Awan
yang gelap dipandang kosong. Dirinya masih lagi tertanya-tanya tentang
keputusan membawa diri ketempat yang cukup mendatangkan noktah hitam kepada
dirinya. Mata Ainul melilau sekeliling. Kebanyakkan penumpang sudah tertidur
memandangan malam sudah menginjak.
Matanya
masih lagi segar. Pelbagai tanda tanya bersarang dalam hati kecilnya sejak
penerbangan bermula. Ingatan Ainul masih lagi teringatkan kata-kata Ikram
kepadanya petang tadi. Sikit tapi padat dengan seribu satu makna!
Ikram
menarik nafas sedalam yang mungkin. Berharap agar kata-katanya dapat memujuk
adiknya yang sudah tawar hati pulang ke tanah air sendiri. Nampak gayanya khidmat
nasihat sebagai kauselor tidak berbayar dari Ikram amat diperlukan sekarang
ini.
“Ainul
masih takut nak menghadapi masalah trauma Ainul?” Ikram cuba berbasa basi. Dia
hanya memandang Ainul yang senyap merenung lantai. Kalaulah adiknya ni ada
kuasa macam Cyclops dalam X-Men tu sudah tentu berlubang lantai
dikerjakan. Confirm!
“Masalahnya
sekarang ni sampai bila Ainul hendak mengelak untuk pulang sana? Mungkin
kejadian tu masih lagi satu trauma buat Ainul. Tapi buat apa Ainul menghukum
diri sendiri hanya kerana perkara yang sudah lepas?” Persoalan demi persoalan
ditinggalkan buat adik sepupunya.
“Beginilah…Abang
bukannya pandai sangat bagi nasihat...” Sebab abang pun jenis langgar saman!
Hehe… Sambung Ikram dalam hati. Ikram masih lagi dengan lagak machonya memberi
nasihat! Nasihatlah sangat…
“Tapi
Ainul tidak pernahkah sekali pun rindu dengan arwah ibu dan ayah Ainul? Sejak
peninggalan mereka berapa kali Ainul pergi lawat kuburan mereka? Abang harap
Ainul baliklah. Pulanglah semula. Ainul masih ada abang dan ibu dan ayah abang.
Kami tetap keluarga Ainul sampai bila-bila…”
“Ainul tak tidur?” soal Ikram lantas
mengejutkan Ainul dari lamunannya tentang petang tadi. Persoalan demi persoalan
muncul sejak nasihat ditujukan buatnya. Sungguh kata-kata Ikram berbekas di
hati Ainul sehingga sukar untuk mengusir dari ingatannya.
Ainul
senyum memandang abangnya yang duduk bersebelahan dengannya. Kepalanya digeleng
beberapa kali. Bukan tidak mengantuk tapi matanya yang degil tidak mahu tidur…
“Ainul
tidak mengantuk? Dari petang tadi Ainul tak berehat. Tidurlah biar sekajap.
Asalkan dapat tenaga nanti.” Sambung Ikram melihat gadis disebelahnya.
“Abang
tidurlah. Ainul tak mengantuk lagi.”
“Tidurlah
Ainul. Rehatkan otak tu. Tambah Ainul fikir tambah kusut lagi fikiran tu. Esok
lusa mesti sibuk dengan kenduri. Nanti tiada pulak masa nak rehat.” kata Ikram
seolah-olah tahu apa yang berada di fikiran adiknya. Dia membetulkan tempat duduknya beberapa kali. Lenguh satu badan duduk dalam
penerbangan selama tiga jam pulang ke Malaysia.
Ainul
hanya berdiam diri. Tiada hati hendak membalas kata-kata Ikram yang seratus
peratus tepat.
Tapak
tangan yang kebas digosok beberapa kali. Kemudian dia dekatkan ke mulut untuk
mendapatkan haba panas. Sejuk penghawa dingin meresap masuk membuatkan badan
Ainul sedikit mengeletar dengan kesejukan malam dan penghawa dingin itu.
Tingkah
Ainul terhenti apabila Ikram meletakkan jaketnya dibadan Ainul. Automatik kepala
Ainul berpaling menghadap Ikram untuk meminta penjelasan.
“Pakailah
sejuk ni.” Ikram memeluk tubuhnya. Matanya dipejamkan semula. Sambung tidur!
Penat
badan Ikram masih lagi terasa akibat terlalu sibuk sejak kebelakangan ini
dengan kerja, mesyuarat dan pemergian arwah datuk dan neneknya ke rahmatullah.
Malahan sudah lama Ikram tidak menjalankan hobinya untuk berpeleseran skandalnya.
Cuti Emergency Leave kejap dengan hobi
satu tu…
Setakat
ini yang paling lama pun dengan Ryssa. Seorang model yang cukup terkenal dan
glamor. Sebenarnya dia yang jadi tulang belakang yang membantu gadis seksi itu
menaikkan namanya dengan menyogok beberapa syarikat penerbitan. Kalau tidak
guna orang dalam, mustahil dengan sekelip mata saja Ryssa sudah terkenal. Tidak
logik dengan sekali blink saja nenek
kebayan jadi Cinderella kan? Kena juga ada ahli sihir yang sediakan potion… begitulah perumpamaan Ikram yang
terlalu childish! Umur Ikram sudah
menginjak 28 tahunt tapi secara teknikalnya tersasar pada umur 8 tahun!
Akhirnya
Ikram dan Ainul terlelap dalam penerbangan yang memakan masa hampir 3 jam ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Walaupun tidak selesa namun mereka terlena
juga terbuai mimpi-mimpi indah.
Pengumuman
tentang pemasangan tali pinggang keledar oleh anak kapal mengejutkan Ikram.
Suara ayu flight attendance menarik
perhatiannya.
Terasa
berat sebelah bahu Ikram menyebabkan dia sukar bergerak. Matanya beralih ke arah
Ainul yang sudah lena tidur bersandarkan bahunya.
“Alahai
kalau di nampak oleh awek-awek aku. Haru Ainul kena belasah.” getus Ikram. Kepalanya digaru
memikirkan kesannya.
Nasib
baik tempat duduk dia dan Ainul agak berjauhan dari ibu dan bapanya. Kalau
sebelah mereka sudah lama berbakul-bakul bebelan ibu terpaksa ditadah satu
persatu oleh Ikram.
“Ainul…”
Ikram cuba mengejutkan Ainul dari tidur. Matanya jatuh ke muka gadis yang bujur
sirih itu. Alis mata Ainul melentik dan lebat sudah cukup membuatkan hati
lelaki goyah sekira melihat wajahnya yang redup. Tenang dan damai.
Nur
Ainul Mardhiah. Hatinya kerap menyebut nama Ainul. Wajah gadis yang secantik
bidadari!
Perasaan
kasihannya terhadap Ainul membuak-buak. Tidak terkira simpati terhadap
perempuan yang dianggap sebagai adiknya. Ikram menarik nafas dalam. Kasihan
adik…
Matanya
masih lagi merenung wajah Ainul. Ikram segera memaling kepalanya apabila bola
mata Ainul tergerak-gerak menandakan gadis itu sudah sedar. Dia berdehem
seketika. Cover line!
Ainul
memisat matanya. Akhirnya dapat juga dia merehatkan badan walaupun seketika.
“Eh!
Maaf abang Am.” Terkejut Ainul menyedari kelakuannya yang tidak sopan.
“Takpa.
Kita nak sudah sampai Sabah.” beritahu Ikram. Ainul membuang pandangan ke luar
tingkap. Cahaya lampu bandar kota kinabalu terang benderang menampakkan
panorama malam yang cantik.
“Bandar
KK ni tak pernah ada istilah ‘tidur’.” Sambung Ikram lagi.
Berkerut
dahi Ainul memikirkan maksud Ikram. ‘Memanglah bandar tak pernah tidur! Apa
punya statementlah yang dibagi Abang
Am ni…tidak masuk akal!’ jawabnya dalam hati.
“Maksud
abang?” soal Ainul sambil memusing semula menghadap Ikram. Tumpang sekaki
tengok pemandangan luar tingkap!
“Tengah
malam, subuh atau pagi bandar ni tetap dua kali lima saja. Manusia tak pernah
putus. Makin langit gelap makinlah ramai orang.”
Ainul
mengangguk. Barulah dia faham maksud Ikram.
“Semua
bandar besar macam tu juga abang Am. Walaupun Ainul tak pernah sampai Eropah
tapi di Asia pun sudah tahu.” Lupa sebentar Ainul tentang kesedihannya.
“Hrmm…
ya la. Negara luar puas round tapi di
Malaysia?” sindir Ikram.
Ainul
hanya tersenyum. Sedikit pun tidak terasa dengan sindiran Ikram. Seingatnya ini
pun baru empat kali dia pijak di negeri di bawah bayu. Sebelum ini mereka sekeluarga
tinggal di Shah Alam kerana arwah ayah dan ibu bekerja di sana. Mereka hanya
berkunjung ke Sabah pada hari raya dan hari ibu dan bapanya dikebumikan di
Sabah atas permintaan neneknya.
Kebetulan
ayah Ainul juga anak yatim manakala ibu pula bumiputera Sabah. Arwah neneknya
orang bumiputera Sabah dan arwah datuk mereka pula orang cina yang menetap di
Sabah.
Ikram
mengetuk kepala Ainul. “Budak ni. Kita cakap boleh pula dia berangan-angan.”
Tersengih-sengih
Ainul. “Berangan tu apa?” Sebenarnya dia pun kurang fasih dalam bahasa ibunda.
Sikit-sikit tu bolehlah sebab dia cakap melayu pun dengan arwah saja. Dengan
orang luar semuanya guna bahasa cina.
“Daydreaminglah adik oi.”
Kepala
Ainul mengangguk. Baru faham! Kosa kata hari ini ialah berangan…
“Dekat
rumah Ainul guna bahasa apa?” soal Ikram. Bahasa Melayu Ainul agak baik
walaupun ada sedikit ‘rosak’ dengan slanga cina. Alahai amoi… lu manyak susah cakap melayu wo…
“Campur.
Kadang-kadang guna mandarin. Kadang-kadang melayu.”
Sah! Ainul perlu Dewan Bahasa dan Pustaka
edisi keempat untuk betulkan bahasanya. Belum lagi dengar orang Sabah bercakap.
Habis Ainul kena jual nanti!
“Belajar
juga BM Ainul. Susah nanti kalau tinggal dekat Sabah. Orang sini guna bahasa
melayu baku tapi sesetengah tu tercampur juga loghat Sabah jadi rojak.” Ikram
memberi peringatan.
Peringatan
Ikram sekadar diterima pakai saja. Sebenarnya Ainul bercadang untuk pulang
semula ke Taiwan apabila selesai kenduri arwah.
Dia
perlu mengurus kerja pejabat yang banyak terbengkalai. Tempatnya kini di ambil
alih oleh Ricky Yan sementara urusan di Malaysia selesai. Segala urusan
diserahkan kepada Ricky Yan untuk diurus kecuali keputusan yang melibatkan
lembaga pengarah.
Perbualan
mereka tamat setiba di lapangan terbang. Jelas terpancar riak kepenatan diwajah
mereka namun tanggungjawab perlu disegerakan.
Encik
Ahmadi dan Ikram terus menuju ke arah pihak pengurusan pejabat penerbangan
kerana jenazah sudah diturunkan lebih awal sebelum penumpang tadi. Manakala
Ainul dan Puan Noraini menanti bagasi masing-masing sebelum menanti kenderaan
jenazah sampai.
“Assalamualaikum
cik Ainul.” tegur seorang lelaki separuh umur menyapa Ainul yang
termangu-mangu.
“Waalaikumsalam.
Pak cik kenal saya?” soal Ainul pelik. Tidak sampai setengah jam dia di situ sudah
ada yang mengenalinya. Ainul memandang sekeliling. Tadi Mak cik Noraini
terpaksa ke pihak pengurusan untuk menandatangi surat selaku anak si mati.
Habislah
dia kalau orang tua ini ada niat jahat terhadapnya..!!
“Panggil
saja pak cik ni Pak Mad. Pak cik ada telefon Puan Noraini tadi. Dia kata ada
hal nak tandatangan. Puan suruh cik tunggu dalam kereta dulu. Nanti penat kamu
tunggu mereka dekat sini. Si Ikram pula dah nak ke sini kononnya bantu angkat
barang.” jelas lelaki yang memperkenalkan dirinya Pak Mad.
Ainul
masih ragu-ragu dengan penerangan Pak Mad. Ringan sahaja mulutnya ingin menyoal
itu ini tetepi kehadiran Ikram yang berlari anak ke arah mereka menghalang niatnya.
“Pak
Mad! Dah lama sampai?” Ikram menyalam pemandu kereta ayahnya.
“Baru
jak. Mak bapak Ikram mana?” ketara loghat Sabah lelaki itu apabila bercakap
dengan Ikram berbanding dia memperkenalkan diri dengan Ainul tadi. Mungkin
takut Ainul tidak memahami bait kata-katanya.
“Mereka
ada urusan lagi dekat dalam sekejap. Oh ya! Ini Ainul. Anak arwah Mak Long.
Adik sepupu Am. Ainul ni Pak Samad. Pembantu ayah.” Ikram memperkenalkan Ainul
kepada lelaki yang cukup banyak berbakti dengan keluarganya.
“Apa
pulak pembantunya Am. Pak cik ni drebar jak. Memandai budak sorang ni.” ketara
sungguh Pak Samad cuba menjaga pertuturannya agar Ainul memahami kata-katanya.
“Tiada
bezanya Pak Mad.”
“Layan
kamu sampai esok pun tak habis-habis. Jom kita angkat beg ni masuk kereta.
Nanti lambat pula sampai rumah.” arah orang tua itu. Layan mulut Ikram bercakap
alamatnya sampai kejang mulutnya membalas! Pot… pet… pot… pet 24 jam pun belum
tentu Ikram tahu penat!
Perjalanan
ke rumah Mak cik Noraini memakan masa setengah jam. Mujurlah Pak Samad membawa
kereta Toyota Alphard agar dapat menampung bilangan mereka.
Tuan
Ahmadi mengambil tempat di sebelah Pak Mad. Rancak perbualan mereka berdua
tanpa memperdulikan penumpang belakang. Ainul yang duduk bersebelahan dengan Puan
Noraini menoleh ke belakang. Ternyata Ikram sambung tidur lagi.
Kalau
ada anugerah orang paling kuat tidur. Memang sah! Ikram yang rangkul… Puan
Noraini pun sudah bagi mandat Raja Tidur untuk anak tunggalnya itu.
“Ikram
tu dekat mana-mana pun boleh pengsan. Kalau dia nak tidur tak payah nak
sorongkan bantal. Duduk pun boleh tertidur.” Ainul tersenyum mendengar omelan Puan
Noraini.
Ekor
mata Ainul memandang ke arah Ikram sebelum beralih semula menghadap makciknya.
“Penat sangat kot. Petang tadi abang Am kata dia baru saja balik dari Beijing
semalam...”
“Kalau penat sebab kerja tidaklah mak cik
risau sangat. Tapi abang kamu ni kalau tidak dapat tak usha perempuan tak sah.
Buaya darat!” Puan Noraini mengeluarkan rasa tidak puas hatinya dengan perangai
Ikram.
‘Buaya
darat?’ Ainul berpaling semula menghadap abangnya. Biar betul mak ciknya ni!
Seingat Ainul abangnya dulu seorang hafiz al-Quran di sekolah dan pernah
mewakilli sekolah dalam tilawah al-Quran walaupun peringkat sekolah rendah.
Mustahil
betul berubah 360%...
“Mak
cik tinggal dekat Alamesra. Jauh sikit dari bandar KK tapi mak cik suka sebab
dekat dengan One Borneo. Tidak payahlah
nak susah-susah ke bandar beli barang keperluan.” Terang Puan Noraini ketika melintasi pusat
membeli belah terbesar di seluruh Borneo.
“Nanti
insyaallah mak cik bawa Ainul jalan-jalan.”
Ajakan
Puan Noraini dijawab dengan anggukan serta senyuman. Walaupun Ainul tidak pasti
sama ada mak cik mampu melihatnya dalam keadaan samar-samar yang berbekalkan
lampu jalan saja.
Setiba
di banglo milik keluarga Puan Noraini, ramai tetamu dan jiran tetangga mengerumuni
perkarangan rumah. Datang membantu apa yang patut kepada keluarga si mati.
Kereta
jenazah yang berhenti di hadapan pagar menarik perhatian tetamu yang hadir. Ada
yang menjenguk dan mengintai dari dalam rumah. Sekumpulan lelaki yang sedang
mendirikan khemah pun terut terhenti. Ada yang datang dekat dengan kereta untuk
bantu dalam mengusung jenazah.
“Ainul
kejutkan abang Am. Mak cik nak nak cepat masuk dalam bantu yang lain. Suruh Am
angkat beg kita masuk.” arah Puan Noraini kemudian bergegas menuju ke kenderaan
jenazah bersama Tuan Ahmadi dan Pak Mad.
Lantas
Ainul mengangguk lagi. Dia cuba untuk mengejutkan Ikram yang sedang terlena.
Siap buat air liur basi lagi!
“Abang
Am.” Ainul cuba mengejutkan Ikram dari tidur tapi Ikram makin membetulkan
tidurnya.
“Abang
Am..” Dia mencuba nasib sekali lagi. Sabar…
“Abang
Am…!!!!” Ainul menjerit. Ambil kau…!! Geram dengan respon Ikram. Ada jugak yang
nak kena simbah pakai air ni...
“Hah?
Dah siang dah ke? Hari ni Am tak kerjalah bu.” jawab Ikram seketika sebelum
sambung tidur balik.
‘Ya
Allah! Mengigau atau masih mamai abangku seorang ni?’ fikir Ainul. Dia mengetap
bibir. Memikirkan cara bangunkan si abang.
“Abang
Am. Bangun! Kita dah sampai.” Ainul cuba mengejutkan Ikram sekali lagi.
“Ah..hah?
sorry dik. Abang mengantuk sangat.
Ibu mana?” Ikram memisat matanya beberapa kali. Dia menguap besar. Persis singa
kebulur.
“Tak
mengapa... Mak cik nak cepat sebab tu suruh Ainul yang kejutkan abang untuk
angkat beg.”
“Oh!
Ya ka? Sorry…sorry… jom. Ainul tolong
abang angkat ya?” Ikram bergegas keluar kereta. Ada jugak kena leter lagi dari
ibunya.
“Baiklah.”
Ainul
perasan ada mata-mata yang memandangnya masuk ke dalam rumah mak cik Noraini.
Terdapat juga beberapa orang yang berbisik antara satu sama lain. Dia cuma
senyum. Takut dicop sombong tidak bertempat pulak. Kekok pula menjadi perhatian
tetamu yang hadir.
“Mari
ikut abang Am naik atas. Abang tunjuk sekali bilik Ainul.” ajak Ikram. Dia tahu
yang Ainul agak tidak selesa dengar pandangan orang sekeliling terhadapnya
entah baik entah tidak.
Bila
tertacap pada seorang wanita sebaya ibunya. Ikram terus berdecit.
Sah! Lepas ni kecoh satu perumahan
pasal Ainul. getus Ikram apabila terlihat Tipah Radio
yang memandang mereka berdua sinis. Mak cik seorang tu memang tidak betah duduk
diam tanpa berita terhangat dipasaran. CNN pun kalah!
Ikram
mengelengkan kepalanya beberapa kali. Dia tahu ibu juga risau kalau Tipah Radio
yang bercakap sebab panas mengalahkan Hot Fm. Malah terlebih panas daripada
biasa. Masuk dalam microwave pun
masih lagi tidak lawan tahap kepanasan cerita yang 99.99% diolah.
“Abang
Am kenapa?” pelik Ainul memandang Ikram sekejep mengeluh sekejap mengelengkan
kepalanya. Mamai lagi ke? Bahaya kalau Ikram masih mamai. Nanti tidak
pasal-pasal ada yang tergolek atas tangga ni.
“Nothing. Jomlah naik atas!”
“Bilik
Ainul sebelah sini. Kalau ada apa-apa panggil abang. Abang nak mandi kejap. Nak
segarkan badan.” Kata Ikram sebaik saja berada depan bilik Ainul.
“Abang nak mandi? Sekarangkan dah tengah
malam. Nanti sakit.” Ainul menegur. Sekarang bukan lagi tengah malam tapi sudah
menginjak subuh!
“Takpa
Ainul. Kalau abang tak mandi nanti alamatnya orang baca yassin sekali untuk
abang sebab tidur mati macam tadi.” Sempat lagi Ikram berseloroh walaupun
penat. Sekali lagi dia menguap besar.
“Jangan
mandi lama sangat abang Am. Nanti masuk sejuk. Ainul masuk dulu. Nak tukar
pakaian kemudian bantu apa-apa yang patut dekat bawah.” Ainul tiada mood hendak
melayan loyar buruk Ikram. Badannya pun terasa lelah tak terhingga seolah-olah
dihimpit oleh batu yang besar.
“Baiklah.
Nanti pesan dekat ibu yang abang nak mandi dulu sebelum turun bawah.”
Beberapa
minit kemudian Ainul melangkah turun ke bawah. Dalam hati berdoa agar dia
diberi kekuatan menghadapi segala ujian dari-Nya. Setiap langkah ke tingkat
bawah di langkah penuh debar.
Bayangan Rui Zhe seolah dekat dengannya. Tentu
lelaki itu terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengannya sebelum dia datang
semula ke Malaysia. Rui Zhe jenis yang pentingkan kualiti tugas sebagai seorang
doktor. Dia hanya mampu meninggalkan pesanan kepada peti suara kerana Rui Zhe
mematikan telefonnya.
“Huh..!
jia you! (berusaha) ” Ainul cuba
berfikiran positif. Bibirnya diketap rapat sambil mengengam kedua belah
tangannya. Gambate Ainul…!
Dia
senyum sambil duduk bersebelahan seorang tetamu yang sedang membaca tahlil dan
yassin untuk arwah datuk dan neneknya. Buku yassin dibuka perlahan-lahan mengalunkan
suaranya membaca yassin buat arwah. Esok pagi arwah akan dikuburkan di sebelah
kuburan arwah ibu bapanya.
“Ainul…
mari balik sayang.” bahu Ainul dipegang erat. Ainul yang duduk berhadapan
kuburan arwah ayahnya sedikit terkejut dengan sapaan tersebut.
“Terima kasih abang Am sebab sudi tunggu
Ainul.” Ainul memandang Ikram yang segak mengenakan baju melayu berwarna biru
tua dan bersongkok. Yang peliknya… siap bersampin lagi! Nak pegang tangan tok
kadi pulak ke lepas ni?
Ibu bapa Ikram dan tetamu lain sudah pulang
terlebih awal untuk menguruskan apa yang patut untuk kenduri arwah manakala
Ikram setia menemani Ainul untuk menziarahi kuburan arwah ibu bapanya.
“Tak
mengapalah Ainul. Abang tak kisah. Ainulkan adik abang.” Ikram ikhlas menemani
adik sepupunya yang sudah lama tidak menziarahi kuburan ibu bapanya. Mereka
membersihkan kuburan yang sedikit semak dengan rumput yang menjalar.
“Jom.”
Ikram memayungi Ainul menuju ke arah kereta Honda CRV hitam miliknya. Mereka
beriringan meninggalkan tanah perkuburan.
‘Ainul
pergi dulu. Lain kali Ainul ziarah lagi. Assalamualaikum.’ getus Ainul dalam
hati. Berat hatinya meneruskan perjalanan ke hadapan namun digagahkan juga
untuk menaiki kereta Ikram. Tidak baik untuk meratapi orang yang sudah tiada!
Air
matanya dikesat perlahan.
“Sabarlah
Ainul.” Ainul memandang lelaki yang banyak menyedarkan dia. Walaupun berjumpa
buat seketika tapi mampu menyedarkan dia tentang kasih sayang ibu bapanya.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi lelaki ini. Semoga Allah menetapkan
yang terbaik buat Hafiz Ikram bin Ahmadi.
“Kenapa
pandang abang Am macam tu?” soal Ikram tiba-tiba.
“Jaga-jaga
nanti Ainul terjatuh hati pulak dekat abang yang kacak dan macho ni.” Ikram
mengosok-gosok dagunya. Tangan kanan Ikram pula memainkan peranan mengawal
stereng kereta dengan berhati-hati.
Kembang
setaman walaupun puji diri sendiri.
“Abang
Am ni tak habis-habis puji diri sendiri tau. Perasang!” cebik Ainul. Tangannya
disilangkan lantas mengalihkan pandangannya ke hadapan. Berdebar-debar dengan
wajah Ikram yang memang kacak. Jangan tergoda sudah!
“Apa?
Perasang? Hahahaha…..” kuat Ikram tergelak. Apa punya bahasalah yang adiknya
guna sekarang ni? Perasan pun boleh jadi perasang. Ermm…. Pun boleh!!!
Asal
niat Ikram nak bagi ceriakan Ainul. Sekali tengok dia pula yang tergelak
habis-habisa. Baca Sabahan Troll di Facebook pun belum tentu dia gelak macam
ni.
Kalau
stress memang kerja Ikram daftar masuk Facebook
kemudian mencari fan page Sabahan Troll. Baca komik sampai mulut kejang!!
“Pembetulan! perasanlah cik adik oi bukan
perasang.” semakin kuat Ikram tergelak memandang wajah ainul yang terkejut.
“Betulkah?”
dahi Ainul berkerut seribu. Memikirkan kesalahan bahasanya.
“Aik?
Betullah. Dah abang kata beli kamus belajar BM balik. Belajar bahasa melayu!
Haha….” cadang Ikram. masih lagi
bertegas nak belikan kamus untuk Ainul.
“Buat
apa nak baca kalau ada google translate
sebelah Ainul ni.. Translator
bergerak!” Boleh tahan Ainul ni kalau bab-bab loyar buruk.
Ikram
sendiri yang terkena balik. Huagh! Ini cabaran terbesar dalam kredibiliti loyar
buruk Ikram. Ditekankan lagi bahawa bukan kreadibiti lawyer tapi loyar!
“Tidak
mahu ar! Ingat tak pagi tadi? Abang sendiri yang bingung nak terjemah macam
mana.”
Tergelak
kecil Ainul memahami kata-kata Ikram. Kepalanya teringatkan peristiwa pagi tadi
apabila Ikram terpaksa membantu Ainul untuk menterjemah tapi dia sendiri tidak
tahu maksud ayat tersebut. Hang terus kepala Ikram.
Kurang
tahap kemachoan secara tiba-tiba bila kena kebabomm
oleh Mak Bibah a.k.a pembantu Puan Noraini.
“Ainul.
Kau tolong aku ambil penyapu dekat pisuk-pisuk
tu. Ada gelas pecah.” Arah Mak Bibah sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah
dapur.
Kepala
Ainul yang berbalut tudung bercorak abstrak digaru. Tidak faham setiap patah
perkatan wanita tua ini. Boleh tahan jugak garangnya dengan arwah nenek mereka.
“Pisuk-pisuk tu apa Mak Bibah?” Lurus
Ainul bertanya. Nanti salah ambil kan cari naya jawabnya?
“Pisuk pun
kamu endak tahu? (penjuru pun kamu tidak tahu)” soal Mak Bibah balik.
Bertambah
pusing kepala Ainul memikirkan soalan tersebut. Apa la Mak Bibah cakap sekarang
ni. Langsung dia tidak faham sebutir pun!
“Hah!
Am. Kau terangkan maksud pisuk-pisuk
dengan si budak Ainul ni. Aku ke ruang tamu sekejap ambil barang.” Arah Mak
Bibah pada Ikram yang kebetulan lalu.
“Hah?
Pisuk tu apa?” soal Ikram balik
seraya memegang belakang tengkuknya. Tersengih-sengih sebab dia sendiri pun
tidak tahu.
“Aduhai… pisuk
tu penjuru. Dah pergi ambil. Tidak boleh pakai! Orang Sabah tidak tahu slanga
Sabah.” bebel Mak Bibah. Tersengih-sengih Ikram dan Ainul dengan omelan Mak
Bibah. Dua-dua kena bom sekali.
Ketukan
di kepala Ainul mengejutkannya dari lamunan. Bukan sekali tapi dua! Sedap saja
Ikram main ketuk-ketuk… Ainul bayar zakat tau tiap-tiap tahun!
“Adik abang ni kalau bab-bab mengkhayal nombor
1.” Ikram mula membebel.
Ainul
tersenyum kemudian masing-masing melayan perasaan hingga sampai ke rumah. Hanya
suara di corong radio yang memeriahkan suasana.
Best.. Bahasa brunei dgn bhasa sabah.. Sama sjaa.. ;);)
ReplyDelete-from Brunei-
Khamilah