Bunyi
telefon yang telah disetkan untuk alarm subuh berdering .Terkejutkan Ikram dari
tidurnya. Mata yang pedih digosok perlahan kemudian lembut tangannya mengurut
bahu yang sakit. Belakangnya pun sedikit sakitsebab tidur di atas lantai yang
keras.
Mata
Ikram terbuka luas apabila terlihat keadaan sekeliling. Dia terduduk apabila
merasa bahawa dia bukan tidur di bilik sendiri.
“Ini
kan bilik…” serabut fikirannya mengingatkan apa yang terjadi. Tiba-tiba dia
teringat sesuatu apabila terpandang Ainul yang tidur terduduk menyandar
dinding.
Ikram
mengetap bibir. Tangannya mengetuk kepala. ‘Orang lain yang sakit aku pula yang
pengsan! Tidak boleh harap. Hugh! Malunya…’ Ikram menerkup muka lalu
digoncongkan badan beberapa kali.
“Eh!
Apa aku buat ni?” Seakan baru tersedar dengan tingkahnya yang agak ‘awww’.
Ikram membetulkan duduknya. Tegak dan macho walaupun sedikit tahap kemachoan
luntur bila pengsan semalam!
“Aku
lurus macam highway! Betul tu… lurus…” Ikram bermonolog. Menyakinkan diri
bahawa dia bukan jenis lelaki lembut. Pandang Ikram kemudiannya beralih pada
Ainul yang tertidur lena. Perlahan dia mendekati Ainul. Wajah gadis itu
ditenung lama.
‘Tenang
saja dia tidur… macam Snow White! Wah… nak kena kiss dengan putera raja ke
dik?’ Tersenyum sendiri Ikram memikirkan cerita dongeng tersebut. Terbayang
seketika dia si putera raja yang tampan dan bergaya.
Ikram
kemudiannya membetulkan pembaringan Ainul. Gadis itu langsung tidak sedarkan
diri tatkala dia memegang bahu Ainul.
Posisi tidur Ainul dibetulkan.
Sejurus
itu, Ikram menarik selimut Ainul ke paras dada apabila Ainul mengerang
kesejukan. Sekali lagi wajah ayu Ainul dipandang. Tangan Ikram didekatkan ke
pipi tetapi hatinya berat untuk menyentuh pipi yang selembut bayi itu.
Satu
keluhan dilepaskan. Dia keluar dari bilik Ainul. Hati kata tidak! Jangan
sesekali terjatuh cinta pada si adik!
Ainul
meletakkan telefonnya ke atas riba. Tudung yang sedikit rosak ditiup angin segera
dibetulkan. Dia mengeluh berat. Sukar betul untuk buka mulut depan mak cik dan
pak ciknya. Memberitahu keputusan untuk pulang semula ke Taiwan masih lagi
tertangguh. Bilalah baru dapat kuasa keyakinan diri bercakap ni! Kalau waktu
mensyuarat atau perbentangan senang saja dia bercakap. Tapi part yang macam ni payah sikit.
Tadi Ainul meminta pendapat Rui Zhe tentang
perihal ini. Minta tips sebenarnya! Tapi alih-alih Rui Zhe cakap kalau susah
bagi dia saja yang cakap. Padahal siapa yang nak balik ni? Diakah atau Rui Zhe?
Ainul
perlu balik untuk menguruskan syarikat atuknya yang kini di bantu oleh Ricky
Yan. Hotel tersebut sudah ditukar milik ke atas namanya sejak 2 tahun lalu
sebagai pemilik tunggal. Ikram punya bahagian hotel di Malaysia hanya diurus
oleh pembantunya saja. Sebab tanggungjawab Ikram besar! Syarikat ayahnya pun
kena urus jugak.
“Mengeluh
nampak!” sergah Ikram dari belakang. Dia sudah lama berada di belakang Ainul.
Sejak
gadis itu bercerita dengan seorang lelaki bergelar Rui Zhe. Hati Ikram
tertanya-tanya siapakah lelaki yang berborak dengan adiknya. Lelaki disebalik
telefon itu mampu memujuk Ainul yang hampir sahaja menangis kerana takut
melukakan hati ibu bapa Ikram. Sudahlah mereka mesra semacam saja…
Ikram
menapak sedikit demi sedikit. Dia duduk lalu menghadap wajah Ainul di
hadapannya.
“Ainul…
Abang nak minta maaf pasal semalam. Tidak pasal-pasal abang Am pulak yang
pengsan.” Perlahan Ikram memohon maaf. Kalau ada bantal busuk mahu jugak dia
bersorok sekarang ni sambil minta maaf! Malunya…
Puas
dia memikirkan cara untuk meminta maaf dengan Ainul. Waktu mesyuarat pun boleh
terbayang orang yang sedang membentang kertas kerja dengan wajah Ainul. Haru
mesyuarat dikerjakan bila Ikram tiba-tiba minta maaf dengan nada kuat. Dalam
pejabat pun asyik terfikir benda ini saja. Setiausahanya pun boleh dilihat rupa
Ainul.
Bagi
mengelak sebarang kejadian memalukan diri sendiri terpaksalah Ikram balik awal.
Ainul
senyum sebaris.
Tidak terdetik langsung dihati Ainul untuk
memarahi Ikram. Tubuh Ikram tersembam di badannya memang berat, kena lagi
menahan sakit. Tapi Ikram bukannya sengaja pun. Takkan la nak marah tidak tentu
pasal pula...
“Ainul
tak marah pun dengan Abang Am. Tapi boleh Ainul tanya sesuatu?” Ainul terfikir
juga bagaimana Ikram boleh fobia sehinggakan Puan Noraini kata jika Ikram
ternampak darah boleh terus pengsan.
“Tanyalah.
Pasal apa?” Ikram menjadi penasaran pula apabila Ainul memandangnya lain. Mereka
bertentang mata. Excited pula si
Ikram ni! Macam tunggu soalan teka teki yang hendak dijawab. Sampai mata pun
bersinar menunggu soalan yang keluar.
“Kenapa
Abang Am boleh fobia darah sampai pengsan?” soal Ainul lancar. Lurus tanpa
koma!
Merona
muka Ikram apabila disoal sedemikian. Malu! Muka saja macho tapi takut darah. Dia terus mengalihkan pandangannya. Bukan saja
muka merah. Siap dengan telinga sekali kemerahan! Muka Ikram ibarat udang bakar
pun ada...
“Maafkan
Ainul. Ainul tak patut soal perkara ni.” Serba salah pula dia apabila Ikram hanya
berdiam diri. Tapi hati Ainul tidak tenang apabila tidak menyoal Ikram
puncanya. Entah mengapa dia rasa mungkin Ikram juga pernah menghadapi sesuatu
yang perit sepertinya.
“Abang
Am sendiri tidak tahu jawapannya Ainul. Tak payahlah Ainul serba salah.
Sebenarnya Abang Am tak tahu bagaimana dan sejak bila abang mulai fobia seperti
ini.” jawab Ikram. Hatinya turut tertanya-tanya kenapa dia fobia dengan darah.
Kalau nak cakap insiden tidak juga. Tapi memang dah tidak tahan tengah benda
alah tu. Apa boleh buat…
“Mungkin
spontan aje fobia tu tergolek-golek datang melekat dekat Abang Am. Mungkin
fobia tu dah tangkap cinta dengan abang kut.” seloroh Ainul. Saja nak ceriakan
suasana yang semakin tegang.
Terhambur
ketawa Ikram memikirkan bagaimana fobianya datang bergolek secara spontan
seperti kata Ainul. Walaupun ketawa dalam paksa tapi asal cukup masuk kelab
Ainul yang cuba memeriahkan suasana.
“Ermm…
betul juga tukan? Mungkin sebab Abang Am ni hansem tulah pasal!” riak balasan
Ikram. Selamba badak mendabik dada. Tidak sedar diri betul!!
Ikram
tergelak lagi. Bukan kerana ayatnya tapi kerana wajah Ainul yang comel
mencebik. Hidung adiknya dicuit lembut. “Buat muka ya…” romantic suara Ikram
terpacul.
Ainul
terduduk tegak dengan tingkah Ikram yang spontan. Buntang mata Ainul. Ikram
yang menyedari ketelanjurannya pun segera melarikan tangannya. “Sorry…”
“It’s okay...”
Mereka
tiba-tiba menjadi senyap. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Ikram lebih
kepada untuk mengetahui hubungan Ainul dengan lelaki cina yang bercakap
dengannya di corong telefon tadi.
“Err…
Abang Am… Ainul nak balik.” Ainul perlu memberitahu juga keluarga itu tentang
hasratnya untuk pulang semula ke Taiwan. Lagipun dia hanya bawa sedikit sahaja
baju kurung dan baju basahan dalam kepulangannya ke Sabah untuk kenduri arwah.
Ainul langsung tidak bercadang untuk tinggal di situ. Mana tahu Ikram boleh
tolong dia nanti.
Ikram
mengeluh berat.
Sebolehnya
dia ingin Ainul terus tinggal bersama mereka di situ. Kalau setakat nak urus
hotel yang memang sudah tersergam indah di mata Asia tiada gunanya juga.
“Abang
tak tahu nak cakap apa lagi. Itu hak Ainul untuk nak balik atau tak. Abang Am
tak boleh halang Ainul nak balik tapi siapa yang hendak temankan Ainul di rumah
besar tu. Abang akan benarkan jika Ainul ada teman tinggal sana. Selagi Ainul
tiada kawan perempuan yang boleh dipercayai tinggal situ abang Am tidak boleh
benarkan Ainul berseorangan sana.”
Hanya
itu sahaja alasan yang terlintas di fikirannya sekarang. Mujurlah dahulu dia
salah seorang wakil debat sekolah jadi berguna juga critical thinking disaat dia buntu mencari alasan yang bernas.
“Tadi
kawan Ainul bagitahu yang dia cadangkan adik perempuan dia tinggal dengan
Ainul. Insyaallah balik ni dia temankan Ainul lagipun adik perempuan dia kawan
baik Ainul.” jelas Ainul lagi. Tadi Rui Zhe juga beritahu agar Xiao Wei tinggal
bersamanya kerana takut sesuatu menimpa Ainul sekirannya tinggal berseorangan
di rumah besar tersebut.
“Kawan
Ainul ke atau ‘kawan’ lelaki Ainul.” usik Ikram. Tetapi dalam hatinya berharap
agar hubungan Ainul dengan lelaki tadi itu hanya setakat kawan dan tidak lebih
dari itu.
“Kawan
lelaki. Tapi Ainul anggap dia macam Abang Am juga. Tak lebih dari seorang abang
dan adiknya. Lagipun dia sentiasa jaga Ainul dari kecil hingga sekarang. Atuk
dan nenek pun kenal dengan dia sebab jiran sebelah rumah aje.” Terang Ainul. suaranya agak ditekankan. Tidak
suka bila Ikram menembak begitu saja.
‘Ikhlas
ke aku berkata sedemikian? Betulkah tiada sekelumit rasa cinta terselit
terhadap keprihatinan Rui Zhe selama ini?’ Tiba-tiba otak Ainul terasa gusar
dengan persoalan yang muncul di benaknya.
“Sudahlah…
jangan risau abang tahu yang Ainul takut nak cakap dengan ibu dan ayah abang
kan?” soal Ikram. Tidak payah terdengar perbualan Ainul tadi pun. Ikram memang
sudah dapat menganggak. Dari tadi asyik kira jari pun sudah tahu! Memang tidak
senang duduk si Ainul ni selagi tidak balik-balik Taiwan.
Laju
Ainul mengangguk. Sekurang-kurangnya Ikram dapat membantunya nanti untuk
menjelaskan hal tersebut.
“Tidak
mengapalah. Nanti Abang Am tolong fahamkan ibu dan ayah. Ainul jangan risau.”
Ikram menenangkan adik saudaranya. Dia cuba senyum walaupun payah. Nampaknya
kehidupannya akan sunyi lagi tanpa gelak tawa di rumah. Sekejap betul masa
berlalu.
Kalau
ada mesin masa, Ikram sangat berharap masa berhenti sekarang. Biar saat ini
saja… saat dia boleh bersama Ainul tapi
perpisahan lagi.
“Owh
ya! Abang nak tunjuk Ainul sesuatu. Jom ikut abang.” Ikram berdiri mengajak
Ainul untuk mengikutnya.
Gadis
kacukan itu terpinga-pinga mengikut Ikram dari belakang memasuki rumah. “Kita
nak ke mana?” soal Ainul yang cuba
mempercepatkan langkahnya untuk beriringan dengan Ikram.
Laju
betul langkah Ikram ni. Tahulah kaki dia dua kali panjang dari Ainul. Janganlah
berjalan macam nak ikut Olimpik London!
“Ainul
sudah habis tawaf rumah ni tak? Abang Am
nak ajak Ainul masuk satu tempat ni.” Ikram menuju ke sebuah bilik berdekatan bilik
tetamu di tingkat bawah. Dia memulas tombol pintu lalu menekan suis lampu.
Sudah lama Ikram tidak memasuk bilik itu untuk lepas tekanan.
Sekali
sekala perlu jugak lepas gian! Bergila tidak tentu hala dalam bilik yang
dulunya menjadi tempat lepak dia dan kawan-kawannya.
“Abang
pandai main alat muzik?” soal Ainul dengan riak tidak percaya. Terlihat satu
set drum dan piano yang agak besar dalam bilik tersebut. Ada juga dua buah
gitar dan violin tersimpan rapi. Bersih dan berkilat!
“Abang
minat sangat. Dulu hidup abang dengan semua ni dengan kawan-kawan abang . Tapi sejak
meningkat dewasa semua pun sibuk bekerja sampai susah sangat nak bergila dalam
ni.” jelas Ikram. Dia mendekatkan diri dengan piano berwarna putih yang
terletak di berhadapan dengan set drum dan piano.
“Ainul
nak dengar lagu apa? Abang sudah lama tak asah bakat yang terpendam ni. Beethoven
dan Choppin pun menangis tengok. Hehehee…
Abang Am main khas untuk Ainul ni. ” Ikram duduk di kerusi lalu membuka penutup
piano putih tersebut.
Punat
hitam putih digosok dari tengah ke hujung mengunakan kedua tangannya.
“Lagu
apa erk? Ainul tak tahu sangat pasal muzik ni.” Ainul mendongak dagu. Dia
sememangnya tidak terdedah dengan muzik. Arwah neneknya melarang agar dia tidak
mudah terleka dengan pelajaran.
“Mari
duduk sini. Abang Am mainkan satu lagu buat Ainul.” Ikram mengensot ke tepi
sedikit memberi ruang untuk Ainul duduk di kerusi. Ainul mengambil tempat
bersebelahan dengan Ikram.
“Dengar
baik-baik bila pakar sedang memainkan peranan depan piano ni..” Ikram mula
memainkan lagu kegemarannya. Dia berharap agar sayu lagu tersebut dapat dirasa
oleh Ainul. Tekun dia menekan butang putih dan hitam untuk memainkan lagu itu
sebaik mungkin.
Selesai
memainkan lagu korea tersebut Ikram pusing menghadap Ainul yang sejak tadi diam
apabila dia memainkan lagu korea dari kumpulan Beast- When the Door Close. Bait
maksud lagu tersebut sungguh mendalam bagi Ikram. Dia memang meminati kumpulan
tersebut.
Lagu
itu pun memang ditujukan kepada Ainul. Lagu yang mengambarkan perasaan ketika
gadis itu meninggalkannya dulu. Dan mungkin beberapa hari lagi…
Ikram
tidak kisah digelar keanak-anakan atau tidak matang sebab meminati lagu dan
wayang korea walaupun usia menginjak 28 tahun. Bagi lelaki itu yang penting
ialah minat seseorang untuk lepaskan tekanan dan kepuasan hati. Tengok saja
Iqbal, lepas bergila dengan permainan videonya sampai level terakhir dan menang
baru dapat puas dan lepaskan tekanan.
“Eh!
Menangis pulak adik abang Am ni…hahaha…” Tergelak Ikram melihat wajah Ainul
yang kemerahan menahan air mata. Anak matanya yang sudah berkaca-kaca memang
tidak pandai hendak menipu. Tahan sangat Ainul punya mata. Sudah berkaca-kaca
pun masih belum mahu tumpah lagi.
“Kenapa
lagu ni sedih?” soal Ainul. Matanya yang berair diseka mengunakan hujung
tudung.
“Ainul
tahu lagu ni?” soal Ikram. Dia berdiri mengambil kotak tisu yang disimpan untuk
mengelap pianonya dalam sebuah almari di bilik muzik tersebut.
Ainul
mengeleng sebaik sahaja Ikram duduk semula disebelahnya. Dia sendiri tidak tahu
pasal lagu ni boleh saja tiba-tiba menangis. Belum lagi baca lirik lagu!
“Sudahlah
buruk betul rupa Ainul tau tak.” Ikram menyeringai. Dia menarik tisu dari kotak
lalu menghulurkan ke arah adik sepupunya. Feeling
habis la pulak! Terror jugak aku main
sampai Ainul jadi macam ni…hahaha… getus hati Ikram.
“Kenapa
abang main lagu sedih? ” Ainul mencebik. Dia paling sensitif dengan
perkara-perkara sedih sehinggakan tengok wayang boleh sampai mengalir-galir air
mata. Inikan pulak mainkan lagu berirama sedih. Depan-depan pulak tu!! siapa
yang tidak tersentuh.
“Tadi
Ainul tak tahu lagu apa nak main jadi abang Am main lagu kegemaran abang Am.
Tak sangka sampai menangis air mata Nur kasih pulak dekat sini. Hahaha…!!”
ketawa Ikram terburai akhir. Macam-macam perangai betullah.
Ikram
berharap sangat agar Ainul merasa sayunya lagu tersebut tanpa mengetahui
liriknya. Sama ada Ainul tersentuh atau tidak. Ikram memang lebih sukakan versi
piano kerana setiap punat ditekan memainkan irama yang menyentuh hati. Sebab
itulah Ikram lebih minat piano dari alat muzik lain.
“Itu
lagu apa?” soal Ainul.
“Rahsia!
Mana boleh bagitahu.” Ikram tersenyum puas setelah meluahkan perasaannya
seperti biasa melalui lagu-lagu yang dimainkan. Seperti kebiasaannya dia akan
berdepan dengan piano tersebut sekiranya bosan atau meluahkan perasaanya.
“Kedekutnya…
Entah saham apa yang turun kalau abang Am bagitahu.” Ainul hendak keluar bilik
itu. Kalau tak nak bagitahu tak payah. Dia cuma terasa sesuatu ketika mendengarnya.
Seperti lagu itu ditujukan kepadanya. Sambil berjalan Ainul meletakkan tangan
di dada. Menahan debaran yang semakin kencang.
Hairan
bin Ajaib! Dia benar-benar tersentuh dengan lagu tadi.
Ikram
berlari kecil mengejar Ainul yang hendak keluar dari bilik muzik. Cuba
menghalangnya keluar. Baru saja kejap dating pun dah nak blah. Feel baru nak
ambil. Tadi boleh pula Ainul bergayut berjam-jam dengan apek tu.
Ketika
berdiri berhadapan dengan Ainul. Mereka bertentangan mata lagi. Tersenyum riang
Ikram memandang Ainul di depan. Nak bagi ‘persoalan’ kejap dengan adiknya.
“Lagu
ni lagu artis Korea tu saja yang abang boleh bagitahu. Tajuk dan liriknya dalam
bahasa melayu abang bagitahu lain kali okay?” Ikram berkata kemudian berpaling
ke pintu. Terkejut Ikram terpandang wajah ibunya betul-betul dekat dengan
mukanya. Air liur basi ditelan.
“Ah!
Ibu…!!” Ikram terjerit kecil.. Fuh!
Semangat… Semangat… janganlah kau terbang. Perlahan-lahan dia mengurut
dadanya Kaki Ikram terundur sedikit ke belakang. Terkejut dengan kehadiran
ibunya.
“Puas
ibu cari kamu berdua. Rupa-rupanya dekat sini. Satu rumah ibu pusing cari
korang berdua tau!” bebel Puan Noraini. Penat dia mencari Ikram dan Ainul
keliling rumah. Rupa-rupanya mereka berdua tengah sedap duduk bawah aircond dalam bilik muzik Ikram.
“Tenang
ibu. Sejukkan hati. Damaikan jiwa.” Usik Ikram memandang wajah ibunya yang
kelat. Dikipas pipi si ibu yang kemerahan.
“Mari
ikut ibu. Ada orang yang nak jumpa dengan kita semua. Ainul ikut sekali. Cepat.
Dari tadi orang tu tunggu kamu dua.” Puan Noraini sudah mula mengarah. Tidak
suka bila tetamu dibiar lama.
Adat
menerima tetamu harus menjadi keutamaan.
Selendang
dibetulkan agar nampak rapi. Puan Noraini memang sentiasa anggun walaupun agak
berusia. Penampilannya sebagai orang kenamaan kena dijaga. Bukan itu saja, hati
tua suaminya juga perlu dijaga sebab wanita sekarang semakin pelik. Makin tua
yang nak mampus makin ramai yang gila terutamanya yang berduit. Lagilah orang
terhegeh-hegeh.
“Siapa
ibu?” soal Ikram. Dia tertanya-tanya kenapa pula orang hendak berjumpa dengan
mereka sekeluarga. Kalau hendak mengucap takziah sekalipun tak perlulah sampai
hendak tunggu dia dan Ainul.
“Ikut
sahajalah Am. Nanti kamu dua tahu juga.” Puan Noraini berjalan di hadapan
manakala Ainul dan Ikram yang sudah sarat dengan tanda tanya tentang siapa yang
hadir hanya mengekori wanita tersebut dari belakang.
Ainul hanya menjongket bahu apabila Ikram
memandangnya. Dia sendiri tidak tahu siapa yang hadir.
“Encik
Hafiz Ikram dan Cik Nur Ainul Mardhiah?” soal salah seorang lelaki berkot hitam
apabila terpandang Ikram dan Ainul yang sudah duduk di sofa.
Mereka
berdua mengangguk sebaik sahaja nama mereka disebut oleh lelaki tersebut. Dua
orang lelaki linkungan 30an itu dipandang dengan penuh tanda tanya.
“Saya Kamal Idham dan ini kawan saya Mohd.
Firuz. Kami berdua ialah peguam arwah Encik Hadi Lee dan Puan Norizan iaitu
arwah datuk dan nenek encik dan cik berdua. Kami datang mengikut permintaan
arwah untuk datang bertemu dengan semua waris beliau selepas seminggu mendiang
meninggal dunia.” Jelas lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Kamal Idham
tersebut bagi merungkai segala persoalan yang terbuku difikiran mereka berdua.
“Macam ceritakan? Lepas orang meninggal, ken
abaca wasiat kemudian anak-anak kena jodoh. Kemudian berebut harta?” bisik
Ikram ke telinga Ainul. saja nak bagi suspen dengan Ainul. Kepala otak Ikram ni
memang banyak terpedaya dengan cerita dan novel. Ingat ini apa, lepas baca
wasiat kena jodoh. Ish… ish… ish…
Terkebil-kebil
Ainul memandang Ikram disebelah. “Huish! Betul ke? Tak naklah…” Lurus pulak
Ainul menjawab. Tidak sedar diri dikelentong bulat-bulat oleh Ikram.
Ikram
ketawa terbahak-bahak. Lupa statusnya sekarang berada di mana. Apa punya
manusialah si Ainul ni? Tidak pernah tengok movie ke apa? (Padahal dia yang
terlebih kena kesan wayang!)
Kedengaran
suara Kamal Idham berdehem. Serta merta tawa Ikram hilang. Dia membetulkan
duduk. Ah!! Malunya…
“Sebelum
saya meneruskan saya ingin memastikan semua ahli keluarga arwah iaitu Encik
Ahmadi, Puan Noraini, Encik Hafiz Ikram dan Cik Nur Ainul Mardhiah telah berada
dihadapan saya.” Kamal Idham membaca senarai nama tersebut dengan berhati-hati.
Dia telah diberi kepercayaan oleh arwah untuk menjalankan tanggungjawabnya
sebagai seorang peguam peribadi.
Setelah
pasti tentang mereka, Mohd. Fairuz mengeluarkan beberapa sampul surat dari
dalam briefcasenya lalu menghulurkan kepada Kamal Idham.
Lelaki
itu membaca nama yang tertera di hadapan sampul surat tersebut lalu
menghulurkan kepada Ainul dan Ikram satu keping sampul surat setiap seorang.
“Surat ini adalah surat yang saya patut serahkan kepada encik Ikram dan Cik
Ainul sendiri.” ujar peguam tersebut.
“Dengan
lafaz bismillah saya akan membaca wasiat arwah Encik Hadi Lee dan Puan Hasnidah
kepada ahli keluarganya.” Kamal Idham memulakan pembacaannya.
“Assalamualaikum
semua. Datuk dan Nenek menulis wasiat ini sebagai peringatan kepada kamu semua
dan kami harap agar kamu semua tidak terkejut dengan permintaan terakhir kami.
Segala harta sudah pun ditukar hak milik seperti dahulu mengikut bahagian
masing-masing. Oleh itu, tiada sebarang kekeliruan lagi...”
Kamal
berhenti seketika melihat kedua cucu arwah yang tenang mendengar kata-katanya. Sudah
tentu kedua orang cucu itu faham. Pasal pembahagian harta memang sudah
termaktub dari dulu. Tiada kompromi dan tidak akan ditukar lagi.
Dia
meneruskan semula pembacaan wasiat itu.
“Akhir
sekali kami ingin memohon permintaan terakhir buat kamu semua. Mungkin
permintaan ini sesuatu yang mengejutkan tapi percayalah atuk dan nenek buat ini
untuk kebaikan semua pihak….” Kamal Idham berhenti sekali lagi bagi melihat
respon semua ahli keluarga yang agak terkejut dengan kata-katanya yang
terakhir.
Lelaki
tersebut berharap agar seluruh ahli keluarga ini mampu menerima permintaan
terakhir kedua-dua arwah tersebut. Dia sendiri tahu bahawa tentu sukar untuk
ahli keluarga ini menerima kenyataan tentang permintaan arwah terutamanya cucu
mereka iaitu Hafiz Ikram dan Nur Ainul Madhiah.
ala...jgn soh dorang kawen!!!!tidak!!!!
ReplyDeletecepat2la sambung.. :)
mesti Ainul dan Ikram kene kahwin. huhu. menarik.
ReplyDeletepa tjuk lgu bckground ni??:)
ReplyDelete@shefashahrul alarr...napa xnak deorang kahwen..? hihi..
ReplyDelete@Hannah hamra hihi..tenkiu..
ReplyDelete@Anonymous selamat pagi cinta ost-violin instrument..
ReplyDelete