Nurul Zaffiera mengurut tengkuknya. Kedudukannya selaku pegawai pemasaran dalam Syarikat Globe Sdn. Bhd memang mencabar bagi seorang gadis yang berumur 26 tahun. Umurnya yang baru setahun jagung dalam dunia perniagaan memang sering menjadi buah mulut pekerja disitu. Fiera hanya mampu memekakkan telinga. Kedudukannya yang dinaikkan oleh Tan sri Fuad memang menimbulkan tanda tanya semua pekerja di situ pada mulanya.
Fiera setahun lalu hanya seorang akauntan tiba-tiba naik pangkat mengantikan Azilah yang berhenti kerja demi menumpukan sepenuh masa untuk keluarganya. Sebenarnya Tan Sri Fuad ialah abah kepada kawan karibnya Doktor Anis. Gadis yang telah menjadi teman sebiliknya ketika di kampus dulu yang rekomenkan dia kerja disitu sebagai akauntan tetapi atas usahanya sendiri Fiera menerima kenaikan pangkat selaku pegawai pemasaran.
“hai sayang.” Terjah seseorang. Lelaki itu masuk tanpa dipelawa. Kerusi di hadapan Fiera di tarik lalu dia mengambil tempat di hadapan gadis yang telah mengetuk pintu hatinya sejak dahulu lagi.
“kau on call ka hari ni?” soal Fiera. Malas hendak layan loyar buruk lelaki bernama Mohd. Taufiq bin Abdullah.
Taufiq mengeleng. Dia mendongak menghadap wajah Fiera yang jelas terpamer riak kepenatan. Rindunya semakin membuak. Namun gadis itu terlalu tenang melayannya sebagai seorang teman sehinggakan dia tidak sangup meluahkan isi hati kepada Fiera.
“apahal kau pandang aku macam nak telan?” terjah Fiera. Rimas dia dipandang sedemikian.
“sebelum kau telan aku Dr. Anis Dania sudah telan kita hidup-hidup. Kata nak pergi makan cepatlah.” Taufiq merengus geram. Tidak pasal-pasal perempuan ni terjah dia.
“Dia mana? Kata nak jalan sama-sama.” Soal Fiera.
“mana aku tahu. Lunch time saja muka kawan baik kau tu lesap. MIA. Missing in Action.” Geram Taufiq mengenangkan Anis yang suka benar lupa kalau berjanji. Betul-betul janji melayu terutamanya bila berjumpa tunang kesayangannya si Faizul.
“habis tu jadi nak pergi makan tak? Aku lapar ni. KFC pun jadilah… nanti lewat lima minit lagi siap kau tinggal rangka aku telan.” Fiera sudah membuat mimik rupa. Perutnya sudah menari tarian shuffle guna lagu dangdut. Memulas perut gadis itu kelaparan.
“jadilah. Tak tahan aku angkat kau yang berat nak mampus ni kalau gastrik lagi.” Selamba Taufiq bercakap benda yang paling sensitif bagi setiap umat bergelar wanita iaitu berat badan.
“selamba badak je mulut longkang kau cakap aku berat.” Ujar Fiera. Dia membuka laci meja mengambil tas tangannya lalu berdiri di hadapan Taufiq bersedia hendak berjalan. Dia berjalan menuju ke pintu bilik beriringan dengan Taufiq.
“cakap depan kau tidak payah nak control macho.” Ujar lelaki itu.
“aku tahu la Titi. Muka kau bukanya macho sangat pun. ” ejek Fiera. Itu sahajalah bajet dia untuk balas kata-kata Tyler alias Mohd. Taufiq. Tyler ialah nama Taufiq sebelum lelaki itu memeluk agama Islam.
Lydia setiausaha Fiera sempat memaling ke arah bosnya beriringan dengan Dr.Taufiq. Dia memang sudah mengenali lelaki yang sering berjumpa dengan Fiera setiap kali ada kelapangan. Lydia membalas senyuman pasangan tersebut sebelum meneruskan kerjanya.
“nama aku Mohd. Taufiq okey! Bukan Titi. cebik Taufiq. ” Tidak suka benar dia digelar Titi oleh Fiera. Titi. Macam nama monyet pun ada.
“alah my Titi merajuk..haha.. eh kejap!” Fiera berpusing menuju ke meja Lydia.
“my Miss Lydia yang cantik molek. Kalau ada panggilan dari umi kata saya makan dengan kita punya doktor sengal ni. okey!” hampir tersembul keluar jantung gadis cina itu dengan sergahan Fiera.
“hey aku dengarlah mak cik.” Sempat lagi Taufiq meyampuk perbualan Fiera dan Lydia.
“you ni Fiera kalau I ada sakit jantung untung you sempat makan ayam sebab I mati katak dekat sini.” Lydia mencebik. Mulutnya muncung sedepa. Kadang kala dia sendiri geram dengan gurauan Fiera yang tak bertempat. Tetapi ofis mereka akan sunyi tanpa gelak tawa dari gadis tinggi lampai yang suka bergurau dengan pekerjanya.
“your bos ni kalau kita tak mati katak tak habis-habis nak sakat kita dengan loyar buruknya.” Sampuk Ikram. Dia menjelirkan lidah ke arah Zaffiera. Apabila ada kesempatan nak sakat Fiera dia tidak akan lepas peluang emas itu.
Fiera mencebik. ‘Kalah la pulak dengan Mr. Diktator ni.’ desisnya.
“sudah jom Taufiq. aku dah lapar. Jom menyumbat. Bye Lydia.” Fiera menarik lengan Taufiq yang berkemaja lengan panjang. Kalau kemaja lelaki itu lengan pendek haram cucu cicit nenek moyang dia nak sentuh lelaki bukan mahram.
Taufiq sudah ketawa terbahak-bahak melihat wajah Fiera yang merona kemerah-merahan menahan malu. Sekali sekala membebel dengan Fiera yang tidak suka kalah bukannya perkara besar bagi Taufiq hendak pujuk kembali. Fiera sememangnya panas baran tetapi keceriaannya sentiasa menghapus sikap pemarah Fiera. Sekejap lagi sejuk lah lagi gadis pujaannya.
Lydia hanya mengeleng memandang pasangan yang berjalan menuju ke dalam perut lift. Kalau berjumpa tidak sah macam anjing dan kuching tapi boleh pula berkawan baik. Dia menyambung kerjanya semula.
“Fiera naik kereta kau. Aku malas nak pandu. Penatlah.” Ujar Taufiq. mukanya mengharap agar Fiera sangup memandu. Kepalanya penat dengan beberapa pembedahan dari pagi. Taufiq mengurut dahinya. Kepalanya pening sebab penat sangat.
“tu la kau. Aku suruh kahwin tak nak. Ada juga jadi tukang urut bila kau sakit kepala. Bak sini kunci kereta kau.” Fiera menghulurkan tangan meminta kunci kereta Taufiq.
Taufiq membuka matanya memandang Fiera. “aku tahu kau ni lokek gila-gila. Kereta kau mana?” soal Taufiq.
“kereta aku dekat rumah. Hari ni giliran Anis yang pandu. Cepatlah bak sini kunci kau.” Gesa Fiera. Dia dan Anis membuat perjanji untuk bergilir-gilir memandu ke kerja kononnya untuk memeriahkan kempen pemanasan global dan mengurangkan kepenatan mereka bekerja sekiranya bergilir-gilir.
Taufiq mengelengkan kepalanya malas hendak lawan mulut. Dia hanya memyerahkan kunci keretanya kepada Fiera.
“kereta kau mana?” soal Fiera setiba di tempat parkir kereta. Dia hanya mengekori langkah Taufiq ke arah kereta BMW Z4 milik Taufiq. Dia menekan alat penggera lalu mengambil tempat di tempat pemandu manakala Taufiq duduk bersebelahan dengannya.
"Bawa kereta aku tu hati-hati. Calar sikit siap kau. Ini bini aku tau!” Taufiq memberi arahan diktator seperti biasa. Dia paling sensitif sekiranya berkaitan dengan kereta kesayangannya.
“huh! Leleki! Kereta aje bini. Agaknya kalau kau ada bini habis remuk kereta ni sebab makan hati berulamkan jantung dengan perangai kau.” Taufiq sedikit pun tidak terasa dengan omelan Fiera asalkan keretanya selamat. Fiera ni kalau dilayan sangat boleh jadi jalan raya jadi litar Sepang.
“singgah solat kejap. Aku belum zohor lagi ni. Jangan lupa pakai tali pinggang Fiera.”ujar Taufiq apabila memandangan gadis itu bersedia hendak memendu tetapi tali pinggang masih belum dipakai.
Setelah manarik tali pinggang Fiera meluncur laju keluar dari tempat parkir kereta. Bebelan Taufiq disebelah tidak diendah. Sebaliknya dia terus menuju ke arah masjid yang berdekatan.
Fiera parkir kereta tersebut berdekatan dengan pintu pagar masjid Ar-Raudhah memandang masjid itu tidak menyediakan tempat parkir kereta.
“bawa kereta macam nak pergi bunuh diri.” Taufiq mencebik. Geram dengan perangai Fiera yang degil. Tali pinggangnya dibuka. Dia bersedia untuk membuka pintu kereta tetapi tingkahnya tiba-tiba terhenti kemudian berpaling menghadap Fiera yang menyandar lena. Matanya dipejam.
“kau sudah solat kah?” soal Taufiq.
“Aku ABC. Kau pergilah seorang.” Jawab Fiera ringkas. Matanya masih lagi tertutup tatkala mengeluarkan kata-kata tersebut.
Berkerut dahi Taufiq cuba mengulas maksud tersebut. Dia langsung tidak dapat menangkap maksud Fiera yang cuba berkias. Fiera buka pemalas walaupun sekali sekala terlepas solat tetapi dia sebenarnya sedang uzur.
“Kau manusialah bukan ABC. Sembayang pemalas.” Taufiq menolak bahu gadis itu. Mengejutkan Fiera agar tidak semakin terlena.
“aku Allah Bagi Cuti. Jangan buat-buat tak faham pula. Pergilah solat.” Penerangan ringkas Fiera membuatkan Taufiq memahami maksud gadis itu.
“Cakap biar jelas. Ingat aku budak-budak tingkatan tiga yang baru belajar bab ini ka?” pekerjaannya sebagai seorang doktor cukup terdedah dengan tubuh badan manusia. Dia bukan lagi pelajar tingkatan tiga yang baru hendak belajar bab pasal wanita.
Fiera mencebik. Tunjuk hebatlah tu. desis hatinya.
“kunci kereta ni. Kalau ada orang tegur jangan layan. Kau jangan acuh tak acuh pulak. Sekarang ni kes rogol, rompak dan ragut semua ni berleluasa.” Tegur lelaki itu.
“baiklah. Pergilah kau solat. Membebel macam mak nenek nanti habis waktu pula.” Fiera membuka matanya memandang kea rah Taufiq yang merenungnya tajam. Terasa hatinya berdebar apabila direnung sedemikian. Mata mereka bertaut seketika sebelum Fiera membuang pandang kea rah luar tingkap.
“aku pergi solat dulu. Jangan lupa kunci kereta ni.” Ujar Taufiq lagi.
“iyalah pak cik.”
Fiera melayan perasaan ketika Taufiq sedang menunaikan solat zohor. Dia perlu mengingatkan Taufiq agar memberitahu Anis hal sebenarnya. Hatinya tidak tenteram sekiranya terus berdiam diri sebelum Taufiq menceritanya perihal mereka berdua dengan gadis yang telah banyak membantu dirinya.
Malahannya umi dan pak cik mengangap dirinya sebagai sebahagian dengan diri mereka. Walaupun perkara tersebut tidak penting sangat tetapi Anis berhak mengetahui tentang diri Taufiq juga.
-> layan~
best.. Taufiq suka dengan Fiera ke? hehehe.. ^_^
ReplyDelete@Afifah hehe..yupz...cinta 3 teruna 1 dara..
ReplyDelete