Monday, November 7, 2011

[CERPEN] : Cinta Fairytale


Aku mengeluh berat. Hidup aku bosan dan terlalu bosan. Aku impikan kehidupan yang mencabar dan bukannya mendatar macam Dataran Merdeka. Aku nak juga rasa seperti cerita Cinderella yang tinggal dengan keluarga tiri tapi keluarga aku cukup lengkap malah terlebih lengkap. Siap ada mak, bapa, abang, kakak, adik perempuan dan adik lelaki.
Nak cantik macam Snow White aku rasa aku punya rupa paras sudah dikatakan sedap mata memandang walaupun tidaklah putih melepak macam Snow White bak kata orang melayu, kuning-kuning langsatlah katakan.
Eh! Cakap punya yang lupa bagitahu nama aku. Nama aku Putri Damia binti Kadhir tapi aku memang tahu aku bukan puteri diraja macam cerita korea My Princess yang selepas beberapa tahun tahu dia tu sebenarnya cicit Maharaja yang tidak diketahui ramai. Cerita aku tidaklah juga macam My Romantic Princess, cerita Taiwan yang dilakonkan oleh kumpulan Farenheit suatu masa dahulu.
Cerita aku cukup ringkas. Keluarga lengkap. Pekerjaan aku pun boleh tahan sebagai seorang jurutera di kilang peralatan eletrik. Teman lelaki sahaja tiada yang lekat dekat aku. Nak kata mamat pengawal keselamatan yang suka bergurau dengan aku tu pun dah nak kahwin. Aku nak jugak cerita macam cerita Fairytale dulu-dulu. Tapi mimpi tak mungkin jadi kenyataan!
Jika cerita orang putih seperti, Snow White, Cinderella, Princess and Pauper ataupun Beauty and the Beast tak kena langsung. Cerita melayu macam Bawang putih dan Bawang Merah, kisah Mahsuri atau puteri Gunung Ledang pula hanya mampu tengok dalam tv sahajalah.
“Putri!” Sergah Laila. Dari tadi dia lihat Putri asyik duduk termenung sambil main glob salji di tangannya. Lagu Today was a fairytale nyanyian Taylor Swift berkumandang dari telefon bimbitku. Sengaja aku pasang lagu kegemaranku.

“Apa kau nak Laila?” Acuh tak acuh aku menjawab soalan Laila. Salah seorang akauntan di kilang ini.
“Kau apahal? Dari tadi aku tengok kau asyik menghayal je. Kalau kau dah sampai England salam dengan Queen Elizabeth jangan lupa aku kirim salam dengan dia.” sindir Laila. Bukan dia tidak tahu tentang impian aku. Aku nak jalan cerita kehidupan yang menarik semua dia tahu. Al-Maklumlah… kawan baik tempat curahan hati kitalah katakan.
“Aku bosanlah Laila. Aku tak tahu apa nak buat…”
“Kalau kau bosan sangat baik kau belajar akaun tolong aku buat semua akaun ni. Sakit mata aku tengok banyak gila.” Itulah Laila. Kerja akauntan bukan senang apatah lagi bila kerja kilang yang mempunyai beratus-ratus pekerja. Cukup bulan atau tak cukup sentiasa sibuk. Dari mengurus gaji pekerja hinggalah bajet harga-harga mesin dan barangan keluar masuk kilang semuanya kerja akauntan.
“Sorry naik lori aku tak nak hadap kerja-kerja kau ni. Nampak nombor kepala aku sudah sakit. Nanti tak pasal-pasal 6 jadi 9!” rungutku. Aku pun tak tahu macam mana boleh tahan waktu belajar dulu. Bukan senang ambil kejuruteraan mekanikal beb!
“Aku bengang Putri. Nanti General Manager baru yang gantikan Encik Kamarul tu pula nak lihat bajet tahun lepas, tahun ni dan tahun depan padahal bajet tahun depan pun belum siap. Sakit kepala kami. Dia tegas sangatlah.” rungut Laila. Aku belum pernah jumpa General Manager baru yang dikatakan oleh Laila tapi ura-ura mengatakan bahawa dia bakal pewaris syarikat ni, berusia 48 tahun dan ada anak lima. Ada juga cerita yang kata anak tiri tuan punya kilang, menantu tuan punya kilang. Biasalah, kerja kilang cerita cepat sangat tersebar.
“GM tu bukan masuk minggu depan ka Laila? Macam mana kau tahu?” soalku.
“Siapa suruh kau ambil cuti lama sangat! Minggu lalu GM sudah masuk tau tak.” Ujar Laila. Aku mengangguk tanda faham. Angguk aje la…karang mak cik ni membebel lebih-lebih pula.
Aku baru balik dari cuti selama dua minggu. Bukan apa! Sedih jugak bila pengarang jantung aku pengawal keselamatan tu nak kahwin! Ceh… macam betul.! Haha…tak sangka Korang boleh percaya…
Aku sebenarnya cuti bersalin…haha..lagilah tak logik! Aku sebenarnya habiskan kuota cuti tahunan aku. Biasalah pergi jalan-jalan makan angin dengan mak bapak aku setiap tahun.
 “Laila aku nak pergi makan! Kantin ada apa yang sedap?” soalku. Perut sudah minta isi. Sementara tiada kerja baik aku menyumbat kejap.
“Mi kari sedap. Eh! Hari Khamis pulak kan? Alah! Ada Laksa kat kantin. Kenapa aku boleh lupa pulak?” Laila menjawab kemudian buat tanda tanya untuk diri sendiri.
“Aku nak pergi makan ni. Bye…” Aku melangkah lemah. Lapar! Makanan kantin ikut jadual makanan special setiap hari. Bukan apa. Biasalah takkan nak jual stik tiap-tiap hari sedangkan jual untuk pekerja kilang makan bukannya VIP.
Laila hanya mengiyakan sahaja aku pergi. Dia sudah sumbat mi kari tadi waktu makan tengah hari sebab tu tak nak ikut sekali.

“Mak cik laksa penang satu!” jerit aku sepeti biasa. Siapa tak kenal jurutera bernama Putri Damia di kantin ni. Semua pekerja kantin kenal sangat muka aku sebab pelangan tetap mereka. Kalau orang lain rajin bawa bekal. Aku pula rajin bawa perut pergi kantin.
“Putri! Lama mak cik tak nampak muka kamu. Laila kata kamu pergi Beijing bercuti. laksa habislah sayang. Kenapa lambat makan hari ni…nanti perut kamu masuk angin lagi.” Itulah mak cik Ramlah. Antara pekerja kantin yang peramah dengan aku. Kita cakap 1 dia balas 10!
“Jadi tu untuk siapa?” Aku memuncungkan mulutku ke arah sepingan laksa di tangan mak cik Ramlah.
“Eh! Mak cik hampir lupa. Ini Dazier punya makanan!” Mak cik Ramlah tepuk dahi. Dia tiba-tiba kalut lalu berlari anak. Habis badan gempal Mak cik Ramlah macam Garfield berlari masuk semula ke dalam dapur.
“Dahzi? Dah apa? Daisy? Bapak kucing baru mak cik kah?”soalku kuat menanyakan soal nama tersebut. Nak cakap pun payah! Mak cik Ramlah memang sayangkan kucing. Semua sisa makan orang yang tidak habis akan dikumpul untuk diberi kepada kucing-kucingyang dikutip ditepi jalan oleh mak cik.
“Sebenarnya Daniel Dazier…” Tiba-tiba sahaja satu suara dari belakang aku. Nasib baik aku tak melatah!
Aku berpaling melihat manusia yang menjawab mewakili mak cik Ramlah tadi. “Hah! gergaji?” Aku cuba buat lawak! Payah sangat nak sebut nama Dazier tu sebenarnya.

“Daniel Dazier dan saya bukannya bapak kucing.” Suaranya sedikit tegang. Bengang sangat lelaki ini dengan aku kot.
‘Bukan bapa kucing tapi boleh sangat jadi bapa kucing! Ada kucing miang tengah mengesel dekat badan kau sekarang’ jawab aku dalam hati. Sakit mata bila ada seorang awek seksi gila yang dok mengesel mengalahkan kucing miang dekat badan lelaki yang memberitahu dan secara tidak langsung memperkenalkan diri sebagai Daniel Dazier.
“Owh! Daniel Dajier” balasku sambil buat muka selamba tahap gaban sambil memandang wajah Daniel Dazier! Muka Daniel Dazier dan awek tak cukup kain tu berubah kelat apabila nama Dazier jadi Dajier.
“Awak ni tak pandai faham bahasa ke? Dazier bukan Dajier lah!” marah awek itu tiba-tiba. Amboi garang!
“Suka hati akulah. Mulut aku nak sebut Dajier maka Dajier aje la! Yang kau nak marah ni apasal?” jawab aku selamba sambil membelakangi mereka berdua. Apa Mak cik Ramlah nak buat dengan laksa dekat dalam dapur sedangkan dekat sini dah nak bergaduh!
“Tak apa Jue. Agaknya budak ni PMR tak lepas lagi. Sebab tu tak pandai sebut.” Akhirnya si Daniel Dazier mempertahankan dirinya. Aku tahulah aku ni kemetot! Tinggi tak lepas 160cm. Ingat awek kau tu tinggi sangat!
Kalau bukan kasut dia 5 atau 6 cm aku rasa kami dua 2x5 kemetot. Dalam kilang nak pakai kasut tinggi. Kalau terjatuh atau tercedera kena mesin padan muka! Boleh aku tolong rakamkan untuk Final Destination versi Malaysia.
“Maafkan Mak cik Ram sebab lambat Encik Dazier.” ujar mak cik Ramlah. Orang pangil Mak cik Ramlah dengan pangilan Ram tapi aku panggil dengan Ram (Random Access Memory) baru nampak glamor sikit.
Lelaki tersebut menyabut plastik yang berisi laksa kegemaran aku lalu membuat pembayaran.
“Huh! Orang tua pun tahu sebut Dazier. Manusia kilang takde class! Jom sayang… ” ujar kucing betina miang plus tak cukup kain tu. Aku faham sangat dia sindir aku. Apa lagi! Buat-buat pekak aje lah sambil lihat mereka berlalu pergi.
“Mak! Lipas!” jerit ku tiba-tiba. Bergema satu kantin yang agak sunyi ketika ini dengan jeritan aku. Apa lagi. Terlompat kucing miang tu apabila terdengar perkataan lipas.
Aku ketawa terbahak-bahak menyaksikan drama tak jadi awek tu. Aku tahu sangat anak orang kaya spesis kucing ni takut serangga terutamanya lipas. Nasik baik si Dazier tu tak kalut sekali dengan awek dia macam Jun Pyo dalam drama korea Boys Over Flower yang geli dengan lipas tu. Dazier memandangku tajam. Marah awek dia kena ketawa.
 “Sudahlah gelak tu Putri. Nanti kamu yang susah!” nasihat Mak cik Ramlah. Aku masih lagi tergelak… nasib baik tak terguling-guling atas lantai.
“Putri sudahlah. Nanti GM tu pecat kamu.” Nasihat mak cik Ramlah sekali lagi. Ketawaku berhenti. Siapa GM? Awek tu atau si Dazier tu?
Darling! I nak you pecat minah tak cukup akal tu hari ni jugak!” jerit kucing miang tu.
Gulp! Aku telan liur pahit…Matilah aku…

Daniel Dazier ialah GM baru. Bakal mengambil alih kilang eletrik milik bapanya dan sekarang tengah bertugas sebagai General Manager di salah sebuah cawangan kilang di sini. Berumur 28 tahun dan baru habis melanjutkan pelajarannya dari luar negara. Kucing miang bernama Julia itu pula awek merangkap adik sepupu dia. Minah tu sudah balik rumah dengan hati yang bengkak sebab aku tak boleh dipecat.
Akhirnya aku dapat tahu juga siapa GM baru tersebut. Malangnya mulut aku ni celupar sangat! Nasib baik lelaki tu tak boleh pecat aku sesenang hati sebab kilang kekurangan jurutera mesin. Muka dia sendiri terkejut apabila mengetahui aku ni salah seorang jurutera dan bukanya pekerja kilang biasa. Jangan main-main dengan aku! Aku ni ijazah dalam kejuruteraan mekanikal tau tak! Nak riak lagi? Aku ni dapat anugerah dekan setiap semester. Haha… bangga diri kejap. Astaghfirullah riak pulak!
 “Wah! Cantiknya glob sajli ni.” Aku teruja apabila terlihat bola salji di hadapanku. Dari tadi rambang mata tengok glob salji yang banyak sekarang aku suka sangat apabila telihat bola salji yang terdapat istana didalam dan patung Beauty and the Beast. Aku pengumpul glob salji tegar. Dua minggu sekali aku pusing satu KL semata-mata nak cari glob salji untuk tambah koleksi aku.
“Laila kau tengok ni cantik… ada istanalah dalam dia.” Aku menarik kain lengan Laila yang berdiri disebelah aku sejak tadi. Nasib baik ada si Laila jadi jadi tukang teman aku jalan-jalan cari benda ni. Sekali sekala membebel juga mak cik ni kononnya aku cuba buang duit beli mainan budak-budak. Dia label glob salji ni mainan budak-budak. Sedih aku!
“Laila kau tengok ni…” Aku menarik tapak tangannya pula. Tiba-tiba aku rasa pelik semacam aje. Tidak mungkin tapak tangan Laila besar semacam aje. Aku memandang makhluk sebelah aku.
“Dazier?” Spontan nama itu keluar apabila terlihat wajah lelaki itu disebelah aku.
 Segera aku melepaskan tangannya. Tak ingin mata aku tengok lelaki yang suka buli aku di kilang. Mentang-mentang kilang bapak dia. Sesedap hati je dia suruh aku buat kerja. Sampaikan kerja setiausaha dia pun aku kena buat bila satu hari tu setiausahanya terpaksa ambil emergency leave. Hal keluarga konon. Bila aku bangkang tak nak buat dia kata ‘Gaji awak banyak tak setimpal dengan kerja awak yang sikit. Mesin jarang rosak baik awak buat kerja lain bagi mengurangkan belanjawan kilang mengupah pekerja.’
“Abang… abang… nak tu!” Seorang budak perempuan menarik-narik seluar Dazier sambil menunjuk ke arah glob salji aku! Kau comel tapi bola salji ni lagi comel tau tak! Maaf adik comel. Telefon lelaki itu berdering menandakan panggilan masuk. Tanpa menanti dia menghabiskan perbualan aku terus menuju ke arah kaunter pembayaran.
Tiba-tiba glob salji di tangan aku dirampas kasar oleh Daniel Dazier maka bermulalah sesi rebut merebut antara aku dengan Dazier tu.Aku memijak kaki Dazier geram sebab dia tinggi sangat berbanding aku yang kemetot untuk aku capai glob salji di tangannya. Ada hati nak rebut aku punya glob salji!
”Arghh! “ Dazier mengerang kesakitan kakinya yang dipijak oleh aku. Tapi aku pula sudah menjerit terlolong bila glob salji itu terjatuh di lantai. Habis pecah kaca glob salji tersebut.

Aku melangkah keluar dari kedai itu dengan hati bengkak. Tidak semena air mata aku gugur. Bukan apa! Itu bola salji yang bakal melengkapkan koleksi bola salji aku yang sedia ada sebanyak 499.
“Eh! Apasal kau nangis ni? Baru kejap aku pergi tandas air mata kau sudah mengalir.!” Soal Laila. Siapa tak sedih! Sudahlah kena ganti dua kali ganda tak pasal-pasal aku kena kutip sendiri kaca-kaca di atas lantai. Dazier pulak habis bayar terus blah bila budak kecil tadi kata nak ke tandas.
“Apasal tangan kau berdarah Putri?” soal Laila lagi. Tangan aku berdarah sebab terkeca serpihan kaca tapi hati aku lagi berdarah dengan sikap Daniel Dazier yang tinggalkan aku sorang-sorang kutip kaca. Orang lain tengok aku macam Cinderella kena seksa pun ada!
Bezanya Cinderella kena seksa oleh mak dan kakak tiri kemudian di selamatkan oleh putera raja. Aku pula diseksa oleh putera kaya sesat.! Diseksa luar dan dalam hati aku… ingatkan dia akan pulang semula selepas ke tandas rupa-rupanya tidak! Biasalah kisah donggeng putera akan datang membantu. Ini tak ! Putera hilang dari pandangan.
Aku peluk Laila. Bukan sebab sakit dengan luka tangan aku tapi sedih! Aku jatuh cinta dengan Daniel Dazier sejak kebelakangan ni. Sejak kes di kantin hari tu tiap-tiap hari dia seksa aku sampai aku jatuh hati dengan dia. 
Aku mesti buat sesuatu! Aku tak ingin terseksa lagi… jatuh cinta dengan Daniel DAzier bukannya jatuh cinta dengan putera kaya tapi putera kodok! Watak Daniel Dazier jahat. Cinta ini  bukan mimpi indah tapi ngeri!

3 bulan kemudian…
Selepas aku letak jawatan dalam tempoh 24 jam hari tu. Aku benar-benar lega tapi waktu itu saja… jauh dari Daniel Dazier sebenarnya tambah parah. Bak kata pepatah, jauh di mata dekat dihati. Tiap-tiap hari aku fikir pasal Dazier tapi nasib baik makan aku kenyang, mandi bertangki-tangki, tidur siap berliur lagi. Kalau berdengkur bilik sebelah boleh dengar!
Akhirnya aku ambil jalan terakhir untuk lupakan semuanya. Percaya atau tidak! Aku kini menjejaki sebuah istana. Istana cantik yang digerumuni dengan putera puteri malah pari-pari yang comel-comel pun ramai. Tadi aku sempat lagi bergambar dengan awek Aladdin tu Puteri Jasmine. Orangnya hitam manis. Cantik!
Mesti korang fikir aku gila atau sakit mental sebab jatuh cinta dengan Daniel Dazier bagai nak rak sampai otak senget kan?  Aku tekankan dekat sini! Aku tidak gila… benar. Aku kini dekat istana tapi Istana Disney dekat Hong Kong Disneyland.
Aku kini seorang diri melancong dekat Hong Kong untuk tenangkan fikirkanku. Mak bapa aku mestilah terkejut bila aku kata nak melancong lagi sebab akukan waktu tu baru balik dari bercuti dekat Beijing tiba-tiba nak pula ke Hong Kong. Abang long aku kata aku sudah terpikat dengan putera raja dari keturunan diraja China sebab tu nak ke Hong Kong pula. Along tahukah engkau bahawa aku sedang mengelak dari putera jahat kesultanan melayu Malaya!
Aku mengeluh. Teringat perbualan dengan mak semalam.
“Tadi pagi ada orang melamar kau Putri. Orang datang dari jauh. Mak dan bapa terima saja lamaran mereka. Abang Long dan Kak Ngah kau pun setuju. Sebanarnya kami tahu kau putus cinta. Sebab kau tiba-tiba berhenti kerja yang selama ni kau minat tiba-tiba. Kau pun tiap-tiap hari termenung jauh. Jadi kak Ngah kau pergi jumpa Laila ceritakan hal sebenar sebab tu bapa benarkan kau pergi bercuti seorang diri... ” ujar mak.
“Orang dah ada awek mak. Aweknya cun. Adik tak padan dengan dia mak. ” Akhirnya semalam dapat juga aku luahkan isi hati aku dengan mak. Air mata aku sampai kering menangis. Nasib baik telefon aku tak rosak kena air mata aku yang gugur. Hampir tengah malam waktu Malaysia aku menamatkan perbualan di telefon. Nasib baik jugalah mak yang telefon guna telefon rumah. Kalau tak habis kosong-kosong kredit aku.
Aku mengesa air mata lalu menuju ke sebuah kedai cenderahati. Dengar cerita sini ada jual pelbagai jenis cenderahati termasuklah aku punya blob salji. Mata aku rambang melihat pelbagai glob salji yang tersusun kemas di sebuah almari khas. Satu Almari penuh dengan bola salji yang terdapat istana dan pelbagai karekter kartun Disney di dalamnya.
“Boleh tolong bungkuskan saya ini?” soalku dalam bahasa Kantonis kepada salah seorang pekerja.
“Maaf cik semua bola salji ini telah dijual habis.” jawab pekerja tersebut sambil menunjukkan kertas SOLD OUT yang terlekat di rak sebelah atas almari tersebut. Aku membuntangkan mataku. Terkejut! Sebab semua sudah kena beli.
Glob salji yang terdapat di kedai ini edisi terhad. Mustahil aku datang semula ke Disney’s Land lagi semata-mata hendak memiliki bola salji. Aku agak terkilan sebab tidak dapat bawa balik bola salji dari sini.
Aku keluar dari kedai cenderahati tersebut tetapi langkah ku dihalang oleh Puteri Ariel dari kartun puteri duyung. Puteri tersebut menyerahkan sebiji glob salji kepada aku. Terpinga-pinga aku seketika tetapi melihat nama pada kad yang terletak di kad yang diserahkan bersama glob salji iaitu Putri Damia binti Kadhir aku tahu ia milik aku. Mustihil ada yang sama nama dengan aku dekat Hong Kong ni.
Selang beberapa langkah aku di beri lagi oleh puteri-puteri dari watak kartun-kartun Disney seperti Snow White, Cinderella, Puteri Aurora (Sleeping Beauty) dan juga Mulan. Penuh tangan aku dengan glob salji yang cantik. Akhirnya aku duduk di salah sebuah bangku kepenatan.
Seorang lelaki muncul mendekati aku. Aku kenal susuk tubuh itu. Manusia yang muncul secara tiba-tiba dalam hidup aku sehingga hidup aku kucar kacir. Daniel Dazier kini berada di hadapan aku.
“Apa awak buat di sini?” soalku. Mata kami bertentangan. Kemudian aku menjatuhkan pandangan. Sudah tentu dia ke sini dengan awek tak cukup kain tu. Lelaki itu masih lagi tidak berganjak. Tetap kaku di hadapan aku. Manusia pelik!
“Awak nak apa?” soalku. Geram pula di pandang sedemikian.
“Saya nak awak.” kata lelaki itu sambil menyerahkan sebuah glob kepada aku. Glob salji yang sebiji dengan glob salji yang pecah ketika mereka berebut hari tu.
“Ambillah ni.” Dia mengesa aku untuk mengambil glob salji itu. Kini aku sudah dapat mengagak siapa gerangan manusia yang menyuruh puteri-puteri tadi menyerahkan glob salji kepada aku. Daniel Dazier.
“Awak cuba on.” arahnya lagi.
Tanpa sebarang komen aku hanya menurut kata Daniel Dazier. Otak aku mula berfikir. Tak kan dia nak lamar aku kot? Awek tak cukup kain tu mana? Atau Daniel Dazier sudah rabun tak dapat bezakan rupa kami dua orang? Tapi kalau ya pun nak melamar. Apa kes guna glob salji! Orang lamar guna cincin ataupun sekurang-kurangnya bunga ros. Alah macam cerita dongeng korang waktu kecil-kecil dulu.
 Aku menterbalikkan glob salji tersebut kerana butang on off berada di bawah bersebelahan dengan tempat bateri di isi. Namun sebarang bunyi music box langsung tidak kedengaran. Lampu pun langsung tiada. Pelik bin Ajaib. Takkan lah dia lupa letak bateri kot?
“Glob Salji awak rosak.” ujar ku. Aku turut kedengaran seolah-olah bunyi skru sudah tercabut.
“Glob ini tak pernah rosak dan saya pasti dia tidak akan rosak. Awak cubalah buka kotak bateri dibawah tu.” kata Daniel Dazier yang masih kaku di hadapanku. Takkan tak penat mamat ni berdiri! Nanti jadi batu macam cerita dongeng balu di Gunung Kinabalu tu padan muka.
Mengikut cerita dongeng Gunung Kinabalu, kapal seorang putera raja dari negara China telah karam di Laut China Selatan. Putera raja tersebut telah diselamatkan oleh penduduk Borneo pada ketika itu. Putera tersebut telah jatuh cinta dengan seorang gadis tempatan lalu mengahwininya tetapi putera tersebut rindukan ahli keluarganya di China hinggalah pada suatu hari dia nekad untuk pulang semula ke China dan berjanji dengan isteri dan keluarganya sekiranya dia dinobatkan sebagai Maharaja China dia akan pulang semula untuk berjumpa dengan anak serta isterinya.
Tapi malangnya, keluarga putera tersebut enggan menerima isteri putera tersebut kerana berasal dari Borneo dan hanya seorang gadis biasa malahan putera tersebut telah dijodohkan oleh seorang puteri dari negara mereka.
Isteri putera tersebut menanti dan menanti kepulangan suami yang tersayan tapi malangnya tempat mereka jauh dari pantai untuk menanti kapal suaminya. Oleh itu, dia nekad untuk mendaki Gunung Kinabalu untuk melihat kapal suaminya dari atas setiap pagi dan akan turun semula pada waktu malam.
Keadaan Gunung yang sejuk menyebabkan wanita itu jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Tetapi atas kekuatan cinta wanita tersebut. Semangat gunung telah menjadikan wanita tersebut batu di atas Gunung Kinabalu.
Dalam semua kisah Dongeng tidak semuanya bahagia selama-lamanya. Ada juga yang sedih. Al- Maklumlah aku kan peminat kisah-kisah dongeng tak kiralah kisah luar ataupun dalam negara semua aku kumpul.
“Putri? Awak sudah sampai mana? Anastasia?” Daniel Dazier menghayunkan tangannya ke hadapan aku. Aku masih sedarlah! Anastasia tu salah satu tempat dalam cerita Barbie.
“Wonderland. Tengah main dengan Alice. Awak nak tumpang sekaki ke?” jawabku. Nak loyar buruk sangat!
“Mana-mana awak je la. Bukalah kotak bateri tu.” arah Daniel Dazier. Manusia ni bukan putera raja tapi Diktator Hitler.
“Ya la. Saya bukalah ni. Sabar boleh tak?” Geram aku dengan tingkahnya yang mengesa.
Sejurus aku membuka penutup tersebut. Sebentuk cincin berlian jatuh ke atas riba aku. Aku mengambil cincin tersebut lalu menyerahkan semula kepada Daniel Dazier. Cincin tersebut tidak layak buat aku.
 “Cincin awak sesat!” ujarku. Daniel Dazier melutut di hadapan aku. Orang ramai serta pelancong asing mula melihat babak-babak drama yang dilakonkan oleh Daniel Dazier.
“Cincin itu milik awak Putri Damia. Will you marry me?” ujar lelaki tersebut. Air mataku mulai bercucuran.
“Awak sudah terlambat… Saya sudah terima pinangan orang semalam. Sekarang status saya ialah tunangan orang. Maafkan saya.” ujarku.
“Macam mana sekiranya saya yang menghantar rombongan tersebut Putri? Saya cintakan puteri saya. Saya cintakan awak Putri. Sayalah tunang awak.” Daniel mengelap air mataku perlahan. Sayu aku mendengar perkhabaran tersebut. Tetapi bagaimana pula awek dia?
“Julia macam mana?” ujarku. Mana mungkin mereka akan berpisah sebab Julia juga sepupu Daniel.
“Jue sudah tiada. Jue sebenarnya menghidap barah otak. Keluarga kami tidak sangup menghampakan harapan terakhir dia. Jue cintakan saya tapi saya cintakan awak sejak hari pertama kita berjumpa. Percayalah… kami dua tiada apa-apa…”
“Sama ada awak percaya atau tak. Hari tu saya rebut glob salji awak sebab saya nak cepat. Hari tu saya temankan adik Julia bersiar-siar tapi tak sangka ibu saya telefon beritahu yang Julia terjatuh dan telah dimasukkan ke wad kecemasan. Julia sempat beritahu saya sebelum dia pergi meninggalkan kita agar cuba dapatkan awak sebab dia tahu yang saya cintakan awak.” sambung lelaki itu. Air mataku jatuh perlahan-lahan. Aku sungguh terharu.
“Saya sibuk sebab uruskan pengkebumian Julia. Saya tak sangka awak berhenti kerja. Puas saya pujuk Laila untuk beritahu rumah awak. Akhirnya mak awak kata awak sekarang di Hong Kong ketika keluarga saya datang meminang kelmarin. Saya cintakan awak Putri.” Kata-kata terakhir itu buatkan hatiku berdetak kencang. Ya! Aku sudah jumpa puteraku. Meskipun dia tidak menaiki kuda putih atau unicorn tapi dia datang dengan cintanya dan melamar aku di istana.
Aku mengangguk setuju. Daniel Dazier mengambil cincin di tangan lalu menyarungkan dijari manisku. Semua orang bertepuk tangan menyaksikan kisah cinta kami dan pastinya kisah kami kisah benar dan bukan dongeng semata-mata.
TAMAT.

Awak! si comel yang baru habis baca. jangan lupa komen n share ya!

10 comments:

  1. hahaha...best la cter ni....sempoi,,,, :)

    ReplyDelete
  2. best tp napa rasa mcm tgantung pl.rasa x puas.

    ReplyDelete
  3. plot cerita best~
    tapi kalau panjangkan lagi, tambah scene pasal Dazier jatuh cinta kat Putri, mesti lagi best. :)
    good job!

    ReplyDelete
  4. @miss desouleater thanks memang plan nak buat cerita yang ringan2 je..

    ReplyDelete
  5. @Anonymous alahai...cerita pendek kot sebab tu rasa macam tergantung..

    ReplyDelete
  6. cerita ni best, tak berat sangat.... ok la... huhuuu

    ReplyDelete
  7. best sangat...nnti tulis la lagi cerpen mcm ni lagi,,,,cerpen yg x berat n x terlalu ringan,,,,
    gud luck!!!!!! :)

    ReplyDelete

hai comel!
Terima kasih baca & sudi komen.

Nurfazila Suhaide =)