Sunday, November 27, 2011

Tembok Cinta part 5



Fiera menghulurkan air kotak dari dalam beg tangannya. Dia menghulurkan air tersebut kepada Adam.  Lelaki itu hanya memandang Fiera meminta untuk bukannya kerana Adam sedang memandu.

Siapa suruh memandu! Desis Fiera dalam hati. Sewaktu dia keluar rumah. Adam sudah meminta kunci keretanya. Adegan tolak menolak antara mereka berlaku sehinggakan mak cik jiran sebelah menyoal Fiera apa yang sedang berlaku.

Terpaksalah Fiera menghulurkan gugusan kunci keretanya kepada Adam. Nak sangat pandu kereta Viosnya. Ambik kau…! Sesat jalan karang Adam yang dipersalahkan. Macamlah mamat tu tau sangat jalan dekat KL ni.

Fiera memberi kotak tersebut kepada Adam. Jangan nak mengada-ngada hendak pegangkan pulak. Setelah menghirup beberapa teguk, pandai pulak Adam meletak kotak tersebut ke cup holder di dekat dashboard kereta.

“Tak sangkakan dapat jumpa you dekat sini. Kenal parents I pula tu.” ujar Adam. Inilah satu tabiat manusia zaman kini yang Fiera paling tidak suka. Suka sangat ber ‘I’ dan ‘you’ bila bercakap. Rojak betul. Gunalah ‘saya’ dan ‘awak’ ka apabila bercakap.  Dulu waktu sekolah menengah tahu pula Adam bersopan guna nama apabila bercakap. Mungkin sejak tinggal di luar negara lelaki itu sudah berubah. Maklumlah. Anak orang kayalah katakan.

Fiera sekadar mengangguk. Tiada hendak dibualkan. Dia yang terkenal dengan mulut yang sangat kepoh kini senyap tanpa sebarang suara. Tiba-tiba Fiera teringatkan Ammar. Bagaimanakah reaksi lelaki itu sekiranya tahu Ammar kini bersamanya. Tentu haru nanti. Fiera nekad. Selagi Ammar tidak tahu maka dia tidak akan sebut perihal Adam yang kini berada di KL.

“You sekarang kerja apa?” soal Adam. Cuba memancing minat Fiera untuk berbual.

“Kerja biasa aje.”

“Owh.” Adam buntu. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Masih solo kah gadis ini? Desisnya. Tidak mungkin tiada seorang pun yang bisa runtuhkan tembok hati Fiera yang kukuh mengalahkan tembok besar China.

Akhirnya mereka senyap sampai ke rumah Adam. Itupun setelah bertukar pemandu. Tekanan Fiera apabila Adam tidak faham bila dia menunjukkan arah jalan. Sampai dua kali salah jalan dan terpaksa pusing balik. Tidak pasal-pasal mereka tawaf kawasan tersebut.

“Hah! sampai pun korang berdua. Apasal dating lama sangat?” soal Anis takkala terlihat Adam dan Fiera memberi salam.

Fiera membuntangkan matanya. Mulut Anis ni pun boleh tahan sembur juga. Senang cerita mereka berdua dua kali lima sepuluh. Tapi dia tidak kisahlah kalau antara mereka saja. Ini abang kembar Anis pun ada sekali dengan mereka.

“Amboi mulut.” Tegur Adam. Fiera sudah tersenyum kecil.

“Cakap aje abang Adam suka dengan Fiera. Senang sikit nak kahwin nanti boleh buat serentak.” Anis tidak mahu mengalah. Fiera hanya melangkah masuk meninggal kisah jejak kasih dua beradik itu. Dia menyalam tangan Tan sri Fuad yang sedang membaca surat khabar.

“Hah. Dah sampai?” soal Tan Sri Fuad lembut.

“Baru juga abah. Umi mana bah?” soal Fiera. Dia sudah menganggap lelaki itu sebagai bapa kandungnya sudah atas keprihatinan Tan Sri Fuad dan Puan sri Ariana kepadanya.

“Umi kamu ada dekat dapur bantu kak Siti masak. Katanya hendak masak sedap hari ni sebab semua pun berkumpul sudah.” Tan sri Fuad melipat surat khabarnya.

“Apa jadi dalam kereta tadi Abang Adam? Hehe… ” Bisik Anis ke telinga abang kembarnya. Adam menjongket bahu. Perlahan-lahan dia mendekati Fiera dan  Tan Sri Fuad yang sedang bercerita. Matanya sempat lagi menyorot kearah Fiera yang menuju ke dapur ketika dia datang dekat abahnya.

“Assalamualaikum Abah.”

“Hah! kenapa tak bagitahu awal-awal kamu tukar penerbangan. Kalau tak boleh kami ambil kamu.” tegur Tan sri Fuad.

Fiera tidak menghiraukan kelibat Adam yang berbual dengan abahnya. Sememangnya dia takut jadi topik utama dan bila di tanya bagaimana mereka boleh kenal. Kena lagi dengan mulut becok Anis tidak pasal-pasal jadi topik utama.

“Assalamualaikum umi..!” peluk Fiera dari belakang. Puan Ariana yang sedang ralit menyuci sayur sedikit tersentak dengan sergahan Fiera.

“Auch!” Fiera terjerit sedikit apabila dicubit oleh ibu angkatnya dek kenakalannya sendiri.

“Umi sakit…” cebik Fiera.

Lembut dia menyalam wanita tersebut kemudian beralih kepada Mak Siti, pengasuh merangkap mem besar dibanglo tersebut. “Mak Siti masak apa?” soal Fiera teruja.

“Mak siti buat makanan kegemaran Fiera dan Ad…”

Belum sempat lagi Mak Siti menghabiskan kata-katanya Adam sudah mencelah masuk ke dapur.

“Wah wanginya…” ujar Adam.

“Ada udang goreng…ni yang Adam sayang dekat Mak Siti ni.” Adam memeluk erat pengasuhnya lalu bersalaman dengan wanita tersebut dan uminya.

“Hah! Mak Siti buat khas untuk korang berdua. Dah dua-dua suka makan udang goreng. Mak Siti buatkanlah.”

“Tapi Anis bukan alergi seafood ka?” soal Adam pelik. Setahu Adam kembarnya tidak boleh makan makanan laut. Setiap kali makan saja terus tumbuh merah-merah ditubuh adiknya.

Fiera hanya diam. Tiada hati hendak mencelah. Tidak sangka pula Adam pun suka makan makanan kegemarannya.

“Fieralah bukan Anis.” Jawab Puan Ariana.

“owh..” balas Adam terangguk-angguk.

“Korang dua naiklah atas. Mandi dan pergi sembayang. Dah maghrib dah ni.”

Fiera mengangguk. Dia menaiki anak tangga menuju ke bilik yang memang tersedia buatnya. Dahulu bilik tersebut hanya untuk tetamu tetapi kini bertukar milik kepada milik Fiera.



Usai makan malam, Fiera dan Anis membasuh pinggan mangkuk yang kotor. Mak siti melarang gadis-gadis itu buat tapi mereka tetap bertegah untuk buat juga. Kononya sekali sekala buat kerja. Memang pun sekali sekala sebab tiap-tiap hari makan nasi bungkus!

“Fiera. kau belum cerita lagi al kisah cinta hang dengan abang Adam.” Kata Anis. Peti sejuk dibukanya lalu dicapai beberapa biji epal dan limau buat pencuci mulut. Fiera mencapai pisau di kabinet lalu membantu rakannya mengupas buah kulit buah epal.

“Bukan kisah cinta okey…”

“Macamlah aku percaya! Kalau seorang ke selatan seorang di utara ni apa cerita. Cecite…cecite…” gesa Anis. Dia betul-betul penasaran tentang kisah Adam dan Fiera.

“Kita orang kawan biasalah ajelah. Tak percaya tanyalah abang kau.”

“Macamlah Adam tu nak cakap dekat aku.”

Fiera menjongket bahu. Kalau Adam bisu dia lagilah tidak mahu ungkit kisah lama. Buat sesak fikiran adalah.

“Yiee…ceritalah..Fiera..Fiera..” Anis tetap membuntuti Fiera dari belakang tatkala kawannya masuk ke ruang tamu untuk menyertai umi, abah dan Adam yang sedang berbual dan menonton Buletin Utama.

“Apa yang nak diceritanya tu Anis?” Soal umi.

“Takda apa-apa bu. Drama korea semalam Anis tak sempat nak tengok sebab berbual dengan Faizul. Akhir-Akhir dia nak Fiera ceritakan balik dekat dia.” Tukas Fiera. Dia mengambil tempat di sisi puan Ariana. Anis sudah mencebik.

“Anis…Anis… siapa suruh hang dok bergayut dengan Faizul tu 24 jam.” Sindir Adam. Anis  yang duduk disebelah abang kembarnya memukul lengan abangnya. Geram pula dengan abangnya yang membela Fiera. Ni mesti ada kisah antara Adam dan kawan baiknya. Yakinnya lagi. Takpa! Korang nak rahsia sangat. Aku korek dalam-dalam cerita korang. Jaga-jaga detektif Conan akan bantu aku..! desisnya. Siapa lagi yang bakal jadi detektif yang akan bantu Anis kecuali tunangnya Faizul.


                                         ................................................


Fiera memandu sendiri ke pejabat walaupun dipelawa oleh bapa angkatnya untuk sama-sama menaiki kereta mereka ke pajabat. Setelah puas memujuk akhirnya dapat juga dia mengelak untuk satu kereta dengan bakal CEO syarikat iaitu Adam Danial. Biarlah hanya Adam dan abah satu kereta. Dia tidak mahu dikatakan tumpang tuah keluarga tersebut.

Morning semua…!” Fiera menegur pekerja bawahannya yang sedang sibuk dengan mesyuarat tidak rasmi mereka di pantri. Dia membancuh Nescafe panas sebelum masuk ke pejabatnya.

“Apa cerita korang awal pagi ni?” Soal Fiera. Dia memang rapat dengan pekerjanya walaupun pangkatnya lebih tinggi.

“Akak dengar awal pagi lagi bahagian HR haru biru. ” Habshah mulakan cerita semula. Fiera mendekatkan dirinya kepada ibu anak satu itu. Keningnya terangkat untuk mendapatkan cerita selanjutnya.

“Apahal kak?”

“Dengar cerita semalam Tan sri adalah inform bahagian HR yang CEO baru nak masuk hari ni jugak. Padahal CEO tu baru balik semalam.” Jelas Lydia. Fiera teranguk-anguk. Mulutnya sudah membuat bentuk ‘O’. Rupa-rupanya kisah gempak itu pasal Adam. Dia memang sudah tahu yang Adam hendak masuk kerja hari ini walaupun Tan sri Fuad menegah agar anak terunanya berehat dulu beberapa hari di rumah sebelum memulakan tugas.

“Fiera kenal Adam tak?” Soal Habshah tiba-tiba. Terfikir juga kalau bosnya kenal anak tuan punya syarikat.

“Hah! Fiera ka? ” dia menunjuk dirinya sendiri menggunakan jari telunjuk.

“Err…”

“Kak Fiera. Ada mesyuarat tergempar dalam 40 minit lagi.” Panggil Firuz.

“Apa! Akak belum pun apa-apa.” Fiera mengaru kepalanya. Kalut tiba-tiba. Padahal dia cuma berlakon agar mengelak dari soalan Puan Habshah.

“Kak. Fiera masuk bilik dulu. Lydia. Nanti lepas minum kau tolong tanyakan agenda mesyuarat tu.” Dia bergegas masuk ke dalam pejabatnya. Setiba di bilik Fiera terus menghembuskan nafas lega. Bukan kerana mesyuarat yang buatkan gadis itu gugup tapi soalan Puan Habshah. Kalau pasal mesyuarat tu tentu pasal CEO baru nak masuk.


                                      ...........................................



Fiera menghempas fail di atas meja. Tudungnya sedikit serabut selepas mesyuarat tadi. Fiera betul-betul tidak puas hati dengan mesyuarat tadi. Seolah-olah Adam sedang mencari kesalahannya. Bahagian pemasaran bawah jagaannya tidak pernah ada silap tapi Adam seolah-olah membuatnya terdiam dengan kata-katanya yang pedas dan tajam. Jenuh Fiera menjawab setiap kali Adam menyoalnya. Sehinggakan semua jawatankuasa perasaan ketegangan antara Fiera dan Adam.

Tambahan pula Shira yang menyindirnya sejak dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat tadi. Fiera sendiri tidak tahu kenapa Shira bencikannya padahal dia tidak pernah cari pasal dengan minah gedik itu.

“Sedap ke kena tembak tadi?” tergiang-giang  kata-kata minah gedik itu ditelinga Zaffiera. Rasa macam nak cekik lehernya pun ada. Gedik tahap gaban.

Interkom yang berbunyi betul-betul menyakitkan telinganya. “Apa!” marahnya.

“Kot ya pun kau marah dekat minah gedik tu jangan sampai libatkan aku Fiera.” tegur Lydia. Terkejut dia dengan suara Fiera yang tinggi tapi dia tahu itu tentu pasal Shira yang tidak pernah puas hati dengan Fiera.

“Maaf Lydia. Termarah la pula. Ehehe…”

“Tak apa aku faham kalau bab minah gedik tu aku pun sakit hati jiga dengar tadi. Perasan bagus betul. Sakit hati aku. Dia tu takat akauntan aje. Ada hati nak lawan tauke.”

“Aik. Siapa yang marah ni? Aku kah atau kau.,. haha!”

“haha! over la pulak aku..Ahaks. Owh ya! Tan sri nak jumpa kau sekarang.”

“Hish! Entah apa-apa lagi bos baru tu nak! Okey. Thanks ya Lydia.” Sempat Fiera merungut sebelum naik ke tingkat 6 ke pejabat Adam.


                                             ..................................................


Fiera mengetuk pintu pejabat Adam sebelum masuk ke bilik rasmi CEO syarikat Globe. “Assalamualaikum abah.” Fiera bersalam dengan Tan sri Fuad dan tidak pada Adam. Haraplah dia hendak senyum dengan lelaki yang hendak malukan dia di mesyuarat tadi.

“Duduklah Fiera.” Ajak Tan sri Fuad. Fiera mengambil tempat di sofa dua berhadapan dengan Adam manakala Tan sri Fuad pula duduk di sofa satu tepat ditengah-tengah mereka berdua.

“Ada apa abah cari Fiera?” soal Fiera. Dia sempat memandang seraut wajah Adam yang sedang  merenungnya tajam. Apa kena mamat seorang ni? Dari meja sarapan pagi tadi lagi sudah monyok. Padahal dia hanya menolak untuk menyertai mereka satu kereta pulang saja. Bukannya hal penting pun.

“Begini. Seperti yang Fiera tahu kesihatan abah tak kuat. Abah beri semua kepercayaan kepada Adam untuk tadbir syarikat ni. Tapi Adam tidak punya sebarang pengalaman dalam uruskan syarikat. Antara teori dan praktikal adalah dua perkara berbeza. Setakat ilmu tanpa pengalaman bukan perkara yang senang dalam mentadbir syarikat. Abag harap Fiera dapat bantu Adam urus syarikat ni. Fiera sudah ada pengalaman dalam sebarang urus niaga syarikat.”

“Maksud abah?”

“Abah nak Fiera jadi PA merangkap penasihat Adam. Sebarang urus niaga Adam boleh rujuk secara terus dengan Fiera.”

“Tapi kenapa abah pilih Fiera sedangkan lebih ramai pekerja yang jauh lebih berpengalaman dari Fiera. Baru nak masuk tahun kedua Fiera ceburi bidang ni.” Mana mungkin Fiera hendak kerja dengan Adam. Berkomunikasi pun payah ni pula bekerjasama. Oh tidak!

“Abah anggap Fiera tidak ubah seperti anak kandung abah. Memang banyak calon lain abah boleh pilih tapi kepercayaan kita terhadap potensi kerja tu penting. Bukan setakat dalam urus niaga tapi juga jujur dalam bekerja. Susah hendak cari orang yang jujur dengan kita Fiera.” Tan sri Fuad sudah mengeluarkan kata-kata azimatnya. Fiera hanya mampu senyum kelat mengiakan saja. Bapa angkatnya sudah membawa isu kepercayaan.Fiera tidak menidakkan isu tersebut sebab memang susah hendak percayakan orang lain terutamanya dalam urus niaga.

Fiera mengangguk setuju.

That’s the spirit. Abah harap Fiera dan Adam dapat bekerjasama. Fiera boleh mula bertugas selepas cuti perkahwinan Anis nanti. Sekarang Fiera uruslah apa yang patut dibahagian pemasaran. Minggu depan Fiera ambil cuti untuk perkahwinan Anis kan?” Soal Tan sri Fuad.

“A’ah…cuti seminggu. Boleh tolong umi apa yang patut.”

“Baiklah. Fiera dah lunch? Kalau tak boleh join Adam dan Abah lunch sekali.” Ajak Adam setelah sekian lama mendiamkan diri.

“Takpalah. Fiera dah plan nak keluar makan dengan kawan. Kalau tiada apa-apa Fiera minta diri dululah. Nak sambung buat kerja.” Fiera minta diri sebelum dia bertambah sesak nafas di situ. Fiera tidak suka tengok pandangan mata Adam yang ralit merenung wajahnya.

“Baiklah. Jangann lupa makan tengah hari nanti gastrik tu datang lagi.” Sempat lagi Tan sri Fuad memberi pesanan penaja kepada Fiera. Gadis itu sentiasa lupa untuk makan tengah hari sehinggakan selalu masuk hospital sebab kejang akibat gastrik.

Tersengih-sengih Fiera mendengar nasihat percuma yang diberikan kepadanya. Macam tahu-tahu saja dia tidak malas keluar makan.


                                              ...............................................


Tanpa berlengah lagi Fiera mencapai telefon bimbitnya. Nama Taufiq dicari dalam senarai panggilan. Dia menaip pesanan ringkas kepada lelaki itu. Sesuatu perlu diluah kepada Taufiq tentang abang angkat Anis Damia. Fiera berharap sangat agar Taufiq tidak ada sebarang pembedahan sekarang.

Mohd. Taufiq bin Abdullah...! aduhai aku ada masalah sekarang ni. Please reply cepat kalau kau tidak sibuk.

Beberapa saat kemudian telefon Fiera berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Segera Fiera mencapai telefon bimbit di atas meja. Kerjanya kini terbelengkalai. Makan tengah hari dengan biskut kering sahajalah alamaatnya lagi.

Assalamualaikum,  haish! Tidak meyempat bagi salam. Apahal kau ni mak cik? Apa yang penting sangat konon tu?

 Fiera menepuk dahi. Tidak pasal-pasal dapat ceramah percuma dari Taufiq.

Waalaikumsalam… aku pun tak tahu nak mula dari mana nie. Malam ni kau free tak? Kita outing. Aku nak cerita straight hadap muka babun kau ni…

Sempat lagi Fiera loyar buruk walaupun dalam keadaan resah. Hobi loyar buruknya tetap memainkan peranan.

Kurang asam gelugor punya baby milo punya monyet! Selamba badak aje kau panggil aku babun. Hoi ni manusia ada akal. Tidak mainlah babun-babun ni semua. Malam ni? Kau hilang ingatan ke apa? Malam ni kita dua memang plan nak outing beb! Breaking dawn la..lupa ka?

Fiera rasa seolah-olah hendak ketuk kepalanya didinding. Adam punya pasal kekasih hatinya Robbert Pattinson pun boleh lupa. Padahal dia yang beriya-iya ajak Taufiq temankan dia keluar tengok wayang Twilight Breaking Dawn part 1 di panggung wayang.

Aku lupalah babun! Baiklah jemput aku dekat rumah. malas aku nak drive malam ni. Lagipun Anis takde dekat rumah malam ni. Dia keluar dengan Faizul.

Fiera tersenyum riang. Dia betul-betul ingin menonton wayang Twilight. Dia terkenangkan watak puntianak Edward Cullen. Handsome giller…desisnya.

No hal. Aku ambil kau lepas solat isyak. Agak-agaknya 7 lebih atau 8. Siap cepat-cepat. Kau tu kalau bersiap mahu satu jam. Lambat macam siput sendut.

Lancar tangannya membalas pesanan ringkas dari Taufiq.

Baiklah. Jangan lupa tau. Nanti aku terlepas hendak tengok Edward Cullen ku.

Beberapa saat kemudian. Tafiq laju membalas pesanan Fiera.

Bluerkk..muntah hijau aku dengar. Okeylah.bye.

Fiera tersengih-sengih membaca pesanan ringkas Taufiq.

“Apa yang lucu sangat tu Fiera?” soal Lydia.

“Taufiq. buat lawak tak jadi lagi tengah hari buta ni. Kau tak pergi keluar makan ka?” soal Fiera balik.

“Aku baru habis balik la ni. Ada orang letak kotak Big Apple ni dekat meja aku. Siap letak nama penuh kau lagi. Terang-teranglah untuk kau.”

“Siapa pula yang bagi? AD?” soal Fiera apabila terlihat tandatangan yang cukup pendek itu.

“Entah. Owh ya.. tadi kami jumpa encik Adam dan Tan sri sebelum keluar makan. Tan sri tanya kau kenapa tak keluar. Aku cakap kau kenyang sebab tu tak makan. Tengok baiknya setiausaha kau ni kan…hehe..”

“Wah…baiknya setiausaha aku ni. Satu dalam sejuta.”

“Aku keluar dulu Fiera. kalau ada apa-apa seru aje nama aku.”

Fiera mengangguk. Dia masih terfikir nama AD. Adakah merujuk kepada Adam Danial? Tiba-tiba telefonya berdering menandakan mesej pesanan ringkas masuk.

Jangan lupa makan donut tu. sekurang-kurangnya isi perut. Nanti sakit! – Adam Danial.




Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

3 comments:

  1. cpt2la masuk konflik...hehehe..x sabar.... :)

    ReplyDelete
  2. hohoho... bestnya... Adam ambil berat pasal Fiera nampaknya... suka2x... sambung lagi ya Faz.. ^_^

    ReplyDelete
  3. sha : releks2..ngee~

    afifah : first love long lasting.jauh dimata tapi tetap teguh di hati..hehe..

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)