Thursday, December 26, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 10



Telefon Samsung Note III itu dibelek. Sesekali butang melihat senarai nama orang dan nombor yang disimpan dalam telefonnya. Thia mengeluh. Menimbang tara baik buruk kesan tindakannya kali ni.
Hello... Hello Thia!!” jeritan dari telefon itu mengejutkan dia dari sedar. Tidak pasti bila dia tertekan butang dail. Segera telefon warna pink tersebut didekatkan dengan cuping telinga.
“Assalamualaikum Wardah.”
“Maaf. Waalaikumsalam. Apasal kau kau telefon aku? Nasib baik baru habis bergayut.” Ucapan maaf dari Wardah kerana terlupa memberi salam.
“Sejak bila kau golongan penghuni Sepilok?” usik Thia. Tahulah Wardah tu baru habis bergayut ditelefon dengan Fazlie kesayangan yang sambung belajar diluar negara.
Wardah berdecit. Kurang asam jawa punya kawan. Bukan dia tidak tahu penghuni di Sepilok tu orang-orang utan!
“Ni apasal call aku tengah malam buta ni?” Wardah mula menyoal. Thia ni kalau ada benda penting ke apa baru telefon. Ini sah ada sesuatu lagi. Kalau tak! mana pernah pegang telefon. Salalu saja gadjet tu hilang dari mata Thia. Dulu waktu universiti entah berapa puluh kali hilang telefon atau terlupa letak di mana. Selalunya dia saja jadi tukang simpan telefon Thia supaya tidak tercicir.
Sekarang ni Thia pun sudah tukar telefon baru. Mahal pula tu. Kalau tercicir memang telefon batu gosoklah paling sesuai dengan Thia yang cuai tu.
Errr... aku sebenarnya...” gagap pula Thia. Ah! Menyesal... macam mana boleh tertekan nombor Wardah ni dia sendiri pun tak sedar. Sekarang tak tahu nak mula cakap dari mana.
“Ada apa ni Thia? kau ni buat aku takut pula. Tergagap-gagap!” bebel Wardah. Dia ni bukanlah penyabar sangat. Tambah lagi Thia tu macam buat saspen saja.
Thia tarik nafas dalam-dalam. Kemudian mula bersuara. “Tapi kau jangan marah aku dulu tau!”
“Iya la... ya la...”
“Abang Wafiy ada di rumah tak?” intro dimulakan oleh Thia. sebenarnya orang yang da ingin cari ialah Wafiy. Tapi malangnya Thia mana pernah simpan nombor abang kawannya tu.
Lebar senyuman Wardah dengar.  Dalam kepalanya sudah mula mentafsir sesuatu. “Amboi... sejak bila kau ada skandal dengan abang aku tu.”
“Hish! Kau ni. Orang tanya lain. Kau jawab lain. Bila masa pula aku ada skandal dengan abang kau. Ada hal ni...” cebik Thia.
“Kalau ada pun apa salahnya. Dia tiadalah. Outstation pergi Amsterdam. Nanti kalau kau nak. Aku emal abang aku suruh bawakan bunga tulip dari Keukenkof. Kau kan suka bunga... tu taman paling besar tu...” Mulalah Wardah melalut. Dulu Thia juga yang berangan nak pergi Keukenkof. Tapi gila apa nak pergi bulan Disember. Musim sejuk sekarang ni!
“Alah... lama ke?” Risau pula bila tahu Wafiy ke luar negara. Kalau dia tiada masalah sekarang ini mungkin dia ada hati nak sambung gurauan Wardah pasal bunga tu. Tapi yang penting sekarang ni dia mesti minta tolong Wafiy. Hanya lelaki itu saja boleh bantunya.
“Lamalah jugak. Ada lima hari macam tu. Tapi dia pergi tiga hari dah. Ni yang kau beria cari abang aku tu apasal?”
Mencongak berapa hari lagi Wafiy balik buat Thia mengeluh. Dia perlukan lelaki itu secepat mungkin. “Maksudnya dia balik lusa ke? Aduh lama lagi tu...” keluhan Thia buat Wardah berdebar pula.
“Kau ni tak apa ke Thia? Kenapa kau cari abang aku?”
Soalan Wardah dibiar sepi.  Thia berfikir sejenak. Perlukah dia minta dengan Wardah? “Err... Wardah. Kau... kau tahu nombor Zarul tak?”
“Kau nak buat apa Thia? kau jangan cari pasal. Bukannya kau tak tahu Zarul tu tunangan orang. Dari awal lagi aku dah pesan jaga hati kau. Kawal perasaan kau tu! Kalau susah sangat nak terima Ekmal. Aku bagi abang aku tu je... masih bujang lagi!” Dari awal lagi Wardah dapat tangkap cara pandangan Thia dan Zarul tu seolah ada satu rahsia yang kawannya belum beritahu. Dia dapat agak sesuatu berlaku antara mereka berdua. Lebih lagi Thia yang sememangnya pendiam bertambah parah tahap pendiam jika ada Zarul.
Perasaan kalut dan gugup tadi bertukar geram. Dia tidak peduli lagi hendak rahsiakan perasaannya. Tapi yang penting Thia mesti dapatkan nombor telefon Zarul. Pedulilah apa yang Wardah fikir. Tiada salah. Memang benar jangkaan Wardah. Memang pun dia mencintai lelaki itu. Yang penting sekarang dia mesti dapat hubungi lelaki tu.
“Aku tahulah kawal perasaan aku. Tapi benda ni penting Wardah. Tiada langsung kaitan dengan perasaan aku. Kau ada tak nombor dia.” soal Thia lagi.
“Tak ada. Benda penting apa sangat ni? Tak boleh ke tunggu abang aku balik lepas tu minta dengan dia aje.” Cadang Wardah. Dia pun ingin tahu apa sebenarnya masalah besar Thia. Tapi dia faham sangat perangai kawannya yang seorang ni yang suka berahsia bila melibatkan soal hati.
“Entahlah... aku ada instinct macam tak sempat je.”
“Beginilah. Aku bagi je nombor telefon abang dan waktu flight dia nanti. Aku yakin lepas balik tu dia mesti on telefon. Lagipun dia suruh aku ambil dia di KLIA...”
Thia cuba fikirkan cadangan Wardah. “Biar aku terus ambil dan hantar abang kau balik rumah. Nanti aku drive pergi KLIA.”
“Cantek!! Sebenarnya itu yang aku nak dengar. Hahaha...” kuat gelak tawa Wardah. Awal lagi dia memang merungut bila abangnya pesan suruh ambil dia bila balik nanti. Nampak sangat pemalas adik si Wafiy ni!
Perjalanan dari rumah Wardah yang tinggal bersama ibubapanya ke KLIA sudahlah jauh. Kena lagi hantar pergi rumah Wafiy yang tinggal di rumah sewa bersama-sama kawan bujangnya. Memang taklah! Bukan main bertentangan lagi laluan jalan ketiga-tiga tempat tu. Macam mana Wardah tak angin dengar arahan mandatori satu-satunya abangnya itu.
“Baiklah... jangan lupa tau. Sms je aku nombor dia dan bila flight dia sampai nanti.”
“Baiklah. Kau nak dating dengan dia lama-lama pun aku tak kisah. Asalkan hantar dia balik.” Usik Wardah yang sudah terkekek. Mesti merah padam muka Thia sekarang ni. Thia tu bukannya suka sangat masuk topik cintan cintun ni. Teringat juga pengakuan perasaan Thia walaupun bukan secara direct . Nampaknya tekaannya betul juga. Harap satu hari nanti Thia dapat lupakan tunang orang tu.



Zarul yang tengah mengelap tangan pada kain buruk panggukkan kepala bila namanya dipanggil. Habis kotor baju bila terkena minyak hitam. Tapi itulah lumrah tugasnya. Jika baju pelukis selalu kotor bila melukis akibat terkena cat warna, mereka pula selalu comot dengan minyak bila periksa keadaan kapal terbang.
“Sini!!” jerit Zarul kuat sambil angkat tangan.
Berlari anak Kamal mendapatkan rakan sejawatnya. “Rul. Ada awek cun cari kau!” katanya tercungap-cungap. Penat berlari sambil berteriak cari si kawan. Rupanya duduk dating dengan dugong kesayangannya tu. Apa lagi kalau bukan salah satu kapal terbang kebangaan mereka A380.
Ceria muka Zarul mendengar. Dalam hati dapat mengagak siapa yang datang. “Qila?” tanyanya pada Kamal yang sudah mengetahui statusnya bersama Maizatul Aqila.
Kamal geleng kepala. “Aku tak kenal. Terus terang yang datang ni lagi cun dari awek kau si Qila tu.”
Gelengan kepala kawan yang berbadan tegap dan kulit sawo matang itu buat Zarul yang tadi tersenyum lebar bertukar kerutan pada dahi pula. Pelik! Siapa pula yang datang. Kakaknya? Kalau dah si Kamal yang ada terkena kegatalan bahana ulat bulu memang bukanlah kakaknya. Qalisya tu tengah berbadan dua. Gila ke apa kalau dikatakan isteri orang cun. Cari bala nampaknya.
“Kau kenal ke?” soal Zarul. Masih lagi belum berganjak dari tempatnya.
Sekali lagi Kamal geleng kepala. “Tak. Tak pernah nampak langsung. Tinggi lampai. Macam model. Tapi bertudung. Putih melepak pula tu. Pakaian macam update tapi aku suka tengok. Biarpun moden tapi longgar.” Komen si kawan. Sempat jugalah memerhati ketika wanita itu bertanyakan jika ada Zarul tadi. Suara yang perlahan itu lembut dan ayu saja kedengaran di telinga Kamal.
Zarul cuba ingat semula kawan perempuannya yang mempunyai susuk tubuh seperti yang diterangkan oleh Kamal. Kepala digaru. Habis rambut jenis Pompadour haircut tu kotor terkena sisa kotoran minyak pada tapak tangan.

“Kau ambil ni.” Kain buruk yang diguna untuk lap tangan tadi dilempar tepat kena muka Kamal.
“Hoi!!” terjerit Kamal bila mukanya terkena kain tersebut. Lepas ni sudah tentu cik jerawat tu datang singgah mukanya. Segera dikesat muka kacak itu. Kalau sebiji dua mungkin normal. Tapi kain tu sudahlah kotor, kena lagi muka sensitifnya memang tak lari juga jika tiga atau empat biji jerawat batu.
“Dia tunggu mana?!” jerit Zarul yang semakin jauh melangkah.
“Depan pintu... woi! Kirim salam comel dekat dia!!” jerit Kamal juga sambil tersengih pada Zarul yang menoleh padanya.
Tergeleng kepala Zarul dengan telatah Kamal.


Kewujudan wanita yang bersandar pada dinding pintu itu langsung tidak dijangka. Zarul mengeluh. Hancur segala mood baik hari ni. Dia tidak suka Thia datang mencarinya. Lebih lagi di tempat kerja. Kehadiran gadis yang sangat mementingkan penampilan itu mampu tarik perhatian rakan sejawat yang lain. Terutamannya pekerja lelaki!
Zarul masih lagi kaku ditempatnya. Berfikir jika ingin berjalan mendekati Thia atau balik semula. Thia yang kusyuk membelek telefonnya itu langsung tidak menyedari Zarul sedang memerhatinya. Santai hingga kaki kanannya diangkat ke belakang untuk pijak pada dinding.
Badan Zarul dipusing balik. Tidak ingin untuk teruskan langkahnya mendekati Thia.
“Zarul!!” jerit Thia yang baru saja angkat kepala. Dia berlari mendekati Zarul.
“Tunggu saya kejap..!!” jerit Thia lagi. Zarul hentikan langkahnya. Kemudian berpusing pada Thia. Riak tidak suka tentang kehadiran Thia ditunjuk. Tangan disilangkan. Tajam anak mata Zarul pandang Thia yang sedang tarik nafas di depannya. Tercungap-cungap lepas berlari tadi.
“Awak nak apa?” tanya dengan nada tidak puas hati.
“Saya nak jumpa awak sekejap... ada benda penting.” Thia yang masih lagi kepenatan bersuara. Dia cuba berdiri tegak. Tapi keadaannya yang masih penat hanya mampu bongkok sedikit sambil memegang dadanya. Baru berlari sikit tayar sudah pancit. Padah sebab malas hendak pergi bersenam akhir-akhir ini.
Tersenyum sinis Zarul tengok Thia. Benda penting adalah sesuatu yang sangat mustahil sedangkan mereka langsung tiada apa-apa urusan. Nampak sangat Thia buat alasan hanya untuk bertemu dengannya.
“Kenapa datang sini? Mana janji awak tak akan jumpa saya lagi!”
“Kan saya dah cakap. Saya ada benda penting nak beritahu awak ni. Tolong luangkan saya sedikit masa. Please...” pujuk Thia. Dia dapat akan yang Zarul tidak mungkin akan percayakan dia. Yang dia takut kalau Zarul tidak percayakan ceritanya nanti.
“Lima minit. Shoot!”
Membesar mata Thia tengok Zarul. Badan yang sedikit bongkok tadi terus ditegakkan. “Lima minit? Mana cukup.”
“Lima minit atau langsung tak payah.”
Thia mengeluh. Lima minit pun lima minitlah! Sekurang-kurangnya dia cuba. “Baiklah... jom kita duduk di kafe ke. Mana saja asalkan tempat yang sesuai.”
“Awak tak nampak ke saya tengah kerja ni?! Sini pun dah cukup!” nada suara Zarul menaik. Mulai hilang sabar dengan karenah Thia.
Mengalah juga Thia dengan angin Zarul. Nanti bagus dia bagi tempoh lima minit terus ubah fikiran pula. “Baiklah. Saya harap awak percayakan cakap saja. Saya nak beritahu pasal kak Qalisya. Dia diseksa oleh abang Rusdi. Sekarang kak Isya, Asha dan Mira ada di rumah...”
Wait... wait! Kalau gatal sangat nak jumpa saya jangan sesekali guna alasan bodoh macam tu.” Pintas Zarul.
Ini yang paling Thia takut. Zarul ni bukan saja tidak sukakanya, tapi seolah-olah tahap jengkel dan langsung tidak percayakannya. “Betul! Saya tak tipu... Kak Isya memang diseksa oleh abang Rusdi.”
“Sudahlah. Saya tahu awak seorang penulis novel Nur. Tapi cerita awak kali ni langsung tidak menarik perhatian saya. Sekarang balik!” Sarkastik sindiran Zarul pada Thia. Satu point pun dia langsung tidak percaya. Baru beberapa hari lepas Zarul bercakap dengan kakak sulungnya di talian. Suara kakaknya kedengaran seperti seorang yang bahagia dan tidak sabar untuk menunggu cahaya mata yang bakal lahir.
‘Nampak tak permainan Nurfathiah di situ! Saja nak tarik perhatian akulah tu...’ bisik hati Zarul. Dia sendiri mengaku Thia ni spesis beauty with brain. Tapi tak sangka perempuan cantik dan bijak macam Thia ni pun jenis terhegeh-hegeh dengan lelaki. Sangup buat cerita semata-mata untuk berjumpa dengannya. Yang dikejar ni pula tunangan orang. Memalukan kaum hawa saja.
“Saya tak tipu!!” jerit Thia. Kesabarannya memuncak. Hilang sabar dengan perangai Zarul yang tidak habis-habis menyindirnya.
“Baliklah Nur. Jangan nak auta saja lebih.” Zarul pusing untuk tinggalkan Thia. Malas hendak layan lebih-lebih. Buang masa saja.
Lengan tangan Zarul ditarik. Thia tidak peduli. Lantaklah jika Zarul hendak maki atau sindir sekali pun. Bukannya dia boleh kawal mulut lelaki itu pun. Yang penting sekarang ni Zarul mesti juga percayakan dia. Rusdi sekarang ni makin menjadi. Setiap hari selalu datang ke rumahnya untuk menganggu Qalisya. Thia takut satu hari nanti lelaki itu akan buat sesuatu yang tidak baik bila dia hilang sabar.
Zarul rentap tangannya yang dipegang oleh Thia. Aqila pun tak pernah berani sentuh macam ini. Memang Thia sudah lebih! Tajam anak matanya memandang Thia.
“Maaf..” Thia tertunduk. Malu dengan khilafnya.
 “Jangan sampai saya tengok muka awak lagi Nur!”
Thia angkat kepala. Digeleng beberapa kali sebelum berkata.“Tolonglah Zarul. Kali ni je...”
“Saya cukup sabar dengan awak Nur.. Baliklah. Jangan tunjuk yang perasaan cinta awak tu terlalu murah sampai sanggup buat cerita pasal kakak saya!” kata Zarul lagi. Dia terus tinggalkan Thia yang terpinga-pinga di situ.
‘Jangan tunjuk yang perasaan cinta awak tu terlalu murah sampai sanggup buat cerita pasal kakak saya!’ kata-kata itu berlegar dikepala Thia. Dia kelu tanpa bicara. Zarul yang berjalan meninggalkannya hanya mampu dipandang. Setitik dua air mata Thia mengalir.
Sampai hati Zarul! Terlalu murahkah perasaan yang hadir itu? Bukankah perasaan cinta itu satu anugerah?


 #Nota Kaki : For those yg tau apa2 pasal  skop  kerja Aircraft engineer terutamanya MAS. do lemme know k. x kiralah article atau apa pun. kalau ada engineer tu lagi bgus. boleh buat sesi soal jawab. lol. k bye! Pompadour haircut tu yg bahagian tepi n blakang lebih nipis dari bahagian tengah mcm that guy dlm gambar. (2013 hairstyle for spring n summer)

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

6 comments:

  1. apa la zarul ni perasaan aje lebih geram nya nak lagi boleh.

    ReplyDelete
  2. ee..bodoh sombong la zarul ni.. lpas jadi pape kat kakak dia bru padan muka..

    ReplyDelete
  3. Eiiii zarul nie tumbuk kang! Bukan tu je tampo terajang semua! Mana ekmal rindu dekat ekmal lah!

    ReplyDelete
  4. Faz... update cepat2 ye, tak sabar nak baca cerita seterusnya.

    ReplyDelete
  5. baru je start baca novel ni hari ni.. menarik jalan ceritanya..

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)