Ainul
berlari keluar menuju ke pintu lapangan terbang antarabangsa Taiwan. Dia sudah
terlewat untuk menziarahi mayat kedua-dua datuk dan neneknya, sesekali air
matanya jatuh mengenangkan nasibnya kerana tidak dapat melihat wajah kedua-dua
orang tersayang tersebut.
Hancur luluh jantungnya apabila menjawab
telefon pagi tadi dari jiran rumahnya, Rui Zhe tentang kejadian yang menimpa
datuk dan neneknya. Mereka disahkan meninggal di tempat kejadian kerana
mengalami hentakkan yang teruk dalam kemalangan jalan raya.
Ainul
meneruskan langkahnya walaupun tubuhnya masih letih mengendali projek kerjasama
di Jepun. Kepalanya berpinar-pinar sehingga terlanggar susuk tubuh seseorang.
“Sorry sir. Sorry...”Ainul tunduk berkali kali memohon maaf terhadap lelaki
tersebut namun dia tidak sempat untuk meneruskan perbualan kerana matanya
terlihat Micheal He Rui Zhe di tepi pintu utama.
“Ainul.
Saya di sini.!” jerit Rui Zhe dalam bahasa mandarin. Pelat lelaki cina itu
memanggil namanya walaupun mereka sudah berjiran sejak kecil.
Dia
hanya meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan lelaki terlanggar tadi. Nenek
dan datuknya lagi penting sekarang ini!
“Ah
Zhe, Mana mereka sekarang?” soal Ainul.
“Mayat
mereka sudah ada di rumah kamu.” jawab lelaki cina tersebut. Ainul bersyukur
kerana dapat jiran sebelah rumahnya yang baik dengannya walaupun mereka
berlainan agama.
“Rupa
awak sangat teruk Ainul.” kedengaran nada risau pada kata-kata He Rui Zhe.
“Saya
terkejut Ah Zhe. Saya tidak sangka yang datuk dan nenek boleh kemalangan.” Ainul
mengesat air matanya. Wajah yang putih melepak sudah bertukar kemerah-merahan kerana
menangis dari tadi subuh.
Rui
Zhe mengeluh berat.
Ainul
memandang ke arah luar tingkap kereta Mercedes tersebut. Takut sekiranya air
matanya yang gugur dilihat oleh Rui Zhe. Lelaki itu pasti risau sekiranya Ainul
menangis lagi.
Hati
Ainul hancur berkecai. Dia seolah-olah terlihat nenek dan datuknya sedang
melambaikan tangan ke arahnya. Ainul kemudiannya dirundum rasa bersalah.
Sekiranya dia mengikuti kedua orang tua tersebut pulang ke Malaysia pasti
kejadian ini tidak akan berlaku. Sudah pasti dia yang memandu kereta dan
bukannya uncle Abdullah Chia, pemandu
datuknya.
Air
matanya semakin kuat kedengaran. Esakan gadis itu membuatkan Rui Zhe semakin
risau. Takut Ainul tidak dapat terima kenyataan apabila melihat rupa paras
neneknya yang hancur sedikit akibat kemalangan menimpa mereka pagi tadi.
Rui
Zhe menghulurkan tisu pada Ainul. “Menangislah kerana itu lebih menenangkan
awak.”
“Terima
kasih Ah Zhe.”
“Awak
patut tidur seketika. Nanti bila kita sampai saya akan kejutkan” Ainul memejam
matanya. Badannya juga terlalu lemah menanggung kesedihan.
Kata-kata
He Rui Zhe sedikit sebanyak diambil kira.
“Ainul
kita sudah sampai…” serba salah Rui Zhe hendak
mengerakkan badan Ainul untuk mengejutkannya. Serba sedikit Rui Zhe memahami
agama yang diamalkan oleh gadis itu. Menjaga maruah dan tatasusila adalah amat
penting.
“Ainul.”
panggil Adam sekali lagi. Tangannya hendak meyentuh lengan gadis yang berbaju
kurung itu. Perlahan-lahan Ainul tersedar. Dengar kadar segera Rui Zhe menggaru
kepalanya yang tidak gatal. Berpura-pura untuk mengelak salah faham Ainul.
takut nanti dicop ambil kesempatan dalam kesempitan pula!
“Kita
sudah sampai di rumah awak.” Kata Adam sambil membuka tali pinggang yang
terpasang..
Ainul
memisat mata yang pedih. Kelihatan ramai orang-orang islam dan bukan islam
sedang mengerumuni dalam dan halaman banglo milik keluarga Ainul..
Kebanyakannya kawan rapat datuk dan neneknya.
“Ah
Zhe saya takut.” Mata Ainul yang berair itu hanya mampu pandang sayu oleh Rui
Zhe. Jika diikutkan hati ingin sahaja dia memeluk gadis tersebut bagi
menenangkan fikirannya. Tapi dia masih waras agar tidak berbuat sedemikian.
Nanti
tidak pasal-pasal, ada pula kenduri jiran Ainul yakni rumah Rui Zhe. Kenduri
meninggal juga… meninggal dibelasah oleh seorang gadis yang dipeluk! Siapa lagi
kalau bukan Ainul. Ainul pun bukan boleh bawa main-main… bahaya! Silap hari
bulan buka langkah kungfu!
“Jangan
risau. Saya sentiasa berada disisi awak.” Kata Rui Zhe tenang seperti biasa.
Memberi kata-kata agar Ainul berasa selamat disampingnya.
Doktor Micheal He Rui Zhe atau lebih dikenali
sebagai Ah Zhe sering melindunginya sejak dia meninggalkan tanah Malaysia sejak
12 tahun dahulu. Jiran merangkap abang serta seorang penyelamat seperti knight in silver armor menyelamatkan
tuan puteri tatkala dalam bahaya gitu…
Ainul
membuka pintu kereta Mercedes hitam itu. Bergegar kakinya melangkah masuk ke
rumah. Terasa bahang kesedihan yang terpancar di muka rakan-rakan atuk Hadi Lee
dan nenek Hasnidah yang berada di perkarangan rumah banglo.
Sebulan
lalu rumah itu masih lagi kelihatan sungguh ceria dan indah di mata Ainul. Hari sebelum kepulangan datuk dan nenek ke
Malaysia untuk berjumpa dengan mak su.
“Ainul
kami berada di sini.” Ainul memandang ke arah tuan punya suara. Dia kenal suara
tersebut. Kelihatan Xiao Wei sedang melambai tangannya untuk memanggil Ainul agar
mendekati mereka.
“Xiao
wei.” Mulut mungil Ainul memanggil nama adik Ah Zhe walaupun suaranya hanya
mampu didengar oleh dirinya seorang sahaja.
Perlahan-lahan
Ainul mendekati rakan baiknya, tanpa berlengah Xiao Wei terus memeluk erat
tubuh Ainul untuk memberi secebis semangat bagi menghadapi segalannya.
“Xiao
Wei, mana nenek dan datuk saya? ” soal Ainul sambil meleraikan pelukan mereka.
Rui
Zhe yang hanya mampu memandang Ainul yang berpelukan dengan adiknya dari pintu
utama rumah yang dahulunya tersergam indah dengan gelak ketawa gadis itu
bersama keluarganya. Kini seluruh rumah terasa bahang kehilangan dua insan yang
mulia dan budi pekerti.
“Temankan
saya ke sana.” Ainul mengajak. Sekurang-kurangnya jika ada Xiao Wei boleh juga
bantu dia untuk kuatkan semangat. Lantas Xiao Wei mengangguk lalu menemani teman
karibnya menuju ke tempat datuk dan neneknya dibaringkan.
Lemah
tubuh Ainul memandang kedua-dua orang tersayangnya sedang terbaring kaku di
pembaringan.
“Ya
Allah…” Ainul menerkup mulutnya. Kedua-dua
datuk dan neneknya yang merangkap ibu dan ayah serta kakak dan abang kepadanya
kini sudah tiada. Pergi menghadap Ilahi.
Jika dulu merekalah tempat mengadu dan tempat
dia bermanja. Kini? Hanya tinggal dirinya sendiri sahaja. Tangan Ainul mengesat
air mata yang semakin deras mengalir... Sekelip mata saja dia terasa seolah
dihumban bersendirian ke dunia lain yang terlalu besar tanpa sesiapa pun.
“Ainul…
mak cik sudah telefon mak cik kamu dari Malaysia. Mungkin petang ni mereka akan
sampai.” ujar ibu Rui Zhe. Mujurlah ada juga jiran mereka yang sentiasa
mengambil berat tentang keadaaan sekeliling. Keluarga Rui Zhe sememangnya rapat
dengan keluarga Ainul walaupun berlainan bangsa dan agama.
“Terima
kasih mak cik..” Ainul mendakap erat wanita lingkungan 50 an itu. Dia
benar-benar terharu dengan bantuan mereka sekeluarga.
“Tak
mengapa. Kita pun keluarga kan?” ujar ibu Xiao Wei sambil mengusap kepala gadis
itu.
Ainul
mengangguk setuju. Hanya senyuman saja mampu diberi kepada wanita tersebut.
Terlalu banyak budi yang dilemparkan buat dia oleh jirannya sekeluarga.
“Xiao
wei. Saya hendak naik ke sekejap sebelum turun semula untuk membaca doa kepada
mendiang.” Kata Ainul kepada rakan karibnya itu sambil memandang beberapa orang
muslim rakan atuk yang sedang membacakan yasin kepada arwah.
Seraya
itu kawannya mengangguk. Kemudian pandangan Xiao Wei beralih pada beberapa
orang yang sedang membaca doa dalam bahasa yang dia tidak fahami. Tapi kenapa
hatinya pula terasa tenang ketika mendengarnya?
“Ibu
dekat mana dah? Telefon Am balik kalau
dengar pesanan ni.” Hafiz Ikram mematikan panggilan tersebut sesekali tangannya
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Kebingungan seketika di tengah-tengah
khalayak ramai yang sedang lalu lalang di lapangan terbangan antarabangsa
Taipei itu. Sempat matanya liar memandang wanita-wanita dan gadis ayu serta
seksi untuk menjadi santapan matanya sejak pagi.
Dalam
hati masih lagi menyesal kerana tidak tahu rumah opahnya. Akhirnya dia terpaksa
menunggu ketibaan ibu bapanya sejak pagi tadi. Sempat juga dia usha beberapa
awek cantik dari negara metropolitan ni. Bolehlah buat skandal!
“Siapa
nama awek pagi tadi tu? Bekas awek aku ke? Macam kenal macam tidak. Kalau awek aku
pelik juga. Tasya ka? atau Mila? Eh sejak bila pula awek aku pandai bertaubat
ini.” gumamnya mengingatkan kejadian pagi tadi. Wajah tersebut melekat di
otaknya sejak kejadian tidak sengaja itu, tapi sekiranya gadis itu bekas kekasih
Ikram memang tidak padan langsung! Kesemua kekasihnya sama ada dahulu atau
sekarang seorang pun tidak mengenakan hijab seperti gadis itu.
Wajah
itu tenang saja tapi anak matanya seolah menahan derita yang teramat… wah!
Sejak bila Ikram pandai guna ayat skema? Desis hatinya.
“Ah!!
bingung aku… Serabut otak fikir.” Habis
rambutnya yang pagi tadi tersusun rapi bertukar kusut masai. Sudah hampir
menyerupai sarang tebuan kerana terlalu kusut dan serabut. Iras rambut Nina
anak Tipah Radio yang tinggal kawasan rumahnya itu pun ada!
Seram
sejuk Ikram teringatkan Nina, kalau mak dia Tipah Radio. Si Nina pulak deejay
hot seeetttap!! Perasan hot dengan rambut sarang terbuannya itu.
“Hah!
Kenapa pula anak ibu seorang ini? Ibu
nampak kamu ni Am dah kusut semacam dah… Terlepas dari Tanjung Rambutan ke apa?
sergah Puan Noraini. Jarang betul Ikram berpenampilan sebegini.
Luar dari keajaiban dunia ajaib! Selalunya bukan main bergaya lagi.
Terkejut
Ikram dengan sergahan ibunya. Siap dengan memperli nampak? Mujurlah aku yang
macho ini tidak melatah.
“Ibu
ni…” Ikram mengurut dadanya yang masih berombak kencang. Lancar tangan kanan
Ikram membetulkan rambutnya seketika. Kena pulih kepada keadaan asal!
“Sudah.
Jom bergerak. Ainul sudah tunggu kita di rumah. Ayah dah telefon dia tadi.” Cela
Encik Ahmadi yang mendekati anak bininya. Baru saja habis berbual seketika
dengan Ainul di talian tadi.
“Ainul
tak apa-apa ke ayah?” soal Ikram yang cuba menyaingi ayahnya. Matanya sempat
mengenyit seorang gadis yang sedang duduk bersama beg Gucci pink. Eleh…sekali pandang sudah tahu beg palsu...
nasib baiklah kau comel. Sempat hatinya meneliti gadis tersebut.
“Entahlah.
Ayah pun tak tahu macam mana nak bayang budak seorang tu. Suaranya serak
betul!” Mereka bertiga menuju ke pintu utama.
“Kesian
Ainul tukan bang… lepas ni tak kan nak biarkan dia seorang sahaja duduk dekat
sini.” ujar Puan Noraini. Nada risau dipamerkan.
“Habis
tu? Awak nak ajak dia balik Malaysia kemudian tinggal dengan kita? Persoalannya
sayang nak ka si budak Ainul tu balik tinggal kita di Sabah sedangkan anak awak
seorang ini pun dah buat rumah dekat KL.” sempat lagi dia menyindir Ikram yang
suka sangat berjoli.
“Tai wo men qu che pian (bawa kami ke
sini.)” Ikram menghulurkan sekeping kertas kepada pemandu teksi lingkungan 50
an namun tubuh badanya masih lagi tegap. Pemandu teksi itu hanya mengangguk
tanda faham lalu memasukkan bagasi mereka bertiga ke dalam bonet kereta.
“Budak
seorang tu masih lagi trauma dengan kematian kak Nina dulu. Sebab tu tak nak
datang ke Malaysia. Papa kata budak tu sangup ke mana saja untuk menghadiri
mesyuarat dan khusus kecuali Malaysia. Asal cakap saja nak balik Malaysia dia
mesti hantar penolongnya… Risau saya! Kejadian ngeri tu sudah lama berlaku.”
Puan
Noraini dan suaminya mengambil tempat di belakang manakala Ikram duduk di
hadapan bersebelahan dengan pemandu.
“Entah
la macam mana nak cakap pasal budak-budak ni. Seorang dengan joli yang tak
sudah. Seorang pulak dengan trauma yang tak habis-habis. Am macam mana meeting semalam?” soal Encik Ahmadi
dengan anaknya.
“Okey
juga ayah… Mereka akhirnya setuju dengan syarat-syarat kita. China ini elok
juga kalau ayah nak perbesarkan pemasaran sebab perindustrian di sini
berkembang pesat...” jawab Ikram yang sedang melayan sms dengan Nadia yang akan
bertolak sebentar lagi ke Venice untuk sesi pengambaran. Ayat pun ikut skrip
habis. Bukannya dia tumpukan perhatian dengan apa yang ditanya pun!
“Hrmm…
kalau budak-budak tu dengan masalah mereka yang tak sudah-sudah. Awak yang dah
tua kerepot ni pulak tidak habis dengan kerja. Kita ni nak ke rumah arwah mama
dan papa saya. Saya tengah risau dengan budak Ainul tu. Entah apa nak jadi
dengan budak tu! Risau saya. Ibu dan ayah meninggal kerana kes penculikan.
Nenek dan datuk pulak kerana kemalangan. Kamu dua pula sibuk dengan kerja
masing-masing. Prihatinlah sikit!” Omel Puan Noraini. Satu keluhan dilepaskan.
“Relekslah
ibu.” Ikram mengenyit matanya kepada puan Noraini.
“Releks…releks…itu
aje kamu tahu. Kamu simpan telefon tu sebelum ibu humban keluar. ” Puan Noraini
menjeling dengan sikap Ikram yang keanak-anakkan dan tidak pernah ambil serius
dalam satu benda.
Ikram
hanya tersengih-sengih bagai kerang busuk. Telefonnya
terus disimpan. Macam budak kecil saja. Semua mesti kena marah baru berhenti.
Tapi tidak sampai berapa minit buat lagi.
Ainul
sibuk membantu orang masjid dalam menyediakan apa yang patut. Cuma dia masih
tidak dapat menentukan di mana datuk dan neneknya sepatutnya di kubur. Seingat
Ainul neneknya pernah menyatakan bahawa mereka hendak dikuburkan berdekatan
dengan kuburan ibu bapa Ainul.
Tapi
dia tidak dapat hendak menetapkan apa-apa agenda selagi mak usunya belum sampai
kerana mak ciknya lebih berhak membuat keputusan selaku anak.
“Nenek” sesekali air mata gadis kacukan cina itu
gugur. Orang yang tersayang meninggalkan kita begitu saja. Mungkin orang yang
tidak mengenali rapat neneknya akan berangapan bahawa wanita itu seorang yang
garang dan tegas tetapi sebaliknya dia seorang yang penyayang.
“Ainul…”
Terasa bahu Ainul dipegang erat. Terkejut gadis itu memandang Rui Zhe di
sisinya. Laju tangan Ainul mengesat air matanya. Enggan air mata yang jatuh
tadi gugur dapat dikesan oleh Rui Zhe.
“Ainul.
Saya terpaksa pergi kerana ada mesyuarat petang ini…” tegur Rui Zhe. Serba
salah hendak meninggalkan gadis itu sendirian tetapi tanggungjawabnya sebagai
seorang doktor juga satu keutamaan.
“Tak
mengapa. Saya tak tidak apa-apa.” jawab Ainul tenang. Anak matanya memandang
tepat pada Rui Zhe. Lelaki yang terlalu baik padanya.
“Saya cuma hendak memberitahu awak yang saya
sentiasa berada di sisi. Ingat tu.” kata Rui Zhe perlahan seperti biasa.
Ainul
mengangguk. Satu senyumannya tetap dihulurkan kepada lelaki itu walaupun payah.
Sekurangnya biarlah Rui Zhe tahu dia masih kuat menghadapi kenyataan.
“Rui
Zhe…!” panggil Ainul sedikit menjerit.
“Ya?”
Terpusing Rui Zhe mendengar namanya dipanggil oleh Ainul.
“Terima
kasih banyak-banyak. Awak seorang kawan yang baik.” Ainul masih tidak mampu
cakap lebih-lebih. Dia tahu perasaan Rui Zhe terhadapnya dari dulu lagi. Siapa
lagi kalau bukan Xiao Wei yang bocorkan rahsia abangnya.
“Jangan
lupa yang saya sentiasa disisi awak selamanya!” Rui Zhe sentiasa berada di sisi
Ainul sejak kecil. Menjadi abang yang sentiasa prihatin pada adiknya. Xiao Wei pun
pernah cemburu kerana abang kandungnya sering menyebelahi Ainul berbanding
adiknya sendiri. Tapi bila menginjak usia, akhirnya dia tahu perasaan abangnya.
Jika
sesiapa yang membuli Ainul. Rui Zhe la yang sentiasa menjadi pelindung. Ketika
berada di sekolah menengah ramai berangapan Ainul ialah teman wanita Rui Zhe
yang sememangnya terkenal dengan ketampanan dan kebijaksanaan lelaki cina itu.
Jadi tiada sesiapa pun berani menjentik Ainul.
Ainul
menuju ke arah Puan Noraini perlahan-lahan. Wanita yang muda tiga tahun dari
ibunya itu mendakap Ainul seerat-eratnya. Betapa sayangnya Puan Noraini pada
diri Ainul. Terasa panas bahunya dengan air mata wanita tersebut.
Perlahan-lahan
Puan Noraini meleraikan pelukannya. Rindunya terhadap Ainul membuak-buak.
Bertambah sedih dia memandang gadis berumur 26 tahun itu.
“Assalamualaikum
Ainul.” Puan Noraini memandang wajah anak gadis arwah kakaknya. Ayu dan semakin
cantik!
“Waalaikumsalam
mak cik. Mak cik nak jumpa arwah?” Nasib baik Ainul masih di asuh untuk
bertutur bahasa melayu oleh arwah nenek sejak kecil. Mereka berpimpin tangan
memasuki perkarangan rumah.
‘Ainul
kena ingat. Tak kira mana kita berada. Jangan sesekali lupa bahasa ibunda. Jangan
lupa adat istiadat melayu.’ pesanan nenek sentiasa bersamanya walaupun jasad
arwah sudah terkaku di perbaringan.
‘Ainul
rindukan nenek dan datuk.’ hatinya berbisik.
“Sabarlah
Ainul. Allah lebih menyayangi arwah.” Hangat air mata Ainul yang jatuh ke atas
tangannya membuatkan hati Puan Noraini bertambah sayu. Melimpah ruah simpatinya
terhadap Ainul.
Diseka
air mata itu dengan belaian seorang ibu. Ainul patut sedar yang dia masih lagi
ada keluarga disisi.
“Nasib
baik ada mak cik sekeluarga. Kalau tak mungkin Ainul sudah terkontang-kanting
dekat sini. Tak tahu nak buat apa sekarang. Sekarang ni pun mujurlah
kawan-kawan arwah datuk dan nenek serta jiran yang datang bantu sejak pagi
tadi. Ainul betul-betul blurr mak cik.”
“Sudahlah
Ainul. Bawa bersabar. Tak baik merapati orang yang sudah tiada.” Pujuk Encik Ahmadi
yang berdiam diri sejak tadi. Ikram hanya membatukan diri. Terkaku sebenarnya.
Gadis yang melanggarnya pagi tadi rupa-rupanya adik sepupunya.
Sayu
Ikram memandang wajah Ainul yang sembab. Berangkali terlalu banyak menangis
menyebabkan wajah gadis sunti itu sedikit pucat. Mungkin sekiranya mereka masih
kecil seperti dahulu sudah tentu Ikram memeluk erat adik kesayangannya itu.
Usia
mereka menjadi penghalang buat Ikram untuk memeluk adiknya seperti kematian
kedua ibu bapa gadis itu dahulu. Kini dia hanya mampu melihat dan memberi
kata-kata dorongan sahaja buat Ainul. Ikram sendiri tidak tahu naak buat apa
sekarang.
Seolah-olah
setiap pelusuk rumah banglo itu terasa bahang kepiluan. Semua tetamu yang hadir
tanpa kira perbezaan agama dan warna kulit turut merasakan kesedihan yang dialami
oleh keluarga si mati. Mereka turut merasakan kehilangan dua orang insan yang
memiliki hati yang cukup murni.
Tersedu
sedan Puan Noraini melihat ibu bapa kandungnya yang terbaring kaku di pembaringan
tetapi dia harus tabah kerana ajal adalah satu perkara pasti.
“Mak
cik dah urus pemindahan nenek dan datuk pulang ke Malaysia. Ainul tahukan yang
nenek dan datuk nak dikuburkan bersebelahan kuburan ibu dan ayah Ainul. Mak cik
sudah berjanji dengan arwah akan menunaikan permintaan mereka.” kata Puan
Noraini.
Ainul
mengangguk faham. Memang besar tanggungjawab wanita itu.
“Mak
cik sudah urus penerbangan malam ni. Perkara ni tak elok dilambatkan. Maafkan
mak cik kalau terburu-buru tanpa meminta cadangan Ainul. Lagipun susah untuk
kita berbincang melalui telefon dengan keadaan Ainul.”
“Tak
mengapa mak cik. Ainul faham.” Ainul cuba untuk meyakinkan Puan Noraini tentang
perasaannya. Malahan dia turut bersyukur dengan usaha Puan Noraini.
“Ainul
ikut mak cik pulang ke Malaysia?” Ainul terdiam seketika. Pulang ke Malaysia
merupakan sesuatu yang sukar baginya. Sejarah hitam melihat ibu bapanya
terbunuh ketika menyelamatkannya dari penculikan memberi impak besar terhadap
gadis sunti itu.
Ainul
tersenyum tawar.
Persoalan Puan Noraini dibiar tergantung tanpa
jawapan. Gadis itu tidak pasti akan keputusannya. Nak balik susah, tetapi sekiranya
dia tidak balik siapa yang nak bantu uruskan pengkebumian arwah nenek dan
datuknya. Gawat! Kenapa dia tidak terfikir dari tadi?
Ainul
memandang ke arah Ikram. Meminta pertolongan dari mulut dari abang sepepunya tetapi
hampa. Hanya anggukan diberi oleh Ikram sebagai tanda setuju dengan persoalan Puan
Noraini untuk mengikutnya pulang ke Malaysia.
Satu
keluhan kecil dihembus. Macam mana ni?
Kesibukan
petang itu membuatkan persoalan Puan Noraini masih tergantung tanpa sebarang
kata putus. Kedatangan tetamu untuk memberi penghormatan terakhir semakin ramai
terutamanya apabila berita tentang pemulangan jenazah ke Malaysia pada malam
ini tersebar luas.
Ainul terpaksa memberi kata putus kerana
penerbangan pada pukul 10 malam namun hatinya masih ragu-ragu akan keputusan
yang diambil.
“Ainul…”
Sapaan Ikram mengejutkan Ainul dari lamunan. Terlepas gelas di tangannya akibat
terlalu terkejut. Nasib baik Ikram dengan machonya sempat menyambut gelas tersebut
sebelum terjatuh atas lantai.
Ainul
mengucap panjang dalam hati. Tangannya mengurut dada yang masih berombak
kencang dengan sapaan Ikram.
“Abang
Am terkejut Ainul.” Ikram hanya menyeringai mendengar omelan adiknya. Siapa suruh mengelamun dari tadi. Entah lebih
dari lima kali dia memanggil Ainul namun gadis itu leka mengelamun. Terpaksalah
nadanya sedikit tinggi… okey! Tipu… boleh dikatakan dalam kategori menjerit!
“Sorry… Ainul fikir pasal apa?” soalnya.
Ainul
teruskan kerjanya yang terbelengkalai. Tangannya lincah mengelap meja yang
kotor. Ainul mengeleng kepalanya berberapa kali. Hanya senyuman sahaja sebagai
jawapan untuk persoalan Ikram.
“Pasal
pulang ke Malaysia. Betul tak?” Tembak Ikram. Masih lagi tidak berpuas hati
dengan kelakuan satu-satunya adik sedaranya. Budak ni bukannya kuat sangat… silap
hari bulan boleh pengsan sebab berdiam diri.
Ainul
anak mata Ikram seketika. Dia kemudiannya mengeluh. Satu anggukan tanda setuju
dengan tekaan Ikram.
Ikram
merengus perlahan. Faham benar dengan perangai Ainul yang suka pendam perasaan.
Baginya kita harus meluahkan segala isi hati agar tidak merana diri sendiri.
“Ainul
duduk sini dekat abang Am. Abang ada hal sikit nak cakap dengan Ainul.” Ikram
menarik sebuah kerusi bersebelahan dengannya memberi isyarat agar Ainul
mengambil ruang sebentar untuk mereka berbicara.
best3x... :)
ReplyDelete@Anonymous thnx..♥
ReplyDeletecik writer,
ReplyDeleteTwitty bird tu apa function nya? Geram saya kacau nak baca. Tak nak remove ke?
@fezmia aiyoyo...kaco ka? dah remove demi cik fezmia..hihihi...enjoy reading yawr..rawt..rawt..♥
ReplyDelete