Sunday, December 22, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 8

“Nur masak apa? Nak akak tolong?” tawar Qalisya. Dia ambil tempat di kerusi berhadapan dengan Thia yang sedang potong sayur.
“Eh tak payah. Akak tu tengah tunggu tarikh nak meletup saja lagi. Kerja-kerja masak ni biar saya buat. Bukannya tak biasa.” Takut Thia hendak menyuruh Qalisya buat kerja. Sepatutnya ibu mengandung macam Qalisya ni biar rehat saja.
“Segan akak Nur. Dah lah minta tolong. Duduk saja di rumah tak buat apa-apa.”
“Tak ada nak segannya kak. Bukannya ada alien pun di rumah ni. Kita saja dengan budak-budak tu. Housemate Nur ada khusus seminggu.” Terang Thia. Sayur yang sudah siap dipotong diletak ke tepi. Thia ambil pula beberapa biji bawang untuk dikupas.
“Nur tak tinggal dengan ibu ayah. Bukan Nur orang sini jugak ke?”
Plastik sisa sampah sayur dibuka. “A’ah orang sini jugak. Tapi saya memang dah dua tiga tahun juga tinggal di rumah ni... Saja nak merasa tinggal sendiri, rumah ni pun dekat dari tempat kerja. Rumah ni rumah saya sendiri juga, tak payah risaukan pasal sewa. Ibu benarkan asal balik tidur di rumah seminggu dalam sebulan tu.”
“Nur tak nak tanya akak kenapa kak Isya minta tolong?” soal Qalisya perlahan-lahan.
Thia berhenti mengupas kulit bawang. Dia tersenyum memandang Qalisya yang seolah-olah masih lagi serba salah. “Saya tak kisah kalau kak keberatan nak cerita. Saya cuma nak bantu akak je. Tapi kalau akak nak seseorang untuk dengar masalah akak. Saya sedia dengar.”
“Terima kasih Nur. Sebenarnya... akak lari sebab akak dah tuntut fasakh dengan abang Rusdi. Kak Isya takut bila surat mahkamah sampai nanti dia mengamuk pula. Kakak pula tengah sarat. Akak takut dia pukul akak lagi, tak dapat lepas geram dengan akak. Budak-budak tu pula jadi mangsa.”
Thia telan air liur. Kalau macam nilah jadinya biarlah kak Qalisya tinggal saja dengannya dari terus kena pukul.
“Abang Rusdi kau jatuh bangkrap Nur... akak dah cuba sedaya upaya bantu. Tapi dia pula tak habis berjudi. Sekarang ni pula makin teruk kalau akak tak bagi duit. Yang ada simpanan untuk budak-budak ni besar saja yang tinggal. Duit akak pun dah habis dia ambil.” Kedengaran suara Qalisya yang tersedu-sedu menangis.
“Sabarlah kak. Kuatkan semangat akak untuk anak-anak akak. Jangan lupa berdoa. Insya-Allah Dia Maha Pengasih. Saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu akak.”
“Ibu...” panggil Amirah yang baru saja terjaga. Anak patung beruangnya masih dalam pelukan. Dia memisat-misat kelopak mata. Masih mengantuk agaknya.
“Mari sini sayang. Datang dekat ibu...” panggil Isya. Amirah yang tadinya berdiri di pintu dapur mendekati ibunya. Tubuh si kecil terus saja diangkat lalu diletakkan atas ribanya.
“Nur... akak nak minta tolong. Jangan beritahu Zarul pasal ni. Sekurangnya biarlah dia tahu selepas akak bercerai dengan abang Rusdi. Zarul tu bila keluar anginnya takut perkara ni makin teruk pula.”
“Baiklah kak.” Lagipun adik akak tu memang tak sanggup nak hadap muka ni hah. Macam mana nak bagitahu orang tu kalau jumpa pun dia tak sudi. Sambung Thia dalam hati.



“Mal... tengok tu! Suami kak Isya depan pagar!” jerit Thia. Lengan Ekmal yang sedang memandu itu dipegang kuat.
Ekmal terus tekan minyak kereta mempercepatkan pemanduannya.
“Thia... tunggu sini! Dan jangan keluar!” arah Ekmal. Tali pinggang dibuka dan dia terus melulu keluar.
“Woi!! Keluarlah perempuan!!” terjerit-jerit Rusdi dari luar pagar. Muka dan pakaiannya serabai. Thia pandang ke luar tingkap. Jelas kelihatan Qalisya dari cermin biliknya.
Thia telan liur. “Careful Mal.” Gumamnya sendirian. Tali pinggang keledar dipegang kuat. Berdebar-debar Thia menyaksikan perbualan Ekmal dengan Rusdi yang menjerkah dan memaki hamun. Patutlah tiada seorang pun jirannya hendak keluar membantu. Mesti takut hendak menegur Rusdi tu.
Pegangan Thia semakin kuat bila Rusdi mula bertumbuk dengan Ekmal. Takut! tapi dia tidak tahu hendak buat apa sekarang ni.
“Bismillah...” tali pinggang keledarnya pula dibuka. Thia terus mendekati kedua-dua lelaki tu.
“Abang Rusdi baik balik sekarang!! Saya dah telefon polis. Ini kawasan rumah saya. Abang jangan nak buat sesuka hati!” jerit Thia. Dari mana dia dapat keberanian sebegitu, Thia sendiri tidak pasti. Yang dia inginkan biar lelaki itu berambus dari sini.
“Hei perempuan... kau ingat aku takut? Kau dan perempuan dalam tu boleh pergi mati! Berani dia tuntut fasakh. Kau dengar sini! Jangan ingat aku lupa menyerah kalah! Puih!” dia meludah depan Thia dan Ekmal.
Thia menjeling pada lelaki yang sudah pergi tinggalkan mereka itu. “Mal... Awak tak apa-apa?” tanya Thia sambil membelek muka Ekmal yang lebam sana sini.
“Awak ni... berani betul! Kalau dia pukul tadi macam mana?!” tajam anak mata Ekmal tengok Ekmal. Dia tidak kisah kalau dia kena pukul. Asalkan bukan Thia! Lelaki seperti Rusdi tu susah nak jangka. Kalau isteri sendiri pun dia sanggup pukul. Apa lagi wanita lain.
“Janganlah marah... ” Thia tersengih tengok muka Ekmal yang berkerut.
“Dah... masuk dalam. Pastikan telefon selalu ada dengan awak. Kalau ada apa-apa terus telefon! Esok biar saya ambil awak macam biasa.”
Thia mengangguk. Sekarang ni memang dia ada driver sendiri. Kacak dan bergaya pulak tu. Kelas kau Thia... rasanya sekarang ni Thia boleh jual balik kereta Myvi putih miliknya tu memandangkan sekarang ni ada pemandu sukarela. Myvi tu langsung tak bergerak ke pejabat.



Baru empat hari Qalisya tinggal di rumahnya. Tapi hari ni mereka cukup dikejutkan dengan kemunculan suami Qalisya depan rumah Thia. Nasib petang tu Ekmal yang hantar Thia pulang. Kalau dia sendiri mungkin bergegar lutut dengar suara Rusdi yang terpekik terlolong depan pagar rumah. Tapi tak sangka juga dia ada keberanian ‘tegur’ suami Qalisya tadi tu padahal takutnya bukan kepalang.
“Nur...” panggil Qalisya.
“Ya kak. Marilah duduk sini. Tengah tengok cerita melayu ni. Budak-budak dah tidur?” Thia menginjak ke tepi sedikit untuk memberi ruang pada Qalisya. Sebenarnya dia bukanlah tengok televisyen sangat pun. Lebih kepada merenung televisyen yang dari tadi bersuara tu saja.
Berhati-hati Qalisya mengambil tempat di sebelah Thia. Tangannya memegang perut yang besar.
“Thia... akak nak minta tolong. Kalau ada sesuatu terjadi dengan akak. Tolong jagakan anak-anak akak. Manalah tahu ajal kakak tak lama lagi.”
“Kak... tak elok cakap macam tu.” Pintas Thia. Betul jodoh dan ajal semua tu ketentuan Allah. Memang kita tidak boleh menidakkan cuma Thia tidak seberapa suka dengar dari mulut Qalisya.
“Bukan apa... kak Isya tengok Nur memang sayangkan budak-budak. Layan Mira dan Asha macam anak Nur sendiri. Kalau boleh akak nak Nur janji untuk jaga budak-budak ni. Jaga mereka macam anak Nur sendiri.”
“InsyaAllah kak. Nur jaga budak-budak dan bayi dalam perut mummy dia ni sebaik mungkin. Termasuklah mummy dia ni. Hehe.. Kak nak tengok gambar anak-anak Thia tak?” Thia teringatkan album gambarnya bersama kanak-kanak kecil.
“Nur dah ada anak?” kerutan pada dahi Qalisya buat Thia terketawa kecil.
Thia bangun dan berjalan ke rak televisyen. Sebuah album bersaiz besar dikeluarkan. Kemudian dia duduk semula. “Ni gambar anak saya yang paling rapat. Humaira anak kawan baik Nur tapi Nur selalu jaga dia bawa tinggal sini. Dia panggil Nur mama, papanya pulak Ekmal tu.” Thia menunjukkan gambarnya bersama Humaira dan Ekmal bersaiz A4 yang dilekat bahagian dalam kulit album tersebut.
“Sepadan. Macam satu famili pula kak Isya tengok.” Satu persatu lembaran album tersebut dibuka.
“Nur memang sayang budak kecil eh? Ramainya anak Nur ni...” tanya Qalisya. Tidak sangka wanita berkerjaya dan bergaya seperti Nurfathiah sukakan budak kecil. Gambar Mira dan Asha pun ada sekali.
“Suka sangat kak. Kalau boleh nanti kahwin saya nak anak ramai...”
Senang hati Qalisya mendengar jawapan Thia. Sekurangnya dia tahu Thia tidak akan mengabaikan anak-anaknya jika ajalya sudah sampai. Bukan Qalisya tidak mahu memberi jaminan pada tunang adiknya. Malah Maizatul Aqila tu baik orangnya, hormat orang tua dan pandai bawa diri terutamanya bila ikut Zarul balik kampung.
Cuma sikap Qila yang suka memberi alasan menangguhkan perkahwinannya membuatkan hati kecilnya gusar tentang jodoh adiknya sendiri.
Baik memang baik. Tapi tidak semua orang tahan hendak menjaga kerenah budak kecil. Lebih lagi kalau wanita berkerjaya dan berpendidikan tinggi. Kecuali orang tu memang betul-betul sukakan kanak-kanak. Itu firasat dan pandangan Qalisya. Bezakannya Qila dan Thia ialah Thia memang awal-awal lagi tunjuk sayangnya pada budak kecil.
“Anak mat salleh mana awak cekup ni Nur?” soal Qalisya bila terlihat gambar Thia dengan budak kecil. Biru pula tu matanya. Comel!
“Waktu saya pergi khusus luar negara kak. Saya nampak budak ni. Comel. Jadi saya minta kebenaran maknya untuk bergambar. Hehe...” Teringat Thia kisah budak ni. Memang susah nak lupa. sebab suka punya pasal, Thia sanggup tebalkan muka minta kebenaran mak budak tersebut untuk ambil gambar dengan anaknya.
“Ini baru dengan anak orang. Agaknya macam manalah kalau kamu tu dah ada anak sendiri. Tak lepas tangan agaknya.” Usik Qalisya.
“Kak Isya nak tahu. Ekmal cadangkan saya buka taska. Sebab sayangkan budak kecil punya pasal. Dia kata sebab saya ni suka sangat layan budak-budak. Tak pernah bosan.”
“Apa susahnya. Tu Ekmal pun boleh tolong awak. Terus bagi anak sendiri...”
Memerah muka Thia. “Aih kak... yang tu masuk bab lain dah. Hehe... Saya dan Ekmal tu susah sikit. Dua-duanya tiada perasaan sesama sendiri. Tapi sebab perangai dan minat kami banyak sama sebab tu rapat.”
“Pulak. Ada juga hubungan macam korang berdua ni.”
Thia tidak salahkan Qalisya jika tersalah faham tentang hubungannya dengan Ekmal. Bukan setakat Qalisya, malah orang sekelilingnya pun ingatkan dia dan Ekmal ada hubungan istimewa.
“Adalah jugak. Contohnya kami berdua ni hah. Contoh paling dekat. Apa yang saya harap sekiranya kami bertemu jodoh masing-masing. Pasangan kami akan faham hubungan kami berdua.”
“Betul tu Nur. Kalau akak pun fikir dua tiga kali suami rapat dengan perempuan lain. Lagi pula orang tu cun. Memang tak senang duduk dua puluh empat jam.”
Tiba-tiba Thia takut pula ingatkan perkara tersebut. Tambah lagi kalau isteri Ekmal tu kuat cemburu. Tidak pasal-pasal habis kena tarik rambut. Mungkin tarik rambut tu okey la lagi kut. Tapi bila fikir terkena tamparan wanita tu yang tambah berdebar.
“Takut pulak saya dengar kak. Hahaha...” luah Thia. Rasa lucu juga belum apa-apa lagi dia sudah takut. Haraplah isteri Ekmal tu jenis yang penyabar.
“Tak adalah. Jangan fikir banyak. Mana tahu jenis sporting jugak. Kita tak tahu kuasa tuhan kan. Doa banyak-banyak.”
Thia mengangguk. “Kak... Apa perasaan susukan anak sendiri?” tangan kanan Thia diletakkan atas perut Qalisya. Senyuman Thia melebar bila terasa tendangan bayi pada tangannya.
“Rasa tak dia tendang perut akak?”
“Rasa! Bestnya...” kedua mata Thia ditutup. Cuba mendekatkan diri dengan si bayi dalam perut ibunya.
“Nak tahu... macam tulah setiap kali perasaan akak setiap kali menyusukan anak sendiri. Insya Allah. Suatu hari nanti. Nur pun akan rasa keterujaan seorang wanita bergelar ibu. Jaga, didik dan belai anak kita.”
“Kak... boleh tak saya jadi ibu susuan si kecil ni?”
Qalisya terus pandang muka Thia. Terkejut dengan permintaan gadis itu. “Betul ni? Maksud Nur ambil rawatan, ubat semua tu?”
Thia senyum dan mengangguk lagi. “Kalau nak tunggu saya kahwin entah bila tarikh tu tiba. Tapi teringin sangat nak ada anak sendiri. Bayi ni dan anak-anak akak boleh panggil saya mama macam Humaira kalau akak benarkan.”
“Apa salah. Gembira akak dengar tau. Tak sangka sebenar Nur sudi pula.”
“InsyaAllah. Akak nanti saya pergi hospital tanya prosedur dan apa yang saya perlu buat. Kalau akak nak pergi klinik untuk rawatan pun nanti saya temankan. Owh ya? Kak Isya dah fikir nama untuk baby boy ni?”
“Astaghfirullah. Baby dah tunggu tarikh nak keluar. Nasib Nur tanya... akak belum terfikir nak bagi nama apa lagi. Ada cadangan tak?” Qalisya mengucap dalam hati. Baru teringatkan soal nama. Terlalu banyak berfikir sampaikan nama bayi pun dia lupa nak letak.
“Kita tengok dari internet nak?”
Qalisya mengangguk.
Thia masuk ke dalam bilik untuk mengambil komputer ribanya. Laman sesawang name.crazytone.com dibuka sambil Thia ke ruang tamu bersama komputer yang sudah dihubungkan dengan wifi rumah.
“Thia selalu tengok dari website ni kalau nak cari nama. Akak nak bagi nama huruf apa?” Kalau Thia hendak nama untuk watak baru memang inilah laman yang dia guna untuk cari nama-nama baru. Senang dan tak perlu perah otak fikir nama baru. Maksud pun elok juga.
“Tak kisahlah. Janji maksud dia baik. Apa kata Nur saja yang beri. Bayi ni bayi Nur jugakan. Akak benarkan Nur saja berikan nama...”
Bersinar mata Thia bila dapat kebenaran dari Qalisya. “Betul ni kak? Jangan menyesal. Kejap saya nak fikir dulu...”
“Yang ni macam mana? Saya suka maksud nama ni.” Skrin komputer Thia ditunjuk pada Qalisya.
“Anas Raihan.” Baca Qalisya sambil mengusap perutnya.
“Anas maksudnya cinta, kasih sayang, kemesraan. Tanda kasih sayang kak Isha dan saya pada bayi ni. Raihan pula bunga syurga. Okey tak?”
“Okey sangat. Nama samaran kita panggil Raihan.  Kak suka yang tu. Anas Raihan ibu...” panggil Qalisya sambil memandang dan mengusap perut yang membesar itu. Semoga bayi yang lahir ini nanti akan mendekatkan kasih sayang dan cinta pada semua orang.

Nota kaki : Saya makin slow menaip bila masuk pasal issue n konflik . Plus berapa hari ni cari artikel pasal isu anak angkat dan ibu susuan bagi wanita belum berkahwin. if sesiapa tahu dan ada info do lemme know k. huhuhu..  so faham2 la if x update novel tu ye. tp saya selalu update teaser dekat FB. korang just cari page Nurfazila Serenity

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

0 tukang komen:

Post a Comment

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)