Fiera diam tanpa sepatah kata. Kelakuan Dr. Mohd. Taufiq bin Abdullah yang senyap semacam sejak tadi mengusarkan hatinya. Dia tahu bahawa Taufiq mungkin terasa hati apabila dia cerita pasal berkahwin dengan lelaki bernama Adam Danial. Habis sahaja makan Taufiq terus mengarah dia menolong untuk kemas kotak bekas makanan tanpa sebarang bantahan. Fiera paling benci dengan sikap Taufiq yang kuat mengarah dan kena ikut kehendak hati lelaki itu sahaja sehinggakan Fiera mengelar Taufiq Mr.Hitler Celup.
Gadis itu membuang pandangnya ke luar tingkap kereta kesayangan Taufiq. Dulu dia yang bangkang seratus peratus bila Taufiq bercadang hendak beli kereta BMW Z4 sebab tiada gunanya kerana hanya muat dua orang sahaja tapi Taufiq berkeras juga hendak membeli. Akhir sekali Fiera mengalah kerana tiada guna lawan lelaki itu lagipun Taufiq guna duit dia sendiri juga.
“Rasa sayang hei rasa sayang-sayang hei. Lihat nona sini rasa sayang. Sayang hei..!” Fiera cuba menarik perhatian Taufiq. Habis rosak lagu rakyat diubah namun riak wajah Taufiq langsung tidak berubah. Kelat, pahit, masam malah masin pun ada!
Fiera mencebik. Geram pula dengan air muka Taufiq yang langsung tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia memasang earphone ke telinga lalu menekan lagu kegemarannya yang sudah dimaksukkan ke dalam telefon bimbitnya. “Tak nak layan aku sudah! Aku pun tak hingin!” bebel Fiera.
‘Nak lawan merajuk sangat? Amek kau…!’ desisnya. Tiba-tiba earphone yang tersumbat dicuping telinganya direntap kasar. Mujurlah tidak tercabut sekali telinga Zaffiera. Tajam mata gadis itu memandang tangan kiri Taufiq yang meyimpan earphone ke dalam laci dashboard kereta.
“Buat apa nak pekakkan telinga kalau radio kereta sudah terpasang.” Sindir Fiq. Tenang sahaja dia meneruskan pemanduannya tanpa memohon maaf.
“Hah! Ingatkan ada orang bisu seribu bahasa.” Balas Fiera balik. Dia memaling badannya menghadap tingkap kereta. “Tingkap gerobak ni lagi cantik dari tuan dia.” Omel Fiera.
“Nurul Zaffiera…” panggil Taufiq. Anak matanya menjeling Fiera yang merajuk dengan kelakuannya. Sebenarnya kata-kata Fiera berbekas dihatinya. Bagaimana kalau Fiera jatuh hati dengan Adam Danial? Bagaimana pula kalau mereka sampai ke jinjang pelamin? Taufiq tidak sangup membayangkan semua itu sedangkan cintanya sendiri tidak terluah. Mengenali gadis bernama Nurul Zaffiera sejak dia mula mengenali ABC dan 123 sudah cukup membuatkan dia memahami perangai Fiera yang tidak suka dengan topik berkaitan dengan CINTA kecuali cerita cinta dari koleksi novel dan DVDnya.
Taufiq kenal dengan Fiera sejak sekolah rendah hingga menengah walaupun mereka berlainan kelas ketika tingkatan satu hingga tiga tapi mengenali Fiera sejak berusia 7 tahun banyak mengajar dia tentang gadis periang itu. Fiera akan menolak sesiapa sahaja yang menyapa pintu hatinya secara mentah-mentah tanpa memberi peluang..
“Ya?” sahut Fiera. Kejap mengelamun kejap marah. Agaknya Dr. Taufiq patut ditukar ke hospital Sakit Jiwa tapi bukan sebagai doktor tapi pesakit.
“Fiera…” panggil lelaki itu lagi.
“Apa jugak!” jerit Fiera. Bengang dengan perangai Taufiq yang mengada-gada.
“Aku…” Taufiq berkira-kira hendak menyoal Fiera. Tapi dia sendiri ragu-ragu dengan soalan yang hendak diutarakan. Nak soal takut tapi kalau tidak soal dia sendiri pula tidak puas hati dengan persoalan demi persoalan yang semakin sarat di kepalanya.
Zaffiera mencebik. Dia pula yang tertanya-tanya dengan kelakuan Taufiq yang seperti sedang menyusun ayat untuk memberitahunya sesuatu. Hatinya berdegup kencang. Berdebar-debar jantungnya menanti kata-kata yang bakal terpacul dari mulut lelaki itu.
“Fiera…” panggil Taufiq sekali lagi. Sempat matanya memaling seketika ke arah Fiera yang setia menanti setiap bait-bait yang terkeluar dari mulutnya.
Fiera semakin cuak dengan Taufiq. Kalau diikutkan hati sudah lama dia lempang muka Taufiq biar jadi lembik macam sambal tempoyak. Paling baik pun ketuk kepala Taufiq pakai tukul agar skru-skru kepala lelaki itu berkeadaan baik semula.
Gadis itu enggan menyahut panggilan tersebut. Entah sampai bila mereka akan berkeadaan begitu. Seorang memanggil seorang menyahut.
“Fiera.” Tangan kiri Taufiq menarik lengan baju kurung beberapa kali. Dia mengeluh. Sekarang gadis itu pula yang merajuk. Salah dia juga kerana berkelekuan sedemikian.
“Aku nak tanya kau ni. Kalau betul umi nak kau jadi menantu umi macam mana? Opah pun memang sudah anggap kau keluarga mereka apatah lagi umi yang sayang sangat dengan kau. Manalah tau kot-kot umi nak kau kahwin dengan si Adam Danial tu.” akhirnya keluar juga kata-kata tersebut dari mulut Taufiq. Mengenangkan ahli keluarga Anis Damia memang sayangkan Fiera terutamanya umi Anis malahan opah doktor tersebut yang berada di Temerloh juga sudah jatuh hati dengan keayuan Fiera ketika mereka berdua mengikut keluarga Anis bercuti di kampung dahulu.
“Aku tak nak Taufiq. Biarlah aku kahwin dengan orang yang sayang dekat aku dan aku sendiri sayang orang itu. Lagipun buat masa ni aku tak nak fikir semua ni. Ada benda yang lagi penting aku patut fikir dari fikir pasal jodoh. Bagi aku kalau jodoh aku sudah sampai aku akan kahwin tanpa ragu-ragu…” jawab Fiera. Tidak mungkin dia akan memberitahu sebab sebenar dengan Taufiq yang dia masih mencari ahli keluarganya yang sebenar. Dia teringin sangat untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.
“Tapi Fiera cinta tidak akan bergolek. Ia perlu dicari…”
“Kau cakap senang Taufiq. Kau sendiri pun belum ada awek. Lagipun aku tidak ada perasaan tu lagi.” Ujar Fiera. Perasaan dibuai rasa sayang dan cinta. Perasaan yang sentiasa berada di awang-awangan ketika bersama si dia. Itulah perasaan cinta yang sering diutarakan oleh rakan-rakannya sejak dulu lagi. Namun dia tidak pernah langsung merasakan perasaan tersebut.
“ Mungkin permata di depan mata kau tidak nampak lagi.” Kata lelaki itu. Fiera mengerut dahinya. Tidak faham dengan kata-kata Taufiq yang tersingkap 1001 maksud yang terselindung.
“Maksud kau?”
“Suatu hari kau faham juga Fiera. Bila kau sudah tahu perasaan tu nanti baru kau tahu maksud kata-kata aku. Tak payah kau nak soal lagi.” Jelas Taufiq. Dia menghantar Fiera ke pejabat gadis itu sebelum balik semula ke hospital. Fiera masih lagi bingung dengan kata-kata Taufiq tapi mungkin benar kata lelaki itu. Biar masa yang menentukan. Mungkin kalau dia tahu perasaan itu dia akan memahami sendiri maksud tersebut.
… … … …
Sejurus pintu rumah tersebut terbuka luas. Gadis itu membuka kasutnya lalu meletakkan kasut tumit tinggi itu ke atas rak kasut. Beg tangan dan fail dilempar ke atas sofa. Fikirannya hanya satu. Sofa empuk yang selesa untuk membaringkan badannya yang sudah lesu. Penat menyediakan beberapa kertas kerja untuk bos baru yang akan mengambil alih syarikat tersebut.
Fiera merebahkan badannya ke atas sofa hitam panjang. Seolah-olah tubuhnya terbuai lena. Matanya yang hampir sahaja tertutup secara spontan apabila kusyen lembut berbentuk hati dilempar ke muka gadis itu.
“Eh minah! Jangan ada hati nak tidur sini. Kalau iya pun pergilah mandi dulu biar badan kau tu segar sikit. Ini tak sampai je terus landing dekat sini. Macam nangka busuk pun ada.” Omel Anis. Dia tahu pekerjaan Zaffiera memang memenatkan apa lagi sejak naik pangkat tapi tidak pernah pun sebutir keluhan dari Fiera erti kepenatan.
“Yalah…” Fiera duduk menyandar di sofa tersebut. Dia mengurut tengkuknya sambil memandang ke arah Anis yang duduk di sofa sambil menekan alat kawalan jauh bagi melihat rancangan television yang menarik. Satu persatu siaran tv ditekan akhirnya Anis menekan Animax. Sememangnya memang sudah menjadi kegemaran mereka berdua menonton kartun-kartun animasi jepun dari siaran tersebut.
Fiera mengeluh. Kawan dan teman serumahnya ini bakal melangsungkan perkahwinannya dan Iqbal dua minggu lagi. Mulai hari ahad ini dia dan Anis akan tinggal di rumah ibu bapa Anis untuk persedian perkahwinan gadis itu.
“Anis. Lepas kau kahwin aku bercadang nak pindah.” Fiera mengutarakan cadangannya. Rumah yang dikediami oleh meraka berdua ialah rumah hadiah dari ibu bapa Anis kepada anak mereka. Sudah tentu Anis dan Iqbal bercadang hendak tinggal di rumah sendiri selepas melansungkan majlis mereka.
“Tak payahlah kau pindah Fiera. Aku dan Iqbal bercadang untuk terus tinggal di rumah bakal mertua aku. Kami kesiankan mak dia. Iqbal anak tunggal. Memang tanggungjawab dia jaga mak dia sejak arwah ayah dia meninggal.Tak kan kami nak tinggalkan mak dia sorang dekat rumah dengan orang gaji.” Ujar Anis. Sejak ayah Iqbal meninggal dunia secara mengejut kerana serangan strok badan ibunya sentiasa lemah dan murung akibat tidak dapat menerima kenyataan tentang peningalan suaminya.
“ Lagipun aku tak kisah kau jadi jagar rumah ni.” Sambung Anis. Gadis itu meyeringai apabila melihat mulut Fiera yang muncung sedepa digelar jagar.
“Kau jual rumah ni dengan aku. Sekurang-kurangnya bagi la aku bayar sewa rumah Anis. Segan aku duduk sini percuma sejak dulu lagi.” Tiba-tiba Fiera terfikir untuk memiliki rumah tersebut. Kalau Anis enggan pun dia lebih rela membayar sewa rumah daripada terus tinggal di situ percuma.
“Aku tak nak kau bayar sewa rumah. Umi pun kata hari tu yang kau tak perlu bayar. Kalau kau nak rumah ni kau belilah. Nanti kita minta tolong peguam kesayangan kau tu tolong uruskan semuanya. Aku pun sayang rumah ni tapi daripada tiada orang tinggal baik kau aje yang ambil.” Sempat lagi Anis mengusik teman serumahnya. Peguam kesayangan yang dimaksudkan ialah Peguan Ammar Haikal merangkap model yang terkenal.
“Tidak kuasa aku nak layan si Ammar tu. please la… Tak nak aku kena serang oleh awek-awek dia. Lagipun satu Malaysia ni bukan dia sahaja peguam. Banyak lagi peguam di dunia ni.” Fiera mencebik. Bukan dia benci Ammar jauh sekali memandang rendah kawannya itu. Tapi perangai Ammar yang sering tukar wanita malah sikap Ammar yang terlebih ambil berat tentang diri Fiera mengalahkan jaga bini sendiri walaupun mereka berdua tiada sebarang ikatan selain kawan biasa.
“hah! Tu dok ingat dia la tu.” sergah Anis. Sekali lagi bantal di tangannya dilempar ke arah Fiera. Niat Fiera untuk membalas balik gagal apabila telefonnya berdering. Terkocoh-kocoh dia mencari telefonnya yang sudah menjerit minta diangkat.
Fiera mengeluh apabila melihat nama yang tertera di skrin telefon. Baru saja umpat pasal mamat ni sudah menelefon. Seolah-olah tahu yang dia menjadi topik mereka berdua petang itu.
“Muka kelat semacam tu mesti peguam kasanova tu telefon kau lagi. Angkatlah sebelum telinga aku pekak dengar lagu telefon kau tu.” Teka Anis. Setiap kali Ammar telefon mesti air muka Fiera berubah menjadi buruk macam beruk. Kadang-kadang kawannya sangup matikan telefon asalkan tidak menyambut panggilan dari Ammar. Kata gadis itu jikalau bukan si Ammar tu kawan sekelasnya sejak sekolah menengah sudah tentu dia tidak layan.
“Hish! Malas aku mamat ni…” Fiera ingin menjawab telefon tersebut sambil berdiri menaiki tangga. Dia memberi signal kepada Anis mengunakan jari telunjuk bahawa dia ingin naik ke tingkat atas. Anis hanya mengangguk faham. Dia sendiri juga hendak bersiap untuk mandi.
“Hello sayang.” Kata lelaki itu dicorong telefon sebaik sahaja panggilannya berjaya.
“Assalamualaikum Encik Ammar Haikal…” sindir Fiera. Tak menyempat betul bagi salam macam ikut budaya barat. Dia menghempapkan tubuhnya ke atas katil saiz queen di bilik tidur.
“Waalaikumsalam cinta. Baru sampai rumah kah? Penat tak kerja?” soal Ammar. Hanya tuhan saja tahu betapa rindunya hatinya terhadap Fiera. Dengar suara pun jadilah. Asalkan terubat rindunya.
“Ermm… rumah. Penatlah. Kau di mana ni? JB ?” Fiera berpura-pura pekak dengan panggilan cinta dan sayang oleh Ammar. Telinganya sudah jenuh dengan pangilan-pangilan sedemikian oleh lelaki bernama Ammar Haikal sejak dulu.
“Aku dekat KL ni. Ada urusan sikit seminggu di sini. Nak jumpa esok boleh tak? Aku jemput kau di pejabat tepat pukul dua macam biasa.” Soal Ammar sekali tetapkan masa makan sekali. Dia sebenarnya bukan hendak meminta kebenaran keluar makan tapi lebih kepada menetapkan masa makan yang seolah-olah sudah dirancang.
“Aku sibuk esok. Lagipun aku keluar makan dengan Taufiq jadi tak payahlah kau jemput aku.” Maaflah aku Taufiq. Terpaksa jual nama kau kejap. Sambung Fiera dalam hati. Lagipun Taufiq sentiasa bagi green light untuk dia guna namanya bagi mengelak dari Ammar yang tidak faham bahasa.
“Eloklah aku pun sudah lama tak jumpa dia. Esok aku jemput kau yaa… bye sayang!” Belum sempat Fiera mencelah Ammar sudah menamatkan panggilan mereka.
“Arghh! Sakitnya hati aku…!” jerit Fiera. Akhirnya dia menuju ke bilik mandi. Baik lagi dia mandi dari fikir semua kerja gila Ammar.
*Alahai...watak ADam belum kluar2 lagi..sowie...Jangan lupa tinggalkn komen n tekan LIKE yawr..!
Aduh! nak pilih yang mana ni?
ReplyDeleteTaufiq baik sangat.. Ammar playboy tapi macam best gak.. belum muncul Adam lagi.. hish.. Fiera akan pilih sape ni? ^_^