Friday, November 25, 2011

secantik Ainul Mardhiah part 9


Ikram menapak ke pintu sebelah biliknya. Perlahan-lahan pintu bilik diketuk. Dia menguatkan ketukan lagi kerana tiada respon diberi oleh pemilik bilik tersebut.
“Ainul… keluar kejap. Abang nak cakap something ni.” Dengan perlahan Ikram membuka pintu adiknya. Tiada. Aik mana budak kecil ni? Desisnya.
Dia meluru ke ruang tamu. Mencari kelibat Ainul di setiap pelosok rumah. Larikan dirikah Ainul? Ikram mengaru belakang kepalanya. Takut juga kalau Ainul lesap. Boleh kena hukuman mandatori dari ibu bapanya. Maklumlah Ainul anak ‘perempuan’ kesayangan ibu bapanya.
“Abang Am apahal? Terpusing-pusing macam hilang bini.” Terkejut Ikram dengan sergahan Ainul dari belakang. Terlompat kecil lelaki itu. Terkejut beruk. Beruk pun kalah kalau dibandingkan dengan rupa Hafiz Ikram.
‘Bukan hilang bini tapi bakal bini!’ Ikram betulkan ayat Ainul dalam hati. Luar tidak boleh!
“Ainul ke mana?” Ikram mengibas mukanya guna tangan kanan manakala tangan kirinya menyekak pinggangnya. Terasa bahang panas di muka Ikram. Cover malu…
Dahi Ainul berkerut melihat aksi pelik Ikram. Macam Mak Nyah pun ada! Sudahlah putih, Rambut ‘durian’ yang panjang dengan gaya mencekak pinggang sambil mengibas pipi. Betul-betul menyerupai mak nyah tak jadi. Inikah yang nak jadi suami aku?
“Ainul… Ainul…!!” Ikram menghayun kedua tangan mengejutkan Ainul ke dunia nyata. Entah mengelamun ke planet mana sudah gadis seorang ni.
“Hah? ah! Ya?” Kalut Ainul apabila tersedar dari lamunan.
“Apahal budak kecik seorang ni? Mulut abang dah berbuih bercakap… Sesedap mi segera aje dia mengkhayal.”
Ainul mencebik. Berbuihlah sangat.
“Ainul bukan budak kecik. Okay!” Sengaja Ainul menekankan perkataan kecik kepada Ikram. Tanda dia tidak suka gelaran yang diberi. Tahulah badannya kecil berbanding Ikram yang agak sasa tapi tidak bermakna saiz badannya menjadi bahan untuk mengusik.
“Bukan budak kecik tapi badan kecik! Telefon Ainul kenapa? Puas abang dail langsung tidak diangkat.”
“Rosak.” jawab Ainul ringkas. Siap dengan Sim sekali rosak. Habis semua nombor telefon dalam senarai telefon hilang. Terpaksalah dia guna email untuk berhubung dengan pekerjanya sejak kejadian telefon ‘Terjun’ dalam kolam renang.
Rui Zhe pun langsung tidak dapat didail kerana hilang nombor telefon. Dia hanya menghantar email kepada Rui Zhe untuk memberitahu keadaan telefonya sekali gus meminta nombor lelaki itu.
“Rosak?” Ikram membesarkan matanya. Blurr tiba-tiba…
Antara mahu atau tidak Ainul menceritakan kisah macam mana telefonnya boleh rosak. Dia memberi penjelasan ringkas tentang hari di mana telefon Ainul terjatuh ke dalam kolam renang. Ikram hanya mengangguk kepala beberapa kali seperti burung belatuk mendengar cerita Ainul.
Patutlah dari pagi Ikram dail hanya Awek Operator yang angkat. Rupa-rupanya telefon Ainul bunuh diri.
“Jom! Kita beli telefon baru..” ajak Ikram. Ainul mengerut dahi. Tidak penatkah Ikram? Baru sahaja balik dari kerja jalan lagi! Memang kaki kasanova tidak tahu erti penat kot. Kuat sangat berpeleseran sampai sudah menjadi rutin.
“Ainul malas nak jalanlah abang Am. Esok kena cari perancang perkahwinan lagi. Yang kelmarin ibu tak berkenan.” ujar Ainul. Ikram dan Ainul juga telah mengisytiharkan keputusan mereka dan keputusan Ikram untuk tidur berasingan.
Kedua ibu bapanya hanya bersetuju sahaja. Janji Ikram kahwin. Sekeras hati seorang lelaki boleh juga dijinakkan dengan isterinya. Contohnya Firaun yang ingin membunuh semua bayi lelaki tetapi dia tidak jadi membunuh seorang bayi lelaki iaitu Musa yang dijumpa oleh isterinya Asiah kerana Asiah telalu sayangkan bayi yang baru dijumpanya. Atas pujuk rayu Asiah, Firaun yang bersedia untuk membunuh nabi Musa tidak jadi untuk membunuh bayi tersebut.
Bagi Puan Noraini. Sekeras-keras hati Ikram keras lagi hati Firaun tapi masih mampu dilenturkan oleh wanita. Oleh itu, asalkan dia pujuk Ainul untuk menjaga dan menyayangi Ikram sudah tentu anaknya akan cair juga suatu hari nanti. Yang penting mesti kena pada tempat!
“Ibu…ibu… Entah apa lagi yang tidak berkenan dengan ibu kali ni.” Tergeleng kepala Ikram. Ibunya inginkan perkahwinan dia dan Ainul tetap berlangsung dengan meriah dan gilang-gemilang walaupun bagi mereka berdua perkahwinan tersebut langsung tidak membawa sebarang makna.
“Entahlah Ainul pun tak tahu. Ibu kata nak macam dalam taman tapi nak bunga ros merah saja konon. Susahlah… Kena cari wedding planner yang menepati piawaian ibu. ” ujar Ainul. Pada mulanya dia memang kekok untuk memanggil Puan Noraini ‘ibu’ tetapi wanita itu sudah meminta agar Ainul memanggil sahaja dirinya ibu dengan alasan berlatih dari awal kerana setelah kahwin Ainul kena juga panggil Puan Noraini ‘ibu’.
“Kita keluar nak tak? Alah… Dating dengan abang kejap saja. Jom…!! Ainul kata cuma bawa baju kurung aje time datang Sabah kan? Apa kata abang bawa Ainul ronda-ronda bandar KK. Sekarang jam 1 tengah hari. Bandar tak la sesak sangat. Pukul 4 atau 5 baru sesak. Jomlah abang bosan sangat sekarang. Tida mood nak pergi kerja.” pujuk Ikram. Dia sudah buat muka sposen tidak laku.
Kening Ainul terangkat sebelah.
Tidak percaya dengan kenyataan Ikram. Tahu juga boring. Malam-malam keluar dengan awek dia tidak pula penat. Entah apa mimpi pula Ikram malam semalam. Sudahlah pulang awal. Malah ajak Ainul keluar dating pula. Betul-betul diluar jangkaan. Mimpi bidadari dari syurga kut?
“Abang Iqbal? Tak nak keluar dengan Abang Iqbal?” soal Ainul teringatkan Iqbal dan Ikram yang jarang berlepas antara satu sama lain. Selalunya waktu rehat Ikram akan mengajak Iqbal untuk makan tengah hari bersama mereka dirumah.
“Tak nak. Nanti Abang kena temankan dia main game lagi. Tak bestlah… jomlah…” Ikram merengek. Dia menarik lengan baju kurung Ainul. Menagih simpati adiknya. Dia kini tiada teman untuk meronda. Teman wanita pun dia tiada nak ajak. Malas sebenarnya! Mood kasanova tiada. Ikram penat nak layan kerenah aweknya yang suka mengulat.
“Nanti abang cakap dengan ibu. Alah! pandai-pandailah abang bodek supaya esok cancel ya… Ainul tak sayang abang?” Muncung mulut Ikram. Masih lagi hendak memancing minat Ainul. Kalau keluar dengan Ainul sekurang-kurang ada tukang buli! Eh salah tukang KENA buli…ehehe…gelak Ikram dalam hati.
“Ermm.” jawab Ainul ringkas. Malas hendak melayan kerenah Ikram. Entah apa pula mimpinya. Selalunya dicakap sepatah sepatah juga dia jawab sejak mereka kena berkahwin. Keluar lepas isyak dan balik tengah malam ialah rutin Ikram yang kini sudah cukup difahami oleh Ainul.
“Pergilah bersiap! Termenung pula budak kecil ni.”
“Sekarang?” Lurus Ainul menyoal.
“Iyalah adik oi… takkan la tahun depan.”
Ainul sekadar mengangguk lalu naik untuk tukar baju. Manakala Ikram menuju ke dapur. Haus pula setelah membebel dengan Ainul. Ikram terpandang kemaja yang tersarung dibadan. Dia menepuk dahi. Takkan nak keluar jalan-jalan macam pakai pergi mesyuarat pula.
Setelah meyimpan gelas ke singki. Ikram terus naik ke biliknya. Penampilan perlu ikut suasana, tempat dan mood. Itu motto tidak logik yang diperkenalkan oleh Hafiz Ikram. Penampilannya adalah aset berharga.



Ainul mengenakan selendang lembut sedondon dengan baju kurungnya. Nasib baik dia ada bawa satu dua helai selendang kesukaannya.
 Terpegun Ikram seketika tatkala Ainul turun dari anak tangga menuju ke ruang tamu. Ainul tidak perlu mengenakan mekap yang tebal hanya sekadar pelembab bibir dan bedak sedikit sahaja. Itulah keistimewaan gadis genit itu. Ringkas tapi sentiasa comel!
Mereka menyelusuri deretan kedai-kedai kecil sahaja di Jalan Segama. Sengaja Ikram hendak menyeksa Ainul untuk berjalan kaki.
Ikram mengajak adiknya di kawasan tersebut kerana ia merupakan tumpuan gadis, ibu, mak, mak cik, nenek dan budak perempua yang  merupakan kawasan kain dan tudung. Memang kena dengan selera kaun hawa jenis Ainul. Kalau dengan awek Ikram sekali pun Ikram tidak pernah jejak kawasan tersebut.
Kalau bukan Mall besar bukan awek Ikramlah jawabnya. Selalunya dengan awek nombor satu sahaja Ikram menapak ke kawasan ini yakni dengan Puan Noraini.
Ikram tergeleng melihat Ainul yang teruja melihat selendang polos pelbagai jenis warna hadapan mereka. Ikram sendiri bingung macam mana gadis itu melilit selendang di kepalanya.
“Ambil je semua Ainul. 10 ringgit satu. Kira murahlah ni. Kalau kita beli banyak mungkin boleh dapat lagi murah. Ainul bukannya takde duit. Pengerusi hotel besarlah katakan.” Sempat lagi Ikram menyindir.
Ainul menjeling Ikram yang berdiri disebelahnya. Biasalah siapa makan cili dia yang terasa pedasnya. Dan Ainul betul-betul terasa!
“Ops! Terasa ke?” sindir Ikram lagi.
Ainul mencebik. Dia langsung tidak mempedulikan Ikram. Ainul terus mencapai 15 helai selendang dengan pelbagai warna di hadapannya. Biar Ikram tahu yang dia tidak mahu kalah.
“Maaf cik kedai kami tak guna kad kredit.” Ujar pekerja di kaunter. Ikram sudah ketawa terbahak-bahak. Kedai biasa mana ada guna kad kredit!
“Wahai adik sayangku mana ada kedai biasa pakai kad kredit. Tahu la awak tu anak orang kaya. Tapi silalah guna otak fikir hal ni. Hahaha…” gelak Ikram. Ikram menggeluarkan dua keping not 100 ringgit untuk membayar selendang yang sudah dimasukkan ke plastik.
Pekerja perempuan tersebut hanya tersenyum. Ainul pula diam mengetap bibir. Geram bercampur malu. Malu dengan pekerja tersebut dan geram dengan Ikram. Kena lagi! Itu yang dia tidak suka. Manalah dia tahu tidak boleh guna kad kredit sedangkan Ikram tahu yang Ainul tiada Ringgit Malaysia.
Ikram masih lagi ketawa ketika Ainul meninggalkan dia di kedai. Akhirnya Ikram terpaksa mengangkut plastik-plastik berisi selendang Ainul. Adiknya sudah merajuk!



Ikram tersengih-sengih. Masih lagi terasa lucu. Pipinya sudah mengepam menahan ketawa mengenangkan keadaan tadi. Ainul di sebelahnya hanya berdiam diri. Geram!
“Kalau nak gelak. Gelak aje la. Sakit hati betullah.” Ainul menyilangkan tangannya ke dada. Dia memandang ke luar tingkap kereta Ikram.
Ikram menghamburkan ketawanya. Memang tidak dapat tahan lagi. Terbahak-bahak dia ketawa sampai mengalir air mata.
Dia berdehem beberapa kali setelah puas ketawa. Cuba untuk mengawal ketawa. Ainul betul-betul lawak. Korang nak tahu kenapa dan apa yang lucu sangat sehingga Ikram ketawa terbahak-bahak?
Selepas Ainul keluar dari kedai selendang tadi. Terkocoh-kocoh Ikram berlari mengejar Ainul. Kononnya la! Sedangkan Ainul sudah terhenti dikedai baju kurung ready made. Terpikat dengan jahitan dan coraknya yang unik.
Selama ini baju kurung yang dikenakan oleh Ainul hanya baju kurung polos dijahit sendiri oleh neneknya. Tidak pernah gadis itu melihat corak serta manik-manik dengan pelbagai corak di leher dan tangan baju tersebut.
Hanya satu sahaja masalahnya kini. Tiada duit tunai! Akhirnya Ainul yang tengah mood merajuk dengan Ikram dengan selamba badaknya pinjam Ikram. Mana Ikram nak letak muka. Terkejut beruk menahan ketawa.
Alahai wanita kalau bab-bab shopping yang merajuk pun hilang rajuknya. Terus Ikram ketawa. Hilang terus niat hendak memujuk apabila Ainul memujuknya untuk bagi pinjam duit.
Dengan sisa ketawa Ikram mengeluarkan 500 ringgit lalu memberikan duit tersebut dengan Ainul. Ainul hanya mambiarkan Ikram dengan ketawa tidak sudah. Janji dapat beli. Tapi masalahnya sekarang ini Ikram ketawa tidak henti-henti.
“Kalau abang Am tak nak drive sekarang baik Ainul balik naik teksi aje.” Ugut Ainul. Geram pula dengan perangai Ikram yang suka kenakan dia.
“Okey…okey… Abang start kereta sekarang.” Ikram memulakan pemanduan tapi bukan balik ke rumah. Dia masih tidak puas ketawa lagi hari ni. Tunggu malam baru balik! Ahaks…
Mereka memilih telefon bimbit walaupun pada dasarnya Ikram yang pilih. Siap beli satu lagi untuk dia. Tidak mahu lepas peluang. Ainul hanya mengiakan sahaja dengan pilihan Ikram. Dia sendiri ingin memiliki Iphone 3G mengantikan telefon blackberry ungunya.
Ainul membeli 1 Iphone 3G dan 1 lagi Samsung Galaxy note. Sakan membeli telefon! Itupun setelah berbalah dengan Ikram. Membazir konon. Ikram pula sudah berpuas hati dengan Iphone keduanya. Tersenyum lebar tauke kedai sebab tuah. Sekali tiga telefon mahal dapat dijual sekali gus.
‘Tekan satu nombor telefon baru abang. Tekan dua nombor telefon lama abang. Ingat. Nombor 3 telefon rumah. 4 nombor ibu. 5 nombor Ayah. Jangan lupa tau!’ selamba sahaja Ikram set nombor-nombor tersebut ditelefon Iphone Ainul tanpa meminta kebenaran gadis itu.
“Ermmm…”
Ainul ralit membelek telefon barunya. Sudah lama dia idamkan telefon baru tapi terlalu sibuk membuatkan dia tiada masa untuk membeli telefon baru.
“Ainul!” panggil Ikram.
“Ermmm…”
“Ainul tengoklah muka abang hang yang cute ni kalau abang bercakap. Abang rasa macam bercakap dengan patung cendana saja ni. ” Sakit hati pula Ikram kerana Ainul tidak mempedulinya bila bercakap. Ada jugak telefon canggih ni kena lempar!
Ainul memandang muka Ikram tanpa riak.  Menanti lelaki itu bercakap. Satu, dua, tiga minit senyap. Ikram pula diam.
“Cakaplah. Tadi bukan main sibuk suruh kita tengok mukanya yang kononya cute sangat.” Ainul menekankan perkataan cute tersebut.
“Boleh tak sekarang simpan dulu benda tu. Kita kena cari wedding planner dan baju pengantin lagi ni.”
“Hah!”
“Abang bagi alasan dekat ibu yang kita pergi cari baju pengantin…. hehehe..” tersengih-sengih Ikram. Itu saja alasan yang dapat dia fikir agar dapat keluar dengan Ainul.
Ainul menarik muka empat belas. Tidak suka cara Ikram menipu Puan Noraini. Kalau hendak jalan-jalan cakap saja hendak jalan ini tak. Lain pula alasan diberi. Dalam keterpaksaan dia mengikut Ikram ke butik pengantin. Kalau tak nanti alasan apa pula hendak dibagi kalau mereka bawa balik barang lain bukannya barangan kahwin.
Ikram dan Ainul berbincang dengan Alice. Seorang wedding planner yang cukup teliti. Ikram kenal dengan Alice sebab Alice yang bertanggungjawab untuk perkahwinan yang berlangsung untuk Iqbal dahulu.
Tema perkahwinan mereka ialah Ros Merah dan Putih. Ros putih untuk majlis ijab kabul manakala ros merah untuk majlis persandingan di dewan. Ini bermakna baju mereka juga memainkan peranan.
Semuanya dibincang dengan teliti. Ikram tidak ingin menghampakan ibunya yang inginkan perkahwinan mereka bertemakan taman bunga. Puan Noraini minat bunga sehingga Ikram kahwin pun ingin bertemakan bunga.
Ikram memandang jam tangannya yang melirik pukul 5 petang. Mereka singgah ke Masjid berdekatan untuk menunaikan solat Asar.
Selepas habis solat asar tadi Ikram bawa Ainul ronda-ronda bandar Kota Kinabalu. Dari satu pusat membeli belah ke satu tempat mereka pergi. Tangan mereka penuh dengan barang. Ikram sendiri mengambil kesempatan untuk membeli beberapa pasang baju untuknya. Untuk ibu bapa Ikram pun ada.
Ikram turut membawa Ainul ke pasar Filipina Sabah. Katanya inilah syurga membeli belah buat pelancong. Pelbagai jenis barangan terdapat di dalam. Dari keronsang, rantai, gelang, T-shirt dan barang ukiran semua mereka borong habis-habisan. Macamlah bandar Kota-Kinabalu tu nak lingkup.
“Abang hendak pergi beli something kejap dekat dalam. Ainul tunggu sini jap. Kunci pintu kereta. Bahaya…” ujar Ikram. Dia masuk ke ke dalam pusat membeli belah itu. Ainul hanya mengangguk. Dia sendiri tidak larat hendak ikut Ikram yang tidak reti berehat.
Ikram pulang semula ke kereta ketika Ainul sedang membelek gelang ditangan yang disarung oleh Ikram tadi. Gelang Kristal bewarna biru laut yang dijual sedondong dengan keronsang sekali sungguh cantik. Ikram memang seorang yang bercita rasa tinggi dalam menjaga menampilan.
Dunkin Donut?” Ainul memandang kotak yang yang dipegang oleh Ikram. Tidak mahu balikkah lagi abangnya sedangkan hari sudah semakin gelap. Terasa segala lutut Ainul hendak patah berjalan seharian tapi Ikram pula masih cergas ke sana ke mari.
“Abang Am nak bawa Ainul ke suatu tempat baik punya. Ambil ni.” Ikram menyerahkan kotak donat dan air kepada Ainul sementelah dia menghidupkan keretanya.
“Ainul penatlah abang Am. Kita balik saja la.”
“Mana boleh. Ikut sajalah! Kali ni abang Am sure seratus peratus Ainul tak penat punya.” tukas Ikram.


Taman Perdana Tanjung Aru menjadi pilihan Ikram. Sambil memegang kotak Dunkin donat dia mengajak Ainul duduk di kerusi yang tersedia. Sekejap lagi pertunjukan akan bermula.
Pasti Ainul berpuas hati. Hari pun sudah semakin gelap. Pukul 7 mulalah pertunjukan. Tengok kejap baru balik rumah!
“Makan dululah. Nanti lapar karang Ainul juga yang sakit bukannya Abang.” ujar Ikram sambil meneguk air Pepsi yang dibeli dari Dunkin Donat tadi. Dia menyambar donut perisa coklat yang ditabur dengan kacang Almond. Dengan berapa suapan sahaja habis satu biji donut ditelan.
Terkejut Ainul memandang Ikram yang makan gelojoh sedangkan dia baru saja hendak mengunyah donutnya. Macam tidak pernah nampak donut. Makan pun rakus sangat. Entah-entah bismillah pun lupa.
“Tak lari makanan ni Abang Am. Makanlah perlahan-lahan. Nanti tercekik pula. Ada baca bismillah ke sebelum menyumbat tu?” soal Ainul. Dia membaca bismillah dalam hati sebelum mengunyah donutnya perlahan.
Ikram tersengih macam kerang busuk. Macam mana dia boleh terlupa baca. Ini semua lapar punya pasal sampai baca bismillah pun lupa. Terlalu banyak tenaga diguna kerana pusing satu bandar besar hari ni.
“Hah! cepat petunjukan sudah nak mula ni.” Ikram sudah berdiri tegak. Beberapa minit kemudian terdenganr bunyi muzik. Keadaan yang semakin gelap kini dihiasi pelbagai jenis warna. Air pula pancut mengikut irama lagu yang dimainkan.
Mata Ainul yang tadi semakin kuyu dan keletihan kini segar melihat air yang berpancutan mengikut irama lagu dan lampu yang berwarna-warni.
“Wah! Cantiknya…” Teruja dia memandang pertunjukan air tersebut.
 Semua pengunjung yang hadir turut mempamerkan reaksi yang sama. Terkejut dan kagum dengan keindahan pertunjukan di hadapan mata mereka. Setelah tamat pertunjukan berlangsung mereka menuju ke tempat letak kereta untuk pulang ke rumah. Hilang segala kepenatan berjalan satu hari setelah melihat petunjukan air berirama tadi.
“Kan abang Am dah kata. Confirm hilang penat tau.”
Bangga bila Ainul tidak dapat menidakkan katanya.
“Amboi sukanya dia.”
“Mestilah. Rugi kalau Ainul berkeras pulang awal tadi tau. Pertunjukan macam ni tiap-tiap hari ada.” Ikram menerangkan serba serbi tentang tempat tersebut termasuklah pantai Tanjung Aru yang sentiasa dipenuhi dengan pengunjung terutamanya pada waktu cuti. Magrib pun solat di masjid berdekatan saja. Lepas tu sambung lepak balik sampai habis pertunjukan. Kalau tak sah trang tang… tang… mereka terlepas magrib!
Ainul hanya mendengar celoteh Ikram tanpa mencelah. Walaupun penat berjalan dan dibuli oleh Ikram tapi dia puas sangat sekurang-kurangnya dia dapat jejak bandar negeri di bawah bayu seharian. 

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

4 comments:

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)