Tuesday, November 1, 2011

secantik Ainul Mardhiah part 6


“Ikram dan Ainul dengar sini atuk dan nenek nak bagitahu… Nenek nak kamu langsungkan perkahwinan kamu berdua. Guna cincin kahwin kami yang ada di rantai Ainul. Kalau kamu nak kami tenang disana… Tunaikan permintaan kami!” Tegas sambungan wasiat yang sudah masuk isi penting! Siap bagi ugutan lagi.
Memang itu gaya nenek mereka yang kuku besi itu. Kedengaran seolah nada wanita itu pula yang bercakap dan bukannya suara peguam itu.
Hanya riak terkejut sahaja yang terpamer di wajah mereka semua dengan apa yang tertulis di surat tersebut. Ikram hendak mencelah tapi salah seorang peguam tersebut menunjukkan tapak tanggannya kepada Ikram untuk bersabar dan biarkan peguam Kamal Idham meneruskan bacaannya.
Ainul memegang rantai dilehernya yang tertutup dengan tudung. Berdebar-debar menanti isi kandungan seterusnya.
“Kami tahu yang kamu semua tentu terkejut dengan permintaan kami. Tapi tolonglah tunaikan… itu hasrat kami... Ikram jadi suami yang setia. Tinggalkan perangai buruk kamu tu. Sudah lama nenek dan atuk perhatikan tapi kami senyap saja.”
Sekali lagi riak tidak puas hati dipamerkan oleh Ikram. Ini mesti kerja neneknya yang Hitler itu. Dia mendengus. Tanpa pamitan, Ikram terus tinggalkan rumah. Bunyi keretanya bergerak laju meninggalkan perkarangan rumah.
 “Aini, Madi. Kami kahwinkan Am yang kaki perempuan tidak bermakna kamu tidak pandai mengajar anak. Tapi sesuatu akan berlaku disebaliknya. Sekian sini sahaja coretan terakhir kami. Salam sayang dari kami berdua.” Habis sahaja Kamal Idham menghabiskan bacaannya dia memberi surat yang menjadi tanggungjawabnya selama ini kepada Puan Noraini.
Tiba-tiba sahaja air mata Nur Ainul Madhiah menitis mengenangkan situasi petang tadi.  Petang yang membawa kepada persoalan tujuan wasiat tentang hasrat untuk menjalinkan hubungan halal dengan Ikram. Dia menyandar duduk di atas katil bersandarkan dinding.
Selimut dibadan ditarik perlahan. Pilu dan sedih bercampur baur disanubari gadis itu. Ainul mengesat air mata yang semakin lebat. Kakinya melangkah ke balkoni bilik. Malam yang sunyi tanpa sebarang bunyi cengkerik atau rembesan angin seperti biasa benar-benar membuatkan hatinya berlagu pilu.
Hatinya kecewa pada Ikram yang bertindak tanpa sebarang perbincangan. Mak cik dan Pak ciknya pula turut berdiam diri. Hanya mengucapkan terima kasih kepada peguam datuk dan nenek kerana sudi meyampaikan wasiat tersebut.
Telefon Ainul tiba-tiba berdering memaksa gadis itu untuk mengangkatnya. Tertera nama Hafiz Ikram di skrin telefon.
“Assalamualaikum Ainul.” ujar Ikram sebaik sahaja panggilannya berjaya.
“Waalaikumsalam.” jawab Ainul ringkas. Tiada nada untuk berbual panjang. Masih terasa dengan tindakan Ikram petang tadi.
 “Abang Am nak bagitahu malam ni Abang Am tidur rumah kawan abang. Ainul belum tidur?” soal Hafiz Ikram.
Ainul mengeluh. Dia bukan tidak mengantuk tapi malamnya terganggu dengan kata-kata oleh peguam tadi setiap kali matanya tertutup.
“Ainul?” panggil Ikram setelah sekian lama Ainul berdiam diri.
“Ainul belum mengantuk…” jawab Ainul ringkas.
“Maaf…” Hanya kata-kata itu sahaja terlahir dari hatinya yang ikhlas. Mungkin juga kerana dia wasiat itu dibuat agar dia kekal di bumi Malaysia. Ainul dirundum serba salah.
“Abang nak tidur. Ainul tidurlah…” Tanpa sebarang penjelasan Ikram terus mematikan telefon. Ainul cuba menahan air mata yang semakin lebat membasahi pipinya.
 Pilu diperlakukan sedemikian. Dia sendiri tidak mengharapkan perkara ini terjadi. Tiba-tiba saja mereka kekok sedangkan tadi bukan main gembira lagi bergelak ketawa.
Benarkah kata orang? Jangan terlalu gembira, kelak bala datang menimpa!


Hafiz Ikram mengeluh. Dia sendiri tidak dapat melelapkan mata. Bagaimana dia hendak tidur sedangkan kepalanya terlalu serabut. Dia hanya mengelak untuk meneruskan perbicaraannya dengan Ainul dengan member alasan mengantuk. Sekurang-kurangnya dia dapat meluahkan isi hati kepada Iqbal. Hanya apartment kawannya sahaja tempat dia berteduh malam ini.
Iqbal yang sedang menonton bola sepak sedikit terganggu apabila Hafiz Ikram tidak senang baring di atas sofa. Sekejap pusing ke kanan sekejap ke kiri. Dia mengeleng kepalanya.
Si kawan memang sedang serabut. Lantas dia mencapai alat kawalan jauh lalu mematikan televisyen.
Masalah Ikram lebih besar daripada perlawanan akhir negeri Sembilan dan Terengganu yang sedang bermain di kaca tv. Walaupun dia kaki bola tapi bola ada siaran ulangan, kalau siaran di kepala Ikram yang tengah serabut itu rosak tentu parah. Silap-silap boleh masuk Tanjung Rambutan.
Iqbal merenung Hafiz Ikram yang terbaring di atas sofa.
“Am. Aku rasa kau tak patut lari dari masalah. Sejauh mana kau pergi pun kau kena juga berdepan dengan hal ni sampai bila-bila. Sudah namanya wasiat jadi kau kenalah tunaikan hasrat terakhir arwah. Kau nak mereka di sana tidak tenang?”
“Aku bukan lari dari masalah ni. Tapi aku masih tak dapat terima kenyataan aku kena kahwin dengan adik aku sendiri.” Ikram menarik nafas panjang. Serabut dia fikir. Tidak! Ia tidak akan berlaku sama sekali.
“Pembetulan! Bukan adik tapi adik sepupu Am. Kau jangan lupa kita boleh kahwin dengan adik sepupu kita. Lagipun aku tengok si Ainul tu pun okay apa? Siapa tak nak kahwin dengan awek solehah macam tu.”
“Sebab si Ainul tu terlampau baiklah aku lagi tak nak. Kau pun tahu aku ni kaki perempuan. Awek aku semua pakai tak cukup baju. Dia pulak semua tertutup. Aku tak nak hidup dia sia-sia kerana aku. Kau bukannya tak tahu si Ainul tu berjaya di Taiwan. Ramai orang kenal. Kalau dia tinggal dengan aku bukannya dia boleh buat apa-apa pun.” rungut Ikram.
“Kau bawalah berbincang dengan keluarga kau Am. Sekurang-kurangnya dengan si Ainul.” Iqbal tidak tahu lagi macam mana hendak menasihat Ikram. Dia tahu yang Ikram sayangkan gadis itu hanya sebagai seorang adik tapi cinta boleh dipupuk.
Kalau Ikram nekad untuk berubah semuanya tidak mustahil. Kena jodoh, wasiat lepas tu wajib kahwin. ah!  Typical love story! Tiada keseronokan betul. Itu pendapat Ikram. Ikram rasa neneknya terlebih pengaruh telenovela atau novel kot. Ingat ini cerita apa? Samarinda? huh! Tak padan langsung dengan Ikram yang macho.
“Aku nak mula cakap dengan mereka pun payah. Aku pun lelaki Iq. Ego aku tinggi. Mana ada lelaki yang kena jodoh sebab dia seorang kasanova. Rasanya aku manusia lelaki pertama kot. Selalunya perempuan yang kena paksa kahwin tapi ini macam terbalik pulak.” Ikram mengeluh.
Teringat lagi kisah surat buat Ikram itu. Entah mana sudah dia simpan. Mungkin masih dalam kereta. Tidak hingin Ikram hadap buat kali kedua. Aura surat itu mengalahkan cerita seramlah pulak. Ada aura The Seekers masuk port misteri nusantara. Baik lagi simpan buat perkasan. Seram kemain.
 “Aku betul-betul pelik dengan kau ni Am. Susah-susah kau buat kontrak macam dalam cerita-cerita dalam drama tu. Aku rasa cara tu pun bagus jugak. Sekurang-kurangnya mak bapak kau senang hati. Datuk nenek kau pulak tenang dalam kubur.” balas Iqbal. Dia berdiri menuju ke biliknya. Nasihat Ikram seolah-olah bercakap dengan dinding.
“Kau nak ke mana?” soal Ikram.
“Aku nak pergi main game dalam bilik... kau jangan lupa periksa pintu sebelum masuk tidur. Minggu lalu rumah tingkat atas kecurian.” Iqbal memang gila bola, gila permainan video dan gila drama berbanding dengan Hafiz Ikram yang gila perempuan cantik dan drama korea yang romantik.
“Yalah… Nanti siap periksa kalau grill kau guna besi atau plastik lagi.” seloroh Ikram. Geram pula dia Iqbal yang kuat membebel mengalahkan nenek kebayan. Grill pintu memang guna besi mana ada guna plastik.
Kerrr…. Bunyi cicak tiba-tiba berbunyi mengejutkan Ikram. Pintu balkoni terbuka luas hingga meniupkan langsir dipandang. Apasal tetiba rasa sejuk semacam saja ni?
Tanpa pamitan Ikram terus tutup pintu tolak, periksa pintu jeriji lalu berlari masuk bilik Iqbal.
“Kau apahal? Dah buang tabiat?” soal Iqbal yang tengah pegang joystick. Kacau feel nak main betul Ikram ni!
Ikram tidak membalas. Katil Iqbal jadi sasaran. Selimut ditarik hingga menutupi kepala.
“Engkau ni kenapa? Nampak hantu? Balik bilik kau la…”
“Bukan nampak tapi terasa bahang hantu tu…” Ikram menjawab dalam selimut.
“Kau jangan buang tabiat Am. Malam ni malam jumaat! Karang ada yang tidak tidur malam baca yaasin aja ni.”
“Aku tak tipulah… kalau kau nak tak percaya sudah! By hook or by crook aku tetap tidur sini jugak!”
Iqbal berdecit. Cari pasal betul mamat senget ni!
“Hoi… umur sudah lanjut tapi penakut!” berlari Iqbal naik atas katil. Kepala Ikram disekeh. Jangan harap tidur atas katil aku. Tidur bawah!
Puas bergusti berebut katil akhirnya dua-dua terbongkang atas katil. Kepenatan sampai tidur berdengkur tak ingat!



Segala surat dan dokumen perniagaan yang berterabur atas meja hanya dipandang rimas. Ikram langsung tiada mood untuk meneruskan kerja. Hadap kerja bosan, bila hendak tutup mata tidur lagi bosan. Sebab asyik terbayang dia dan Ainul atas pelamin.
“Ya Allah! Boleh demam aku kalau begini.” Ikram meraup mukanya. Serabut otak. Interkon atas meja dipandang. Kalau pekena secawan kopi memang superb!
“Rina sediakan saya kopi.” Butang intercom ditekan untuk memberi arahan kepada setiausahanya. Daripada hendak tidur tidak dapat tidur baik paksa jangan tidur. Minum kopi segarkan otak dapat jugak siapkan kerja.
“Baik bos.” jawab gadis genit itu.
Beberapa minit kemudian Rina muncul bersama secawan kopi yang disuruh. Afrina meletakkan cawan tersebut di atas meja Ikram lalu berdiri tegak menanti arahan seperti biasa.
“Duduklah dulu Rina. Saya punya kepala tengah serabut ni. Tolong sekali saya kemaskan meja ni. Tambah kusut kepala saya tengok. Maaf sebab awak terpaksa buat kerja dua kali kemas meja saya.” arah Ikram. Perlahan-lahan Ikram menghirup minuman kegemarannya. Terasa lega sedikit setelah merasa aroma kopi buatan Rina.
“Ada masalahkah bos?” soal Rina sambil mengemas fail.
Hafiz Ikram bukan seperti orang kaya yang lain. Sikapnya yang dekat dengan pekerja memudahkan kerja mereka semua. Mereka bukan pekerja dan bos tapi satu keluarga yang besar.
 Sikap Ikram yang terlalu ambil berat juga membuatkan hati Rina pernah tertarik dengan Ikram. Tapi Rina sedar menyukai lelaki yang buaya darat seperti Ikram tidak ada kesudahannya. Dari makan hati baik jauhkan hati dari lelaki itu.
“Entahlah Rina. Saya sendiri pun tidak tahu nak cakap macam mana. Banyak betul masalah di kepala saya ni. Rasa nak pecah pun ada! Pagi tadi kereta pulak buat hal tengah jalan sampai mesyuarat pagi ni pun terpaksa dibatalkan.” Ikram mengeluh. Banyak betul perkara yang menyesakkan fikirannya dalam beberapa hari ini.
Ryssa pula semakin jarang telefon dia sejak kebelakangan ini dengan alasan sibuk dengan sesi fotografi dan modeling. Nadia tidak pandai pulang-pulang dari Venice.
“Cuba bos bawa ke tempat yang tenang sikit untuk tenangkan fikiran. Barulah dapat fikir jalan penyelesaian. Apa kata pergi bercuti?” cadang Rina. Tidak pernah dia lihat penampilan Ikram yang teruk sejak dua tahun bekerja dibawah lelaki itu. Setahunya Ikram jenis yang pentingkan penampilan dan sentiasa tampil bergaya.
“Nak ke mana?” soal Iqbal tiba-tiba.
Lelaki berkulit sawo matang itu masuk tanpa disuruh. Pelahan-lahan dia menuju ke arah Ikram dan Rina yang sedang duduk berbincang. Dia tersenyum memandang Rina yang berpenampilan sederhana. Berbaju kurung dan selendang biru laut yang sedondon dengan bajunya. Cantik!
“Tiada. Kau datang ni apahal?” soal Ikram. Sememangnya Iqbal sering bertandang ke pejabatnya sebaik saja waktu tengah hari.
“Aku biasalah. Kalau datang pejabat kau mestilah ajak kau makan. Jom! Aku tahu kepala kau tu pun tidak boleh bergerak lancar pasal hal semalam. Rina nak join sekali?” ajak Iqbal. Dia berharap sangat agar gadis itu bersetuju malangnya setiap kali dia mengajak untuk sertai mereka hanya dibalas dengan pelbagai alasan oleh setiausaha Ikram ni.
“Maaf saya sudah plan nak pergi makan dengan kawan.” Rina menolak perlawaan secara halus. Dia sedar dirinya tidak layak duduk semeja dengan mereka.
“Hurm… kalau tiada apa-apa lagi saya minta diri dulu bos. Saya minta diri dulu Encik Iqbal.” Rina senyum melihat kedua lelaki tersebut sebelum keluar dari bilik majikannya. Jiwa Iqbal bergetar tatkala terlihat senyuman manis dari Afrina. Sungguh hati dia sudah tertawan setelah sekian lama.
Hafiz Ikram menyeringai. Walaupun otaknya agak lembab kini tapi dia masih lagi mampu mentafsir riak wajah Iqbal yang kaku melihat senyuman Rina. Lama-kelamaan terburai ketawa Ikram apabila melihat wajah Iqbal yang parah terkena panahan cinta.
“Kau ni pulak kenapa? Dah nak masuk Tanjung Rambutan ke Am?” Pelik Iqbal tengok Ikram yang ketawa tidak tentu pasal. Semalam bukan main serabut lagi otak dia.  Sampai pagi tadi bangun pagi mata Ikram macam panda.
Macam putus cinta pun ada!
“Iq. Kau suka Cik Afrina Fendi tukan? ” Tembak Ikram.
Mukanya didekatkan dengan Iqbal. Ikram senyum meleret apabila kawan karibnya sudah jatuh cinta setelah sekian lama. Kalau Ijat tahu sudah tentu buat kenduri kendara kawannya seorang tu. Bukan senang dahulu dia dan Ijat pulihkan semangat Iqbal yang ditinggalkan tunang yang dicinta separuh mati.
“Mana ada! Mengarut aje kerja kau ni. Aku tak… ” Belum sempat Iqbal membidas, kepalanya sudah diketuk oleh fail Ikram yang berada di atas meja. Mujur tidak bengkak. Bukan main kuat lagi kena ketuk. Biar bagi sedar terus!
“Sakitlah Am!” jerit Iqbal. Kepalanya yang sakit digosok perlahan. Terasa otak Iqbal bergegar sedikit akibat hentakan kuat.
“Tahu pun sakit. Eh! Iq kalau nak mendalih pun kau carilah orang lain. Bukan Hafiz Ikram okay! Air muka kau pun sudah ada tanda ‘Aku Cinta Afrina Fendi’.” ujar Ikram bersungguh-sungguh sampai tangannya membuat tanda pembuka dan penutup.
“Ssshhh! Nanti Rina dengar malulah aku!” Gabra Iqbal dengan suara Ikram yang lantang bercakap. Dia pusing belakang pintu mencari kelibat Rina di tempat duduk gadis itu.
Nafas lega dihembus apabila kelibat Rina langsung tidak kelihatan.
“Itu pun nak malu. Bebal sungguh kawan aku ni!” Ikram mengeleng kepalanya. Iqbal kaya malah cukup kacak untuk memikat gadis tapi gadis sederhana seperti Rina pun susah nak berterus terang.
“Cakap aku! Masalah kau sendiri pun hilang punca. Lagipun si Rina tu selalu tolak pelawaan aku makan. Padahal bukan kami keluar berdua aje pun. Keluar makan sekali dengan beruk albino depan aku ni.” ujar Iqbal selamba.
Hafiz Ikram dan Iqbal mengeluh berat menghadap lantai.
Masing-masing melayan perasaan yang berkecamuk di fikiran. Dua-dua ada masalah berkaitan perempuan. Seorang terpaksa pegang tangan tok kadi manakala seorang lagi pernah ditinggalkan beberapa hari sebelum hari pernikahan.

           

Air kolam renang yang jernih hanya dipandang koson. Kaki gadis itu dimasukkan ke dalam kolam renang itu sehingga membasahi seluar slack yang dipakai. Ainul bermain-main dengan air menggunakan kakinya. Jiwanya sedikit sebanyak terasa tenang apabila tersentuh air kolam.
“Ainul?” Panggil Puan Noraini dari belakang. Pantas Ainul berpaling sambil memandang wanita itu menghampirinya lalu duduk bersebelahan Ainul.
“Ainul bosan tak?” soal adik ibunya.
“Tak… Ainul tak tahu nak buat apa jadi main air sajalah. Ingatkan mak cik tengah baca buku tadi dalam bilik bacaan. Sebab tu Ainul tak nak kacau.” Balas Ainul. Seminggu lebih tinggal di rumah tersebut membuatkan Ainul memahami rutin harian dan hobi mak ciknya yang suka membaca novel dan melayan bunga-bunga yang cantik.
“Mak cik tak membaca tadi. Cuma bercerita dengan kawan lama mak cik semasa di Switzland dulu. Tak sangka anak sulungnya bakal melahirkan cucunya yang ketiga. Murah rezeki keluarganya.” Cerita Puan Noraini.
Tipulah sekiranya dia tidak terkilan apabila kawannya bercerita tentang kelahiran bayi cucunya yang comel sedangkan perkahwinan  Ikram pun entah jadi atau tidak. Tidak pasal-pasal rumah tangganya mengalami krisis gara-gara hal itu.
“Mak cik? Boleh saya tanya sesuatu?” soal Ainul.
Puan Noraini hanya mengangguk. Menanti soalan yang bakal terkeluar dari mulut Ainul.
“Kenapa usia abang Am lebih dari Ainul sedangkan mak Ainul tua dua tahun dari mak cik? Sebenarnya Ainul rindu dengan wajah arwah mak dan ayah. Setiap kali Ainul cuba ingat semula wajah mereka hanya bayangan datuk dan nenek aje yang keluar dalam fikiran Ainul.” soal Ainul. Hanya portrait keluarga yang diambil ketika dia kecil bersama ibu bapanya sahaja yang mampu mengingatkan wajah kedua ibu bapanya.
“Sebenarnya mak cik langkah bendul. Dulu memang arwah nenek bangkang sebab mak kamu belum jumpa jodohnya. Tapi arwah datuk kamu yang sokong mak cik nikah dengan pak cik Madi kamu. Takut kami berdua akan mendatangkan fitnah sebab dua-dua pun sedang belajar. Rezeki kami dapat baby walaupun usia perkahwinan kami baru setahun jagung.”
“Setahun kemudian arwah mak kamu berjumpa dengan arwah ayah kamu ketika menghadiri rumah terbuka kawannya. Mereka berdua terus bernikah tapi mak kamu lahirkan kamu setelah dua tahun usia perkahwinan mereka. Sebab tu Ikram lebih tua berbanding Ainul.” Cerita Puan Noraini. Dirinya sendiri dihambat rasa sedih mengenangkan kakak sulungnya yang mati demi menyelamatkan Ainul.
Ainul mengangguk faham. Dia akhirnya tahu kisah sebenar. Dulu dia pernah menyoal perkara tersebut kepada arwah neneknya tapi langsung tiada respon yang diberi. Ternyata wanita itu masih tidak mahu menerima hakikat.
“Ainul. Mak cik nak Ainul jawab pertanyaan mak cik sejujurnya… Boleh tak?” memandangkan Ainul sudah mula menyoal. Puan Noraini terfikir untuk bertanya keputusan anak saudaranya.
“Insyaallah kalau Ainul tahu Ainul akan cuba jawab.”
“Ainul masih nak teruskan rancangan arwah datuk dan nenek?” soal Puan Noraini. Semalam dia dan suaminya telah berbincang dan bersetuju untuk meneruskan hasrat arwah.
Honestly, Ainul terkejut juga dengan perkara ini. Tapi budi datuk nenek dalam membesarkan Ainul sejak kecil terlalu besar berbanding perkara ini. Arwah jaga Ainul macam layan tuan puteri.  tegasan yang dihulurkan kepada Ainul memdidik Ainul agar jadi manusia berguna. Jadi Ainul hanya bersetuju sahaja. Selebihnya terpulang dengan Abang Ikram.” jelas gadis itu.
“Ainul akan minta dari  jawapan Abang Am sebelum hari Ahad ni. Sebenarnya Ainul bercadang hendak pulang semula dan ingin beritahu mak cik hal ini .Tapi hari tu tiba-tiba saja ada peguam datang.” sambungnya.
“Mak cik dan pak cik ada bincang hal ni juga semalam. Kami tak kisah kamu dijodohkan dengan Ikram  sebab sesuatu kejadian yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mak cik pun sebenarnya bersyukur juga sekurang-kurangnya kita dapat hidup bersama.” ujar Puan Noraini.
Dia tiba-tiba rasa teruja mengenangkan keramaian yang bakal menghias setiap kamar di rumah tersebut dengan bunga-bungaan untuk majlis itu nanti. Dia yang sememangnya minat sangat terhadap bunga sudah bercadang agar anak lelakinya akan berkahwin dengan tema persandingan dalam taman.


Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

6 comments:

  1. ala...dorang kawen... :(
    x pe2...nak tau cite lagi..hehehhehe.... :)

    ReplyDelete
  2. kesian ainul, cepat2 lah smbung, x sabar ne ;)

    ReplyDelete
  3. @shefashahrul hihi...kahwen la syg..
    memang jln cerita untuk lepas kahwen..hihi...

    ReplyDelete
  4. @Anonymous hehe..nanti sya update g yaa...ngee~

    ReplyDelete
  5. hhehehe... nampaknya bidadari bakal mengikat kasanova dengan sayapnya :)

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)