“Aku tak fahamlah dengan kau ni...” luah
Hana. Thia yang sedang membetulkan tudungnya di cermin meja solek dipandang.
“Tak faham apanya?” soal Thia. Bila puas
hati dengan tudung barulah thia tempek bedak compact dimukanya. Selalunya orang
pakai bedak dan make up dulu tapi dia
terbalik! Sebab bagi Thia pakai tudung lilit-lilit ni lagi senang dari pakai make up.
“Nak cakap tak cantik. Cun aje aku
tengok. Tapi seorang lelaki pun tak melekat. Tu Ekmal dah sah ke belum jadi
teman lelaki? Sekarang ni dah jadi pemandu tak berbayar pula apasal?”
Thia capai pen eyeliner rona hitam jenama Maybeline dah beg alat soleknya.
Kemudian ink celak itu dibuka. Rasa leceh pula bila ink dan pen berasingan.
Suka punya pasal! Terpaksa jugak dia buka penutup ink tersebut. “Apa nak
hairannnya Hana. Ingat perempuan cun tu confirm
dah ada orang nak melekat. Tiada maknya... Ekmal tu kawan je. Biasalah...”
“Kau tu yang jual mahal sangat Thia.”
Thia tak balas apa-apa komen Hana. Dia
pun sudah lali dengar ayat tu. Ditarik pen eyeliner
dari hujung ke hujung mata. “Alamak comotlah...” Inilah sebabnya Thia lagi suka
pakai tudung dulu baru pakai eyeliner.
Leceh! Sebab dia memang tiada bakat pakat celak ni.
Laju tangannya menarik tisu basah lalu
membersihkan celak yang sudah terlari dari garisan.
“Mari sini aku tolong. Pelik betul. Dari
dulu pakai eyeliner ni. Sampai sekarang tak pass
pass lagi.” Hana berdiri lalu berjalan ke sebelah Thia. Bahu kawanya
ditolak agar menghadap dirinya.
“Tunduk sikit.” Arah Hana. Maklumlah.
Dia ni kecil molek je orangnya. Si Thia ni versi tiang letrik. Tinggi lampai!
Tidak sampai lima minit Hana sudah pun
siap memakaikan Thia. Bukannya susah sangat pun. Thia ni saja yang tak
pandai-pandai. Fesyen semuanya cantik, cun! Tapi bila pakai alat solek fail!
Thia terus calit gincu yang menggikut
suhu badan pada bibirnya. Cukup sekadar eyeliner
dan gincu. Nanti solat senang cuci. Lagipun ringgan sikit muka. Tak payah
lebih-lebih.
“Perfecto!”
Thia masukkan kembali segala alak solek dan pin tudung ke tempat yang
sepatutnya. Memang setiap pagi meja solek ni tidak sah kalau tak bertaburan.
“How
do I look?” Thia menunjuk jubah tona merun dan corak bunga pada lace
dibahagian pinggang yang tersarung dibadannya. Selendang warna krim lembut
dipadankan dengan pin tudung bentuk rose
D.I.Y warna merun.
“Cantik. Kasut?”
“Ingat nak pinjam kasut kau warna krim
tu. Hee...” Thia tersengih pandang Hana. Kepalanya memang dah set nak pinjam
kasut tumit tinggi Hana warna dua tona krim dan coklat tu.
“Ambillah... dalam rak kasut. Macam tak
biasa.”
Pururu...
Five six seven eight! Pappara Pappara... telefon Thia dalam tas tangan berdering. Nama Ekmal
tertera. Tanpa tunggu lama dia terus angkat panggilan. “Waalaikumsalam... dah
sampai? Okey. Kejap...”
“Hana aku gerak dulu. Mal dah sampai...”
kata Thia sebaik saja menamatkan panggilan.
“Kau tak nak sarapan dulu ke?”
“Takpa. Nanti aku minum dekat pantri je.
Dah lewat ni. Kau gerak pergi outstation
jam berapa?” Antara mereka semua. Perkerjaan Hana yang paling selalu
outstation. Selalu saja terbang sana sini. Jihan juga yang setia jadi penunggu
rumah.
“Flight
aku tengah hari ni... kirim salam dengan Mal okey.”
“Baiklah. Nanti aku bagitahu dia. kalau
kau dah sampai Sabah. Jangan lupa text aku. Kau pergi dengan Danial kan?
Hati-hati tau. Dia tu lelaki jugak. Selalu sangat outstation berdua. Kahwin
terus senang. Bilik pun tak payah susah-susah tempah sampai dua.” Pesan Thia.
“Baiklah... nanti aku bagitahu setiap
ayat kau tu dengan Danial. Cepatlah pergi kerja. Nanti lambat pulak.” Badan
Thia ditolak ke hadapan. Kalau tak paksa macam ni memang tak habis-habis
ceramah Thia tu.
“Ingat pesan aku tu...” kata Thia ketika
mereka sudah pun sampai di pintu depan. Kasut krim milik Hana dikeluarkan dari
rak kasut. Selepas buka pintu penumpang hadapan, Thia terus masuk ke dalam
kereta Ekmal.
“Hai Mal...!! bye Mal!!” jerit Hana dari pintu. Ekmal yang berada dalam keretanya
hanya tersenyum melambai tangan pada Hana.
“Bahagianya awal pagi.” Kata Ekmal pada
Thia ketika mulakan pemanduan.
“Mana tak bahagianya. Hari ni outstation lagi dengan buah hati.
Sukalah dia.”
“Ada lagi kena tinggal rupanya. Kali ni
berapa lama pulak?” soal Ekmal. Stereng dipusing ke kanan untuk masuk simpang.
“Kesian tak kesian. Hampir setiap bulan
kena tinggal. Kali ni pula seminggu lebih di Sabah.” Telefon bimbit dikeluarkan
dari tas tangannya. Akaun Twitter dibuka. Seperti biasa dia akan update sesuatu dan juga membaca segala
luahan dan rasa tidak puas hati makhluk di laman sosial tersebut.
“Habis tu duduk seorang je? Tak takut?”
“Dah biasa Mal. Tapi ingat nak balik
rumah ibu. Lama tak balik rumah. Ibu pun mula bising.” Terang Thia. Memang
pelik bila orang fikirkan kenapa dia tinggal berasingan dengan keluarga
sendiri. Padahal satu negeri saja pun. Tapi asalkan keluarganya memahami sudah
memandai baginya.
“Eloklah tu. Bahaya duduk seorang di
rumah. Perempuan pula tu. Tapi kalau nak saya temankan pun boleh...” kata Ekmal
sambil tersengih mengerling Thia.
“Amboi. Banyak nakal! Belum sempat
melangkah masuk. Ni hah. Tinggi tumit kasut ni kalau nak kena ketuk.”
Ekmal ketawa besar. Tidak terbayang
kasut yang lebih kurang empat inci tu jika diketuk di kepalanya. Mungkin boleh
sampai tembus agaknya.
“Dah sarapan. Minum jom?!”
“Senangnya dia ajak keluar minumkan?
Cuba tengok jam mahal tu sikit Encik Ekmal. Dah lupa masuk pejabat pukul
berapa?” sindir Thia. Dia belum pernah lagi cipta rekod lambat datang.
Janganlah tuan muda kecil ni nanti merosakkan rekodnya.
“Sekejap aje. Belum sarapan lagi ni.
Pagi tadi lepas subuh saya tidur balik. Terus terbabas... kelam kabut tadi bila
mama kejutkan suruh pergi kerja.” Muka sepuluh ditunjuk.
“Baiklah. Kejap saja tau! Tak
pasal-pasal merah rekod saya hari ni.”
“Sekali sekala... ikutkan hati saya nak
ponteng terus. Tapi bila fikir kemungkinan besar saya akan kena bebel oleh awak
sampai ke malam jadi saya batalkan saja niat tak berapa nak baik tu.” Teringat
ketika dia ajak Thia ponteng kuliah dulu. Seharian terpaksa tadah telinga kena
bebel oleh Thia. Waktu tu perkenalan antara mereka hanya mereka berdua saja
tahu. Belum lagi kantoi dengan kawan yang lain.
“Tahu tak apa. Pantang saya bila orang
ponteng tanpa sebab. Terutamanya ponteng kuliah!” sindir Thia.
Ekmal tergelak kecil. Tidak sangka Thia
pun turut fikir benda yang sama.
“Thia, kalau suatu hari nanti awak jadi
isteri orang atau saya jadi suami orang.
I just want to let you know that tempat awak sentiasa di hati saya. Satu
tempat istimewa sebab awak adalah diri saya dan saya adalah diri awak. Because that was a soulmate for. Our own
refelection.”
“Mal awak ada masalah tak? ” tanya Thia.
Rasa pelik pula perangai Ekmal pagi. Mamai lagi ke?
“Pagi tadi sampai terbabas tu mesti awak
fikirkan sesuatu semalam sampai tak cukup tidur. Pagi ni malas pula ke kerja
lepas tu masuk lambat dan sekarang you
know... talking something strange.” Kata Thia lagi tanpa selindung.
“Hahaha... tak ada apa sebenarnya. Cuma
rasa tak sedap hati. Tu aje.”
“Betul ni? Macam susah nak percaya...”
Ekmal angguk kepala. Memang tiada apa
pun. Cuma hatinya tiba-tiba berfikirkan hubungannya dengan Thia. Yang dia
harapkan kini, bila tiba masa keduanya mempunyai pasangan masing-masing.
Pasangan itu mampu memahami hubungan dia dan Thia.
“Betullah. Kita nak minum apa? Coffee?” kata Ekmal. Dia cuba tukar
tajuk walaupun Thia seolah-olah tidak percayakan kata-katanya.
“Mana-mana pun tak kisah. Kedai mamak
pun boleh. Dan boleh pula awak tanya nak minum kopi ke tak?!” muka garang
ditunjuk. Seolah-olah Thia tengah marah walaupun mulutnya mengukir senyuman.
“Haha... cubalah awak kurangkan sikit
kopi tu. Hari-hari minum kopi. Dah tu pagi kopi, tengah hari pula mesti
nescafe. Malam sebelum tidur pun kopi... Saya rasa macam nak boikot saja kopi
dari pantri kita tu. Letak susu atau holicks banyak-banyak.”
“Awak boikot kopi saya letak jawatan.
Haha...”
“Amboi. Kopi punya pasal. Sangup letak
jawatan. Jom kita pergi pekena kopi segelas.”
Thia hanya senyum. Dia tahu Ekmal ni
versi kurangkan kopi dalam minuman tapi kawan dengan dia punya pasal. Selalu
juga tergoda minum kopi.
“Cepat sikit Mal. Dah lambat ni.”
Terkocoh-kocoh Thia melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat.
“Rileks sikit Thia. Tak lari pejabat tu
jugak.” Kata Ekmal. Selamba saja dia berjalan masuk. Seperti biasa, tangan
kanannya masuk ke poket seluar slack.
“Pejabat tu memang takkan lari Mal. Tapi
jarum jam ni tak berhenti berlari.” Jam ditangan ditilik sekali lagi. Ah! Sudah
satu jam lebih mereka lewat masuk pejabat pagi ni. Langkah semakin besar dan
dipercepatkan.
Kepala Ekmal digeleng. Susah juga Thia panctual ni. Setiap masa kena tepat.
Anak matanya memandang pada hujung jubah Thia. Takut pula jika kasut tumit
tinggi Thia terpijak hujung jubah yang meleret di atas lantai. Silap hari bulan
boleh cium lantai.
“Arghhh...!!” Tidak sampai beberapa
minit, segala imaginasi Ekmal melayang dengar Thia yang menjerit sambil mengimbangkan badannya. Hujung kain jubah Thia betul-betul
terpijak. Ekmal yang berapa langkah dibelakang terus tarik lengan baju Thia.
Badan Thia terus terdampar pada badan
Ekmal. Matanya dipejam rapat. Takut kerana kedudukannya yang terlalu hampir
pada Ekmal. Sikit jarak lagi memang boleh tercium. Ketinggiannya dengan Ekmal
ni bukannya beza sangat. Kalau selalunya dia buat scene perempuan tertarik
mesti melekat sampai paras dada saja. Tapi dia? malas hendak bayangkan!
Berdebar jantung Thia dek akibat
terkejut sebaik saja buka mata. Ingatkan tadi hampir tercium lantai. Rupanya
hampir tercium Ekmal!
“Hah! Lari lagi. Dari awak nak sangat
cium lantai tu baik cium saya ni hah. Muka saya lagi lawa dari lantai tu.”
Perli Ekmal tapi kenapa Thia rasa itulah perlian paling mengoda. Suara
serak-serak basah Ekmal rasa seksi pula biarpun dengan nada perlahan.
Thia membalas pandangan mata Ekmal. Air
liur ditelan. “Mal lepaskan saya.” Badan Thia meronta-ronta minta dilepaskan.
Dia tidak sanggup tengok kiri kanan. Mesti ada mata yang sedang pandang mereka
sekarang. Aduh! Malunya...
Satu senyuman terlakar dibibir Ekmal
melihat muka Thia yang kemerahan. “Apa awak nak buat kalau saya tak nak
lepaskan?” usiknya.
“Mal malulah... orang tengok. Awak ni..”
“Dah orang lain buat drama, dia orang
tengoklah. Drama percuma pula tu. Siapa tak suka?” kata Ekmal sambil tersenyum
pada cik penyambut tetamu yang tidak habis tersenyum memandangnya dan Thia. Dia
kenyit mata, gadis itu terus tergelak kecil dengan kenakalan
Ekmal.
“Hish jangan main-main boleh tak.” Tegur
Thia. Dia hanya mampu menunduk. Malu nak tengok kiri kanan.
“Amboi Mal... kalau teringin sangat.
Terus saja kahwin.” Bahu Ekmal yang dipegang buatnya menoleh ke tepi sedikit.
Besar mata Thia dan Ekmal. Badan lelaki
itu ditolak sekuat lelaki. Ekmal yang turut terkejut melonggarkan pelukannya.
Sekarang ni Thia tidak tahu nak letak
muka di mata. Kantoi pula dengan abang Ekmal. Agaknya ni abang yang kedua. Thia
pun tidak seberapa ingat nama lelaki tu.
“Abang Emir datang sini buat apa? Ada
hal ke?” soal Ekmal yang cuba berlagak tenang. Tangannya dimasukkan ke dalam
poket seluar semula.
“Nak jumpa Abang Eshan. Tapi tak sangka
pula adik abang yang paling pemalu dan pendiam ni boleh buat drama pula tengah
lobi ni. Ni kalau Abang Eshan nampak. Mahunya kamu berdua kena basuh! Silap hari bulan ada yang kena nikah
depan ni jugak. Baju dah sama warna sama padan. Seorang pakai baju melayu merun seorang
lagi jubah merun.”
Ekmal hanya tersenyum sambil jeling Thia
disebelah yang menunduk. “Tadi Thia nak terjatuh. Mal cuma tolong sambut.”
Jawabnya.
“Mana-mana korang sajalah. Abang nak
naik jumpa Abang Eshan dulu. Bye adik
ipar... Assalamualaikum.” Lambai Emir.
“Erk! Waalaikumsalam.” Thia terus angkat
kepala bila digelar adik ipar. Aduh! Parah. Ekmal sebelah pula sudah tersengih.
Laju tangan Thia mencubit pinggang Ekmal.
“Nakal!” marah Thia pada Ekmal. Dia
hendak bebel panjang lagi tapi telefonnya sudah pun berdering kuat.
Thia berhenti melangkah sambil jawab
panggilan kak Amirah. Isyarat tangan dinaikkan pada Ekmal suruh tunggu sekejap.
Pelik pula. Sudah lama kak Amirah tak telefon. Awal pagi pula tu.
“Assalamualaikum kak...”
“Waalaikumsalam. Nur! akak minta tolong
sangat. Ambil kakak di rumah sekarang. Please
my dear... sekarang sebelum abang Rusdi datang. Cepat Nur. Akak tiada masa
lagi...”
“Hah... ya ya.. saya datang sekarang.
Alamat rumah akak apa?” tanya Thia. Sebaik saja
Qalisya beritahu alamat rumahnya. Thia
terus letak telefon.
“Mal hari ni kita ponteng terus boleh.
Saya nak minta tolong awak ambil kak Isya sekarang. Urgent!”
“Right
now?”
“Yeah
beb. Right now! Rasanya something
happen... please.” Hati Thia rasa sesuatu buruk berlaku. Kalau tidak
mustahil Qalisya telefonnya awal pagi. Suara pun macam nak menangis saja.
“Okay. Jom... Awak tahu alamatkan?” kata
Ekmal dan mereka mula bergerak.
Thia mengangguk.
“Telefon kak Raihanah. Bagitahu kita tak
datang hari ni.” Arah Ekmal sambil menarik tali pinggang keledar. Thia
mengangguk lagi. Nombor telefon Raihanah dicari dari senarai panggilan.
“Assalamualaikum kak... Jihan dan Ekmal
tak datang hari ni tau. Ada hari sekarang. A’ah... Emergency kak oi! Tiada maknyanya nak pergi dating... dah dah... okay bye.”
Talian ditamatkan. “Budak-budak ni...
selagi kita tak kahwin selagi tu tak puas nak mengacau.” Bebel Thia.
“Biarlah. Mulut orang, bukannya kita
boleh tutup macam mulut tempayan...”
Thia mengangguk. Setuju dengan statement Ekmal. Bukan senang nak tutup
mulut orang. Ah! Bila dua-dua sudah kahwin nanti. Pandai juga mereka ni tutup
mulut. Sekarang hatinya hanya fikirkan pasal Qalisya. Kenapa wanita itu tidak
telefon saja Zarul? Sebaliknya telefon dirinya. Rasa takut pula masuk campur
soal rumah tangga orang tapi sekurangnya biarlah dia dengar dulu penjelasan kak
Qalisya.
“Terima kasih Mal. Betul ni awak tak nak
duduk minum dulu?” tanya Thia. Tisu dihulurkan pada lelaki itu.
Plastik tisu itu diambil, Ekmal
membukanya lalu terus mengeluarkan tisu bagi mengelap peluh. Beg kak Isya semua
habis diangkat masuk ke dalam rumah Thia. “Tak apalah. Tak manis saya duduk
lama sini. Biar pun kak Isya ada tapi nirumah anak dara. Nanti apa pula jiran
awak cakap.”
Thia sekadar mengangguk.
“Saya balik dulu. Kalau ada apa-apa
jangan lupa telefon saya.”
“Baiklah.” Angguk Thia. Pesanan Ekmal
memang tersemat dikepalanya. Dia pun takut juga kalau sesuatu berlaku. Tengok
rupa kak Qalisya yang lebam sana sini pun buat dia gerun. Takut kes dera dari
suaminya!
“Dah nak balik Mal?” Qalisya yang baru
saja keluar dari bilik tetamu menyapa.
“A’ah kak. Tak elok saya duduk lama
dalam ni.” Ekmal menyuarakan pendapatnya.
“Kakak ucap terima kasih Mal, Nur. Maaf
sebab menyusahkan korang berdua. Hari bekerja pula tu.” Serba salah Qalisya
pada Ekmal dan Thia. Nasib baik mereka berdua sudi membantu.
“Tak apa kak. Hari ni hari akak, esok
lusa mungkin hari kami. Insya Allah. Andai termampu, kami cuba tolong akak.”
Tersusun ayat Ekmal buat Thia pula yang terharu. Oh! My MalMal...
Qalisya pula senyum membalas kata-kata
itu. Suka dengan perwatakan Ekmal yang sopan. Baik pula tu. Walaupun tidak
pasti hubungan lelaki ini dengan Thia tapi pada pandangannya mereka berdua
cukup sepadan.
“Saya minta diri dululah. Kalau ada
apa-apa jangan lupa terus call saya
okey. Assalamualaikum...”
“Eh... Kak Isya rehatlah dulu...” jemput
Thia. Baru tersedar rupanya Qalisya masih di situ ketika dia menghantar Ekmal
dari pandangan mata.
“Padan sangat dengan kamu Nur. Lawa
orangnya.” Puji Qalisya.
“Kawan je kak...”
Lawa memang lawa orangnya kak. Tapi susah
hati ni hendak menerima. Hati ni sudah terpaut dengan adik akak tu. Jawab Thia
dalam hati. Orang kata bila jatuh cinta ni, mulut cakap lain hati cakap lain.
Hurm! Betullah agaknya tu.
#Nota Kaki : I'm looking baby boy name actually. Siapa ada idea bgtau k.
thia.. ekmal 2 dh ckup baik..rugi klo awk lpskn..
ReplyDeleteNape kak isya 2 lebam2 kt bdn kena dera ngn abg rusdi ke?
ReplyDeleteBez cite ni xsbr nk tgu smbgn huhu
Saya dh mula jth hati dgn watak ekmal..untung dpt ekmal tu
ReplyDelete