Ikram
memandang surat putih yang terselit dalam briefcase miliknya. Hatinya berdetak
untuk melihat isi kandung surat tersebut. Berdebar-debar jantung Ikram mencapai
surat itu. Lipatan surat dibuka dengan berhati-hati.
Nur
Ainul Mardhiah? Hati Ikram tidak tenang apabila terpandang nama adik sepupunya
di hadapan lipatan kertas putih itu.
“Ainul minta maaf dekat abang Am. Mungkin
silap Ainul sehinggakan nenek dan datuk inginkan perkahwinan kita. Ainul cuba
untuk bawa berbincang dengan Abang Am tapi atas kesibukan abang Am. Ainul
langsung tidak berkesempatan untuk berbincang. Mungkin juga abang mengelak…
Tapi bagi Ainul perkara ini tetap juga berada
di kotak fikiran kita walau sejauh manapun kita berlari. Ainul tulis surat ini
ingin bertanyakan pendapat abang. Sama ada abang sudi menerima tuntutan wasiat
tersebut atau tak Ainul akan menanti jawapan dari abang Am. Ainul akan bertolak
hari Ahad ini ke Taiwan semula. Ainul tunggu panggilan dari abang Am. Sama ada
setuju atau tak Ainul tidak akan paksa sebab itu hak abang Am. Assalamualaikum.”
Ikram
terkedu. Dia membaca surat yang ditulis
oleh Ainul berkali-kali.
Terdiam.
Jika benar itu surat dari Ainul maka memang dia seorang abang yang tidak
berguna.
Berkali-kali
panggilan dari Ainul dielak sejak peguam hadir menyerahkan surat wasiat tempoh
hari. Ikram tersedar. Hari ini hari Ahad maknanya Ainul akan pulang ke Taiwan!
Kerja gila betul…
Ikram
bergegas mengemas segala barangnya. Penerbangan yang sepatutnya dijangka pada
malam ini ditukar serta merta ke penerbangan pukul 10. Ikram takut dia akan
terlewat. Mujurlah tadi dia tergerak hati untuk membaca novel terbaru ibunya
Menunggu Kereta Api karya Norhayati Ibrahim.
“Aigoo…bakal bini aku menanti di rumah tapi
aku tak tahu pulak. Harap-harap janganlah dia menanti di kapal terbang untuk
terbang pulak. Karang aku yang susah…” rungut Ikram dalam hati. Dia cuba
mendail telefon bimbit Ainul tapi gagal. Ikram bergegas mendapatkan teksi untuk
ke lapangan terbang.
Segala
penerbangan ke Taiwan dari Kota Kinabalu termasuklah penerbangan transit
diperiksa. Dia cuba untuk mendapatkan maklumat tentang penerbangan Ainul namun
tiada seorang pun pekerja yang ingin memberi kerjasama.
Telefon
rumah cuba didail lagi. Seorang pun tidak angkat. Dia ingin tahu melalui ibunya
tentang penerbangan Ainul. Puas satu lapangan
terbangan Ikram tawaf mencari kelibat Ainul namun hampa. Bayang-bayang pun
langsung tidak nampak.
Ikram
pulang ke rumahnya. Geram juga mengenangkan telefonnya yang tidak diangkat.
Mana semua orang ini! Tak kan semua pun hantar Ainul kot? Hatinya diserbu
pelbagai persoalan.
“Wahai
bidadari janganlah kau terbang jauh lagi…” ujar Ikram sambil menaiki anak
tangga ke biliknya. Bingung kalau Ainul meninggalkannya seperti dahulu. Ikram
tidak berhenti menyalahkan dirinnya.
Langkah
Ikram terhenti di bilik Ainul. Perlahan-lahan dia memulas tombol bilik itu.
Hatinya ingin melihat bilik yang tersedia untuk adik sepupunya tinggal. Bilik yang
bersebelahan dengan bilik Ikram.
Ainul
berhenti melipat bajunya apabila terdengar bunyi pintunya terbuka. Dia
berpaling melihat orang yang berada di belakangnya. Setahunya dia sudah
mengunci pintu utama dan pintu dapur kerana dia hanya berseorang di rumah.
“Abang
Am?” ujar Ainul apabila melihat wajah sugul Ikram di muka pintu. Segera Ainul
mencapai baju kurung yang hendak dilipat tadi untuk menutup kepalanya yang
tidak bertudung.
Riak
wajah Ikram berubah. Terkejut apabila Ainul masih berada di hadapannya. Dia
memalingkan kepalanya ke tepi apabila terpandang rambut hitam Ainul yang
panjang ikal. Cantik! Satu senyuman tercalit dibibir Ikram.
“Maaf.”
katanya perlahan.
Ainul
memakai tudung ketika Ikram masih lagi memalingkan tubuhnya. Nasib baiklah
tudung yang paling dekat ialah Tudung Express. Pakai main masuk terus. Ainul
mendekatkan diri di tempat Ikram berdiri.
“Ada
apa Abang Am nak jumpa Ainul.” ujarnya sedikit marah. Sama ada Ikram terasa
atau tidak itu hak Ikram. Itupun kalau masih ada lagi perasaan abangnya. Marah
Ainul masih lagi bersisa. Siapa tidak marah kalau dia di buat seolah-olah budak
bodoh yang menanti dan terus menanti pangilan abangnya.
“Abang
nak Ainul ikut abang sekarang!” Tegas kata-kata Ikram. Wajahya turut tegang.
Sengaja nada suara Ikram dikeraskan. Mana tahu Ainul kecut perut. Terdetik juga
dihatinya hendak menyakat Ainul.
“Buat
apa?” jerkah Ainul. Dia tidak ingin jadi tunggul yang menurut kata semata-mata.
Itu bukan Nur Ainul Mardhiah yang selama ini tegas dan berpendirian teguh.
“Ainul
nak ikut atau Abang Am dukung Ainul naik kereta? Pilih antara dua!” jerit Ikram. Bergema satu rumah dengan
jeritanya yang kuat. Dia tahu yang tentu kedua ibu bapanya tiada di rumah
kerana garaj kereta kosong dan pintu rumah pula berkunci.
“Nak
ke mana?” soal Ainul ragu-ragu. Kini dia bersuara dengan nada perlahan. Malas
hendak bertekak dengan lelaki bernama Hafiz Ikram.
“Ikut
aje la… Jom!” Ikram menarik lengan Ainul. Ainul menepis tangannya kasar. Mana
boleh pegang. Haram! Dia berjalan laju di hadapan Ikram. Dia masih lagi protes.
Kereta
yang dipandu oleh Ikram senyap. Radio pun turut senyap tanpa sebarang suara
dari deejay radio. Kepala Ikram
betul-betul serabut. Dia tidak ingin bertambah serabut mendengar celoteh deejay.
Ainul
memandang ke arah luar tingkap. Tidak ingin dia menghadap muka Ikram. Tengok
permandangan sawah padi yang menghijau jauh lebih tenang dari wajah Ikram.
Abang sepupunya masih lagi enggan bercakap walaupun sepatah dua kata. Jika
Ikram bisu dia lagilah bisu. Nak tunjuk protes konon. Ingat senang-senang buat Nur
Ainul Mardhiah merajuk?
Ainul
mula cuak. Ke mana Ikram membawanya pun masih lagi tinggal tanda tanya. Ikram
tetap juga dengan bisunya. Tadi mereka melintas kawasan yang berpadi. Kini kereta
Ikram melalui jalan yang berbukit bukau.
Sekarang
Ainul sudah dilanda tahap kebosanan yang kritikal. Kalau tidak silap dia hampir
sejam mereka berdua di dalam kereta yang tidak tahu berhenti seolah-olah
pemandunya tidak tahu tekan brek berhenti. Kelajuan pula sudah tentunya
melebihi 180 kilometer sejam.
Ainul
menahan matanya dari tidur. Mengantuk dengan perjalanan yang terlalu lama.
Sesekali matanya tertutup sebab tidak tahan.
Ikram
pula mendiamkan diri. Dia cuba bawa bertenang. Bukannya silap dia kerana
menjerit adiknya. Tapi dia sendiri terkejut dengan jerkahan Ainul.
Sebagai
sseorang lelaki. Seumur hidupnya tidak pernah seorang wanita pun pernah
tinggikan suara dengannya termasuklah ibu dan arwah neneknya. Tapi Ainul? adik
yang selama ini disangka lemah lembut rupanya macam bom atom bila meletup.
Percuma dapat pengeboman hari ini.
Persoalan
Ainul bertambah apabila melihat keadaan di luar tingkap yang cantik. Ciptaan
tuhan yang terlalu sempurna baginya.
Pantai yang bersih dan air laut yang sungguh mendamaikan. Ainul sukakan
pantai. Itulah hakikatnya. Tapi pantai ini seolah-olah jarang di kunjungi
menyebabkan keadaan pasirnya masih lagi suci dari sebarang debu dan kotoran.
Kalau
kamera Nikonnya bersama tentu banyak gambar yang diambil oleh Ainul.
Satu-satunya minatnya yang mendalam ialah bergambar dan mengambil gambar. Ke mana
sahaja tempat dia pergi mesti bersama kamera kesayangannya. Dia hanya mampu
melihat tanpa sebarang rakaman sahaja. Kamerenya tertinggal di Taiwan.
Ainul
memandang Ikram yang berhenti di tempat letak kereta. Memandang Ikram membuka tali pinggang keledar,
Ainul turut berkelakuan sama. Membuka tali pinggang lalu keluar dari perut
kereta.
Ikram
melangkah ke sebuah jalan yang agak luas menuju ke sebuah glob peta dunia yang
besar. Mereka kini berada di Simpang Mengayau atau lebih di kenali sebagai Tip Of Borneo. Ainul hanya mengikut
Ikram dari belakang.
“Kenapa
Abang Am bawa Ainul ke sini?”
Ikram
berdiam diri memandang ke arah laut. Dia membiarkan soalan tersebut hilang di
bawa bayu yang sempoi-sempoi bahasa. Anak tangga di turun untuk menuju ke
batu-batu besar.
Tahan
hati nurani saja tengok Ikram dengan lagak tidak beriak dan senyap serta
berlagak macho. Sakit hatinya seolah-olah dipermainkan oleh Ikram yang bisu
memanjang. Ingat Ainul ni apa? tunggul? Patung Barbie? Sakit hati betul…!!
“Abang
Am dengar tak apa yang Ainul cakap ni?” soal Ainul sambil membuntuti Ikram dari
belakang.
Langkah
Ikram henti tiba-tiba. Hampir sahaja Ainul terlanggar belakang Ikram. Muka Ainul pun sudah kemerah-merahan terasa
bahang panas matahari. Tambahan lagi dengan angin satu badan dengan perangai
Ikram. Memang hari Hot sedunia.
Wajah
Ainul yang kemerahan seolah disapu blusher warna pink dan merah dipandang. Hati
lelaki Ikram terus menyanyi lagu romantica
de amour panas terik ni. Mujur angin sempoi-sempoi bahasa dapat meredakan
panas mereka. Kalau tidak sah dua-dua jadi udang bakar kejap lagi.
“Abang
Am! Ainul bukan tunggul tau. Ainul pun ada perasaan. Abang mungkin tahu Ainul
seorang adik tapi jangan lupa Ainul juga seorang ketua. Seorang pengerusi
syarikat gergasi macam abang. Ainul bukan lagi budak hingusan macam dahulu tau
tak.” bebel Ainul. Aura kemarahan jelas terpancar di wajahnya.
Dia
memandang tepat ke anak mata Ikram. Ikram pun tidak mahu mengalah. Membalas renungan mata itu
akhirnya Ainul sendiri mengalihkan matanya. Berdebar jantungnya melihat mata
Ikram yang redup. Boleh jatuh pengsan tergolek-golek masuk dalam laut ni.
“Abang
setuju.” jawab Ikram pendek.
“Hah?
Setuju apa?” Lurus betul soalan Ainul. Dia masih lagi tidak dapat menangkap
maksud abang sepupunya. Tiada intro terus redah masuk isi penting!
“Abang
setuju kahwin dengan Ainul.” Ikram menjawab dengan ringkas lagi. Ainul ketawa
kecil membuatkan dahi Ikram berkerut.
“Abang
ingat Ainul ni tunggul kayu?” soal Ainul seraya melangkah beberapa tapak untuk
melihat keadaan pantai yang sedikit mendamaikan hatinya.
“Abang
cakap senang. Bila nak cakap senang tapi abang pernah tak terfikir perasaan
Ainul? Abang Am buat Ainul macam orang bodoh menanti panggilan dari abang Am.
Ainul sendiri tidak tahu nak cakap apa? Abang Am diam. Bisu! Nak hadap muka
adik sendiri pun seolah-olah nampak hantu. Takut sangat nak dekat. Ainul macam…
entahlah… rasa macam bodoh aje tunggu panggilan Abang Am.” Ainul menghambur
segala amarahnya terhadap Ikram. Terasa
lepas segala bebannya.
“Maafkan
Abang Am.” ujar Ikram perlahan.
“Abang
tahu tak Ainul sendiri tak ingin dengan perkahwinan ni? Ainul setuju bersebab. Kalau
bukan sebab surat yang arwah bagi dekat Ainul . Ainul tak teragak-agak hendak
minta pertimbangan. Ainul sendiri ada tanggungjawab dengan Hotel arwah di Taiwan.
Hotel tu beratus pekerja! Bukan semua orang lahir dalam keadaan senang macam
kita…
“Duit
tidak janjikan kebahagian tapi kalau tiada duit macam mana nak makan? Ingat
semua benda didunia ni free? Tolak angin, matahari, bulan, nyawa semua kena
berbayar tau! sekarang nak oksigen pun kena bayar…” sambung Ainul lagi. Dia
sudah tidak tahan untuk menyimpan segalanya.
Dari
yang isi penting sampai entah apa yang Ainul cakap pun dia tidak sedar.
Semuanya main belasah. Apa yang terlintas di fikiran terus keluar dari mulut.
Redah aje!! Oksigen? Betul apa! kalau nak masuk dalam air kena ada bekalan oksigen.
Tong oksigen tu pun kena ada kan? Dan perlukan duit! Jadi munasabah jugak apa
dia cakap!!
Ikram
hanya memandang wajah Ainul kosong. Teringat kata-kata Aizat padanya semalam.
“Am.
Kau buat begini dekat seorang wanita bekerja Am. Kau jangan lupa yang adik kau
juga chairman. Kalau nenek kau tegas
tidak mungkin Ainul seorang yang tegas jugak. Kau jangan sesekali bermain
dengan bara. Mungkin nampak sangat apinya tiada tapi sekali ditiup angin bara
boleh bertukar kepada api yang marak.”
Nasihat
Aizat hanya dipandang kosong oleh Ikram. Baginya Ainul seorang lemah-lembut dan
tidak mungkin tinggikan suara dengannya. Tapi apa yang berlaku pada hari ini
betul-betul menyedarkan Ikram.
Ikram
tidak sangka lelaki yang tidak pernah bertemu dengan Ainul lebih memahami gadis
itu berbanding dirinya. Dia yang sudah berpuluh tahun kenal dengan adik
sepupunya.
“Abang
Am… Abang Am…!!” Ainul terjerit kecil mengejutkan Ikram dari lamunan.
“Hah?”
Ainul
mengeluh. Dia betul-betul hampa dengan Ikram. Seolah-olah Ainul bercakap dengan
pokok, batu-batu dan air laut saja. Tiada tindak balas langsung.
“Apa-apapun
Ainul cakap abang tetap setuju dengan perkahwinan ini. Abang Am tidak mahu
Ainul tinggal sendiri di Taiwan. Lagipun Ainul nak tinggal dengan siapa? Lelaki
tu? bersedudukan dengan lelaki cina tu?” Tajam kata-kata Ikram menusuk hati
Ainul.
Begitu
hinakah tanggapan abangnya terhadap dirinya. Walaupun Rui Zhe berlainan agama
namun lelaki itu tidak pernah menyakitkan hatinya malah Rui Zhe sentiasa
melindungi dirinya. Tambahan lagi Rui Zhe tidak pernah cucuk hati Ainul dengan
kata-kata kesat macam Ikram ni. Bersedudukan? Nauzubillahiminzalik!!
“Jijik
sangat ke Ainul ni sampai abang cakap Ainul macam tu? ” Perkataan jijik sengaja
ditekan. Tubir mata Ainul panas. Tidak! dia tidak akan menumpahkan air matanya
untuk Hafiz Ikram. Biar Ikram tahu dia pun kuat juga. Jangan fikir Ainul
seorang yang lembik saja.
“Abang
tak bermaksud macam tu… Abang cuma nak ingatkan Ainul seorang perempuan.
Daripada bergaul dengan lelaki lebih baik Ainul tinggal saja dengan kami.”
Jelas Ikram. Egonya melangit untuk meminta maaf dengan Ainul akibat terlepas
cakap. Mulut dia memang selalu tidak makan brek. Tapi kali ini memang wrong timing!
“Hanya
itu alasan abang untuk berkahwin dengan Ainul?” soal Ainul sarkastik. Pakai Clorox pun tidak mengalahkan tahap pudar
hati Ainul pada Ikram. Sakit hati betul dengan mamat mulut lancang ni! Tiada
langsung istilah anak lelaki kaya yang budiman dan bertamadun.
“Abang
tidak mahu Ainul jumpa atau rapat lagi dengan mana-mana lelaki.
Sekurang-kurangnya kita patut mengelak dari fitnah. Daripada Ainul kena fitnah
suatu hari nanti baik kita mengelak dari sekarang. Abang Am hanya ingin
lindungi adik abang. Itu saja tiada lain.” Ikram membalas kata-katanya tenang.
Dia sendiri tidak tahu dari mana ketenangan itu boleh muncul tiba-tiba.
Kata-kata yang terpacul dari mulutnya juga luar kotak fikirannya. Cakap main
redah saja!
Ainul
hendak bercakap tapi Ikram meletakkan tangannya di hadapan agar menyuruh Ainul
mendengar dahulu kata-katanya.
“Kita
nikah tapi tidur asing. Itu hal muktamad. Nanti Abang cuba fahamkan ibu dan
ayah pasal ni. Janji kita laksanakan wasiat tu dulu.” Abang takut setiap malam diselubungi misteri nusantara… sambung
Ikram dalam hati.
“Abang
Am tidak akan sentuh adik abang sendiri. Ainul sendiri kata tidak inginkan
ikatan ini kan? Eloklah sangatlah tu. Jangan risau. Suatu hari nanti apabila
Ainul berjumpa jodoh Ainul. Abang Am tidak teragak-agak untuk pisahkan ikatan
kita nanti. Cukuplah kehidupan kita seperti biasa. Ainul dengan cara hidup
Ainul. Abang dengan cara Abang. Tapi abang tidak akan benarkan Ainul pulang
semula ke Taiwan.”
“Baiklah
jika itu yang abang harapkan. Mungkin abang Am lupa minta pandangan Ainul
perihal ini. Entah wujud lagi atau tidak kepercayaan Abang Am terhadap Ainul
tak tahulah...” balas Ainul. Sedikit terkilan dengan Ikram yang memberi
keputusan tanpa bertanya atau berbincang dengannya. Malah teruk dia kena
kaw-kaw oleh Ikram.
Mereka
diam. Tiada topik yang perlu diluahkan satu sama lain lagi. Masing-masing
melayan perasaan.
“Jom
balik. Abang lapar.” Kata Ikram setelah lama berdiam diri.
“Sebenarnya
Ainul tidak masak sebab nak balik terus malam ni. Pak cik, mak cik dan mak
Bibah sekeluarga pergi kenduri.” Terang Ainul. kini mereka berbual seperti
biasa. Tiada marah, jerit dan teriak satu sama lain lagi.
“Tak
apa kita singgah One Borneo makan dulu baru balik. Rumah pun dekat aje.” Ikram
hanya meneruskan langkahnya.
“Tapi
flight Ainul malam ni. Ainul nak
kemas barang untuk bawa balik. Baju Ainul sini sikit aje. Hanya baju kurung dan
t-shirt sedikit untuk dipakai selama seminggu dua ni.”
“Tak
payah! Kita beli baru aje semua. Ainul bukan tiada duit. Banyak lagi tu. Tak
payah nak susah-susah angkat baju dari sana. Beli aje baru. Nanti kalau pulang
sana tak payah bawa baju banyak. Tak guna kad kredit banyak tapi tidak tahu
guna.” Sindir Ikram.
Ainul
hanya mencebik. Malas hendak bergaduh lagi. Kenapa setiap bait kata dari lelaki
ini mesti pedas seperti dan tajam seperti
laser?
Telefon
Ikram berdering ketika dalam perjalanan pulang. Nama Ahli sihir Ryssa
terpanpang di skrin telefon. Ikram mengangkatnya tanpa sebarang segan silu
memanggil Ryssa sayang. Dia bercakap seolah-olah Ainul tidak wujud di
sebelahnya. Hanya tangannya sempat mengecilkan sedikit suara radio kereta.
“Abang
Am pernah cakap dahulu. Jangan terkejut dengan sikap abang Am. Selama Ainul
hidup dengan abang harap Ainul faham kehidupan Abang Am memang tidak
terkongkong oleh sesiapa.” Ujar Ikram setelah habis berbual dengan Ryssa melalui
telefon.
“Pencabul
Kalbu.” Terpacul dari mulut Ainul
sepatah dua kata cebisan lirik lagu Kasanova nyanyian Stacy yang sedang
berdendang di corong radio.
Ikram
terpinga-pinga dengan kata-kata Ainul. Langsung tidak mengerti.
“I mean Casanova... gelaran Pencabul kalbu dari seorang kasanova sesuai
untuk abang Am. Buat Romeo tapi kasanova. Abang tahu apa beza Romeo dan
kasanova?” soal Ainul.
Ikram
mengeleng. Yang dia tahu. Romeo dan Kasanova sama.
“Romeo
seorang yang jujur. Romeo seorang yang penuh dengan kata-kata puitis. Romeo
seorang yang penuh perasaan berbanding seorang Kasanova. Kasanova langsung
tiada perasaan dan hanya tahu mencabul kalbu seorang wanita. Hanya tahu
membuatkan hati seorang wanita tertawan. Kasanova tidak jatuh cinta tapi mudah
membuatkan seseorang jatuh cinta padanya.” Ainul menyuarakan pendapatnya.
Ikram
terdiam! Sama ada Ainul menyindir dia atau hanya menyuarakan pendapatnya
mengelirukannya. Tapi ternyata dia memang terasa dengan kata-kaa Ainul.
Kereta
senyap sekali lagi. Kedua-dua tidak ingin berlawan mulut atau bergaduh satu
sama lain. Mata Ainul tertutup. Tertidur kerana tidak tahan mengantuk. Niatnya
untuk bertanya nama pantai tadi tinggal soalan tanpa jawapan. Dia tertidur di
kereta Ikram sehingga sampai ke rumah mereka. Banyak perlu diurus dan dikatakan
kepada kedua ibubapa Ikram.
best.. sambung lagi Faz.. ^_^
ReplyDeletehehe...best2.. :)
ReplyDelete