Anak tangga rumah dipijak satu persatu. Sunyi saja
rumah hari ni. Semua keluar mungkin. Jihan meneka.
“Huaarrgghhh…!!” besar mulut Jihan ternganga menguap.
Kedua tangan diangkat ke atas. Merenggangkan segala urat yang ada. Kemudian Jihan garu kepala. Rambut yang sedia
serabai makin teruk. Cicak jatuh pun boleh sesat dalam tu.
Rupa orang baru tidur. Standard la kan? Mana ada bangun tidur terus cantik macam baru
habis keluar salon.
“Mak!!! Abah!! Oh Puan Mehar... Encik Johan! Korang
mana?” jerit Jihan.
Jihan ke dapur. Penutup dulang makanan dibuka. “Ni
je?”
“Hurm… tak
apalah. Mandi dulu. Lepas tu masak.” Omelnya sendirian. Tak kuasa hendak makan
roti saja. Mana puas. Nampaknya memang tinggal dia seorang saja dirumah. Pintu
pun esok saja tertutup.
“Let it go!
Let it go!!!” lantang suara Jihan
menyanyi lagu tema Frozen yang didendangkan oleh Demi Lovato itu. Sebenarnya
barisan ayat itu saja yang dia hafal.
Thia naik semula ke tingkat atas untuk mandi. Tangga
kembali dipanjat satu persatu. “Bebaskan…bebaskan….!!!” Jerit Thia lagi lagu
tema Frozen yang dinyanyikan dalam bahasa melayu oleh Marsha Milan.
“Hidup tolonglah lebih bermotivasi sikit!!” Thia
sudah mula meroyan. Hari-hari duduk rumah tak buat apa memang membantutkan
perkembangan otak.
Periuk yang mengandungi kari ayam dibuka. Thia ambil
sedikit guna sudu kecil. “Hurm… macam ada yang kurang. Mak!! Patutlah. Aku lupa
bubuh perasa. Haiyoo… haiyoo…” botol berisi garam dan ajinamoto dibuka. Dicubit
sedikit kemudian ditabur ke dalam periuk.
Thia merasa lagi. “Oh! Sedap hingga menjilat jari… oh yeah baby…” periuk ditutup semula.
Api diperlahankan.
Thia berjalan ke atas lesung batu di sebelah singki.
Bahan-bahan sudah disediakan. Tiba-tiba komputer ribanya yang tidak berhenti ‘menyanyi’
dengan nada tinggi tadi mendendengkan lagu Walks
like Rihanna. Cantik! Jom bergelek.
Anak lesung diambil. Thia dekatkan ke mulut seolah
sedang memegang microphone. Speaker kecil yang disambung dengan komputer
jenama Samsung itu dikuatkan. Dipusing hingga nada paling tinggi. “Have you seen that girl? Have you seen her? She’s
the freakiest thing, you gotta meet her. You do whatever it takes to takes her
by your side…”
“It’s not the
way she smile with the liltle laugh. It’s not the way she looks in a
photograph. But all the boys, the crowd around.” Anak lesung tadi bertukar
ke tangan kiri. Belacan bakar yang sudah digoreng dimasukkan ke dalam mangkuk
lesung. Cili padi yang telah dipotong
turut dimasukkan.
Inilah chef multitasking. Sambil menyanyi tangan
bergerak!
Masuk korus lagu. Thia mula menumbuk guna anak
lesung. “She can’t sing, She can’t dance.
But who cares… She walks like Rihanna!!!” nyanyi Thia kuat sambil badan
tergerak-gerak menari. Nasib Puan Mehar tak ada di rumah. Mahu pengsan dia
tengok anak daranya seorang ni menari dan menyanyi kuat ketika masak.
Lirik selebihnya Thia hanya miming. Dia cuma hafal
sampai situ saja. Cuma bila masuk korus lagi. Barulah keluar suaranya.
“She can’t
sing, She can’t dance. But who cares…. She walks like Rihanna!!!” Thia tarik nada tinggi sambil memerah limau
kasturi ke dalam mangkuk lesung. Secubit garam dan gula dituang.
“Our hearts go
boom boom boom boom…. Our hearts go boom boom boom boom….” Habis lumat
segala belacan dan isi dalam mangkuk lesung. Dihenyek belacan ikut rentak perkataan Boom. Pinggangnya digoyang habis. Gelek
jangan tak gelek! Waktu seorang di rumah ni la waktu bergila.
Lagu sudah pun bertukar kepada suara Pittbull mula
intro lagu Feel This momment dengan rap. Tidak sanggup Thia hendak tiru rap.
Tambah semput dia nanti. Tiba-tiba dia terhidu bau yang kurang enak. Tergerak-gerak hidungnya cuba menghidu.
Kemudia dia pandang tepi.
“Mak!!!” jerit Thia bila terpandang sotong goreng
dikualinya. Hangus! Nasib dia belum masukkan semua sekali. Kalau tak kesian
semua sotong gorengnya hangus. Padah bergelek tak ingat dunia. Berlari dia
mematikan api. Api pada periuk yang mengandungi kari turut dimatikan.
Suara orang yang tengelam timbul bergelak dari pintu
dipandang. Najmi, ibu bapanya, adik beradik Jihan yang lain serta Puan Mehar
dan Encik Johan sedang memandangnya. Tak lupa juga Luthfi di sebelah Najmi.
Jihan perasan Najmi yang sedang merakam menggunakan
Iphonenya. Encik seorang ni memang tak sayang telefon dah agaknya.
“Mak dah berapa kali cakap jangan bergila waktu
masak. Tu nasib sotong aje rentung. Kalau dengan rumah ni sekali rentung siapa
nak jawab? Silap-silap dengan kau sekali rentung. Perlahankan sedikit lagu tu.
Sakit telinga mak dengar.” Kan dah cakap. Kalau kantoi dengan Puan Mehar. Tadah
telinga sajalah jawabnya. Abah Jihan dan ayah Najmi hanya geleng kepala
tersenyum-senyum masuk ke ruang tamu semula.
Jihan terus menutup player dari komputer ribanya. Seperti biasa leteran maknya masuk
sebelah keluar sebelah. Jihan bersalam dengan mak Najmi yang turut berada di
situ. “Assalamulaikum mak cik.” Katanya tersengih.
“Akak ni! Buat malu kaum kerabat aje. Perangai tak
senonoh!” kutuk Aifa yang turut melihat aksi tarian Jihan tadi. Kalau bukan
sebab Najmi menahan kerana ingin merakam sudah lama waktu sampai tadi juga
telinga Thia kena tarik oleh mak. Sampaikan mereka masuk rumah dan bagi salam
pun dia tidak dengar.
“Diamlah! Yang korang semua menghilang ni ke mana?
Tinggalkan Kak Chik seorang di rumah aje.” Bisik Jihan.
“Kita orang pergi rumah abang Najmi. Aunty jemput makan
tengah hari tadi. Kak Chik tu yang lambat bangun. Mak tinggalkan terus. Anak
dara apa bangun tengah hari buta.” Balas Aifa lagi. Dia pun pergi keluar dari
dapur. Jihan garu kepala. Kena sebijik!
Memang Jihan sedar dia bangun tadi hampir jam 2.
Tapi dia baru juga tidur jam 7 pagi tadi. Sebab tu tidur pun lena aje.
“Achik. Buat air. Hidang untuk tamu.” Pesan mak.
Puan Mehar dan ibu Najmi pun masuk ke ruang tamu semula.
Tinggal Jihan, Luthfi dan Najmi saja di dapur. Jihan
kembali menyambung kerjanya ketika Najmi dan Luthfi duduk di kerusi yang ada di
meja makan. Dia mulakan semula dengan kerja ‘tambahan’ yang diarah oleh Puan
Mehar. Rendam teh sahaja. Senang cerita!
Satu uncang teh Lipton dikeluarkan dari kotak.
“Korang berdua ni tak nak masuk dalam ke apa?” soal Jihan tanpa menoleh. Uncang
teh terus saja di lempar masuk ke dalam jag.
“Bosanlah. Nak tengok kau joget lagi. Pasanglah
lagu..” pinta Najmi selamba. Rindu pula nak hadap Jihan ni. Sudah hampir dua
minggu tak keluar lepak sama.
“Diamlah!” janganlah budak dua ekor tu datang dekat.
Muka sudah panas tahan malu sekarang ni. Ada juga dia buat kerja gila sembunyi
dalam salah satu rak mak di dapur ni.
Luthfi tidak banyak bunyi. Cukup sekadar pandang
Jihan saja. Sekarang ni pun Jihan sudah mula lancar perang dingin. Berpuluh
panggilannya langsung tidak diangkat. SMS? Hurm…
mimpilah kalau Jihan hendak balas. Itupun dalam mimpi dia saja. Mungkin dalam
mimpi Jihan pun perempuan tu tak sudi dia masuk singgah.
“Mie. Kalau tak ada kerja sangat tolong aku sediakan
gelas.” Suka suki Jihan mengarah Najmi. Lelaki itu bangun kemudian berdiri
sebelahnya.
“Gelas dalam rak mana?”
“Tu atas sebelah kiri. Dulang ambil di rak situ.”
Tunjuk Jihan. Baik pula Najmi ni. Selalunya banyak bunyi! Yang si Luthfi ni
senyap saja pelik pula aku. Dah kena rasuk apa pula lelaki dua orang ni?
“Teh je?” soal Najmi bila Jihan sudah jag ke atas
dulang bersama gelas yang sudah disusun olehnya.
“Kalau kau nak biskut kering. Ambil dalam Tupperware biru tu. Rasanya mak aku
letak dalam tu.”
“Biskut kering je?”
Jihan jeling Najmi. Tak reti bersyukur pula si Najmi
ni.
“Kau janganlah pandang macam tu. Aku tanya je. Mana
tau kau ada buat kuih ke?”
“Kau tak nampak aku baru nak makan ni? Tengah
kebulur ni tahu tak. Silap-silap kau aku telan! Tak payah masuk dalam kuali ni
terus.”
“Amboi garangnya. Ye la!” Najmi mencebik. Tak nak
kacau Jihan. Nanti silap langkah melayan pula sudip Jihan tu. Kalau sudip okey
lagi. Tapi jika dilenyeknya aku guna lesung tadi macam dia lenyek sambal tu kan
kes naya. Rupa aku ni aset penting!
“Jihan kau dah siap masak? Aku nak makan sekali.”
Soal Luthfi. Bukan apa? Sakit pula hati dia tengok keakraban Najmi dan Jihan.
Dia pun lupa tanya tentang status mereka berdua sekarang ni.
“A’ah kau pun belum makan kan? Eloklah tu. Langkah
kanan…” Kata Najmi sebelum masuk ke ruang tamu bersama dulangnya.
“Hurm
kejap aku sediakan dulu.” Jawab Jihan.
“Kau nak aku tolong tak?” pelawa Luthfi.
“Tak payah.”
Tersentak Luthfi. Kecil hati juga dia bila Jihan
enggan menerima pelawaannya. Najmi bukan main lagi senang-senang Jihan arah itu
ini.
Jihan hulur pinggan yang sudah diisi dengan nasi.
“Cukup ke tak?”
“Cukuplah. Thanks.”
Kari ayam Jihan kemudian diambil. Menggoda sungguh bau.
Jihan ambil tempat berhadapan dengan Luthfi.
Laparnya tidak tertahan lagi. Tahap kebuluran sekarang ni!
“Jihan…” panggil Luthfi.
Makanan yang penuh dalam mulutnya ditelan terus.
“Apa?” soal Jihan.
“Kau marahkan aku lagi?”
“Marahlah… Kau ingat telinga dan hati aku ni buat
guna apa? Tomboy pun ada perasaan juga.” Sindir Jihan.
“Maaflah… kau janganlah marah lagi eh?”
“Taklah. Aku dah lama maafkan kau. Lagipun dah
seratus peratus hilang perasaan tu dari hati aku.” Tipu Jihan! Bukan kau
semalaman tak dapat tidur ke bila jumpa kembali dengan Luthfi di kereta Najmi
tempoh hari. Marah kata hatinya.
Panggilan dari Luthfi pun dia tidak pernah jawab.
Sekali tu saja. Mula-mula Jihan tidak tahu itu Luthfi yand dail sebab dia tidak
lagi simpan nombor Luthfi. Tapi lepas Luhtfi beritahu itu dia, Jihan terus saja
matikan talian. Malah terus saja matikan telefon buruknya.
Bukan apa sangat tapi Jihan tidak mahu perasaannya
terbuai lagi. Seksa tau! Ingat senang ke lupakan cinta pertama.
“Urmmm….Wanginya.” Najmi yang baru masuk ke dalam
dapur semula bersuara. Tadi dia nak masuk tapi tak nak ganggu perbualan Luthfi
dan Jihan. Lega hatinya bila Jihan sudah dapat maafkan Luthfi. Tambah bahagia
lagi bila dengar pengakuan Jihan bahawa dia sudah tiada perasaan pada Luthfi. Berbunga hati Najmi mendengar.
Najmi ambil tempat di sebelah Jihan. Sotong goreng
atas pinggan Jihan diambil. Selamba saja dia masukkan ke dalam mulut.
“Hei sotong akulah sotong!” marah Jihan.
“Kedekut. Banyak lagi tu hah… perut tong kau tu muat
lagi nak sumbat semua tu.”
“Dah tau atas pinggan tu banyak lagi. Atas pinggan
aku juga kau ambil.”
“Suka hatilah.”
“Sudahlah korang berdua. Setiap kali jumpa tak sah
bertekak…” cantas Luthfi. Pasal sotong pun nak kecoh.
“Najmi nilah! Tangan tu entah dah cuci ke belum.
Suka hati dia saja sebarkan bakteria dia tu dekat makan orang.” Rungut Jihan.
“Tangan aku bersihlah. Mana ada bakteria. Kau tu
patut check. Entah tempias ke tidak
liur boom… boom… kau tu dalam sambal
belacan tu. Mana tahu tempias waktu kau berkonsert tadi!”
“Sudahlah! Hailaa… depat makan pun nak bertekak.
Kalau macam ni tak payah tunggu mak bapak korang jodohkan. Biar aku aje yang
nikahkan terus korang berdua!” bebel Luthfi. Nak makan pun tak senang. Baru
saja kena tegur dah mula balik bergaduh.
Tiba-tiba Luthfi tersedar. Sanggupkah dia nikahkan
Jihan dan Najmi? Sudah! Cari maut pulak… karang hati sendiri pula merana. Rasa
tidak sanggup pula nak kahwinkan dua manusia ni.
Sebelum hati Luthfi merana, hati Jihan sudah sedia
merana dengar kata-kata Luthfi. Nampak sangat dia tiada tempat langsung di hati
bintang terkenal ni. Dia segerakan suapan. Sebaik saja pinggannya licin, Jihan
terus bangun ke singki.
“Aik? Sikitnya makan?” soal Najmi pelik. Selalunya
Jihan ni kalau dah kebulur tak sah dua tiga kali tambah nasi. Ni baru sekali
dah basuh tangan?
“Kenyang!” kata Jihan lalu masuk ke ruang tamu.
Sebal! Kenapalah aku ada hati dengan manusia tu. Sudahlah tiada hati dengannya.
Dengan si Najmi tu juga dia buat cinta terlarang.
“Tu dah kenapa?” soal Luthfi.
“Entah. Marahlah tu… biarlah tahulah aku nak pujuk
nanti.” Entah ya atau tidak Najmi nak pujuk. Hurm… surut jugak tu nanti.
“Suapkan aku sotong tu. Letak sambal sekali.” Arah
Najmi pula pada Luthfi.
“Eh makanlah sendiri.”
“Malaslah. Busuk nanti tangan aku dengan bau
belacan.” Kerek juga Najmi ni. Macamlah tiada sabun di rumah tu yang boleh
hilangkan bau sambal tu.
Luthfi ambil sotong yang sudah dipotong kecil-kecil
lalu dikaut sambal belacan atas pinggannya guna sotong tadi.
“Kuranglah. Bagi tambah lagi sotong tu. Suap sekali
banyak.”
“Urghh! Banyak songeh!” bebel Luthfi. Diturut juga
permintaan lelaki itu. Sekali sampai lima biji sotong dia ambil. Kaut sekali
dengan sambal banyak-banyak.
Najmi berdiri sedikit lalu nganga mulut besar bila
Luthfi hendak suap. Ngap! Hurm… yum! Ketika dia hendak duduk semula.
Kunyahannya terhenti bila pandang Jihan yang terkaku depan pintu dapur.
“Teruskan… teruskan…” kata Jihan sambil lambaikan
tangannya ke depan beberapa kali. Dia masuk ke dapur lalu mencabut plug speaker
dan komputer riba. Laju saja dia keluar semula dari dapur.
‘Sebal! sebal…!! Ya Allah! Sesungguhnya aku tidak
cukup sempurna amalku. Namun engkau bukakan la hati dan perasaan kedua lelaki
itu ke jalan yang benar…’ doanya dalam hati. Sekurangya Jihan bersyukur juga
sebab lama dia di luar negara tiada juga dia terpesong perasaan macam tu.
Najmi dan Luthfi yang masih kaku pandang satu sama
lain. Dua-dua sudah mula fikir benda yang sama.
“Jihan!!!” jerit Luthfi dan Najmi serentak. Tanpa
basuh tangan Luthfi berlari keluar dapur. Begitu juga Najmi. Tapi Jihan lagi
pantas. Terus masuk dan kunci bilik.
Keluarga mereka sudah pandang satu sama lain.
Terhenti perbualan mereka terdengar suara Najmi dan Luthfi yang kuat berteriak.
“Apa jadi dengan budak tiga tu?!” omel Puan Mehar.
#Nota kaki : Harap betul cara buat sambal belacan macm Sambal Belacan Boom... Boom Jihan tu.
awesome!! 2 thumbs up :)
ReplyDeletehahaha.. xleh blah btul jihan nie..
ReplyDeletehaha...jihan memang lucu...boleh lak dia bergelek kat dapur...
ReplyDelete