Nurul Zaffiera berjalan ke arah pintu utama. Terlihat sekujur tubuh Ammar yang tengah sibuk menjual minyak urat dekat awek di kaunter pertanyaan. Kepalanya digeleng. Pening dengan perangai Ammar yang tak habis-habis dengan perempuan. Keliling pinggang dia buat koleksi.
Apa yang menarik tentang Ammar yang buatkan ramai perempuan sanggup bertelagah buat lelaki itu dia sendiri tidak tahu. Dari sekolah menengah lagi ramai budak perempuan yang bergaduh semata-mata kerana Ammar.
Fiera memulas cuping telinga Ammar. Ada hati nak kacau anak dara orang.
“Adui sakit-sakit. Fiera tangan kau ni bisa sangat tau tak. Macam ketam aje.” Rungut Ammar. Malu diperlakukan sedemikian. Apatah lagi depan peminatnya.
“Kau ni kalau tak usha anak dara orang tak sah. Jom makan. Aku lapar.” Fiera berjalan keluar dari pintu utama. Terkocoh-kocoh model itu mengikutnya dari belakang. Ammar mengosok telinganya yang terasa pedih. Sakit gila minah seorang ni tarik telinga aku.! Tak pasal-pasal telinga aku sebesar telinga gajah kalau kahwin dengan dia. Nasiblah badan aku jatuh cinta dengan Nurul Zaffiera. Ammar tersenyum. Sebut pasal kahwin dengan Fiera tentu senyumannya sampai ke telinga. Suka!
“Kau apasal tercegat dekat situ lagi Ammar?” soal Fiera. Kepalanya digeleng sekali lagi. Entah apa yang mamat seorang ni tengah mengkhayal tak pasal.
“Aku fikir pasal kita. Kalau kita kahwin mesti sweet gila kan sayang. Kau je yang berani pulas telinga aku. Perempuan lain semua pandang rupa aku tapi kau tak.” Ujar Ammar. Sambil tersenyum riang berjalan seiringan dengan Fiera.
Fiera hanya mengaru kepalanya. Sudah.! Mamat ni nak mula lagi dah…
“Eh! Taufiq mana?” soal Ammar. Baru dia teringat yang semalam Fiera kata dia ada temu janji dengan Taufiq. Ammar tahu tentang Taufiq. Sesekali dia cemburu dengan keakraban Fiera dan Taufiq walaupun mereka berdua hanya kawan tapi pandangannya memang tidak silap yang Taufiq sukanya Fiera. Mustahil ada lelaki yang terlalu ambil berat dengan seorang gadis kalau dia tidak cintakan gadis tersebut.
Fiera mencebik. Mengingatkan kata-kata Taufiq pagi tadi di talian sakit hatinya. Taufiq malas keluar makan tengah hari tapi sesedap hati saja menyuruh Fiera belikan makanan untuk dia.
“Tak jadi. Dia ada pembedahan sekejap lagi. So mungkin tidak sempat keluar makan.” Tipu Fiera. Mustahil dia akan beritahu Ammar yang dia dan Taufiq tidak buat sebarang janji temu.
“Bagus.” Jawab Ammar ringkas. Lagi dia suka kalau Taufiq tiada bersama mereka. Bolehlah dia cuci mata tengok muka gadis kesayangannya sepuas-puasnya tanpa sebarang gangguan.
Ammar dan Fiera hanya makan di Mc. Donald sahaja dan Ammar mesti pakai topi yang Fiera sedia. Fiera tidak suka menjadi perhatia maka dengan separuh rela lelaki itu menurut syarat-syarat Fiera. Ammar juga sayangkan Fiera. Segala permintaan gadis itu akan diturut.
Hanya berselindung di sebalik topi menjadi kebiasaan kepada Ammar sekiranya hendak bertemu dengan kekasih hatinya. Fiera tidak mahu hal kedua terjadi lagi. Terserempak dengan salah seorang teman wanitanya sehingga habis basah baju Fiera kerana disimbah oleh perempuan tersebut ketika mereka makan di restoran. Tidak pasal-pasal di perang dingin dengan Fiera.
… … … …
Fiera menyambung kerjanya sebaik sahaja sampai ke pejabat. Makan tengah hari dengan Ammar adalah sesuatu yang memenakan otaknya. Melayan kerenah tak ubah seperti melayan seorang bayi. Penat otak.
Kalau bersama dengan Taufiq pula otaknya jammed sebab tidak tahu nak balas mulut Taufiq yang kadang-kadang laser. Tapi dengan Ammar pula berlainan. Sikap Ammar yang buat otaknya jammed. Tidak habis-habis dengan sikap cuba menarik perhatiannya. Soalan demi soalan ditujukan buat Fiera seolah-olah dia seorang banduan yang dikehendaki. Konon-kononnya caring. Bukannya Fiera tidak tahu yang Ammar sebenarnya korek rahsia hatinya.
“Hoi! Curi tulang nampak?” sergah Anis. Kepalanya tersembul disebalik pintu pejabat yang memang terbuka luas.
“Aku bagitahu abah nanti baru kau tahu. Jauh kau melayang. Nasib baik tak terbang badan kurus kering kau ni.” Bebel Anis. Matanya melirik ke atas meja Fiera yang penuh dengan fail-fail. Sibuk benar rakannya.
“Aku rasa macam nak telan je kertas-kertas depan kita sekarang ni.” Ujar Fiera. Pening dengan keadaan meja yang agak berhambur. Setiap hari kena jumpa perkara yang sama. Fiera pun kadang-kadang bosan hendak terus hadap kerjanya.
Permohonan untuk jadi pensyarah pun dibiar sepi begitu sahaja. Dulu cita-citanya untuk menjadi seorang pensyarah muda malah sijilnya pun layak untuk menjadi seorang pensyarah tapi sejak menjawat jawatan yang disandang dia takut untuk berhenti kerja kerana budi baik keluarga Anis. Fiera juga perlu mencari ibu kandungnya lagi. Misi tersebut belum lagi berjalan.
“Fiera!” sergah Anis sekali lagi. Dahinya berkerut memandang Fiera yang termenung.
“Kau ni kenapa? Demam ka?” soal Anis. Tangannya diletakkan di atas dahi Fiera.
“Eh! Kenapa tak cakap yang kau demam?” sambung Anis lagi. Tangannya memegang tangan Fiera yang terletak di atas meja. Sejuk mengalahkan ais.
“Aku tak apa-apalah Anis. Biasalah aku kan keluar tadi. Cuaca dekat luar tu panas sebab tadi aku jalan-jalan dengan Ammar. Kemudian masuk sini pula terus kena aircond. Biasalah tu.” terang Fiera. Dia sendiri tahu tentang situasi badannya.
“Siapa doktor? Aku atau kau?” soal Anis geram. Jenis workaholic macam Fiera mana pentingkan kesihatan. Ke mana saja mesti depan lap top. Jarang benar dia nampak Fiera bersosial kecuali di ajak atau lebih tepat di paksa keluar jalan-jalan. Itupun dia hanya keluar dengan Anis, Ammar atau Taufiq. Yang lain boleh dikira guna jari dalam setahun Fiera jalan-jalan dengan rakan yang lain.
“Kau la sayang.” Balas Fiera. Fiera malas hendak rehat kalau hanya sekadar demam-demam biasa. Lebih baik dia duduk buat kerja daripada termenung jauh. Fikirannya boleh kusut kalau tidak buat kerja.
“Tau takpe. Aku bagi kau surat MC. Esok cuti! Muktamad. Sebarang surat menyurat tidak dilayan.” Kata Anis. Bukan susah. Maklum sahaja dengan abahnya yang Fiera demam sudah tentu abahnya setuju cadangannya agar Fiera mengambil cuti. Kalau nak surat sokongan pun boleh. Repot dekat umi kesayangannya. Umi sayangkan Fiera sama macam anak mereka sendiri.
“Elleh! Aku pergi jugak. Bluerk…” Fiera menjelir lidah kepada Anis. Dia tahu yang Anis tidak sanggup untuk mengongkong dirinya.
“Yieee..cubit muka hang…” Sempat tangannya mencapai pipi Fiera telefonnya berdering minta diangkat.
“Nasib baik kau…” sambung Anis sebelum mengangkat panggilan dari uminya.
“Assalammualaikum umi…hah!...sorry Anis lupa!... sorry sorry…hehe…Fiera? Ya Anis dekat ofis Fiera la ni… ” kata Fiera. Matanya memandang tepat kea rah mata rakannya di hadapan sambil mendengar kata-kata uminya di talian..
“Okay! Kejap lagi kami datang. Bye umi.” Fiera memasukkan telefonnya ke dalam beg semula.
“Umi nak jumpa kita sekarang. Aku lupa semalam umi ada telefon aku. Semalam umi kata nak jumpa awal sikit pukul 3 begitu ke butik. Tapi aku lupa… hehe…” Anis tersengih-sengih menerangkan keadaan sebenarnya kepada Fiera. Habislah kena bebel oleh umi sebab lambat ke butik.
Fiera sekadar mencebik. Siapa suruh bergayut 24 jam dengan Faizul Hadi sampai lupa dunia.
“Sekarang?” soal Fiera. Terpaksalah dia bekerja malam ni lebih sebab dari tadi lebih banyak mengkhayal dari buat kerja.
Anis mengangguk. Kelam kabut Fiera mengemas segala dokumen penting yang perlu di bawa ke rumah. malam ni dia akan tidur di rumah umi. Itu janjinya semalam.
Anis membantu rakannya mengemas meja Fiera sebelum keluar. Mereka sudah terlambat. Pasti dia kena bebel lagi oleh umi kerana buat umi menantinya selama sejam di butik sedangkan dia yang sepatutnya menanti uminya tapi kejadian terbalik.
Mereka melangkah masuk ke Adira True Boutique. Kelihatan kelibat umi sedang berbincang dengan tuan punya kedai. Nurul Zaffiera dan Anis Damia menyalam Puan Ariana. Umi Anis itu memandang mereka tajam. Tersengih-sengih dua sekawan itu memandang umi mereka.
“Awal kamu sampai. Kenapa tak tunggu hari nikah aje baru sampai?” sindir Puan Ariana.
“Alah umi… Anis terlupa bagitahu Fiera. maaf yaa… jangan la marah umi. Nanti tak cun.” Pujuk Anis. Fiera hanya menyeringai melihat rakannya sedang memujik puan Ariana. Mereka berdua menarik kerusi lalu duduk membelek album yang mempamerkan pelbagai jenis gaun pengantin. Rambang mata Anis melihat busana yang cantik belaka. Ikutkan hati semua dia hendak cuba. Maklumlah raja sehari seumur hidup. Dia hendak yang terbaik untuk majlis mereka.
“Korang bukan sudah pilih baju ke hari tu?” soal Puan Ariana pelik. Kalau sudah pilih buat apa nak tengok album lagi. Baik pakai terus tengok saiz kalau muatkah atau tidak.
Anis tersengih. Sudah pilih tapi pakainya tak tahu nak pakai yang mana satu. Itu yang tengah jadi isu dia dan Faizul sehinggakan penat Faizul membantu memilihkan untuk tunangnya yang cerewet pasal baju.
“Sudah umi. Pilihnya sudah tapi pakainya tak pasti lagi.” Jawab Fiera sejurus memyindir Anis. Tergeleng puan Ariana memandang anak gadisnya. Susah sangat nak buat pilihan. Dulu hanya kerana baju untuk majlis pertunangan pun bergaduh dengan Faizul. Nasib baiklah lelaki itu sabar dengan kerenah Anis.
“Sudah! Umi nak tengok baju yang korang sudah pilih. Jangan nak buang masa tengok baju dekat sini lagi.” Marah Puan Ariana.
Puan Adira pemilik butik itu hanya tersenyum memandang perbualan mereka bertiga. Pertelagahan semata-mata kerana baju pengantin sudah menjadi kebiasaan baginya. Kadang-kadang bakal lelaki yang cerewet atau baju tidak sesuai dengan hati si bakal pengantin perempuan.
“Baiklah. Kak Dira. Mana baju yang kami pilih hari tu?” soal Anis. Dia dan Faizul pernah datang ke butik tersebut dan berbincang untuk baju pengantinnya. Manakala segala pelamin hinggalah dulang sudah tersedia hanya baju sahaja menjadi isu untuk majlis yang akan berlangsung 2 minggu lagi.
“Mari ikut akak. Puan Ariana nak tengok sekali? Saya sudah sedia semua baju pengantin yang dipilih tempoh hari.” Jelas Puan Adira.
“Eloklah tu. Jom. Nanti budak ni tidak dapat pilih lagi.” Peril Puan Ariana. Mereka bertiga masih berdiri dan menuju ke arah bilik persalinan. Fiera hanya menanti di tempat tersebut sambil membelek album pengantin yang menarik perhatiannya.
“Fiera pilih juga baju untuk pengapit. Fiera pilihlah sendiri. Nak harapkan si Anis tu sampai hari perkahwinan alamatnya pakai kain batik aje la kamu nanti atas perlamin.” Kata Puan Ariana sebelum meneruskan langkahnya untuk melihat baju Anis. Fiera hanya mengangguk lalu tersenyum memandang wajah Anis yang masam mencuka diperli sedemikian.
“Umi ni tak baik tau! Anis merajuk karang.” Sempat lagi Anis mengugut uminya. Dia tahu yang Puan Ariana sayangkan Fiera seperti dia juga.
Fiera menjelir lidahnya sekali lagi kepada Anis. Hari ni kemenangan miliknya. Berkali-kali Anis kalah dengannya.
“Sudah… Sudah… kamu dua ni macam budak-budak. Ingat Anis kau tu bakal jadi bini orang. Jaga perangai tu sikit.” Puan Ariana sudah member nasihat penaja buat anak daranya seorang ni. Anis hanya mengangguk. Angguk sahajalah. Geleng tak payah! Nanti kepala yang terguling-guling oleh umi kalau lawan cakap. Jangan main-main dengan Puan Ariana!
Satu persatu baju dicuba oleh Anis ditunjukkan kepada Fiera sampai Fiera pun tidak tahu hendak tolong pilihkan yang mana satu. Dia sendiri bingung. Semua baju cantik dimatanya.
Kalau diikutkan hati Fiera. Dia pun ingin pakai baju tersebut. Sesekali cuba tidak salah tapi mahunya kena gelak oleh Anis jadi tidak payahlah. Lagipun kalau dia cuba baju-baju tersebut macama mana nanti kalau tauke kedai tanya dia pasal baju lelaki. Nanti haru Fiera. Siapa yang bakal jadi pengantin lelaki? Ammar? Fuh terus sakit kepalanya menginggatkan lelaki tersebut.
“Umi tinggal satu aje baju yang Anis belum cuba. Yang lain semua sudah tersarung dekat baju Anis tapi Anis sendiri tak tahu nak pakai apa.” Rungut Anis. Tangannya memegang gaun yang tersarung dibadannya. ‘Hurmm… yang ni pun elok jugak.’ Katanya dalam hati.
“Kamu pergi cuba baju yang terakhir tu. Umi nak tengok. Manalah tahu yang terakhir tu kamu berkenan. Sekarang kita tetapkan kuota. Kamu nak pakai berapa persalinan jadi senang sikit.” Jelas Puan Noraini. Ikut gaun di badan Anis sudah gaun yang ke sebelas gadis itu cuba. Tapi setakat ini baru dua pasang yang betul-betul dipilih itu pun sebab sokongan dia, Adira dan Fiera. kalau harapkan Anis. Mahu semua baju dia pakai di majlis tersebut.
“Baiklah. Jom kak.” Ajak Anis. Pening kepalanya dengan isu baju pengantin. Nasib baik Faizul ada ceramah di sekolah sempena Aids kalau tidak tentu doktor tersebut pening dengan perangai Anis yang satu ini.
Puan Ariana masuk semula ke dalam apabila Anis memanggil namanya meninggalkan Fiera di kerusi menunggu. Gadis itu membelek Album yang mengandungi gambar-gambar contoh baju untuk pengapit. Sambil menanti baju Anis baik dia pilih baju untuknya sebagai pengapit kawan baiknya.
Tiba-tiba sepasang tangan menutup kedua-dua matanya dari belakang. Terjerit kecil gadis itu akibat terkejut dengan sergahan manusia yang muncul entah dari mana. Nasib baik dia tidak melatah.
‘Ini pasti kerja Taufiq!’ yakin Fiera menjawab dalam hati. Mustahil Ammar yang muncul di butik tersebut. Kerana lelaki itu terus balik ke Johor selepas menghantarnya pulang ke pajabat.
“Kau nak tutup mata aku sampai bila?” kata Fiera. Badannya ditegakkan. Kedua-dua belah tangan disilang tanda protes. Manusia tersebut masih lagi menutup matanya tanpa sebarang bicara. Senyap dan bisu!
“Baik buka sebelum aku naik darah…!” Fiera cuba meleraikan tangan tersebut yang melekat dimukanya. Dadanya tiba-tiba berdebar apabila sentuh tangan tersebut yang agak kasar. Kini dia yakin manusia tersebut seorang lelaki memandangkan tangan tersebut agak kasar dan besar berbanding tangan perempuan.
“Lepaslah…! Aku kata lepas.” Marah Fiera. manusia tersebut tetap berkeras tidak mahu berganjak. Tenaga Fiera tidak dapat meleraikan tangan tersebut sebaliknya dia yang tersandar di kerusi manakala kepalanya terkena badan manusia yang sudah mencetuskan tahap kemarahannya.
“Tekalah siapa dulu?” bisiknya di telinga Fiera. Gadis itu terkedu. Fiera cam suara tersebut. Suara yang cukup dikenali beberapa tahun yang lalu. Suara yang sering menelefon dia untuk memujuk gadis itu menerima hatinya. Itu bukan suara Taufiq tapi…
“Abang Adam…!” kedengaran Anis terjerit kecil mengejutkan Adam Danial. Jejaka yang tunduk membisik di telinga Anis terpandang seseorang yang sedang memandangnya dengan riak terkejut. Dia sendiri terkejut. Seingatnya gadis yang duduk membelakanginya ialah Anis Damia adik kembarnya yang bakal melangsungkan perkahwinannya. Rupa-rupanya orang lain.
“Adam. Apa Adam buat dekat Fiera?” soal Puan Ariana apabila melihat tangan Adam melekat di muka Fiera. Segera lelaki itu melarikan tangannya. Tangan kanan Adam mengaru kepalannya yang tidak gatal. Terkejut dan takut. Bakal bini siapa pula yang dia kacau ni? Matilah dia kalau ada teman lelaki budak perempuan ini di sini.
Nurul Zaffiera kaku tanpa sebarang bicara. Jantungnya berdegup kencang..! mak aku kenal orang dibelakang aku sekarang… ‘Eotteoghe? (macam mana?)’ Fiera sudah mulai melalut dengan berbahasa korea dalam hatinya. Gelaran minah korea oleh Taufiq sebab kegilaan Fiera terhadap korea yang memang tidak boleh dibendung lagi.
“Maaf… Adam salah orang umi. Hehe… ingatkan Anis tadi. Cik Maafkan saya.” Adam Danial memohon maaf dengan gadis yang masih membelakanginya. Takut nanti tidak pasal-pasal kena ketuk dengan kasut tinggi. Biasalah perempuan. Kasut tinggi itu antara senjata berbahaya bagi kaum lelaki. Sekali kena ketuk boleh benjol.
Fiera sekadar mengangguk. Dia kini hilang kata-kata. Masih lagi terkejut dengan kenyataan bahawan Adam yang dikenali rupanya Adam Danial. Silap dia juga tidak pernah tanya nama betul lelaki itu. Dulu Adam dengan dia hanya satu sekolah tapi berlainan kelas selain Ammar yang memang melekat dengan dia sejak tingkatan satu lagi satu kelas.
“Takpa…” Fiera berdiri lalu pusing perlahan menghadap Adam. Benar jangkaannya Adam ialah Adam Danial. Kecilnya dunia!
“Nurul Zaffiera?” kelihatan riak wajah Adam berubah. Gadis yang saban hari dirindu kini berhadapan dengannya. Dia yang ingin buat kejutan buat umi dan Anis kini terbalik. Adam Danial yang sebaliknya terkejut dengan manusia yang berdiri dihadapannya.
“Hah! inilah Fiera… cantik kan?” kata Anis sambil berjalan menuju ke arah mereka berdua. Puan Ariana turut mendekati anak bujangnya.
Fiera hanya memandang Adam mencium tangan uminya. Lembut wanita itu memeluk lalu mencium kedua belah muka Adam. Rindu terhadap anaknya yang jauh merantau.
“Umi rindu Adam.” Puan Ariana mengesat air matanya. Kalau bukan sebab dahulu dia bersetuju untuk menyerahkan Adam kepada kakak sulungnya yang tidak dapat melahirkan anak tidak mungkin Adam akan berjauh hati dengan mereka suami isteri. Kemalangan Akhil Danish yakni abang sulung Adam Danial dan Anis Damia memaksa Adam untuk pulang semula dengan keluarga kandungnya untuk mewarisi syarikat dan harta keluarganya.
“Abah kata Adam punya flight malam ni? Rupa-rupa sudah sampai tercongok depan umi sekarang ni hah! apa kes pulak ni?” soal uminya. Menurut suaminya Adam akan sampai agak-agak pukul 10 malam tapi lain pula jadinya.
“Hehe… Surprise…!” Adam tersengih. Memang dia sudah rancang untuk memberi kejutan untuk keluarganya atas pertolangan pembantu abahnya Razif.
Adam kini bertukar memeluk Anis yang dari tadi menunggu giliran untuk bersemuka dengannya. Mereka tetap rapat walaupun berjauhan sejak bayi. Walaupun Adam agak pendiam dengan umi dan abahnya tapi dia tetap rapat dengan Anis. Firasat mereka tetap sama mungkin sebab mereka adalah kembar.
“Wah! Adik makin gemuklah. Jaga-jaga pelamin runtuh nanti. ” Sempat lagi Adam berseloroh. Hatinya masih lagi tertanya-tanya adakah Zaffiera ialah anak angkat uminya yang sering dipuji ketika bertelefon dengan Puan Ariana.
“Hai Adam. Lama tak jumpa.” Fiera membuka bicara. Puan Ariana memandang ke arah Fiera. Kenalkah anaknya dengan Fiera?
“Hai Fiera. Muka Fiera tak banyak berubah dari dulu.” Adam tersenyum. Dia memandang penampilan Fiera. Gadis itu suka memakai selendang sebagai tudung untuk menutup mahkotanya.
Adam suka memandang wajah Fiera yang sentiasa tersenyum. Setiap hari dia menatap gambar gadis itu di telefon ketika berada di luar negara. Itupun gambar yang diambil secara curi-curi. Takut bila gadis itu marah apabila mengetahui yang dia berkelakuan sedemikian.
“Adam kenal Fiera?” soal Puan Ariana. Adam dan Fiera mengangguk.
“Kawan lama umi. Satu sekolah dulu.” Jawab Adam.
“Kawan lama ke awek lama?” perli Anis. Bukan dia tidak perasan yang anak mata abangnya balik-balik menjeling Fiera. Mesti ada ni! Hatinya begitu yakin dengan firasatnya.
“Merepek je. Baik kau pergi masuk dalam tukar baju.” Bebel Fiera. Malu apabila Anis membuat andaian yang bukan-bukan depan umi.
“Kalau awek lama pun apa salahnya… umi tak kisah.” Senyum Puan Ariani. Jadi awek masa depan lagi dia suka!
“Mana adalah umi. Kita orang kawan je.” Jelas Adam.
“Betul… betul… betul…” Fiera mengangguk. Lagaknya seperti kartun Upin Ipin. Nasib baik Adam tidak sokong kata-kata uminya. Dia tahu sejak dulu Adam memang sentiasa menjaga kata-katanya dengan Fiera. entah apa yang lelaki itu takut untuk menguris hatinya dia sendiri tidak tahu. Padahal Fiera jenis yang cakap main lepas sahaja bukannya kisah sangat kata-kata orang.
“A’ah betul la sangat.” Anis masih tidak percaya. Dia ingin korek rahsia sedalam-dalamnya. Kalau Fiera jadi kakak iparnya tentu dia suka sangat.
“Dah! Anis kalau nak bermalam dekat sini boleh. Umi, Fiera dan abang Adam balik rumah sekarang. Kalau tak nak cepat pilih baju sekarang.” Tegur Puan Ariana. Fiera tersenyum menang. Kali ini masuk tiga kali dia menang dengan Anis dan dua kali atas pertolongan umi.
“Hah! anak dara seorang ni pulak sudah siap pilih baju pengapit..?” Puan Ariana memaling ke arah Fiera. Terkulat-kulat gadis itu mengangguk. Anis terketawa. Fiera pun kena juga.
“Sudah umi. Ni hah…!” Fiera mencapai album baju pengapit lalu mengunjurkan album tersebut kepada puan Ariana. Nasib baik baju pengapit yang ditunjuk memenuhi minat mereka semua. Adam yang berdiri disisi ibunya turut mengangguk setuju dengan pilihan Fiera.
Sebenarnya Fiera hanya tunjuk sahaja. Tidak tahu pula yang mereka akan setuju. Nasib baik baju itu pun cantik.
Anis mencebik bila Fiera menjelirkan lidahnya. Kalah lagi!
Gelagat Fiera dan Anis tidak ubah seperti budak-budak walaupun masing-masing sudah menginjak 26 tahun. Adam tersenyum kecil memandang wajah Fiera yang ceria. Gadis itu periang walaupun perahsia. Fiera juga bukan jenis yang suka berpeleseran dan lepak sana sini sejak sekolah lagi tapi seingatnya Fiera seorang yang minat dengan drama Korea dan Taiwan.
“Macam budak-budak.” Rungut Puan Ariana.
Fiera berjalan ke bilik persalinan meninggalkan Adam dan uminya. Alasannya hendak memberitahu Puan Adira tentang baju pengapit. Dia sebenarnya ingin mengelak dari pandangan Adam Danial yang merimaskan.
Selepas selesai memilih baju pengantin mereka akhirnya keluar dari butik tersebut. Akhirnya isu baju Anis selesai dengan bantuan Adam.
“Umi… Fiera nak balik rumah sekejap lupa bawa baju pagi tadi. Nanti Fiera datang ke rumah umi je.” Jelas Fiera.
“Fiera balik naik apa? Kita hantar umi balik dululah kemudian baru balik rumah kejap ambil beg kau.” Cadang Anis memandangkan Fiera sekadar menumpangnya ke pejabat pagi tadi.
“Takpa aku naik teksi balik. Kau hantarlah umi balik. Nanti aku drive je balik rumah umi. Lagipun aku memandu untuk ke pergi kerja esok… kalau kau hantar aku nanti jalan jammed lagi. ” Fiera tidak mahu menyusahkan Anis. Lagipun hari semakin gelap. Sudah tentu Puan Ariana hendak balik awal.
“Adam datang sini tadi naik apa?” soal puan Ariana.
“Tadi Razif yang hantar Adam datang sini guna kereta abah.” Jawab Adam yang dari tadi mendiamkan diri.
“Beginilah. Kita hantar Fiera balik sekarang. Kemudian suruh Adam tolong drive kereta Fiera. Umi tak benarkan Fiera memandu sorang diri. Bahaya.” Puan Ariana sudah memberi kata putus. Dia tidak mahu sesuatu berlaku dengan Fiera. Zaman sekarang semakin bahaya. Baru sahaja di berita semalam seorang gadis kena culik lalu dirogol. Dia tidak sanggup sesuatu yang tidak diinginni berlaku.
Fiera hendak membantah cadangan umi tetapi apa alasan yang dia hendak beri dia sendiri buntu. Mulutnya seolah-olah terkunci. Anis dan Adam sudah mengangguk setuju dengan cadangan puan Ariana.
Anis memandu keretanya sambil bertukar cerita dengan umi dan Adam. Entah apa sahaja perbualan mereka langsung tidak menarik perhatian Nurul Zaffiera. Dia lebih suka berdiam diri memikirkan keadaannya bersama dengan Adam nanti sebaik sahaja tiba di rumah. Dia marah dengan diri sendiri. Macam mana dia boleh lupa untuk sediakan baju yang perlu dibawa ke rumah Puan Ariana.
Zaffiera dan Adam memandang kereta Anis yang jalan meninggalkan kawasan perumahan. Fiera membuka pintu rumah manakala Adam hanya menunggu gadis itu disebelah kereta vios milik Fiera.
“Err… kejap yaa..Fiera naik atas kejap.” Ujar Fiera. Bukan dia tidak ingin mengajak lelaki itu masuk tapi dia tidak mahu jadi buah mulut orang apabila mengajak lelaki masuk ke rumah walaupun itu rumah adik Adam sendiri.
Adam sekadar mangangguk. Dia faham maksud Fiera. Gadis itu sememangnya menjaga pegangan Islam. Dia tidak sabar untuk bercerita dengan Fiera. Terlalu banyak yang dia ingin tahu tentang Fiera kini.
***kalau ada silap jangan lupa tegur tau..makasih..!
Aduh! mana satu ni??
ReplyDeleteAmmar ke? ataupun Taufiq? ataupun Adam?
Semuanya baik-baik pula tu...hehhehe..
sambung lagi Faz.. ^_^
cpt sambg..
ReplyDelete@Afifah Yusof writer pun blurr nak mana satu?? hihih....tedalah...
ReplyDelete@arifuka kashirin tercepat minggu ni la...insyaallah..sabtu atau ahad post cerita ni..
ReplyDeletenice... :)
ReplyDelete