklah tengok jenama sangat. Asal murah, cantik, berbaloi sudah memadai. Simpan duit beli barang lain!
“Macam mana cuti okay tak? Nampak happy je.” Tegur Ekmal.
Thia pandang Ekmal yang sudah seiring dengannya. Dia hadiahkan senyuman. Ikhlas memberi sedekah di awal pagi! Tapi kaki mereka masih lagi laju melangkah. Sebenarnya tidaklah laju sangat sebab dua-dua kaki zirafah! Panjang.
Satu nafas dihembus. “Boleh la.” Jawapan tipikal dari mulut Thia. Buat fahaman semua. Thia memang suka bagi jawapan itu.
Mereka berjalan serentak masuk ke dalam lift. Senyum saja pada sesiapa yang melintasi mereka berdua. Ada juga yang ramai kenenkan mereka berdua. Kononnya dua-dua sama padan.
Thia masukkan tangan ke dalam poket blazer kelabu. Hari ni dia nampak serba serbi formal. Pakai suit blazer warna kelabu. Kemeja light pink, kasut hitam dengan jalur pink dan juga semestinya selendang dua ton merah jambu dan biru laut.
Tangan Ekmal menekan punat nombor department mereka berdua. “Hujung minggu ni ada rancangan tak?” tanya Ekmal.
Thia geleng kepala. “Why?”
“Ingat nak bawa keluar jalan-jalan.”
“Okay. Nanti saya ajak yang lain. Nak ke mana?” Balas Thia. Bukan sekali dua dia keluar dengan Ekmal. Selalu la jugak.
“Rasanya kita dua saja kut. Boleh tak?” sopan sungguh anak teruna seorang ni ajak Thia keluar. Thia sekadar pandang muka Ekmal. Belum ada jawapan sama ada dari bahasa badan ataupun mulutnya.
Wajah Ekmal ditilik. Not bad juga hamba Allah seorang ni. Bukannya bajet kerek atau poyo. Lembut saja bercakap, alim pun ada. Yang penting rendah diri walaupun syarikat ni bapa dia punya.
“Thia are you with me right now?” soalan Ekmal menyedarkan Thia. Apa yang dia mampu balas hanya tersengih. Malu kena tangkap usha anak teruna bos ni.
Ting! Lift terbuka juga waktu tu.
Ermm... awal pagi lagi dah mengelamun. Awak ni masih mamai ke?” tanya Ekmal lagi. Mereka serentak melangkah keluar lift.
Hehe... maaf! Insya-Allah. Kalau tiada halangan jadilah keluar. Saya pun rancang nak tengok buku baru.”
“Cun. Saya jemput awak nanti. Jalan-jalan je. Stress saya di rumah.” Luah Ekmal.
Tergelak kecil Thia.
“Orang macam awak ni pun reti stress ke? Konfius saya.”
“Dah namanya pun orang Thia. Mama saya asyik sebut soal bawa bakal menantu datang rumah...”
“Patutlah mamat Fido Dido ni ajak keluar. Tak apa. Kita enjoy hujung minggu ni. Lupakan segala jenis stress dalam kepala awak tu.” Thia sudah sampai ke mejanya. Dengan jayanya dia terus duduk.
Suka suki saja dia panggil Ekmal Fido Dido. Agaknya lagi sedap dengar dari gelaran Kwang Soo atau Zirafah kut. Tak padan dirinya pun boleh tahan tinggi sebagai seorang wanita.
“Suka aje dia. Okay. Bye. Nak masuk pejabat.” Thia hanya menghantar Ekmal masuk ke dalam pejabat lelaki itu dengan pandangan mata. Erm... bos! Biasalah. Tempatnya memang dalam pejabat. Walaupun Ekmal tidak menerajui syarikat abahnya. Tapi sekurangnya jawatannya agak tinggi sebagai ketua department IT dan system syarikat. Tidak ramai pun. Dua orang technician, seorang pengurus sistem maklumat syarikat, dan dua pembantu IT.
Seperti biasa, Thia akan mulakan kerja dengan memeriksa segala emailnya. Kemudian beralih pula pada system syarikat. Tak banyak masalah. Tapi selalunya dia hanya update website dan tukar mana yang patut atas permintaan. Kalau ada apa-apa maklumat hendak dimasukkan. Pekerja dari unit lain akan terus hantar email kepadanya.
Bagi Thia, tiada kerja mudah. Tapi asal hati ikhlas, Insya-Allah susah akan jadi senang.
“Amboi Kak Thia? Berseri nampak?” sibuk pula Ramdan ni kacau dia awal pagi.
“Berserilah Ram. Tiada kerja ke kacau orang ni?” tanya Thia. Matanya masih melekat pada komputer. Senang sungguh jadi technian ni. Kalau ada komputer rosak atau segala teknologi syarikat seperti projector saja baru ada kerja. Tapi yang payahnya kalau ada rosak dari cawangan syarikat. Terpaksa bekejar pergi syarikat cawangan.
“Bosanlah kak. Tadi sembang apa dengan bos mini tu?” soal Ramdan.
Busybody pula manusia ni! Orang sembang kosong ajelah. Dah! Syuhhh.. orang nak buat kerja.” Halau Thia. Tidak kusyuk dia hadap kerja kalau macam ni.
Pada mulanya Thia tergelak kecil juga bila Ramdan memperkenalkan nama singkatannya tu. Ram. Sebutan kena betul you! Kena guna slang omputih! Kononnya bajet Random Access Memory (RAM). Entah ceruk mana Ramdan ni dapat fikir pasal singkatan namanya itu. Kepala IT sungguh!
“Ye la kak Thia oi.” Ramdan berlalu pergi. Budak baru masuk. Sabar sajalah Ramdan. Nanti baru kau tahu susah senang kerja kau. Aku bagi hadap sistem ni terbeliak juga kau tengok segala jenis kod dan database ni. Semenangnya Thia dan Ekmal yang kena periksa dan mengemas kini pangkalan data syarikat.
Thia tekan aplikasi Google Chrome. Laman sesawang Facebook dibuka. Periksa sikit kemudian dia bersedia hendak tekan simpol ‘x’ untuk tutup. Malas nak log keluar.
Klik! Bunyi chat masuk. Nama Ekmal tertera.
Kutuk pasal saya ye?
Thia tersenyum membaca. Dia pandang pejabat Ekmal dari mejanya. Kemudian laju Thia membalas.
Pasang cctv ke dalam ni? Tak tahu pulak saya. Kantoi dah umpat awak. =P
Ikmal terus saja membalas
Pasanglah. Elok je nampak muka awak dari meja saya ni hah.
Gambar Mr. Sedang silang tangan dari watak Despicable Me dihantar sekali. Tergelak kecil Thia tengok.
Eh! Serupalah dengan awak. Kaki panjang jer. Haha...
Thia balas dengan gambar lain pula. Gambar kucing tengah gelak.
Itulah Ekmal Hadi. Lelaki yang pendiam pada zahirnya tapi bila rapat selamba saja kalau nak bergurau. Diam-diam ubi berisi gitu.
 Simple but really something. Puji hati Thia.
Sejujurnya Thia mengaku. Ekmal seorang yang memenuhi cita rasanya. Tinggi, badan okay maksud tiadalah keding sangat macam kartun Fido Dido tu. Kulit pun tidak la gelap sangat. Bak kata Wardah iras-iras Aliff Aziz. Hidung mancung!
Alaa... Wardah fikir macam tu sebab ketinggian Ekmal bukan paras rupa.
Cewah! Sempat lagi dia mengelamun pasal Ekmal.
Tapi sayang. Manusia yang tiada hati dengan dia tu juga Thia berkenan. Siapa lagi kalau bukan Mr. Aerospace Engineering Encik Zarul Shafiq.
“Hai la hati. Baru pasang nawaitu nak lupa. Boleh pula teringat balik.” Keluh Thia sendirian.
Ekmal hanya mampu jadi soulmatenya sahaja. Maklumlah minat sama, perangai pun lebih kurang. Cuma bezanya kekadang Thia lagi peramah dan ceria. Ekmal pulak umpama ada berlian permata dalam mulutnya.
Payah hendak buka mulut. Dengan Thia saja rapat dan peramah. Orang lain kurang sikit.



“Tak turun makan?” tegur Ekmal lembut kemudian hadiahkan senyuman. Lembut hati Thia pandang soulmate seorang ni. Murah dengan senyuman.
Thia geleng. “Hari ni rajin sikit. Bawa bekal. Ekmal dah makan?”
“Belum. Baru habis settle kerja tadi.”
“Jom. Share makan. Saya bawa lebih ni.” Terbongkok-bongkok Thia mengambil bekas makanan tupperware yang diletak bawah meja.
“Boleh?” tanya Ekmal lagi.
“Boleh... apa salahnya. Kejap saya nak pergi ambil sudu di pantri.” Tupperware mangkuk tingkat itu sudah diletak atas meja.
Ekmal tarik kerusi dari meja sebelah. Kemudian dia duduk tepi meja Thia. “Saya bantu awak buka.” Sempat dia tanya Thia sebelum jauh.
“Okay.” Jerit gadis itu. Berani juga dia tinggikan suara sebab yang lain dah cabut keluar makan. Mak cik cleaner pun tengah rehat. Kosong lenggang saja pejabat bila waktu rehat.
Thia kembali bersama dua pasang sudu dan garfu. “Nah...” sepasang diberikan kepada Ekmal.
“Kejap eh.” Salah satu kontena makan berisi ayam goreng dikeluarkan kemudian dia letak atas penutup. Nasi pada pada kontena lain pula dibahagi dua lalu diletak pada kontena yang sudah kosong.
Thia menadah tangan ketika Ekmal membacakan doa makan. “Amin.” Kedua tapak tangan disapu ke muka.
“Untung siapa jadi suami Thia. Rajin masak.” Puji Ekmal.
“Ye la tu. Ni sebab datang rajin.” Kes nak lupakan hal kekeliruan emosi. Sambung Thia dalam hati.
“Tak apa. Lain kali awak rajinkan diri lagi. Boleh saya selalu makan free.” Gembira sakan Ekmal dapat makan percuma ye.
Thia mencebik. Ingat aku ni pembantu rumah dia? “Boleh. Tapi lepas ni nak rasa air tangan bos mini ni pula.”
Anything for you.” Kalaulah dia tiada hati dengan Zarul tu. Ekmal ni la orang pertama dia cekau buat laki. Mulut tu memang jarang dibuka. Tapi sekali buka umpama tertuang sekilo guna dalam setiap ayat. Manis!
“Dah! Makan. Tu ada kek sikit. Nanti lepas makan nasi kita makan kek pula. Kek ni saya beli tau! Bukan buat. Hee...” sempat lagi Thia bergurau. Takut juga kalau Ekmal puji dia buat kek sesedap macam tu.
Usai makan, Thia terus kemas bekas makanannya. “Eh! Tak payah tutup. Biar saya pergi cuci dulu.” Halang Ekmal.
“Takpa Ekmal. Awak pergi bawa garpu dan sudu tu saja. Yang ni saya basuh di rumah.”
“Alang-alang dah nak pergi basuh ni. Bawa sini.” Thia hendak menghalang. Tapi Ekmal terus saja ambil lalu bawa ke pantri.
Thanks Fido Dido.” Jerit Thia. Tisu basah dikeluarkan. Meja yang ada sisa makanan yang terjatuh dilap. Nanti bersemut pula mejanya. Thia tengok jam pada komputer meja. Ada 5 minit lagi sebelum masa rehat habis. Pelik juga mana manusia-manusia pergi keluar makan tu.
Dah lupa alamat pejabat kut! Tak reti balik-balik.
Tidak sampai beberapa minit. Bergilir-gilir pekerja masuk dengan senyuman melebar pandang Thia. Siap mengerumun dia lagi.
“Ni apa kes pulak senyum kambing dekat orang?” tanya Thia.
“Bahagianya orang tu. Makan berdua. Kongsi berdua...” usik Kak Raihanah. Antara yang paling orang lama di situ.
“Seorang masak seorang lagi basuh. Sampai tak perasan kami datang tadi. Saja nak bagi peluang berdua lama sikit. ” Tambah Wahid.
Merah muka Thia diusik. Tak habis-habis betul manusia dalam department kenenkan dia dengan Fido Dido tu.  “Amboi korang. Menghendap nampak!”
“Alaa kak Thia. Padan apa.” Si Random Access Memory (RAM)  ni pula mencelah. Tak padan orang paling junior. Ada hati juga nak mengusik.
“Dah. Dah. Dah! Syuhh... Orang nak buat kerja.” halau Thia. Mereka pun tergelak kecil. Kemudian semua berlalu ke tempat masing-masing. Suka sakat Thia.
Jimat mekap Thia kalau tiap hari macam ni. Tak payah pakai pemerah pipi!
Ekmal datang ke tempat Thia semua. Yang lain duk tersenyum kambing pandang lengang kemeja Ekmal yang sudah berlipat. Bekas kontena Tupperware Thia diletak atas meja.
Kotak tisu dihulur pada Ekmal. “Basah dah baju tu.” Tegur Thia.
Ekmal senyum saja. Bajunya dilap dengan tisu. Terkial-kial sedikit Ekmal mengelap bahagian pinggang belakang.
“Alaa Kak Thia. Tolonglah bos lap baju tu.” Usik Ramdan. Yang lain sudah terkekek mendengar usikan Ramdan. Satu jelingan tajam Thia hadiahkan baut Ramdan. Kalau budak kecil sudah lama dia tarik telinga tu.
Mungkin agak lucu pada pandang Ekmal. Dia pun turut tergelak kecil. “Dah! Masuklah pejabat awak.” Thia terus serahkan kotak tisu Premier pada Ekmal. Malu punya pasal. Ambil la. Bagi percuma asalkan Ekmal tiada situ lagi. Makin lama Ekmal depan mejanya, makin teruk Thia dikenakan.



Thanks Mal. See you tomorrow! Balik rumah tu jangan stress stress nanti muka kedut!” panjang lebar senyuman Ekmal dengar pesanan penaja Thia. Budak ni dari waktu belajar dulu sampai sekarang tak pernah tunjuk muka stress. Katanya, buat benda yang kita minat. Stress tu tak akan datang punya.
Your welcome. Banyak kereta. Ada tamu rasanya tu. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Thia toleh belakang. Memang banyak pun. Adalah dua tiga parking. Tapi dia tahu milik ketiga-tiga kereta itu. Tahulah pakatan berkumpul bermula.
“Waalaikumsalam...” Thia lambai sampai kereta Ekmal menjauh.
“Pewiittt!! Pakwe hantar balik you. Patutlah tak nak bawa kereta hari ni.” Siulan demi siualan dari rumah tidak diendah.
“Bahagianya hidup!!” jerit Wardah.
“Diamlah!” Thia betulkan tas tangan pada bahunya. Dia melangkah masuk. Semua geng ada. Ada rancangan apa pula hari ni.
Kasut tumit tinggi dibuka dari kakinya. Kemudian Thia terus angkat letak dalam rak kasut. Esok belum tentu lagi pakai yang tu. Nanti kalau lupa letak pula kena matahari cepat rosak.
Belum sempat masuk menlangkah masuk Thia terus diterpa oleh kawan-kawannya. “Pandai kau eh! Dalam diam.” Tegur Qisha.
Hana, Wardah, Ara dan Intan tersenyum kambing. Tadi budak pejabat, sekarang budak-budak ni pulak. Hai la Ekmal! Kucar kacir hidup saya dengan awak ni. Memang patut pun mak awak suruh awak kahwin cepat. Tiadalah isu skandal dengan saya. Getus Thia dalam hati.
“Mama!!!” jeritan si kecil bernama Humaira. Berlari anak si kecil mendapatkan mama Thia kesayangannya.
“Maira my super candy love.” Balas Thia juga. Turut menjerit lantas mendepakan tangannya. Kawan yang lain sudah buat muka bosan. Masing-masing kembali mengambil tempat di sofa.
“Nak cium hidung!” petah Humaira meminta.
Thia senyum. “Sayang mama tutup mata sekarang. Mama nak cium. One, two, three...”
Cupp!!
Satu kucupan Thia hadiahkan pada Humaira.
“Manjakan sangatlah anak aku tu. Kalau dia minta benda pelik-pelik. Kau la orang pertama aku cari.” Tegur Intan. Gelas yang berisi milo diminumnya.
Thia mendukung si kecil Humaira.
“Jom Maira. Ibu tu cemburukan mama.” Pautan pada Humaira dikemaskan ketika Thia hendak berdiri. Takut Maira terjatuh.
“Ni ramai-ramai datang rumah aku. Ada pakatan bersatu ke?” tanya Thia. Dia duduk sebelah Hana.
Intan jeling Hana, Hana bagi signal pada Ara tapi Ara ketap bibir pandang Wardah.
“Cakaplah... stress aku tengok korang semua jeling-jeling. Aku korek mata tu satu-satu.”
Intan tersengih. “Thiaa....” dan entah berapa harakat nama Thia disebut oleh si kawan.
“Hujung minggu ni jaga Humaira. Please!” laju Intan bercakap. Siap tayang puppy face. Buat muka comel macam anaknya.
“Biar aku teka. Honeymoon lagi?”
Intan senyum lantas mengangguk laju.
“Wei agak-agaklah! Kau tu tahap pengantin terlebih tarikh luput.” Pening kepala Thia dengan Intan ni. Nak cakap pengantin baru. Kahwin dah bertahun. Tapi suka buat honeymoon mengejut! Yang terkejutnya pula mesti Thia. Tukang jaga Humaira. Sebab itulah Humaira makin rapat dengannya.
Intan tayang muka comel. Bajet secomel anaknya. “Tolonglah. Jumaat, sabtu dan ahad. Tiga hari je macam biasa. Humaira ni mana nak kena tinggal kalau bukan dengan kau.”
“Hana, Wardah dan Ara? Takkan seorang pun tak dapat.” Bukan apa. Dia kan ada ‘date’ dengan Ekmal. Macam mana nak tambah bilangan rakyat berstatus ‘Sudah berkahwin’ kalau asyik jadi babysitter dihujung minggu saja ni?
Alahai Thia. Ada juga perasaan nak kahwin dengan Encik Soulmate.
“Hana pergi ikut keluaga tunangnya hujung minggu ni. Wardah ada khusus dekat JB. Ara pula first time meeting dengan bakal mertua.” Terang Intan. Nampaknya memang Thia saja yang tiada aktiviti hujung minggu ni.
“Tapi aku ada hal hujung minggu ni.”
“Ke mana?” Wardah menyoal. Tahu sangat aktiviti Thia memang susah hendak keluar kalau bukan dengan mereka sahaja.
“Keluar jalan-jalan.”
Dating?! Dengan siapa?” pintas Ara. Kepoh sungguh minah seorang ni.
“Bukan dating la! Jalan-jalan dengan Ekmal.”
“Ekmal?!!” jeritan mereka berempat bersatu.
Saja tu bagi drama lebih. Thia mencebik. Sesekali dia mencium pipi gebu Humaira. Entah apa Intan bagi makan dengan Humaira ni. Sihat sungguh saiz badan.
“Iyalah. Sayang-sayang oi! Aku pun nak pergi cari buku baru. Jadi keluar sekali dengan dia.”
“Hah! Kalau macam tu eloklah. Kau bawa sekali Humaira ni. Ambil berkat. Manalah tau kot-kot hujung tahun ni merasa juga aku nasi minyak cik Nurfathiah.” Pandailah Intan membodek. Atas bawah dia pandang si Intan ni.
“Nantilah aku tanya Ekmal.”
“Wuu... kena minta izin bakal dulu. Bagus-bagus. Calon isteri mithali.” Usik Wardah. Suka benar kalau hubungan Thia dan Ekmal menjadi. Dari dulu boleh tahan rapat tapi dua-dua tak pernah declare perasaan masing-masing.
“Mengarut! Aku nak tanya kalau dia okey ke bawa Humaira sekali. Tu je.” Humaira sudah terlentok pada dada Thia. Thia betulkan kedudukannya. Dia penat sebenarnya. Baru balik kerja tapi sayang pada Humaira punya pasal. Biarlah sampai Humaira terlena baru dia letak atas sofa.
“Insya-Allah. Ekmal mesti bagi punya. Jumaat aku hantar Maira ye.” Pujuk Intan.
Ada juga terdetik dia hendak hantar Humaira pada emaknya tapi masalahnya Humaira mesti mencari nanti. Pada mertuanya juga pernah dihantar tapi merengek. Akhirnya terpaksa Thia pergi rumah mertua Intan tengah malam buta untuk ambil Humaira. Kalau tak! Tak nak tidur budak tu.

Thia memang ada virus kasih sayang kanak-kanak. Senang rapat dengan budak kecil. Humaira pun tak nakal kalau dengan Thia. Maklumlah mama Thia ni pula suka sogok benda-benda comel. Tambahlah budak tu suka.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

4 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)