Tuesday, December 31, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 11



Thia setia menanti depan balai ketibaan. Jam tangan yang elok terpasang pada pergelangan tangan dipandang sekilas. Sedikit pun dia tidak mengeluh walaupun sudah setengah jam menanti ketibaan Wafiy. Dia berharap sangat agar lelaki itu telah baca emel yang dihantar semalam.
“Thia...!!” jerit Wafiy yang menapak keluar sambil menarik bagasi. Tangan dihayun melambai Thia. Gadis itu senyum sambil melambai kecil.
“Tak kerja ke hari ni?” soal Wafiy bila sudah berada hadapan kawan karib adiknya itu.
Kepala digeleng. Selamba saja Thia menjawab soalan Wafiy dengan salam. “Assalamualaikum...”
Wafiy tersengih. Sedar salahnya. Salam Thia dijawab sambil memasukkan tangan kirinya ke dalam kocek seluar. “Waalaikumsalam cik Thia...”
“Abang Fiy ada baca emel Thia tak?”
“Ada... Kak Isya macam mana? Okey tak?” emel yang dihantar oleh Thia sudah pun dibaca. Malah Wafiy siap forward kepada Zarul. Cuma dia terkejut saja jawapan yang diberi oleh kawannya itu. Langsung tak boleh percaya. Dalam hati dia mula juga terfikir tentang perwatakan Thia yang diceritakan oleh Zarul. Tapi dia tidak mahu dengar sebelah pihak saja. Takut cerita Thia itu betul. Nanti siapa yang rugi?
“Alhamdulillah. Tapi serius saya harap sangat abang dapat bantu...” Wafiy telan liur dengan pemintaan Thia. Dia cuma balas dengan senyuman hambar.
“Baiklah. Sekarang kita pergi singgah minum dulu. Dalam KLIA ni pun jadilah. Abang lapar. Tadi kerja abang tidur je dalam penerbangan sampai lupa nak makan. Sambil makan, Thia cerita lebih lanjut. Boleh?”
Ceria muka Thia mengangguk. Penerimaan Wafiy adalah satu harapan besar buatnya. Dia berjalan seiringan dengan lelaki itu. Thia perasan beberapa mata mengerling padanya dan Wafiy. Dia akui penampilan dan wajah lelaki itu mampu buat mata wanita untuk menoleh dua kali.
“Thia perasan tak orang kerling-kerling kita? Mesti mereka tengah fikir... sepadannya pasangan tu. Perempuan tu cantik, ayu... Yang lelakinya... Subhanallah, Satu ciptaan tuhan yang kacak!” Bisik Wafiy pada telinga Thia.
Memerah muka Thia dengar. Dia terus cubit lengan jaket Wafiy. “Perasan!” langkahnya terus dipercepatkan. Hilai tawa Wafiy tidak dipedulikan. Wardah! Abang kau ni tersampuk jin perasan ke apa?
Berlari kecil Wafiy mengejar langkah Thia. Beg bagasi bersaiz sederhana miliknya setia ditolak. “Thia belanja abang eh? Terima kasih...”
“Eh?! Bukan abang ke yang lapar tadi?” senyum Thia. Tahu Wafiy yang hendak mengusik lagi.
“Ye ke? Tak jadilah macam ni.” Wafiy buat duckface. Pura-pura merajuk.
Thia tersenyum. Ada saja nak kenakan aku ye... “Oh! Kalau macam tu jomlah kita balik. Thia ni masih lagi kenyang.” Thia pusing belakang hendak tinggal lelaki itu.
“Eh...” lengan tangan Thia cepat ditarik. Wafiy ketap bibir tengok Thia yang sudah senyum kemenangan. Budak ni aku main-main. Dia buat derk saja kan?
“Budak ni! Abang Fiy kebulur ni. Orang kenakan sikit, berani pula dia balas balik eh.”
“Lepaslah abang Fiy. Tak pasal kita buat drama sini. Buat malu saja.” Thia tunduk lantai. Malu dipandang sinis oleh orang yang lalu. Wafiy ni pun kalau nak halang pun cakap sajalah. Tangan tu tak payah nak merayap.
Tangan Wafiy masih lagi belum dilepaskan. Dia tersenyum. Ingatkan hati hendak sambung mengusik. Suka tengok muka Thia yang memerah setiap kali diusik. “Tahu pun. Lain kali buat lagi! Jom. Perut abang ni tengah vibrate. Sikit lagi keluarlah bunyi-bunyi yang tak sepatutnya. Ni lain kali kalau keluar dengan abang Fiy. Jangan pakai kasut tinggi-tinggi. Pakai kasut flat aje. Nampak pendek saja abang bila sama tinggi dengan Thia.”
Thia tersenyum mengangguk. Tidak sampai beberapa langkah ke hadapan. Langkahnya terhenti. Telefon yang berdering dalam poket seluar ditarik. Tangan kanan diberi isyarat kepada Wafiy suruh tunggu sekejap.
“Assalamulaikum kak...” salam diberi saat panggilan dari Qalisya diangkat.
“Ma...” suara tangisan Mira memanggilnya kedengaran. Thia kalut. Takut sesuatu berlaku pada anak kecil itu.
“Iya sayang? ada apa?”
“Ayah pukul ibu... Ma, Ibu nangis... ayah masih pukul ibu.” Luah si kecil dengan tangisan yang masih lagi ditahan-tahan.
Thia tutup mulut. Bulat matanya memandang Wafiy. Jelas riak wajah Thia yang berkerut itu mengundang persoalan buat Wafiy. “Astaghfirullahalazim. Mira mana? Adik Asha?”
“Mira dan adik dalam bilik mama. Ibu suruh kunci, jangan keluar. Ibu nangis. Ayah masuk rumah... Ma, tolong ibu...” pinta Mira lagi.
Telefon ditukar tangan kiri. “Mira dengan cakap mama, jangan buka pintu. Kalau ayah masuk juga terus masuk dalam tandas. Kunci tandas pula. Mama datang sekarang.”
“Ma... cepat ma...” kata Mira lagi ketakutan.
“Baiklah. Mama datang sayang. hati-hati...”
Telefon Thia segera dimatikan. “Abang Fiy!.Kak Isya dalam bahaya. Abang Rusdi masuk rumah... Maaf. Thia balik dulu.”
“Biar abang ikut!”
Thia hanya mengangguk. Dia pun masih tidak terfikir macam mana hendak berdepan dengan lelaki dayus yang sanggup pukul isteri sendiri. Thia ni bukannya ada bakat atau pengalaman dalam seni mempertahankan diri.
Kunci kereta ditekan sebaik saja kereta myvi milik Thia terpandang.. “Biar abang pandu..” Tangan Wafiy dihala. Meminta kunci kereta Thia. kaki mereka masih lagi laju melangkah.
“Tak apa abang pun penat. Biar Thia saja yang drive.” Tanpa berlengah. Thia terus masuk ke dalam tempat kerusi pemandu.
Wafiy tidak tunggu lama. Pintu kerusi belakang dibuka. Dia terus campak bagasi ke dalam beg di kerusi belakang. Manakala, dia duduk di hadapan bersebelahan dengan Thia.
Naik gerun juga Wafiy tengok cara memandu Thia yang laju. Mencelah sana sini selagi ada peluang. Serupa Michelle Rodriguez yang pegang watak Letty tengah lumba kereta seperti dalam Fast and Furious pula. Laju tak ingat. Nanti tidak sampai ke rumah. Mereka pula ke hospital jika kemalangan.
Pegangan Wafiy pada tali pinggang keledar yang kemas terpasang semakin kuat. Thia memintas lori tong gas. Telan liur Wafiy dengan cara pemanduan Thia ni. Dia akui cermat tapi tapi laju.
Thia please slow down. Nanti kemalangan.” Akhirnya Wafiy berpesan. Tidak sanggup lagi tengok cara pemanduan Thia.
Thia yang baru perasan memperlahankan sedikit keretanya. Tapi masih lagi dalam kelajuan yang agak laju. “Maaf.” Jawab Thia sepatah. Pedal minyak sekali lagi tekan dengan kasut tumit tinggi warna merah hati Thia.
Beberapa orang jiran mengerumuni pagar rumah. Tidak berani masuk. Sebab semuanya golongan suri rumah. Selepas saja parkir di luar pagar. Laju Thia dan Wafiy berlari masuk. Kedengaran suara Qalisya yang meraung kesakitan.
Stay here. Telefon polis sekarang. Lepas tu cari nama Zarul. Call him ASAP.” Arah Wafiy sebelum masuk. Telefon bimbitnya dikeluarkan dari poket seluar jeans lalu diserahkan kepada Thia.
“Akak dah telefon polis dan ambulans tadi.” Beritahu jiran Thia yang turut berdiri di pintu pagar. Mungkin terdengar arahan Wafiy tadi. Tanpa tunggu lama. Thia terus mencari nama Zarul dalam senarai panggilan.
“Assalamualaikum Zarul. Kali ni tolong percaya cakap saya. Kak Isya sekarang kena pukul oleh abang Rusdi. Tolong datang ke rumah saya sekarang. Cepat!!” terang Thia laju sebaik saja talian disambung.
Kedengaran suara Zarul merengus. Talian terus dimatikan tanpa Zarul bersuara. “Zarul!! Zarul!!” jerit Thia. Dia ketap bibir. Lelaki ini langsung tak simpan secebis kepercayaan padanya. Thia mengintai dalam rumah. Jelas kedengaran suara Rusdi yang mengamuk sakan.
Air liur ditelan. “Arghh!!!” jeritan dari suara Qalisya kedengaran. Tanpa tunggu lama Thia terus melulu masuk. Kasutnya dibuka lalu diambil. Bahagian tumit yang dihalakan ke depan. Kalau Rusdi hendak pukul dia. Thia terus saja cucuk Rusdi pakai kasut tumit 6 inci tu. Biar sampai kepalanya berlubang. Spray pemedih mata yang sedia dikeluarkan dari beg tangan dipegang. Salah satu senjata berguna buat masa ini.
Kelihatan Wafiy sedang berlawan dengan Rusdi. Go... Go... abang Fiy!! Sempat lagi Thia menyokong dalam diam sebaik saja melangkah masuk.
Qalisya yang terbaring dipandang. “Ya Allah kak!!” jerit Thia. Berdarah-darah Qalisya yang sudah lembik dibelasah oleh suami. Air ketuban pun sudah pecah. Thia terus berlari masuk. Terlepas segala alat mempertahankan diri Thia.
“Bertahan kak.” Kalut Thia tengok keadaan Qalisya yang parah. Dia cuba memimpin tubuh itu. Tapi Qalisya tidak mampu lagi bergerak.
Thia pegang perut Qalisya lembut.“Baby Raihan kuat. Kita bantu ibu....” kata Thia yang sudah kalut. Dia sendiri pun tidak sedar apa yang dia buat. Hendak melahirkan bayi ni? Memang taklah! Thia langsung tidak tahu apa-apa.
Sekali lagi Thia cuba untuk memimpin ibu mengandung tersebut. Tangannya memegang kuat untuk memimpin Qalisya berdiri.
“Hei perempuan!! Kau nak bawa betina tu ke mana?” soal Rusdi. Wafiy ditumbuk kuat hingga terjatuh. Dia berlari ke tempat Thia yang sudah berjaya berdiri memimpin Qalisya berdiri.
“Allah...” jerit Thia kuat. Matanya tertutup rapat sambil memeluk Qalisya kuat bila tersedar Rusdi semakin mendekat. Kalau hendak pukul pun biar pukul dia saja. Jangan berani hendak sentuh Qalisya yang sudah separuh nyawa ni.
Bunyi siren polis dan ambulans menghentikan langkah Rusdi. Dia memandang tajam Thia yang sudah kembali membuka mata. Wafiy pula cepat berdiri semula untuk menyerang balas tapi Rusdi pantas berlari keluar selamatkan diri sebelum polis datang.
“Abang Fiy tak payah kejar. Tolong Thia. Kak Qalisya parah.” Jerit Thia bila Wafiy hendak keluar mengejar Rusdi. Wafiy terus mendekati Thia dan Qalisya. Wanita itu terus saja dicempung.
“Asha!! Mira!! Asha!!” jerit Thia ke tangga memanggil anak-anak Qalisya sementara Wafiy mencempung Qalisya keluar rumah.
“Mama!!” dua anak kecil itu belari menuruni anak tangga.
“Jom ikut mama sekarang!” Asha segera didukung. Sebelah tangannya menarik Mira keluar dari rumah.
Sebaik saja sampai di luar rumah. Thia sempat minta tolong pada jiran rumahnya. “Kak Fatin. Tengokkan rumah Thia. Thia nak ke hospital.”
“Baiklah.” Faham dengan situasi Thia.
Thia memandang orang bertugas memasukkan Qalisya ke dalam perut kereta ambulans tersebut. Pegangan tangannya pada Mira semakin dikuatkan. “Thia naik ambulans. Biar abang Fiy bawa budak-budak ni naik kereta.” Arah Wafiy sambil mendukung Asha. Lagipun Wafiy takut kalau Thia pandu kereta macam tadi dengan budak-budak kecil ni. Bahaya!
Thia angguk. Dia terus masuk ke dalam perut ambulans. “Bertahan kak... akak kena kuat! Baby Raihan kuat sayang.” tangan Qalisya digengam kuat.
“Nur...” panggil Qalisya lemah.
Thia rapatkan kepala ke mulut Qalisya. “Janji dengan kak... jaga anak kak... macam anak Nur...”
Thia mengangguk laju. Air matanya mengalir deras. “Nur janji kak... Nur janji... Kak Isya tak apa-apa. Baby kuat sayang. Kuat untuk ibu... Kak Isya rehat...”
Mata Qalisya dipejam rapat. Penat dan sakit satu badan dipukul oleh suami. “Ya Allah. Engkau kuatkanlah mereka. Lindungilah mereka...” doa Thia pada yang Esa. 
Mengenangkan Zarul yang mematikan telefon tadi buat Thia makan hati. Geram, marah, sakit hati pun ada! Langsung tidak percayakan dia. Ikutkan hati mahu saja diketuk kepala lelaki itu dengan kasut tumit tinggi enam inci tu. Biar betul sikit wayar dalam otaknya. Thia terus pandang kakinya. baru teringat yang dia buka kasut tadi sebagai senjata jika Rusdi menyerangnya.
Ternganga mulut Thia tengok kakinya yang langsung tidak pakai kasut.
“Allah! Baru perasan aku cuma berkaki ayam. Kalut punya pasal. Sampai Terlupa pakai kasut atau selipar.” Keluh Thia. Biarlah! Nanti dia pesan saja Hana suruh bawa kasut ke atau apa-apa yang boleh dipakai. Wajah Qalisya yang terbaring lesu dipandang.
“Maafkan saya kak... Akak mesti kuat.” Luah Thia lagi.


#Nota kaki : Siapa nak tolong Thia ketuk kepala Zarul dengan kasut 6 incinya?


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Monday, December 30, 2013

Diari : Flashback 2013


Assalamulaikum dan Selamat pagi...

Alhamdulillah. it almost end of year 2013...
Big black SORRY for no update semalam dan hari ni pasal  novel. Stuck somewhere tak tahu nak sambung. 

Since its going to be end of 2013. Am asking myself what have i achieve for this year?
Okay, i have been lot of places this year. Sampai airport tu jadi rumah entah ke berapa dah. lol. Tahun ni rasa macam jadi pelancong tegar Malaysia pulak. Dari Perak, Terengganu, Kelantan, Pahang, Pulau Perhentian lepas tu tinggal di Shah Alam beberapa bulan. Sabah dan Sarawak jangan tanyalah. Sepatutnya this month Faz nak pergi Pulau Pinang dan Singapore. Tapi baru saja balik dari Thailand bulan october tu so hold dulu nawaitu nak merayap. 

Nak cakap tahun ni tahun yang paling stress tak adalah jugak. No stress gila-gila thingy in my mind walaupun sampai satu tempoh tu dalam tiga minggu berturut-turut kena ulang alik. Shah Alam dan Sarawak sebab kena urus hal tak masuk kelas dalam sebulan untuk training padahal waktu tu dah masuk final semester semata-mata kerana National competition dah nak dekat. Imagine bertanding bulan 7 lepas tu bulan 6 dah start class. Kekadang tu rasa nak give up juga sebab fikirkan final sem ataupun bertanding. Tapi Alhamdulillah. lepas bincang dengan advisor, dia kata tak salah nak ikut bertanding. lagipun baru awal-awal semester. lainlah kalau dah nak exam. Cuma yang part sedih tu bila kalah. Nangis gila-gila sebab cuma dapat tempat kedua & tak dapat pergi Maxico for world cup. Padahal bukan main lagi training hampir 24 jam. 

Lepas je bertanding terus balik Sarawak. Another BIG War pula menanti... my final semester. Ingat lagi. waktu fly balik Sarawak tu baru hari ke empat puasa if i'm not mistaken la. Nak cakap stress tu stress la jugak biarpun bukan tahap sampai nak menangis bagai nak rak. Iyalah. balik je dah ada test and quiz. Padahal otak masih lagi kosong. Macam lagu Najwa Latif tu. kosong~ kosong~ kosong~

Final semester mestilah ada final projest. yeah! it's one big project. dah tu tak tahu pulak my tugas apa. sebab waktu sedia proposal tu i'm not there with them. Rasa serba salah tu mengunung. waktu kawan tengah bertungkus lumus supaya proposal di sedia. Faz pula tak ada sebab masih di Shah Alam. Bila balik tak tahu nak bantu apa. Yang Faz tahu. i just need to design banner as usual. Yah! you know la perasaan serba salah sangat2. Tapi thanks all my friend sebab support me, love u guys. muah2. Ingat lagi sempat juga panjangkan kaki pergi Serikin. Walaupun penat tapi sanggup ramai2 pergi bazar ramadhan setiap hari time bulan puasa tu.

Nak cakap jugak. Tahun ni paling kurang balik Sabah. Sobs... sobs... balik pun. seminggu dalam bulan 4 tu dan seminggu lagi balik cuti raya. Sedih kan! Sampaikan my adik2 setiap kali nampak airplane mesti tanya. "Mak, kak nur balik?" Sedih tau. dah la rapat sangat dengan budak kecik dua tu. Diorang tu pun merungut cuti kak nur sikit. Bayangkan how i missed my hometown so badly. Tapi Alhamdulillah. habis final semester bulan 10 tu duk rumah sampai sekarang sambil2 tunggu tawaran sambung lagi.

2013 tahun yang paling sibuk for me. Okey, pembetulan. tahun yang sibuk dan best for me. The best thing ialah, dapat jumpa ramai kawan yang happening dan peramah. yeah! i'm not good in conversation dan sosial dengan orang. Too bad dalam hal2 bercakap ni. Tapi glad sangat2 sebab dapat kawan yang tau in kan faz dengan situasi. Tahun ni paling ramai jumpa kawan baru especially enactus UiTM Shah Alam and other enactus Uitm branches. Lepas tu dapat buat community service dekat Sungai Klah, Perak untuk final project kami. dapat buat mini library sana. Dan dapat Mak angkat yang awesome! Dapat jumpa my family di Fraser hill. Naik kuda di paddock dekat Fraser Hill tu siap main memanah walaupun sekali ja dapat cucuk warna kuning tengah2 tu. Itupun sebab ada uncle yang baik hati ajar cara memanah yang batul kalau tak yang lain semua tersasar ke laut!


Oh yeah... Pulau Perhentian pun dapat buat community service untuk project enactus. Yeah! happy sangat2. alaa~ dah dalam pulau beberapa hari tak sah la kan kalau menyelam sambil minum air. kali ni menyelam sambil gi buat projek. haha.. Dan another best thing ialah dapat habiskan my studies dngn result yang sangat memuaskan. Allahamdulillah.

All thanks to Allah, parents, family dan kawan2 yang support terutamanya my classmates.



Dalam banyak2 yang terjadi terkilan juga bila manuskrip SAM yang dihantar tu x sampai pergi editor. Korang tahu kan manuskrip tu di hantar over 1 year dah. tapi bila call tanya manuskrip tu xda. Hancur hati untuk lima saat. tapi i'm cool w/ that! tak payah nak heart feeling sangat sebab emel tak sampai. Lagipun dah resend balik. dan alhamdulillah setakat ni jawapan memuaskan hati. cuma nak confirmkan lagi. Dan big Thanks w/ love pada yang tak pernah putus tanya pasal SAM dan my baby TC yang baru je siap dan hantar g editor plus yang PM tanya pasal cerita2 Faz. Dan pada korang yang setia dengan my baby bloggie ni walaupun tahun ni lama hold tak update2. baru last month start active balik. so keep baca ya~! korang awesome! Pada yang baru lagi masuk blog ni mucas gracias...  Hah! lupa nak bagitau. pasal cerita Bintang Pilihan Jihan dan Bukan orang Ketiga akan ku habiskan sampai end dalam blog ni ye comel2! Faz kira-kira 35 cerpen yang dah update di blog selama blog ni ada! Alhamdulillah. kira banyak la tukan. hee~! Link page senarai cerpen Faz (CERPEN)

so start asking yourself cute creatures, what have you been achieve for this year? lepas tu kalau yang ada update di blog tu do lemme know. Feel free to tag Faz. I would glad to read your awesome story dalam tahun 2013 ni. Faz pun silent reader jugak lol! malam2 buta suka cari blog orang lepas tu baca... tapi i'll let my jejak kaki alam maya di blog korang.!


"Kejar impian~ usaha, sabar dan terus berdoa. Segala kepayahan akan hilang berterbangan saat impian berjaya dicapai!" -Nurfazila Suhaide,2013

Can't wait for another awesome moment for 2014. btw, abaikan segala bahasa rojak dan kesalahan grammar. too lazy untuk betulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Pagi dari Faz w/ love~!

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Saturday, December 28, 2013

Bintang Pilihan Jihan bab 14


“Betul tak kau plan kau orang ni?” tanya Luthfi. Tidak suka sebenarnya dengan idea Jihan dan Najmi untuk memperkenalkan Jihan pada media.
Najmi angkat bahu. Tidak yakin dengan idea ni. Tapi apa boleh buat. Ini saja idea yang ada. “Aku pun tak suka. Tapi sampai bila nak tunggu tutup mulut media ni. Sekarang ni banyak berita yang ditokok tambah. Ibu aku pun dah mula bising balik.”
“Mana pulak Jihan ni?” sambung Najmi lagi. Jam tangannya dikerling. Lambat pula Jihan bersiap kali ni. Selalunya tak sampai lima minit sudah siap.
“Biasalah perempuan. Sabarlah sikit.” Luthfi tidak kisah sangat jika hendak tunggu Jihan. Bukannya lama sangat pun. Tak sampai 10 minit mereka sampai. Biasanya jika dia hendak tunggu perempuan bersiap ada yang mencecah sejam dua.
Jihan yang baru habis bersiap turun anak tangga. Penampilannya hanya sekadar mengenakan baju kurung rona hijau dengan bunga biru. Dipadankan tudung bawal warna biru laut. Simple!
Sorry lambat. Tertidur tadi. Korang sampai tadi baru mak ketuk pintu. Tu yang baru bangun. Dah minum?” Tanya Jihan yang terpandang atas meja ruang tamu yang kosong saja.
“Saya ingatkan datang saja tadi awak dah siap. Sebab tu bila orang gaji tanya nak minum apa, Saya kata tak payah…” jawab Najmi. Setiap kali datang memang begitu. Selalu saja Jihan awal bersiap. Kali ni saja yang lambat kemain lagi. Dan boleh pula dia bagi penjelasan tertidur?
Jihan yang baru duduk di sofa berdekatan berdiri semula. “Jap nak pergi buat air dulu… nak apa? Luth?”
Najmi turut berdiri dari tempat duduknya. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slack. “Tak payahlah. Kita minum luar je. Saya nak transform awak sikit. Ada ke patut nak keluar media pakai baju macam tu je…” sempat dia kerling pada penampilan Jihan yang dikategorikan sebagai terlalu simple!
“A’ah. Aku pun fikir macam tu jugak… Patutlah rasa something wrong somewhere…” Luthfi pula bangun dari tempat duduknya sambil memberi komen dan tengok Jihan dari atas hingga bawah.
Jihan pegang ke tepi baju kurungnya. Dahi Jihan berkerut. Dia tidak dapat ‘rasa’ pula di mana something wrong somewhere pada dirinya seperti yang dimaksudkan oleh Luthfi. Okey saja baju ni walaupun sedikit lusuh. Nampak masih baru lagi. Baju raya dua tahun lepas agaknya. Dan inilah baju raya pertama yang baru kedua kali dipakai. Biasalah. Biarpun dia duk sibuk menjelajah negara lain. Raya tu tetap balik.
Jihan bukanlah perempuan tipikal yang larikan diri lepas putus cinta dan dapat makian percuma. Lebih kepada mencari ketenangan dan jalan-jalan cari makan serta resepi halal baru. Dan raya itu penting sekali buatnya. Selain dapat makan makanan tahap menjilat jari. Duit raya benda paling ditunggu. Waktu raya jugaklah poket tebal!
“Apa masalahnya? Okey je baju ni? Puan Mehar yang belikan tau. Jangan cakap tak lawa pula. Nanti bergegar rumah ni kena bebel. Tidak bersyukur dapat baju free.” Dalam rumah ni. Jihan antara paling lama dapat baju percuma dari mak bapa. Sebab bila jadi petani yang menanam anggur 24 jam. Poket pun ringan aje. Tiada isi! Lebih-lebih lagi spesis Jihan yang kuat merantau ni.
“Adalah yang tak kenanya. Banyak bunyi pulak.” Kata Najmi lalu berjalan ke dapur.
“Mak cik!! Kami jalan dulu…” jerit Najmi sambil masuk dalam dapur.
Puan Mehar yang baru hendak minum jus oren tersedak. “Bertuah punya budak. Tu suara tak cukup tinggi lagi ke nak kalahkan Jacquline Victor?” omelnya sambil angkat tangan bila Najmi hendak tunduk salam tangannya.
Najmi hanya tersengih sambil salam tangan wanita itu. Luthfi dan Jihan yang baru menapak ke dapur turut buat benda yang sama. Melayu kaya dengan adat dan kesopanan. Yang muda dikasihi, yang tua dihormati. Salam tangan tu jangan lupa!
“Mak orang nak masuk tv ni. Photoshoot untuk majalah dan surat khabar tu esok. Jangan lupa tengok tau. Siaran langsung malam ni. Meletop anak dara mak tau! Masuk tv tu…” pesan Jihan lepas salam tangan emaknya. Asyik tengok muka Najmi dan Luthfi saja masuk tv. Sekali sekala dia teringin juga jadi terkenal. Bila ada peluang macam ni siapa tak suka kan?
“Meletuplah sangat. Jangan kau gagap je depan pengacara tu sudah. Bukan mak tak tahu penyakit gagap kau tu bila depan ramai orang.”
Tajam mata Jihan tengok Najmi dan Luthfi dengar ayat sinikal Puan Mehar. Gaya saja lebih, ganas konon tapi bila cakap depan orang ramai mula tergagap. “Mak ni… ” Bocor rahsia orang! Sambung Jihan dalam hati.
“Memang betul pulak. Tak tahulah mak dari mana kau dapat penyakit gagap ni.”
Muncung mulut Jihan keluar dari dapur diikuti oleh Najmi dan Luthfi yang sudah tergelak kuat. “Diamlah. Tak nak ikut baru tau.” Ugut Jihan.
Rak kasut setinggi almari baju dibuka. Berderet kasut yang menempatkan pelbagai jenis kasut ahli keluarganya. Barisan paling bawah dipandang. Dipilih warna apa yang sesuai dengan bajunya. Baru beberapa kali saja pakai kasutnya. Jihan lebih selesa pakai kasut sneakers putih yang sudah rabak tu. Tapi nak masuk tv punya pasal cari sneakers yang baru sikit.
“Bapaklah! Kau ni duta kasut converse ke?” terkejut Luthfi tengok kasut sneakers pada barisan kasut bawah sekali dalam rak kasut tersebut.
‘Pelbagai warna. Macam pelangi pun ada. Merah, oren, merah jambu, kuning, hijau, biru, ungu, hitam dan putih kasut-kasut sneakers jenama converse tu. Belum lagi koleksi Supra dan di tingkat atas. Apa nak hairan. Jihan ni anak orang kaya juga. Cuma jarang nak bergaya. Mungkin kasut-kasut ni sekadar koleksinya saja.
Mata Najmi turut membesar. Banyak gila kasut sneakers Jihan. “Banyaknya… semua nampak baru lagi. Macam-macam warna pulak tu. Tapi kenapa selalu pakai kasut buruk awak tu?” soal Najmi terang. Banyak kasut baru, yang lusuh lagi koyak rabak tu jugak Jihan paling suka guna.
“Kasut yang tu special. Lagipun dah biasa pakai…” jawab Jihan sambil mengambil kasut warna biru. Padan dengan corak bunga pada bajunya.
“Orang bagi ke? Nak pakai sneakers jugak ke? Baju kurung dan sneakers? Macam tak padan je.”
“Padanlah! Cliché je pakai baju kurung dan sneaker. Normal! Dulu waktu belajar dulu. Memang selalu pun pakai macam ni. Bukan waktu belajar je. Raya pun pakai macam ni.” Jawab Jihan.
“Siapa bagi?” tanya Najmi lagi. Tidak puas hati bila soalan yang tu tidak berjawab. Kata istimewa. Mesti ada maksud disebalik istimewa tu. Orang teristimewa ke? Oh Tidak. Tolong jangan jawab macam tu.
My special friend. Dia bagi lepas orang kalah bertanding dengan dia. Dia menang Johan. Saya dapat naib je… sebab tu dia bagi tu.” Jawab Jihan ringkas sambil menyarung kasutnya.
Luthfi dan Najmi saling memandang satu sama lain. Hati mula berdetak satu rentak pelik. Cemburu? Siapa kawan istimewa tu? Sudahlah Jihan yang kalah tapi Jihan yang dapat hadiah. Tidak ke pelik macam tu?
“Dah siap. Jom gerak!!” jerit Jihan. Bersemangat nak masuk tv.
“Semangat nak jadi artis ni. Cepatlah!!” ajaknya pada Najmi dan Luthfi yang masih lagi tercegat di tempat mereka.



Jihan hanya duduk saja main telefon Najmi. Dua orang lelaki itu masih lagi sibuk memilih pakaian untuknya. Dia sudah malas bertikam lidah. Semua baju yang dia pilih langsung tidak kena dengan selera dua lelaki itu. Akhirnya Jihan beralah. Biarlah mereka pilih. Lepas tu dia akan pergi cuba dalam fitting room. Tak kisah sangat. Pilihlah mahal mana pun sebab bukan duit dia yang mengalir. Najmi yang rela hati hendak bayar.
Senyuman Jihan terukir tatkala terpandang satu cermin besar pada dinding butik tersebut. Dia bangun dan berjalan pada cermin. Ketika angkat telefon Najmi untuk ambil gambar sendiri. Tiba-tiba Jihan dihimpit kiri dan kanan. Nasib pegangan pada telefon kuat. Nanti telefon ni jatuh, dia lagi disalahkan.
“Ambil gambar tak ajak orang!” Kata Najmi sambil senyum pada cermin tersebut. Bersedia untuk ambil gambar. Tangan yang pegang beberapa hanger baju untuk Jihan tidak dipeduli. Gambar dulu! Nanti baru sambung pilih lagi.
“Cepatlah Jie…” Luthfi pula mengasak. Sudah bersedia dengan posing ala-ala lelaki macho.
“Okey.. okey… cepat. Say Jiee….”
“Jieee…..” kata mereka bertiga serentak. Satu, dua, lepas tu beberapa pose dan gaya mereka ambil. Tidak cukup telefon Najmi, telefon Luthfi pula digunakan. Jihan mana ada telefon canggih. Setakat telefon torchlightnya tu. Gambar smiley saja yang banyak.
Najmi dan Luthfi kembali dengan tugas mereka mencari baju untuk Jihan. “Jie! Kau ada Instagram ke?” tanya Luthfi sambil memegang telefonnya.
“Apa?! Insta garam?” Jihan yang tengah melihat satu persatu gambar Najmi dan Luthfi pangguk nama bila dipanggil.
Najmi buat muka toya. Luthfi pula ketap bibir kejap. “Apa ke pekaknya girlfriend kau ni Najmi. Instagramlah pekak!”
“Owh… Instagram! Ada! Cari NurJihanJohan. Nama tu rapat-rapat semuanya.” Jawab Jihan.
“Eh! Awak pun ada Instagram. Tak tahu pun!!” cebik Najmi.
“Ingat ni orang zaman batu ke? Adalah! Bukan akaun Instagram je, Wechat, Twitter, Tumblr, Blog, Youtube, Whatapps, Skype, Keek, Kakaotalk, Line semua ada! Facebook siap ada Fanpage lagi. ” selamba Jihan menjawab. Geram pula bila Najmi mempersoal kewujudan akaun Instagramnya.
“Kau ni… nampak sangat tipunya tu. Takkan kau guna telefon cikai kau tu Whatapps dengan orang pulak!” balas Luthfi berbaur geram. Nampak sangat Jihan auta je lebih.
“Otak mana yang cerdik sangat pakai telefon tu. Aku pakai aku punya Samsung Galaxy Mega la!” jawab Jihan.
Najmi dan Luthfi tercenggang. Saling pandang satu sama lain. Tidak percaya langsung! “Bila masa ada Samsung Galaxy Mega? Tak beritahu pun…”
“Dah korang tak tanya…”
Seraya itu mereka berdua pukul dahi masing-masing. Sengal betul Jihan ni. “Dah ada telefon canggih tu. Kenapa masih guna telefon biasa tu? Jangan cakap tu hadiah dari orang istimewa lagi…” soal Najmi.
“Mana ada. Coverage telefon tu senang nak cari. Lagipun, tak ke peliknya pakai baju biasa-biasa tapi telefon mahal.”
“Sekarang budak tadika pun ada telefon mahal-mahal sayang oi. Takkan tu pun nak berkira… Nah try this one. May, I nak tengok kasut yang sepadan dengan baju ni. Dan tudung sekali.” Arah Najmi pada Maya yang digelar May tu.
May yang setia berdiri menanti Najmi dan Luthfi memilih baju tadi akhirnya mengangguk. Sementara Jihan menyambut dress kain siffon pilihan Najmi dan Luthfi. Warna rona coklat dan cream dipadankan dengan skirt plitted warna coklat. Okey! Tidaklah sarat sangat warna tu. Nampak rugged dan tidak banyak lip lap.
Jihan yang sudah siap pakai dress paras paha dan skirt itu memandang tudung bawal saiz tiga segi yang dihulurkan oleh Maya tadi. Dia binggung seketika. Ini selendang ke tudung bawal. Dah tu nampak meriah pula. Berkilat tapi bukan manik.
“Kak Maya!” jerit Jihan dari dalam bilik kecil itu.
Yes?
“Orang tak reti pakai tudung ni. Lagipun meriah sangatlah. Lip lap! Macam galaksi pun ada.” komen Jihan. Dibelek lagi tudung warna coklat itu. Memang padan dengan bajunya yang hanya warna polos. Tapi tudung ni memang berkilat sangat!
“Yang tu trend terbaru. Nak akak pakaikan ke?”
Kepala Jihan yang masih lagi pakai tudung bawal birunya tersembul keluar sedikit. “Warna ni okey tapi yang tak berkilat tak ada ke?”
Maya tersenyum. Comel sunguh teman wanita Najmi ni. Kecil molek orangnya. Daun pintu ditolak besar. Dia  merapatkan diri dengan Jihan. “Yang ni dah okey sayang… mari akak pakaikan. Senang je ni.”
Hujung selempang tudung yang diperbuat dari fabrik cotton glitter itu ditarik. Sebelah dipanjangkan sedikit. Sebelah lagi pendek. Kemudian Maya pin bahagian leher macam tudung bawal biasa. Bahagian selempang yang panjang ditarik lalu dia pin dekat dengan bahagian telinga Jihan.

Tudung Jihan dikemaskan. “Cantik. Kejap ye. Akak nak ambil pin tudung bentuk bunga dekat dalam. Tu kasut Kak Maya dah letak tepi. Jihan pakai yang tu.” Arahnya sebelum keluar dari ruangan yang menempatkan beberapa buah bilik fitting room tersebut.
Senyuman Jihan melebar. Lepas ni dia nak ambil Maya jadi perunding fesyennya. Suka pilihan kasut Maya. Ingatkan kena pakai kasut tinggi. Rupanya kasut warna coklat muda yang lebih kurang seperti lower top sneakers. Tapi kali ni bukannya kasut jenama converse.

“Tak kisahlah. Janji bukan kasut tinggi.” Kasut tersebut disarungkan pada kakinya. Usai saja Jihan ikat tali kasut, Maya datang dengan beberapa pin tudung DIY berbentuk bunga. Pelbagai jenis bunga berwarna coklat dan krim dalam kontena tersebut.
“Wah… banyaknya kak…” teruja Jihan tengok bunga-bunga tersebut. Rajin sungguh Maya buat pin tudung ni.
“Ni semua sepadang dengan tudung Jihan. Pilihlah yang mana berkenan. Lepas tu pin aje bahagian bahu.” Kotak pin tersebut diberikan pada Jihan.
Satu persatu bunga dibelek. Dalam banyak-banyak jenis corak bunga, yang paling menarik perhatian Jihan ialah bunga kegemarannya. “Kak! Saya nak yang ni.” Pin tudung bentuk bunga matahari itu diambil.
It’s suits you very well. Jihan yang sentiasa ceria macam bunga matahari tu.” Ujar Maya sambil membantu Jihan. Sekali lagi tudung itu dikemaskan.
Jihan kumpul bajunya kurung, tudung dan kasutnya. Mereka beriringan keluar dari kawasan fitting room butik Maya.
“You memang tak pernah kecewakan I.” Puji Najmi melihat penampilan Jihan yang nampak rugged dan bergaya.
“Cantik?”  tanya Jihan sambil pegang tepi skirtnya.
“Lawa sangat! Tapi kenapa si pendek ni still pendek? Tengok kasut.” Tangan Luthfi diratakan atas kepala Jihan. Membandingkan ketinggian Jihan yang masih lagi paras dadanya.
Jihan muncung mulut. Tak suka digelar si pendek walaupun hakikatnya dia memang pendek.
“I bagi guna kasut tu. Sebab takut kalau dia pakai heels, atau wedges. Nanti terjatuh pula. Lagipun Jihan comel dengan ketinggian macam tu.” Jelas Maya. Seraya itu Jihan angkat kaki ke depan untuk tunjuk kasutya.
If you say so… Baju-baju ni I dah bayar dengan pekerja you tadi. You ada compact powder ke? Lip balm ke... mekapkan sikit. Nampak pucatlah. Nak bawa pergi salon takut tak sempat. I nak terus pergi studio. Takut jammed pula…” lebih kurang lima beg kertas saiz besar atas kaunter.
Sure… tiada hal.”
“Banyaknya baju si Najmi ni beli. Membazir je. Macamlah aku selalu pakai baju-baju ni semua…” bebel Jihan seorang diri sambil membelek baju dalam beg-beg kertas tersebut. Bukan baju saja, kasut, tudung dan aksesori perempuan dibelinya. Untuk butik kak Maya hari ni.
Sementara Maya masuk ke dalam pejabatnya untuk ambil barang mekap. Najmi dan Luthfi sekali lagi tarik Jihan ke cermin besar. Sambung bergambar lagi. Mereka gambar refleksi diri mereka pada cermin tersebut. Beberapa pose diambil. Sekarang Jihan faham benar perangai Luthfi dan Najmi yang gila bergambar ni.
“Mie… kau upload gambar dalam Instagram kau. Lepas tu shared dekat Facebook dan Twitter. Tulis caption ‘Outing with my love and Luth…’. Kita bagi sneak peak sikit untuk temu bual malam ni… mesti ramai yang tertanya-tanya siapa Jihan nanti.” Cadangan Luthfi diterima dengan anggukan.
Najmi terus muat naik salah satu gambar. “Kau pun uploadlah sekali…”
“Tak payah cakap. Aku dah terus upload tadi. Siap tulis caption ‘Outing with my bestie and his love...’ Cun tak? Lepas ni kalau ada lagi gosip pasal kita dua ni gay. Tak tahulah aku…” Sampaikan buah hati aku pun kena jadi girlfriend kawan baik aku. Rela hati pulak tu… sambung Luthfi dalam hati.

“Suka hati korang berdua aje kan? Lantaklah…” komen Jihan sambil berjalan mendekati Maya untuk disolekkan. Malam ni kena temu bual. Siaran langsung lagi… harap dia tidak gagap saja nanti.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

Thursday, December 26, 2013

Bukan Orang Ketiga bab 10



Telefon Samsung Note III itu dibelek. Sesekali butang melihat senarai nama orang dan nombor yang disimpan dalam telefonnya. Thia mengeluh. Menimbang tara baik buruk kesan tindakannya kali ni.
Hello... Hello Thia!!” jeritan dari telefon itu mengejutkan dia dari sedar. Tidak pasti bila dia tertekan butang dail. Segera telefon warna pink tersebut didekatkan dengan cuping telinga.
“Assalamualaikum Wardah.”
“Maaf. Waalaikumsalam. Apasal kau kau telefon aku? Nasib baik baru habis bergayut.” Ucapan maaf dari Wardah kerana terlupa memberi salam.
“Sejak bila kau golongan penghuni Sepilok?” usik Thia. Tahulah Wardah tu baru habis bergayut ditelefon dengan Fazlie kesayangan yang sambung belajar diluar negara.
Wardah berdecit. Kurang asam jawa punya kawan. Bukan dia tidak tahu penghuni di Sepilok tu orang-orang utan!
“Ni apasal call aku tengah malam buta ni?” Wardah mula menyoal. Thia ni kalau ada benda penting ke apa baru telefon. Ini sah ada sesuatu lagi. Kalau tak! mana pernah pegang telefon. Salalu saja gadjet tu hilang dari mata Thia. Dulu waktu universiti entah berapa puluh kali hilang telefon atau terlupa letak di mana. Selalunya dia saja jadi tukang simpan telefon Thia supaya tidak tercicir.
Sekarang ni Thia pun sudah tukar telefon baru. Mahal pula tu. Kalau tercicir memang telefon batu gosoklah paling sesuai dengan Thia yang cuai tu.
Errr... aku sebenarnya...” gagap pula Thia. Ah! Menyesal... macam mana boleh tertekan nombor Wardah ni dia sendiri pun tak sedar. Sekarang tak tahu nak mula cakap dari mana.
“Ada apa ni Thia? kau ni buat aku takut pula. Tergagap-gagap!” bebel Wardah. Dia ni bukanlah penyabar sangat. Tambah lagi Thia tu macam buat saspen saja.
Thia tarik nafas dalam-dalam. Kemudian mula bersuara. “Tapi kau jangan marah aku dulu tau!”
“Iya la... ya la...”
“Abang Wafiy ada di rumah tak?” intro dimulakan oleh Thia. sebenarnya orang yang da ingin cari ialah Wafiy. Tapi malangnya Thia mana pernah simpan nombor abang kawannya tu.
Lebar senyuman Wardah dengar.  Dalam kepalanya sudah mula mentafsir sesuatu. “Amboi... sejak bila kau ada skandal dengan abang aku tu.”
“Hish! Kau ni. Orang tanya lain. Kau jawab lain. Bila masa pula aku ada skandal dengan abang kau. Ada hal ni...” cebik Thia.
“Kalau ada pun apa salahnya. Dia tiadalah. Outstation pergi Amsterdam. Nanti kalau kau nak. Aku emal abang aku suruh bawakan bunga tulip dari Keukenkof. Kau kan suka bunga... tu taman paling besar tu...” Mulalah Wardah melalut. Dulu Thia juga yang berangan nak pergi Keukenkof. Tapi gila apa nak pergi bulan Disember. Musim sejuk sekarang ni!
“Alah... lama ke?” Risau pula bila tahu Wafiy ke luar negara. Kalau dia tiada masalah sekarang ini mungkin dia ada hati nak sambung gurauan Wardah pasal bunga tu. Tapi yang penting sekarang ni dia mesti minta tolong Wafiy. Hanya lelaki itu saja boleh bantunya.
“Lamalah jugak. Ada lima hari macam tu. Tapi dia pergi tiga hari dah. Ni yang kau beria cari abang aku tu apasal?”
Mencongak berapa hari lagi Wafiy balik buat Thia mengeluh. Dia perlukan lelaki itu secepat mungkin. “Maksudnya dia balik lusa ke? Aduh lama lagi tu...” keluhan Thia buat Wardah berdebar pula.
“Kau ni tak apa ke Thia? Kenapa kau cari abang aku?”
Soalan Wardah dibiar sepi.  Thia berfikir sejenak. Perlukah dia minta dengan Wardah? “Err... Wardah. Kau... kau tahu nombor Zarul tak?”
“Kau nak buat apa Thia? kau jangan cari pasal. Bukannya kau tak tahu Zarul tu tunangan orang. Dari awal lagi aku dah pesan jaga hati kau. Kawal perasaan kau tu! Kalau susah sangat nak terima Ekmal. Aku bagi abang aku tu je... masih bujang lagi!” Dari awal lagi Wardah dapat tangkap cara pandangan Thia dan Zarul tu seolah ada satu rahsia yang kawannya belum beritahu. Dia dapat agak sesuatu berlaku antara mereka berdua. Lebih lagi Thia yang sememangnya pendiam bertambah parah tahap pendiam jika ada Zarul.
Perasaan kalut dan gugup tadi bertukar geram. Dia tidak peduli lagi hendak rahsiakan perasaannya. Tapi yang penting Thia mesti dapatkan nombor telefon Zarul. Pedulilah apa yang Wardah fikir. Tiada salah. Memang benar jangkaan Wardah. Memang pun dia mencintai lelaki itu. Yang penting sekarang dia mesti dapat hubungi lelaki tu.
“Aku tahulah kawal perasaan aku. Tapi benda ni penting Wardah. Tiada langsung kaitan dengan perasaan aku. Kau ada tak nombor dia.” soal Thia lagi.
“Tak ada. Benda penting apa sangat ni? Tak boleh ke tunggu abang aku balik lepas tu minta dengan dia aje.” Cadang Wardah. Dia pun ingin tahu apa sebenarnya masalah besar Thia. Tapi dia faham sangat perangai kawannya yang seorang ni yang suka berahsia bila melibatkan soal hati.
“Entahlah... aku ada instinct macam tak sempat je.”
“Beginilah. Aku bagi je nombor telefon abang dan waktu flight dia nanti. Aku yakin lepas balik tu dia mesti on telefon. Lagipun dia suruh aku ambil dia di KLIA...”
Thia cuba fikirkan cadangan Wardah. “Biar aku terus ambil dan hantar abang kau balik rumah. Nanti aku drive pergi KLIA.”
“Cantek!! Sebenarnya itu yang aku nak dengar. Hahaha...” kuat gelak tawa Wardah. Awal lagi dia memang merungut bila abangnya pesan suruh ambil dia bila balik nanti. Nampak sangat pemalas adik si Wafiy ni!
Perjalanan dari rumah Wardah yang tinggal bersama ibubapanya ke KLIA sudahlah jauh. Kena lagi hantar pergi rumah Wafiy yang tinggal di rumah sewa bersama-sama kawan bujangnya. Memang taklah! Bukan main bertentangan lagi laluan jalan ketiga-tiga tempat tu. Macam mana Wardah tak angin dengar arahan mandatori satu-satunya abangnya itu.
“Baiklah... jangan lupa tau. Sms je aku nombor dia dan bila flight dia sampai nanti.”
“Baiklah. Kau nak dating dengan dia lama-lama pun aku tak kisah. Asalkan hantar dia balik.” Usik Wardah yang sudah terkekek. Mesti merah padam muka Thia sekarang ni. Thia tu bukannya suka sangat masuk topik cintan cintun ni. Teringat juga pengakuan perasaan Thia walaupun bukan secara direct . Nampaknya tekaannya betul juga. Harap satu hari nanti Thia dapat lupakan tunang orang tu.



Zarul yang tengah mengelap tangan pada kain buruk panggukkan kepala bila namanya dipanggil. Habis kotor baju bila terkena minyak hitam. Tapi itulah lumrah tugasnya. Jika baju pelukis selalu kotor bila melukis akibat terkena cat warna, mereka pula selalu comot dengan minyak bila periksa keadaan kapal terbang.
“Sini!!” jerit Zarul kuat sambil angkat tangan.
Berlari anak Kamal mendapatkan rakan sejawatnya. “Rul. Ada awek cun cari kau!” katanya tercungap-cungap. Penat berlari sambil berteriak cari si kawan. Rupanya duduk dating dengan dugong kesayangannya tu. Apa lagi kalau bukan salah satu kapal terbang kebangaan mereka A380.
Ceria muka Zarul mendengar. Dalam hati dapat mengagak siapa yang datang. “Qila?” tanyanya pada Kamal yang sudah mengetahui statusnya bersama Maizatul Aqila.
Kamal geleng kepala. “Aku tak kenal. Terus terang yang datang ni lagi cun dari awek kau si Qila tu.”
Gelengan kepala kawan yang berbadan tegap dan kulit sawo matang itu buat Zarul yang tadi tersenyum lebar bertukar kerutan pada dahi pula. Pelik! Siapa pula yang datang. Kakaknya? Kalau dah si Kamal yang ada terkena kegatalan bahana ulat bulu memang bukanlah kakaknya. Qalisya tu tengah berbadan dua. Gila ke apa kalau dikatakan isteri orang cun. Cari bala nampaknya.
“Kau kenal ke?” soal Zarul. Masih lagi belum berganjak dari tempatnya.
Sekali lagi Kamal geleng kepala. “Tak. Tak pernah nampak langsung. Tinggi lampai. Macam model. Tapi bertudung. Putih melepak pula tu. Pakaian macam update tapi aku suka tengok. Biarpun moden tapi longgar.” Komen si kawan. Sempat jugalah memerhati ketika wanita itu bertanyakan jika ada Zarul tadi. Suara yang perlahan itu lembut dan ayu saja kedengaran di telinga Kamal.
Zarul cuba ingat semula kawan perempuannya yang mempunyai susuk tubuh seperti yang diterangkan oleh Kamal. Kepala digaru. Habis rambut jenis Pompadour haircut tu kotor terkena sisa kotoran minyak pada tapak tangan.

“Kau ambil ni.” Kain buruk yang diguna untuk lap tangan tadi dilempar tepat kena muka Kamal.
“Hoi!!” terjerit Kamal bila mukanya terkena kain tersebut. Lepas ni sudah tentu cik jerawat tu datang singgah mukanya. Segera dikesat muka kacak itu. Kalau sebiji dua mungkin normal. Tapi kain tu sudahlah kotor, kena lagi muka sensitifnya memang tak lari juga jika tiga atau empat biji jerawat batu.
“Dia tunggu mana?!” jerit Zarul yang semakin jauh melangkah.
“Depan pintu... woi! Kirim salam comel dekat dia!!” jerit Kamal juga sambil tersengih pada Zarul yang menoleh padanya.
Tergeleng kepala Zarul dengan telatah Kamal.


Kewujudan wanita yang bersandar pada dinding pintu itu langsung tidak dijangka. Zarul mengeluh. Hancur segala mood baik hari ni. Dia tidak suka Thia datang mencarinya. Lebih lagi di tempat kerja. Kehadiran gadis yang sangat mementingkan penampilan itu mampu tarik perhatian rakan sejawat yang lain. Terutamannya pekerja lelaki!
Zarul masih lagi kaku ditempatnya. Berfikir jika ingin berjalan mendekati Thia atau balik semula. Thia yang kusyuk membelek telefonnya itu langsung tidak menyedari Zarul sedang memerhatinya. Santai hingga kaki kanannya diangkat ke belakang untuk pijak pada dinding.
Badan Zarul dipusing balik. Tidak ingin untuk teruskan langkahnya mendekati Thia.
“Zarul!!” jerit Thia yang baru saja angkat kepala. Dia berlari mendekati Zarul.
“Tunggu saya kejap..!!” jerit Thia lagi. Zarul hentikan langkahnya. Kemudian berpusing pada Thia. Riak tidak suka tentang kehadiran Thia ditunjuk. Tangan disilangkan. Tajam anak mata Zarul pandang Thia yang sedang tarik nafas di depannya. Tercungap-cungap lepas berlari tadi.
“Awak nak apa?” tanya dengan nada tidak puas hati.
“Saya nak jumpa awak sekejap... ada benda penting.” Thia yang masih lagi kepenatan bersuara. Dia cuba berdiri tegak. Tapi keadaannya yang masih penat hanya mampu bongkok sedikit sambil memegang dadanya. Baru berlari sikit tayar sudah pancit. Padah sebab malas hendak pergi bersenam akhir-akhir ini.
Tersenyum sinis Zarul tengok Thia. Benda penting adalah sesuatu yang sangat mustahil sedangkan mereka langsung tiada apa-apa urusan. Nampak sangat Thia buat alasan hanya untuk bertemu dengannya.
“Kenapa datang sini? Mana janji awak tak akan jumpa saya lagi!”
“Kan saya dah cakap. Saya ada benda penting nak beritahu awak ni. Tolong luangkan saya sedikit masa. Please...” pujuk Thia. Dia dapat akan yang Zarul tidak mungkin akan percayakan dia. Yang dia takut kalau Zarul tidak percayakan ceritanya nanti.
“Lima minit. Shoot!”
Membesar mata Thia tengok Zarul. Badan yang sedikit bongkok tadi terus ditegakkan. “Lima minit? Mana cukup.”
“Lima minit atau langsung tak payah.”
Thia mengeluh. Lima minit pun lima minitlah! Sekurang-kurangnya dia cuba. “Baiklah... jom kita duduk di kafe ke. Mana saja asalkan tempat yang sesuai.”
“Awak tak nampak ke saya tengah kerja ni?! Sini pun dah cukup!” nada suara Zarul menaik. Mulai hilang sabar dengan karenah Thia.
Mengalah juga Thia dengan angin Zarul. Nanti bagus dia bagi tempoh lima minit terus ubah fikiran pula. “Baiklah. Saya harap awak percayakan cakap saja. Saya nak beritahu pasal kak Qalisya. Dia diseksa oleh abang Rusdi. Sekarang kak Isya, Asha dan Mira ada di rumah...”
Wait... wait! Kalau gatal sangat nak jumpa saya jangan sesekali guna alasan bodoh macam tu.” Pintas Zarul.
Ini yang paling Thia takut. Zarul ni bukan saja tidak sukakanya, tapi seolah-olah tahap jengkel dan langsung tidak percayakannya. “Betul! Saya tak tipu... Kak Isya memang diseksa oleh abang Rusdi.”
“Sudahlah. Saya tahu awak seorang penulis novel Nur. Tapi cerita awak kali ni langsung tidak menarik perhatian saya. Sekarang balik!” Sarkastik sindiran Zarul pada Thia. Satu point pun dia langsung tidak percaya. Baru beberapa hari lepas Zarul bercakap dengan kakak sulungnya di talian. Suara kakaknya kedengaran seperti seorang yang bahagia dan tidak sabar untuk menunggu cahaya mata yang bakal lahir.
‘Nampak tak permainan Nurfathiah di situ! Saja nak tarik perhatian akulah tu...’ bisik hati Zarul. Dia sendiri mengaku Thia ni spesis beauty with brain. Tapi tak sangka perempuan cantik dan bijak macam Thia ni pun jenis terhegeh-hegeh dengan lelaki. Sangup buat cerita semata-mata untuk berjumpa dengannya. Yang dikejar ni pula tunangan orang. Memalukan kaum hawa saja.
“Saya tak tipu!!” jerit Thia. Kesabarannya memuncak. Hilang sabar dengan perangai Zarul yang tidak habis-habis menyindirnya.
“Baliklah Nur. Jangan nak auta saja lebih.” Zarul pusing untuk tinggalkan Thia. Malas hendak layan lebih-lebih. Buang masa saja.
Lengan tangan Zarul ditarik. Thia tidak peduli. Lantaklah jika Zarul hendak maki atau sindir sekali pun. Bukannya dia boleh kawal mulut lelaki itu pun. Yang penting sekarang ni Zarul mesti juga percayakan dia. Rusdi sekarang ni makin menjadi. Setiap hari selalu datang ke rumahnya untuk menganggu Qalisya. Thia takut satu hari nanti lelaki itu akan buat sesuatu yang tidak baik bila dia hilang sabar.
Zarul rentap tangannya yang dipegang oleh Thia. Aqila pun tak pernah berani sentuh macam ini. Memang Thia sudah lebih! Tajam anak matanya memandang Thia.
“Maaf..” Thia tertunduk. Malu dengan khilafnya.
 “Jangan sampai saya tengok muka awak lagi Nur!”
Thia angkat kepala. Digeleng beberapa kali sebelum berkata.“Tolonglah Zarul. Kali ni je...”
“Saya cukup sabar dengan awak Nur.. Baliklah. Jangan tunjuk yang perasaan cinta awak tu terlalu murah sampai sanggup buat cerita pasal kakak saya!” kata Zarul lagi. Dia terus tinggalkan Thia yang terpinga-pinga di situ.
‘Jangan tunjuk yang perasaan cinta awak tu terlalu murah sampai sanggup buat cerita pasal kakak saya!’ kata-kata itu berlegar dikepala Thia. Dia kelu tanpa bicara. Zarul yang berjalan meninggalkannya hanya mampu dipandang. Setitik dua air mata Thia mengalir.
Sampai hati Zarul! Terlalu murahkah perasaan yang hadir itu? Bukankah perasaan cinta itu satu anugerah?


 #Nota Kaki : For those yg tau apa2 pasal  skop  kerja Aircraft engineer terutamanya MAS. do lemme know k. x kiralah article atau apa pun. kalau ada engineer tu lagi bgus. boleh buat sesi soal jawab. lol. k bye! Pompadour haircut tu yg bahagian tepi n blakang lebih nipis dari bahagian tengah mcm that guy dlm gambar. (2013 hairstyle for spring n summer)

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!