“Waalaikumsalam. Hah! Datang pun kau. Angkat barang
Jihan ni masuk dalam. Terima kasih.” Selamba saja Najmi menyuruh. Lepas tu dia
terus tinggalkan saja barang dalam bonet itu dan masuk ke dalam rumah.
Luth yang baru saja keluar dari kerusi penumpang
hadapan mengukir senyuman. “Jihan datang?!! Yeah! Jiee….!!!!” Jeritnya lalu
terus masuk.
Adli yang baru saja buka cermin mata Rayban dan sangkut
ke bajunya tercenggang seketika.
“Eh…
senang hati betul sepupu aku tu arah itu ini.” Bonet kereta Toyota Vios itu
didekati.
“Bila pula Najmi ni rajin beli barang dapur? Siapa
pulak Jihan tu?” soalnya sendiri sambil membelek isi dalam plastik tersebut.
Faham sangat perangai Najmi yang malas tu.
“Mie… Jihan mana?” tanya Luthfi.
“Dapur agaknya jumpa ibu.” Kata Najmi sambil
membelek majalah kereta. Tanpa tunggu lama Luthfi terus ke dapur. Aku lagi
rindu nak hadap muka Jihan dari muka si sengal Najmi ni. Perasan juga mata
Najmi yang lebam tu tapi hatinya lagi kuat ingin berjumpa dengan Jihan
berbanding rasa ingin tahu tengan mata Najmi. Nanti boleh tanya! Rindu Jihan…
Tergugat melihat kegembiraan Luthfi, tanpa tunggu
lama Najmi terus baling majalah atas meja dan berdiri untuk ke dapur.
“Mie… barang ni semua nak bawa mana?” soal Adli.
Penuh tanganya angkat plastik yang banyak.
“Dapur. Jom.” Najmi buka langkah ke dapur. Bukannya
hendak tolong Adli angkatkan sedikit. Pemalas!
“Mak cik nak sediakan makanan tengah hari tadi. Tapi
Mie kata hari ni Jihan nak masak. Dia suruh tak payah masak.” Terang Amani.
Jihan cuba tahan geram tapi ditunjuk juga senyuman
yang manis buat ibu Najmi. Jadoo yang dibelai atas pahanya dikusap juga
Memandai saja Najmi tu buat cerita. Buatnya aku tak jadi datang hari ni. Jatuh
saham akudepan mak cik Amani. Tunggu kau kejap lagi!
“Jihan!! Eh… Assalamualaikum mak cik. Jihan mana?”
tanya Luthfi pada ibu Najmi yang duduk bercerita dengan seorang wanita
bertudung yang membelakanginya.
“Waalaikumsalam Luth. Ni hah Jihan.” Kata Amani
sambil Jihan menoleh belakang menghadap Luthfi. Dia tersenyum lebar sambil
angkat dua jari tanda peace.
“Hai Luth…”
“My cute bidadari…” Kata Adli pula yang sudah tercegat
Jihan di belakang Luthfi.
Jihan sengetkan badannya sedikit ke tepi. Cuba melihat
gerangan manusia di belakang Luthfi. Bulat matanya terkejut. Tanpa sedar jari
telunjuknya sudah terangkat menunjuk tepat pada lelaki tersebut. Mamat
Kawasaki!
“Eh Adli… lama tak datang rumah mak long. Bila balik
Malaysia?” tegur ibu Najmi.
“Jihan! Comel…” kata Luthfi yang akhirnya
mengeluarkan suara. Mahu saja dia cubit ke dua pipi Jihan tu.
Adli datang dekat dengan meja makan. Barang plastik
Jihan diletak atas meja dan dia terus salam tangan ibu Najmi. “Baru seminggu
mak long. Mak long sihat?”
“Sihat Alhamdulillah. Ni kenalkan Nur Jihan. Girlfriend Mie...”
“Girlfriend?!!”
mahu tersedak Najmi dengar Luthfi dan Adli yang terjerit perkataan girlfriend tu. Nampak sangat terkejut
mereka tu. Kedua lelaki itu pandang Najmi tajam.
“Mie tak cakap pun dah ada girlfriend.” Huhu… aku baru nak usha si comel ni. Hati Adli memang
sudah terpaut dengan Jihan. Sudah tiga hari dia tengok Jihan yang comel berbaju
kurung ambil adiknya balik dari kuliah. Tengok dari jauh saja mampu. Kononnya
hari ni baru nak pasang niat nak tegur. Tegur sangatlah ni… Nampaknya dia yang
‘ditegur’.
“Tak payahlah tunjuk muka terkejut korang berdua tu.
Masuk dalam dulu. Nanti aku terangkan. Aku nak jumpa sayang aku dulu kejap. Jie
sini jap…” panggil Najmi.
Jihan yang sedang mengusap arnab kesayangan Najmi
berdiri sambil mendukung arnab tersebut.
“Mak cik tak payah masak. Nanti Jihan masak okey.
Jap…” sempat Jihan berpesan pada ibu Najmi. Betul tu Najmi panggil aku… aku ada
perhitungan dengan kau!
“Iyalah… Luth, Ad. Korang masuk. Nanti mak cik
hidangkan minuman.”
“Hurmm…” Adli dan Luthfi masuk ke ruang tamu. Rasa
menyesal juga bertandang ke rumah Najmi. Bisik hati masing-masing.
“Sayang…” panggil Najmi sebaik saja sampai di
balkoni tingkat atas. Muka serius mungkin ditayang.
“Banyak sayang ye… ambil ni dulu. Memandai cakap
dengan ibu awak tu tak payah masak. Nanti saya datang masak! Boikot konon.
Orang boikot tak masak baru tahu.” Telinga Najmi dipulas sekuat yang mungkin.
Najmi pandai betul buat cerita!
“Auch… auch…
Jie sakit Jie…” Najmi memegang telinganya. Cuba melepaskan pulasan Jihan. Sikit
pusing lagi tercabut cuping telingannya.
Najmi sapu lembut telinganya yang pedih. Sakit kena
pulas. Tak jadi nak buat muka marah. Sebaliknya muka kesian ditayang.
“Ingat ni orang gaji ke apa. Kalau saya tak jadi
datang tadi macam mana? Memandai je!” bebel Jihan lagi.
“Alaa… kan dah datang jugak. Janganlah marah. Sakit
tau. Seksa saya kalau kahwin dengan awak. Baru dua hari! Kepala benjol, mata
lebam sekarang ni telinga pula hampir putus kena tarik. Huhuhu…”
Jihan mendengus. Hilang keayuannya! Baru nekad hendak
ubah perangainya tu sedikit demi sedikit. Ada saja cubaan merentap tahap
kesabarannya! Terutamanya dengan si teman lelaki la sangat ni.
“Ni nak tanya macam mana boleh kenal Adli?!” soal
Najmi. Baru teringat niatnya hendak panggil Jihan tadi. Sentap juga bila dengan
Adli panggil my cute bidadari dengan
Jihan. Terutamanya perkataan ‘My’ tu.
Sejak bila Jihan jadi hak milik Adli ni?
Adli tu boleh tahan kacak juga. Rasa tercabar hati
ni. Huhu…
“Lelaki tadi tu? Tak kenal pun. Tapi dah tiga hari
usha saya dari jauh waktu ambil Aifa balik kampus. Ingat orang tak perasan! Semalam
siap kelipkan mata pulak tu… Geli tengok!” luah Jihan.
“Usha awak?!!” nada suara Najmi menaik. Eh! Ada hati
jugak Adli tu dengan teman wanita aku ni. Suka tak suka tu lain kira. Pokok
pangkal, akar umbi si Nur Jihan binti Johan ni aku punya teman wanita!
“Ingatkan seorang dua saja manuasia kekeliruan
perasaan ni. Rupanya bertiga. Tak sangka. Semacho mamat Kawasaki tu rupanya
sepsis Najmi dan Luth juga.” Bebelan Jihan langsung tidak diendah. Pedulilah
dia nak cakap apa. Dalam kepala Najmi Cuma fikir Adli yang usha teman wanita.
“Jom… ikut saya! Bagitau Adli awak tu teman wanita
saya. Hah! Cakap dengan Luth sekali!” lengan baju kurung Jihan ditarik.
“Eh… Kejap. Kejap!” Jihan keraskan badannya.
Najmi yang berhenti menarik Jihan menoleh pada
Jihan.
“Awak ada hutang dengan saya Encik Syed Ahmad
Najmi!!” jari telunjuk Jihan tepat pada batang hidung Najmi yang nyata lagi
tinggi dari dia tu. Sampaikan Jihan pun terpaksa mendongak. Hampir juling mata
Najmi tengok hujung jari Jihan yang berada di tengah antara dua matanya.
“Hutang apa lagi?”
“Hutang masak! Ingat ni tangan besi nak masak
seorang diri? Sekarang sila ikut saya ke dapur dulu masak tengah hari!”
Air muka Najmi berubah. Erk? Masak dan dapur?!
Air mata yang mengalir dikesat. Najmi tarik hingus
yang mula meleleh manakala Adli dan Luthfi hanya mampu intai dari jauh saja.
Tak berani masuk dapur!
“Huish! Belum kahwin dah queen control. Hebat jugak bidadari aku tu.” Komen Adli.
“Aku pun tak sangka Ad. Mie yang tak pernah-pernah
buat kerja dapur tu pun masuk dapur. Ni yang nak buat tabik spring dengan Jihan ni.” Najmi yang sedang
kupas bawang itu dipandang. Sementara itu Jihan pula tengah siang ikan.
“Hah kalau korang berdua datang sini cepat!!”
panggil Jihan yang sudah cekak pinggang pandang Luthfi dan Adli. Dari tadi duk
mengintai. Baik jugak datang sini tolong.
Gulp. Luthfi dan Adli telan liur. Kantoi pulak.
Sudahlah dua-dua pun dua kali lima juga dengan Najmi. Spesis malas masuk dapur!
“Sini…” panggil Jihan lagi.
Luthfi dan Adli melangkah masuk ke dapur seperti
anak kecil kena panggil ibunya. Beza sekarang ni si ‘ibu’ lagi muda dari mereka
bertiga. Jihan ni ada bakat jadi mak tiri Cinderella. Jahat!
“Luth ambil pisau ni siang ikan tu sekarang. Adli
kopek kulit udang tu.” Arah Jihan.
Adli pandang baju t-shirt putih kesayangannya.
Berdoa supaya janganlah baju ni kotor. Udang dalam singki dipandang. Nasiblah
kau udang. Aku tak reti buka ‘baju’ kau sebenarnya ni.
“Luth. Kau reti ke kopek kulit ikan ni?” tanya Adli
sebaik saja Jihan berjalan ke tempat Najmi. Seekor udang diangkat ke atas guna
dua jarinya. Adli dekatkan dengan hidungnya.
“Manalah aku reti. Pegang ikan yang belum pernah
masuk kuali ni pun baru pertama kali. Oi yang kau pergi hidu tu dah kenapa? Kau
ingat bau udang tu sama dengan bau minyak wangi mahal kau tu ke?” perli Luthfi.
Apa punya pelik perangai Adli ni? Ikan depan mata dipandang pula.
Jangan hancur ikan ni sudah. Nanti tidak pasal-pasal
aku sekali hancur oleh Jihan. Fikir Luthfi. Pisau diletak semula atas papan.
Dia tadah tangan.
“Bismillahirahmanirahim… Ya Allah. Permudahkan
urusanku memotong ikan ni. Amin.”
“Kau buat apa pulak tu?” Tanya Adli. Pelik bila
Luthfi tiba-tiba angkat tangan berdoa. Gaya tok imam nak buat doa selamat pun
ada. Khusyuk baca doa.
“Baca doa. Aku dah pernah tengok Jihan tu mengamuk. Silap-silap kalau hancur ikan ni
aku kerjakan, nanti aku pula yang hancur oleh Jihan.” pisau diambil semula
untuk mulakan sesi pemotongan ikan.
“Kau biar betul Mie! Jihan tu ayu, cun saja aku
tengok.” Adli toleh belakang. Dilihat Jihan yang tengah ajar Najmi cara betul
kupas kulit bawang. Comel betul girlfriend
sepupu aku tu.
“Yang kau tengok tu Jihan versi baru. Versi lama aku
dah khatam dah. Jangan banyak songeh. Buat aje…”
Jihan pula berjalan ke bahagian singki. Gayanya tak
ubah seperti ketua chef yang sedang memerhati anak buah buat kerja. Masalahnya
anak-anak buah ni langsung tak pernah masuk dapur. Dia berdiri ditengah antara Adli
dan Luthfi.
“Dari tadi. Tak bergerak-gerak. Korang ni nak makan
tengah hari ke tidak?” soal Jihan.
“Jihan tak reti…” jujur Lutfi menjawab. Lebar
senyuman Luthfi sambil tersengih.
“Bak sini pisau tu. Tengok ni betul-betul.” Tangan
kiri Jihan pegang kepala ikan tersebut supaya tidak mudah terlari semasa siang
ikan nanti. Sebelah tangan yang pegang pisau pula mula memotong bahagian perut
ikan dan mengeluarkan segala isi perut dan bahagian lain. Seterusnya Jihan
tunjukkan cara menyiang sisik ikan.
“Laa.. macam tu aje.”
“Laa… macam tu aje. Siang ikan pun tak reti!” ajuk
Jihan.
“Yang seorang ni terkial-kial. Padahal kopek kulit
udang saja pun. Reti ke tidak?” soal Jihan pada Adli pula. Lelaki itu sekadar
tersenyum.
“Ni lagi entah spesis manusia apa. Kopek kulit udang
pun tak reti. Tengok ni!” satu ekor udang diambil dari dalam singki. Kemudian
Jihan tunjuk cara yang betul untuk kopek kulit udang. Seekor saja yang dia
tunjuk. Selebihnya biar Adli yang buat.
Asap yang berkepul-kepul dari periuk yang dibuka
oleh Jihan tengah meja makan itu dipandang. Telan liur tiga orang teruna tadi.
Lapar! Padahal kerja mereka hanya yang tadi tu saja. Bahagian masak semua Jihan
yang buat sendiri.
“Dah! Makanlah… jangan lupa baca doa makan.”
“Mie baca doa.”
Arah Adli sambil tadah tangan.
“Bismillahirahmanirahim. Allahuma bariklana fima
razakhana wakina azabannar.”
“Amin…” sebaik saja Najmi habis baca doa makan Luthfi
dan Adli terus serentak mengaminkan.
Jihan geleng kepala. Rupa macam tak pernah tengok
makanan. Apron yang tersarung dibadannya dibuka.
“Makan tu jangan lupa mak cik Amani tu belum makan
lagi. Ingat sikit orang belakang.” Pesan Jihan. Tadi Jihan sudah pun panggil
mak cik Amani turun makan sekali. Tapi wanita itu suruh saja mereka makan dulu.
Ada kerja sikit nak buat katanya. Jadi dia pun terus minta diri balik sebab nak
pergi ambil Aifa. Masak pun dah selesai. Sekarang tinggal tugasan ambil Aifa
lagi. Lambat sikit membebel pula adik seorang tu.
“Eh! Tak nak makan ke?” tanya Najmi bila Jihan
hendak keluar dari dapur.
“Nak balik dah. Kena ambil Aifa habis kuliah ni.
Lambat sikit bising pula budak tu.” Jelas Jihan.
“Alaa…” keluh Luthfi. Tak sempat nak lepak lama
sikit dengan Jihan.
“Korang makanlah nak balik dah ni. Bye… Assalamulaikum.” Kata Jihan. Dia
pun penat. Antara makan dan rehat. Sekarang ni dia lagi perlukan tidur!
“Waalaikumsalam.” Jawab mereka bertiga.
“Sayang sampai rumah jangan lupa sms tau.” Sempat
Najmi berpesan.
Jihan mengganguk. “Iyalah.”
Sebaik saja kelibat Jihan hilang dari pandangan.
Najmi kembali menghadap makanan atas meja. Tapi langkahnya terhenti bila Luthfi
dan Adli sedang merenungnya tajam. “Kau ada hutang pasal hubungan dengan Jihan
dengan kami.” Kata Luthfi.
“Lepas makan ni jangan pulak lupa ceritakan macam
mana boleh jadi teman lelaki bidadari aku tu.” Sokong Adli lagi.
Najmi angkat bahu. Nantilah lepas makan. Sekarang
aku nak makan masakan Jihan ni. Sedap tom yam dia buat. Ikan kukus tu pun seksi
aje depan mata aku sekarang ni!
assalamulaikum jalan cerita menarik dan mudah untuk difahami. agaknya nanti apa jadi bila 3 jejaka berebutkan seorang gadis siapa yang dapat jihan
ReplyDeleteBEST SANGAT...SAMBUNG LAGI, PLEASE...
ReplyDelete