Saya bernama Nurfazila Suhaide,
Gadis yang penuh dengan imaginasi.
Ingin menyatakan hasrat hati,
Kepada pembaca blog ini.
Si gadis cina watak diberi,
Bagi menyerikan al kisah novel ini,
Di ilhamkan dari cerita bidadari.
Wujudnya sebagai bukti cinta sejati.
Ainul Mardhiah si bidadari hati,
Wajahnya cantik putih berseri,
Sanggup menanti buat si kekasih hati
Bagi membuktikan cinta sejati,
Berbalik kepada cerita ini;
Al kisah berkenan ceritera hati,
Mampukah bidadari ini menghulurkan cinta sejati?
Dan Nur kasih kepada si suami,
Yang senantiasa lupa tentang status diri,
Bahawa dia juga mempunyai seorang isteri,
Isteri yang cantik bak bidadari.
hatinya murni lagi suci…
Lupakah si suami tentang kewujudan bidadari disisi ?
Yang sentiasa menghulurkan cinta abadi…
Bacalah novel ini dan komen sekali,
Agar penulisan ini mampu diperbaiki,
Terima kasih daun keladi,
Kerana sudi luangkan masa di sini,..
Nur Ainul Mardhiah,seorang gadis secantik bidadari syurga tapi sering berdepan dengan dugaan yang datang menimpa diri. Sejak ibu bapa kemalangan ketika kecil kehidupannya berubah. Dirinya terpaksa berpindah ikut nenek dan datuk ke Taipei dan menjalani kehidupan di negara metropolitan tersebut. Pertemuan Ainul dan Rui Zhe, lelaki cina yang menjadi pelindung sejak kecil lagi Ainul Rui Zhe sudah terpaut dengan dirinya sejak pertemuan pertama.
Wasiat datuknya telah merubah segala-galanya. Apabila syarat untuk pulang dan kembali semula ke tanah air masih mampu di turut gadis itu walaupun diri sudah bertahun tidak menjejak bumi Malaysia. Namun syarat ke dua wasiat terlalu sukar untuk dituruti sama ada dia atau Ikram. Berkahwin denga lelaki yang dianggap sebagai seorang abang terlalu sukar baginya dan Ikram.
Jikalau malam pertama terlalu indah oleh setiap pasangan pengantin. Antara Nur Ainul Mardhiah dan Hafiz Ikram tiada yang istimewa. sebilik di malam pertama hanya untuk mengaburi mata tetamu yang hadir walaupun setiap ahli rumah tersebut tahu hakikatnya Ikram telah mengisytiharkan bahawa dia tidak akan sebilik dengan Ainul. Perkahwinan tersebut langsung tidak memberi kesan kepada kehidupan mereka kecuali status masing-masing. Si suami masih dengan perangai yang sama walaupun ditatang bagai anak kecil oleh Ainul.
Ikram dengan ‘kasanova terlebih’ cukup sempurna bagi mengambarkan buaya tembaga Malaya itu masih cuba berlagak matang dan sombong apabila berdepan dengan Ainul kerana rajuk yang tidak sudah setelah dipaksa kahwin dengan satu-satunya adik sepupu sendiri.
Micheal pula datang menuntut cinta dengan lembaran baru sebagai Adam Mikael terkejut apabila si bidadari hati sudah menjadi milik orang lain.
Persoalannya mampukah si isteri bertahan apabila si suami dengan kasanovanya yang tidak sudah. Tidakkah mereka langsung mempunyai sedetik rasa cinta antara satu sama lain? Tidakkah Ikram cemburu langsung melihat kasih yang dicurahkan oleh Adam Mikael kepada isterinya walaupun dari pandangan mata lelaki mualaf itu sahaja?
Sekiranya peluang kedua masih dapat diselamatkan bagaimana pula peluang ketiga buat si dia?
Siapa di hati Ainul? Hafiz Ikram si abang kasanova atau Dr. Micheal He Rui Zhe a.k.a Adam Mikael si penyelamat ketika diri dirundum masalah. Dan bagaimana pula Ryssa dan Aizat?
“Aku mencintai mu bukan kerana rupa paras mu tetapi kerana budi pekerti mu yang murni serta agama mu yang suci telah menyentuh hati ku.” - Micheal He Rui Zhe a.k.a Adam Mikael.
“Ainul… maafkan abang Am. Abang Am tidak boleh terima langsung perkahwinan ini. Abang cuma anggap Ainul adik abang sahaja dari dulu dan hingga kini tak pernah dan tidak akan berubah.” - Hafiz Ikram.
“Hati ini hanya miliknya, rindu ini hanya tersemat buatnya dan kasih ini hanya dicurahkan buatnya. Hanya dia! ” - Nur Ainul Mardhiah
Cerita ini dihasilkan dari kisah para anbiya’ tentang Ainul Mardhiah seorang bidadari syurga yang cantiknya tiga kali ganda bidadari yang dijumpai oleh seorang pemuda pada awalnya. Mengisahkan tentang cinta Ainul Mardiah si bidadari yang bersemadi di singgahsana syurga yang sangup menanti sehingga pemuda itu mati syahid dahulu sebelum bersama kerana Ainul Mardhiah ialah Bukti Cinta Sejati.
"kalau nak tahu lebih lanjut pasal Ainul Mardhiah...rajin-rajinlah rujuk Mr.google...hehe..."
sedeynye...best2..mmg fazila tau bahase cine ke?? :)
ReplyDelete@shefashahrul hehe..tau la sikit2..dulu study skola cina n memamng famili pun cina..
ReplyDelete