Saturday, December 14, 2013

Bintang Pilihan Jihan bab 12


Jihan mengurut rahang yang sakit sebab ternganga tadi. Sakit pula rahang aku. Dah tu terjerit pula. Nasib orang-orang tua tu tiada tanda-tanda lemah jantung. Mahu pengsan agaknya jika ada. Terkejut dengan suaranya dan Najmi bergabung.
Tapi yang penting hati Jihan cukup lega. Usul untuk kahwinkan dia dan Najmi oleh mak cik Amani tidak jadi. Boleh pula fikir nak kahwinkan dia dan Najmi. Huh! Tak terlintas dek akalnya. Dah tu! Ramai pula penyokong. Yang membangkang pula hanya dia dan Najmi.
Itupun nasib baik abah dan pak cik Nazim ambil zon neutral. Jika keluar suara veto kedua-dua lelaki itu suruh kahwin. Memang menangis tak berlagulah Jihan malam ni. Hanya golongan perempuan saja yang mati-matian keluarkan hujah supaya mereka kahwin. Kak Zara siap ugut lagi. “Mana janji Jihan nak bantu mak cik Amani…” sesedap hati saja dia mengungkit.
Jihan pernah janji nak bantu ubah perasaan Najmi pada Luth saja. Tak pernah langsung janji hendak kahwin dan jadi pak sanggup! Memandai saja putar belit fakta.
Walaupun kurang memuas dengan konklusi yang dibuat selepas mesyuarat tidak rasmi tadi tu. Sekurangnya Jihan tak jadi kahwin dengan Najmi. Setakat ni dia hanya bersetuju untuk jadi teman wanita sahaja. Hanya untuk beritahu wartawan bahawa Najmi sudah ada teman wanita.
Itupun selepas Jihan bagi baik punya idea dan sedikit peras ugut.  Jihan teringat ayatnya tadi.
“Kejap! kejap! Ni nak minta tolong buat cara minta tolong. Mak cik, pak cik… Bukannya saya tak sudi jadi menantu mak cik. Tapi dah memang hati ni langsung tak terdetik nak jatuh cinta dengan Mie ni hah. Najmi ni lagilah… yang disukannya kaum sejenis!”
“Hoi!!!” jerit Najmi.
“Najmi!” tegur mak cik Amani.
“Diam dulu boleh tak...” marah Jihan pula.
“Beginilah mak cik. Kita kelentong sajalah tu wartawan semua. Cakap Najmi ni dah ada teman wanita. Tu aje. Kalau nak jual nama saya pun saya tak kisah. Cakap saja Saya, Mie dan Luth kawan baik. Lagipun saya dah lama kenal Luth tu, cakap saja Luth dan Mie tu macam adik beradik. Senang cerita.”
“Habis tu nak kumpul dosa tipu semua orang? Aku tak nak!” celah Najmi.
“Kalau macam tu korang betul-betullah jadi couple. Hah sekarang ni terus sah. Jihan pun belum ada sesiapa kan.” Jihan jeling pada Zara. Tajam biarpun tidak mampu menusuk.
“Elok sangatlah tu. Sah ya Jihan…” Mak cik Amani pula menyokong.
Jihan garu kepala. Haiyoo… dah macam angkat nikah pula kena pakai sah-sah ni!
“Jadi teruslah Jihan. Apa susahnya… bukannya jadi isteri pun. Teman wanita saja.”
“Semua tanya Jihan je. Mie ni pulak macam mana?” soal Najmi. Rasa diri dipertikaikan pula. Ni aku ni kayu ke apa dekat sini.
“Orang yang cari pasal duduk diam!” marah Amani. Najmi terus tutup mulut. Tangan ditarik dari hujung ke hujung seperti sedang zip mulut sendiri.
“Baiklah… teman wanita pun teman wanitalah… tapi semua tolong janji jangan paksa kahwin dengan dia! ”
“Iya kami janji…” jawab mereka semua serentak kecuali Najmi.
“Bagus anak murid semua. Dengar pun cakap cikgu! Hehe..” kata Jihan senang hati. Sekarang tiada boleh paksa dia kahwin dengan Najmi lagi.
“Tapi kalau dah jodoh kau orang berdua. Hah bab tu kami tak janji… Jangan sampai korang berdua pula yang menangis-nangis minta kahwin sudah.” Tajam sungguh ayat Puan Mehar tu.
“Tak apa cik. Jodoh semua tu kita serahkan pada Allah. Yang penting sekarang ni tiada siapa boleh paksa kami kahwin. Setakat boyfriend girlfriend ni pun sudah sesak nafas saya dengar.” Najmi pula menjawab. Dia pandang Jihan disebelah.
“Sekarang ni kau sah jadi girlfriend aku. Aku pula dengan rasminya jadi teman lelaki kau.” Umum Najmi.
 Yucks! Macam pelik saja bunyinya dia dengan rasminya jadi teman wanita Najmi. Tidak semena statusnya bertukar. Tidak mengapalah janji bukan isteri.
Telefon Jihan tiba-tiba berbunyi menyedarkan dia dari lamunan. Nama Najmi tertera. Dia terus saja sambut.
“Asssalamualaikum sayang.”
“Waalaikumsalam sayang otak kau!!”
“Huish! Garang sayang abang ni. Hahaha…” gelak Najmi disebalik corong telefon. Tahu sangat Jihan tengah angin. Tambah lagi bila kena suruh panggil dia abang.
“Kalau telefon saja nak mengusik. Baik off. Bye…”
“Jihan…!! Nanti dulu. Huish! Cepat betul angin. Esok keluar jom.”
“Tunggulah dulu Mie. Biar reda dulu hal kau ni baru keluar rumah. Tak pasal aku juga yang kena serbu sekali nanti.” Jihan buka Twitternya guna komputer riba kesayangnya. Sampai jadi trending nama Luthfi dan Najmi ni.
“Apa kau… kau… nak kena kahwin ke? Abang. A.B.A.N.G… Abang!” mencebik Jihan dengar suara Najmi mengena perkataan abang tu. Tahu sangat mereka kena ugut jika tidak panggil abang sayang kena kahwin nanti. Siap kena cop anak derhaka lagi. Saja ugut aku dan Najmi tu.
Huh! Tak suka… mak pun macam saja je nak kenakan aku. Dah tahu aku sekarang ni dalam tempoh transformasi diri ke arah yang lebih baik. Seumur hidup aku tak pernah panggil lelaki abang. Najmi nilah yang pegang mandat orang pertama kena gelar macam tu oleh aku.
“Bosanlah… appointment abang semua kena batal oleh ayah.” Walaupun kuasa Najmi tinggi di syarikat tapi Encik Nazim juga pengerusi syarikat. Jadi bila bos besar bagi arahan terpaksa juga dia ikut.
“Duduk rumah sajalah… malas nak keluar. Mana kena jadi driver Aifa tu lagi. Penatlah… ” geli cuping telinga Jihan gelarkan dirinya sayang. Aduh! Tak lama hangus telinganya tahan malu
“Ciss… ayat  tu mesti nak elak dari gelarkan diri dia sayang. Jihan…”
“Suka hatilah… apa?”
“Jihan.. han.. hanny… Urhm… panggil sayang Hanny la. Lembut je dengar dari nama Jihan.”
“Otak kau dah kena sengat tebuan ke nak panggil aku honey?”
“Hah! Nak sangat pegang title anak derhaka tukan? Ingat abang ni suka? Seribu kali lagi tak suka tau. Tapi sayang ibu punya pasal abang tak nak dipanggil anak derhaka. Tambah lagi isu dengan Luth ni pun belum selesai. Dari tadi sampai rumah, cakap dengan abang pun ibu tak nak. Tengok muka pun macam tak sudi…”
Sayu pula Jihan dengar suara Najmi ni. Macam nak percaya tapi susah nak percaya. Najmi tu pun pelakon juga walaupun lebih banyak mengarah filem jadi watak sedih tu mungkin kacang saja baginya. Drama king jugak mamat ni!
“Iyalah. Abang pun abanglah… nak panggil honey madu pun suka hatilah…” layan sajalah aku dengan manusia seorang ni.
“Bukan honey madu tulah sayang Jihan oi. Hanny. H.A.N.N.Y.”
“Tak nak la panggil Hanny. Gedik je dengar. Abang.. Hanny nak makan tu… Hanny nak buat ni. Yiee.. tidak lama terbelik lidah aku. Kan senang. Mie aku nak makan tu, aku nak buat ni.”
“Habis tu?”
“Dah tu? sayang nak makan tu, sayang nak buat ni... Lagilah gedik abang dengar.” Balas Najmi. Geram jugak aku dengan Jihan ni. Orang tolong supaya tak dapat gelaran anak derhaka dari Puan Mehar dia pula lebih-lebih.
Sebenarnya mak Jihan dah bagi pengampunan awal-awal sebelum dia balik tadi. Tapi Jihan saja belum tahu. Pengampunan kalau tak nak panggil abang sayang panggil yang elok sikit asalkan bukan aku kau.
“Panggil Jihan dan Mie sudah. Tak payah lebih-lebih!” Ingat aku tak dengar. Kau saja kenakan aku kan Najmi! Aku dengar apa mak cakap dengan kau tadi sebelum balik! Sambung Jihan dalam hati.
“Mie dan Jie? Hari tu abang dengar Luth panggil Jie. Singkatan boleh MJ. Auch! Haha..”
“Nak jugak dia… Ermm... ya la. Jie pun boleh. Dulu sekolah kawan-kawan panggil Jie sebenarnya. Dah lama orang tak panggil nama tu. Luth pula biasalah. Suka singkatkan nama orang.” Terang Jihan.
“Jadi Mie dan Jie okey… tapi untuk gelaran saja pun haha. Tapi saya awak sebenarnya lagi senang. Hahaha.. tak sangka awak ni lurus jugak eh.”
Jihan ramas mukanya menahan geram. “Nak rasa sebelah mata tu lebam lagi tak?” saya awak? Bolehlah…
“Huish… garangnya cik adik ni. Hahaha… datang rumah esok. Boring duk sorang-sorang. Ibu bukannya nak cakap dengan saya pun.”
Was was aku dengan Najmi ni. Senang aje mulut dia biasakan dirnya tu.
“Tengoklah dulu. Esok kena ambil dan hantar tuan puteri Aifa tu lagi. Penat…”  jawab Jihan.
“Penat apanya. Bukannya ada kerja sangat pun. Hantarlah. Lepas tu terus singgah lepak rumah. Nanti Aifa balik, baru balik rumah.”
“Tengoklah…”
“Yeah! Datang eh. Bawak makanan sekali. Tak pun bawa bahan masak sini. Ibu macam boikot je tu…”
Jihan pandang telefonnya. Budak ni! Dia cakap lain. Lain pula dia jawab. Susah nak bercerita dengan budak terlebih umur ni. Pandai sangat. Advance sungguh!


Jihan buka bonet belakang kereta. Plastik berisi bahan masakan dipegang.
“Bawak apa?”
“Oh mak kau bawak apa!!” latah Jihan sebab terkejut. Dada yang kuat berdetak disapu. Najmi yang hanya pakai singlet dan seluar pendek itu dipandang atas bawak. Mak! Seksi juga mamat ni.
“Soal sikit dah melatah.”
“Itu bukan soal namanya. Tapi sergah! Salam tiada terus muncul tiba-tiba.” Bebel Jihan.
Najmi silangkan tangannya. Mata hazel miliknya mengintai isi bonet kereta mak Jihan tu. “Bawak apa tu?”
“Baranglah. Nak masak. Tolong angkatkan.” Arah Jihan. Kemudian dia terus tinggalkan Najmi dengan bakul plastik dalam bonet kereta sementara dia hanya lenggang kangkung masuk dan bagi salam.
“Assalamualaikum mak cik Amani..!!”
“Amboi Jihan ni. Orang tunggu dari tadi. Dia selamba aje tinggalkan aku sini angkat barang. Sebal… sebal…” kata Najmi sendiri sambil cuba mengeluarkan plastik  dari dalam bonet. Waktu itu juga sebuah kereta Toyota Camry bewarna putih masuk ke dalam perkarangan rumah Najmi. Lelaki yang baru kelaur dari pintu pemandu cukup nampak bergaya walaupun hanya mengenakan T-shirt putih dan seluar Bermuda paras lutut.
“Assalamualaikum…”

Saat mata terpandang susut tubuh itu hujung bibir sebelah kiri Najmi terangkat. Makin lebar senyumannya terlihat lelaki yang baru keluar dari kerus penumpang hadapan. Plastik yang hendak diangkat tadi terus saja dilepaskan.

Nota kaki : Manusia-manusia kekeliruan spesis datang!!! dan kenapa sampai dua orang datang. seorang lagi tu siapa... oh! hohoe~ tingtong ~ tunggu esok lagi k.



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)