Tuesday, October 18, 2011

secantik Ainul Mardhiah part 3


Tetamu yang hadir semakin berkurang. Hanya tinggal Puan Aleesa dan keluarganya sahaja di rumah si mati. Puan Aleesa hanya jiran sebelah rumah mak cik Noraini.
“Duduklah rehat kejap Kak Leesa. Kerja tu tinggal sikit saja. Jom kita depan duduk rehat kejap.” Ajak Puan Noraini. Tangannya lincah meletakkan minuman dan kuih atas pinggan buat santapan petang.
“Mana pula budak Ainul tu menghilang?” Guman Puan Noraini seorang diri.
Memang susah sangat nak tengok Ainul ni. Macam chipsmore… kejap ada kejap tiada. Mula-mula terjumpa tengah buang sampah, kemudian menghilang ke ruang tamu mengemas. Sekarang ni entah mana pula perginya.
“Tadi dia ada dekat belakang cuci kawah. Saya nak tolong dia tak suruh. Segan katanya.”  Balas Puan Aleesa.
“Budak tu tak reti duduk diam. Agaknya tak nak layan perasaan. Siapa tak sedih bila orang yang jaga kita dari kecil meninggal bukan di sisi kita. Si Ainul tu rasa bersalah sebenarnya…”
“Dia balik Taiwan lepas ni?” Puan Aleesa memang sudah tahu kisah keluarga anak saudara Noraini yang kehilangan ibu bapa kerana selamatkan dia dari kes penculikan.
“Tak tahulah saya kak. Saya harap budak tu terus saja tinggal dengan kami di sini. Bukan apa. Saya nak jaga budak tu kak. Kalau bukan arwah mak yang paksa Ainul ikut balik Taiwan saya memang bercadang nak ambil dan jaga dia. Tapi arwah berkeras juga.” Katanya. Teringat kisah dulu… titik hitam buat mereka sekeluarga.
“Saya berkenan betul dengan budak Ainul tu Aini. Sejuk mata kita tengok mukanya. Manis sangat orangnya.”
“Kalau ada jodoh tak ke mana kak… Manalah tahu sangkut dengan Ijat. Boleh kita berbesan.”  Puan Noraini mengambil tempat sebelah suaminya manakala Puan Aleesa duduk sebelah suaminya.
“Amboi! Rancak bercerita sampai abang dengar pasal berbesan segala.” sampuk Encik Ahmadi. Puan Noraini sekadar tersenyum sambil menuangkan air.
“Tiada ada apa-apa Madi. Kami tengah tanam pokok berangan. Manalah tahu berhasil boleh kita kongsi.” gurau Puan Aleesa.
Tergelak mereka mendengar kata-kata yang dianggap gurau senda sahaja.
“Kami tengah cakap pasal Ainul. Kemudian termasuk pula cerita kalau Ijat dan Ainul tersangkut. Boleh kita berbesan dengan kak Aleesa.” terang Puan Noraini tentang kekeliruan suami-suami mereka.
“Jodoh semua tu tangan Allah. Kalau ada jodoh tidak ke mana juga nanti.” sambung Encik Fuad yang dari tadi mendiamkan diri.
“Hah! Cakap pasal Ijat. Dah lama Aini tak nampak budak seorang tu. Sibuk benar budak tu kak?” Puan Noraini teringatkan anak jirannya Mohammad Aizat. Pensyarah muda itu sebaya dengan umur Ikram tapi perangai mereka jauh panggang dari api.
Aizat jenis yang suka berdikari dan agak pendiam berbeza dengan anak terunanya yang suka sangat berpeleseran walaupun kuat bekerja. Perangai mereka bagai langit dan bumi tapi boleh pula berkawan baik sejak di bangku sekolah.
“Ijat tu jarang sangat pulang Sabah. Budak dah sibuk sangat kerja Aini... Tapi katanya nak mohon tukar kerja UITM sini. Tinggal terus sini sebab UITM pun kawasan sini. Senang nak pergi kerja tak perlu risau pasal jalan jammed.” terang Puan Aleesa.
“Elok benar tu. Ada juga budak yang nak balik tinggal semula dengan ibu bapa. Si Ikram tu pulak dah beli rumah dekat sana. Terbalik.” Tersenyum mereka mendengar rungutan Puan Noraini terhadap anak kesayangannya.
“Ikram selalu sangat mesyuarat dekat cawangan sana. Elok juga dia beli. Selesa sikit tinggal rumah sendiri berbanding hotel ni Aini.”
“Tak tahulah saya kak. Akak pun bukan sehari dua kenal si Am tu. Eh! Minumlah…sibuk bercerita sampai air kita pun dah sejuk.”



Bunyi deruman kereta yang diparkir didepan rumah menarik perhatian mereka.
“Agaknya Am dah balik.” Teka Puan Aleesa.
“Tak dapat nak tolong hari ni sebab ada tender baru pagi tadi. Kelam kabut budak tu pergi syarikat. Macamlah boleh bankrap syarikat kalau lambat sikit.” ujar Encik Madi. Geram dengan perangai Ikram yang tidak mahu bertolak ansur.
“Kenduri tahlil saja Madi. Lagipun ramai yang datang membantu.” Cela Encik Fuad. Sudah genap seminggu peninggalan arwah, tapi jiran mereka ini masih setia ringankan tangan membantu.
Ikram menuju ke arah ibu bapanya. Matanya terlihat sepasang suami isteri yang cukup dikenali sedang menikmati minum petang bersama kedua ibu bapanya. Ringan tangan Ikram bersalaman dengan pasangan tersebut kemudian beralih dengan ibu bapanya.
Yang tua patut dihormat!
“Assalamualaikum ibu. Ainul mana?” soal Ikram ketika bersalaman dengan ibunya. Tali leher belang hitam dan hijau tua dilonggarkan. Mata Ikram melilau mencari kelibat Ainul sekiranya berlegar di kawasan tersebut namun hampa. Adiknya hilang tanpa kesan!
“Ainul dekat dapur bantu cuci kawah.” Buntang mata Ikram mendengar jawapan ibunya. Terkejut dengan jawapan yang diberi. Sama ada dia yang salah dengar atau ibunya yang tersasul.
Bukan apa! Cuma langsung tak terlintas di fikirannya Ainul berbuat demikian. Maklumlah cucu perempuan kesayangan po po(nenek), cucu lelaki kesayangan pula? Sudah tentulah aku. Sebab hanya aku dan Ainul cucu sebelah ibu…hahaha… Getus hati Ikram.
“Ainul cuci kawah?” Ikram menyoal kembali. Meminta kepastian!! Namun anggukan ibunya dan mama Ijat mengejutkan Ikram.
“Kawah. Periuk yang besar gedabak tu? Biar betul?” Tangan Ikram turut memainkan peranan. Dia mendepakan kedua belah tangan menandakan bertapa besarnya kawah tersebut.
“Betullah Am. Kalau tak percaya Am pergi belakang dapur. Ainul dah macam Cinderella dah dengan segala periuk-periuk tu. Mama Leesa nak bantu dia kata tak perlu.” terang Puan Aleesa.
 “Ish… bukan Am tak percaya mama. Terkejut saja puteri lilin buat kerja macam ni..hehe…” jawab Ikram kepada wanita yang membahasakan dirinya mama Leesa sejak dia kecil lagi.
“Tak mengapalah. Ikram masuk dulu. Bye!” sambungnya. Kepalanya geliga memikirkan rancangan yang hendak dilakukan. Hati Ikram sudah mula ketawa jahat memikirkan rancangan yang diatur rapi.
“Jangan pula kau nak kacau si Ainul.” amaran keras diberi pada Ikram walaupun bernada lembut. Naluri keibuan Puan Noraini mengatakan Ikram hendak menyakat adik sepupunya itu lagi.
Sudah seminggu Ainul duduk bersama mereka dan dalam seminggu itu jugalah Ikram tidak berhenti menyakat dan mengusik Ainul.
“Alahai ibu. Sekali sekala.”
Puan Noraini hanya mengelengkan kepalanya. Pening dengan perangai Ikram yang suka menyakat Ainul. Semakin Ainul geram semakin membuak-buak niat Ikram hendak meneruskan gurauannya.
 Sampai kemerahan muka anak gadis itu dikerjakan. Nasib dialah terpaksa jadi mangsa Ikram… Apabila ditegur jawapannya hanya satu. ‘Am bukan apa bu! Am gembira sebab adik Am dah pulang.’
Ikram menuju ke arah dapur rumah banglo tersebut. Matanya melilau mencari kelibat Ainul sambil menyanyi kecil.
“Mak Bibah!” sergah Ikram apabila terlihat pengasuhnya sedang leka mengemas meja dapur.
“Hantu kak limah pancung mak engkau guna tulang ikan!” laju mulut wanita itu melatah. Tergelak kuat Ikram mendengar. Ini mesti kes terkena virus penyakit kak Limah.
 Suka benar dia mengusik pengasuhnya sejak kecil lagi. Sekali seminggu pun jadilah!
“Hantu punya budak. Mak bibah cepuk karang.”  Lincah tangannya mencubit lengan Ikram.
“Cepuk tapi yang dibuatnya cubit lengan Am. Bisa betul ketam mak Bibah. Sakitlah. Pedih!” Ikram mengosok tangan yang menjadi mangsa.
Malang tidak berbau! Selalunya sempat pula dia melarikan diri sebelum terkena. Itulah yang dikatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.
“Hah! Yang kamu tak habis-habis usik orang tu apasal. Sudah! Naik atas tukar baju tu. Dah busuk sangat betul dapur ni dengan bau Am.” marah Mak Bibah.
‘Sudah tiada bajet nak balaslah tu sampai yang guna ayat lama…!!! Haha!’ fikir Ikram.
“Alah Mak Bibah! Am wangilah. Pagi sampai petang duduk ofis ada penghawa dingin. Wangi sebab tak berpeluh. Am bukan budak-budak lagi macam dulu.”
“Tahu pula bukan budak-budak! Tapi perangai macam budak-budak. Kerjanya sakat orang saja. Pergi.. pergi… Mak Bibah banyak kerja nak buat. Layan kamu alamatnya sampai tahun depan tak habis kerja ni. ” bebel Mak Bibah.
“A’ah… kerja Mak bibah tu mana pernah habis. Entah apa saja yang disibukkan. Sekali sekala rehat la jugak. Am nak kacau Ainul pulaklah! Mana dia?” soal Ikram. Semput juga nyawanya menyakat orang tapi apa boleh buat kalau sudah hobi. Orang tua pun layan…janji ada mangsa sakat.
“Ada dekat belakang cuci periuk belanga tu.”
“Eh tadi mak kata kawah. Ni periuk pula?”
            “Kamu ingat budak tu pemalas macam kamu?” aik! Balas dendam pula Mak Bibah ni…getusnya.
‘Tapi betul juga! Kalau nak aku yang cuci baik suruh orang lain yang buat. Nanti ada yang kutip periuk tu dekat tong sampah sebabnya baik aku beli baru. Baru nampak bersih SANGAT aku cuci! Haha…’ sambungnya lagi. Ikram yang pemalas!
Ikram berjalan menuju ke pintu belakang. Perlahan-lahan kakinya melangkah agar tidak  dapat dikesan oleh Ainul. Badannya bersembunyi disebalik pintu dapur manakala kepala sudah tersembul keluar mengintai Ainul sedang membelakanginya.
Tekun betul Ainul buat kerja… ermm… pointer jadi isteri mithali up siket..!!
‘Pucuk dicita ulam mendatang! Macam tahu-tahu saja aku nak sakat budak kecil ni... Dah sedia depan mata?’ Mata Ikram jelas terlihat hos air yang berdekatan dengan pintu dapur.
Perlahan-lahan kakinya menginjak mendekati paip air agar tidak dapat dikesan oleh adik sepupunya. Saiz kawah tu lagi besar dari Ainul…. kalau masuk dalam pun muat!
Boleh buat peribahasa baru ni... Bagai budak dalam kawah! Cantik boleh ganti peribahasa seperti katak dalam tempurung. Sempat lagi Ikram dengan loyar buruknya.
“Dimulakan dengan bismillah…” Ikram menyanyi kecil lagu nasyid dari kumpulan Raihan. Rancangan jahat akan bermula…
“Serang….!!!” jerit Ikram. Tangannya menghayun hos itu membasahi adik sepupunya.
“Abang Am!” Terkejut Ainul tingkah Ikram. Habis basah lencun baju kurung yang dipakai.
Ainul mengetap bibir. Seolah-olah hujan lebat sedang membasahi tubuhnya. Dibiarkan saja Ikram menghayunkan hos sampai puas.
“Hahaha…!!! hujan rintik-rintik ombak bergelora, emak bagi duit saya pergi sekolah...” Ikram menyanyi lagu budak-budak. Siap tarian budak tidak cukup umur lagi. Padahal boleh jadi bapak budah dah…
“Nak sangat hujan erk? ” Ainul mencapai satu lagi hos yang berdekatan dengannya lalu menghala ke arah Ikram.
“Habis basah baju abang…” rungut Ikram. Padahal dia yang mulakan dahulu!
“Padan muka abang! Nak sangatkan? Nah…ambik hadiah ikhlas untuk Hafiz Ikram bin Ahmadi.” Ainul menyembur air ke arah Ikram.
Terkapai-kapai Ikram mengelak dari terkena basah namun hampa. Baju kerjanya sudah basah. Apa nak buat dia juga yang mulakan. Ikram berlari dari tempat dia berdiri.
“Tembak…” Ikram pula membalas serangan air dari Ainul. Gadis yang terkejut dengan serangan itu cuba mengelak dari pancutan air Ikram.
Ikram pula semakin galak memancutkan air ke arah Ainul. Kakinya semakin dekat dengan Ainul. Suka benar apabila Ainul terpinga-pinga untuk mengelak sedaya upaya.
“Abang Am sudahlah…” Ainul merayu. Semakin susah dia bergerak dengan pancutan air yang kuat. Ikram pun bukan tahu berhenti. Entah jin air mana merasuk Ikram sekarang ni. Suka betul main air.
“Hahaha…!! tak nak… tembak!!” Kuat Ikram ketawakan Ainul yang merayu-rayu hendak melarikan diri. 
Malang tidak berbau! Ainul tergelincir kerana terpijak kawasan yang licin. Bekas Sabun cuci yang dibuang tadi menyebabkan lantai licin.
“Arghhhh….” jerit Ainul. Kakinya terseliuh kerana mengelak dari air yang dipancut oleh Ikram.  
Tanpa berlengah Ikram terus melempar hos di tangan lalu mencapai tangan Ainul. Tangannya mencapai jejari Ainul lalu segera mengengamnya erat. Dia kemudiannya menarik tangan Ainul hingga tersandung di dadanya.
Buntang mata Ainul dengan kejadian yang tak disangka-sangka! Scene kuch kuch hota hai sedang berlangsung seketika… hehe…
Jantung Ikram berdegup kencang tatkala mata bertentang mata. Seolah-olah ada magnet yang menarik aura mereka agar tidak beralih.  Boleh pulak mereka buat drama sebabak belakang rumah macam scene dalam taman!
Ainul terus cuak dengan renungan Ikram. Dadanya berombak melihat panahan mata yang menusuk kalbu. Hos yang masih ditangan Ainul segera ditujukan ke muka Ikram.
Segera Ikram meleraikan pelukannya, matanya terpejam kerana terkena pancutan air yang kuat. Siapa suruh gatal sangat tenung anak dara orang. Padan muka!
“Aduh.” Ainul mengerang kesakitan. Kakinya yang terseliuh tadi masih lagi sakit. Dia terduduk akibat kesakitan yang teramat. Perlahan-lahan tangan Ainul cuba mengurut kaki yang terseliuh.
“Maaf… abang tak sengaja.” Ikram duduk menghadap Ainul yang cuba menahan sakit. Berbakul-bakul rasa bersalahnya. Kalau bukan kerana dia yang mulakan dahulu tidak mungkin kaki Ainul terseliuh kerana tergelincir bagi mengelakkan pancutan airnya. Apa boleh buat benda dah jadi…
“Ainul merajukkah?” soal Ikram.
Ainul hanya berdiam diri menanti Ikram untuk meminta maaf sekali lagi. Hatinya ingin sahaja menghemburkan ketawanya yang bersisa melihat wajah Ikram yang kelat semacam walaupun kakinya sakit. Tadi bukan main lagi gelakkan orang.
“Ya Allah…!” Terkejut Puan Noraini melihat halaman belakang rumahnya yang tunggang langgang macam  tongkang pecah. Ribut ke atau taufan yang melanda halaman rumahnya sekarang ni? Mahu demam dia tengok keadaan halaman yang selama ini dijaga rapi.
Mulutnya diketap melihat anaknya dan Ainul yang basah lencun. Ni mesti kes-kes main air. Dua-dua kalau dah kahwin anak confirm berderet dah macam tangga. Tapi kalau berjumpa perangai dua kali lima saja. Macam budak tidak cukup umur!
“Kamu ni tiada penyakit cari penyakit. Umur sudah tua bangka tapi perangai Masyaallah! Nasib baik Kak Leesa dan suaminya balik ikut pagar depan. Kalau ternampak kamu berdua ni,  buatnya malu tujuh keturunan keluarga kita.” bebel ibu Ikram.
Dia ingatkan apa yang terjadi mendengar jeritan Ainul tadi. Bergegas dia berlari ke dapur macam lipas kudung. Rupa-rupanya dua-dua cari penyakit.
‘Hah! Ibu aku sudah mula membebel. Sedia sahajalah wahai telinga. Paling lama pun seminggu.’ getus Ikram. Tersengih-sengih melihat wajah ibunya yang merona kemerahan menahan amarah. Gunung berapi nak  meletup!
Ainul hanya senyum. Tak perlu kata apa-apa! Seperti dalam lagu senyum dendangan Malique gandingan bersama Najwa. Tapi yang ni kes senyum lain. Nak senyum untuk cover malu!
“Alah bu sekali sekala…” jawab Ikram selamba.
Puan Noraini mengelengkan kepalanya. Inilah nasib ada anak seorang yang nak sangat adik dari kecil. Bila sudah besar jumpa balik adik sepupunya perangai pun mulalah. Kakinya menginjak mendekati Ainul dan Ikram. Pelik juga kenapa mereka duduk. Mungkin kepenatan sebab bermain dari tadi.
“Ni duduk atas tanah macamlah dalam rumah dah habis kerusi.” omelnya. Pening betul dengan budak dua ekor ni!
Hehehe… ibu….” Ikram melemparkan senyuman terhadap ibunya. Mengharap agar kali ini tidaklah ibunya marah. Nada suara menyebut perkataan ‘ibu’ beralun-alun  seolah menyanyi lagu ‘ibu engkaulah ratu hatiku…’.
“Kaki Ainul kaaannn…” Ikran tersenyum lagi. Enam harakat perkataan ‘kan’ disebut! Takut kena bom atom sampai bercakap pun lembut semacam. Kalau bom ibunya sudah meletop pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki pun kalah! Nanti tidak pasal-pasal meletop satu rumah dengan marah ibunya. Habis hangus terbakai mereka semua… renting terus! Desis Ikram.
“Kenapa dengan kaki Ainul?” soal Puan Noraini. Bikin suspen betul Ikram ni! Cakap bukannya straight, banyak lagi noktahnya…
“Kaki Ainul terseliuh. Tergelincir sebab Ikram hala air ke badannya. Jangan marah ya ibu. Nanti kena jual...” sempat lagi Ikram berseloroh diakhir penjelasannya.
“Apa…!!!” Terjerit Puan Noraini. Dia bercekak pinggan mendekati Ainul yang mengurut kakinya yang ditutupi dengan baju kurungnya.
“Sakit sikit saja mak cik.” jelas Ainul.
“Ni mesti Am yang mulakan dulukan?” Puan Noraini menghalakan pandangan ke arah Ikram. Tersengih Ikram mengangguk-angguk seperti burung belatuk. Apa boleh buat memang sudah terang lagi bersuluh dia yang mulakan.
Ainul menelan air liur melihat mak ciknya memisat telinga Ikram. Habis dipulas telinga si abang sampai merah.
“Aduh bu sakit…sakit..lepaslah bu. Sakit!”
“Sudahlah mak cik… Ainul pun salah juga…” Kesian pula Ainul melihat abangnya yang kesakitan.
Ikram mengosok telinganya yang kesakitan tapi malunya lagi dahsyat sebab kena pisat telinga depan Ainul. Nasib baik bukan depan awek-awek aku! Kalau tak sudah tentu saham jatuh mendadak.
“Ini baru keadilan! Dua-dua rasa sakit.” jawab Puan Noraini puas.
“Sudah! Jom masuk dalam. Tukar baju kamu dua. Habis sampai tudung pun basah.” Puan Noraini mengomel melihat tudung yang dipakai oleh Ainul basah terkena air. Kena simpan stok penadol banyak-banyaklah lepas ni…
“Ainul boleh berdiri ke jugak ni?” soal Puan Noraini.
Ainul terpaksa mengelengkan kepalanya. Dia tidak larat hendak berdiri sebab terlampau sakit.
“Itulah cari penyakit…” sempat lagi Puan Noraini membebel.
Dia mengeluh lalu memegang lengan gadis itu. “Mari mak cik papah masuk bilik…”
“Eh! Ibu laratkah? Angkat pasu pun sudah mengadu sakit pinggang.” Tukas Ikram. Biar betul ibu dia ni… angkat pasu pun tidak larat. Ini pulak nak papah Ainul?
“Papah sahaja bukannya dukung si Ainul ni.”
“Biarlah Am yang dukung. Nanti dua-dua sakit Am juga yang susah.” Ikram membangkang lagi.
“Tapi…” Ainul  sudah berkira-kira hendak menolak. Dia rela memaksa diri berdiri daripada didukung oleh Ikram. Ikram hanya abang sepupu bukan abang kandungnya.
“Tiada tapi-tapi. Abang bukan ada niat jahat dengan Ainul pun. Mari sini tangan Ainul.” Ikram duduk membelakangi Ainul bersedia mendukung adiknya. Tangannya dihalakan kebelakang untuk mencapai tangan Ainul.
Teragak-agak Ainul untuk mencapai tangan Ikram namun dia tahu bahawa Ikram tiada niat lain selain untuk memapahnya ke bilik. Akhirnya dia bersetuju untuk di dukung oleh Ikram. Perlahan-lahan Ikram berdiri agar tidak terjatuh berjalan memasuki rumah.
Puan Noraini hanya mengelengkan kepalanya. Pening tidak habis dengan perangai budak dua orang ni. Dia juga perlu bergegas kerana hari sudah semakin gelap. Azan magrib pun tidak lama lagi…
“Hah! Ni kenapa pula?” soal ayah Ikram apabila mereka melewati ruang tamu untuk menaiki tangga ke tingkat atas. Matanya tidak lepas memandang Ainul yang didukung oleh Ikram. Baju pun habis basah kuyup!
“Kaki Ainul terseliuh. Kami naik dulu ayah.” Jelas Ikram ringkas. Sambil menaiki anak tangga.
“Macam-macam perangai kamu ni.” sempat telinga Ikram dan Ainul mendengar bebelan Encik Ahmadi ketika menaiki anak tangga.
Ainul menyembunyikan kepalanya di belakang bahu Ikram. Seumur hidupnya tidak pernah diangkat sedemikian rupa. Mana dia nak letak muka lepas ni? Huaghh!!
Ikram menurunkan Ainul di atas katil. Perlahan-lahan dia membantu Ainul untuk duduk di bucu katil. Wajah Ainul di pandang tajam. Dia melutut menghadap Ainul yang duduk di bucu katil bertentangan dengannya.
“Nur Ainul Mardhiah…” kata Ikram perlahan. Kalut Ainul memandang mata Ikram yang tajam melihatnya. Teringat kata-kata mak ciknya seminggu yang lalu ketika tiba di Sabah bahawa abang sepupunya seorang ni buaya darat.
Habislah dia kena terkam lepas ni… ada talian hayat sekarang ni tak? Ainul perlukan bantuan pernafasan!! Abang Am… jangan pandang kita macam tu. Nanti kita pengsan jugak dekat sini.
“Ainul…” kata Ikram dengan lembut. Suaranya selembut kain sutera cina yang menjadi kegemaran setiap wanita apabila memakainya. Kalau ada lipas sudah tentu mati tergelincir sebab lembut sangat!
“Hah?” soal Ainul. Dia pula menjadi penasaran untuk mengetahui apa yang hendak disampaikan oleh Ikram.
“Ainul tahu tak?” Ikram tiba-tiba diam tanpa sebutir kata. Hanya terus memandang anak mata Ainul.
“Ainul tahu tak yang Ainul perlu kurangkan berat badan! Naik lenguh pinggang Abang Am dukung. Rasanya tercabut skru-skru pinggang Abang Am dukung Ainul. Berat macam badak air. Hahaha…” ujar Ikram lengkap dengan gaya iklan lelaki yang sakit pinggang dalam penadol extend.
Akhirnya tersembur ketawa Ikram yang ditahan olehnya sejak tadi. Mukanya kemerahan akibat terlalu kuat ketawa. Boleh tahan lawak jugak muka Ainul tadi! ermm… ada perasaan dengan abang ke dik? Hahaha!!
Wajah Ainul merona merah menahan malu. Perasaannya berbaur. Antara geram, malu, marah, Sakit hati pun ada. Tangannya mencapai bantal di atas katil lalu dilempar ke arah Ikram yang masih galak ketawakan dirinya.
Menyesal betul biarkan Ikram mendukungnya naik masuk bilik. Kalau tahu begini jadinya sanggup dia sangup mengensot masuk bilik sendiri. Lagi rela dari terus menerus jadi mangsa kena sakat.
“Ambil ni!” Ainul melemparkan sekali lagi bantal ke arah Ikram.
Semakin kuat ketawa Ikram seraya melangkah keluar bilik adiknya. Kalau ikutkan hati, Ikram dah terguling-guling atas lantai ketawa sakan. Tapi dia perlu mandi agar tidak kena demam. Ketawa Ikram semakin kuat bila masuk dalam biliknya yang bersebelahan dengan bilik Ainul.
Ainul mencapai bantal lalu menerkup mukanya kemudian menjerit sekuat hati.  “Arrghhhhhhhhhh!!!!” Geram betul dengan perangai Ikram yang kuat menyakat.Tidak habis-habis dia yang terkena.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)