Sunday, December 8, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 6




“Serai, kunyit, tomato, daging...” Thia membaca satu persatu senarai yang ditulis oleh Ekmal. Tulisan cakar ayam manusia seorang ni. Sempat lagi Thia komen jenis tulisan Ekmal. Sedia maklum dengan Ekmal yang tidak suka menulis itu. Sudah terbiasa menaip agaknya sebab tu makin malas menulis.
“Awak tahu tak semua bahan ni?” soal Thia tangannya lincah menarik apa saja bahan yang tersenarai pada rak disebelah kanan. Ekmal yang setia menolak troli disisi dipandang sekilas.
“Tahulah sikit-sikit. Saya rasa mama tahu awak ikut sekali beli barang-barang ni. Sebab tu ada benda yang saya tak pernah dengar pun dia suruh beli.”
“Jangan tulis kunyit tapi ambil serbuk kari dah.”
“Tahu jugak saya nak bezakan dua benda tu Thia. Awak ni...”
“Hahaha... sorry. Gurau aje la. Saya pernah rasa air tangan awak. Perfecto! Marvelous.” jari Thia dibentukkan tanda OK kemudian didekatkan pada mulut sambil mata tertutup. Lalu Thia buka mata seolah segar dan gembira.
“Tahu saja cara nak bodek orangkan?”
“Orang puji ikhlas tau. Kalau awak fikir saya nak bodek pun boleh jugak. Nanti nak makan tomyam awak lagi.” Thia senyum tunjuk barisan giginya.
“Biarpun makan dengan sebotol air mineral disebelah?”
“Kalau awak buat elok macam hari tu. Kita dapat minimakan penggunaan air mineral semasa makan nanti. Tak pedas dan manis sikit.” Sebenarnya sudah dua kali Ekmal masakkan tomyam untuk Thia. Tapi yang pertama kali tu pedasnya sampai susah Thia nak telan. Bila Ekmal tahu Thia tak makan pedas barulah dia kurangkan pedas waktu kali kedua dia masakkan tomyam buat Thia.
“Tapi saya ingatkan nak masakkan lain pula nanti. Saya tengah belajar masak nasi ayam dengan mama.”
Okie dokie...” untung siapa dapat Ekmal sebagai suami. Rajin belajar masak dengan mamanya. Sebab itulah Ekmal ni anak mama kut. Pandai ambil hati ibu. Tambah lagi adik beradik Ekmal semua hero. Empat orang pula tu. Kalau tiada yang ringan tulang memang kesianlah mamanya melayan tuan putera sampai empat orang.



“Hana?” tanya Ekmal apabila Thia sudah duduk di kerusi penumpang sebelahnya. Sempat anak mata Ekmal menjeling pada rumah Thia yang masih terang benderang.
“Tak nak ikut.”
“Jadi awak nak pergi ke tak ni?” Ekmal belum lagi ada tanda-tanda hendak mulakan pemanduan. Thia disisi terus menjadi tatapan.
“Pergilah. Kesian mama awak dah ajak.”
“Betul... Jom nanti lewat pula sampai.” Sambung Thia lagi bila Ekmal mulai tayang muka langsung tidak percaya apa yang dia cakap.
“Pakai tali pinggang keselamatan.” Ekmal muncungkan mulutnya pada tali pinggang keselamatan tempat penumpang hadapan. Kemudian kunci kereta diputar, dia mulakan pemanduan.
“Kenapa Hana tak nak ikut?” soal Ekmal bagi memecah kesunyian mereka. Thia pun senyap saja dari tadi. Hanya suara dari radio saja rancak berceloteh.
Persoalan Ekmal mengingatkan betapa penatnya dia pujuk Hana suruh ikut sekali tadi. Tapi puas disogok dengan pelbagai habuan pun Hana tetap tidak mahu pergi. Katanya tak nak kacau daun bila Thia pergi first meeting dengan bakal mertua. Yiee... geram Thia fikirkan pasal Hana. Suka merapu yang bukan-bukan.
“Penat dating seharian katanya.” Jawab Thia. Salah satu alasan Hana diutarakan. Padahal bukannya lama pun keluar temu janji dengan kekasih hatinya. Pagi tadi ketika Thia hendak jalan Hana pun belum bersiap lagi hendak keluar, bila Thia balik dari beli belah dengan Ekmal. Hana sudah terconggok di depan tv. Sejam awal balik dari Thia.
Meriah sungguh halaman tepi rumah Ekmal. Asap dari bakaran ayam berkepul-kepul ke awan yang gelap. Nasib baik Thia pakai blouse biasa dan seluar slack. Kalau berbaju kurung memang payah nak bergerak jika berbeku.
Selepas memberi salam, Thia dan Ekmal terus saja melangkah ke halaman rumah memandangkan sudah ramai berada di situ.
“Jom saya bawa awak jumpa mama dulu...”
Ekmal membawa Thia ke arah kakak ipar dan mamanya yang sedang bercerita.
“Ma...” panggil Ekmal.
“Hah... dah sampai pun.” Sufi yang sedang mendukung cucunya berdiri. Tangannya diangkat ketika Thia hendak menyalam.
“Assalamualaikum mak cik.”
“Waalaikumsalam. Thia kan?” tanya Sufi bagi memastikan.
“Saya. Mak cik apa khabar?”
“Baik. Eh. Pergi makan dulu... Mal. Bawa Thia pergi ambil makanan. Thia makan ye. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri.” Lengan tangan Thia dipegang lembut. Takut dia kekok pula.
“Jom Thia?” Ajak Ekmal.
Thia mengangguk. “Mak cik tak makan sekali?”
“Kejap lagi mak cik makan. Thia pergilah dulu.”
Memandangkan mama Ekmal enggan ikut serta. Thia dan Ekmal berdua bergerak ke meja yang tersedia. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain.
“Segan?” soal Ekmal sambil menghulur pinggang pada Thia.
Laju kepala Thia mengangguk. “Sikit. Tapi mama awak lawa. Seriously lawa. Kenapa anak dia kurang sikit?”
“Kurang sikit apa?” mata Ekmal dibesarkan.
“Kurang sikit lawaaaanya.”
“Kurang sikit tapi lama pula perkataan lawa tu awak sebut...”
Thia tersengih. Sebenarnya saja hendak tenangkan hatinya yang berdebar. Masih lagi kekok.
“Tak payah tunjuk muka macam tu Thia. Keluarga saya saja yang ada sini. Saya tak nampak pun kawan mama ke apa.” Kepala Ekmal pusing kiri dan kanan. Tak ramai pun, adalah berbelas saja. Semua pun ahli keluarga dan dua orang gaji mereka.
“Maksud awak saya je yang orang luar? Tambah segan...”
“Tak payahlah segan. Anggap saja macam famili akak.” tegur seorang dari belakang Thia. Dia menoleh.
Seorang lelaki sedang tersenyum memandangnya sambil tunjuk tanda peace.
“Elman Ali. Adik bongsu Ekmal Hadi. Panggil Ali saja, panggil adik ipar pun boleh.” Lelaki yang ramah mengelarkan dirinya Ali tersenyum. Lawa orangnya. Dan tinggi dari Thia. Huhu... budak ni lagi tinggi dari dia. Agak-agaknya kurang sikit saja dari Ekmal.
“Kak Thia...”
“Abang tak pernah cerita pula dia ada girlfriend. Lawa pula tu.” Ali memandang abangnya meminta penjelasan.
“Kawan abang aje. Dah Thia nak makan tu. Nanti baru borak.” Ekmal ‘menghalau’ adiknya secara halus. Isyarat mata diberi.
“Baiklah. Tahu orang tu tak nak orang kacau. Nice to meet you kak Thia. Nanti kita borak lagi. Bye...” Sempat Ali mencapai segelas air sirap sebelum berlalu pergi.
“Ramahnya adik awak. So not like you. Hehe...” Sepotong kek diambil letak atas pinggan. Spontan dia suap sedikit pada mulut Ekmal. Lelaki itu nganga mulut. Faham maksud Thia. Nak pujuklah tu.
“Saya macam mana?”
“Awak pendiam. Susah juga nak masuk dengan orang. Selalu ambil jalan mudah saja.”
“Jalan mudah?”
“Yup. Jalan mudah awak tu. Senyum saja. Tak tegur, tak cakap tapi awak senyum saja.” Ekmal diam. Berfikir sejenak.
“A’ah. Baru saya perasan.” Thia kerut kening pandang Ekmal. Tergelak kecil dia dengan manusia sendiri. Itu pun tak perasan?
“Nama adik beradik awak semua mula dari E eh?” soal Thia. Kepak ayam dicubit sedikit lalu dijamah. Sedap! Manis. Terasa madu yang dicampur.
“A’ah. Yang duduk bual dengan papa tu abang sulung saya. Eshan Omar. Abang kedua pula yang sedang panggang ayam tu. Emir Muaz. Lepas tu saya Ekmal Hadi. Kemudian yang awak jumpa tadi. Elman Ali. My mom’s rainbow. Paling peramah dan paling ceria dalam keluarga kami.”
“Semua hero?” terkejut juga Thia tahu adik beradik Ekmal ni semua lelaki.
“A’ah. Semua lelaki. Yang duduk sebelah mama tu. Kakak ipar saya. Isteri abang Eshan. Dan tiga orang tu anak-anaknya.” Thia turut memandang wanita yang duduk di sebalah mama Ekmal. Cantik walaupun sudah ada tiga orang anak.
“Hebatnya mama awak. Dapat jaga semua anak lelaki. Sekarang saya faham kenapa mama awak nak ada menantu.” Thia alih pandangan pada Ekmal sambil makan makanannya.
“Sebab?”
“Anak perempuan dan anak lelaki ni tak sama Mal. Serapat mana pun awak dengan mama awak tak sama dengan seorang anak perempuan. Saya tak bias tapi yang saya tahu anak perempuan ni lebih prihatin dengan mama. Dia sentiasa tahu apa maknya inginkan. Nak kongsi sesuatu ataupun luahkan sesuatu dengan anak perempuan pun senang sikit. Ego perempuan ni kurang sikit dari lelaki. Tambah lagi kalau dengan mak sendiri.”
“Kalau awak tak cakap sampai sekarang saya tak perasan. Patutlah mama selalu saja ajak kak ipar saya datang bawa anak-anaknya.”
See... Awak mungkin prihatin mama awak. Tapi masuk subjek pemahaman wanita tu kurang sikit.”
“Awak nak tahu. Sebenarnya nama kami adik beradik mula dari huruf E sebab nama papa Ebrahim. Kononnya kalau ada anak perempuan mama nak letak mula dari huruf S pula. Ikut huruf pangkal nama mama Sufi. Tak ada rezeki anak perempuan, sekali keluar semua hero malaya.” Sempat lagi Ekmal berseloroh.
Thia tergelak kecil.
“Hero malaya la sangat. Perasaan!”
“Eh! Nak tahu. Nama kami semua hero-hero islam tau. Abang Eshan Omar. Omar tu ambil dari nama Umar Al Khattab also known as Omar. Lepas tu abang Emir Muaz pula. Papa ambil dari nama Mu’az bin Jabal. Nama saya Ekmal Hadi. Asal nama nak letak Adi. Start with A. Ambil dari nama Adi bin Hatim At-Tha’i. Tapi waktu buat surat beranak tersalah cetak letak Hadi. Papa tak kisah sebab Hadi pun maksudnya yang memimpin, penunjuk jalan. Akhir sekali Elman Ali. Ambil dari nama Saidina Ali bin Abi Talib.”
Thia tepuk tangan dengan nada perlahan. Kagum dengan papa dan mama Ekmal. “Unik. Saya tak pernah terfikir. Asalnya saya fikir nama mula dari E pun dah cukup unik. Jarang orang guna. Tambah pula nama-nama hero islam diberi.” Pujinya ikhlas.
“Sebab mama dan papa nak anak-anaknya jadi kami hero dalam keluarga dan masyarakat.”
“Amin. Insya-Allah semuanya berjaya. Berkat doa ibu bapa besar tau. Sekarang jom temankan saya basuh tangan. Lepas ni nak borak dengan mama awak. Segan pula saya datang makan tapi tak bercerita dengan tuan rumah.”
“Eh! Saya pun tuan rumah apa.” Kata Ekmal sambil tersengih.
“Sengih! Awak tu tuan rumah mini. Bos kecik!”
Tergelak kecil dengar gelaran dari Thia. “Jom bos kecik nak bawa awak basuh tangan.” Ajaknya.


“Mak cik gembira sangat dapat jumpa Thia. Selalu dengar nama aje. Nanti kalau ada masa selalulah jenguk mak cik di rumah. Kita masak sama-sama. Ekmal kata Thia pandai masak.”
Berkenan sungguh Sufi pada Thia. Lembut orangnya. Cantik pula tu. Tapi sayangnya hanya kawan Ekmal saja. Belum upgrade lagi status ke teman wanita.
“Saya reti buat yang simple saja mak cik. Tak reti sangat.” Thia merendah diri.
“Tak apa. Lama-lama tu pandailah. Boleh belajar sekali dengan Ekmal nanti. Dia tu la satu-satunya anak mak cik yang selalu jejak dapur. Yang lain tu liat sangat.” Bukan senang Sufi dengan membesarkan semua anak lelakinya. Sudah tu malas pula hendak menolong ke dapur. Ekmal seorang saja yang rajin masak dan membantunya. Yang lain jangan harapkan masak. Disuruh cuci pinggan pun malas!
“Insya-Allah. Nanti saya boleh belajar resepi baru dengan mak cik sekali ya?”
“Boleh. Apa salahnya. Thia ni asal sini ke?”
Thia mengangguk. “Orang sini mak cik.”
Elok sangatlah tu. Kalau panjang jodoh dengan Ekmal, dekat dengan rumah. Fikir Sufi. Dia tidak harap lebih-lebih takut tak menjadi pula. Ekmal pun sering yakinkan bahawa mereka berdua tidak lebih dari kawan.
“Abang Ekmal macam mana kak? Pendiam tak? Di rumah ni. Dia seoranglah paling senyap.” soal Ali yang turut menyibuk. Sepanjang Thia berbual dengan kakak ipar Ekmal dan mamanya. Ali setia juga mendengar di situ. Malas hendak ikut serta abang-abangnya dan papa Ekmal berborak disamping merapatkan silaturahim bersama Thia konon.
“Pendiam. Tapi kalau kena dengan caranya panjang juga bual Ekmal.”
Really? Untungnya akak sebab dapat dengar suara emas abang. Selama ni Ali ingat Abang Mal tu cuma reti bahasa komputer dia saja. C++ , Java semua tu. Hehe...”
Sufi pukul manja paha anak lelaki ni. Sempat lagi kutuk abang sendiri.
Thia ketawa kecil. Lucu juga tengok celoteh adik bongsu Ekmal ni.
“Seronoknya bercerita.” Tegur abang kedua Ekmal. Emir Muaz sambil mendekati mereka. Ekmal, papa dan abang sulungnya turut serta.
“Cerita dengan Thia ni hah. Tambah dengan Ali ni. Memang tak kering idea nak kenakan orang.” Ujar Qaira. Kakak ipar Ekmal bersuara.
“Layan juga awak dengan budak ni.” Ekmal ambil teman di sebelah Thia.
“Orang handsome biasalah... kan kak?” Elman mendabik dada.
Handsome tapi mulut bising. Erm... tengelam terus handsome tu.” Giliran abang sulung Ekmal pula usik Ali.
“Dah lewat ni? Saya hantar awak balik.” Thia tengok pada jam tangan Casio miliknya. Jarum sudah menunjukan pukul 10.30. tak sedar masa berlalu pantas. Dia akhirnya mengganguk.
“Thia dah nak balik?” soal Sufi.
Thia angguk lagi sekali pada mama Ekmal. “A’ah mak cik. Dah lewat.”
“Baiklah. Tak elok anak dara balik lewat sangat. Thia tunggu kejap. Mak cik nak bagi sesuatu.” Kata Sufi sebelum masuk semula ke dalam rumah.
“Nak bagi bakal menantu sesuatu tu kak. Hehe...”
“Kamu ni Ali. Sempat lagi nak mengusik. Merah padam dah muka Thia tu kamu kerjakan. Dah tolong abang bawa budak-budak tu masuk bilik tidur.” Arah abang sulung Ekmal. Ali tidak membantah. Sikap tegas abang sulung itu memang buat dia gerun sikit. Bukan takut tapi lebih pada hormat pada yang sulung. Dia membawa masuk anak-anak saudaranya ke rumah.
Sempat juga Thia bersalaman dengan budak-budak tersebut setelah diarah oleh Ali. Dia juga meminta diri pada Thia dan yang lain untuk hantar Ukail, Rifqi, Syifa ke dalam rumah.
“Nah. Banyak makan lebih Thia. Membazir kalau buang.” Sufi menyerahkan beg kertas berisi kontena Tupperware kepada Thia.
Rezeki jangan ditolak lagi pun tak manis. Tuan rumah dah siapkan tapaukan lagi. “Terima kasih mak cik. Thia balik dulu ya.” Ujar Thia.
“Sama-sama.” Tangan wanita yang masih cantik walaupun sudah dimamah usia itu disalam. Kemudian Thia salam tangan kakak ipar Ekmal. Pada papa dan abangnya, Thia sekadar tunduk dan meminta diri.



“Dah sampai?” tanya Thia yang sudah terpusing-pusing atas katil. Telefon ditukar kepada telinga sebelah. Posisi baringnya dibetulkan agar lebih selesa. Thia mengiring ke kanan.
“Dah. Siap mandi, solat semua. Baru nak landing atas katil. Tak tidur lagi? Buat kerja ke?”
“Taklah. Penat hadap kerja dari pagi tadi. Nak tidur ni tapi masih segar lagi. Suka famili awak Mal. Happening.”
“Kalau awak suka nanti saya bawa awak lagi. Tapi tahan sajalah telinga layan mama saya berborak dan usikan Ali. Mulut adik saya tu terlebih aktif.”
Thia tersenyum. “Mal... ngantuk tak?” soalnya.
“Tak lagi. Selalu tidur jam 2 atau 3... kenapa?”
“Cerita jom.”
“Boleh. Nak cerita pasal apa?”
Anything. Ermm... nak dengar bedtime story dari Papa Mal. Awak tahu pasal Adi bin Hatim At-Tha’i tu? Ceritalah sikit.” Pinta Thia. Mungkin Ekmal tahu sedikit pasal sahabat nabi tersebut.
Ekmal berfikir sejenak. Cuba recall kembali.
“Adi bin Hatim At-Tha’i ni sebenarnya dahulunya seorang raja yang memusuhi islam lebih kurang 20 tahun kalau tak silap saya. Seorang raja yang berjaya dan mendapat hasil pajak dari rakyat tapi bila Adi dengar yang Nabi Muhammad s.a.w telah datang ke negerinya. Dia pun bersiap untuk melarikan diri bersama isteri dan anak-anaknya.”
“Disebabkan terburu-buru, Adi perasan bahawa Sufanah,adik perempuannya dan penduduk yang lain tertinggal di negeri mereka. Bila tiba di Syam, barulah Adi dapat berita bahawa saudara perempuannya dan penduduknya telah ditawan. Begitu juga negeri bekas taklukan Adi. Sufanah meminta Rasulullah untuk membenarkan dia berjumpa dengan Adi. Rasullah membenarkan Sufanah pergi siap dengan bekalan. Bila tiba di Syam, alangkah marahnya Safanah pada abangnya kerana meninggalkannya. Tapi akhirnya dia memaafkan abangnya. Adi turut meminta agar adiknya menceritakan pengalamannya. Maka dengan adiknya pun bercerita justeru Safanah meminta abangnya bertemu dengan Rasulullah.”
Ekmal berhenti seketika. “Thia tidur dah?” soalnya bila Thia hanya senyap saja ketika dia bercerita.
“Tak masih mendengar.”
“Adi pun pergi bertemu dengan Rasulullah. Hati Adi tersentuh untuk masuk islam selepas beberapa peristiwa ketika dia bertemu dengan Rasulullah. Salah satunya ialah ketika dia berjalan bersama Rasulullah. Mereka melintasi seorang wanita uzur sedang mengendong bayi. Di situ Adi terlihat kebaikan nabi mendengar luahan wanita itu sampailah habis. Setiba di rumah pula Rasulullah memberi Adi menggunakan bantal alas sedangkan baginda duduk di atas lantai. Pada waktu itu, Rasullah telah menceritakan tiga riwayat. Satu kisah seorang wanita yang ke Baitullah tanpa rasa takut melainkan pada Allah. Kedua, kisah kekayaan Kisra bin Hurmuz serta istana putih yang berjaya dikuasai oleh muslimin. Ketiga ialah kemakmuran oleh orang-orang islam.”
“Awak nak tahu, lepas tu Adi terus melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda. Subhanallah Thia, Adi sendiri menceritakan kebenaran kisah pertama dan kedua bila seorang wanita dari Qadisyiah untuk ke Baitulmal. Dan awak nak tahu lagi, Adi antara tentera berkuda yang pertama memasuk kawasan Kisra dan merampas kekayaan Kisra tu. Untuk yang ketiga tu dia yakin bahawa akan terjadi suatu hari nanti. Dengan kebesaran Allah, awak tahukan bagaimana kisah umat islam yang mengecapi kemakmuran dan kesajahteraan ketika pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz?”
“Tahu. Di mana semua rakyatnya dilayan sama rata hinggakan tiada seorang pun penerima zakat.” Jawab Thia.
“Itulah kisah Adi bin Hatim. Kalau awak nak lebih lanjut. Nanti awak cuba selidik. Saya cuma ringkaskan untuk fahaman awak.”
Thanks Mal.” Thia menutup mulutnya terganga menguap.
“Tidurlah. Dah tengah malam ni. Good night, sweet dream, Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Lepas letak saja telefon tidak sampai berapa minit Thia terus terlelap lena. Masuk pejabat nanti dia inginkan hadiahkan sesuatu pada Ekmal. Tanda terima kasih kerana menceritakan tentang Adi bin Hatim. Raja yang dulunya benci menjadi seorang taat pada Allah dan Rasulnya.

Allahuma solli ‘ala Muhammad wa ‘ala a-li Muhammad.

Nota Kaki : If ada info salah pasal Ali bin Hatim tu bagitau ye.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

1 comment:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)