“Eh? siapa pulak tu?” soal Aifa pada lelaki yang
terkekek ketawa di depan almari televisyen. Terdapat beberapa pinggan kotor
atas lantai dan album gambar lama.
“Kih… kih…
kih…” lelaki yang masih lagi membelakangi mereka ketawa geli hati. Entah
apa yang diseronoknya.
Jihan bagi isyarat senyap pada Aifa. Dari susuk
tubuh itu dia yakin lelaki itu Najmi. Oh! Gelak tak ingat eh… tunggu kau! Jihan
keluarkan telefon antiknya dari poket baju. Perlahan-lahan dia berjalan
mendekati Najmi yang masih tergelak kuat.
Diintai kelakuan Najmi dari belakang. Oh! Gelakkan
gambar lama aku ye. Kata Jihan dalam hati. Dia duduk meninggung di belakang
Najmi.
Tanpa lengah dia terus cucuk pinggang Najmi pakai
telefonnya. Serentak itu Puan Mehar menegur dari pintu dapur.
“Oh Jihan! Mak tak ajar kau raba anak teruna
orang...!!!” kuat suara Puan Mehar sergah mereka.
“Oh! Mak engkau raba anak teruna orang!!” Najmi dan
Jihan terlatah serentak. Tidak cukup terkejut dengan telefon yang dicucuk
dipinggangnya. Suara lantang Puan Mehar hampir mengugurkan jantungnya.
Tanpa sedar Jihan yang menyucuk tadi terus terpeluk
Najmi. Terkejut punya pasal! ish! Mak ni… kantoikan lagi aku. Baru nak kenakan
si Najmi ni.
“Dah la tu Achik. Sampai bila nak peluk abang Mie
tu.” Tegur Aifa pula. Jihan yang baru tersedar terus tolak kuat badan Najmi.
Bukk!!
“Adoi…!!!”
Habis terhantuk kepala Najmi pada pintu kaca pada
almari televisyen yang terletak di depannya. Nasib tak runtuh tv LCD tu. Kalau
jatuh sah dia koma sebulan!
“Eh… maaf.
Maaf!” mohon Jihan. Habis kepala mahal Najmi terhantuk. Dia pusing duduk
berhadapan dengan Najmi.
“Urgh!! Dah la tak jawab panggilan aku. Tolak aku
lagi. Balas dendam kau ya!” tangan Jihan yang pegang dahinya ditepis kasar.
“Sorrylah!
Terkejut tadi.” Kata Jihan sampai bermain dengan jari jemarinya. Kena marah
pulak. Huhuhu…
“Hish! Macam-macam perangai. Aifa pergi ambil ais
untuk Najmi. Tuam sikit supaya hilang bengkak tu.” Arah Puan Mehar.
Terkocoh-kocoh Aifa berlari ke dapur. Takut dia pula kena sound sekali dengan mak.
Najmi berhenti gosok dahinya. Jihan di hadapan
dipandang atas sampai bawah. Comel pula aku tengok perempuan ni main jari.
Takutlah tu! Itulah ada hati lagi nak kenakan aku. Padan muka kantoi dengan mak
sendiri.
“Eh jap… kau dari kenduri arwah mana ni?” soal
Najmi.
Dahi Jihan berkerut. Siapa pula mati? Bila masa dia
pergi kenduri arwah?
“Mana ada. Aku baru balik dari ambil Aifa lepas tu
pergi beli barang sikit. Siapa mati?”
“Habis yang kau bertudung dan pakai baju kurung ni
pulak kenapa? Dah buang tabiat?! Hahaha…!!”
gelak Najmi. Pertama kali dia tengok Jihan ni pakai baju kurung. Siap pakai
tudung lagi.
Muka Jihan dibelek. Kemudian dia bantai gelak lagi.
Muka Jihan mula berkerut. Hish! Sebab nilah aku tak
nak jumpa dia dua tiga hari ni. Aifa yang kebetulan datang dekat dengan ais
yang sudah dibalut dengan kain dipandang. Bila adiknya sudah sampai. Jihan
terus ambil ais tersebut lalu dilenyek sekuat hati pada benjolan di dahi Najmi.
Geram!
“Yiee….!!! Ambik
ni!!” Habis dilenyek ais tersebut di dahi Najmi. Ditekan-tekan sekuat hati.
“Auch.. auch…
Jihan sakit.”
Kain berisi ketulan ais cube dilempar pada paha
Najmi. Habis beraburan ketulan-ketulan ais.
“Malas nak
layan! Huh…!!” dengus Jihan kuat. Beg plastik yang tadi diletak atas meja dicapai.
Lalu dia terus panjat tangga naik tingkat atas.
“Jihan!! Jihan…” panggil Najmi. Dahinya yang sakit
dipegang sedikit. Aifa yang masih tercegat dipandang.
“Haaaa… tak tahu... Kak Jihan dah mengamuk. Haraplah
dapat pujuk sehari dua.” Kata Aifa. Kak Chiknya kalau marah. Tunggulah dua tiga
hari baru reda. Itupun belum tentu dapat maafkan si pesalah.
“Fa! Tolonglah abang.”
“Aifa tak nak masuk campur. Pandai cari bala.
Pandai-pandailah settle sendiri.”
“Pulak dah…” Najmi garu kepala. Aduh! Baru nak
datang selesaikan satu perkara. Ada lagi baru datang menimpa.
“Alaa. Aifa tolonglah…” pujuk Najmi.
“Eh tak nak! Mood Kak Chik tu baru bagus tau hari
ni. Dua tiga hari ni macam orang mati laki je Aifa tengok. Lagipun baru tadi
Aifa berjaya pujuk Kak Chik buat kek coklat. Tak nak ambil risiko.”
“Kek je pun. Nanti abang Mie belanja kek coklat.
Sedap punya. Secret Recipe. Apa
macam?” Najmi cuba berkompromi.
“Tiada maknanya. Orang nak makan kek kak Aifa. Bawa
pergi kelas. Ada majlis. Setakat sepotong kek saja buat apa.”
“Baiklah abang belanja satu bulat kek tu. Puas?”
pujuk Najmi lagi.
“Dua?” pinta Aifa. Matanya bersinar. Eh! Orang kaya
tu. Kena minta lebih-lebih.
“Hish! Mahal la...”
“Tak nak sudah. Kak Jihan nak sponsor tiga kek tu.
Tapi Aifa minta dua saja dekat abang. Kalau tak nak sudah!” Aifa main tarik
tali. Hahaha! Tahu sangat cara hendak cekau duit Najmi.
“Ye la… Ye la… dua! Tolong abang…”
“Jangan risau. Aifa sanggup! Hahaha… nak tolong apa?” tanya Aifa. Dia mendekati Najmi.
“Mula-mula Aifa tolong dulu kemaskan ni.” Arah
Najmi. Pinggan dan album gambar yang berselerak atas lantai ditunjuk.
Aifa buat muka. “Tadi kata minta tolong pasal Kak
Chik saja.”
“Mana ada abang kata nak tolong pasal Kak Chik je.
Abang kata minta tolong saja kan? Dah jangan banyak bunyi. Anak dara apa
pemalas ni?”
“Ugut orang. Tak nak tolong baru tahu.” Cebik Aifa. Pinggan
kotor bekas makanan Najmi diangkat lalu dibawa ke dapur. Tak nak juga dicop
anak dara pemalas.
“Basuh terus!!” jerit Najmi. Dia tergelak sedikit.
Dapat bayangkan muka kerut Aifa membebel.
“Kak Chik kau tu kenapa? Dia pergi mana tadi siap
bertudung tu? Tak pernah-pernah dibuat oleh Nur Jihan tu.” Soal Najmi pada
Aifa. Mereka duduk di ruang makan saja sambil menikmati kek batik buatan Jihan
dan neslo. Itupun selepas mendapat arahan dari Najmi.
“Abang Mie ni. Akak dah memang pakai tudung pun.
Tiga hari dah. Hari-hari ambil Aifa di kampus Kak Chik memang dah pakai
tudung.”
“Ye ke? Apasal abang tak tahu pula?” sedih pula hati
Najmi bila Jihan tak beritahu pasal ni. Seolah hilang seorang kawan baik bila
dibelakangkan.
“Nak bagitahu apanya kalau tadi dah tengok kak Chik
pun siap bantai gelak. Aifa tak hairan kenapa dia tak nak bagitahu abang.”
Najmi telan liur. Apasal aku rasa budak ni sindir
aku. Kena tepat batang hidung!
“Habis tu sekarang macam mana?” soal Najmi.
“Pujuklah. Itupun kalau termakan pujuklah. Mulut tu
lain kali jaga sikit! Kak Chik tu sekarang dah cun. Sedangkan tadi kawan-kawan
Aifa semua duk tengok dia. Tak lepas pandang!” Aifa mula cucuk jarum. Biar
Najmi tahu betapa comel kakak gigi arnabnya!
“Nak pujuk macam mana?”
Aifa angkat bahu. Dia kemudiannya berdiri.
“Nak ke mana pulak tu?” soal Najmi.
“Solat asar Abang Mie oi. Kalau iya pun nak minta
tolong tunggu Aifa habis solat dulu. Ni tak solat-solat lagi ni hah.”
“Iyalah..”
Kebetulan waktu tu juga Jihan sudah turun ke tingkat
bawah. Najmi dan Aifa hanya sekadar jelling satu sama lain. Tengok rupa macam tiada
mood kak Chik aku ni. Padanlah dengan kau Abang Mie. Siapa suruh tak sayang
mulut!
Jihan hanya bagi jelingan maut pada Najmi ketika
melintasi ruang makan untuk masuk ke dapur. Kalau bukan kerana janjinya nak
bersihkan stor belakang. Memang tak sudi nak turun sebab Jihan dapat agak si
Najmi ni tak blah lagi.
“Tu hah! Pergilah pujuk…” arah Aifa sebelum naik ke
atas untuk solat asar.
Best.
ReplyDelete