Thursday, December 12, 2013

Bintang Pilihan Jihan bab 10



 “Aaa… cummm!!!” Jihan gosok hidung yang mula gatal sebaik saja melangkah masuk ke dalam stor.
Ini berapa kurun tak kemas stor belakang rumah ni. Tahu sangatlah adik beradik dan emaknya tu memang payah masuk stor. Nak harapkan Pak Amir tu memang susah. Bukannya selalu ada di rumah. Pak Amir tu pemandu abah bukannya tukang bersih.
Takut punya pasal dengan cik tikus kita tu seorang pun tak nak masuk dalam stor. Dia juga harapan nusa dan bangsa untuk masuk bersihkan stor.
Selempang tudung bawal biru yang terturun dinaikkan ke bahu. Suis lampu stor tepi pintu ditekan. Baru Nampak ‘cahaya keimanan’ sedikit dari terus gelap gelita stor ni.
“Huh! Habuk ni dari zaman Mesolitik agaknya.” Bebel Jihan. Hujung ditarik menutupi hidung menggunakan tangannya. Lupa pula bawa mask. Malas punya pasal pakai hujung tudung pun jadilah.
Oh! Jihan Nampak sangat teruknya sejarah kau. Sila buka balik buku teks sejarah tingkatan satu. Bab dua bertajuk zaman pra sejarah di Malaysia. Zaman mesolitik tu tak berlaku di Malaysia!
Jihan buka satu persatu kotak yang ada. Sebuah kotak yang amat dikenali dibuka besar. Siap tertulis perkataan ‘Jangan buka kecuali Nur Jihan anak pak cik Johan!’ atas kotak itu. Dan juga sticker Beware of Dog!!
 “Harta karun lama ni…” Jihan bersila atas lantai. Pisau kecil yang dibawa bersama tadi diguna untuk buka kotak yang siap bersalotep.
“Ada Aqil sekali dalam ni. Rindu pulak manusia tu.” Komen Jihan bila terlihat gambarnya dan Aqil berpakaian baju chef. Tangan kanan Aqil memegang piala dan sebelah lagi singgah di bahu Jihan.
Jelas senyuman gembira di mulut Aqil kerana menang tempat pertama. Sedangkan Jihan sudah monyok disebelah. Gambar tadi diletak semula ke dalam kotak. Beberapa lagi barangnya dibelek.
“Eh! Cube rubic ni pun masih ada.” Komennya. Teringat pula cube rubic hadiah Aqil yang tak pandai siap-siap tu. Bagi hadiah hari jadi tak grand sungguh! Dibaginya cube rubic pada Jihan. Dah tahu budak ni malas berfikir. Sampai sekarang tak pernah siap cube tu.
Banyak lagi barangnya bersama Aqil dalam tu. Fikirannya mengimbau kisah zaman dulu kala. Jihan pun hampir hilang ingatan pasal Aqil. Nantilah baru dia cari si Aqil tu..
“Ehem…” Jihan setakat jeling pada suara orang yang berdehem tu.
“Jihan…” panggil Najmi di pintu stor.
Jihan tutup balik kotak tersebut. Dia letak tepi. Panggilan Najmi diendah.
“Oh Jihan… Assalamualaikum. Tak jawab dosa!” kata Najmi lagi.
“Waalaikumsalam!!”
Najmi tersenyum. Dia melangkah masuk. Cuak juga. Takut ada binatang mengelikan dalam ni. Suku sakat Mickey Mouse tu satu hal tapi paling takut kalau ada lipas terbang. Nanti ada juga yang terbang sekali dalam ni.
“Nak aku tolong tak?” tanya Najmi. Nak ambil hati punya pasal dia sanggup mencemar duli masuk stor. Selama ni setakat kemas bilik adalah. Itupun sekali sekali. Selalunya orang gaji ibunya yang buat.
“Nak tolong sangatkan?” tanya Jihan. Dia pusing menghadap Najmi. Jihan yang setakat paras bahu itu mendongak. Tiang eletrik jugak mamat ni! Tinggi.
Najmi mengangguk laju.
“Nah ambil ni. Kemas rajin-rajin.” Bulu ayam dan tangkai penyapu dihulurkan pada Najmi. Jihan bersiap hendak keluar.
“Eh… kau nak pergi mana?” halang Najmi. Dia terus merentap tangan Jihan.
Tajam mata Jihan pandang lengannya yang dipegang kuat oleh Najmi. “Sorry…” tangan Jihan terus dilepaskan.
“Kata nak kemas. Kemaslah! Aku nak keluar. Buat rajin-rajin.”
Najmi terus berlari ke pintu stor. Tanpa tunggu lama dia terus kunci pintu.
Mata Jihan terbeliak tengok kunci pada tombol pintu sudah ditekan. Besar mulutnya terlongo.
“Aku cakap nak tolong kau. Bukannya nak buat sendiri.”
Jari telunjuk Jihan diangkat lalu menunjuk kunci tombol pintu yang sudah ditekan oleh Najmi tadi. Kedua tangannya meramas pipi sendiri menahan geram.
“Hishh kau ni buat muka macam aku nak rogol kau aje.” Tegur Najmi bila tengok muka geram Jihan tu. Dia pulas tombol pintu untuk buka semula. Tadi tu tindakan drastik saja sebab nak halang Jihan keluar.
Erk! Kenapa pulak pintu ni tak nak buka? Soalnya dalam hati. Dipulas lagi sekuat hati menggunakan kedua tangan. Memang tak nak buka. Huwaa…!! Ibu!!
“Yang kau gatal tangan kunci pintu tu kenapa?! Tombol tu rosak tau sebab tu aku buka besar-besar tadi. Kalau tutup pintu tu mana boleh buka dari dalam.” Marah Jihan.
“Ye ke? Mana aku tau. Janganlah marah aku.” Najmi tayang muka sedih. Muncung mulutnya buat muka duckface.
“Tayang muka macam tu lagi. Aku lempang kang! Baik kau tolak pintu tu kuat-kuat sampai terbuka.”
“Tolak?!” Najmi terjerit kuat. Buka apa sakitlah tangannya dia nanti kalau tolak sampai terbuka.
“Iyalah. Habis kau nak bertapa dalam ni?” sindir Jihan. Peluh mula merintik. Panas macam dalam Microwave dalam stor ni. Udara pun kurang. Tingkap yang adapun kecil saja dan agak tinggi. Itupun masih tertutup.

“Jerit sajalah.”
“Jeritlah kalau suara kau dapat dengar dari rumah tu. Sampai terkoyak anak tekak aku tak kisah.” Bebel Jihan. Kedudukan stor ni bukannya dalam rumah. Tapi sebuah pondok kecil belakang rumah.
Bahagian rambut belakang digaru biarpun tidak gatal. “Habis tu?” soal Najmi lagi. Tak kan nak ikut cakap Jihan tolak pintu ni kuat-kuat? Kalau pintu kayu biasa okey juga. Tapi ni pintu kayu keras yang besar tu. Pintu banyak cantik. Tapi tombol rosak! Huh!
“Tunggu sajalah diorang cari. Mama pun tahu aku dalam ni bersihkan stor. Kalau tak keluar-keluar tu tahulah cari kita.”
“Macam tu pula? Hurm… iyalah.” Najmi bergerak ke sebelah Jihan bila gadis itu duduk atas salah sebuah rak selepas Jihan buka tingkap kecil bahagian atas dekat dengan bumbung stor tu.
Tangan ditahan atas rak. Kemudian Najmi turut lompat duduk atas rak tu seperti Jihan. “Jihan.” Panggilnya.
“Hurm...”
“Maaf sebab gelakkan kau tadi. Tak sengaja.” Kata Najmi sambil buat muka comel. Tak comel pun. Comel lagi aku. Kutuk Jihan dalam hati.
“Hurm…”
“Jihan…” panggil Najmi lagi. Lambat pula intro nak masuk.
“Apa lagi?!”
“Kecik hati aku kau tak bagitahu aku yang kau dah nak pakai tudung. Kata kawaaan…” sayu nada suara kedengaran ditelinga Jihan.
“Kalau aku cakap nanti kau gelakkan aku macam tadi tu. Sebab tu aku tak nak bagi tahu.”
“Tadi tu aku terkejut. Drastik sangat. Kau tu yang tak nak bagitahu awal-awal. Tapi apa pun comel kau pakai tudung. Macam Jadoo.”
Teringat pula Jihan dengan arnab comel peliharaan Najmi tu. Gemuk dan… “Yang kau samakan aku dengan arnab tu kenapa? Ini tak lain tak bukan kutuk gigi aku lagi.” Sensitif sungguh Jihan bila disamakan dengan arnab.
“Comel apa. Badan kecil, mata bulat besar, gigi…” perkataan gigi tu sengaja dicakap dengan nada perlahannya.
“Gigi… Gigi… Sensitif tahu tak!”
“Comel apa gigi kau. Bukannya besar mana pun. Cuma nampak beza sikit je dari gigi lain.” Puji Najmi.
Mereka senyap. Hilang topik untuk berbual. Najmi pandang sekeliling stor. Jam berapalah agaknya mereka perasan ketiadaan mereka ni. Jihan yang sudah mula berdiri dan mengemas dipandang saja.
Tiada mood hendak bantu. Najmi sekadar duduk atas rak tadi.
Huu… panas pulak.” Peluh yang semakin banyak merintik dikesat. Laju saja mengalir. Najmi kibas bajunya kuat. Tak cukup itu, dia terus buka kemeja yang dipakai lalu mengibas kuat.
Jihan yang sedang mengemas mengerling pada Najmi. “Najmi ni nak goda aku ke apa? tunjuk lagi badan seksi dia tu. Takut saja iman aku ni tak cukup kuat. Ada juga yang kena terkam nanti.”
Kikk… kikk… kikk.
“Jihan bunyi apa tu?” soal Najmi gugup. Kedua kakinya terus diangkat ke atas rak. Lalu dipeluk kuat.
“Tikus agaknya.” Jawab Jihan ringkas. Dia kembali mengemas barang-barang lama.
“Janganlah main-main!”
“Aik? Marah aku pulak?” Jihan cekak pinggang pandang Najmi. Sudahlah keadaan dalam stor tu panas. Tambah panas pula bila Najmi tinggikan suaranya tu.
Ini rupa lelaki macho? Mintak tolong sikit sudah mengomel, buat kerja rumah liat, dah tu penakut pulak? Tak padan sungguh dengan rupa paras kacak.
“Tikus takut. Lipas sebelah kau tu tidak pulak kau geli.” Jihan berjalan ke tempat duduk Najmi bila terpandang sesuatu.
“Huwaa!!!!! Mana… mana…?” jerit Najmi kuat sambil terjun dari rak tadi. Spontan dia peluk Jihan yang sudah dekat. Kemejanya entah terlempar ke mana sudah. Janji selamatkan diri dulu.
“Hish kau ni nak rogol aku ke apa? lepaslah.”
“Elleh… Bukan kau ke nak raba aku dalam rumah tadi.” Sempat lagi mereka berbalah.
Merona muka Jihan ingat kejadian kantoi oleh mak tadi. Yiee… aku tak sengaja terpeluk tadi! Jangan ungkit boleh tak?!!
“Diamlah! Tepi sikit. Aku nak bunuh binatang tu. Nanti terbang di badan kau. Ada juga yang menangis. Badan aje besar macam Badang. Tapi lipas kecil pun takut.”
Sebaik saja Najmi lepas pelukannya. Kepingan kertas kotak yang diguna sebagai kipas tadi terus digulung.
Haiyarrkk!! Tangan Jihan diangkat untuk pukul binatang warna coklat kehitaman tu sebelum terbang. Dibayangkan muka Najmi pada lipas itu. Baru ada feel sikit nak pukul.
“Alamak… terlepas pulak.” Omel Jihan. Baru nak bayangkan muka Najmi kena lenyek.
Jihan pandang Najmi yang tidak berbaju. Gulp air liur ditelan. Apasal aku rasa budak ni seksi dengan peluh-peluh dia tu. Jihan tutup mata lalu digeleng laju. Kemeja Najmi yang terdampar atas lantai dipungut lalu dilempar pada badan lelaki itu.
“Kesat peluh kau tu. Busuk!” marah Jihan.
Kemeja yang berjaya disambut Najmi ratakan pada badanya untuk mengesat peluhnya. Habis basah lencun kemeja Najmi.
“Jihan… kau tak penat ke? Dah la panas ni. Baik kau rehat dulu. Nanti pengsan aku juga susah. Kena bagi CPR.” CPR? Suka hati Najmi saja merapuh yang bukan-bukan.
Tanpa berfikir panjang mulutnya melakar senyuman. Teringat isu CPR waktu masuk kokurikulum dalam Bulan Sabit Merah dulu. Sebab susah nak hafal spontan saja Najmi sebut Ciuman Paling Romantik dengan kakak komander yang cantik tu.
Nampak tak kegatalannya Najmi di situ? Tapi padan juga mukanya sebab kena denda pusing 10 kali padang bola sambil jerit Cardiopulmonary resuscition kuat-kuat. Sampai sekarang Najmi tak lupa perkataan tu.
“Mengelamun… mengelamun. Aku lempar juga lipas terbang tu dekat kau baru tau. Tunjuk lagi senyuman gatal tu. Kepala tu kalau tak fikir lagi kuning boleh tak?” sergah Jihan. Seram sejuk dia tengok senyuman Najmi tu.
“Eh… perasan. Kau duduklah sini. Tak payah kemas tu. Nanti aku upah orang suruh kemas.”
Elleh! Alasan. Macamlah aku tak tahu kau sebenarnya geli lipas terbang tu muncul balik.”
“Duduk sajalah. Bising pula kau ni.”
Jihan mencebik. Tak nak mengakulah tu! Jihan duduk atas kotak depan Najmi bila lelaki itu pilih untuk duduk atas lantai saja. Tak boleh duduk dekat sangat. Bahaya! Jihan lagi takutkan Najmi ni dari lipas atau tikus.

Mak!! Cepatlah datang selamatkan anakmu…


Nota Kaki : Tadaa~ introducing Bintang Pilihan Jihan from the writer's imagination. huahaha.. Kbye! xda kerja sebenarnya. nak hadap photoshop tapi xtau nak buat apa. so, buat benda ni... Tapi belum 100% siap. nanti dah siap betul2 baru letak g k. saja pilih neelofa. cuz badan dia kecil, rambutnya panjang, suara besar & confident setiap kali berbicara. so yeah! my imaginary 'Jihan'  Watak Chef Aqil belum keluarkan? takpa... x lama lagi watak Mr, Hottie tu keluar. Dalam sinopsis ada tagline Aqil yang 'Long time no kiss' tuh. hee~ Adli tu watak sipi2 je. tapi nak jugak letak. hahaha... ##Gambar tepi tu saja nak mengedik letak gambar sendiri sekali. =P
bab 9 ada post semalam tau tapi x iklan kt FB sebab lepas post saya outing! haha.. pandai2 la godek sendiri cari bab tu dlm link page novel atas tu k.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)