Ikram
duduk termenung di balkoni rumah keluarganya. Melihat bintang bergemerlapan di
langit sekurang-kurangnya merehatkan minda. Tanganya menguis patung kucing
berwarna pink yang membawa seribu satu makna buat dirinya sejak bertahun lagi.
Patung yang sering menemani hari-harinya.
Esok
Ikram akan ke KL untuk urusan pejabat. Sebolehnya dia hendak menjauhkan diri
dari Nur Ainul Mardhiah. Dia perasan yang Ainul hendak bercakap sesuatu dengannya
sejak dia pulang dari kerja. Tapi Ikram pula berpura-pura tidak faham dan asyik
mengelak dari bertembung. Belum bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
“Am…”
Puan Noraini mendekati anak tunggalnya.
“Ya?
Ibu belum tidur?” soal Ikram sebaik saja melihat ibunya duduk di atas kerusi
bersebelahan dengannya. Patung itu segera disembunyikan dari penglihatan Puan
Noraini. Kewujudan patung tersebut dirahsiakan dari ibunya.
“Macam
mana nak tidur lena Am. Anak ibu tidak sedap hati. Ibu sendiri rasa apa yang Am
rasa tapi Am tak patut buat Ainul macam ni. Budak tu sendiri terkejut dengan
apa yang terjadi. Sekurang-kurangnya bawalah berbincang.” Nasihat Puan Noraini.
Dia
perasan yang Ikram langsung tidak mahu bertembung dua mata dengan Ainul. Makan
malam yang biasanya riuh dengan gelak ketawa dan gurau senda sejak Ainul
tinggal bersama mereka pun lesap begitu saja.
“Am
tak tahu bu.” jawab Ikram ringkas. Apa yang hendak diutarakan dan bagaimana
hendak mulakan perbincangan perihal ini dia sendiri tidak tahu.
Takut
ditelan mati emak diluak mati bapak. Nanti kalau dia setuju. Takut pula Ainul
makan hati. Kalau dia tidak setuju pula takut sendiri rasa bersalah dengan
harapan yang berikan kepadanya oleh arwah. Nanti tidak pasal hidupnya
dibelenggu misteri Nusantara!
“Ainul
sudah setuju. Ibu dan ayah sendiri pun sudah fikir benda ni masak-masak. Kami
sendiri pun setuju juga kamu dua kahwin. Itu aje yang ibu nak bagitahu kamu.
Ingat Am. Sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin perkara ini
baik buat kamu dan Ainul.” Puan Noraini memandang wajah Ikram ketika
mengutarakan bait kata-kata itu.
“Am
sayang Ainul. Tapi Am tak cintakan Ainul bu. Am sayang dia sebagai adik Am dan
bukan sebagai bakal isteri. Am tak dapat terima kenyataan ni. Esok Am nak ke
KL. Ada urusan sikit sana.”
“Urusan
pejabat ibu tak kisah jangan saja urusan perempuan. Jangan sampai kantoi dengan
ibu dan ayah. Kalau macam tu kami tidak teragak-agak nak kahwinkan kamu.” Tegas
peringatan Puan Noraini kepada Ikram. Perangai Ikram yang kaki perempuan
mengusarkan hati tuanya. Takut-takut Ikram terjerat dengan sikapnya oleh
perempuan yang entah dari mana asal usulnya.
“Am
masih ingat agama bu...” jawab Ikram acuh tak acuh.
“Ibu
nasihat aje Am. Sebagai peringatan buat kita sebab kadang-kadang kita tak sedar
yang kita terbuat silap atau terlepas pandang. Terutamanya antara kaca dan
permata…” Puan Noraini menepuk bahu Ikram perlahan sambil berdiri. Dia hendak
pergi berjumpa dengan suaminya yang terperuk dalam bilik bacaan sejak habis
makan malam tadi membaca dokumen-dokumen pejabat.
“Ibu
masuk dalam dulu. Jangan lama sangat duduk sini nanti kamu demam. Ingat pesan
ibu. Kamu bawalah berbincang dengan Ainul tu.” sambungnya lagi.
Ikram
mengeluh berat. Ah! Ini entah kali ke berapa sudah dia mengeluh. Tangannya
mengambil patung kucing yang disembunyikan dari pengetahuan Puan Noraini tadi.
Dia menguis telinga patung kucing itu lembut. Tiada siapa pun tahu tentang
wujudnya anak patung kucing tersebut bersamanya sama ada keluarga ataupun
sahabat baiknya Iqbal dan Aizat.
Ainul
melangkah masuk dari pintu dapur. Dia baru sahaja membantu mak Bibah membuang
sampah ke tong sampah luar. ‘Abang Am.’ Getusnya dalam hati apabila melihat kelibat
Ikram yang duduk di meja makan untuk sarapan pagi.
“Assalamualaikum.”
ujar Ainul sebaik saja memasuki pintu dapur. Ikram yang terdengar suara
tersebut segera memalingkan kepalanya. Dia memandang Ainul yang menuju ke
singki untuk menyuci tangan. Mujurlah ada Mak Bibah dan ibunya di dapur, kalau tidak! haru dia untuk berdua-duaan
bersama dengan Ainul sejak krisis kahwin berlaku antara mereka berdua. Ikram
masih belum bersedia untuk bercakap dengan Ainul.
“Waalaikumsalam
Ainul duduklah minum sekali.” ajak Ikram. Lagaknya seperti biasa namun hatinya selah-olah dipukul ombak yang
kencang. Takut kalau Ainul membuka bicara tentang topik berkahwin lagi. Biarlah
tergantung sampai dia bersedia menghadapinya.
“Abang
Am minumlah. Ainul sudah minum pagi tadi.” ujar Ainul. Kata mak ciknya Ikram
akan ke KL dua hari. Ini bermakna lelaki itu akan pulang Sabtu ni. Ainul tiada
banyak masa lagi untuk berbincang dengan Ikram. Dia perlu mendapatkan kepastian
dari Ikram agar mudah dia menempah tiket balik Taiwan pada hari Ahad.
Senyap-senyap
Ainul melangkah masuk ke dalam bilik lalu mencapai sekeping kertas dan pen.
Sekiranya Ikram enggan berbicara maka dia akan buat Ikram membaca! Ainul
menulis segalanya di atas kertas putih itu. Dia melipat kertas tersebut lalu
perlahan-lahan memasuki bilik Ikram. Suratnya diselit dalam briefcase Ikram. Harapannya agar Ikram membaca surat tersebut
sebelum dia balik Taiwan kerana dia akan pulang juga ke Taiwan sekira Ikram
enggan menghubunginya setelah membaca surat darinya.
Ainul
keluar dari bilik Ikram apabila terdengar bunyi derapan kaki menuju ke bilik
Ikram. Sudah tentu Ikram yang menuju ke bilik tersebut sebab bilik Ikram bilik
paling hujung. Mungkin lelaki itu usai sarapan pagi.
“Fuh!”
Ainul menghembus nafas lega. Pertama kali buat kerja diluar jangkaan ni!
Jantungnya berdebar-debar. Macam pengintip 007 pula masuk secara
senyap-senyap..hahaha…!! padahal bilik sebelah saja kot.
Bunyi
deringan telefon mengejutkan Ikram dari tidur. Penerbangan pagi tadi yang
mengambil masa dua jam membuatkan badannya letih. Matanya manangkap jam dinding
yang sudah menunjukkan pukul 5 petang. Deringan telefon tadi sudah pun berhenti
seketika sebelum berdering semula.
Ikram
mencapai telefon tersebut lalu menekan punat hijau apabila terlihat gambar
Ryssa di skrin telefonnya. Sudah tentu ahli sihir seorang ni mengamuk bila dia
menjawab telefon. Ikram janji untuk bertemu dengan Ryssa tapi dia sendiri tidak
sangka boleh terlelap setiba di rumahnya.
“Hai
sayang.” jawab Ikram. Kedengaran suara Ryssa yang merengus mendengar suara Ikram.
“Apa
sayang-sayang! You tahu tak naik kematu punggung I tunggu you macam orang bodoh
dekat restoran tadi. Pelayan tu tengok muka I macam muka perempuan kena cerai
pun ada. Sakit hati I tau tak!” omel Ryssa. Geram mengingatkan wajah pelayan
restoran yang memandangnya sinis. Ryssa paling benci orang yang datang lewat
apabila ada temu janji dengannya.
Ikram
menjauhkan sedikit telefon dari telinga. Terasa telinganya boleh tembus ke
telinga sebelah mendengar suara nyaring Ryssa. Laser pun kalah!
“Okay!
I minta maaf. You pun tahu I baru sampai pagi tadi. I penat. Malam ni kita
jumpa tempat biasa. I jemput you dekat rumah nak?” Ikram cuba tawar menawar
dengan Ryssa. Gadis ini senang nak pujuk. Sedia saja bunga dan kata-kata terus
terpujuk.
“Malam
ni I busy. Esok pagi ajelah.” kata Ryssa teragak-agak.
“Busy? You shooting apa malam-malam buta?” sindir Ikram. Bukan dia tidak tahu
Ryssa yang penuh dengan gosip keliling pinggang. Mustahil salah satunya tidak
benar. Siap dengan gambar sebagai bukti. Kononnya cuma permainan wartawan untuk
menaikkan publisitinya sampai sanggup edit gambar orang lain dan letak
gambarnya.
“You
jangan nak serkap I Am. You sendiri tahu I seorang yang punctual.” ujar Ryssa tapi kali ni dia sudah berubah rentak.
Tiba-tiba bertukar suara manja. Macam puntianak mengilai pun ada.
“I
tak cakap pun I serkap you Ryssa. Cuma I pelik je macam mana you boleh shooting malam-malam buta.”
“I
tak shootinglah sayang. I ada dinner
dengan pihak majalah. Kalau you tak percaya you tanya sendiri dengan manager
I.” jawab Ryssa.
Ikram
sekadar mencebik. ‘Yalah tu. banyak sangat dinner tak tentu pasal. Jangan-jangan
dinner dengan lelaki.’ Desisnya.
“So esok kita lunch aje la sama-sama. You tau kan I datang sini semata-mata nak
jumpa You.” Kata Ikram. Kedatangannya ke KL sudah pun dimaklumkan kepada Ryssa
awal-awal agar model tersebut rancang jadualnya sebaik mungkin supaya mereka
boleh bertemu.
Tujuan Ikram ke KL yang sebenarnya bukanlah
atas urusan syarikat ayahnya ataupun hotel milik Ikram tetapi hanya untuk
bersuka ria bagi menenangkan otaknya yang serabut. Urusan pejabat buat alasan
semata-mata. Kalau ada pun otaknya bukannya boleh bergerak sangat pun.
Ikram
melabuhkan badannya di atas tilam semula selepas menamatkan panggilan dengan
Ryssa. Dia sendiri pelik macam mana dia boleh bertahan dengan perangai Ryssa
yang macam angin moonsun. Mungkin antara ramai-ramai gadis yang mendekatinya
hanya Ryssa sahaja yang berani memarahi Ikram. Bukan itu saja, sikap Ryssa yang
manja sering mengoda hati Ikram. Malah dia juga bangga memiliki seorang model
terkenal sebagai kekasih.
“Sayang.
You nak ke mana pula lepas ni? ” soal Ryssa manja. Stik di atas meja hanya
dimakan sedikit. Dia nak diet untuk menjaga berat badan. Kalau bukan sebab
Ikram yang pesankan makanannya buatnya. Sudah tentu dia tidak lalu nak makan.
Baik minum jus buah saja.
Ikram
memandang wajah Ryssa yang seolah-olah disalut dengan tepung sekilo. Wajah
gadis itu sentiasa penuh dengan pelbagai warna. Silap-silap hari bulan boleh
masuk sarkas. Sesuai sangat jadi badut!
“Sayang. Kenapa you tenung I macam tu? ada
sesuatu di muka I ke?” soal Ryssa. Mukanya merona kemerah-merahan ditenung
sedemikian. Tanganya memegang pipi yang gebu.
“Oh!
Tiada. Saja rindu dekat you. Sejak kebelakangan ni you sibuk memanjang. Sampai
I nak jumpa you pun payah.” rungut Ikram. Padahal dia sedikit pun tidak hairan sekiranya Ryssa enggan bertemu
dengannya. Masih ramai lagi perempuan yang sudi bersama dengan lelaki yang kaya
seperti Hafiz Ikram.
“You
sendiri pun tahu jadual I padat sangat. I sendiri tiada masa nak luangkan masa
untuk bersuka ria. Sibuk sangat dengan pengambaran.” Ujar Ryssa. Dia sengaja
buat muka kesian. Tidak sanggup dia meninggalkan Ikram yang sudah sekian lama
bersama dengannya.
“Lepas
ni you nak ke mana? I temankan. Lagipun hari ni I off semata-mata untuk you.” Sambung gadis itu lagi.
“Kita
ronda-ronda dekat mall ni sajalah. I
malas nak keluar. Panas sangat. Sekurang-kurangnya dalam shopping mall ada
penghawa dingin. ” getus Ikram. Lagipun dia tahu yang Ryssa pasti setuju
dengannya. Antara cuci mata di kedai-kedai pakaian atau cuci mata di tepi
pantai dan taman bunga sudah tentu gadis itu akan pilih tempat yang ekslusif
dan mempunyai penghawa dingin.
Usai
makan tengah hari mereka melewati satu persatu kedai baju. Ikram dan Ryssa
sedikit pun tidak berenggang bagaikan belangkas.
“Sayang
you tak takut wartawan terjah you dengan I dekat sini ke?” soal Ikram
memandangkan Ryssa begitu berani berkepit dengannya.
“I
tak kisah pun. Mereka tak mungkin cam I dengan penampilan begini.” Ikram
sekadar mengangguk. Patutlah Ryssa memakai topi dan cermin mata. Rupa-rupanya
takut dijejak oleh wartawan.
Tiba-tiba
bahu Ikram dipegang oleh seseorang dari belakang. Terhenti langkah mereka
berdua dengan sapaan mengejut itu. Ikram segera memalingkan badannya untuk
melihat gerangan yang memegang bahunya.
Dia
tersenyum setelah melihat jejaka yang berpakaian t-shirt putih dan seluar slack
hitam dihadapan. Lagak lelaki itu santai seolah-olah sedang bercuti.
“Ijat.
Kau buat apa dekat sini?” soal Ikram. Lama benar dia tidak bertemu rakannya
yang bekerja sebagai seorang pensyarah. Ijat seorang yang workaholic tapi suka melancong sampai susah betul hendak berjumpa.
Artis pun kalah!
“Aku
jalan-jalan. Biasalah. Sepatutnya aku yang tanya kau buat apa dekat sini.” balas
Ijat. Mereka terdengar suara Ryssa berdengus kecil kerana tersisih dengan topik
perjumpaan dua sekawan.
“Aku
pun jalan-jalanlah apa lagi. Owh yaa.. Sayang ini Mohammad Aizat. Kawan baik
I.” Ikram memperkenalkan Aizat kepada Ryssa. Dia hanya senyum sinis apabila
melihat Aizat yang berterampilan sederhana.
“Panggil
je Ijat. Senang nak sebut.” ramah Aizat menyapa.
“Sayang
kalau you nak cerita dengan kawan you lagi. I nak masuk kedai ni dululah.” ujar
Ryssa. Daripada mendengar cerita mereka berdua yang bosan dan langsung tidak
menarik perhatiannya lebih baik dia membeli beberapa helai baju.
“Baiklah.
Kejap lagi I jumpa you dekat dalam.” balas Ikram. Dia sendiri malas hendak
melayan kerenah Ryssa. Ikram tahu Ryssa pasti tidak berminat untuk bersama
mereka berdua bercerita.
“Melekat
nampak model tu dengan kau Am.” kata Aizat sebaik saja Ryssa berlalu
meninggalkan mereka berdua.
“Biasalah
Ijat. Perempuan macam tu. Lelaki kaya mana yang dia tak lekat.”
“Aku
ada dengar Iqbal cakap pasal kau. Kata dah nak kahwin tapi perangai aku nampak
2x5 je.” Aizat mengelengkan kepalanya. Perangai kaki perempuan Ikram susah nak
lentur. Hanya setakat perkahinan yang diatur keluarga mustahil dapat merubah
perangai Ikram yang sudah menjadi kebiasaan sejak sekolah menengah.
“Ermm…
biasalah Ijat. Kahwin tu pun tak pasti lagi. Kau bila balik Kedah?” soal Ikram.
“Aku
balik hari ahad ni. Datang sini pun saja jalan-jalan dengan student aku. Isnin ada kuliah lagi.” balas
Aizat. Aizat seorang yang suka melancong sama ada sendiri atau berkumpulan.
Itulah yang Ikram fasih sangat dengan Aizat. Kalau dia dengan perempuan, Iqbal
dengan permainan video. Aizat dan kamera DSLRnya pula sudah seperti laki bini.
Mereka bertiga masing-masing ada hobi tersendiri.
“Eloklah
tu. kalau macam tu aku join korang
sekalilah. Aku ke sini pun tiada kerja. Jalan-jalan je. Kalau nak berkepit
dengan ahli sihir dekat dalam tu boleh jadi papa kedana aku. Kalau macam tu aku
pun balik Sabah hari ahad ni juga.” ujar Ikram.
Aizat
hanya tersenyum lucu apabila Ikram mengelarkan Ryssa sebagai Ahli Sihir. Mulut
Ikram kadang-kadang lancang sangat. Kalau dengan orang yang dia rapat mulut
Ikram berbisa macam ular tapi bila bercakap dengan perempuan semut dipijak pun
tidak akan mati.
Setelah
bebual dengan Aizat. Ikram masuk semula untuk berjumpa dengan Ryssa. Sudah
tentu adegan pujuk memujuk akan berlangsung kembali kerana meraka tidak sedar
yang dia dan Aizat bercerita sampai setengah jam. Boleh jadi hangus terbakar
rambut Ryssa apabila gadis itu marah.
Ainul
bermain air di kolam renang mak ciknya. Kakinya di masukkan ke dalam air. Basah
seluar panjang gadis itu terkena air tapi Ainul hanya tidak mengendahkannya.
Dia perlukan ketenangan. Sejak tadi duduknya tidak senang. Satu hari kelmarin
dia menanti panggilan dari Ikram tapi telefonnya langsung tidak berdering.
Sama
ada Ikram akan bercakap dengannya secara bersemuka atau menerusi pangilan dia
sendiri tidak pasti. Mustahil Ikram tidak perasan surat yang dia tulis di dalam
briefcasenya sedangkan beg itulah yang selalu dipakai ketika berurusan.
Telefonnya
yang terletak atas lantai dipandang sekali lagi. Menanti dan tetap setia
menanti agar Ikram sudi menelefonnya . Namun hampa bila telefon tersebut masih
lagi sunyi tanpa sebarang pemanggil. Ainul mengeluh. Dia bermain dengan air
kolam renang seperti biasa.
Akhirnya
telefon bimbit itu berdering setelah sekian lama menanti. Namun senyuman gadis
itu mati apabila gambar yang terpampang di skrin telefon ialah gambar Rui Zhe
dan bukan abang sepupunya.
Ainul
mengeluh sambil menekan punat hijau.
“Hello.” sapa doktor cina itu.
“Apa
Khabar Rui Zhe.” Ainul berbahasa mandarin untuk berkomunikasi dengan He Rui Zhe.
“Baik.
Penerbangan awak esok pukul berapa?” soalnya.
“Mungkin
pagi atau tengah hari.” jawab Ainul dia sendiri pun tidak pasti. Seingatnya dia
hanya membeli tiket untuk hari esok tapi waktu penerbangan sudah lupa dari
kotak fikirannya.
“Awak
kenapa?”
“Rui
Zhe…sebenarnya saya mungkin tidak akan pulang semula ke Taiwan lagi.” ujar
Ainul. Dia terlupa untuk memberitahu lelaki itu tentang tuntutan wasiat.
“Hah!
tapi kenapa?” Nada suara Rui Zhe sedikit tinggi sebab terkejut. Berhari-hari
dia menanti kepulangan Ainul tapi hancur begitu saja. Hancuss… harapan hati dan nurani!
“Saya
sebenarnya akan tinggal di sini bersama dengan keluarga sini.” Ainul mengetap
bibir. Lain yang hendak dicakap tapi lain pula yang terluah.
“Awak
tidak akan balik sini semula?” soal Rui Zhe hampa. Rindunya terhadap gadis itu
berbuak-buak tapi Ainul masih lagi belum tahu akan isi hatinya. Rui Zhe masih
belum bersedia untuk meluahkan perasaan.
“Mungkin
saya akan datang sekejap untuk uruskan pemindahan pentadbiran kepada Ricky.
Saya akan lantik dia jadi CEO syarikat dan saya hanya akan berurusan secara
langsung dalam hal-hal penting saja.” jelas Ainul.
“Saya
ingatkan tidak akan jumpa awak lagi.” kata lelaki itu. Kedengaran suara bising
dicorong telefon. Bunyi kereta Ambulans meyakinkan
Ainul bahawa lelaki itu sedang bekerja.
“Rui
Zhe... sebenarnya saya akan…” belum habis Ainul menghabiskan kata-katanya sudah
dicelah oleh Rui Zhe yang tergesa-gesa untuk menamatkan panggilan.
“Ainul.
maaf nanti kita sambung ya… saya ada pembedahan sekarang. Ada mangsa kebakaran
yang baru tiba.” ujar lelaki itu sebelum menamatkan panggilan.
Niat
Ainul untuk memberitahu bahawa mungkin dia akan berkahwin terbantut begitu
saja. Dia mengeluh. Sukarnya untuk berkata-kata.
Telefonnya
sekali lagi berdering. Terkejut Ainul hinggakan telefon tersebut tersumban ke
dalam kolam renang. Terkocoh-kocoh Ainul untuk mendapatkan telefonnya semula
sebelum tenggelam tapi hampa telefonnya sudah pun berada di dasar kolam renang.
Macam mana dia nak ambil kalau dia sendiri tidak pandai berenang. Kolam renang
mak ciknya terlalu dalam. Nanti tidak pasal-pasal dengan dia sendiri tengelam.
Ainul
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Siapa yang boleh bantu dia untuk mengambil
telefon bimbitnya sedangkan hanya dia seorang sahaja yang berada di rumah. Mak
cik Bibah dan Puan Noraini sudah pun pergi ke pasar untuk membeli lauk. Encik
Ahmadi dan Pak Mad hanya akan pulang setelah waktu pejabat.
Akhirnya
dia hanya mampu memandang telefon kesayangannya di dasar kolam renang.
Ainul
hampa. Atas kecuaianya telefon tersebut menjadi mangsa. Kini harapannya untuk
menanti panggilan Ikram hanya tinggal cebisan kecil saja.
Ainul
masuk semula ke dalam rumah untuk tukar seluarnya yang basah. Dia ingin
melakukan sesuatu agar dapat menenangkan fikirannya. Bunyi telefon rumah yang
berdering beberapa kali menandakan panggilan masuk. Ainul menuju ke ruang tamu
semula.
“Assalamualaikum.”
sapa Ainul sebaik saja mengangkat ganggang telefon.
“Waalaikumsalam.
Kenapa lambat sangat angkat telefon rumah.” sapa lelaki disebalik corong
telefon.
“Maaf
Ainul tak dengar. Tadi Ainul duduk di luar.” jelasnya. Berdebar jantung Nur Ainul
Mardhiah menanti jawapan dari mulut Ikram.
“Takpalah.
Ibu mana? Abang nak cakap sikit dengan ibu.” ujar Ikram.
“Mak
cik tiada. Ainul sorang je dekat rumah. Mak cik pergi pasar dengan mak Bibah.”
“Owh…
takpe. Lagipun tak penting. Ainul tolong bagitahu ibu yang abang Am tak jadi
pulang hari ni. Abang ada rancangan so
tak dapat nak pulang hari ni. Mungkin esok atau lusa baru balik. Okaylah. Abang
nak cepat ni. Bye… Assalammualaikum.”
“Baiklah.
Waalaikumsalam.” jawab Ainul lemah. Panggilan telefon sudah pun dimatikan
sebelum sempat untuk dia meminta jawapan dari Ikram. Mungkin inilah jawapan
bagi persoalannya. Hatinya sedikit terkilan dengan sikap Ikram yang sambil lewa
sedangkan dua hari suntuk dia menanti jawapan dari mulut lelaki itu.
best... kesian Ainul..
ReplyDeletetak sukalah dengan Ryssa... hehehe..
i amat berharap ceta ni tak seperti ceta lain, kaum hawa yg terlampau berserah, tak salah klu wataknya lembut tapi tegas, klu ask gloomy aja,rasa tak bermaya pulak asyik pasrah, jalan cerita ada, cuma adakan sedikit pembaharuan, takyalah ikut ceta yg dah ada, asyik perempuan je menangis, dipenghujung cerita baru bahagia, mcm sinonim sgt, sekadar pandangan. i like ur story cuma bila watak utama tu asyik sedih je mcm tak bermaya nak baca.
ReplyDelete@Afifah Yusof takpa..sat g ainul balas dendam..
ReplyDelete@hamidah thanks kak..sya memang plan xnak buat cerita sedih..
ReplyDeletesaya nak buat cerita kasanova tidak akan percaya macam mana seorang bidadari yang sebenrnya..bukannya seorang yg ayu dan kuat menangis saja..
thx bagi pandangan..