Wednesday, October 26, 2011

Tembok Cinta part 2

Ketukan ditingkap mengejutkan Fiera. Wajah Taufiq yang merona kemerahan menahan matahari terik sedang memberi isyarat agar Zaffiera membuka kunci kereta. Terkulat-kulat gadis itu membuka kunci kereta. Bila dia mengunci pintu pun tidak dia tidak pasti.

Taufiq membuka pintu kereta di bahagian pemandu sebaik sahaja kunci alarm terbuka. Terkejut Fiera memandang wajah Taufiq yang mengetap bibir menahan marah. Orang habis sembayang sejuk aje rupa tapi mamat sorang ni macam baru habis kena bedal pun ada.

“Apasal kau mengelamun jauh ni! Kalau kau lambat buka pintu hangus aku terbakar kepanasan di sini tau tak!” jerkah Taufiq. Mukanya kemerahan menahan panas tengah hari terik menanti Fiera membuka pintu dari tadi.

“Eh! Iya ka? Sorry. Yang kau awal sangat habis sembayang apasal?” soal Fiera tanpa riak bersalah.

“Sekejap kau cakap? Aku pergi ambil air wuduk dan sembayang hampir sepuluh minit. Aku tercegat sini pula dah dekat dua puluh minit kau tau tak? Entah apa saja yang dia fikir! Dah kau turun.” Taufiq mengarah gadis itu turun dari tempat duduk pemandu. Semput juga nyawanya membebel dari tadi. Entah apa yang difikir gadis itu sehingga jauh mengelamun.

“Tak kan aku lambat buka pintu kau nak halau aku kot?” soal Fiera. Lain pula difikirnya apabila Taufiq mengarah gadis itu turun dari kereta hanya semata-mata terlewat bukakan kunci kereta.

“A’ah. Aku nak halau kau… halau dari tempat duduk pemandu ni. Biar aku pula yang pandu. Taubat aku nak suruh kau pandu. Duduk sana.” Taufiq menunjuk ke arah sebelah kerusi pemandu.

Fiera tersenyum. Sangkaannya amarah Taufiq kerana lambat membuka kereta meleset. Rupa-rupanya nak jadikan dia co-pilot. “Okey! Aku tahu kau sayang aku! Hehe…ingatkan tadi mengamuk” ujar Zaffiera. gembira kerana dia sendiri malas hendak memandu terutamanya asyik kena bebel tentang cara pemanduannya oleh Taufiq.

“Cepatlah panas siot ni tau tak!” Taufiq mengundur ke belakang agar memberi ruang kepada Fiera untuk berlalu sebelum memasuki ke dalam perut kereta. Dia memutar kunci untuk memulakan perjalanan. Pintu atap kereta yang dicipta khas untuk dua orang sahaja itu di buka.

“Tadi kata panas! Apasal kau buka atap pula. Baik pasang aircond.” Berkerut dahi Fiera memandang kelakuan Taufiq.

“Alahai… puteri lilin sorang ni. Nanti kita jalan sejuklah. Dapat air-cond free dan semula jadi.” Ujar Taufiq. Dia memusing stereng kereta untuk keluar dari simpang. Apabila lampu hijau dia meluncur laju keluar dari simpang.

“Wah! Sejuknya…” Fiera memegang hujung tudungnya yang berterbangan di tiup angin. Melebar senyumannya apabila angin menyapa mukannya.

“Tadi kau mengelamun apa sampai terpaksa naik transit ke kutub utara.” Sindir Taufiq.

“Aku fikir pasal kau.” Terangkat kening Taufiq mendengar kata-kata Fiera. Hatinya bergolak keriangan apabila Fiera memikirkan pasal dirinya. Senyumannya cuba ditahan.

“ Fiq. Aku rasa kau patut bagitahu Anis pasal kau sebenarnya.” Ujar Fiera. Dia menghadap Taufiq yang tekun memandu.

“aik? Bagitahu pasal apa pulak? Bagitahu mak cik sorang tu aku ni sebenarnya E.T yang sesat di bumi. Aku punya kapal angkasa nyaris-nyaris kemalangan gara-gara kau pandu tadi?” seloroh Taufiq. Fiera sedar yang disebalik gurauan itu terselit sindiran terhadapnya yang suka memandu laju.

‘Siapa suruh kau beli kereta sport! Sudah tahu aku suka kereta macam ni.’ Desis Fiera.

“Tak! Aku suruh kau bagitahu dia yang kau tu jelmaan Hitler zaman kini. Diktator nak mampus mengalahkan Hitler.” Balas Fiera. Zaffiera memang benci dengan perangai Taufiq yang sememangnya suka mengarah sesuka hatinya sejak dulu lagi sehingganya mengelar lelaki itu sebagai jelmaan Hitler. Dia memang suka mengelar orang lain dengan gelaran pelik.

“Kalau yang tu kau jangan risau. Aku yakin dia pun tahu pasal tu.” selamba Taufiq memanaskan keadaan. Fiera merenung Taufiq di sebelahnya. Rambut lelaki itu kusut sedikit ditiup angin.

“Aku serius okey. Bila kau nak bagitahu Anis yang kita sebenarnya kenal sebelum dari dekat UM dulu?” geram dengan kata-kata Taufiq yang tidak pernah ambil peduli tentang perkara serius.

“hrmm… perempuan perkara tidak penting pun kau orang anggap penting. Buat kusut fikiran kau tu saja.” Kata Taufiq.

“Fiq. aku yang berkurun kenal kau dari kecil pun tahu marah sebab kau rahsiakan nama Tyler tu. Ni kan pulak si Anis tu! Cuba kau guna otak kau yang bajet pandai sangat tu.” Fiera menyilang tangannya di dada.

Dulu hidup mati semula Taufiq benar-benar meyakinkan dia antara dia dan Tyler orang yang berlainan pada pertama kali berjumpa ketika menuntut di Universiti Malaya dahulu. Kalau bukan terserempak dengan Tiffany adik bongsu lelaki itu di KLCC ketika dia dan Taufiq makan tengah hari tiga bulan yang lalu bulat-bulat Fiera ingatkan Taufiq bukan Tyler. Sakit hati Fiera mengenangkan situasi tersebut. Sebulan lebih dia mogok dengan Taufiq sehinggakan Anis berasa pelik dengan hubungan dia dan Taufiq.

“Anis tu kawan baik kita Fiq. Kau tak jujur dengan persahabatan kita. Apa salahnya kalau dulu kau bukan muslim. Kau juga seorang manusia.” Sambung Fiera.

“Iyalah mak nenek. Esok sebelum subuh aku bagitahu dia okey. Sekarang kita makan. Nanti sakit lagi perut kau baru tau.” Cebik Taufiq. Berdesing telinganya mendengar bebelan Zaffiera yang mengalahkan ceramah motivasi. Ada bakat jadi kaunselor.

“Makan mana?” soal Fiera. Dia sendiri bosan dengan tajuk yang sering menjadi perbualan dia dan Taufiq kebelakangan ini.

“Kedai atuk aku. Kedai Fuyoo Codap.” Seloroh Taufiq. Dia senyum meleret melihat kedutan di muka Fiera. Bingung gadis itu memikirkan kedai yang hendak di tuju.

“Atuk kau ada kedai ka?” soalnya lurus. Memang sah! Minah seorang ni lurus bendul.
“KFC… kedai atuk-atuk aku!” jawab Taufiq.

“ceh! KFC je?” Fiera mencebik. Sebenarnya dia tidak kisah sama ada KFC atau restoran mewah tetapi tiap-tiap hari makan ayam dia sendiri pun tahu cuak.

“Tadi kata KFC pun jadi la. Sekarang kita dah tercongok depan kedai atuk aku ni. Nak makan atau tak?” Taufiq memberi dua pilihan.

“Okey! KFC pun jadi lah. Kita makan sini atau Take Away?” soal Fiera. Dia mengalah. Takut Taufiq mengubah fikirannya yang memang sedia sewel sedikit tu.

“Take Away. Aku bawa kau pergi satu tempat makan. Kau nak makan apa?” Soal Taufiq. Tali pinggang dibuka. Matanya bertentangan dengan Fiera menanti permintaan gadis putih tersebut. Mukanya sudah kemerahan terkena cahaya matahari.

Zaffiera masih lagi berfikir makanan apa yang cukup untuk mengisi perutnya yang lapar. Manakala, Taufiq menekan butang untuk menutup atap kereta lalu memasang penghawa dingin. Dia turut merasa terik matahari.

“Okey waiter! Ambil list aku yaa… aku nak dua dinner plate, 2 cheezy wedges dan 1 zinger. Tapi kau tak payah minta air sebab aku nak beli air mineral saja nanti.”

“amboi! Perut kah atau tong dalam badan kau Fiera? Makan macam tak ingat dunia.” Sindir Taufiq. Dia keluar untuk membeli makanan.

“Jangan lupa kentang goring jugak!” jerit Fiera dari dalam kereta. Taufiq memaling menghadap gadis kecil itu. Tersembul kepalanya dari tingkap kereta kesayanganya. Fiera tersengih-sengih apabila Taufiq mengeleng kepalanya.

“Tak padan dengan badan kecil! Tapi perut liat sangat. Kuat makan!” desis Taufiq ketika menuju ke pintu masuk kedai makan tersebut.


…                    …                    …                    …


Taufiq menghentikan keretanya di suatu tempat lapang. Keindahan alam terserlah dari atas bukit tersebut. Sejuk dan damai dari kesibukan kota yang cukup menyesakkan minda. Fiera keluar dari perut kereta lalu menuju ke tempat duduk penumpang belakang untuk mengambil makanan mereka manakala Taufiq membuka boot belakang kereta untuk mengeluarkan kain alas.

Lelaki kacukan itu mengibarkan kain alas di atas tanah berhadapan dengan pemandangan kota raya di bawah bukit tersebut.

“Dari mana kau tahu tempat ni Taufiq?” soal Fiera. Kesibukan lelaki itu sebagai seorang doktor  tidak pernah  menghalang Taufiq untuk bersuka ria. Ada sahaja tempat baru yang dia ajak Fiera makan.

“Kawan sekerja aku yang bagitahu tempat ni baik punya.” Jawab Taufiq. Dia membantu Fiera mengeluarkan kotak makanan mereka. Tanpa dipelawa masing-masing menjamu selera mereaka sambil mendengar lagu nyanyian Kenny G kegemaran Taufiq yang dipasang dari radio kereta.

Telefon Fiera berdering menyanyian lagu Back to you nyanyian kumpulan Beast dari Korea itu. Terkocoh-kocoh dia mengeluarkan telefon bimbitnya.

“Pakai handbag macam pakai guni besar gedabak. Macam mana tak Lost and Found dalam tu.” sindir Taufiq. Dia sendiri hairan apa sahaja yang dimuatkan dalam beg tangan wanita zaman kini yang suka pakai beg tangan besar-besar.

Fiera menjeling. Bukan nak tolong tapi menyindir. Desisnya. Akhirnya telefon Blackberry pink miliknya yang berjaya dicapai. Dia segera menekan punat telefon apabila nama dan gambar umi tertera diskrin telefon.

“Assalamualaikum umi.” Ujar Fiera sebaik sahaja berada di talian.

“Fiera mana ni? Umi telefon ofis Lydia kata keluar makan dengan Fiq.” kata umi Anis. Puan Hamidah menyuruh Fiera memanggilnya umi. Dia memang sudah terpikat dengan keayuan gadis tersebut sejak pertama kali mereka bertemu apabila Fiera menyelamat dia dari peragut.

“Fiera makan dengan Fiq la ni umi. Ada apa?” soal Fiera.

“Takda. Umi nak tanya Fiera ni. Esok lepas cuba baju pengantin Anis, Fiera jadi kah tidur rumah umi?” soal wanita tersebut. Fiera memikirkan jadualnya esok. Sebenarnya dia memang selalu berkunjung ke rumah teman baiknya walaupun baru sekali dua bermalam di rumah tersebut ketika kenduri untuk membantu mana yang patut.

“Insyaallah kalau tiada halangan Fiera tidur sana.” Fiera mengangkat keningnya apabila melihat Taufiq meneguk air mineralnya dengan selamba apabila minum tin lelaki tersebut habis.

“Okeylah! Umi nak letak telefon ni. Umi pun tengah beli barang dapur juga sikit-sikt sebab abang Anis pun pulang esok. Assalamualaikum.” Tersedak Fiera mendengar kata-kata terakhir wanita tersebut. Abang Anis? Maksudnya Adam Danial balik? Kembar tidak seiras Anis yang sedang menuntut diluar negara.

Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Adam atau melihat foto lelaki tersebut tetapi dia tahu serba sedikit pasal kembar Anis yang kononnya merajuk dengan umi dan pak cik Fuad sehingga sangup membawa diri ke luar negara. Adam kononnya tidak rapat dengan keluarga mereka kerana dianak angkatnya leh mak ciknya di Sabah. Tetapi apabila abang sulung mereka Akhil Danish meninggal dunia Adam terpaksa pulang ke pangkuan keluar untuk mengambil alih urusan syarikat.

“Apasal kau ni kepoh betul! Gelojoh sangatlah.” Taufiq mengurut belakang Fiera perlahan.

“Titi macam mana ni?” Fiera membuat mimik muka kesian menghadap rakannya. Menyesal dia bersetuju dengan cadangan umi untuk bermalam di rumah keluarga tersebut. Dia sebenarnya takut untuk menerima pandangan Adam terhadapnya sekiranya lelaki tersebut menerimanya sebagai adik angkat atau berangapan keakraban dia dengan keluarga tersebut semata-mata kerana harta.

“Apa?” soal Taufiq. Wajah kesian Fiera dihadap dengan riak tidak puas hati. Geram apabila Fiera memanggilnya Titi.

“Kembar Anis balik esok! Aku takut nak jumpa dia. Tak sedap hati. Menyesal aku setuju nak bermalam sana.” Ujar Zaffiera. Mulutnya muncung sedepa.

Tiba-tiba dia terdengar Taufiq yang sudah ketawa terbahak-bahak.

“Cik Nurul Zaffiera. Kembar Anis tu manusia jugak bukannya raksasa. Yang kau takut sangat tu apasal?” soal Taufiq. Ketawanya masih lagi bersisa. Lucu dengan kerisauan Fiera yang tidak bertempat. Dia sendiri tahu tentang kisah kembar lelaki Anis itu.

“hah! Ketawa sangat… kalau budak lelaki tu terpikat dengan aku baru putih mata! Merasa jugak aku jadi orang kaya. Lepas tu aku beli lori seratus tayar langgar kereta kau ni. Baru tau!” Marah Fiera apabila Taufiq ketawakan dia yang tidak sedap hati dengan kepulangan Adam Danial.

Ingatannya kepada lelaki yang dikenali tujuh tahun lalu yang tidak pernah berhenti menyapa pintu hatinya ketika tingkatan lima hingga habis SPM sehingga dia sendiri rimas dengan renungan lelaki tersebut. Nama lelaki tersebut juga Adam walaupun dia sendiri tidak tahu nama sebenar lelaki tersebut.

“Makanlah!”  sepatah kata Taufiq membantut ingatan Fiera terhadap Adam. Perasaan cemburnunya menjalar disegenap hatinya apabila Fiera bercerita pasal hubungan besama lelaki lain.

Fiera perasan wajah Taufiq berubah kelat. Dia meneguk air mineralnya yang tinggal sedikit lalu menyambung makanannya.


---> tunggu kemunculan lelaki kedua pulak yaaa... ADAM DANiAL...Dalam part 3

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

2 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)