Sunday, October 23, 2011

secantik Ainul Mardhiah part 4


Ikram mengeringkan rambutnya dengan berhati-hati. Rambut merupakan antara aset yang penting dalam penampilan lelaki bernama Hafiz Ikram dalam usha gadis kini yang semakin gila dengan artis Korea dan Jepun. Dia sendiri meminati pelakon dari penyanyi dari dua negara tersebut sehingga sanggup membeli DVD dan VCD drama korea dan Jepun buat koleksi peribadi!
Usai mengeringkan rambut dia menuju ke almari untuk memakai baju. Niatnya terbantut apabila telefon Blackberry berwarna hitam miliknya berdering lagu Secret-One republic menandakan panggilan masuk.
Ikram tersenyum melihat nama yang tertera di skrin telefon. Marissa, sumandak Sabah yang dikenali ketika dia menemani ibunya berjalan-jalan dengan sebulan yang lalu.
 ‘Malam ni tiada plan?’ Ikram mengelus dagu yang sudah licin. Baru saja habis dicukur menghilangkan jambangnya. Sedang berfikirkan rancangannya untuk berjalan-jalan setelah sekian lama cuti dari aktivitinya.
Hello sayang.” jawab Ikram lembut. Dia tersenyum lucu. Sudah tentu budak ni tidak tidur lena dengar suara aku yang lunak. Puji diri sendiri!
“Hai Am. You bila nak ajak I keluar?” Berdesing telinga Ikram mendengar suara Marissa yang gedik tu. Berjalan mengalahkan itik. Terlengok sana terlengok sini.
“I ingatkan you sudah lama tak nak berjumpa dengan I?” mahu termuntah hijau Ikram mengeluarkan kata-kata manis. Tapi dia mahu mendengar pujuk rayu Marissa punya pasal dia sanggup. Alah! Bukan dia tidak biasa, malah lebih dari biasa lagi bercakap manis sedemikian.
“I rindukan you siang dan malam tau? I ingatkan you dah tak nakkan I. Maklumlah you ni kan banyak peminat.” rungut Marissa dengan nada menggoda.
“Hrmm… demi you. I sanggup keluar malam ni walaupun kerja I banyak.” Cewah! Macam betul Ikram banyak kerja… datang pejabat pun kalau ada urusan penting saja. Kalau tidak memang kerjanya hanya berpeleseran saja.
Really?” Kedengaran suara gadis itu bersorak riang mendengar pelawaan Ikram.
“You jemput I boleh?”
‘Hesy… menyusahkan betul!’ rungut Ikram dalam hati.
“I penatlah… dari sini ke rumah you jauh. Lagipun kalau nak hantar you balik I kena berpusing.” Jangan harap aku nak hantar kau balik!!! Sambung Ikram dalam hati.
“Okeylah…” jawab Marissa. Tersenyum Ikram memikirkan wajah Marissa yang kelat. Ingat senang sangat nak dekat dengan aku! minyak aku mahal tau… saham sekarang tengah menaik so kena jual tinggi sikit supaya laku.
“Okey sayang, I nak pakai baju ni. I baru habis mandi. Masih seksi lagi ni tau.” Hampir terburai ketawa Ikram mengeluarkan kata-kata tersebut. Suka benar dia mengenakan orang.
Disebalik corong telefon. Wajah Marissa sudah merona kemerahan akibat malu dengan kata-kata Ikram yang lembut serta mengoda. Tambahan pula Ikram memanggilnya ‘sayang’.
“Eh! Sorry. Maaf…okay see you tonight yaa…” kalut Marissa sebentar sebelum menamatkan panggilan.
Ikram sudah ketawa terbahak-bahak mendengar kekalutan Marissa. Kepalanya digeleng beberapa kali. ‘Mudah betul kena!’ fikirnya. Dia mengenakan baju polo dan seluar slack kemudian berlalu semula ke tandas untuk mengambil wuduk bagi menunaikan solat magrib.
Baginya walaupun dia seorang kasanova tetapi dia tidak boleh tinggalkan solat kerana itu yang dididik sejak kecil lagi. Bab yang ni kalau tinggal bersedialah hadap rotan ayah yang kecil tapi pedis gila. Sekali terkena… sebulan berbekas!



“Wah…sedapnya bau.” ujar Ikram ketika melangkah masuk ke dapur. Mak Bibah dan ibunya tekun menyediakan makan malam. Mata Ikra melirik mencari kelibat Ainul. Aik? Tiada pun…
“Ibu Ainul mana?” Ikram menyoal. Hairan sungguh! Selalunya Ainul sudah di bawah membantu untuk menyediakan makan malam.
“Mungkin dia masih solat kot.” jawab ibu Ikram acuh tak acuh. Malas nak layan kerenah anaknya ni.
“Ikram solat pun dah lewat. Tinggal lima minit lagi sebelum pukul 7 bu.” Ikram tidak puas hati dengan jawapan yang diberi oleh ibunya. Dia ingin naik semula ke atas untuk melihat Ainul.
“Hah! Nak ke mana tu?” Sergah Puan Noraini. Geram betul dia dengan Ikram. Ini mesti nak kacau Ainul lagi!
Ikram memalingkan badannya menghadap si ibu yang memandang tepat ke anak matanya. “Am nak pergi panggil Ainul.”
“Tak payah Am. Kamu tu panggilnya lain kacaunya pulak lain. Budak tu tengah solat mungkin. Baik kamu jangan kacau konon si Ainul tu. Kamu pakai lawa-lawa ni nak ke mana pula?” Puan Noraini sudah bercekak pinggang menghadap Ikram.
Penampilan Ikram yang mengenakan t-shirt Polo putih dan seluar slack dipandang dari atas hingga bawah. Dalam jangkaannya mesti hendak menular lagi budak ni. Kalau dah santai semacam macam ini dengan bau minyak wangi sebotol memang tiada lain. Kerjanya pergi buang masa keluar dengan kekasih hitam yang tidak diketahui jumlah sebenarnya.
“Lepas isyak Am nak jalan.” jawab Ikram perlahan. Dia tahu ibunya pasti membebel lagi.
“Ikram ni bilalah nak berubah… kalau berkenan tu kahwinlah Am. Umur pun dah 28. Sesuai sangatlah tu kahwin dari kau sorong anak dara orang sana sini.” omel Puan Noraini. Telinganya pun sudah lali dengan gosip tentang anak terunanya yang kuat sangat berjoli.
“Alah bu. Am muda lagilah bu. Tidak puas lagi nak berseronok.” dolak Ikram.
“Telinga ibu ni sudah pedih dengar orang umpat pasal kau Am. Ibu pun tahu malu bila orang kata ibu tidak pandai ajar anak.” ujar Puan Noraini sambil memotong sayur kubis untuk lauk malam ini.
“Ni mesti Tipah Radio tu yang sebarkan berita lagi. Mulut mengalahkan deejay. Tak padan dengan diri kuat mengata orang.” rungut Ikram. Sebenarnya dia yang memberi gelaran Tipah Radio kepada wanita yang sebaya dengan ibunya itu ketika dia sekolah menengah sebab perempuan itu suka benar cari kesalahan dia dan kawan-kawannya.
“Tak baik cakap Kak Tipah begitu Am.” tegur ibunya. Kalau didengar dek orang lain malu mereka sekeluarga.
“Perempuan tu tengok Am macam nak telan Am saja. Mentang-mentanglah Am reject si Nina tu waktu sekolah menengah. Dia dengki Am sampai sekarang. Mak dan anak dua kali lima. Bikin sakit hati. Mulut becok tahap gaban!” Ikram duduk lalu menuang air mineral ke dalam gelas yang sudah tersedia untuk makan malam.
Penat dia bercakap dan mengeluh. Buang air liur betul cakap pasal Tipah Radio.
“Am…” Puan Noraini menekan suaranya. Geram pula dia dengan mulut Ikram yang tidak habis-habis merungut perihal Kak Tipah dan Nina.
“Iya la… bu ayah mana?” Ikram cuba tukar tajuk. Malas hendak meneruskan perbualan pasal Tipah radio. Lagipun dia tidak perasan kelibat ayahnya sejak turun dari bilik.
“Ayah kamu ada dalam bilik bacaan. Kamu nak jumpa ayah?”
Ikram mengangguk. “Am ada benda nak bincang dengan ayah pasal tender pagi tadi.”
“Kamu tunggu sekejap. Bawakan sekali kopi ni untuk ayah. Lupa pula ibu nak sediakan minuman untuk ayah kau.” Puan Noraini segera mengambil mug di dalam rak untuk menyediakan minuman kepada suaminya. Rutin hariannya untuk menyediakan kopi panas selepas suaminya menunaikan solat magrib untuk menghirup air tangannya sambil membaca buku atau dokumen kerja di dalam bilik bacaan.
Bilik bacaan tersebut menempatkan pelbagai jenis buku untuk bacaan mereka sekeluarga terutamanya puan Noraini yang sangat gemar menghabiskan masanya dengan membaca novel selain daripada berkebun dan membersihkan taman bunganya.
“Ibu buat sekali untuk Am yaa… sayang ibu!”
Hot chocolates ya. Terima kasih daun keladi, Am sayang ibu berbaldi-baldi…!!” Katanya lagi lalu mendekati Puan Noraini. Badan wanita itu dipeluk dari belakang. Teknik lama! Nak pujuk ibunya memang dia akan peluk dari belakang sampai ibunya bersetuju. Selagi tiada perkataan ya, selagi tu dia jadi lintah. Melekat saja dibelakang ibunya.
“Am… Am… macam mana ibu kamu nak buat kerja kalau kamu melekat macam apa saja dekat belakang tu!” Tergeleng kepala mak Bibah yang  dari tadi  mendiamkan diri. Ingatkan tidak mahu masuk campur perbualan dua beranak tapi perangai Ikram ni kalau makin dilayan sangat memang sampai ke besok pun belum berhenti.
“Sudah…sudah… ibu nak buat kerja ni. Ambilkan ibu gelas dalam rak kalau nak minum.”  Puan Noraini menunjuk rak yang berisi gelas dan cawan.
“Nah...” Ikram menyerahkan mug yang tertulis BIG BOSS sebagai corak pada mug tersebut. Hanya dia saja yang menggunakan gelas tersebut kerana saiz gelas itu yang besar maka tiada seorang pun yang berminat hendak menggunanya. Takut membazir kerana tidak dapat menghabiskan air dalam gelas sebesar itu.
“Nak guna yang ni? Nanti kamu tidak makan malam lagi sebab kenyang air. Jangan nak mengada-gada. Ambil mug yang sederhana besar tu.” Puan Noraini memulangkan mug tersebut kepada Ikram.
 Dia tahu Ikram mampu menghabiskan minum jika di buat dalam gelas itu. Tapi sudah tentu Ikram tidak akan makan malam sebab kenyang minum air.
Ikram mencebik.
Sebenarnya dia malas hendak pergi menukar mug tersebut walaupun hanya beberapa langkah dari dia berdiri. Niatnya hendak pusing semula untuk menukar gelas terhenti apabila mak Bibah menghulurkan gelas sederhana besar kepadanya. Lebar senyuman Ikram memandang wajah wanita separuh abad itu memberi mug kepadanya.
“Wah! Sayang mak Bibah ketat-ketat…” ujarnya.
“Nah ibu! bertuahnya Am ada orang sayang macam ni…” sambung Ikram lagi. Lebar senyumannya memang tidak dapat disembunyikan lagi.
“Nah bawa ni. Bising saja. Ganggu orang nak buat kerja.”  Puan Noraini memberi dulang yang berisi dua buah mug untuk suaminya dan Ikram. Dia hendak menyambung kerjanya yang sedikit terganggu dengan kehadiran Ikram tadi.
Ikram terus meninggalkan dapur. Bilik bacaan ayahnya dituju sambil menatang dulang gelas tadi.
“Mana si Ainul ni?” Akhirnya terpancul soalan yang ditahan oleh Mak Bibah dari tadi setelah Ikram meninggalkan mereka berdua di dapur.
“Entahlah saya kak Bibah. Mungkin penat kot. Biarlah budak Ainul tu rehat sebab dari pagi tadi dia sibuk bantu itu ini. Nanti kalau sudah habis masak baru Aini panggil dia turun makan.” jawab Puan Noraini.
“Biarlah akak yang panggil budak tu turun nanti. Lepas masak ni akak sudah nak pulang juga. Si Badrul balik dengan bininya esok jadi akak nak kemas sikit bilik mereka.” Balas Mak Bibah. Mak Bibah ialah isteri pak Samad iaitu pemandu kereta ayah Ikram, Encik Ahmadi. Mereka sudah lama berkhidmat dengan keluarga tersebut sejak Ikram kecil lagi malah dia juga yang membantu dalam membesarkan anak lelaki tunggal puan Noraini dan encik Ahmadi tersebut.
“Kalau begitu tak perlulah akak datang esok. Anak cucu datang dari jauh tu. Jarang si Badrul tu dapat cuti.” Puan Noraini mengenali lelaki yang bernama Badrul tersebut. Anak mak Bibah itu bekerja sebagai penolong pegawai kesihatan di Johor.
“Iyalah… budak tu dah 3 tahun lebih tak balik Aini. Rindu aku dengan cucu-cucu aku. Nasib baik sekarang cuti sekolah satu minggu jadi budak-budak tu ikutlah sekali balik.” ujar Mak Bibah. Wajah tuanya nyata terserlah kegembiraan tentang kepulangan Badrul dan keluarganya.
Terdetik di hati Puan Noraini sekiranya Ikram juga mempunyai keluarga. Mahukah isterinya tinggal bersama mereka di situ atau hendak tinggal di rumah sendiri? maklumlah bukan semua menantu sanggup tinggal dengan mertua.



Makanan malam sudah tersedia rapi tersusun diatas meja tetapi kelibat Ainul belum muncul sejak tadi. Puan Noraini sudah menuju ke bilik bacaan ketika pembantunya membasuh pingan yang kotor sebelum balik.
Mak Bibah kemudiannya merancang untuk naik panggil Ainul turun makan malam sebelum balik. Perihal kepulangannya ke rumah sudah pun dikhabarkan kepada Puan Noraini sebelum wanita itu menuju ke dalam bilik bacaan tadi.
“Mak Bibah nak ke mana?” soal Ikram. Terhenti langkah wanita tua itu untuk menaiki anak tangga ke bilik Ainul. Dia berpaling menghadap Ikram yang memandangnya dari belakang.
Puan Noraini dan Encik Ahmadi tidak menghiraukan perbualan antara anaknya dan pengasuh mereka sebaliknya meneruskan saja perjalanan ke dapur.
“Mak Bibah nak panggil Ainul. Dari tadi belum turun lagi ke bawah.” Jelas wanita itu. Ikram terus berlari kecil menaik anak tangga.
“Biar Am yang pergi panggil. Ibu kata abang Bad balik esok. Mesti Mak Bibah nak cepat, kan?” Tersengih Ikram memberi alasan yang langsung tidak bernas itu sambil berlari kecil menaiki anak tangga melintasi mak Bibah.
“Am…Am… kalau kacau orang memang bukan Ikramlah namanya.” Rungut Mak Bibah. Dia malas berlawan cakap dengan Ikram. Ada saja jawapan Ikram jikalau dia menegur budak itu.
“Aini. Madi akak balik dulu.” Tegur Mak Bibah ketika melintasi pintu ruang makan. Suami isteri itu ibarat adik beradiknya tidak pernah pun memandang rendah terhadap dia dan suaminya malah menganggap mereka sebagai ahli keluarga mereka. Dia sudah terhutang budi dengan Encik Ahmadi kerana membantu Badrul menampung perbelanjaan anak tunggalnya itu untuk menlanjutkan pelajarannya.
“Baiklah…akak tak nak makan dulu sebelum balik? Panggillah sekali Abang Mad makan.” ajak Puan Noraini.
“Tidak mengapalah Aini. Akak pun nak balik dah. Akak balik dulu yaa…”
“Baiklah. Kirim salam saya dengan si Badrul dan bininya.” Ujar Puan Noraini sambil mendekati wanita tersebut. Dia kemudiannya menghulurkan tangan bersalaman dengan Mak Bibah.
“Insyaallah Aini. Akak balik dulu. Assalamualaikum.”



Ikram menuju ke bilik Ainul. Beberapa kali pintu berwarna biru lembut itu diketuk perlahan. Namun tiada balasan dari Ainul. Diri Ikram diamuk  perasaan risau yang kuat. Hatinya tiba-tiba gusar mengingatkan kaki Ainul yang terseliuh tadi.
‘Tak mungkin serius sangat kaki tu.’ getus Ikram. Saja hendak sedapkan hati.
“Ainul… Ainul… ”  panggil Ikram. Pintu bilik Ainul diketuk lagi.
Tiada respon.
Tangan Ikram gatal hendak membuka pintu. Tetapi dia tahu bahawa antara dia dan Ainul bukan mahram. Takut pula sekiranya Ainul memarahinya. Lagipun takut nampak sesuatu yang tidak sepatutnya dilihat.
Ikram benar-benar gusar. Menyesal dia tidak tanya Ainul tadi ketika menghantar gadis itu ke dalam bilik sebaliknya dia mengusik Ainul sehingga ketawa terbahak-bahak.
“Ainul!” jerit Ikram. Pintu diketuk sekali lagi. Malah lebih kuat dari tadi.
“Abang Am. Kejap!” akhirnya Ainul memberi respon setelah lama berdiam diri.
Ikram sedia menanti di luar pintu.Nafas lega dihembus. Dia menyandar di pintu bilik Ainul sementara menanti gadis itu membuka pintu.
Tiba-tiba telinga Ikram dapat menangkap bunyi kaca pecah dari bilik Ainul seraya bersama jeritan Ainul mengerang kesakitan.
“Ainul…!! Ainul tak apa?” soal Ikram gugup. Tangannya lincah memutar tombol pintu bilik Ainul. Terkejut dia melihat pasu bunga yang pecah sebaik sahaja pintu bilik terbuka luas.
Bergegas Ikram mendapatkan Ainul yang terduduk sambil memegang kakinya. Deras darah mengalir dari kakinya akibat terkena serpihan kaca.
“Kenapa cuai sangat ni?” soal Ikram. Nyata dia benar-benar risau akan luka di kaki Ainul.
Ainul yang kesakitan tetapi wajah Ikram pulak yang mula pucat lesi memandang darah yang tidak henti-henti. Sungguh Ikram benci darah! Terlihat sahaja darah yang mengalir membuatkan kepalanya berpinar.
Belum sempat Ainul menjawab soalan yang ditujukan. Ikram membuka baju yang bersarung dibadannya. Menutup darah yang mengalir dari luka di kaki Ainul.
 “Ikram… Ainul apa yang terjadi ni? Ya Allah! Kamu dua buat apa ni? Ikram mana baju kamu!” Terkejut Puan Noraini melihat situasi yang mencurigakan antara anaknya dan Ainul.
Ikram yang membelakangi ibunya berpaling menghadap Puan Noraini dan Encik Ahmadi. Jelas riak terkejut terpamer di wajah kedua orang tua Ikram. Entah apa yang orang tuanya fikir sekarang ni. Ingat otak Ikram senget sangat sampai sanggup buat benda bukan-bukan?
“Ibu fikir apa tu? Cepat bantu Am. Kaki Ainul berdarah ni kena kaca!” Tegur Ikram. Dia dapat manangkap bait-bait kata ibunya. Sungguh dia seorang kasanova tapi dia tidak mungkin akan membuat onar dengan adik sendiri! Wahai ibu letaklah kepercayaan pada anak mu yang baik ini…huhuhu…!!
“Apa? Abang tolang ambilkan first aid di rak dapur.” Sekali lagi Puan Noraini terkejut dengan kenyataan Ikram. Dia bergegas mendapatkan anak saudaranya manakala suaminya berlari ke dapur untuk mendapatkan peti pertolongan cemas.
“Ainul kenapa boleh jadi macam ni? Ni kaki ni kenapa bengkak betul?” soal Puan Noraini. Riak wajahnya berubah. Risaunya terhadap kaki Ainul yang berdarah manakala buku lali gadis itu sudah kebiru-biruan.  Baju polo putih milik Ikram yang terbalut dikaki Ainul sudah pun bertukar warna ke warna merah.
“Ainul terlanggar pasu mak cik tadi bila nak pegang almari perhiasan tu.” Ainul menjelaskan situasinya. Kakinya yang bengkak gara-gara terseliuh petang tadi. Masih lagi sakit hingga payah untuk dia bergerak.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal? Budak ni…” rungut Puan Noraini. Dia menukar pandangan untuk menghadap Ikram disebelahnya. Wajah Ikram yang pucat lesi itu dipandang lama. Janganlah Ikram pulak yang pengsan sini!
Ikram mengurut dahinya yang sakit. Pandangannya mulai kabur akibat melihat darah yang mengalir.
‘Pantang nampak darah muka tu mula la macam mayat hidup.’ rungut Puan Noraini dalam hati. Dia sendiri tidak tahu kenapa Ikram begitu fobia dengan darah. Nampak sahaja darah yang mengalir walaupun setitik pun Ikram mesti mengurut dahinya mengawal agar tidak pengsan.
“Ainul boleh berdiri tak? ” soal Puan Noraini.
Ainul mengangguk walaupun dia tidak pasti tentang jawapan yang diberi. Kakinya terasa terlalu sakit. Tadi Ainul paksa dirinya untuk berjalan hingga menyebabkan kakinya bertambah bengkak sehingga terpaksa berpaut pada almari. Malangnya dia hilang kawalan sehingga terlanggar pasu.
“Biar abang Am angkat Ainul.” sambung Ikram. Ikram membetulkan posisinya lalu duduk di sebelah Ainul.
‘Hah! Sekali lagi! Tak nak!!’ jerit Ainul dalam hati. Cukup petang tadi dia terkena oleh Ikram. Dia tidak ingin pisang berbuah dua kali. Pertolongan Ikram bukannya boleh pakai sangat pun. Ada saja bajet kenakan dia balik.
Ainul mengeleng kepalanya.
“Sudah Am… biar ibu yang papah Ainul ni. Muka kamu sudah pucat semacam ni…” belum sempat Puan Noraini menyambungkan kata-katanya suara Encik Ahmadi sudah nyaring kedengaran memanggil isterinya.
“Biarlah Am buat bu. Ayah tak tahu ibu letak dekat mana kotak tu? nanti sempat darah ni mengalir deras macam paip bocor kalau nak tunggu ayah yang cari.” Sempat lagi Ikram berseloroh walaupun mukanya pucat lesi macam watak Edward Cullen dalam cerita Twilight yang dipegang oleh aktres Hollywood yang bernama Robert Pattinson.
Teringat pulak dia cerita darah yang mengalir dalam Vampire Suck. Kalau macam tu kering nanti badan Ainul! tinggal tulang dengan kulit saja.
“Iya la. Hati-hati. Ibu nak ke ambil kotak first Aid dulu.” Puan Noraini bergegas menuju ke dapur meninggalkan Ikram dan Ainul bersendirian. Terbit rasa geram terbuku di hatinya dengan sikap suami yang  kurang mengambil berat hal keluarga. Kedudukan kotak pertolongan cemas itu tidak tahu.
“Abang Am angkat Ainul.” Ikram cuba memaut belakang Ainul. Tangan kanannya memegang belakang gadis itu manakala tangan kirinya pula berada di lutut Ainul agar beratnya stabil apabila didukung. Senyuman jahatnya terbentuk di tubir bibir. Sempat lagi hendak menyakat walaupun pening lalat.
“Ainul ni berat tau tak? Haha…” ejek Ikram sengaja menguji kesabaran Ainul. Dia tahu bahawa gadis itu tidak mudah melatah tetapi setahunya setiap gadis pentingkan tubuh badan yang ideal. Mengikut pengalamannya hampir semua teman wanitanya sangup menahan lapar demi menjaga berat badan.
“Bukannya berat abang pun. Badan Ainul suka hati Ainul la nak makan apa.” cebik Ainul. Hatinya sudah agak gelagat Ikram yang suka menyakat.
Ikram mendukung adiknya ke tilam. Mukanya yang sudah beransur pulih tiba-tiba bertukar warna semula bila terlihat bajunya yang sudah dilumuri darah Ainul terjatuh. Badannya terhuyung hayang kerana pening melihat darah yang banyak.
Ikram tiba-tiba terjatuh lalu menghimpit badan Ainul yang sempat tersembam atas katil. Terkejut Ainul dengan situasi tersebut. Dadanya berdebar kencang tatkala tubuh Ikram menghempap badanya.
“Abang Am bangun… janganlah gurau macam ni! Beratlah…” ujar Ainul. Dia menolak Ikram ke tepi katil walaupun kudratnya sudah sekecil zarah. Matanya melirik ke muka Ikram yang sudah terkaku di sebelahnya.
“Abang Am kenapa ni? Jangan bergurau dengan Ainul.” Ainul mengerak tubuh Ikram namun hampa. Tiada respon dari lelaki itu. Ikram hanya terbaring kaku bersebelahan dengan dirinya.
“Abang Am?” Ainul mengerakkan tubuh Ikram lagi. Abangnya langsung tiada pergerakan. Ainul segera duduk walaupun kakinya terasa sakit.
“Mak cik! Pak Cik!!” jerit Ainul Mardhiah. Dia risau tentang keadaan Ikram yang pengsan semata-mata kerana ingin membantu dirinya. Gadis itu tidak berhenti mengerakkan tubuh Ikram.
Respon lelaki itu tetap sama. Diam dan terkaku. Ainul betul-betul cuak. Cukup sajalah arwah nenek dan datuknya yang baru meninggalkan dia. Jangan Ikram pun ikut jejak sama.
“Ada apa Ainul?” Bergegas Encik Ahmadi dan Puan Noraini masuk ke dalam bilik. Khuatir sesuatu berlaku pada Ainul dan Ikram.
Ainul menjelaskan segalanya kepada Puan Noraini apa yang terjadi ketika Ikram mengangkatnya sementara Encik Ahmadi memapah Ikram untuk di baringkan atas lantai. Usianya yang agak lanjut sukar untuk memapah badan Hafiz Ikram yang agak tegap itu. Akhirnya mereka menyediakan selimut dan bantal untuk Ikram.
“Maafkan mak cik. Abang kamu tu fobia dengan darah. Memang selalu pengsan macam ni kalau nampak darah.” jelas Puan Noraini. Malu dia dengan anak saudaranya apabila Ikram bertindak sedemikian menghempap tubuh badan gadis itu. Tanganya masih lagi lincah mengurut kaki Ainul yang bengkak.
“Tak mengapa mak cik. Abang Am bukan sengaja.” ujar Ainul. Hujung matanya melirik ke arah Ikram yang terbaring kaku. ‘Setiap insan ada kelemahan masing-masing.’getus hati kecilnya.
“Sudah… Ainul rehatlah. Mesti penat kan?” Puan Noraini mengemas ubat urut dan ubat yang di guna untuk membalut kaki Ainul yang terluka terkena cebisan kaca.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)