Wednesday, October 19, 2011

sinar disebalik kepiluan jiwa ♥


Dingin malam menusuk kalbuku,
Air mata hati ditahan bergenang ditubir pintu mataku,
Sungguh hati ini tergores dengan tinta-tintamu…
Aku Cuma insan biasa..
tak kurang serta tak lebih…
sedih pilu sebentuk hati nurani..
aku perlukan kata semangat
bukan pengores hati ini…

kata hati bermadah lagi..
bukan kegembiraan hati tapi tangisan dihati ini..
bukan keriangan sang puteri menanti putara yang dikasihi…
tapi nyanyian syahdu menyentuh kalbu…
sekali lagi
daku menyelami lautan air mata…

Pulihkan..
Pulihkan hati yang tergores..
Hati yang tercalar dek kata-katamu wahai teman.
Tercalit hati ini dengan perangaimu..
Adakah engkau sehebat Mark zuckerberg yang mampu mengubah dunia.
Seperti  hana tajima yang mengubah persepsi wanita.
Atau sepintar Bill gates yang tidak punya harta pada asalnya?

wahai teman…
Cermin diri sebelum berkata…
Buka mata sebelum bermadah…
Sungguh katamu mengores hati ini..
Aku tidak buntu kritikanmu…
Kerana ia bukan penawar kata…
Mahupun penyembuh luka hati..
Tapi racun duka…

Aku berdiam bukan kerna lemah..
Aku berdiam bukan kerna hampa…
Tapi aku berdiam kerana bersabar..
Bersabar dengan dugaan diterima…
Ujian ini ditempuh sebagai pembakar jiwa lara.

Wahai sahabat…
Aku tersenyun, sinis!
Katamu ada juga sinar di sebalik kepiluan jiwa ku..
Liku jalanku ditempuh dengan tabah..
Mengusung kisah ini dengan sabar..
Aku tersenyum lagi!
Kerana…
disebalik kepiluan aku mengerti…
Ia mengajar daku tentang perjalanan dunia fana ini…
Bahawa hidup bukan mudah..
Memerlukan segumpal hati yang tabah.
Untuk menghiris kepiluan…
Memerlukan Segengam hati yang sabar,…
Untuk menghadapi kesayuan.
Dan…
Sekelumit hati yang kuat.
Untuk meneruskan al kisah hidup ini…

pesanan penaja..
seperti biasa..
ini hanya luahan si penglipurlara..
bukan nak bermadah kata..
cuma tinta tidak seberapa..
buat pembaca..
serta untuk penawar hati yang lara...
harap semua suka..


no hard feeling okey...
saya bergelar nurfazila serenity,
pemilik tegar blog ini
ingin berkata di sini...
pabila keboringan melanda diri..
membuatkan hati berkata sendiri..
maka saya menulis tinta-tinta ini...
untuk berkongsi karya disini..
haha..!



Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

0 tukang komen:

Post a Comment

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)